Menggoreng makanan dengan 80% kurang minyak menggunakan air fryer terbaik di Malaysia 2022! Sesetengah air fryer juga boleh menggantikan alat dapur lain yang biasa.
Anda sudah pun boleh menikmati proses pembersihan dapur yang lebih singkat dan ringkas walaupun hanya dengan model yang asas! Dan juga tidak terdapat risiko untuk terkena percikan minyak apabila anda menggunakan air fryer.
Baca dahulu ulasan-ulasan ini! Kerana purata harga bagi air fryer di Malaysia ialah sekurang-kurangnya RM200.
Senarai Kandungan:
- Apakah Air Fryer?
- Jenis Air Fryer
- 11 Air Fryer Terbaik Di Malaysia 2022
- Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik
- Bagaimana Menjaga & Membersihkan Air Fryer Anda
Tetapi Apakah Air Fryer?
Ia mempunyai saiz yang sama seperti periuk nasi atau periuk tekanan:
Ia merupakan alat dapur elektronik yang lain dimana ia telah pun digunapakai di dalam banyak rumah. Ia memasak secara proses pengitaran udara kering panas di sekeliling di dalam ruangan yang tertutup.
Sama seperti sebuah oven yang di dalam mode kipas!
Siapakah Yang Memerlukan Air Fryer?
- Keluarga kecil yang lebih menggemari makanan sejuk beku dan yang bergoreng
- Alternatif yang lebih kecil untuk oven
- Dalam pembuatan keropok buatan sendiri dan makanan bergoreng lain yang menggunakan minyak yang sedikit
Apa Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Air Fryer
Makanan yang terhasil tidak semestinya lebih sihat berbanding makanan yang digoreng rendam/celur:
Jadi jangan berpendapat bahawa anda boleh makan makanan bergoreng setiap hari setelah anda memiliki air fryer! Kesederhanaan adalah penting di sini!
Dan menurut BBC Good Food, makanan daripada air fryer masih tetap merupakan makanan bergoreng yang boleh menyebabkan kepada masalah berkaitan dengan penambahan berat!
Jenis Air Fryer
Disebabkan anda perlu untuk memusingkan makanan sekali-sekala untuk memasak secara sekata,
Terdapat 2 jenis air fryer yang direka untuk memudahkan kerja memasak:
1. Air Fryer Dengan Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
Air Fryer jenis ini sesuai dengan gorengan tohor (goreng dengan minyak yang sedikit) – contohnya, ikan atau sayur panggang. Anda hanya perlu menarik dulang keluar dan menggoyangkannya setiap 5 minit atau seperti yang diarahkan.
Untuk model jenis ini, anda biasanya tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam dulang tanpa menariknya keluar.
2. Air Fryer Dengan Mangkuk
Dan terdapat air fryer dengan mangkuk yang boleh mengacau-sendiri! Samada dengan pengayuh atau dengan memusingkan mangkuk/bakul secara automatik.
Mungkin terdapat juga tingkap pantauan pada bahagian atas supaya anda boleh melihat progress masakan.
11 Air Fryer Terbaik Di Malaysia 2022
- Terbaik Untuk 1-2 orang – Philips Daily Collection 0.8L Air Fryer HD9218/31
- Nilai Terbaik – Khind 3L Air Fryer ARF3000
- Bajet Terbaik – Airbot 3L Air Fryer AF480
- Terbaik Untuk Pemula – Giselle 4.8L Digital Air Fryer KEA0202
- Kapasiti Terbesar (10L) – HETCH Digital Turbo 10L Air Fryer DAF-1720-HC or Nakada 10L Air Fryer NKD1100
- Penjimat ruang (~4L) – Russell Taylors 3.8L Air Fryer AF-24
- Kualiti Terbaik (~7L) – Philips Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99
1. Corvan Air Fryer F50 XXL Full Size 5L
Untuk kapasiti masakan yang besar, Corvan Air Fryer F50 XXL Full size 5L hanya mengambil sedikit ruang di kaunter!
Ia hampir sama saiz seperti Philips Daily Collection 0.8L Air Fryer HD9218/31 tetapi dengan ~5 kali ganda kapasiti masakan!
Luaran yang berkilat dan licin dengan perincian berwarna rose gold, dan paparan digital yang minimalis menonjolkan lagi daya tarikan estetiknya!
Bakul dengan ruang yang luas sesuai untuk menghasilkan makanan yang mencukupi untuk 8 ahli keluarga dengan mudah tetapi anda tetap juga boleh menggunakannya untuk kuantiti makanan yang sedikit.
Mencucinya juga mudah kerana anda tidak memerlukan sebarang minyak. Walaupun sedikit sapuan minyak boleh membuatkan makanan anda rangup!
Terdapat 8 program pra-set (contohnya kentang jejari, ayam, ikan, mufin, dll) dan juga kefleksibelan untuk mengubah suhu atau masa secara manual.
Pemasa boleh disetkan sehingga 60 minit! Untuk kebanyakan air fryer, had biasa ialah 30 minit.
Semua fungsi yang pelbagai, suhu, dan masa memasak adalah mudah untuk diakses dan dipaparkan dengan jelas pada panel sentuhan.
Jika anda perlu untuk menarik keluar kuali pada bila-bila masa (untuk memeriksa progress masakan, menterbalikkan makanan atau menambah titisan minyak untuk menambah rangupan makanan), mesin ini akan berhenti seketika secara automatik.
Dan apabila air fryer selesai memasak, ia akan tutup sendiri. Kipas akan terus bergerak selama ~15 saat untuk menyejukkan kawasan dalaman air fryer.
Dengan harga tersebut, Corvan Air Fryer F50 XXL Full size 5L merupakan pilihan yang menarik untuk keluarga yang kecil sehingga bersaiz sederhana!
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,500 W
- Kapasiti Bakul: 5 L
- Berat: 4.2 kg
- Dimensi (P x L x T): 340 x 260 x 310 mm
- Suhu: 65 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Panel Sentuhan, 8 Program Praset, Paparan LED, Tutup Secara Automatik, Peringatan Untuk Menterbalikkan, Berhenti Automatik apabila bakul dikeluarkan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM300
Kelebihan:
- Kuali 5 liter bersaiz penuh yang besar, cukup untuk kebanyakan seisi rumah
- Julat suhu yang luas
- Servis selepas-jualan yang bagus
- Mudah untuk digunakan dan dibersihkan
- Rekaan yang klasik
- Serbaguna (contohnya memanggang, membakar, menggril, menggoreng, memanas semula) dengan program praset yang banyak
- Menjimatkan ruang
Kekurangan:
- Mungkin perlu untuk mengelap luaran air fryer sekali-sekala untuk memastikannya tiada cap jari,
- Tidak boleh menggantikan oven konvensional untuk tujuan membakar makanan dalam kuantiti yang banyak
2. Penggoreng Udara Airbot 4.8L AF480
Bajet Terbaik
Dengan kapasiti besar iaitu 4.8L, Airbot 4.8L Air Fryer AF480 mengalahkan model terdahulu, Airbot 4.8L Air Fryer AF100 yang hanya memuatkan 3L.
Selain itu, reka bentuk yang minimalis dan anggun adalah peningkatan yang memuaskan bagi kami!
Satu lagi peningkatan daripada model lama Airbot 4.8L Air Fryer AF480 ialah, 10 menu pra-tetap (manakala Airbot Air Fryer AF100 3L tidak mempunyai sebarang menu pra-tetap) yang membantu mereka yang mempunyai pengalaman memasak yang minimum atau golongan warga emas.
Selain itu, tidak seperti model lama,iaitu Airbot Air Fryer AF100 3L yang mempunyai salutan tidak melekat 3 lapisan yang bukan bebas PFOA.
Manakala salutan pada Airbot 4.8L Air Fryer AF480 yang baharu ini mempunyai 4 lapisan iaitu termasuk salutan tidak melekat serta bebas PFOA jadi anda tidak perlu risau tentang bahan kimia berbahaya terlarut semasa memasak.
Walau bagaimanapun, satu kelemahan yang kami temui pada Airbot 4.8L Air Fryer AF480 baharu ialah dulang–tarik boleh menjadi sukar untuk dimasukkan semula – anda mungkin perlu menggunakan kedua-dua tangan!
Namun, jika anda mempunyai bajet yang kecil dan mahukan alat air fryer untuk keluarga bersaiz sederhana anda, kami sangat mengesyorkan Airbot 4.8L Air Fryer AF480!
- Jenis: Dulang Tarik
- Kuasa Memasak: 1,400 W
- Kapasiti Bakul: 3 L
- Berat: 3.2 kg
- Suhu: 80 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 30 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Tidak Melekit, Kekal Panas, Kawalan Tombol
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM149
Kelebihan:
- Kapasiti besar iaitu 4.8L, boleh menyediakan makanan sehingga 5 orang atau boleh memasak 1 ayam seekor
- Salutan 4 lapis untuk memastikan ketahanannya
- Salutan bebas-PFOA (tiada lagi kebocoran bahan kimia)
- 10 menu pra-tetap yang membuatkannya sesuai untuk orang yang baru mula memasak
Kekurangan:
- Dulang-tarik tidak mudah untuk dimasukkan semula ke dalam air fryer
3. Nakada 4L Air Fryer NKD1100
Kapasiti Terbesar (10L)
Lihat pada makanan anda sepanjang ia dimasak (tanpa membuka air fryer) menerusi penutup kaca bajaan (tempered glass) yang terdapat pada air fryer ini.
Masa memasak boleh mengambil selama satu jam, dan sehingga ke 230 °C. Sebaliknya, kebanyakan air fryer hanya terhad pada 200 °C!
Nota: Dan yang menariknya, jika anda mengkaji manualnya betul-betul, makanan cenderung untuk mengambil masa yang terlalu lama untuk masak!
Untuk langkah keselamatan, kami gemarkan air fryer yang akan berhenti pada bila-bila masa anda membuka penutupnya!
Berdasarkan kapasitinya, Nakada 4L Air Fryer NKD1100 akan sesuai untuk isi rumah yang kurang daripada 4 orang!
Kemaskini April 2022: Kini terdapat 3 warna baharu (Biru, Hijau & Merah Jambu) untuk Nakada 4L Air Fryer NKD1100
Sebaliknya, secara alternatif, anda boleh mempertimbangkan Nakada 10L Air Fryer NKD1500 yang bersaiz lebih besar!
- Jenis: Mangkuk
- Kuasa Masakan: 1,100 W
- Kapasiti Bakul: 4 L
- Berat: 3.5 kg
- Dimensi: 330 x 280 x 250 mm
- Suhu: 90 – 230 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Mode Berhenti-Buka, Tidak-Melekat, Kawalan Tombol
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM239
Video masakan:
Kelebihan:
- Boleh melihat masakan anda secara jelas memandangkan ia mempunyai lampu dalaman dan penutup kaca
- Selain daripada warna hitam, ia juga terdapat dalam warna hijau mint yang bergaya!
- Periuk dalaman utama dan aksesori seperti rak gril, kuali leper dan bakul menggoreng diperbuat daripada besi, bukan plastik. Dan semuanya mempunyai lapisan tidak-melekat pada bahagian atas untuk memudahkan pembersihan
- Anda boleh menemui dengan mudah video Youtube daripada pengguna lain yang menggunakan air fryer ini.
- Banyak aksesori yang didatangkan bersama dengan air fryer ini, termasuk rak gril, gunting dapur, bakul menggoreng, dll.
Kekurangan:
- Rekaan yang besar berbanding dengan air fryer yang lain
4. PerySmith 4.8L Air Fryer EcoHealth Series PS1520
PerySmith mempunyai jaminan selama 2 tahun bagi air fryer mereka yang berwarna kemerahan, PS1520. Ianya cukup besar untuk memuatkan ayam seekor di dalamnya!
Pemasanya mematikan air fryer secara automatik apabila masa sudah tamat!
Kami mendapati bahawa PerySmith 4.8L Air Fryer EcoHealth Series PS1520 berfungsi dengan bagus untuk makanan yang berair – seperti daging. Tetapi ia cenderung untuk membuatkan makanan kering (seperi samosa) menjadi lebih kering.
Keluarga kecil yang mempunyai ruang kaunter masakan yang lebih luas boleh mempertimbangkan air fryer ini, terutamanya bagi penggunaan yang kerap! Ia terutamanya amat membantu (dan mudah digunakan) untuk memanaskan makanan beku.
Tip: Memanaskan air fryer terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Bau plastik mungkin memerlukan 5 kali penggunaan sebelum ia menghilang.
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,500 W
- Kapasiti Kuali: 4.8 L
- Kapasiti Bakul: 3.8 L
- Berat: 5 kg
- Dimensi: 338 x 338 x 412 mm
- Suhu: 80 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 30 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Perlindungan Pintar terlebih haba
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM269
Kelebihan:
- Berbunyi ‘ding’ apabila makanan sudah siap!
- Makanan sejuk beku boleh siap dimasak sepantas 10 hingga 15 minit
- Manual yang jelas
- Perlindungan yang terbina-dalam
- Mudah digunakan – hanya pusingkan tombol dail suhu dan pemasa mengikut yang diperlukan!
- Kualiti binaan yang bagus untuk harga tersebut
- Anda boleh menyentuh dengan selamat luaran air fryer tanpa menyebabkan anda melecet/terbakar
- Tahap kebisingan yang boleh diterima
- Proses pembersihan yang mudah
Kekurangan:
- Bakul yang disediakan tidak diperbuat daripada besi tahan karat
- Lebih besar daripada rupanya
- Luaran tidak tertebat sepenuhnya (contohnya panel menu menjadi panas)
- Sedikit tenaga diperlukan untuk menarik laci keluar
- Wayar amat pendek
5. Giselle 4.8L Digital Air Fryer KEA0202
Terbaik Untuk Pemula
Mempunyai rekaan luaran yang bercirikan futuristik, air fryer daripada Giselle ini mempunyai 7 program pra-set automatik termasuk ikan, kek, jejari kentang dan banyak lagi! Dimana anda boleh pilih daripada panel sentuhan digital.
Tidak seperti Nakada 4L Air Fryer NKD1100, anda perlu mematikan secara manual air fryer ini di pertengahan proses memasak jika anda ingin menterbalikkan daging anda. Hanya dengan menekan suis on/off!
Secara keseluruhan, ia merupakan pilihan ideal untuk pengguna air fryer kali pertama! Atau untuk orang yang ingin menjimatkan ruang kaunter!
Nota: Tidak boleh membakar kek tanpa barel kek dimana ia dijual secara berasingan.
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,500 W
- Kapasiti Bakul: 4.8 L
- Berat: 3.9 kg
- Dimensi: 340 x 340 x 380 mm
- Suhu: 80 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 30 minit
- Ciri-ciri: Pemasa Kawalan Sentuhan, Kawalan Suhu
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM270
Kelebihan:
- Video resepi yang jelas (jumlah 19, kebanyakannya adalah video membakar) di saluran Giselle di Youtube
- Saiz tidak begitu jauh beza berbanding periuk nasi biasa anda! Ianya padat untuk kapasitinya!
- Sentuhan yang lembut pada tombol (tidak memerlukan daya yang kuat)
- Tidak berbau plastik
- Anda boleh mengeluarkan laci dengan satu tangan
- Ia memberitahu anda apabila masakan sudah selesai dengan bunyi ‘ding’!
- Tidak berbunyi kuat ketika memasak
- Diluluskan oleh SIRIM
Kekurangan:
- Tidak boleh membakar kek tanpa kuali kek (anda boleh cuba menggunakan kuali anda sendiri, atau membeli produk mereka secara berasingan)
6. Khind 3L Air Fryer ARF3000
Nilai Terbaik
Terdapat 8 program pra-set untuk dicuba daripada paparan digital Khind 3L Air Fryer ARF3000. Ia termasuk makanan sejuk beku, peha ayam, jejari kentang, banyak lagi!
Apabila ia dihidupkan, anda tidak akan menyedari bahawa kipasnya sedang bergerak.
Namun begitu, anda boleh merasakan air fryer tersebut menjadi semakin panas daripada luar! Oleh itu, anda mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan Khind 3L Air Fryer ARF3000 apabila terdapat kanak-kanak kecil berhampiran anda.
Perkara utama yang menarik mengenai air fryer ini ialah ia berbaloi untuk wang anda! Kerana anda akan mendapat tin kek (loyang pembakar kek) dan bakul menggoreng (diperbuat daripada besi tahan karat SUS304). Tambahan juga, sebuah buku resepi dan sepasang penyepit makanan!
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,200 – 1,400 W
- Kapasiti: 3 L
- Berat: 6 kg
- Dimensi (kotak): 360 x 360 x 355 mm
- Suhu: 60 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: Pemasa Kawalan, Kawalan Suhu, Kawalan Sentuhan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM300
Kelebihan:
- Kami menggemari ciri keselamatan yang terbina-dalam untuk penutupan secara automatik
- Kapasiti menggoreng yang besar – cukup untuk memasukkan 1kg ayam (3 L untuk bakul menggoreng, dan 1.3 L untuk kek)
- Menjadikan makanan rangup tanpa menggunakan minyak yang banyak
- Tidak sukar untuk membersihkannya asalkan anda merendam kuali dahulu
Kekurangan:
- Salutan tanpa-lekatan (non-stick) mudah tertanggal – rendamkannya dahulu dan bukan terus memberusnya dengan serta-merta
7. Russell Taylors 3.8L Air Fryer AF-24
Penjimat Ruang (~4L)
Menggrill, memanggang dan malahan membakar dengan AF-24 air fryer yang pelbagai-guna daripada Russell Taylors! Suhu dan pemasa boleh diubah melalui tombol dail masing-masing di bahagian hadapan.
Dan setiap kali anda menarik keluar bakul sepanjang proses memasak, air fryer ini akan mematikan suisnya sendiri. Untuk menyambung semula, anda hanya perlu memasukkan bakul semula!
Binaannya yang anggun dan padu hanya mengambil sedikit ruang mendatar jadi ianya sempurna jika anda memerlukan air fryer tetapi tidak mempunyai banyak ruang di dapur anda untuk sebuah air fryer!
Walau bagaimanapun, oleh kerana tidak terdapat banyak resipi tersedia dalam talian, Russell Taylors 3.8L Air Fryer AF-24 lebih sesuai untuk mereka yang tidak merancang untuk mencuba banyak resipi baharu.
Nota: Bakul mempunyai salutan yang tidak melekat
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,500 W
- Kapasiti Kuali: 3.8 L
- Kapasiti Bakul: 2.6 L
- Berat: Tidak dinyatakan
- Dimensi: Tidak dinyatakan
- Suhu: Sehingga 200°C
- Pemasa: Sehingga 30 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Pemasa, Kawalan Suhu, Tombol Kawalan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM300
Kelebihan:
- Minyak yang diperlukan adalah minima untuk mendapatkan hasil yang sama sepeti gorengan celur (deep-frying)
- Operasi laci yang hanya memerlukan sebelah tangan
- Manual disediakan
- Ringan
- Yang menakjubkan, proses memasak yang senyap walaupun bunyi pemasa boleh didengar dengan jelas
- Periuk dalaman dan bakul menggoreng yang diperbuat daripada besi
- Periuk dalaman boleh ditanggalkan sepenuhnya untuk memudahkan proses pembersihan
Kekurangan:
- Video resepi yang terhad di saluran rasmi (ayam madu, puff epal, dan mufin coklat)
- Tempoh durasi pemasa yang agak singkat
- Selepas peggunaan yang kerap selama setahun, salutan tanpa-lekatan (non-stick) mungkin boleh tertanggal
Terdapat model yang lebih besar, Russell Taylors 4.8L Air Fryer AF-34.
8. Penggoreng Udara Tefal Easy Fry Classic 4.2L (EY20)
Tefal Easy Fry Classic 4.2L Air fryer (EY20) mempunyai kapasiti seluas 4.2L yang boleh memuatkan ayam seekor atau memasak makanan yang berkuantiti besar (sehingga 4 orang).
Oleh yang demikian, jika anda perlu memasak banyak sekaligus tetapi hanya mempunyai bajet yang kecil, Tefal Easy Fry Classic 4.2L Air fryer (EY20) mempunyai harga yang berpatutan.
Anda boleh menggunakannya untuk menggoreng, menggril, membakar dan memanggang makanan tetapi tidak terdapat suhu atau masa pra-tetap untuk fungsi ini. Dan anda perlu menetapkannya sendiri secara manual.
Sebaliknya, jika anda sedang mencari sesuatu dengan lebih banyak menu, Tefal Easy Fry Precision Digital (4.2L) EY40 mempunyai 8 menu pra-tetap dalam panel skrin sentuh; tidak seperti Tefal Easy Fry Classic 4.2L Air fryer (EY20).
Oleh kerana Tefal EY20 hanya mempunyai tombol yang lebih mudah untuk menetapkan dan mengawal masa dan suhu. Malangnya, tombol tersebut tidak mudah dipusing (iaitu ketat) dan kadangkala mungkin juga tersekat semasa memasak.
Tetapi Tefal EY20 sesuai untuk mereka yang mencari air fryer yang ringkas dengan beberapa butang untuk dikendalikan. Apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkannya berfungsi ialah dengan memutar 2 tombol (suhu dan masa) menjadikannya mudah dikendalikan untuk golongan orang tua!
Walaupun begitu, Tefal Easy Fry Precision Digital (4.2L) EY40 jauh lebih mahal iaitu ~RM1,000 manakala Air Fryer Tefal Easy Fry Classic 4.2L (EY20) hanya berharga RM229!
- Jenis: Dulang-Tarik
- Kapasiti Bakul: 1.2kg
- Suhu: Sehingga 200 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: 4 Program
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM229
Kelebihan:
- Kapasiti yang besar membuatkannya sesuai untuk keluarga besar
- Sesuai untuk golongan orang tua disebabkan fungsinya yang ringkas
- Harga yang berpatutan untuk produk jenama Tefal
Kekurangan:
- Tombol yang ketat
- Tiada menu pra-tetap
9. Philips Daily Collection 0.8L Air Fryer HD9218/31
Terbaik Untuk 1-2 Orang
Alat dapur yang cantik ini adalah daripada rangkaian Philips’ Daily Collection yang mempunyai profil pemanasan yang optima untuk memasak makanan anda! Dan jaminan 2 tahun!
Anda boleh mengubah sepenuhnya suhu sehingga 200 °C untuk tujuan memanggang atau menggril! Menghasilkan daging yang kekal berair (tidak kering). Tetapi rangup di luar!
Lebihan lagi, saiz air fryer tidak mengehadkan kepelbagaiannya kerana anda juga boleh membakar kek dengan Philips Daily Collection 0.8L Air Fryer HD9218/31. Walaupun begitu, kami harus mengatakan bahawa manual yang diberikan tidak begitu mesra pemula.
Dengan kapasiti yang terhad (bakul tidak boleh memuatkan banyak makanan), ia paling sesuai untuk isi rumah yang seramai 2 orang atau kurang!
Philips Daily Collection 0.8L Air Fryer HD9218/31 juga agak mahal untuk saiznya. Air fryer yang lebih besar seperti Khind 3L Air Fryer ARF3000 (0.8L vs 3L) berharga lebih murah (RM399 vs RM300)!
- Jenis: Dulang Yang Boleh Dikeluarkan
- Kuasa Masakan: 1,425 W
- Kapasiti Bakul: 800 g / 0.8 L
- Berat: 7 kg
- Dimensi: 287 x 315 x 384 mm
- Suhu: Sehingga 200 °C
- Pemasa: Sehingga 30 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Tidak-Melekat
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM399
Kelebihan:
- Juga terdapat variasi warna lain iaitu warna kelabu kehijau-biruan (teal) yang lembut
- Mempunyai kabel kuasa yang boleh diretrak
- 15 minit untuk menggoreng kentang sejuk-beku!
- Pemasa boleh disetkan sehingga 30 minit dengan penggera yang jelas berbunyi apabila masanya sudah tamat
- Senyap ketika memasak
- Mengeluarkan bunyi ‘ping’ apabila masakan sudah siap
- Mudah untuk digunakan dan dibersihkan
- Tidak mengambil banyak ruang di kaunter masakan
- Boleh membakar kek dengan menggunakan alat dapur ini
- Terdapat banyak resepi di dalam talian (juga terdapat sebuah aplikasi!)
Kekurangan:
- Arahan tidak begitu membantu walaupun disertakan dengan gambar
- Tiada lampu untuk menandakan ia dihidupkan
- Harga yang mahal bagi kapasiti masakannya (tidak besar)
10. HETCH Digital Turbo 10L Air Fryer DAF-1720-HC
Kapasiti Terbesar (10L)
HETCH’s Digital Turbo 10L Air Fryer DAF-1720-HC mempunyai 20 program pra-set yang anda boleh sesuaikan mengikut citarasa dengan mengubah masanya.
Ianya berguna untuk beberapa fungsi praset yang tidak tepat (contohnya pizza, keropok, ayam seekor)!
Ciri yang luar biasa bagi sebuah air fryer, mangkuknya berpusing 360 darjah secara automatik untuk meminimumkan penglibatan anda!
Anda juga tidak perlu mengganggu proses memasak kerana anda akan dapat melihat keseluruhan proses memasak melalui penutup lutsinar!
Untuk memanfaatkan alat dapur ini sepenuhnya, kami berpendapat ia lebih berguna untuk orang yang tidak begitu mahir memasak! Seseorang yang ingin memberi kejutan kepada seluruh keluarga dengan hidangan-hidangan yang baru memandangkan terdapat amat banyak fungsi untuk dicuba!
Nota: Bakul diperbuat daripada besi tahan-karat tetapi tidak mudah untuk dibersihkan.
- Jenis: Mangkuk
- Kuasa Masakan: 1,400 W
- Kapasiti: 10 L
- Berat: Tidak dinyatakan
- Dimensi: 330 x 330 x 430 mm
- Suhu: Sehingga 250 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: Kawalan Suhu, Kunci Keselamatan Penutup, 20 fungsi yang telah diprogramkan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM409
Kelebihan:
- Kuali dasar boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh di dalam mesin pencuci pinggan
- Anda boleh melakukan semuanya, daripada menggril stik atau ikan, dan malahan membakar kek dan biskut!
- Kapasitinya cukup besar untuk memuatkan ayam seekor
- Aksesori yang didatangkan bersama sangat berguna
- Penapis minyak tambahan memudahkan proses pembersihan
Kekurangan:
- Bakul diperbuat daripada besi tahan-karat tetapi tidak mudah dicuci, dan juga tidak mempunyai mutu kerja yang baik
- Kabel kuasa sedikit pendek
- Perkataan pada kawasan panel sedikit kecil jika anda mempunyai rabun-dekat
- Butang pelepasan penutup yang tidak mudah untuk dicapai (di bahagian tepi, bukan pada bahagian atas)
11. Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99
Kualiti Terbaik (~7L)
Air fryer yang besar ini sesuai untuk keluarga besar kerana ia boleh menyediakan makanan untuk sehingga 6 orang!
Tetapi memandangkan kapasiti memasaknya yang mengagumkan, ia juga besar, berat dan akan mengambil ruang di kaunter dapur anda.
Saiz Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 adalah sama dengan model terdahulu; Philips Premium Airfryer XXL HD9630/99 iaitu juga 7.3L. Dan kedua-dua air fryer ini mempunyai berat hampir 8kg.
Walau bagaimanapun, peningkatan yang sangat ketara dalam Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 baharu pastinya merupakan reka bentuk serba boleh yang kami percaya sesuai di mana-mana dapur.
Nota: Model yang terdahulu (Philips HD9630/99) mempunyai kecenderungan untuk mengeluarkan asap! Tetapi untungnya dengan model baru, masalah itu nampaknya telah diselesaikan.
Dan tidak seperti model lama bersaiz serupa (Philips Premium Airfryer XXL HD9630/99) yang nombornya mudah pudar daripada panel dail, Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 yang baharu didatangkan dengan panel skrin LCD yang anggun.
Yang menjadikannya lebih mudah untuk melihat masa dan suhu tepat yang anda tetapkan.
Anda juga akan melihat bahawa terdapat 5 menu pratetap pada panel Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 yang lebih baharu ini.
Tambahan lagi, ia juga mempunyai pengesan pintar (smart sensor) yang mengesan jenis makanan yang anda masukkan supaya air fryer tersebut boleh membuat pelarasan untuk mendapatkan masa dan suhu optimum.
Ia merupakan kaedah cuba-cuba untuk menghasilkan beberapa hidangan tetapi untungnya anda masih mempunyai pilihan untuk menetapkan masa dan suhu secara manual.
Walaubagaimanapun, membersihkan Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 adalah sukar kerana bahagian bawah kuali menggunakan jaringan yang sukar dibersihkan terutamanya selepas memasak makanan yang lebih berminyak.
Secara keseluruhannya, jika anda seorang yang mampu berbelanja berlebihan untuk air fryer, dan suka memasak dengan kerap atau memasak kuantiti yang besar, kami amat mengesyorkan Philips 7.3L Premium Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860/99 untuk pilihan masakan yang serba boleh.
- Jenis: Dulang-Tarik
- Kuasa Memasak: 2,225 W
- Kapasiti Bakul: 1.4 kg
- Berat: 7.99 kg
- Suhu: 80 – 200 °C
- Pemasa: Sehingga 60 minit
- Ciri-ciri: 5 Program, Teknologi Pengesanan Pintar, Kawalan Suhu
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM1,449
Kelebihan:
- Kapasiti besar untuk keluarga yang besar
- Panel Skrin LED menjadikannya lebih mudah untuk ditetapkan dan untuk melihat masa masakan dan suhu dengan tepat
- Pengesan pintar amat membantu jika anda tidak biasa dengan masa masakan dan suhu bagi makanan tertentu
Kekurangan:
- Bahagian bawah kuali sukar untuk digosok bersih
- Ianya besar dan berat iaitu pada berat hampir 8kg (Tidak sesuai untuk golongan tua disebabkan oleh berat dan juga butang yang banyak dimana ia boleh mengelirukan walaupun untuk orang yang mahir teknologi)
- Mahal
Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik
1. Bajet
Jadi berapakah harga sebuah air fryer yang anda ingin belanjakan? Model-model yang kami cadangkan di sini bermula dengan RM150 sehingga kepada RM1,500.
Secara purata, harga air fryer ialah lebih kurang RM300.
Harga selalunya berkaitan dengan berapa banyak ciri-ciri yang ada pada air fryer. Dan juga kapasiti dan kualiti binaannya!
Air fryer daripada jenama ternama seperti Phillips juga akan berharga lebih mahal.
2. Saiz
Kebanyakan air fryer di pasaran mempunyai kesesuaian untuk keluarga yang mengandungi 4 orang ahli.
Dan jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai, cari model air fryer yang menyebut XL pada namanya!
Nota: 800g adalah yang terkecil di dalam senarai ini.
3. Ciri-ciri Yang Perlu Dicari
Selain daripada pengayuh pengacau dan bakul yang berpusing, ciri-ciri berikut mungkin sangat membantu:
- Ketetapan Suhu
- Mode dan aksesori untuk menggril
- Pemasa (digital/ analog)
- Program pra-set
- Penggera apabila masakan sudah selesai
Bagaimana Menjaga & Membersihkan Air Fryer Anda
Pertama sekali, sentiasa mencabut palam sebelum membersihkannya! Anda semestinya tidak mahu terkena renjatan elektrik!
- Gunakan kain lembap untuk mengelap luaran dan dalaman air fryer
- Anda boleh membasuh kuali/dulang atau mangkuk dengan menggunakan sabun pencuci pinggan yang biasa dan air
- Jangan gunakan penggosok besi ke atas kuali atau mangkuk untuk mengelakkan permukaan tidak-melekat (non-stick) tersebut menjadi tercalar!
- Elakkan menggosok mangkuk atau dulang dengan perkakas dapur yang diperbuat daripada besi
- Sebelum anda mula memasak, pastikan air fryer tersebut kering sepenuhnya
- Pastikan elemen pemanasan bebas daripada kotoran dan tumpahan
- Tanggalkan sisa-sisa degil daripada bahagian dalaman bawah air fryer dengan merendamnya seketika sebelum membasuhnya
- Jangan mengisi berlebihan air fryer anda!
Kesimpulan
Gemarkan makanan bergoreng tetapi tidak tahan melihat dapur kotor atau tidak bertenaga untuk menggoreng? Anda boleh serahkannya pada air fryer terbaik di Malaysia 2022 untuk menyelamatkan anda daripada semua itu! Dan juga daripada kalori yang tidak diingini!
Senarai ini mengandungi pelbagai model daripada jenama tempatan dan antarabangsa. Lihat pada kapasiti masakan (termasuk suhu maksima) dan ciri yang serbaguna sebelum anda membeli sebuah air fryer!
Bacaan lanjut: