Hilangkan kebosanan dan nikmatilah segala kelebihan sebuah smart TV apabila anda memiliki Android TV box terbaik di Malaysia 2022! Maka lenyaplah era keunggulan Tv satelit yang satu ketika masa pernah merajai hiburan di rumah!
Dengan Android TV box ini, banyak perkara yang anda boleh buat sama seperti apa yang anda lakukan dengan telefon pintar anda. Tetapi keunikannya berbanding smartphone adalah paparan yang lebih besar (iaitu TV anda)! Malah TV box ini tidak memakan banyak ruang!
Baca dan hadam ulasan Android TV boxes di Malaysia ini! Bermula dari ~ RM150 dan ke atas!
Apakah Android TV Box?
Kotak Televisyen Android ialah peranti hiburan (beroperasi di atas sistem operasi Android) untuk televisyen anda.
Walaupun, ia mungkin tidak sesempurna yang anda fikirkan, tetapi dengan Android TV Box ini anda boleh menukar TV biasa anda menjadi TV pintar!
Allowing you to browse the web or stream videos from your TV! You can access popular streaming sites like Disney + or Netflix!
Some Android TV boxes are specialized for games too!
Apa yang Boleh Anda Lakukan Dengan Android TV Box
Kotak Televisyen Android sepatutnya mempunyai ciri seperti telefon pintar ataupun tablet, membenarkan anda:
- Menonton rancangan TV dan filem kegemaran anda melalui laman sesawang penstriman (atau dari cakera keras anda)
- Melayari laman sesawang
- Bermain games (dipasang di tv box atau secara dalam talian)
- Membaaca e-mel
- Menulis dokumen
- Mendengar berita
- Mendengar muzik
Dan banyak lagi!
Adakah Android TV Box Sah/dibenarkan di Malaysia?
Apabila berbicara tentang Android Tv Box yang sah di sisi undang-undang Malaysia:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah pihak berkuasa utama dalam bab ini.
Dan pada ketika ini, Android Tv Box masih sah.
Namun demikin, perakuan oleh SIRIM sahaja tidak mencukupi bagi Android Tv Box anda, anda juga perlu tahu bagaimana anda menggunakannya juga penting.
Sebagai contoh, jika anda menggunakannya untuk strim kandungan cetak rompak dan/atau mengakses laman sesawang terlarang, maka anda sudah melanggar Akta Hak Cipta 1987.
Malah beberapa Android Tv Box dipasang dengan alat yang akan menyambung rangkaian anda ke talian tetap antarabangsa / satelit. Perkara ini juga boleh dianggap sebagai salah di sisi undang-undang tanpa lesen/kebenaran dari SKMM!
11 Android Tv Box Terbaik Di Malaysia 2022
- Keseluruhan Terbaik – Xiaomi Mi Box S
- Kotak Televisyen Android Terbaik untuk Netflix pada 4K – Xiaomi Mi Box S atau Google Chromecast dengan TV Google
- Kotak Televisyen Android Terbaik untuk Siri/Filem Asia – EVPAD 5SMY
- Kotak Televisyen Android Asas Terbaik – T9 RK3328
- Kotak Televisyen Android Tempatan Terbaik – LongTV Louie
- Kotak Televisyen Android Lingkungan Pertengahan Terbaik (WiFi 6) – MECOOL KM6 Edisi Deluxe
- Kotak Televisyen Android Bajet Terbaik – Tanix TX6s
- Kotak Televisyen Android Terbaik Untuk Penstriman 4K – Google Chromecast dengan Google TV
- Kotak Televisyen Android Bajet Terbaik untuk Gaming – Beelink GT King Pro
- Kotak Televisyen Android Terbaik untuk Gaming – NVIDIA Shield Pro
- Kotak Televisyen Android 4K Terbaik – MINIX NERO U22-XJ
1. T9 4GB+64GB RK3328 Android 9.0 Pie Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
Beroperasi di atas sistem operasi baharu Android 9.0, T9 RK3328 ialah Kotak TV yang baik untuk tahap permulaan, membolehkan anda untuk menstrim siri kegemaran anda dan melayari internet di TV anda.
Hadir dengan CPU empat teras dan GPU khas, RK3328 memastikan sistem anda stabil dan beroperasi dengan lancer.
Namun, anda mungkin akan mengalami ketersekatan sekali-sekala.
Ia juga menyokong format audio dan video kontemporari, terutamanya video 4K UHD dan video 3D.
Untuk storan, RK3328 mempunyai 4GB RAM dan memori storan 64GB (boleh ditambah menggunakan kad TF), memberikan anda ruang yang cukup serta operasi yang lancar.
Dengan mengambil kira semua perkara, ia merupakan Kotak Televisyen Android yang sederhana, perkara terbaik yang ada padanya adalah harga yang agak murah.
Namun, jika anda ingin mencari sesuatu yang lebih dikhaskan untuk berfungsi sebagai peranti pusat bagi peranti-peranti pintar lain ataupun untuk gaming:
Kami menyarankan anda masing-masing Google Chromecast dan NVIDIA Shield TV Pro, kerana T9 RK3328 tidak memberikan ciri selain harga mampu milik dan fungsi-fungsi asas.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Asas Terbaik
Jika anda mencari pilihan bajet asas, T9 RK3328 adalah garis bawah yang anda boleh pilih, menawarkan kualiti yang baik pada harga berpatutan.
- Processor: Rockchip Quad-Core Cortex-A53 (64bit)
- GPU: Mali-450 MP2
- Memori & Storan: 4GB RAM, 64GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5.8GHz, Bluetooth 4.0, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1)
- Waranti: 6 bulan
- Harga: ~RM145
Kelebihan:
- Reka bentuk yang kemas
- Mempunyai USB 3.0
- Versi sistem operasi yang baharu
- Menyokong WiFi 5GHz
Kekurangan:
- WiFi setup yang leceh
- Alat kawalan jauh agak susah untuk digunakan (anda perlukan wireless keyboard dan mouse!)
- Tiada pengesahan sama ada model ini diperakui SIRIM. Tetapi syarikat pengeluar model ini berdaftar secara sah (Hericaine Sdn Bhd).
- Banyak iklan
2. TX6s Android TV Box
Prestasi & Ciri
Walaupun ia tidak kelihatan begitu hebat, tetapi Tanix TX6S menawarkan prestasi yang menakjubkan, terutamanya pada harganya yang rendah.
Dikuasakan oleh CPU Empat Teras ARM A53, GPU lingkungan pertengahan (Mali G31) dan 4GB RAM, TX6S menawarkan spesifikasi yang hebat. Apa-apapun, ia tidak mampu mengatasi peranti mudah alih generasi terkini.
TX6S beroperasi di atas sistem operasi Android 10 terbaharu. Bermakna anda akan mendapat akses ke Google Play dan pustaka aplikasi yang pelbagai – sama ada penstriman (Netflix, Disney+, dll.) ataupun permainan.
Ciri menonjol lain yang ada pada TX6S termasuk kedua-dua pemancar Wi-Fi luaran dan dalaman untuk isyarat yang kuat. Ia juga mempunyai sokongan untuk persisian (peripherals) luaran seperti tetikus dan papan kekunci.
Namun, sebagai Kotak Televisyen bajet, TX6S semestinya tidak sempurna:
Salah satu perkara yang kurang menarik adalah proses kemaskini buat kali pertamanya yang memakan masa, membuatkan ia tidak berasa seperti cucuk-dan-main (plug-and-play). Jika anda bukan arif dalam teknologi, anda mungkin mengalami kekecewaan ketika memasangnya.
Terdapat juga kes di mana kotak ini tidak dapat dihidupkan dengan alat kawalan jauh, lalu memerlukan anda untuk menghidupkannya secara manual dengan mematikan dan menghidupkan semula penjana kuasa utama.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Bajet Terbaik
Jika anda mencari kotak Android yang tidak mahal, Tanix TX6s ialah Kotak Televisyen Android yang kompeten yang akan beroperasi dengan baik, selagi anda hanya menstrim dan melayari web.
Ia merupakan peningkatan yang pasti berbanding T9 RK3328, pada harga sedikit tinggi, tetapi terdapat pilihan-pilihan lain sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih berteknologi tinggi.
- Processor: Alwinner H6 Quad-Core Cortex A-53 (64bit)
- GPU: Mali-T720 MP2
- Memori & Storan: 2GB / 4GB RAM, 32GB / 64GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5GHz, Bluetooth 4.1, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1)
- Waranti: 6 bulan
- Harga: ~RM145 – 210
Kelebihan:
- Mudah digunakan
- Sokongan pelbagai bahasa
- Wayar HDMI disertakan
- Sistem operasi Android memberikan akses ke Google Play
- Masih mampu milik
- Persisian boleh disambungkan
- Storan memori boleh dikembangkan
Kekurangan:
- Tiada sokongan Bluetooth untuk versi 2GB + 8GB
- Hanya USB 2.0
- Memerlukan kemas kini buat kali pertama
- Tidak boleh dimatikan ketika mod sedia (mesti dicabut daripada penjana kuasa)
3. Xiaomi Mi Box S 2GB+8GB Android 8.1 Oreo Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
Mungkin ia kelihatan biasa, tetapi Xiaomi Mi Box S menawarkan pengalaman seperti Televisyen Pintar, serta menjadi titik permulaan sekiranya anda ingin mahu mendapatkan gambaran bagaimana Televisyen Pintar skala penuh berfungsi.
Dengan Mi Box S, anda boleh mengakses Google Play Store dan fungsi kawalan suara dengan Google Assistant.
Akses ke Google Assistant membolehkannya berfungsi sebagai pusat untuk pelbagai peranti pintar lain, maka anda boleh mengawalnya menerusi mikrofon yang ada di alat kawalan jauh tersebut.
Ciri meyerlah lain termasuk sokongan Chromecast, pemprosesan 4K HDR sehingga 60Hz, dan kualiti audio premium dengan Dolby Audio dan sokongan DTS.
Ia juga mudah untuk dipasang untuk pertama kali:
Apa yang anda perlu buat adalah sambungkan kotak ini ke televisyen anda, dapatkan sambungan internet dan anda sudah selesai.
Walaupun alat kawalan jauh Pintarnya berfungsi, anda mungkin ingin menyambungkan papan kekunci. Hal ini kerana papan kekunci virtual dengan alat kawalan jauhnya sukar dikawal, serta menjengkelkan!
Keputusan – Kotak Televisyen Android Terbaik untuk Netflix
Kami mengesyorkan Mi Box S untuk Kotak Televisyen Android Pintar yang bagus secara keseluruhan untuk ruang tamu anda, terutamanya jika anda selalu menggunakannya untuk penstriman.
Tetapi anda masih boleh menggunakannya untuk bermain games yang ringan.
Ia mempunyai kualiti yang tinggi dan kaya dengan fungsi, tetapi prestasi 4Knya terkebelakang berbanding Kotak TV Pintar lain, seperti Beelink GT King Pro.
- Processor: Quad-Core Cortex-A53 2.0GHz
- GPU: Mali-450 750MHz
- Memori & Storan: 2GB RAM, 8GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD sehingga 64GB)
- Resolusi video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 8.1 Oreo (API 27)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5GHz, Bluetooth 4.2, USB 2.0 (x1)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM235 – 245
Kelebihan:
- Kawalan pintar (Google Assistant)
- Senang dipasang
- HDMI 2.0
- Sokongan Bluetooth
- Sokongan Chromecast
- Dengan audio premium (DTS dan DOLBY Digital Plus surround sound)
- Sokongan penyahkodan video 4K HDR
- Saiz kompak
- Mampu menstrim Netflix pada resolusi 4K
Kekurangan:
- Prestasi penstriman 4K tidak begitu mengujakan seperti android tv box lain yang lebih mahal
- Agak sederhana untuk penstriman TV langsung
- Kedudukan butang yang agak kekok pada alat kawalan jauh
- Satu lubang USB 2.0
4. Kotak TV Android X96 Max Plus Smart
Prestasi & Ciri
X96 Max Plus menawarkan prestasi yang baik untuk harganya, dan di dalam kategori kotak TV ‘sedap mata memandang’ dalam senarai kami.
Untuk permulaan, X96 hadir dengan aplikasi pra-pasang seperti Netflix, YouTube, dan pelbagai keistimewaan lain, memberikan anda akses ke lebih banyak drama siri masyhur tempatan.
Walaubagaimanapun, aplikasi Netflix tidak begitu sesuai dengan sistem operasi X96 ini. Anda hanya mampu menonton Netflix pada resolusi 480p, mengurangkan kepuasan penontonan anda.
Tetapi, X96 mampu menayangkan video YouTube pada resolusi 4K dengan output HDR, serta mampu menyediakan pengalaman audio yang mantap dengan Dolby Atmos dan campuran bunyi DTS.
Jika anda peminat permainan mudah alih, anda akan menyukai X96 yang mampu menampung permainan dengan bagus, walaupun tidak setaraf Beelink GT King Pro ataupun NVIDIA Shield.
X96 turut menyediakan kedua-dua AirPlay dan Miracast, maka anda boleh menayangkan paparan peranti anda terus ke televisyen.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Terbaik (~RM250)
X96 Max Plus ialah Kotak TV yang bagus secara keseluruhan dan berbaloi untuk harga. Terutamanya jika fokus anda adalah menonton filem 4K yang telah dimuat turun terlebih dahulu ataupun menonton video YouTube.
Namun, keserasiannya yang teruk dengan Netflix menjadi kelemahan terbesarnya. Selain itu, anda mungkin perlu melakukan “third party tweak” untuk mendapatkan aplikasi penstriman lain.
- Pemproses: Amlogic S905X3 Quad-Core ARM Cortex-A55 (64bit)
- GPU: G31™ MP2
- Memori & Storan: 4GB RAM, 64GB ROM (Boleh ditambah melalui MicroSD, Pemacu Kilat atau HD)
- Resolusi Video: 8K@24FPS & 4K Ultra High Definition @ 60FPS
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Kesambungan: WiFi 2.4+5.8GHz, Bluetooth 4.0, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM250
Kelebihan:
- Datang bersama aplikasi yang telah dipasang dan Google Play
- Reka bentuk anggun
- Antara muka yang mesra pengguna
- Prestasi Wi-Fi memuaskan untuk 5G
- Sokongan AirPlay dan Miracast
- Serasi HDR
- Kualiti audio mantap dengan Dolby Atmos dan DTS
- Boleh menampung permainan Android (serta pemetaan kawalan)
- Pemasangan cucuk-dan-main
Kekurangan:
- Tiada bar navigasi
- Kadang-kala terhenti
- Netflix terkunci di resolusi 480p
- Cepat panas dengan ketara apabila beroperasi
- Tetikus Udara disyorkan untuk kawalan antara muka.
5. Kotak TV MECOOL KM6 Deluxe Edition
Prestasi & Ciri
Mecool KM6 ialah kotak TV Android yang boleh tahan, menawarkan pelbagai ciri menyerlah daripada penstriman sehingga ke gaming, semuanya di dalam bungkusan yang cantik.
Ia dikuasakan oleh cip pemproses Arm Cortex-A55, mempunyai 4GB RAM beserta 64GB storan dalaman. Maka ia mempunyai prestasi yang baik untuk Kotak TV Android lingkungan pertengahan.
Kotak TV ini serasi dengan WiFi 6 terbaharu, meningkatkan kelajuan keseluruhan dan kestabilan sambungan internet kotak TV anda. Ini hanya dapat dicapai sekiranya penghala (router) anda juga menyokong WiFi 6 juga.
Perisiannya pula menggunakan sistem operasi Android TV 10.0, memberikan akses ke Google Play dan Google Assistant untuk pengalaman merasai Televisyen Pintar.
Kotak ini juga menyokong penstriman 4K HDR untuk kedua-dua YouTube dan Prime Video. Namun, agak mengecewakan yang ia tiada sokongan tersedia untuk Netflix.
Anda juga boleh menayangkan drama dan aplikasi kegemaran daripada peranti mudah alih menerusi KM6 dengan menggunakan Chromecast. Ini sangat memudahkan sekiranya anda berasa rimas menggunakan alat kawalan jauh.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Lingkungan Pertengahan Terbaik
Jika anda tidak kisah dengan ketiadaan aplikasi Netflix tersedia, MECOOL KM6 sememangnya Kotak TV Android lingkungan pertengahan terbaik yang anda boleh dapati.
Ia setanding dengan Xiaomi Mi Box S, tetapi lebih pantas dengan Wi-Fi 6 dan 4GB RAM.
Sudah tentu MECOOL KM6 lebih mahal, tetapi jika anda mencari Kotak TV yang berkualiti yang mampu strim 4K dan menampung game kadang kala, Mecool KM6 adalah Kotak TV Android yang memuaskan.
- Processor: Amlogic S905X4 Quad-Core ARM Cortex-A55
- GPU: Mali-G31 MP2
- Memori & Storan: 4GB RAM, 64GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition, HDR
- Sistem Operasi: Android 10
- Rangkaian Perhubungan: 2.4+5GHz WiFi 6, Bluetooth 5.0, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1), Micro SD Card
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM398
Kelebihan:
- Beroperasi di atas Android 10
- Sokongan WiFi6
- Sokongan Chromecast
- Penyahkodan 4K dengan HDR
- Penstriman 4K (Prime Vide, YouTube, dll.)
- Akses ke Google Assistant
- Pelbagai aplikasi menerusi Play Store
- Pemasangan cucuk-dan-main yang mudah
Kekurangan:
- Tiada sokongan rasmi Netflix (hanya boleh dipasang secara ‘third party’)
- Kotak TV lingkungan pertengahan yang sedikit mahal
6. Kotak TV Android EVPAD 5SMY
Prestasi & Ciri
Di dalam EVPAD 5SMY terkandung Kotak Televisyen Android yang mempunyai kaya dengan konten. Ia mampu menayangkan pelbagai saluran global atas permintaan.
Walaupun memori storannya 2GB RAM 16GB ROM (boleh dikembangkan) mencukupi, kotak TV lain seperti X96 Max Plus atau MECOOL KM6 menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi (4GB RAM dan 64GB ROM) pada harga yang lebih rendah!
Tanpa mengambil kira spesifikasi, salah satu perkara yang bagus tentang EVPAD 5SMY ialah senarai drama dan filem yang banyak serta sedia ada. Aplikasi-aplikasi yang telah dipra-pasang pada kotak TV ini membolehkannya berbuat sedemikian.
EVPAD 5SMY juga menawarkan pengalaman tontonan menarik daripada pustaka media anda sendiri. Ia hadir dengan persembahan video 4K HDR, bersama-sama audio Dolby dan DTS untuk kualiti bunyi mantap.
Disebabkan ia beroperasi di atas sistem operasi Android, 5SMY mempunyai akses ke Google Play dan banyak lagi aplikasi lain.
Walaupun kotak TV Android ini mempunyai kawalan suara, ia tidak setanding dengan Google Assistant atau Alexa. Hanya fungsi-fungsi asas sahaja yang ada, seperti menukar antara aplikasi ataupun mula/jedakan lagu.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Terbaik untuk Filem
Jika anda merupakan peminat tegar layar perak dan/atau drama Asia Timur, EVPAD sedia memiliki konten yang cukup banyak untuk anda nikmati, walaupun ia bukanlah kotak TV paling berteknologi tinggi di dalam senarai kami.
Untuk gambaran dan ulasan ringkas mengenai kotak TV ini, video ini menerangkannya dengan baik:
- Pemproses: Quad-Core Cortex-A53 (64bit)
- GPU: Mali-T720 MP2
- Memori & Storan: 2GB RAM, 16GB ROM (Boleh ditambah melalui MicroSD, Pemacu Kilat atau HD)
- Resolusi Video: 4K
- Sistem Operasi: Android 7.0 Nougat (API 24)
- Kesambungan: WiFi 2.4+5.8GHz, Bluetooth 4.2, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM500
Kelebihan:
- Percuma beribu-ribu filem dan siri (banyak dari negara ASIAN), termasuk filem 4K
- Mempunyai kawalan suara (dibina dengan pembantu suara EVAI)
- Senang untuk dipasang dan mudah cara penggunaannya
- Sokongan video 4K pada output 60Hz
- Suhu operasi rendah
Kekurangan:
- Pengesahan diragui (akses percuma ke sesetengah saluran Astro)
- Sistem operasi Kotak TV Android yang sedikit lama
- Antara muka sedikit sukar dikawal
- Fungsi kawalan suara asas
- Spesifikasi rendah (cth. memori storan terbina kecil) untuk harga
7. LongTV Louie 1GB+8GB Android 7.0 Nougat Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
LongTV Louie pada asasnya adalah servis TV Internet mudah alih – menawarkan kepada anda 300 saluran tempatan dan antarabangsa, pustaka permainan yang besar, beserta koleksi karaoke yang menakjubkan.
Mengambil kira fizikalnya, LongTV hanya sekadar cukup makan. Ia cuma mempunyai 1GB RAM, 8GB storan dalaman, serta tiada unit GPU (sudah tentu tidak akan dipilih oleh gamers).
Namun, ia menawarkan persembahan video 4K HDR beserta sokongan penayangan skrin peranti mudah alih.
Walaupun LongTV Louie menayangkan pelbagai saluran televisyen yang boleh anda pilih, sistem operasinya tidak menyokong sepenuhnya Netflix dan Prime Video, malangnya membuatkan ia pilihan penstriman yang kurang baik.
Apa-apapun, LongTV Louie sememangnya sesuai untuk pengalaman cucuk-dan-main. Anda boleh membawanya ke mana-mana, selagi sambungan internet anda cukup pantas.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Tempatan Terbaik
Jika anda inginkan gantian kepada servis TV kabel sedia ada tanpa apa-apa langganan, LongTV Louie sememangnya patut dijadikan pilihan utama. Ia memberikan anda akses ke pelbagai saluran tempatan dan antarabangsa.
Namun, kami mengesyorkan Mix Box S atau MECOOL KM6 sekiranya fokus utama anda adalah penstriman video.
- Processor: Hi3798MV200 Quad-Core 2.0GHz
- GPU: n/a
- Memori & Storan: 1GB RAM, 8GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 7.0 Nougat (API 24)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5.8GHz, Bluetooth 4.1, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x1)
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM418
Kelebihan:
- 1 USB2.0 port, 1 USB 3.0 port, 1 Ethernet port
- Tiada bayaran langganan tambahan untuk saluran, permainan dan lagu yang disertakan
- Antara muka mesra pengguna
- Akuan SIRIM dan MCM
- Pengalaman cucuk-dan-main
- Penyahkodan H.265
Kekurangan:
- Storan memori kecil (tetapi RAM mencukupi)
- Sistem operasi Android yang agak ketinggalan
- Tidak boleh mengoperasikan permainan
- Manual tidak begitu terperinci
8. Beelink GT King Pro Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
Dengan CPU 6 teras dan GPU 6 teras, Beelink GT King Pro merupakan antara Kotak Televisyen Android paling berkuasa di pasaran. Mencukupi buat anda yang inginkan pengalaman gaming berkualiti tinggi!
Sudah tentu, ia bukan lebih bagus daripada Nvidia Shield. Tetapi jika anda mencari pengganti untuknya pada separuh harga, GT King Pro mampu memenuhi kehendak anda!
GT King Pro menawarkan 4GB RAM dan 64GB memori dalaman, dengan pilihan untuk menambah kad SD untuk kapasiti storan yang lebih besar.
Beroperasi di atas sistem operasi Android 9.0, GT King Pro mempunyai Google Play dan Google Assistant, serta pilihan penyesuaian yang masyhur kepada pengguna Android.
Kualiti videonya juga agak tinggi, kerana output HDMI nya sehingga 4K@60Hz, serta menyokong format video HDMI 3D.
Untuk kualiti bunyi, kotak TV ini mempunyai 2 cip khas untuk penyahkodan ESS Hi-Fi, membolehkan anda memainkan Audio Hi-Fi Lossless.
Digandingkan bersama-sama sokongan Dolby Audio dan penyahkodan DTS Listen, ia hampir menjadi Kotak TV Android bunyi terbaik di dalam senarai kami.
Malangnya, jika anda mahukan penstriman 4K, GT King Pro bukanlah peranti untuk anda kerana ia hanya mampu menayangkan laman penstriman pada resolusi maksimum 1080p.
Keputusan – Kotak Televisyen Android Bajet Terbaik untuk Gaming
Jika anda suka akan permainan mudah alih tetapi tidak terlalu yakin dengan harga yang ditawarkan NVIDIA Shield:
Beelink GT King Pro sememangnya bajet alternatif yang baik, menawarkan kualiti visual yang baik pada kadar segar semula yang tinggi.
Tetapi jika anda memerlukan kotak TV untuk penstriman 4K, kami menyarankan anda untuk dapatkan Mi Box S ataupun Nvidia Shield. Hal ini keran kedua-dua kotak TV ini sudah sedia menyokong aplikasi laman penstriman pada resolusi 4K.
Gambaran ringkas:
- Processor: Amlogic S922X-H Quad-Core ARM Cortex-A73 + Dual-Core ARM Cortex-A53
- GPU: Hexa-Core ARM Mali-G52 MP6
- Memori & Storan: 4GB RAM, 64GB ROM (Boleh ditambah menerusi MicroSD, USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5.8GHz, Bluetooth 4.1, USB 2.0 (x1), USB 3.0 (x2)
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM628
Kelebihan:
- Spesifikasi bunyi hebat (cth. sokongan High-Fidelity Lossless Music, DTS Listen Surround dan Dolby Audio)
- Prestasi 4K dengan sedikit masalah laging
- 4K di YouTube (melalui Android TV)
- Serasi dengan 3D rendering game
- HDMI 2.1 port
- Sokongan WiFi 6
- Cantik
Kekurangan:
- Tiada Sokongan 4K untuk Netflix, Amazon Video atau Hulu
- Tiada butang kawalan playback (contoh. play/pause, rewind, stop, dll)
- NVIDIA Shield TV masih lebih baik untuk gaming (GPU yang lebih hebat)
9. MINIX NEO U22-XJ Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
MINIX NEO U22-KJ mempunyai spesifikasi yang hampir serupa dengan Beelink GT King Pro, menawarkan CPU 6 teras yang sama dan GPU yang sedikit berspesifikasi rendah.
Kedua-duanya mempunyai 4GB RAM, tetapi NEO U22-XJ hanya mempunyai storan 32GB, berbanding GT King Pro yang mempunyai 64GB.
Sementara GT King Pro menawarkan audio berketepatan tinggi dan permainan lancar, Neo U22-KJ pula memberikan anda pengalaman hebat menonton filem.
Hal ini dilakukan dengan menggunakan penyahkodan perkakasan H.265, serta kemampuannya untuk memaparkan imej sehingga 4K@60Hz, di samping penggunaan kedua-dua HDR10+ dan Dolby Vision untuk ketepatan visual yang tinggi.
Kotak TV ini juga menawarkan kualiti bunyi yang mantap dengan penggunaan Dolby Audio, memberikan anda bunyi sekeliling mempesona untuk filem atau drama kegemaran anda.
Bagi sistem operasi, NEO U22-XJ beroperasi di atas sistem operasi Android 9.0, bermakna anda mempunyai akses ke Google Play. Namun, ia tiada fungsi kawalan suara seperti kotak TV Android lain seperti dalam senarai.
Kotak TV ini menyokong Miracast dan AirPlay, membenarkan anda menayangkan kedua-dua peranti Android dan Apple secara terus menerusi kotak TV ini.
Keputusan – Kotak Televisyen Android 4K Terbaik
Sama ada anda memainkan media daripada pustaka peribadi, menonton video YouTube 4K atau bermain permainan, Minix NEO U22-KJ memberikan pengalaman visual yang hebat.
Amaran, ia agak mahal. Tambahan lagi, alang-alang anda sanggup menghabiskan banyak duit untuk Kotak TV, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan NVIDIA Shield Pro yang sedikit mahal jika gaming merupakan tujuan utama anda!
Jika anda menginginkan pendapat lain, sila tonton video di bawah:
- Processor: Amlogic S922X-J Hexa-Core processor with Quad-Core Cortex-A73 + Dual Core Cortex-A53 (64bit)
- GPU: ARM Mali-G52 MP4
- Memori & Storan: 4GB RAM, 32GB ROM (Bolehd ditambah menerusi MicroSD atau External HDD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5GHz, Bluetooth 4.1, USB-C (x1), USB 3.0 (x3)
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM790
Kelebihan:
- Pengemaskinian perisian secara berkala
- 3 USB 3.0 ports!
- Antena luaran untuk meningkatkan jarak isyarat
- Sokongan 4K HDR dan Dolby Vision
- Sokongan bunyi sekeliling Dolby
- Sokongan Miracast dan AirPlay
- Antara muka yang kemas
Kekurangan:
- Netflix hingga 540p sahaja
- NVIDIA Shield TV masih lebih baik untuk gaming (iaitu GPU yang lebih hebat)
- Sangat mahal untuk kotak TV
10. NVIDIA Shield TV Pro 3GB+16GB Android 9.0 Pie Smart Android TV Box
Prestasi & Ciri
Apabila bercakap tentang Kotak Televisyen, tiada yang sama seperti Nvidia Shield Pro, kerana ia menawarkan prestasi yang terbaik di antara semua Kotak Televisyen di dalam senarai.
Bagi cip pemprosesannya, Nvidia Shield Pro hadir dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra X1+ dengan GPU NVIDIA 256-teras. Ini semua bagi memastikan anda mendapat kelajuan pemprosesan dan visual yang terbaik.
Walaupun tak setanding dengan konsol permainan moden, Nvidia Shield mampu memainkan permainan mudah alih terkini, beserta pustaka ‘awan’ (cloud library) nya yang mempunyai permainan PC/konsol gred AAA, pada tahap yang tinggi.
Ia juga merupakan sebuah Kotak TV yang hebat untuk penstriman, dengan kemampuan menayangkan kedua-dua Netflix dan Prime Video pada resolusi 4K.
Di samping itu, ciri audio dan visualnya menawarkan Dolby Vision HDR dan bunyi sekeliling Dolby Atmos, beserta Penaikan skala Imej 4K AI. Semua ini digabungkan, anda akan mendapat pengalaman menonton yang berkualiti.
Disebabkan ia beroperasi di atas sistem operasi Android TV, Shield Pro menawarkan fungsi Televisyen Pintar melalui Google Assistant. Anda boleh menggunakannya untuk kawalan suara dan juga sebagai peranti pusat untuk semua peranti pintar di rumah anda.
Keputusan – Kotak Televiysen Android Terbaik Untuk Gaming
Jika anda mencari peranti hebat yang mampu menstrim video pada resolusi 4K, memainkan permainan berkualiti tinggi dan menjadi pemain media yang mampu melakukan segalanya, Nvidia Shield TV Pro sememangnya pilihan terbaik tanpa syak lagi.
Apa-apapun, ia memang mahal, dengan harga tiga kali ganda lebih tinggi daripada Beelink GT King Pro.
Ia bukanlah untuk pembelian suka-suka, tetapi jika anda mampu menampung harganya, anda akan mendapat Kotak TV Android terbaik di Malaysia.
Pesanan terakhir, jika anda sudah sedia ada Nvidia Shield TV, anda tidak perlu lagi menaik taraf ke Nvidia Shield TV Pro kerana peningkatan prestasi di antara kedua-dua model ini tidaklah ketara.
- Processor: NVIDIA® Tegra® X1+
- GPU: 256-core NVIDIA
- Memori & Storan: 3GB RAM, 16GB ROM (Boleh Ditambah menerusi USB Flash atau HD)
- Resolusi Video: 4K Ultra High Definition
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie (API 28)
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5GHz, Bluetooth 5.0, USB 3.0 (x2)
- Waranti: 3 bulan
- Harga: ~RM1,599
Kelebihan:
- Kotak TV Android berkuasa untuk gaming
- Built-in voice control yang serasi dengan Google Home & Amazon Echo
- Kotak TV Android berkuasa untuk gaming
- Pilihan yang banyak untuk permainan AAA percuma (menerusi Nvidia Game Streaming)
- Penstriman 4K (YouTube, Netflix, Prime Video, dll.)
- Sokongan Dolby Vision dan Dolby ATMOS
- Chromecast 4K sedia terbina
- Penaikan skala imej AI (HD ke 4K)
- Google Assitant menawarkan kawalan suara dan fungsi peranti pusat
- Menyokong Samsumg SmartThings
- Boleh berfungsi sebagai Plex server
Kekurangan:
- Peningkatan prestasinya tidak jauh berbeza dengan NVIDIA Shield TV
- Tiada IR receiver
- <b>Tiada sokongan HDR </b> untuk Youtube
- Tiada slot SD
- Sangat mahal
11. Google Chromecast dengan Google TV
Prestasi & Ciri
Google Chromecast dengan Google TV menawarkan ciri-ciri menarik bagi sebuah kotak televisyen Android, terutamanya jika anda mengutamakan penstriman video.
Untuk spesifikasinya, Chromecast dikuasakan oleh CPU empat teras, tetapi tiada GPU khas. Ia juga hanya mempunyai 2GB RAM dan 4GB ROM.
Pada masa yang sama, ia dilihat sebagai mempunyai spesifikasi lebih rendah daripada kotak TV lain di dalam lingkungan harga yang sama, seperti Mi Box S ataupun Mecool KM6:
Apa-apapun Chromecast lebih berat kepada penstriman, maka spesifikasi yang dilihat sebagai rendah ini sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa isu.
Tambahan pula, ia beroperasi di atas sistem operasi Android TV. Ia juga disaring oleh Google TV yang mempunyai antara muka kemas yang menyusun pelbagai konten daripada kebanyakan laman penstriman, kesemuanya di dalam satu tempat.
Keluar dari kotak, kotak TV ini hadir dengan Google Assitant, justeru membenarkan anda membuat arahan kawalan suara secara terus menerusi alat kawalan jauh pintar.
Paling menyeronokkan, Chromecast menawarkan sokongan buat hampir semua aplikasi penstriman masyhur, daripada Netflix dan Prime Video sehinggalah Disney+, pada resolusi 4K terbaik.
Untuk pengalaman menontonnya, ia menawarkan persembahan video 4K HDR@60Hz, bersama-sama Dolby Vision dan Dolby Atmos untuk bunyi berkualiti tinggi.
Terakhir sekali, Google Chromecast menyertakan Chromecast supaya anda boleh menayangkan paparan peranti mudah alih anda secara terus menerusi kotak TV ini.
Keputusan – Kotak Televisyen Terbaik Untuk Penstriman 4K
Jika anda mencari kotak TV mampu milik yang mampu menayangkan kebanyakan laman penstriman pada resolusi 4K dan mempunyai fungsi kawalan suara, anda akan berpuas hati dengan Google Chromecast.
Ia juga boleh tahan untuk permainan:
Terutamanya peniru konsol permainan (emulator) seperti PS1, PSP, dll. Itupun jika anda menyambungkan PC ataupun pemacu USB untuk storan tambahan ketika anda mahu memainkan permainan tersebut!
Ingin tahu bagaimana prestasi Chromecast setelah digunakan 6 bulan?
- Processor: Amlogic S905X3 Quad-Core ARM Cortex-A55
- Memori & Storan: 2GB RAM, 4GB ROM
- Resolusi Video: 4K HDR
- Sistem Operasi: Android 10
- Rangkaian Perhubungan: WiFi 2.4+5GHz, Bluetooth, Google Assistant, HDMI, USB-C (Power)
- Waranti: 1 Tahun, 3 bulan (Alat Kawalan)
- Harga: ~RM279
Kelebihan:
- Harga mampu milik
- Terbaik untuk penstriman
- Fungsi kawalan suara
- Chromecast terbina
Kekurangan:
- Tidak terlalu sesuai dengan peranti Apple
- Storan dalaman yang rendah (hanya 4GB)
- Tidak fleksibel seperti kotak TV Android lain (cth. tidak sesuai untuk gaming)
Bagaimana Ingin Memilih Android TV Box
1. Processor
Jika anda mahukan prestasi yang lancar, anda memerlukan cip pemprosesan yang berkualiti serta bilangan RAM yang cukup untuk kotak TV anda.
Processor yang berkuasa pasti dapat memainkan kandungan / video berkualiti 4K tanpa sebarang masalah atau mungkin sedikit laging sahaja!
Abaikan terus processor jenis dual-core, processor octa-core adalah yang paling terbaik dan berbaloi untuk dibeli pada hari ini!
Paling tidak pun, processor 1.5GHz quad-core adalah pilihan yang ideal.
Bagaimanapun:
Jika fokus anda lebih terarah kepada gaming, pastikan Kotak Televisyen Android anda mempunyai GPU (unit pemprosesan grafik), juga dikenali sebagai kad grafik.
Yang mana ia merupakan sejenis microprocessor yang direka khusus untuk memproses grafik secara optimum.
2. RAM Dan Ruang Storan
Ruang storan merupakan memori dalaman peranti. Keupayaannya adalah sebagai ruang khusus penyimpanan sistem operasi, aplikasi dan program-program yang lain.
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 4GB RAM. Dan sebaiknya 32GB minimum untuk ruang storan. Sekiranya anda dapat menambah ruang storan luaran (melalui kad microSD atau slot cakera keras terbina), ianya lebih baik!
RAM yang lebih besar akan memacu prestasi peranti yang optimum. Selain itu, anda boleh membuka beberapa aplikasi dengan serentak (contoh. multitask)!
3. Port Capability
HDMI 2.0 (untuk penstriman 4K), sekurang-kurangnya 2 port USB dan port kabel Ethernet (untuk sambungan internet) adalah ciri-ciri fizikal yang harus anda lihat dalam sebuah Android TV box.
Kotak Televisyen terkini menyokong USB 3.0, yang merupakan peningkatan berbanding USB 2.0 yang lama. Anda akan menyedari peningkatan kelajuan yang ketara, terutamanya jika anda menonton filem atau drama menerusi pemacu USB!
4. Resolusi Video
Ringkasnya, ini adalah ciri yang anda mahukan untuk video berkualiti tinggi:
- Dynamic Refresh Rate Switching
- HEVC (High-efficiency Video Encoding) atau 265 hardware decoding (265) untuk resolusi sehingga 8K
- Jika Android TV box anda hanya dapat mengendalikan video kualiti 720p, ianya dianggap ketinggalan zaman!
- Paparan LCD TV anda juga seharusnya dapat menyokong kualiti video 4K.
- Sambungan internet pantas juga diperlukan.
5. Versi Sistem Operasi
Apa-apa peranti di bawah Android 5.0 (Lolipop) adalah sangat kuno.
Maka seharusnya anda mendapatkan Android TV box yang dioperasikan oleh Android 6.0 atau lebih tinggi!
6. Capaian Internet
Masalah lagging mungkin disebabkan oleh sambungan internet yang lemah. Sekurang-kurangnya sambungan internet jalur lebar berkelajuan 4Mb (Atau Mbps) diperlukan untuk tujuan penstriman HD!
Selain menaik taraf pelan internet anda kepada kelajuan yang lebih tinggi, anda boleh meningkatkan capaian internet dengan dual-band router, WiFi range extender dan peranti lain yang lebih kurang sama.
Bagi mendapatkan sambungan paling stabil, anda disarankan untuk menyambungkan terus capaian internet ke Android TV box anda dengan menggunakan kabel Ethernet!
7. Sokongan Bluetooth
Keupayaan Bluetooth adalah sangat membantu untuk menyambung peranti luaran seperti mouse dan keyboard atau memindahkan fail. Tetapi bukan semua Androi Tv box dilengkapi dengan sambungan Bluetooth.
Bagaimana Android TV Box Berfungsi?
Kotak Televisyen Android mempunyai fungsi yang serupa dengan telefon pintar ataupun tablet; tetapi semuanya di atas skrin TV anda yang besar itu, beserta lebih banyak kebolehan input dan output (cth. papan kekunci, alat kawalan jauh, dll).
Untuk menggunakan Android TV Box, anda perlu memiliki akses Internet yang stabil (sama ada melalui Ethernet kabel atau WiFi).
Dan anda mesti install / memasang beberapa aplikasi bergantung kepada apa yang anda mahu strim atau mainkan (contoh. Muzik atau games)!
Anda juga mungkin perlu membayar servis penstriman yang anda pilih juga!
Bagaimana Caranya Untuk Setup Android TV Box Anda
Walaupun perkara spesifiknya mungkin berbeza-beza, di bawah merupakan panduan ringkas tentang cara memasang Kotak TV anda buat kali pertama:
- Sambungkan Android TV Box ke TV anda menggunkan kabel HDMI.
- Pasang kabel kuasa Android TV Box ke punca kuasa / plug dinding. Sebolehnya jangan menggunakan outlet yang sama dengan yang digunakan oleh TV anda!
- Hidupkan Android TV Box anda.
- Jika anda belum menyambunkan wayar ethernet daripada pemancar (router) anda, android TV Box akan meminta akses ke sambungan WiFi rumah Anda juga boleh memeriksa bahagian tetapan. Atau anda boleh menyambungkan kabel Ethernet ke Android TV Box.
- Setelah Kotak TV anda mempunyai sambungan Internet, mulalah dengan memasang aplikas-aplikasi dengan menggunakan Google Play Store (setelah log in ke akaun Google anda).
- Jika Android TV Box meminta anda untuk mengemas kini / perisian Android TV Box tersebut, hanya ikut arahan yang diberikan untuk pengalaman penggunaan yang terbaik.
- Untuk penstriman, anda hanya perlu memasang aplikasi penstriman pilihan anda daripada Play Store, buat akaun dan anda boleh mula menstrim rancangan kegemaran anda.
Kesimpulannya
Tuntasnya, Kotak TV Android terbaik di Malaysia 2022 jatuh kepada Xiaomi Mi Box S, sebuah Kotak TV yang bagus secara keseluruhan dan mampu menjalankan penstriman serta permainan pada tahap yang bagus.
Jika anda memerlukan peranti bajet untuk hanya penstriman, kami amat mengesyorkan Google Chromecast dengan Google TV, kerana harganya yang mampu milik beserta cara penggunaan yang mudah.
Bagi gamer tegar dan/atau peminat teknologi, NVIDIA Shield TV Pro merupakan pilihan premium yang mantap untuk permainan dan penstriman. Manakala Beelink GT King Pro pula bagus sekiranya anda memiliki bajet yang kurang.