You are currently viewing Bagaimana Memilih Kereta Sorong Bayi – Apakah Ciri-ciri Paling Penting?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Terlalu banyak pilihan stroller bayi daripada banyak jenama mungkin memenatkan bagi mereka yang baru bergelar ibubapa untuk membuat pilihan, tambahan sibuk untuk menguruskan keperluan bayi mereka!

Tetapi apa yang anda perlukan adalah kereta sorong ringan yang selamat dan selesa untuk anda gunakan dan untuk si kecil anda duduk! Ataupun tidur!

Ini merupakan cara-cara memilih kereta sorong yang sesuai untuk keperluan anda (dan bayi)!

1. Mengapa Penting Untuk Memilih Kereta Sorong dengan Berhati-hati

Ia hampir sama ketika membeli breast pump yang bagus:

Anda perlu memikirkan dengan teliti cara hidup terkini anda dan juga perancangan masa hadapan sebelum memilih stroller baby!

Fikirkan faktor keselamatan, berat, kebolehpercayaan dan mudah digunakan! Anda juga mungkin mahukan ciri-ciri seperti ketinggian bar pemegang yang boleh dilaraskan, ruang penyimpan dan fabrik yang boleh dibasuh atau penutup yang boleh ditanggalkan!

Adakah Kereta Sorong Bayi Itu Mempunyai Ruang Simpanan Yang Mencukupi
Adakah Kereta Sorong Bayi Itu Mempunyai Ruang Simpanan Yang Mencukupi

2. Di Mana Anda Perlu Gunakan Kereta Sorong Bayi?

Adakah anda ingin pergi ke sesuatu tempat yang mempunyai laluan pejalan kaki sempit? Dengan tanah rata atau berbonggol-bonggol? Bagaimana pula dengan eskalator, lif dan pengangkutan awam?

Semua faktor ini akan menentukan saiz dan jenis kereta sorong yang anda akan beli!

3. Berapa Lama Anda Perlukannya?

Memang mudah untuk anda katakan beli baru sahaja bila anak anda mula membesar:

Bukan sahaja membazirkan duit, malah membuang yang lama akan mencemarkan persekitaran. Ini kerana tanah timbus di Malaysia mudah melimpah-ruah!

Tentukan berapa lama anda perlukan stroller baby. Dan sama ada anda boleh membuat pertimbangan antara saiz dan berat! Ini kerana kereta sorong bayi yang boleh ditukar biasanya jauh lebih berat!

4. Bolehkah Ia Dibuka (Dan Dilipat) Dengan Cepat?

Ini amat berguna jika anda kerap bergerak ke mana-mana:

Pemasangan sangat memenatkan!

Sebab itulah kereta sorong bayi yang boleh dilipat dengan satu tangan merupakan anugerah dari tuhan! Ia membolehkan anda mendukung anak anda pada sebelah tangan sambil membuka kereta sorong bayi anda pada sebelah tangan lagi.

5. Berat Kereta Sorong

Tak perlu dijelaskan lagi!

Jangan lupa anda harus membawa semua barang keperluan bayi anda bersama-sama! Bayangkan anda mengangkut kesemuanya dengan menaiki tangga!

Kereta Sorong Untuk Bayi Baru Lahir Boleh Dibaringkan Rata
Kereta Sorong Untuk Bayi Baru Lahir Boleh Dibaringkan Rata

6. Adakah Ia Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir?

Mungkin anda sudah tahu yang bayi baru lahir perlukan sokongan tambahan untuk kepala mereka!

Oleh itu, kereta sorong bayi harus boleh dilaraskan sehingga 170-180 darjah dengan sepenuhnya.

Sebaliknya, penyandaran sebanyak 10 hingga 30 darjah adalah tidak digalakkan.

7. Ciri-ciri Keselamatan Yang Perlu Ada:

Jangan pernah tinggalkan anak anda walaupun sesaat biarpun kereta sorong bayi anda adalah sangat selamat! Jangan mengambil ringan betapa bahayanya risiko tingkap yang terbuka!

Ciri-ciri lain yang perlu dicari:

  • Tali pada lima poin (bukan tiga poin)
  • Brek!
  • Pelindung matahari atau kanopi
  • Tiada ruang yang membolehkan jari tangan dan kaki anak anda terkeluar!
  • Tali pinggang keselamatan untuk memastikan anak anda kekal berada di dalam kereta sorong bayi
  • Roda yang kukuh – roda hadapan mesti boleh dikunci!
  • Asas yang lebar (supaya kereta sorong bayi tidak terjatuh)

8. Jenis-jenis Kereta Sorong Bayi

Ya, ia bukan sekadar stroller baby untuk seorang atau kembar, tetapi lebih daripada itu!

Ia dicipta untuk tujuan-tujuan berbeza:

8.1. Kereta Sorong Bayi Bersaiz Penuh

Anda merancang untuk mendapatkan lebih daripada seorang bayi? Ia mungkin berbaloi untuk dapatkan kereta sorong bayi bersaiz penuh. Stroller baby multifungsi ini lebih tahan lama, serba boleh dan akan tahan sehingga melepasi usia kanak-kanak!

Lazimnya, terdapat banyak pilihan simpanan dan ciri-ciri untuk jenis stroller bayi ini. Tetapi, ia harga kereta tersebut akan lebih mahal!

8.2. Kereta Sorong Bayi Ringan

Jika anda mementingkan ciri-ciri mudah alih, sememangnya stroller bayi ringan atau (kereta sorong bayi payung atau perjalanan) adalah pilihan tepat untuk anda! Ia boleh dilipat dan disimpan. Sempurna untuk perjalanan sekeluarga!

Malangnya, anak anda membesar dengan cepat!

8.3. Kereta Sorong Bayi Senaman

Jangan hadkan senaman anda pada sawat injak sahaja! Dengan menggunakan kereta sorong bayi senaman, anda boleh membawa anak anda bersama dengan selesa semasa berada di luar rumah untuk berjalan-jalan atau berjoging di taman. Walaupun di kawasan yang mempunyai permukaan tidak rata!

Kelemahan kereta sorong joging ialah ia biasanya bukan pilihan yang paling menjimatkan ruang!

Sesetengah Kereta Sorong Bayi Direka Untuk Kegunaan Atas Permukaan Yang Kasar
Sesetengah Kereta Sorong Bayi Direka Untuk Kegunaan Atas Permukaan Yang Kasar

8.4. Kereta Sorong Bayi Berkembar

Kereta sorong bayi berkembar mempunyai tempat duduk sebelah menyebelah sama ada dua atau tiga tempat duduk. Kebaikannya anda tidak perlukan stroller bayi yang berasingan.

Bagaimanapun, ia akan menyukarkan pergerakan anda!

Kereta Sorong Bayi Tandem Sesuai Digunakan Untuk Anak Kembar
Kereta Sorong Bayi Tandem Sesuai Digunakan Untuk Anak Kembar

8.5. Kereta Sorong Bayi Untuk Tempat Duduk Kereta

Anda boleh keluarkan si kecil daripada kereta tanpa perlu menanggalkan tali pinggang keselamatan mereka untuk bersiar-siar. Ini kerana stroller baby jenis ini boleh bertukar daripada car seat bayi dengan menggunakan alat penyesuai untuk dimuatkan kepada dasar stroller!

Kereta sorong jenis ini bagaimanapun, biasanya tidak dapat menyokong kanak-kanak kecil.

Kesimpulan

Panduan ini adalah untuk anda jika anda tidak tahu perkara utama/penting tentang memilih kereta sorong bayi. Ketahui cara menentukan manakah kereta sorong yang mempunyai ciri-ciri yang anda perlukan.

Pada masa yang sama, anda perlu mengetahui pelbagai jenis kereta sorong yang tersedia supaya anda mempunyai idea yang lebih baik tentang perkara yang anda perlukan.

Lihat senarai kereta sorong bayi terbaik di Malaysia ini.