You are currently viewing Cara Memilih Kipas Siling – 7 Langkah Mudah

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Anda memiliki rumah baharu? Atau ingin menggantikan kipas lama? Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih sesebuah model, adakah penting jenis kipas yang anda beli?

Atau adakah ianya mempunyai 3 bilah atau 5 bilah? Malah terdapat kipas siling berlampu di Malaysia! Dan juga kipas jenis halimunan terbaru.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu lihat pada sesebuah kipas siling dan cara-cara memilihnya.

Isi Kandungan:

Cara Memilih Kipas Siling

Kipas siling (seperti penghawa dingin) adalah pemasangan tetap maka anda perlu membuat pengiraan terlebih dahulu sebelum anda memasangnya!

Ianya tidak sama seperti penyejuk udara (air cooler) atau kipas angin berdiri yang boleh anda pindahkan dari bilik ke bilik! Sesudah anda memasangnya, anda mungkin tidak boleh menukarnya dalam masa terdekat.

1. Saiz Bilik Vs Saiz Kipas

Untuk kipas berfungsi (pengedaran udara) dengan baik, anda harus memilih kipas dengan saiz yang tepat untuk setiap bili. Maka, anda perlu ukur bilik terlebih dahulu.

Anda juga perlu memperuntukkan jarak sekurang-kurangnya 18 hingga 24 inci di sekitar kipas!

Nota: Dan jika terdapat lampu berdekatan kipas, jaraknya tidak kurang 39 inci dari kipas!

Kemudian, gunakan panduan ringkas ini untuk menganggarkan saiz kipas yang anda perlukan:

  • Kipas 52 inci boleh menyejukkan ruangan seluas 400 kaki persegi
  • Kipas 44 inci boleh menyejukkan bilik seluas 225 kaki persegi
  • Kipas 42 inci boleh menyejukkan ruangan seluas 144 kaki persegi

Sekiranya anda rasa anda memerlukan dua kipas, berikut adalah panduan bagaimana untuk membuat pengukuran yang tepat.

2. Tinggi Siling & Panjang Downrod

Bagi kipas siling piawai, jangan lupa untuk semak ketinggian kipas (dan batangnya) juga! Hal ini penting terutamanya jika anda mempunyai siling rumah yang lebih rendah daripada biasa.

Pastikan Batang Kipas Cukup Panjang Untuk Ruang Anda
Pastikan Batang Kipas Cukup Panjang Untuk Ruang Anda

Seharusnya masih ada sekurang-kurangnya 7 kaki ketinggian menegak diantara antara lantai dan kipas!

Contoh:

  • Siling 9 kaki – 6” downrod
  • Siling 10 kaki – 12” downrod
  • Siling 11 kaki – 18″ downrod
  • Siling 12 kaki – 24″ downrod

Yang paling bagus, jika terdapat ruang yang luas di atas (Contohnya 12 inci) dan di bawah kipas, anda akan mendapat peredaran udara yang lebih baik!

Nota: Model kipas yang anda pilih mungkin mempunyai pilihan downrod yang berbeza-beza panjangnya.

Bilah Yang Lebih Banyak Tak Semestinya Lebih Bagus
Bilah Yang Lebih Banyak Tak Semestinya Lebih Bagus

3. Aliran Udara & Kecekapan Tenaga

CFM atau kaki padu per minit merupakan indeks bagaimana aliran udara diukur. Bagi kecekapan tenaga pula, ianya diukur dalam CFM / W (per Watt).

Lebih tinggi nilai, lebih baik!

Kipas siling dengan Penilaian Tahap Tenaga/ Energy Star ratings mempunyai sekurang-kurangnya 75 CFM / W.

Anda tinggal di kawasan berdebu?

Kipas dengan kecekapan tinggi tidak akan boleh membuang habuk sebagaimana yang dilakukan oleh pembersih udara.

4. 3 Bilah Vs Kipas Siling 5 Bilah

Hari ini, kipas 3-bilah mempunyai tahap efisiensi yang sama dengan kipas 5 bilah (iaitu CFM yang setanding).

Dan yang menjadi keutamaan pada ketika ini adalah soal estetik ( kecantikan dan rekabentuk) berbanding tahap kecekapan kipas tersebut!

Pilihan peribadi kami ialah kipas 3-bilah supaya kami mempunyai bilah yang kurang untuk dibersihkan!

Lebih Banyak Bilah, Lebih Banyak Yang Perlu Dibersihkan
Lebih Banyak Bilah, Lebih Banyak Yang Perlu Dibersihkan

5. Kipas Siling Motor AC vs Motor DC

Ia mungkin mengejutkan anda bahawa kipas siling motor DC sebenarnya lebih senyap dan lebih bagus dalam menjimatkan tenaga berbanding kipas siling motor AC! Ia juga boleh menjadi lebih kompak dan mempunyai lebih banyak tetapan kelajuan yang anda boleh pilih.

Di sebalik itu, kipas siling motor AC mempunyai kos permulaan yang lebih rendah dan kecekapan tenaga yang bagus!

Antara kedua-dua motor ini, kipas DC merupakan teknologi yang lebih baru dan oleh itu, anda tidak akan menemui begitu banyak model yang tersedia di pasaran.

Tetapi sekiranya anda memiliki kedai yang besar, gudang atau restoran, anda seharusnya benar-benar mempertimbangkan untuk mendapatkan kipas DC untuk manfaat penjimatan tenaga!

Rujukan:

  • https://www.lightsonline.com/ceiling-fan-motor-types
  • https://www.pelonistechnologies.com/blog/advantages-and-disadvantages-of-ac-fans-and-dc-fans

6. Kawalan Kipas

Terdapat 3 jenis kawalan kipas yang tersedia walaupun zahirnya dua jenis yang terakhir tersebut adalah lebih kerap didengari berbanding jenis yang pertama pada ketika ini! Namun kini Kipas jenis “pull chain” merupakan kipas yang unik dan menarik!

  • “Pull Chain” – pasang kipas ini di ruangan/bilik yang jarang digunakan (seperti bilik tetamu) agar rantai kipas tidak cepat rosak
  • “Remote” – sesuai untuk siling tinggi dan bilik tidur atau untuk sesiapa yang mempunyai masalah untuk bergerak
  • “Wall Switch” – sangat sesuai untuk mengelakkan anak-anak anda bermain-main dengan alat kawalan jauh

7. Ciri-Ciri Lain Yang Menarik

  • Penghasilan bunyi kipas yang minimum
  • Waranti yang panjang
  • Lampu terbina
Sesetengah Kipas Siling Juga Berfungsi Sebagai Lampu
Sesetengah Kipas Siling Juga Berfungsi Sebagai Lampu

Diingatkan bahawa ciri seperti ‘arah berlawanan’ lebih kepada negara empat musim (cth, ikut arah jam ketika musim sejuk).

Jenis-Jenis Kipas Siling

Selain ciri-ciri yang telah disebut di atas, berikut beberapa jenis kipas siling berbeza yang ada di Malaysia.

Bagi kebanyakan rumah, kipas siling piawai sudah memadai.

1. Kipas Siling Standard/Biasa

Kipas jenis ini biasanya yang akan anda terbayangkan apabila anda terfikir mengenai “kipas siling”. Biasanya terdapat 4 atau 5 bilah yang hadir dalam pelbagai kemasan seperti gangsa, hitam, perak, dan lain-lain sebagai pilihan anda untuk disesuaikan dengan bahagian dalam rumah anda!

Kipas digantung ke bawah menerusi downrod yang disambungkan ke penyangkut kipas yang di dalamnya terdapat motor kipas tersebut.

Ketinggian siling: 8 kaki ke atas (permukaan bersegi atau rata)

Reka Bentuk Kipas Siling Antik
Reka Bentuk Kipas Siling Antik

2. Kipas Siling Profil Rendah

Hampir sama dengan kipas siling standard tetapi tanpa pemasangan “downrod”. Nama lainnya termasuk flush mount atau kipas hugger. Namun kipas jenis ini tidak sekuat kipas siling standard.

Ketinggian siling: Kurang dari 8 kaki (rata)

3. Kipas Siling Berlampu

Namanya sahaja sudah cukup jelas bukan? Maka kenapa tidak anda mendapatkan kipas siling yang siap dipasang dengan lampu jika bilik anda kekurangan cahaya semula jadi atau sumber cahaya lain?

Nota: Sekiranya kipas anda mempunyai lampu, anda mempunyai pilihan untuk memilih lampu jenis LED (jenis yang paling cekap tenaga), fluorescent /kalimantang atau halogen.

4. Kipas Siling Lembap & Basah

Anda tidak boleh memasang kipas siling di mana sahaja anda suka! Terdapat jenis kipas siling khusus untuk kawasan luar atau di mana-mana sahaja yang tahap kelembapannya tinggi.

Kerana kipas siling ini mempunyai motor dan bilah yang kalis cuaca dan tidak mudah bengkok/melengkung. Ianya mempunyai 2 penilaian untuk dipertimbangkan iaitu, UL Damp/lembap atau UL Wet/basah

Yang terakhir iaitu UL Wet/Basah dapat menahan hujan!

5. Kipas Siling Industri, Pertanian & Komersial

Saiznya yang besar dan hadir dengan bilangan bilah yang banyak, kipas ini boleh dipasang setinggi 10 kaki hingga 25 kaki!

Direka untuk pemasangan kipas yang berpanjangan dengan penyenggaraan yang minimum!

Kesimpulannya

Dalam pemilihan kipas siling untuk rumah anda, bukan sahaja jenama, harga dan penampilan yang penting. Pilihlah model mengikut kesesuaian saiz bilik dan ketinggian siling. Bilangan bilah kipas tidak penting!

Sekiranya anda mahu mencari kipas dalam bajet tertentu, diingatkan kipas motor arus ulang-alik AC mempunyai kos awal yang lebih rendah daripada kipas motor arus terus DC.

Lihatlah saranan kami untuk kipas siling terbaik di Malaysia.