Apa pun sebab untuk anda mendapatkannya, lebih bagus untuk anda mengetahui cara untuk memilih suplemen minyak ikan.
Dengan cara ini, pembelian anda akan jadi berbaloi. Selain itu, anda juga akan mengetahui berapa banyak yang anda perlu ambil.
Sudah bersedia untuk perbincangan ini?
Isi kandungan:
- Apakah Minyak Ikan Sebenarnya?
- Jenis Asid Lemak Omega-3
- Manfaat Daripada Pengambilan Suplemen Minyak Ikan
- Bagaimana Untuk Memilih Suplemen Minyak Ikan Yang Terbaik
Apakah Minyak Ikan Sebenarnya?
Ia merujuk secara langsung daripada namanya sendiri, iaitu minyak ikan yang berasal daripada ikan. Sel tisu ikan, secara tepatnya. Sebaliknya, kulit, sisik dan tulang ikan pula merupakan sumber biasa untuk minuman kolagen terbaik di Malaysia!
Minyak ikan selalunya berasal daripada ikan laut seperti ikan tuna, ikan makerel dan ikan bilis. Ikan-ikan ini adalah sumber semulajadi bagi lemak asid omega-3 yang sangat bermanfaat.
Apakah Minyak Ikan TG?
Anda mungkin pernah terlihat sesetengah jenama minyak ikan mengiklankan bahawa mereka menggunakan minyak ikan TG untuk produk suplemen mereka.
Bentuk minyak ikan trigliserida (TG) seharusnya mempunyai penyerapan yang lebih baik di dalam badan, berbanding dengan ethyl esters. Iaitu bentuk minyak ikan yang lain.
Namun begitu, kedua-dua bentuk ini terdapat dalam pasaran dan tiada satu bentuk pun terbukti mempunyai manfaat yang lebih bagus berbanding bentuk yang lagi satu.
Sumber: www.sciencebasedhealth.com
Mengapakah Anda Memerlukan Suplemen Minyak Ikan?
Namun begitu, jenis ikan ini (ikan laut) selalunya mempunyai harga yang mahal di Malaysia. Oleh itu, di sini lah dimana suplemen minyak ikan sangat membantu!
Kerana badan kita tidak boleh menghasilkan lemak asid omega-3 secara semulajadi!
Samada anda memerlukannya atau tidak, ia merupakan perkara kedua. Makanan seperti ikan tetap merupakan sumber terbaik untuk Omega-3. Kecuali doktor anda mengesyorkan untuk anda mula mengambil suplemen minyak ikan.
Suplemen minyak ikan amat disyorkan *(1, 2) untuk orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi, rheumatoid arthritis. Atau orang yang berisiko tinggi untuk penyakit jantung.
Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang bagus, manfaat yang akan diperoleh daripada suplemen ini masih belum dapat disahkan oleh kajian penyelidikan. Tetapi jika anda tidak mengamalkan pemakanan ikan, suplemen minyak ikan ialah pengganti yang bagus *(3).
Jenis Asid Lemak Omega-3
Secara umumnya, ini adalah jenis asid lemak utama yang anda perlukan:
- eicosapentaenoic acid (EPA)
- docosahexaenoic acid (DHA)
- alpha-linoleic acid (ALA)
Dimana dua bahan yang pertama dapat diperolehi daripada ikan yang kita makan. Manakala ALA adalah daripada tumbuhan.
Manfaat Daripada Pengambilan Suplemen Minyak Ikan
Tetapi bagaimana sebenarnya suplemen minyak ikan baik untuk anda?
Ini merupakan sebahagian manfaat yang boleh anda perolehi *(4):
- Fungsi jantung, otak dan mata yang sihat
- Membantu dalam mengurangkan simptom keradangan sendi atau artritis
- Penyakit kecelaruan mental tertentu (contohnya peyakit bipolar) mungkin boleh melihat perubahan dari segi simptom
- Seperti protein wei, minyak ikan boleh menyumbang kepada penurunan berat badan
- Kulit yang cantik
- Tumbesaran awal fetus (Jika anda hamil atau menyusukan bayi, minuman sarang burung juga sangat bagus untuk kesihatan kedua-dua ibu dan bayi!)
Nota: Kajian hanya memberi cadangan mengenai manfaat-manfaat ini dan masih belum dipastikan lagi. Jangan sesekali mengambil suplemen minyak ikan sebagai pengganti kepada ubatan normal anda. Melainkan jika diarahkan oleh doktor anda.
Orang yang mempunyai/sedang mempunyai risiko penyakit jantung atau kekurangan omega-3 biasanya adalah yang paling banyak mendapat manfaat *(5) daripada minyak ikan.
Bagaimana Untuk Memilih Suplemen Minyak Ikan Yang Terbaik
1. Bahan Kandungan
Sama seperti ketika membeli suplemen vitamin C atau probiotik di Malaysia:
Amat penting untuk elak daripada membeli/menggunakan produk yang mengandungi minyak pengisi (filler) yang tidak diperlukan. Dan bahan lain yang mungkin bersifat tiruan.
Selain itu, mungkin juga terdapat penambahan vitamin lain. Seperti vitamin A atau D.
2. Bukti Kualiti
Untuk mendapatkan keyakinan yang terbaik bahawa sesuatu produk memang benar seperti yang tertera di label:
Dapatkan suplemen minyak ikan yang mempunyai sijil daripada organisasi bebas seperti IFOS, TGA, USP, NSF Antarabangsa atau malahan Kementerian Kesihatan Malaysia!
Pihak-pihak parti ketiga ini secara lazimnya menjalankan pemeriksaan dari segi kepekatan dan kesegaran produk.
3. Tarikh Luput
Sudah pasti, ini juga adalah antara perkara penting lain yang anda perlu berikan perhatian! Minyak ikan boleh menjadi tengik!
4. Bentuk-bentuk Suplemen
Suplemen minyak ikan yang terdapat di pasaran dijual dalam bentuk kapsul, gel lembut atau cecair. Mungkin juga terdapat suplemen minyak ikan dalam bentuk gula-gula lekit (gummy).
5. Apakah Sumber Utama Dalam Minyak Ikan?
Ini adalah perkara penting kerana spesies ikan tertentu mungkin mengandungi tahap merkuri yang lebih tinggi. Contohnya ikan seperti ikan keli atau ikan tuna sirip biru selatan.
Ikan sardin dan ikan bilis merupakan sumber yang selamat sekiranya anda ingin elak dari memakan merkuri.
6. Dos Yang Disyorkan
Pastikan juga jumlah gabungan EPA atau DHA haruslah jauh melebihi jumlah ALA.
Secara umumnya, dos sukatan harian yang disyorkan untuk EPA dan DHA (gabungan) adalah kira-kira antara 250 sehingga 500mg. Iaitu lebih kurang sama dengan dos yang akan anda perolehi jika makan ikan laut sebanyak 2-3 kali seminggu.
Untuk kanak-kanak, jumlah harian bermula daripada 40mg (berumur 2 tahun dan ke atas) sehingga 125mg (untuk remaja).
Dan mengenai ALA, kaum wanita cuma memerlukan 1.1g setiap hari manakala lelaki memerlukan lebih (1.6 g).
Waktu yang terbaik untuk mengambil dos anda adalah ketika makan. Ia meningkatkan penyerapan suplemen ke dalam badan *(6)!
Anda sentiasa digalakkan untuk mematuhi nasihat pakar penjagaan kesihatan anda mengenai kuantiti kapsul yang perlu anda ambil.
7. Peringatan/Amaran
Jangan sesekali mengambil dos suplemen melebihi apa yang anda perlukan! Minyak ikan tidak boleh diambil ringan seperti vitamin C! Jika diambil melebihi dos, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan (dan strok) serta memberi kesan buruk pada sistem imuniti anda *(7).
Kesan sampingan yang biasa dialami ialah sakit perut, loya, refluks asid dan ketidakhadaman*(8).
Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan, cuba ambil suplemen anda selepas makan, berbanding sebelum! Atau bahagikan dos dan ambilnya dua kali sehari berbanding sekali *(9).
Terdapat juga risiko terhadap reaksi alahan, Jadi jangan ambil suplemen minyak ikan sekiranya anda mempunyai alahan makanan laut yang teruk. Sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera jika anda mengalami gatal-gatal, bengkak pada bibir dan muka, serta kesukaran bernafas selepas mengambil suplemen.
Perkara lain yang amat penting untuk diambil perhatian ialah *(10):
- Suplemen minyak ikan boleh menjadi berbahaya jika anda sedang dalam rawatan mencairkan darah.
- Sentiasa rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda sebelum mula mengambil suplemen minyak ikan jika anda hamil atau menyusukan bayi. Atau sedang mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen.
Kesimpulan
Mengetahui cara memilih suplemen minyak ikan adalah lebih baik daripada memilih sesuka hati dari rak. Sekarang anda telah tahu kebaikan-kebaikan suplemen minyak ikan.
Begitu juga sukatan yang disyorkan serta kesan sampingan yang mungkin terjadi jika diambil secara berlebihan.
Ingin tahu lebih lagi tentang pemilihan jenama? Lihat saranan kami akan suplemen minyak ikan.