You are currently viewing Penapis Air/Pembersih Udara Coway VS Cuckoo – Pilihan Terbaik?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Kedua-dua Coway dan Cuckoo merupakan penapis air dan pembersih udara yang amat bagus, tetapi syarikat yang manakah menawarkan produk yang lebih baik secara keseluruhan?

Jadi, di dalam perdebatan antara Coway vs Cuckoo:

Baca di bawah untuk melihat pendangan kami mengenai syarikat yang mana merupakan perkakasan rumah yang lebih baik, dan samada anda patut atau tidak patut untuk memilih jenama yang mana, berbanding yang lagi satu!

Nota: ini kebanyakannya adalah merupakan pandangan secara am antara kedua-dua jenama, dan tidak akan merangkumi perbezaan produk yang lebih spesifik.

Isi Kandungan:

1. Penapis Air Coway Vs Cuckoo

Penapis air membantu untuk membuang bahan pencemar daripada air yang anda guna, memberikan anda air minuman yang selamat dan bersih.

Kedua-dua Coway dan Cuckoo merupakan sistem penapis/pembersih air  POU (Point-Of-Use), dan kami akan membincangkan bagaimana pengeluar-pengeluar ini berbeza antara satu sama lain, di bawah ini.

Dan sekiranya anda sedang merancang untuk mendapatkan sebuah penapis/pembersih air dalam masa terdekat ini, sila lihat panduan kami dalam memilih penapis air yang tepat untuk anda.

1.1. Sistem Penapisan Air

Teknologi Penapisan Air Coway

Majoriti penapis air Coway menggunakan penapis Osmosis Berbalik, iaitu sistem penapisan paling teliti dan bersih yang terdapat dalam pasaran.

Penapis RO berfungsi dengan menggerakkan air melalui membran separa-telap untuk membuang bahan pencemar daripada air tersebut.

Anda boleh menemui penerangan yang lebih terperinci mengenai RO di dalam artikel ini.

Sistem penapisan air lain yang digunakan oleh Coway ialah penapis tanda dagangan (trademark) mereka, Nanotrap, iaitu mengurangkan mikroorganisma menggunakan medan elektromagnet.

Sudah tentu sekali, hanya penapis-penapis ini (RO dan Nanotrap) merupakan penapis utama, memandangkan sistem penapisan berdasarkan-katrij Coway mempunyai julat antara 3-6 peringkat berdasarkan model penapis.

Teknologi Penapisan Air Cuckoo

Sebaliknya, semua penapis/pembersih air Cuckoo mempunyai sistem penapisan air 6-peringkat, dengan penapis paten milik mereka adalah merupakan sebuah penapis semulajadi dan penapis positif nano.

Penapis semulajadi tersebut memperkenalkan keseimbangan alkali sederhana pada air minuman untuk memberikan keseimbangan pH yang lebih sihat. Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan bukti yang munasabah mengenai perkara tersebut (pH yang lebih seimbang).

Sementara itu, penapis positif nano berfungsi untuk menghilangkan sehingga 99.99% mikroorganisma yang ada.

Dan membuang bahan pencemar yang lain (alga/kulat, logam berat), bahan pencemar berbahaya bercas-negatif yang menyerap.

1.2. Kualiti Air Dan Tahap pH

Air yang terhasil daripada pembersih air Coway selalunya mempunyai tahap pH antara 6.5 hingga 7.5, iaitu agak neutral.

Dari segi kualiti air, walaupun penggunaan penapis RO oleh Coway menjadikan air terhasil sangat bersih, terdapat kandungan mineral yang rendah.

Sementara itu, penapis air Cuckoo mengiklankan diri mereka sebagai beralkali sederhana (sekitar pH 7.5 ) dengan kandungan mineral yang ketara.

1.3. Saiz Tangki Air

Secara purata, penapis air Coway mempunyai saiz tangki yang lebih besar berbanding Cuckoo.

1.4. Kekerapan Servis

Kedua-dua Coway dan Cuckoo mempunyai jadual penyelenggaraan yang tersendiri untuk penapis air mereka, menawarkan penggantian penapis dan pemeriksaan secara berkala untuk fungsian penapis.

Penapis air Coway mempunyai sesi servis setiap 2 bulan, manakala penapis air Cuckoo mempunyai sesi servis setiap 4 bulan.

1.5. Harga

Dari segi harga, kedua-dua Coway dan Cuckoo mempunyai nilai harga yang hampir sama, iaitu model pesaing masing-masing hanya mempunyai harga yang kurang RM100 sehingga RM200 berbanding satu sama lain.

Kedua-dua pengeluar juga menawarkan pilihan pembelian secara-terus atau sewaan bulanan untuk penapis/pembersih air.

1.6. Penapis Air Coway VS Cuckoo – Keputusan

Berdasarkan jenis model penapis air yang kedua-dua Coway dan Cuckoo tawarkan di pasaran, ianya sukar untuk membuat kesimpulan bahawa jenama mana adalah lebih baik secara keseluruhan.

Apa yang kami boleh lakukan ialah membuat rumusan mengenai apa yang membuatkan sesuatu jenama itu unik, supaya anda boleh mengenalpasti yang manakah jenama yang anda lebih gemari.

KriteriaCowayCuckoo
Sistem Penapisan Air UtamaMenggunakan penapis Osmosis Berbalik atau NanotrapMenggunakan penapis ‘positif-nano’ yang tersendiri
pH Air TerhasilAir mempunyai pH yang agak neutral iaitu antara 6.5 hingga 7.5Air mempunyai keseimbangan lebih alkali pada pH 7.0 sehingga 8.0
Kandungan Mineral Air TerhasilAir tapisan-RO akan mempunyai kandungan mineral yang lebih rendahSistem tapisan yang unik membenarkan jumlah mineral yang lebih tinggi
Kapasiti Tangki AirMempunyai saiz tangki air yang lebih besar berbandung CuckooTangki air lebih kecil berbanding Coway
Kekerapan ServisMemerlukan penyelenggaraan setiap 2 bulanMemerlukan penyelenggaraan setiap 4 bulan
Julat HargaSama seperti CuckooSama seperti Coway

2. Pembersih Udara Coway Vs Cuckoo

Selain daripada penapis/pembersih air, dua syarikat tersebut juga mempunyai penapis udara di pasaran.

Pembersih udara digunakan untuk mengedarkan dan membuang bahan pencemar di dalam udara, membolehkan anda untuk bernafas dengan lebih mudah di dalam rumah anda, terutamanya jika anda mempunyai asma atau alahan.

Dari segi syarikat manakah yang mempunyai produk yang lebih baik, sila teruskan bacaan anda di bawah:

2.1. Sistem Penapisan Udara

Pembersih udara Coway berbeza  antara sistem penapisan 4 peringkat (Pra-Penapis, Habuk-Halus, Nyahbauan, HEPA) kepada 6 peringkat (Pra-Penapis, Habuk-Halus, HEPA, Plasma RBD, Mangkin, Nyahbauan).

Sementara itu, Cuckoo menggunakan sistem Penapisan 7-Peringkat yang standard untuk kesemua pembersih udaranya.

Ia mengandungi Pra-Penapis, Penapis Gas Berbahaya, Nyahbauan, dan Penapis Ultra PM 2.5 4-peringkat (Anti-Bakteria, Anti-Kulapuk, Anti-Virus, Penapis Alergen).

2.2. Penapis Utama

Untuk Coway, komponen penapis mereka yang paling ketara ialah penapis HEPA (High-Efficiency Particulate Absorbing), yang boleh membuang 99.97% partikel bersaiz sehingga 0.3 mikrometer.

Dan untuk Cuckoo, pilihan penapis yang diiklankan ialah Penapis Ultra PM2.5 yang dibangunkan sendiri, yang menapis keluar bahan-bahan bersaiz sehingga 2.5 mikrometer, dan telah diuji dan disahkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

2.3. Liputan

Daripada pandangan sepintas lalu, kedua-dua pembersih udara Coway dan Cuckoo menawarkan:

Pembersih udara Coway mempunyai liputan kawasan permukaan yang lebih luas berbanding pembersih udara Cuckoo.

Contohnya, model terbesar Coway, Tuba mempunyai liputan seluas 93m2, sementara model terbesar Cuckoo, Model D, hanya mempunyai liputan 66m2.

2.4. Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan

Perkhidmatan pembersih udara Coway adalah seperti servis penapis air mereka, dimana seorang pegawai profesional daripada syarikat mereka akan memeriksa setiap 2 bulan, dengan penapis gantian sekiranya perlu.

Jadual penyelenggaraan dan perkhidmatan Cuckoo juga adalah sama, dengan kumpulan servis yang akan melawat setiap 4 bulan untuk penapis gantian, dan untuk memastikan peranti berfungsi pada tahap optima.

2.5. Harga

Pembersih udara Coway mempunyai julat antara RM2,500 sehingga RM4,240, menawarkan kedua-dua pilihan yang ekonomi dan mewah.

Namun begitu, harga pembersih udara Cuckoo, mempunya julat daripada RM2,358 sehingga RM3,500, dan adalah hanya sedikit lebih murah berbanding Coway.

2.6. Pembersih Udara Coway VS Cuckoo – Keputusan

Seperti penapis air, kedua-dua Coway dan Cuckoo juga menawarkan perkara yang berbeza untuk pembersih udara.

Berdasarkan keunikan yang terpadat pada setiap model, ianya sukar untuk memberikan kesimpulan untuknya, oleh itu kami menyenaraikan beberapa ciri-ciri unik dan kriteria untuk diberikan perhatian bagi setiap jenama.

KriteriaCowayCuckoo
Teknologi Penapisan Udara UtamaSistem penapisan 4-6 peringkat dengan penapis HEPA (sehingga 0.03µm)Sistem penapisan 7-peringkat dengan penapis Ultra PM2.5 (hanya sehingga 2.5µm)
Liputan KawasanLebih luasLebih kecil
Penyelenggaraan & PerkhidmatanSetiap 2 bulanSetiap 4 bulan
HargaSedikit lebih mahalSedikit lebih murah

Kesimpulan

Apabila mengulas mengenai Coway VS Cuckoo, ianya lebih baik untuk melakukan kajian terhadap spesifik produk yang anda sedang cari.

Terdapat banyak faktor untuk anda memilih satu jenama berbanding jenama yang lagi satu. Dan untuk pendapat kami, tiada jenama yang sebenarnya lebih baik berbanding yang lain.

Oleh itu, samada ianya adalah penapis air atau pembersih udara, jangan hanya berpandukan nama jenama untuk mempengaruhi anda membuat keputusan muktamat!

Baca lagi:

13 Penapis Air Terbaik Malaysia 2021 (Termasuk Luar Rumah)