You are currently viewing 11 Penyedut Asap Dapur Terbaik Malaysia 2022: Kurang Berserabut & Tiada Bau Dapur

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Adakah anda memerlukan hood dapur terbaik di Malaysia 2022?

Ya jika anda tidak tahan apabila rumah, rambut dan pakaian anda berbau apa sahaja masakan yang anda goreng! Hood dapur tidak memakan banyak ruang. Bergantung kepada jenis produk yang anda pilih!

Kurang minyak di dapur bermaksud kurang kerja untuk membersihkannya. Baca ulasan hood dapur terbaik ini supaya anda tahu produk manakah yang paling sesuai dengan dapur anda (dan bajet)!

Senarai Kandungan:

Apakah Penyedut Asap Dapur Dan Fungsinya

Hood dapur boleh menyedut partikel-partikel di udara yang menyebabkan penyebaran bau minyak selepas memasak! Seperti minyak, asap, dan wap.

Ia menggunakan kipas mekanikal untuk menarik masuk asap dapur dan menolak asap tersebut keluar (melalui saluran atau hud pengudaraan)

Sesetengah model mempunyai sistem peredaran semula (iaitu ductless hood). Yang mana udara yang sama ditiup kembali ke dapur anda selepas melalui penapis (untuk memerangkap minyak)!

Justeru secara semula jadi, produk ini tidak kira jenis yang mana seharusnya dipasang di atas dapur gas atau elektrik anda untuk kecekapan maksimum.

Nama lain untuk hood dapur:

  • Range hood (US)
  • Extractor hood (UK)
  • Stove hood
  • Extractor fan
  • Exhaust hood

Jenis-Jenis Cooker Hood

1. Hood Cerobong

Pemasangan: Di dinding

Kelebihan:

  • Boleh didapati dengan meluas di Malaysia
  • Menarik dan menghalakan semua asap memasak keluar

Keburukan:

  • Perlu menggerudi lubang di dinding rumah anda
  • Boleh menghalang orang yang tinggi
  • Mengambil ruang menegak yang cukup besar

2. Island Cooker Hoods

Pemasangan: Di atas kitchen island

Kelebihan:

  • Sama ada jenis pengudaraan / pengedaran semula
  • Sesuai untuk reka bentuk dapur terbuka (dapur tidak bercantum dengan dinding)

Keburukan:

  • Memerlukan kuasa sedutan yang lebih kuat untuk membersihkan kawasan yang lebih luas
  • Harganya Mahal

3. Cooker Hood Kanopi

Pemasangan: Di bawah kabinet dapur anda

Kelebihan:

  • Tampak cantik kerana memberikan gambaran aliran berterusan ke kabinet anda
  • Kompak dan menjimatkan ruang

Keburukan:

  • Paling tidak efisien(selalunya)

4. Slim Cooker Hoods/ Telescopic Pull-Out Hood

Pemasangan: Didalam bawah kabinet dapur

Kelebihan:

  • Tersembunyi, kelihatan sangat moden
  • Boleh menjadi sistem pengudaraan atau pengedaran semula

Keburukan:

  • Kehilangan ruang almari kabinet

11 Hood Dapur Terbaik Malaysia 2022

Jika anda memilih penghisap asap dapur berdasarkan rupanya, anda mungkin mahu tatal jauh ke bawah untuk melihat gambar-gambarnya secara terus!

  • Penghisap Asap Dapur Jimat Ruang Terbaik – Midea MCH-76MSS
  • Penghisap Asap Dapur Bawah Kabinet Terbaik – Midea MCH-76MSS
  • Penghisap Asap Dapur Teleskopik Terbaik – Lebensstil Kollektion LKCH-P9003PJ
  • Penghisap Asap Dapur Bajet Terbaik (RM300) – Midea MCH-76MSS
  • Penghisap Asap Dapur Bajet Terbaik (~RM600) – Zanussi ZHC978X
  • Penghisap Asap Dapur Bajet Terbaik (RM1,000, Kurang Penyelenggaraan) – Electrolux EFC922GAK
  • Penghisap Asap Dapur Bajet Terbaik (RM1,000, Harga Berpatutan) – Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series
  • Penghisap Asap Dapur Paling Berkuasa (Mempunyai Saluran dan Cucian Kendiri) – SENZ SZ-CH338i IntelClean Motor Dwi-turbo
  • Penghisap Asap Dapur Untuk Orang Tinggi – ELBA EH-E9122ST

1. Midea MCH-76MSS Slim Cooker Hood

Tidak suka memikirkan paip ekzos yang akan masuk ke dinding rumah anda?

Hood dapur keluli tahan karat oleh Midea ini menggunakan sistem peredaran semula. Dan mempunyai penapis yang boleh dicuci termasuk lampu LED.

Nota: Lampu LED ini boleh diganti dengan mudah; anda boleh membeli mentol LED yang biasa dijual di kedai perkakasan berdekatan dengan anda.

Pengguna-pengguna telah cuba memasangnya di bawah kabinet, di atas dinding, dan juga daripada tingkap (menggunakan kurungan yang dibeli berasingan), dan kebanyakan daripada mereka berjaya melakukannya tanpa saluran.

Petua: Semak semula sama ada kabinet anda mampu menanmpung berat penghisap asap dapur ini.

Maka, ini bermakna anda perlu menukar penapis penghisap asap dapur ini setiap 6 bulan dengan penggunaan sederhana. 2 penapis ini dijual pada harga ~RM80.

Bunyinya sedikit bising pada kekuatan maksimum tetapi dengan harganya, anda harus menerima seadanya! Lebih-lebih lagi kerana ia mengelakkan dinding dan lantai daripada berminyak! Penghisap asap dapur ini juga sedap mata memandang dan mudah digunakan! Tambahan pula ia sesuai dengan dapur kecil.

Jika bajet anda lebih tinggi, anda mungkin ingin mencari model lain! Sesetengah pengguna menyatakan bahawa bunyinya seperti air terjun, walaupun pada tahap kelajuan pertama. Suhu persekitaran dapur juga meningkat apabila menggunakan penghisap asap dapur ini!

Hood Dapur Slim MCH-76MSS Midea
  • Jenis: Sistem Keluar atau Sistem Peredaran Semula | Nipis
  • Kuasa sedutan: 900 m³/j
  • Jenis Penapis: 2 Penapis Aluminium & 2 Charcoal Filter
  • Dimensi: 75.7 (L) x 50 (P) x 14 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun + 5 tahun untuk motor
  • Harga: ~RM288

Kelebihan:

  • Boleh digunakan tanpa saluran
  • Murah
  • Berkuasa dan berkesan menghisap minyak dan asap dapur
  • Bergaya
  • Mempunyai lampu

Kekurangan:

  • Bising
  • Jaminan yang pendek untuk motor
  • Sarung motor diperbuat daripada plastik dan bukannya besi
  • Mengalirkan semula udara panas ke dapur (jika dipasang tanpa saluran)

2. SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin Turbo Motor MultiHood

Ciri pembersihan automatik dari SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin Turbo Motor MultiHood merupakan satu fungsi yang sangat hebat / sentuhan yang bagus! Serta praktikal dan berkesan, menurut ulasan!

Bersama-sama dengan lampu LED, tempered glass dan paparan LCD untuk penampilan yang benar-benar moden!

Kualiti reka binanya pun sangat kagum. Walaubagaimanapun, ia adalah penghisap asap dapur yang berat.

Penghisap asap dapur ini mempunyai saluran jadi anda mungkin perlu meminta khidmat pakar untuk memasangnya! Takut-takut anda akan mencalarkan kaca terbajanya yang cantik!

Sebaliknya, penyedut asap dapur SENZ SZ-CH338i ini berfungsi dengan senyap (tahap bunyi yang rendah ≤ 56dB) walaupun mempunyai kuasa sedutan yang kuat!

Sekiranya anda mempunyai bajet untuknya, penyedut asap dapur SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin a Turbo Motor MultiHood merupakan pelaburan yang berbaloi bagi penyedut asap dapur berkualiti tinggi yang mempunyai fungsi pembersihan-automatik.

Anda hanya perlu ingat bahawa anda tidak boleh menggunakannya tanpa lohong/lubang!

SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin Turbo Motor MultiHood
  • Jenis: Duct Out System | Hood Cerobong
  • Daya sedutan: 1,800 m³/j
  • Jenis Penapis: Aluminium Mesh dengan Penapis Minyak
  • Dimensi: 90 (L) x 38 (P) x 95-131 (T) cm
  • Jaminan: 3 tahun untuk motor
  • Harga: ~RM1,585

Kelebihan:

  • Berkuasa tapi senyap
  • Anggun (dengan sentuhan kaca terbaja)
  • Reka bina mantap
  • Fungsi cucian kendiri

Kekurangan:

  • Jaminan pendek
  • Berat
  • Tidak boleh digunakan tanpa saluran

3. Penghisap Asap Dapur Ramping MORGAN MCH-NC276 Dwi-motor

Walaupun ia direka untuk boleh digunakan sebagai penghisap asap dapur dengan saluran atau penghisap asap dapur tanpa saluran:

Penghisap Asap Dapur Ramping MORGAN MCH-NC276 Dwi-motor tidak hadir dengan hos saluran. Tetapi ia sesuai dipasang di atas dinding kerana terdapat kurungan di belakangnya.

Jika anda tidak memerlukan saluran, anda cuma perlu sambungkan palamnya ke sumber elektrik dan hidupkannya. Wayar kuasanya sepanjang 1m. Penghisap asap dapurnya mempunyai lampu dan penapis arang.

Pengguna berpuas hati dengan kualiti binaannya. Namun, seorang pengguna menyatakan penghisap asap dapur Rubin mempunyai reka bina yang lebih baik.

Kuasa sedutannya kuat, tetapi sebahagian mengatakan bunyinya bising.

Penghisap asap dapur ini merupakan alternatif untuk Penghisap Asap Dapur Ramping Midea MCH-76MSS yang mempunyai saiz dan harga yang hampir serupa. Bezanya, penghisap asap dapur MORGAN mempunyai rekaan yang lebih cantik!

Dengan demikian, anda boleh mengabaikan tempoh jaminan yang pendek.

Penghisap Asap Dapur Ramping MORGAN MCH-NC276 Dwi-motor
  • Jenis: Sistem Keluar atau Sistem Peredaran Semula | Nipis
  • Kuasa sedutan: 840 m³/j
  • Jenis Penapis: 2 Penapis Aluminium & 2 Charcoal Filter
  • Dimensi: 76 (L) x 51.5 (P) x 13 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun
  • Harga: ~RM376

Kelebihan:

  • Mesra bajet
  • Nampak cantik
  • Kualiti yang bagus pada harganya
  • Kuasa sedutan yang baik
  • Pilihan untuk menggunakan saluran atau tanpa saluran

Kekurangan:

  • Jaminan pendek
  • Tiada fungsi pembersihan
  • Hos saluran tidak tersedia

4. Electrolux EFC922GAK Chimney Cooker Hood

Seperti yang anda jangkakan, Electrolux merupakan salah satu jenama cooker hood terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia:

Cooker hood cerobong hitam berkilat ini bergantung pada sistem pengekstrakan bersama-sama dengan fungsi pembersihan automatiknya sendiri. Membuatkan ramai menyukai keberkesanannya!

Anda hanya perlu meletakkan sedikit air dan sabun cuci pinggan ke dalam kuali. Penghisap asap dapur ini akan menggunakan air itu untuk mencuci sendiri! Anda akan lihat air tersebut menjadi kotor setelah proses ini!

Tetapi anda tetap perlu mengelap luarannya yang berkilat. Hal ini bukanlah mudah atas faktor bentuk dan ketinggian cerobongnya.

Kami masih menyarankan penghisap asap dapur ini jika anda mahukan penghisap asap dapur dengan saluran yang memerlukan kurang penyelenggaraan (kerana fungsi cucian kendirinya).

Walaupun bunyi yang dihasilkan oleh model ini lebih kuat (pada tetapan kelajuan pertama juga) daripada model pertengahan hood dapur yang lain:

Tetapi tahap bunyinya tidak melebihi 62dB. Mungkin penyebab bunyi yang kuat ini ialah kuasa sedutan penghisap asap dapur ini yang kuat; yang mampu memastikan dapur anda kekal bersih!

Lebih-lebih lagi, penghisap Asap Dapur Cerobong Electrolux EFC922GAK berpatutan dan berkualiti. Pemasangannya juga mudah dengan membaca arahan. Anda juga akan dapat hos berdiameter 6 inci (tanpa penutup) di dalam kotak.

Melihat pada harganya, kami hanya berharap agar tempoh jaminannya lebih lama.

Electrolux EFC922GAK Chimney Cooker Hood
  • Jenis: Pengekstrakan Sahaja | Hood Cerobong
  • Kuasa sedutan: 1,100 m³/j
  • Jenis Penapis: Penapis Aluminium yang boleh dicuci
  • Dimensi: 90 (L) x 50 (P) x 59.2-86.5 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun
  • Harga: ~RM1,269

Kelebihan:

  • Kurang penyelenggaraan diperlukan (cucian kendiri)
  • Sedutan berkuasa
  • Luaran moden yang cantik
  • Mudah dipasang

Kekurangan:

  • Bising
  • Tidak sesuai untuk dipasang tanpa saluran
  • Jaminan pendek

5. Zanussi ZHC978X Chimney Cooker Hood

Dengan harga di bawah RM1,000, anda boleh membeli Zanussi ZHC978X Chimney Cooker Hood yang serba boleh untuk dapur anda!

Mengapa kita mengatakannya serba boleh? Kerana anda boleh menggunakannya sama ada dalam mod pengekstrakan atau peredaran semula!

Tidak seperti dengan Electrolux EFC922GAK Chimney Cooker Hood, anda harus membersihkan penapisnya sendiri sekiranya anda memilih model ini.

Tetapi sekurang-kurangnya ia adalah penapis keluli tahan karat yang boleh dicuci (bentuk kon membantu untuk mengumpulkan minyak pada satu tempat)!

Lebih penting lagi, sedutannya yang kuat. Dan tiada juga aduan dibuat mengenai bunyi penghisap asap dapur ini.

Walaubagaimanapun, arahan untuk memasang penghisap asap dapur ini dengan saluran tidak cukup terperinci. Anda akan dapat hos saluran berdiameter 6 inci dan mempunyai panjang 6 kaki, tetapi tidak mempunyai penutup.

Jadi, jika anda tidak mahu mengupah orang untuk memasangnya ataupun tidak pernah memasang penghisap asap dapur sendiri sebelum ini:

Anda mungkin boleh sahaja menggunakannya pada mod alir semula (tanpa saluran)! Harganya juga murah, tetapi mempunyai jaminan yang sedikit pendek.

Dapatkan penghisap asap dapur ini jika anda mahukan penghisap asap dapur bajet berkuasa jika anda tidak bercadang untuk menggunakannya dalam jangka masa yang sangat lama! Dan jika anda lebih menggemari model yang tanpa lohong/lubang.

Nota: Tidak sesuai dipasang di atas kaunter dapur.

Zanussi ZHC978X Chimney Cooker Hood
  • Jenis: Pengekstrakan atau Peredaran Semula | Hood Cerobong
  • Kuasa Sedutan: 1,000 m³/j
  • Jenis Penapis: Penapis Kon Dengan Sistem Pengumpul Minyak
  • Dimensi: 87.5 (L) x 49 (P) x 60-89 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun
  • Harga: ~RM627

Kelebihan:

  • Murah
  • Dua cara penggunaan
  • Penapis yang boleh dibasuh
  • Kuasa sedutan yang memuaskan
  • Tahap bunyi yang boleh diterima

Kekurangan:

  • Jaminan pendek
  • Tiada fungsi cucian kendiri
  • Pemasangan dengan saluran sukar dipasang

6. LIVINOX LCH-RUBY-90SS Multi-Function Cooker Hood

Seperti hood dapur sebelumnya (Unlike the Zanussi ZHC978X Chimney Cooker Hood.) dalam senarai ini, LIVINOX LCH-RUBY-90SS Multi-Function Cooker Hood mempunyai dua mod (pengekstrakan atau peredaran semula).

Maka, Penghisap Asap Dapur Pelbagai Fungsi LIVINOX LCH-RUBY-90SS merupakan penyedut asap dapur berharga sekitar ~RM1,500 yang sesuai untuk mereka yang menyewa rumah atau situasi kediaman bersifat sementara yang lain. Kerana ia boleh digunakan tanpa saluran.

Nota: Penghisap dapur ini menggunakan saluran 7 inci

Tambahan pula, model ini dapat dibersihkan dengan sendirinya! Tidak seperti Zanussi ZHC978X yang tiada fungsi ini.

Menggunakannya sangat mudah kerana model ini hanya mempunyai 3 tetapan kelajuan yang berbeza. Dan mod turbo automatik!

Penghisap Asap Dapur Cerobong Zanussi ZHC978X memang mempunyai kuasa sedutan yang kuat, namun banyak lagi model yang lebih berkuasa:

Kuasa sedutan bagi LIVINOX LCH-RUBY-90SS adalah lebih tinggi (1,450 m³/j lwn 1,000 m³/j) daripada Zanussi ZHC978X, namun banyak lagi model yang lebih berkuasa:

Contohnya LIVINOX MICA atau LIVINOX COPPER (1,600 m³/j). Tetapi model-model ini berharga lebih ~RM300-400.

Nota: Terdapat sensor gas fungsi dan juga fungsi melewatkan masa.

LIVINOX LCH-RUBY-90SS Multi-Function Cooker Hood
  • Jenis: Pengekstrakan atau Peredaran Semula | Hood Cerobong
  • Kuasa sedutan: 1,450 m³/j
  • Jenis Penapis: Panel Penutup Keluli Tahan Karat Dengan Charcoal Filter
  • Dimensi: 89.5 (L) x 49.8 (P) x 55.6 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun
  • Harga: ~RM1,548

Kelebihan:

  • Serba boleh – tidak memerlukan pemasangan saluran
  • Cucian kendiri
  • Kekuatan sedutan yang baik
  • Reka bentuk moden

Kekurangan:

  • Penapis arang memerlukan penggantian

7. Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series Arch-glass Kitchen Hood

Di bawah harga RM1,000, Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series Arch-glass Kitchen Hood juga memiliki penapis arang.

Model ini mempunyai sensor kawalan sesentuh (3 kelajuan) dan delay timer. Selain itu, teknologi H²Meltz yang ada dalam model ini dapat menanggalkan minyak yang degil dengan pantas semasa proses pembersihan automatik!

Yang terakhir, bentuk hood yang melengkung itu bukan hanya untuk tujuan nilai estetik semata-mata. Ia juga menyumbang kepada kecekapan tahap sedutan!

Pada harga ~RM1,000, jaminan 5 tahun untuk motor (dan 1 tahun untuk aksesori) sangat diminati!

Dengan mengambil kira yang ia adalah penghisap asap dapur cerobong dengan dwifungsi serta cucian kendiri, Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series ini adalah penghisap asap dapur yang berbaloi! Ia juga jenama buatan Malaysia!

Nota: Anda layak untuk menerima lanjutan waranti selama 6 bulan sekiranya anda mendaftar secara dalam talian!

Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series Arch-glass Kitchen Hood
  • Jenis: Pengekstrakan atau Peredaran Semula | Hood Cerobong
  • Daya sedutan: 1,200 m³/j
  • Jenis Penapis: Penapis Keluli Tahan Karat, Charcoal Filter, Perangkap Minyak
  • Dimensi: 89.6 (L) x 50 (P) x 56.7-96.7 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun + 5 tahun untuk motor
  • Harga: ~RM989

Kelebihan:

  • Berbaloi dengan harga
  • Jaminan motor yang Panjang berbanding model lain yang sama harga
  • Boleh dipasang dengan dua cara
  • Cucian kendiri

Kekurangan:

  • Penapis arang perlu ditukar secara berkala

8. ELBA EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood

Kepala anda tidak akan terhantuk lagi dengan ELBA EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood yang mempunyai bentuk condong ini! Penghisap asap dapur ini mempunyai harga yang sangat berbaloi pada ~RM900. Termasuk jaminan motor yang panjang selaman 5 tahun!

Terdapat kawalan masa automatik (Fungsi tutup-lambat 3 minit) dan lampu LED. Kuasa sedutannya tinggi dan mana-mana tetapan 3 kelajuan sahaja mungkin sudah mencukupi untuk keperluan anda! Tetapi bunyinya sedikit kuat.

Demonstrasi kuasa sedutan asap:

Bagi penyelenggaraan:

Di dalam model casis keluli tahan karat ini, terdapat perangkap minyak dan charcoal filter yang anda harus bersihkannya dan menggantikannya (iaitu charcoal filter) bila tiba masanya. Takungan minyak itu mudah ditanggalkan, dan anda hanya perlu membuang kotoran dan merendamnya.

Jika anda pertama kali memiliki penghisap asap dapur atau tidak pernah memasangnya sendiri, anda mungkin perlu memanggil pakar untuk memasangnya. Hal ini kerana arahan dalam manual yang diberikan terlalu ringkas.

Antara Elba E9122ST atau E9121ST:

Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang sama. Namun, E9121ST boleh buka sendiri, lebih mahal, dan agak sukar diselenggara.

Nota: Pilihan untuk memasangnya sebagai hood cerobong jenis pengekstrakan juga tersedia. Hos salurannya kira-kira 1.5m, berdiameter 7 inci.

ELBA EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood
  • Jenis: Pengekstrakan atau Peredaran Semula | Hood Cerobong
  • Daya sedutan: 1,400 m³/j
  • Jenis Penapis: Charcoal Filter, Perangkap Minyak
  • Dimensi: 89.8 (L) x 42.8 (P) x 99.6-134.3 (T) cm
  • Waranti: 1 tahun + 5 tahun untuk motor
  • Harga: ~RM895

Kelebihan:

  • Sesuai untuk penyewa (boleh digunakan tanpa saluran)
  • Harga rendah dengan jaminan motor yang Panjang
  • Kuasa sedutan yang kuat

Kekurangan:

  • Tiada pembersihan automatik dan penutup saluran
  • Tidak mudah dipasang
  • Bunyi sedikit kuat

9. MILUX Stainless Steel Cooker Hood MHS-S430

Kami menggemari ciri-ciri minimalis besi tahan karat yang terdapat pada penyedut asap dapur yang mampu-milik di Malaysia ini. MILUX Stainless Steel Cooker Hood MHS-S430 yang bersaiz 90cm sesuai dengan dapur yang kecil.

MILUX Stainless Steel Cooker Hood MHS-S430

Tambahan lagi, ia mempunyai cahaya 40W.

Tetapi juga merupakan suatu hakikat bahawa kekuatan sedutannya terhad pada 750m³/h yang membuatkan MILUX Stainless Steel Cooker Hood MHS-S430 tidak mencukupi untuk dapur yang besar.

Dan memandangkan ia datang dengan sepasang penapis arang, anda tidak perlu untuk menebuk sebarang lubang untuk paip ekzos (boleh digunakan tanpa lohong/lubang)

Namun begitu, penyedut asap dapur MILUX Stainless Steel Cooker Hood MHS-S430 hanya berharga sedikit murah berbanding penyedut asap dapur Midea MCH-76MSS Slim Cooker Hood yang kami berpendapat ianya lebih bagus (contohnya kekuatan sedutan yang lebih tingg iaitu 900m³/h vs 750m³/h, jaminan motor selama 5 tahun, dan lain-lain).

Pengalaman pengguna yang memasang penyedut asap dapur tanpa lohong/lubang MILUX MHS-S430:

  • Jenis: Tanpa Lohong/Lubang Atau Sistem Edaran Semula | Lekatan Dinding
  • Kuasa Sedutan: 750 m³/h
  • Jenis Penapis: 2 Penapis Arang
  • Dimensi: 48 (L) x 89.5 (D) x 13.5 (T) cm
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM320 ke RM360

Kelebihan:

  • Mampu-milik
  • Rekaan ringkas dan moden
  • Saiz sesuai dengan dapur kecil
  • Boleh dipasang dengan mudah tanpa lubang/lohong
  • Mempunyai lampu

Kekurangan:

  • Kekuatan sedutan yang rendah secara relatif
  • Berbunyi agak kuat (sama dengan pembersih vakum)

10. ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088

Walaupun berharga sekitar RM200 lebih murah berbanding penyedut asap dapur ELBA EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood, penyedut asap dapur ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088 mempunyai ciri-ciri yang sama – 3 tetapan kelajuan, satu lampu LED, dan kekuatan sedutan terkadar pada 1,400 m³/h.

ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088

Kedua-duanya dikategorikan oleh ELBA sebagai sistem edaran semula. Dan kedua-duanya mempunyai casis besi tahan karat dan penapis arang (terdapat tambahan penapis aluminium untuk model EH-J9088).

Anda juga akan mendapat tempoh jaminan yang lama untuk motor – 5 tahun seperti model ELBA EH-E9122ST.

Namun begitu, kedua-dua model kelihatan sangat berbeza. Penyedut asap dapur ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088 terserlah dengan penyedut dapur kaca yang menarik, manakala model ELBA  EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood mempunyai lebih ciri-ciri industri terdapat padanya.

Perbezaaan lain antara dua penyedut asap dapur tersebut ialah panelnya, model EH-J9088 mempunyai panel sentuh gelangsar, manakala model EH-E9122ST menggunakan sentuhan sensor.

Dan walaupun model EH-J9088 tidak mempunyai cawan minyak (tidak seperti model EH-E9122ST), minyak yang terperangkap akhirnya terkumpul di dalam dulang besi tahan karat yang anda boleh bersihkan.

Penyedut asap dapur ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088 berbunyi bising tetapi sedutannya yang amat kuat tidak dapat dinafikan.

Demonstrasi:

Sebagai kesimpulan, penyedut asap dapur EH-J9088 amat berkuasa dan mempunyai harga yang sewajarnya bagi penyedut asap dapur dengan atau tanpa lohong yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Dan anda mungkin lebih menggemari rekaan (atau harga) yang terdapat pada penyedut asap dapur ELBA Kitchen Chimney Hood EH-J9088 berbanding penyedut asap dapur ELBA EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood yang setanding.

  • Jenis: Tanpa Lohong/Lubang Atau Sistem Edaran Semula | Lekatan Dinding
  • Kuasa Sedutan: 1,400 m³/h
  • Jenis Penapis: Penapis Arang, Penapis Aluminium
  • Dimensi: 90 (L) x 39 (D) x 86.5 to 118 (T) cm
  • Jaminan: Jaminan motor 1 tahun + 5 tahun
  • Harga: ~RM850

Kelebihan:

  • Sedutan yang berkuasa
  • Rekaan yang menarik untuk dapur moden
  • Jaminan motor yang lama
  • Boleh dipasang tanpa lohong/lubang
  • Lampu tambahan di dapur (2 lampu LED)

Kekurangan:

  1. Paip lohong yang disediakan agak pendek (52 inci)
  2. Berbunyi bising

11. Hud Dapur Rubine RCH-BOXLINE X-90SS

Kelihatan  bergaya (smart-looking) dengan keluli tahan karat dan kemasan kaca terbaja (kaca tempered), Rubine Cooker Hood RCH-BOXLINE X-90SS juga menggunakan Panel Kawalan Sensor Sentuh! Dan juga berlampu.

Ia boleh dipasang tanpa atau dengan tiub saluran 3m (diameter 7 inci) yang disertakan sekali dengan penghisap asap dapur ini. Terdapat juga penapis arang, namun pemasangannya sedikit sukar.

Berdasarkan ulasan pengguna, arahan memasang bagi cara aliran semula (tanpa saluran) adalah tidak jelas.

Selain itu, tahap bunyinya boleh diterima dan kuasa sedutannya cukup. Tetapi pada tetapan tertinggi, ia berbunyi kuat!

Dan tiada pembersihan automatik dengan model dapur ini:

Jadi bersiap sedialah untuk membersihkan penapis baffle itu sekurang-kurangnya sebulan sekali (bergantung kepada penggunaan anda). Panduan tersebut mengesyorkan untuk membersihkan kipas motor dan komponen dalaman yang lain dua kali seminggu!

Bagi mereka yang inginkan penghisap asap dapur dengan kuasa sedutan yang lebih kuat:

Penghisap asap Dapur Rubine RCH-BOXLINE X-90SS adalah pilihan yang lebih murah berbanding Penghisap Asap Dapur Cerobong FOTILE EMS9020. Kedua-duanya kelihatan serupa!

Nota: Anda boleh mendapatkan 6 bulan lanjutan jaminan sekiranya anda mendaftar dalam talian!

Hud Dapur Rubine RCH-BOXLINE X-90SS
  • Jenis: Pengekstrakan atau Peredaran Semula | Hud Cerobong
  • Daya sedutan: 1,400 m³/j
  • Jenis Penapis: Penapis Baffle Piramid SS & Penapis Arang, Perangkap Minyak
  • Dimensi: 89.7 (P) x 51.1 (L) x 58.8-80.8 (T) cm
  • Jaminan: 1 Tahun + 5 Tahun untuk motor
  • Harga: ~RM800

Kelebihan:

  • Murah
  • Agak berkuasa
  • Reka bentuk moden
  • Tidak bising
  • Boleh dipasang tanpa saluran

Kekurangan:

  • Penapis memerlukan penyelenggaraan
  • Tiada cucian kendiri

Bagaimana Ingin Memilih Hood Dapur

Apabila anda mengehadkan pilihan anda untuk hood dapur di Malaysia:

Ada banyak lagi yang perlu dipertimbangkan daripada hanya reka bentuknya dan cara bagaimana ianya dipasang!

1. Saiz Dapur / Saiz Hob

Sama ada anda mempunyai dapur kecil atau besar, saiz penyedut asap dapur adalah penting! Untuk capaian kawasan yang lebih baik dan kecekapan secara keseluruhan!

Lebih baik jika hood dapur tersebut lebih lebar daripada atas dapur anda. Jangan lupa untuk mengambil kira faktor ketinggian!

2. Lokasi Hob

Ini akan menentukan barisan jenis hood yang boleh dapatkan.

3. Mana Yang Lebih Baik? Pengekstrakan atau Peredaran Semula?

Jika boleh, pilih hood dapur yang menggunakan sistem pengekstrakan. Produk jenis ini akan bertahan lebih lama! Ini kerana sistem peredaran semula memerlukan penapisnya dibersihkan atau digantikan apabila sudah tiba masanya.

Sistem pengekstrakan juga akan membuang kelembapan yang berlebihan! Bersama-sama dengan bau dan minyak yang keluar dari non-stick frying pan anda!

Namun demikian, anda perlu menggerudi lubang di dinding untuk paip ekzos (saluran)!

4. Kuasa sedutan

Diukur dalam m³/j  (meter padu per jam), purata yang akan anda lihat di cooker hood rumah hari ini adalah ~1,000 m³/j.

5. Bunyi

Sudah tentu, faktor bunyi ini boleh menjadi masalah sekiranya penyedut asap dapur dipasang berhampiran dengan ruang makan atau ruang tamu!

Sekiranya boleh, cari jenis hood yang mengeluarkan tahap bunyi antara 30 dB(A) untuk tetapan kuasa yang terendah dan 55 dB(A) pula untuk yang tertinggi.

Ia selalunya merupakan kompromi antara kuasa sedutan dan tahap kebisingan.

6. Jenis-Jenis Penapis Cooker Hood

Terdapat 3 jenis penapis yang anda akan dapat pada hood dapur:

  • Mesh filters – Atau penapis kaset. Efektif tetapi perlu dibersihkanpada setiap minggu.
  • Baffle filters– Seperti mesh filters ianya diperbuat daripada keluli atau aluminium; dan penapis jenis ini perlu dibersihkan pada setiap bulan.
  • Charcoal filters – Anda tidak boleh membersihkannya; Sebaliknya anda perlu menggantikannya pada setiap 6 bulan.

7. Ciri-ciri Lain Yang Perlu Dipertimbangkan

  • Kebanyakan jenis hood kini mempunyai lampu LED yang siap terpasang di dalamnya
  • Penggera untuk penapis
  • Penggera untuk gas
  • Perhentian automatik
  • Mod turbo automatik

Anda Masih Memerlukan Hood Dapur Untuk Induction Cooker?

Jurujual mungkin akan memberitahu anda bahawa anda tidak memerlukannya.

Kerana induction cooker:

  • Menghasilkan haba yang kurang
  • Tidak membebasakan gas atau bahan kimia lain ke udara

Walau bagaimanapun, jika anda kerap menggoreng atau deep-fry makanan dengan induction cooker anda:

Rumah anda masih akan berbau minyak, dan kotoran gris akan terkumpul pada jubin lantai dan siling rumah – kecuali anda mempunyai penghisap asap dapur.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis penghisap asap dapur atau cara memilihnya, tatal sehingga ke hujung hantaran ini!

Bagaimana Caranya Untuk Membersihkan Cooker Hood

Ya, anda harus membersihkannya. Tidak kira jenis apa atau betapa canggih hood cooker tersebut!

Sekiranya penyedut asap dapur tersebut berfungsi dengan sangat baik, sudah pasti akan ada banyak minyak melekat pada penapisnya! Pencucian berkala (Sekurang-kurangnya pada setiap bulan) akan menjadikan cooker hood tersebut berfungsi dengan cemerlang!

Untuk pembersihan dan penyenggaraan yang optimum, periksa sama ada model tersebut dapat dileraikan (dan dipasang kembali) dengan mudah.

Langkah-langkah asas untuk membersihkan mesh atau baffle filters (tidak terpakai untuk penapis karbon):

  1. Pastikan cooker hood anda dimatikan dan sejuk.
  2. Lap bahagian luar dengan kain lembap dan bersih
  3. Keluarkan penapis dan komponen lain yang boleh ditanggalkan (periksa manual anda terlebih dahulu)
  4. Rendam ke dalam baldi dengan air panas dan sabun cuci pinggan (pilihan: tambah baking soda)
  5. Biarkan selama 10 minit. Atau semalaman!
  6. Singkirkan sisa degil yang masih melekat
  7. Keringkan penapis sepenuhnya sebelum memasangnya semula ke dalam hood dapur anda

Kesimpulannya

Sudah pastinya, susun atur dapur dan bajet anda akan menjadi faktor penentu utama untuk membeli hood dapur terbaik di Malaysia!

Sementara penyedut asap dapur jenis pengekstrakan masih mengungguli carta dalam aspek praktikaliti, cooker hood jenis peredaran semula yang lebih baharu pula sudah memadai untuk ruang yang lebih kecil!

Bacaan lanjut: