You are currently viewing 10 Baka Kucing Yang Biasa Ditemui Di Malaysia – Pilihan Popular!

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Dengan populasi kucing yang secara kasarnya sebanyak 795,000 (daripada laporan 2018 oleh Euromonitor International), terdapat pelbagai jenis baka kucing Malaysia yang ada di negara kita. Kucing-kucing ini mempunyai pelbagai saiz, panjang bulu, dan warna yang berbeza.

Sekiranya anda berminat untuk memelihara atau memiliki mana-mana baka kucing ini, anda telah datang ke tempat yang betul!

Di sini, anda akan menemui semua yang anda perlu tahu mengenai keluarga kucing yang menawan ini.

Oleh kerana kami tidak dapat membincangkan mengenai semua jenis kucing di Malaysia, artikel ini mengandungi 10 baka kucing yang paling biasa ditemui di Malaysia.

1. Kucing Malaysia (Piawaian Kucing Malaysia)

Kucing Malaysia ialah kucing bersaiz-sederhana dengan badan yang berotot dan mata berbentuk-badam (oval). Ia juga mempunyai telinga berhujung-bulat yang serong ke hadapan.

Kucing ini biasanya kelihatan seperti kucing ragdoll tetapi dengan bulu yang lebih pendek, dan selalunya mempunyai tanda putih di bahagian muka dan muncungnya.

Disebabkan bulunya yang pendek dan bulu lapisan bawah yang kurang, ia adalah kucing yang senang diuruskan.

Keluarga kucing ini adalah sebahagian daripada projek pembiak-bakaan untuk menghasilkan kucing asli Malaysia supaya ia bakal menjadi bahagian yang menarik bagi adat dan sejarah kucing di Malaysia.

2. Ragdoll

Salah satu baka kucing paling biasa ditemui di Malaysia ialah Ragdoll.

Kucing Ragdoll
Kucing Ragdoll – Kredit foto kepada Mark Rigler (Flickr)

Ia merupakan peneman yang lembut, mesra yang membuatkan anda jatuh sayang kepadanya dengan serta-merta. Walaupun bulunya panjang, ia mudah untuk diuruskan dan jarang gugur.

Kebanyakan Ragdoll mempunyai mata berwarna biru terang dan bulu yang berwarna kelabu yang lebih gelap pada mata, telinga, ekor dan kaki.

Variasi tanda warna yang lain bagi kucing ini ialah bulu berwarna putih yang berbentuk V terbalik pada bahagian muka dan bulu yang lebih gelap pada muncungnya.

Malangnya baka ini mudah untuk mengalami masalah pencernaan dan obesiti.

Ia juga boleh berisiko untuk mempunyai masalah jantung, masalah ginjal dan masalah saluran kencing.

3. American Shorthair

Sepertimana namanya, kucing ini datang dengan bulu pendek yang daripada pelbagai warna dan corak yang berlainan. Ia adalah kucing bersaiz-sederhana yang mempunyai bentuk bulat dan berbulu tebal (padded).

Kucing American Shorthair
Kucing American Shorthair – Kredit Foto kepada nonkuri yubiri (Flickr)

Baka ini ialah salah satu baka kucing Malaysia yang berasal daripada Eropah dan Amerika.

Dari segi sejarah, rahangnya yang kuat dan badan yang berkuasa telah digunakan sebagai pengawalan serangga perosak.

Baka ini tenang dan bermain sendiri dengan baik. Tambahan lagi, ia adalah kucing yang mudah-mesra yang akan menyayangi setiap ahli keluarga anda.

Sayangnya, ia boleh mengalami masalah kesihatan melalui faktor perwarisan seperti masalah jantung, displasia pinggul dan obesiti.

Secara dalam talian, kucing ini boleh dikenakan harga daripada RM300 sehingga RM2000.

4. British Shorthair

Kucing British Shorthair adalah salah satu jenis kucing yang paling dapat dikenali/dicam di Malaysia.

Kucing British Shorthair
Kucing British Shorthair – Kredit foto kepada omnomscandy (Flickr)

Ia paling banyak muncul dalam warna kelabu tetapi boleh juga mempunyai bulu berwarna oren dan coklat.

Kucing ini mempunyai muka yang lebar berbentuk bulat, pipi seperti pipi tupai tanah, leher yang pendek, dan mata bulat yang besar. Bulunya yang tebal perlu disisir setiap minggu supaya menambah kegebuannya.

Kucing yang tenang ini boleh menjadi sukar untuk dilatih memandangkan ianya mengambil sedikit masa untuk menjadi matang.

Ia juga boleh menjadi sukar untuk diangkat tetapi tidak mustahil; anda hanya perlu tahu apa yang paling selesa baginya.

Malangnya, ia cenderung kepada masalah obesiti dan boleh mendapat masalah jantung.

5. Kucing Parsi

Ia adalah kucing yang comel, tidak bermaya (tidak aktif) yang akan suka untuk berehat-rehat di atas pangkuan anda.

Kucing Persian Berwarna Kelabu
Kucing Persian Berwarna Kelabu – Kredit Foto kepada Dmitriy Piskarev (Pexels)

Ia mempunyai kaki yang lebar dan pendek, tapak kaki yang kukuh, dan bulu yang panjang dimana ia mudah untuk ‘matting’, serta dengan ciri-cirinya yang paling tersendiri iaitu mempunyai telinga kecil yang berjarak jauh serta hidung yang pendek.

Terdapat kucing Peke-faced Persians iaitu berwajah rata, dan juga Classic Persians yang berwajah kurang rata dengan ciri-ciri yang lebih menonjol.

Variasi lain termasuklah Teacup Persian, Doll-face Persian, Chinchilla Persian dan Exotic Shorthair.

Disebabkan hidungnya yang pendek, ia mudah untuk mengalami masalah bernafas dan juga mendapat sakit mata. Ia juga agak mudah untuk terkesan dengan haba dan boleh mempunyai kulit yang sensitif.

6. Kucing Bengal

Terdapat hanya beberapa baka kucing di Malaysia yang menyerupai keturunannya iaitu Harimau Bintang Asia.

Kucing Bengal
Kucing Bengal – Kredit Foto kepada Simply Viola (Flickr)

Kucing ini mempunyai bulu pendek yang berkilau, dimana ia datang dengan warna berlainan iaitu coklat, perak dan putih.

Ia mempunyai badan yang panjang tetapi kepala berbentuk-kubah yang kecil. Ia juga mempunyai tapak kaki yang besar, buku jari yang tersendiri, dan ekor berbentuk bulat yang tebal.

Ia adalah kucing yang mesra, yang gemarkan segalanya! Bahkan air juga!

Ia juga adalah baka yang aktif bertenaga dan bijak, oleh itu aktiviti ransangan minda waijb dilakukan.

Sila beri perhatian bahawa ia mempunyai perut yang sensitif. Tambahan lagi, ia mudah untuk mendapat penyakit kanser, penyakit pankreas dan penyakit saluran kencing kucing.

7. Kucing Siam

Kucing yang ramah ini mempunyai bulu pendek yang mudah untuk diuruskan dan juga ianya hipoalergenik.

Kucing Siam
Kucing Siam – Kredit foto kepada Tiffany Steinke (Flickr)

Ia adalah kucing yang kurus dan lincah, yang seringkali menjadi mesra, ramah dan manja.

Warna bulunya ialah gelap pada bahagian berhampiran muka, telinga, dan ekor, dengan mata yang berwarna biru terang atau coklat keemasan.

Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang amat setia dengan rapat dengan tuannya; anda akan mendapati ia tidak dapat berjauhan dengan anda dalam masa yang terlalu lama.

Seperti kucing Bengal, baka ini mempunyai perut yang sensitif, disertai dengan kecenderungan untuk mengalami masalah mata yang akan membawa kepada penyakit kebutaan, asma dan displasia pinggul.

8. Maine Coon

Kucing comel yang besar ini adalah salah satu baka kucing terbesar di Malaysia.

Kucing Maine Coon
Kucing Maine Coon – Kredit foto kepada Thirdman (Pexels)

Ia mempunyai bulu panjang yang berjumbai dan tebal, yang memerlukan pengurusan yang kerap, dengan kepalanya yang besar, telinga yang tinggi, dan dada yang lebar menambahkan lagi ciri-ciri keanggunannya.

Ia adalah kucing yang lincah bertenaga yang akan memerlukan senaman untuk sentiasa sihat dan gembira, tetapi ia juga adalah kucing yang ramah, suka bersosial, dan sentiasa tenang.

Ia juga mudah untuk dilatih disebabkan kecerdikan yang ada padanya!

Malangnya, disebabkan oleh saiznya, ia mudah untuk mengalami penyakit displasia pinggul dan boleh mendapat masalah obesiti.

Tambahan lagi, ia juga boleh mendapat penyakit jantung dan jangkitan saluran kencing.

9. Kucing Burma

Terdapat dua variasi rupa untuk baka ini!

Sepasang Kucing Burma
Sepasang Kucing Burma – Kredit foto kepada Robert Kay (Flickr)

Satu mempunyai badan yang pendek dan gempal, mata bulat yang penuh emosi, dan kepala yang lebar, sementara satu lagi mempunyai kepala berbentuk-baji (wedge), telinga berbentuk tajam dan mata berbentuk badam (oval).

Ia mempunyai bulu halus yang pendek, yang datang dalam warna coklat pekat, merah dan ungu lembut (platinum).

Ia adalah kucing yang suka bermain dan suka bersosial serta amat sayang pada tuannya, dan sejenis baka yang memerlukan perhatian yang berterusan.

Kucing ini boleh mendapat penyakit diabetis, serta hipokalemia secara genetik dan sindrom masalah orofasial kucing.

10. Kucing Komuniti

Kucing komuniti sebenarnya bukan sejenis baka, tetapi hanya merujuk kepada kedua-dua kucing jalanan dan kucing liar.

Kucing Komuniti Mempunyai Banyak Variasi Warna
Kucing Komuniti Mempunyai Banyak Variasi Warna

Kucing jalanan selalunya kurang menakutkan berbanding kucing liar dan boleh terima untuk dipegang. Tetapi kucing liar sememangnya amat cemas dan bimbang jika berada berdekatan dengan manusia.

Note: Kucing biasanya menjadi liar apabila mereka mempunyai interaksi positif yang hanya sedikit dengan manusia.

Kucing komuniti boleh mempunyai masalah penyakit kulit, pembiakan berlebihan, kebimbangan, dan parasit, jika ingin disenaraikan beberapa (penyakit/masalah).

Ia akan mengambil sedikit kesabaran untuk melatih mereka menjadi haiwan peliharaan yang jinak, tetapi ia akan menjadi peneman seumur hidup sekiranya anda melatihnya dengan baik.

Ia merupakan baka kucing Malaysia yang paling hebat, dengan pelbagai personaliti dan keperluan yang berbeza.

Kucing Baka-jati Atau Campuran?

Di sebalik mendapatkan kucing baka-jati, anda juga boleh mempertimbangkan untuk memelihara anak kucing yang berbaka campuran.

Ini kerana, dengan populasi kucing yang tinggi pada masa kini, kebanyakan kucing ini adalah kucing komuniti yang seharusnya layak untuk memiliki penempatan yang penuh dengan kasih sayang.

Apa yang ia perlukan ialah seseorang untuk menawarkannya kepada mereka.

Tambahan lagi, sekiranya anda telah membaca panduan mengenai kos untuk memiliki haiwan peliharaan di Malaysia kami, anda akan tahu bahawa mengambilnya daripada pusat jagaan haiwan mempunyai manfaat tambahan iaitu dari segi pilihan yang lebih murah!

Dan siapa yang akan menyangka, mungkin anda akan menemui teman baik anda di pusat jagaan haiwan, berbanding di kedai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai baka kucing yang berbeza di Malaysia adalah unik.

Walaupun ia mungkin agak cenderung untuk membeli baka kucing yang sepadan dengan keperluan anda, kami amat-amat mengesyorkan untuk anda hanya mengambilnya daripada pusat jagaan haiwan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk mencari kucing yang tepat untuk anda, dan walaupun anda mungkin tidak memperoleh apa yang anda inginkan, anda mungkin akan menemui apa yang betul-betul anda perlukan.

Dan baka-jati atau sebaliknya, kucing anda tetap perlu makan:

Oleh itu, anda boleh membaca artikel makanan kucing terbaik keseluruhan atau makanan kucing basah terbaik kami, untuk memberikan peneman kucing anda makanan yang terbaik selayaknya.

Tinggalkan Balasan