You are currently viewing Manfaat Vitamin C – Lebih Dari Sekadar Anti-Penuaan Untuk Kulit Anda

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Pengambilan vitamin C ialah salah satu suplemen paling selamat yang anda boleh ambil. Tetapi terdapat juga kesan sampingan jika anda mengambilnya lebih daripada yang anda perlukan!

Juga, kanak-kanak mempunyai keperluan pengambilan yang berbeza dengan orang dewasa!

Jadi, jika anda tidak pasti samada anda memerlukan vitamin C atau tidak, ataupun anda hanya ingin tahu lebih lanjut mengenai vitamin yang popular ini, teruskan membaca!

Apakah Vitamin C?

Vitamin C atau asid askorbik, adalah vitamin larut air yang amat terkenal dengan sifat antioksidan. Ia menjadikannya sebagai bahan popular dalam krim anti-penuaan dan serum Vitamin C.

Badan anda tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri.

Tetapi anda boleh mendapatkan dos vitamin C harian anda daripada pelbagai sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan sitrus, strawberi, brokoli, kentang dan buah kismis hitam (blackcurrant) amat padat dengan vitamin C! Kesemua daripada kulit dan tulang anda memerlukan vitamin C untuk tujuan penjanaan semula sel (*1).

Buah-buahan Sitrus Adalah Sumber Semulajadi Vitamin C
Buah-buahan Sitrus Adalah Sumber Semulajadi Vitamin C – kredit foto Karolina Grabowska (Pexels)

Memandangkan vitamin C tidak boleh dihasilkan atau disimpan dalam kuantiti yang besar dalam badan:

Anda akan memerlukan pengambilan harian vitamin C untuk kesihatan umum yang bagus dan kesejahteraan yang baik (*2).

Jenis vitamin C yang biasa ditemui untuk suplemen:

  • Sodium ascorbate
  • Asid askorbik bersama dengan bioflavonoids
  • Calcium ascorbate

Nota: Daripada beberapa kajian, penyelidik membuat kesimpulan bahawa jenis asid askorbik yang mudah adalah sumber terbaik untuk pengambilan suplemen vitamin C. Dari segi penyerapan dan bioavailabiti.

Kebaikan Vitamin C

Tidak seperti multivitamin yang lain, tidak terdapat risiko jika mengambil terlalu banyak vitamin C (iaitu keracunan asid askorbik). Kerana badan akan mengeluarkan vitamin C berlebihan melalui air kencing anda.

Disebabkan itu, ianya hanya merugikan wang anda!

Apakah Manfaat Vitamin C
Apakah Manfaat Vitamin C – kredit foto Any Lane (Pexels)

Sebahagian kebaikan vitamin C:

  • Meningkatkan kesihatan imun (sepertimana probiotik terbaik di Malaysia)
  • Anti-penuaan
  • Untuk kesihatan otak dan jantung
  • Boleh menggalakkan pembakaran lemak ketika bersenam
  • Penyerapan kalsium untuk tulang
  • Membantu mengurangkan tekanan darah (dan risiko penyakit jantung)
  • Penyerapan zat besi
  • Pembentukan kolagen
  • Boleh melindungi anda daripada gaut (merendahkan kandungan asid urik dalam darah)

Pakar telah melabelkan vitamin C sebagi salah satu nutrien yang paling selamat dan paling berkesan.

Tetapi apakah yang membuatkan vitamin C amat bagus?

Sebahagian manfaat vitamin C termasuklah:

1. Meningkatkan Kesihatan Imun

Persepsi vitamin C yang paling terkenal ialah ia sangat-sangat berkesan untuk merawat demam dan selsema.

Ia hanya betul sebahagiannya:

Vitamin C tidak boleh menyembuhkan demam. Tetapi kajian telah menunjukkan ia boleh menghalang simptom menjadi semakin teruk. Atau menhalang komplikasi serius menjadi semakin teruk, termasuklah pneumonia dan jangkitan pada paru-paru (*3).

Vitamin C (Boleh Larut)
Vitamin C (Boleh Larut) – kredit foto Muriel Haudot (flickr)

2. Boleh Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian lain mencadangkan bahawa vitamin C boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung. Namun begitu, terdapat kekangan untuk ini (iaitu ketekalan tidak boleh dipercayai) di kalangan kajian-kajian tersebut. Jadi manfaat ini masih belum boleh dipastikan lagi.(*4).

3. Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

Di dalam penyataan lain, vitamin C adalah komponen penting dalam fungsi otak. Dan terdapat tahap kuantiti vitamin C yang tinggi dalam sel saraf kita! Vitamin C yang mencukupi juga akan megehadkan kerosakan oksidatif pada otak (*5).

Selain daripada memastikan penghubung (messenger) dalam otak berfungsi dengan baik:

Juga terdapat kajian bahawa mungkin terdapat hubungan antara kekurangan vitamin C dan kesihatan mental (*6).

Sesetengah Orang Lebih Gemar Mengambil Larutan Vitamin C Berbanding Tablet
Sesetengah Orang Lebih Gemar Mengambil Larutan Vitamin C Berbanding Tablet – kredit foto Charlotte May (Pexels)

4. Menyokong Tulang Dan Tulang Rawan Anda

Kolagen adalah komponen penting dalam tulang anda. Dan vitamin C amat penting dalam pembentukan kolagen.

Dan sebenarnya, kajian mencadangkan bahawa kenaikan kuantiti vitamin C boleh menghasilkan ketumpatan tulang yang lebih bagus (*7).

Selain itu, vitamin C juga menghalang tulang rawan daripada terurai dengan cara merangsang pembentukan kolagen (*8).

5. Anti-Penuaan Dan Manfaat Pada Kulit

Serum Vitamin C dikatakan boleh mencerah dan melembapkan kulit anda. Ia juga boleh mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, hiperpigmentasi dan kemerahan pada kulit (*9).

Nota: Sentiasa melakukan ujian tampalan untuk menguji alahan dahulu sebelum menggunakan serum vitamin C pada kulit anda.

6. Boleh Mengurangkan Penyakit Gaut

Sesetengah kajian telah mencadangkan bahawa vitamin C boleh mengurangkan asid urik. Ia membantu menghalang gaut menjadi meradang/lebih teruk. Namun begitu, lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan kenyataan ini (*10).

7. Memelihara Kesihatan Gigi Dan Gusi

Vitamin C telah terbukti boleh menggalakkan pembentukan gigi dan gusi yang sihat (*11).

Ia menguatkan gusi anda dan meghalang penyakit gusi. Termasuk jangkitan gusi yang teruk seperti periodontitis (masalah yang tidak dapat dirawat yang boleh membawa kepada kehilangan/kerosakan gigi).

Sesetengah Suplemen Vitamin C Melarut Dalam Air
Sesetengah Suplemen Vitamin C Melarut Dalam Air – kredit foto PhotoMIX Company (Pexels)

Apakah Kekurangan Vitamin C?

Kekurangan Vitamin C berlaku apabila anda tidak memperolehi vitamin C yang mencukupi. Ia akan memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Kes berpanjangan yang serius boleh membawa kepada satu penyakit yang dipanggil skurvi. Skurvi ialah penyakit yang boleh menyebabkan kematian tetapi ia amat jarang berlaku di dalam negara maju.

Sebahagian simptom skurvi termasuklah (*12):

  • Badan yang keletihan dan lemah
  • Senang bengkak
  • Rasa sakit di otot dan sendi
  • Kulit kering
  • Hidung berdarah
  • Penyembuhan luka yang lambat
  • Kehilangan gigi dan penurunan berat badan
  • Imuniti yang rendah

Siapa Yang Berisiko Untuk Mempunyai Kekurangan Vitamin C?

Kekurangan Vitamin C secara relatifnya, adalah jarang untuk berlaku, tetapi secara kasarnya 1 daripada 20 orang nampaknya terkesan/berisiko dengan penyakit ini (*13).

Beberapa golongan adalah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kekurangan vitamin C (*14, 15):

  • Orang yang tidak makan makanan sihat yang seimbang atau yang sedang dalam pemakanan yang ketat
  • Perokok dan perokok pasif
  • Mereka yang mempunyai keadaan perubatan yang memberi kesan kepada penyerapan nutrien (Crohn’s disease and ulcerative colitis)
  • Orang yang minum arak dalam kuantiti banyak
  • Wanita yang hamil dan menyusukan bayi
  • Sesiapa yang mempunyai kecelaruan makan, IBD, dll

Walaupun anda tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi ini:

Pengambilan suplemen vitamin C yang betul boleh menyokong kesihatan dan kesejahteraan umum.

Adakah Terdapat Risiko Kesihatan Jika Mengambil Vitamin C Melebihi Keperluan?

Terlebih dos dalam pengambilan vitamin C boleh menyebabkan keadaan berikut:

Tanda-tanda mual/loya, termasuk sakit kepala, kekejangan badan dan muntah-muntah. Dan risiko pembentukan batu karang.

Ketahui Risiko Jika Mengambil Terlalu Banyak Vitamin C
Ketahui Risiko Jika Mengambil Terlalu Banyak Vitamin C – kredit foto alex_virt (flickr)

Untuk mengelakkannya, jangan ambil lebih daripada 200mg setiap hari untuk orang dewasa (*16, 17).

Amaran/Peringatan

Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi, mempunyai masalah kesihatan tertentu, atau sedang mengambil ubatan (termasuk produk herba, vitamin dan suplemen):

Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi dahulu sebelum mengambil produk vitamin C.

Kerana terdapat produk tertentu yang mungkin tidak selamat untuk anda. Dan mungkin akan berinteraksi dengan ubatan yang anda sedang ambil.

Jika anda mengalami reaksi alahan selepas mengambil mana-mana produk (contohnya gatal-gatal, sukar bernafas atau muka dan bibir membengkak):

Hentikan pengambilan produk dan dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta.

Sesetengah produk ini mengandungi aspartame. Dimana kebanyakan orang mempunyai kebimbangan mengenainya. Malangnya, topik ini sangat-sangat bersifat kontroversi dan kajian masih belum memastikan apa-apa. Untuk langkah selamat, ambil kurang daripada 40mg/kg/hari (*18).

Kesimpulan

Tingkatkan keyakinan anda dalam memilih vitamin C yang terbaik untuk anda dan keluarga anda!

Kerana sekarang anda telah mengetahui lebih banyak perkara mengenai kebaikan dan risiko yang akan datang bersama dengan pengambilan vitamin C sebagai satu suplemen!