Kadang-kadang, kulit anda memerlukan bantuan daripada krim jerawat terbaik di Malaysia!
Nampaknya, hampir apa-apa sahaja boleh menyebabkan terjadinya jerawat yang menjengkelkan (contohnya haid, tekanan, pencemaran, dll)!
Jadi, daripada anda merasakan buntu dan kecewa, anda boleh mengunakan krim jerawat atau rawatan jerawat yang terbaik. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan!
Isi kandungan:
- Bagaimana Untuk Memilih Krim Jerawat Terbaik
- Krim Jerawat Terbaik Di Malaysia
- Tips Bagaimana Untuk Menggunakan Produk Rawatan Jerawat
Bagaimana Untuk Memilih Krim Jerawat Terbaik
Samada anda mendapatkan produk untuk hilangkan jerawat ini OTC (di kaunter) atau secara dalam talian, di sini terdapat beberapa garis panduan dalam memilih krim jerawat untuk kulit anda!
1. Bahan Kandungan
Pastikan krim jerawat tersebut mengandungi bahan kandungan yang tepat (*1)!
Bahan Kandungan Yang Perlu Dicari:
- Benzoyl peroxide (5 sehingga to 10%) – jangan bermula dengan peratus tinggi!
- Asid Salisilik (5 sehingga 2%)
- Resorcinol
- Alpha hydroxy acids (e.g. asid glikolik and asid laktik)
- Sulfur
Dua bahan yang pertama membantu merawat jerawat. Manakala hydroxyl acids, resorcinol and sulfur bertindak sebagai bahan penggelupasan untuk membuang sel kulit mati. Yang boleh membuatkan pori anda tersumbat.
Pada masa yang sama, ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.
2. Punca Jerawat
Untuk menentukan dengan lebih baik rawatan jerawat yang terbaik di Malaysia untuk anda, berikut adalah beberapa contoh:
Mengenai bagaimana untuk memadankan produk dengan punca dan simptom jerawat anda (*2)!
- Kelompok jerawat pada satu kawasan (Punca: hormon) – Pencuci Muka dengan kandungan asid salisilik dan rawatan jerawat setempat dengan benzoyl peroxide
- Komedo putih (whiteheads) yang sekali-sekala (Punca: pori tersumbat) – Rawatan setempat dengan asid salisilik
- Komedo Hitam (blacheads) (Punca: pori tersumbat) – Penggelupasan dan pencuci muka dengan kandungan asid salisilik
- Jerawat yang penuh nanah atau jerawat merah kecil yang tidak menjadi komedo putih (Punca: keradangan bakteria) – krim benzoyl peroxide
- Jerawat tanpa nanah, selalunya menyakitkan (Punca: keradangan bakteria) – Rawatan setempat dengan asid salisilik atau benzoyl peroxide
Sekiranya jerawat anda besar dan sangat menyakitkan (dan selalunya berulang-ulang terjadi di tempat sama), yang mungkin menjadi tanda jerawat sistik.
Arah tindakan yang paling bagus untuk anda ialah dengan berjumpa dengan ahli dermatologi!
3. Jenis Kulit
Krim jerawat secara tipikalnya akan mengeringkan kulit. Jadi anda perlu mengikut arahan produk dengan betul. Menggunakannya dalam kuantiti banyak tidak bermakna jerawat itu akan hilang lebih cepat!
Secara umumnya:
Kulit Berminyak – Elakkan minyak (minyak petroleum atau minyak pati); pilih pencuci muka berbuih, bergel dan losyen ringan, bahan astrigent seperti minyak pokok teh
Kulit Normal sehingga Kering – Elakkan alkohol; pilih krim yang bertekstur lebih pekat dan bebas-SLS (tanpa buih)
9 Krim Jerawat Terbaik Di Malaysia
Berikut ialah pendapat peribadi kami dan ia tidak menggantikan nasihat yang diberikan oleh pakar kesihatan anda.
- Terbaik Untuk Jerawat Ringan Sehingga Jerawat Sederhana – Hiruscar Anti-Acne Spot Gel+
- Terbaik Untuk Jerawat Teruk – Differin Gel Adapalene Gel 0.1% Acne Treatment
- Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Berjerawat – La Roche Posay Effaclar Duo (+) Acne Spot Treatment, Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
- Terbaik Untuk Kulit Kombinasi Yang Berjerawat – The Inkey List Succinic Acid Acne Treatment
- Terbaik Untuk Kulit Kering Yang Berjerawat – COSRX AC Collection Ultimate Spot Cream Overnight Magic For Acne
- Terbaik Untuk Kulit Berminyak Yang Berjerawat – Papulex Oil-free Cream For Acne Prone Skin
1. La Roche Posay Effaclar Duo (+) Acne Spot Treatment – Kulit Berminyak – Yang Mudah Berjerawat
La Roche Posay Effaclar Duo (+) Acne Spot mempunyai formula unik dengan bahan benzoyl peroxide untuk menembusi lebih dalam ke liang pori anda!
Namun begitu, formula rawatan setempat dengan bahan AHA dan BHA masih cukup lembut untuk kulit sensitif! Beberapa pengguna yang mempunyai kulit sensitif nampaknya tidak mengalami sebarang kerengsaan atau kemerahan pada kulit mereka.
Selain ianya sesuai untuk kulit jenis sensitif:
Produk ini juga disyorkan untuk orang yang mempunyai komedo hitam (blackheads) dan komedo putih (whiteheads)!
Pengguna sangat kagum dengan produk ini kerana ia menghilangkan jerawat mereka dengan amat pantas. Bahkan sebahagian daripada mereka telah melihat kesan selepas menggunakannya semalaman sahaja!
Sebaliknya, terdapat beberapa pengguna yang berkulit kering yang menyatakan produk rawatan ini telah merengsakan kulit mereka.
Dan sebahagian pengguna tidak mengalami sebarang perubahan positif. Tambahan lagi, ada kumpulan kecil mendapati bahawa produk ini ternyata telah memburukkan lagi masalah jerawat mereka.
- Saiz: 40ml
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-berjerawat
- Bahan Utama: Glycerin, Niacinamide, Asid Salisilik (0.5%)
- Harga: ~RM99
Kebaikan:
- Mengawal pembentukan jerawat minor
- Mempunyai tekstur berair yang mudah disapu
- Memberi kemasan matte pada kulit
- Tiada alkohol, bahan sulfates, atau parabens
- Tidak perlu digunakan dengan banyak
- Memudarkan kemerahan dan pigmentasi parut
- Diuji secara dermatologi
- Sesuai untuk kulit sensitif (digalakkan untuk membuat membuat ujian tampalan patch test dahulu)
Keburukan:
- Mengandungi bahan pewangi dan silikon
- Mahal
- Mengandungi bahan komodegenik (contohnya myristyl myristate)
2. OXY 10 Acne Treatment
Untuk memperoleh hasil yang pantas, anda boleh mendapatkan OXY 10 Acne Treatment yang kuat dan berkesan daripada kedai farmasi di Malaysia. Asalkan anda telah betul-betul pasti yang kulit anda tidak bermasalah dengan bahan 10% benzoyl peroxide!
Anda perlu menjangkakan bahawa jerawat (dan kawasan kulit sekeliling) akan mengering sejurus selepas anda menggunakan produk ini! Anda mungkin patut elak daripada menggunakan produk ini jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif!
Oleh kerana produk ini mengeringkan sebum yang berlebihan, mungkin hanya orang yang mempunyai kulit terlebih berminyak patut mencuba produk ini! Untuk kulit jenis tersebut, produk ini juga boleh mencegah bakteria penyebab-jerawat dan menghalang liang pori daripada tersumbat.
Tambahan pula, tidak perlu bimbang mengenai sebarang sisa sapuan yang akan tertinggal di muka. Memandangkan produk ini menyerap sepenuhnya ke dalam kulit!
Krim ini amat berkesan untuk orang yang mempunyai jerawat degil! Mereka menyatakan bahawa ia membantu menghilangkan jerawat dan mencegah pembentukan jerawat berulang kali!
Bagi orang yang mempunyai kulit jenis kering atau sensitif, anda telah diberi amaran! Pengguna yang mempunyai kulit jenis ini mengalami kulit flek/berkuping akibat kekeringan kulit.
- Saiz: 10g, 25g
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Benzoyl Peroxide (10%)
- Harga: ~RM10 – 24
Kebaikan:
- Bebas daripada bahan alkohol, silikon dan sulfateses
- Bahan minima
- Harga berpatutan
- Tidak menyumbatkan liang pori
Keburukan:
- Tidak bebas daripada paraben
- Meninggalkan sebahagian tompok putih
- Mungkin mengeringkan kulit secara berlebihan – tidak sesuai untuk kulit jenis kering atau sensitif
3. Murad Outsmart Acne Clarifying Treatment
Murad Outsmart Acne Clarifying Treatment melegakan kulit dengan lembut (mengandungi allantoin) tanpa mengeringkannya!
Ia paling berkesan untuk merawat jerawat hormon dan celaan kecil (contohnya blackhead/whitehead)! Jika anda mempunyai jerawat sistik (jerawat nanah yang teruk), produk ini bukan untuk anda!
Secara umumnya, jenama ini mengesyorkan produk ini untuk orang yang mempunyai kulit jenis berminyak, senstitif, normal atau kombinasi.
Menurut ulasan, pengguna melabelkan produk ini sebagai gel ajaib! Ia mengejutkan mereka dengan keberkesanannya untuk menghilangkan celaan, untuk melembutkan dan membersihkan kulit daripada sebarang noda!
Kebanyakan pengguna menunggu selama seminggu atau dua sebelum hasil perubahan dapat dilihat. Dan mereka sukakan ciri-cirinya yang tidak mengeringkan kulit secara berlebihan atau merengsakan kulit mereka!
Pengguna menasihatkan bahawa anda mungkin akan mengalami situasi dimana keadaan jerawat semakin memburuk pada awalnya (penyingkiran kulit mati), tetapi ia akan semakin menghilang dengan penggunaan berterusan.
Orang yang mempunyai masalah jerawat yang lebih serius tidak mengalami sebarang perubahan positif pada kulit.
Tambahan lagi, sesetengah pengguna mengalami kesan sampingan seperti terbakar atau gatal-gatal pada kulit, keradangan dan tompokan merah selepas menggunakan produk ini.
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Asid Salisilik (1%), Niacinamide, Asid Glikolik, Ekstrak Kacang Soya, Asid Sitrik, Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
- Harga: ~RM258
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-sulfate, bebas-alkohol
- Melembapkan
- Gel Ringan
- Bebas Kekejaman (Produk tidak diuji ke atas haiwan)
- Dihasilkan secara dermatologi
Keburukan:
- Mengandungi silikon & pewangi
- Asid Sitrik dan asid glikolik mungkin akan merengsakan kulit yang sensitif
- Amat mahal
- Mungkin membuatkan jerawat makin teruk pada permulaan rawatan
4. Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Mengandungi bahan bersama asid salisilik dan asid glikolik:
Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment berkesan untuk merawat celaan minima (blackheads, whiteheads, dll). Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda boleh mencuba produk ini!
Ia boleh memberi manfaat kepada anda dengan beberapa cara:
Daripada mengawal pembentukan sebum/minyak, mencegah terjadinya jerawat dan memperbaiki tekstur kulit. Sehinggalah menghilangkan whiteheads, jerawat yang menyakitkan, dan blackheads.
Malangnya,ia hanya memberi kesan yang sedikit untuk kes jerawat yang lebih serius!
Pengguna yang mengalami kesusahan akibat pembentukan jerawat yang kerap, sangat gembira dengan krim ini. Ia melegakan dan mengurangkan kemerahan jerawat mereka. Dan menghilangkan parut jerawat, bagi sesetengah pengguna!
Kesan penggunaan produk ini ternyata bertentangan bagi sebahagian pengguna yang lain. Beberapa pengguna tidak mengalami sebarang manfaat/perubahan positif, dan beberapa pengguna lain mendapati produk ini telah memburukkan lagi masalah jerawat mereka!
Nota: Gunakannya sekali atau dua kali seminggu untuk permulaan.
- Saiz: 40ml
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Ekstrak Akar Glycyrrhiza, ASID Salisilik, Gluconolactone, Asid Glikolik, Panthenol
- Harga: ~RM75
Kebaikan:
- Bebas-sulfate, bebas-paraben, dan bebas-alkohol
- Mengurangkan kemerahan
- Berbau wangi
- Mengecilkan saiz jerawat
- Tidak begitu mengeringkan seperti produk lain
Keburukan:
- Mengandungi silikon dan pewangi
- Mungkin akan mengalami sedikit rasa pedih/menyengat
- Boleh menyebabkan lebih banyak pembentukan jerawat bagi sebahagian pengguna
5. Papulex Oil-Free Cream For Acne Prone Skin
Papulex Oil-free Cream For Acne Prone Skin tidak bergantung kepada kombo asid salisilik dan benzoyl peroxide yang kebiasannya ditemui di dalam produk krim jerawat terbaik di Malaysia:
Formulanya menggunakan niacinamide dan asid benzoik (bersifat antiseptik) untuk membersihkan kulit anda dari masa ke semasa! Dan pihak pembuatannya menyatakan bahawa ia sesuai untuk semua jenis kulit! Termasuk kulit berminyak, kering atau kombinasi.
Namun begitu, menurut pendapat sesetengah pengguna, ia boleh menjadi terlalu kasar untuk kulit jenis terlebih kering. Jadi, ianya bagus untuk digunakan waktu siang (dan untuk kulit jenis berminyak) memandangkan ia agak mengeringkan!
Secara umumnya, kebanyakan pengguna gembira dengan hasil yang diperolehi, walaupun perubahan selalunya hanya boleh dilihat selepas 4-6 minggu penggunaan.
Daripada ulasan yang diberikan, krim jerawat ini menenangkan/mengurangkan jerawat bernanah teruk yang kemerahan. Dan membantu mengawal minyak dan kilatan pada muka!
- Saiz: 40ml
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Niacinamide, Butylene Glycol, Asid Benzoik, Zink PCA
- Harga: ~RM49
Kebaikan:
- Bebas-sulfate, bebas-pewangi, dan bebas-alkohol
- Harga berpatutan
- Mengawal minyak dan kilatan (Zink PA)
- Tidak-komodogenik (tidak menyumbatkan liang pori)
- Mudah disapu/digunakan
- Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
- Mengandungi bahan pelembap untuk tujuan penghidratan
- Bebas pewangi
Keburukan:
- Mengandungi paraben dan silikon
- Tidak sesuai untuk kuit jenis kering
- Penutup produk tidak mudah dibuka
- Perubahan mungkin mengambil masa 4-6 minggu
6. Hiruscar Anti-Acne Spot Gel+
Produk kedai farmasi untuk rawatan jerawat yang lain di Malaysia, yang menggunakan kedua-dua asid sitrik (di dalam bentuk stable ethyl ascorbic acid) dan asid salisilik untuk memperbaiki tekstur kulit anda:
Sapukannya di atas jerawat anda untuk rawatan semalaman! Beberapa kali penggunaan (3-4 hari) seharusnya akan membantu menghilangkan jerawat setempat! Sapuan nipis untuk setiap kali penggunaan sudah cukup dan memadai untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering (contohnya penggelupasan dan pembentukan flek/kuping kering).
Mempunyai tekstur ringan, dan ia menghilang/menyerap sepenuhnya ke dalam kulit, tanpa meninggalkan sisa yang melekit! Tetapi baunya yang aneh mungkin akan menjengkelkan anda. Kerana ia menyerupai bau gam UHU menurut beberapa pengguna.
Kebanyakan pengguna memberi ulasan positif, memberi pujian atas keberkesanan produk ini untuk menghilangkan cela dan parut! Pengguna yang mempunyai celaan sederhana mendapati jerawat mereka telah hilang selepas beberapa hari.
Tetapi ia mungkin mengambil masa 1 atau 2 minggu untuk memberi kesan jika anda mempunyai jerawat yang lebih besar atau kawasan lebih luas yang ditumbuhi jerawat.
Sila ambil perhatian yang produk ini tidak memberi kesan pada semua orang! Pengkritik menyatakan bahawa tiada perubahan yang dialami, walaupun selepas beberapa minggu penggunaan.
Nota: Produk buatan Singapura.
- Saiz: 10g
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Asid Salisilik, Asis Sitrik, Butylene Glycol, Propylene Glycol, Allantoin
- Harga: ~RM27
Kebaikan:
- Bebas-alkohol, bebas-silikon dan bebas-sulfate
- Tidak melekit atau terlalu berair/cair
- Tidak berbau busuk (tetapi ia agak kuat bagi sesetengah pengguna, beberapa pengguna tidak gemarkan baunya)
- Tidak meninggalkan sisa berminyak selepas digunakan
- Hujung penutup yang bersaiz halus memudahkan untuk mengeluarkan produk
- Harga berpatutan
Keburukan:
- Mengandungi paraben
- Baunya boleh menyebabkan anda tidak selesa
7. Rawatan Jerawat Differin Gel Adapalene Gel 0.1%
Adapalene ialah bahan aktif utama dalam Differin Gel Adapalene Gel 0.1% Acne Treatment. Ia adalah sejenis retinoid. Digunakan dalam rawatan jerawat acne vulgaris untuk orang berumur 12 tahun dan ke atas.
Walaupun begitu, ia mengambil masa 6-12 minggu untuk memperolehi hasil yang optima daripada rawatan pencegahan ini! Anda hanya perlu menggunakan lapisan yang nipis dan jika anda mempunyai jerawat pada badan, anda juga boleh menggunakan produk ini.
Dengan lebih daripada 29,000 penilaian di Amazon, gel ini telah mencapai 4.5 daripada 5.0 bintang! Ianya ternyata merupakan produk kegemaran di kalangan pengguna untuk sepanjang masa.
Berikut merupakan yang dinyatakan dalam banyak ulasan:
Ia berkesan untuk merawat jerawat yang sangat teruk, tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan masa yang lama.
Pada mulanya, ramai pengguna mengalami fasa ‘pembersihan’ (penyingkiran kuli mati), di mana produk ini telah memburukkan lagi keadaan jerawat mereka. Selepas beberapa minggu pertama, mereka telah pun melihat perubahan.
Banyak nasihat daripada pengguna ialah untuk kekal menggunakan produk ini untuk sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan, sebelum anda betul-betul ingin berhenti menggunakannya.
Nota: Namun begitu, ia boleh menyebabkan kulit anda sensitif terhadap cahaya matahari dan mudah terbakar. Jadi, dapatkan nasihat daripada pegawai penjagaan kesihatan anda mengenai pelindung matahari yang paling sesuai untuk melindungi kulit anda semasa rawatan.
Tips yang bagus daripada pengguna ialah untuk menunggu sekurang-kurangnya 20 minit selepas mencuci muka anda. Sebelum anda mula meletakkan gel Differin di muka. Ini boleh memberikan perubahan ketara!
- Saiz: 15 g
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Adapalene (0.1%), Propylene Glycol
- Harga: ~RM95
Kebaikan:
- Bebas-alkohol, pewangi dan bebas-minyak pati
- Ringan, tidak melekit
- Diluluskan-FDA bagi preskripsi kekuatan untuk rawatan jerawat
- Bukan hanya rawatan setempat (iaitu ia boleh digunakan setiap hari untuk mengurangkan pembentukan jerawat)
Keburukan:
- Mahal
- Mengandungi paraben
- Boleh menyebabkan pembentukan jerawat yang teruk dan memburukkan lagi jerawat ketika fasa ‘pembersihan’
- Kulit boleh menjadi sensitif pada cahaya
8. COSRX AC Collection Ultimate Spot Cream Overnight Magic Untuk Jerawat
Minyak pokok teh mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif tetapi bahan kandungan lain yang terkandung dalam COSRX AC Collection Ultimate Spot Cream Overnight Magic For Acne adalah berisiko rendah!
Ia menggunakan calamine untuk membantu mengeringkan jerawat. Dengan kombinasi bersama bahan yang menenangkan/melegakan seperti aloe dan asid madecassic (sebahagian daripada CentellAC-Rx Complex di dalam formula)!
Sekiranya anda kulit terlebih kering, anda boleh mencuba produk ini sebagai rawatan jerawat setempat! Memandangkan ia mempunyai tekstur berkrim yang pekat. Hanya gunakannya sedikit pun sudah cukup!
Pengguna telah mengakui fakta bahawa ia tidak mengeringkan kulit. Jika anda tidak menggunakannya terlalu banyak, sudah tentu!
Ia adalah cara yang berkesan untuk mengawal jerawat menjengkelkan yang tiba-tiba muncul dari masa ke semasa. Kebanyakan pengguna perlu menggunakannya untuk beberapa hari berturut-turut sebelum sebarang perubahan positif dapat dilihat.
- Saiz: 30g
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Zink Oksida, Minyak Daun Pokok Teh, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Water (Aloe Vera)
- Harga: ~RM85
Kebaikan:
- Mempunyai perlindungan daripada matahari (zink oksida)
- Bebas-paraben, bebas-sulfate dan bebas-alkohol
- Menyerap dengan baik
- Anti-bakteria (zink oksida)
- Mengecilkan jerawat (saiz)
Keburukan:
- Secara relatifnya, ia lambat-berkesan (7 hari untuk melihat hasil perubahan)
- Mengandungi silikon
9. Rawatan Jerawat The Inkey List Succinic Acid
Terdapat 3 bahan aktif terkandung dalam The Inkey List Succinic Acid Acne Treatment:
Asid Suksinik (2%) untuk mengawal minyak dan membersihkan liang pori (dan memastikannya sentiasa bersih), bersama dengan asid salisilik (1%) dan sulfur (2%) untuk merawat celaan kulit yang biasa!
Terdapat beberapa sebab mengapa ramai orang melabelkannya sebagai ‘produk ajaib’ untuk merawat jerawat setempat. Pertamanya, ia tidak mengeringkan kulit mereka. Dan ia mengecutkan jerawat dan parut dengan sangat berkesan dalam masa hanya beberapa hari!
Juga tidak merengsakan kulit sensitif!
Nota: Sesetengah orang melihat hasil perubahan lebih cepat daripada orang lain (beberapa hari sehingga beberapa minggu)!
Malangnya, sesetengah kritik mendedahkan bahawa ia boleh menyebabkan pembentukan jerawat yang lebih teruk akibat daripada proses pembersihan (penyingkiran kulit mati). Dan baunya amat menjengkelkan. Beberapa pengguna tidak boleh langsung bertoleransi dengannya.
Dan sementara ia membantu untuk mengurangkan/seimbangkan kemerahan akibat daripada keradangan:
Sebahagian pengguna menjelaskan bahawa warna hijau itu terlalu terang dan pekat, menyebabkan mereka seperti menyerupai ‘Shrek’. Warna itu juga sukar untuk disapu rata. Tetapi isu ini boleh dielakkan jika anda hanya menggunakannya sedikit.
Kesimpulannya, The Inkey List Succinic Acid Acne Treatment amat berkesan. Tetapi sekiranya anda tidak mahu berisiko untuk mempunyai produk berbau-busuk berdekatan dengan hidung anda, lebih baik jika anda mencuba produk lain di dalam senarai ini!
Nota: Sesuai untuk kulit jenis kombinasi.
- Saiz: 15ml
- Sesuai Untuk: Kulit Mudah-Berjerawat
- Bahan Utama: Asid Salisilik, Ekstrak Malachite, Glycerin, Squalane, Sodium Hyaluronate
- Harga: ~RM50
Kebaikan:
- Bebas pewangi
- Tidak mengandungi minyak pati
- Disertai dengan antioksidan (ekstrak malachite)
- Menghilangkan bintik kecil atau jerawat hormon
- Tidak mengeringkan
- Berwarna hijau untuk mengurangkan/ seimbangkan kemerahan pada kulit
Keburukan:
- Bahan bersifat comodogenik (glyceryl stearate, asid stearik, and cetearyl alcohol)
- Sesetengah orang tidak gemarkan baunya (sulfur)
- Warna hijau tidak mudah untuk di sapu rata
- Boleh menyebabkan pembersihan kulit (penyingkiran kulit mati) ketika permulaan
Tips Bagaimana Untuk Menggunakan Produk Rawatan Jerawat
1. Menggunakan Benzoyl Peroxide Dengan Betul
Semasa menggunakan benzoyl peroxide buat pertama kali, gunakannya sedikit dahulu. Dan bersabar. Dan juga tambahkan kekerapan penggunaan sedikit demi sedikit! Untuk memudahkan kulit anda serasi dengannya (*3)!
Juga amat disyorkan untuk periksa dahulu samada anda mempunyai alahan terhadap ubatan ini untuk pertama kali anda menggunakannya. Lakukannya dengan meletakkan krim dengan kuantiti minima pada satu atau dua kawasan kecil yang mempunyai jerawat selama tiga hari.
Produk yang sama mungkin didatangkan versi-versi lain untuk menampung tahap kandungan benzoyl peroxide yang berbeza (dan tahap keadaan jerawat yang berbeza). 2.5% selalunya sudah bagus.
Ingat, kuantiti yang lebih banyak tidak bermakna ia lebih bagus! Dan hanya menyapu gel atau krim di kawasan yang ditumbuhi jerawat sahaja.
Nota sampingan mengenai benzoyl peroxide:
- Jika jerawat anda jenis jerawat degil, anda mungkin boleh mencuba bahan aktif lain. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda ubatan manakah yang paling sesuai untuk keadaan kulit/jerawat anda. Setengah ubatan mungkin memerlukan perskripsi daripada pakar atau doktor tertentu.
- Ianya adalah normal untuk jerawat menjadi lebih teruk sebelum ianya membaik. Bukan sentiasa begitu, tetapi ia mungkin terjadi.
- Ia boleh mengambil masa selama 3 bulan untuk jerawat betul-betul hilang
- Berhati-hati untuk tidak melunturkan cadar tilam atau pakaian kegemaran anda apabila anda menggunakan benzoyl peroxide!
- Jangan menggunakan/menyapu ubatan ini di atas kulit yang terbuka (luka) (*4).
- Berhenti menggunakan produk serta-merta jika kawasan yang disapu menjadi bengkak. Atau jika kulit melecur. Jika anda mengalami kesukaran bernafas, terus dapatkan bantuan perubatan serta-merta.
- Kulit anda mungkin akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda untuk memilih pelindung matahari tidak-komodogenik yang terbaik untuk melindungi kulit anda.
2. Mempunyai Rutin Yang Konsisten
Mencuci muka anda dua kali sehari, dengan disertai pelembap yang bebas-minyak dan berasaskan-air. Dan dilarang untuk menggunakan skrub! Termasuk menggosok muka dengan tuala, sebaliknya anda harus mengelapnya dengan lembut (*5)!
Dan selepas anda memakai produk rawatan jerawat (dua kali sehari seharusnya sudah mencukupi):
Berikannya masa beberapa minit untuk meresap ke dalam kulit sebelum anda meletakkan produk lain di atasnya.
Sekiranya anda memakai alat solek, bersihkan peralatan anda dengan kerap! Dan jangan berkongsi alatan atau alat solek anda dengan orang lain!
Nota: Mempunyai rutin yang konsisten adalah termasuk untuk tidak menukar produk anda setiap minggu!
3. Amalan Bagus Lain Untuk Tidak Menggalakkan Pembentukan Jerawat
- Elakkan bahan berminyak (berpotensi bersifat komodogenik/menyumbatkan liang pori) dalam kosmetik, pelindung matahari, dan produk penjagaan rambut anda.
- Sentiasa membuang solekan sebelum tidur.
- Menahan diri daripada mencubit, atau memicit jerawat– jangkitan atau parut mungkin akan terhasil
- Jangan menyentuh wajah anda, terutamanya dengan tangan anda
- Mengurangkan kuantiti produk yang anda letakkan di muka, sekurang-kurangnya tunggu sehingga jerawat anda reda
- Menukar sarung bantal, tuala dan cadar tilam dengan kerap
Kesimpulan
Walau apa pun tahap keadaan jerawat anda, anda boleh mendapatkan krim jerawat terbaik di Malaysia untuk merawatnya!
Namun begitu, untuk memastikan produk ini selamat untuk anda:
Sentiasa melakukan ujian tampalan patch test dahulu. Dan sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan nasihat bagaimana untuk merawat jerawat yang teruk! Sekiranya anda mempunyai parut dari jerawat, cubalah krim penghilang parut!
PS: Sekiranya anda ingin menutup parut jerawat, lihat catatan ini untuk mekap foundation terbaik di Malaysia!