BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Sudah sedia untuk belanjakan diri anda dengan laptop gaming terbaik di Malaysia 2021? Jangan panik apabila melihat harganya! Komputer riba untuk game yang terkini boleh berharga sekitar atau lebih dari RM7K!
Namun, bukan semuanya tiada harapan! Dan anda boleh mendapatkan komputer riba berbajet untuk game yang berpatutan di Malaysia dengan harga yang kurang dari RM4,000!
Pastikan anda membaca panduan untuk membeli di bawah jikalau ini menjadi komputer riba untuk game pertama anda!
Cara Untuk Memilih Komputer Riba Yang Baik Untuk Game
Secara keseluruhanya, jangan kedekut pada GPU. Jikalau anda perlu menjimatkan duit pada tempat lain, ia boleh menjadi skrin (anda boleh menggunakan monitor luaran/tambahan) atau CPU.
Benda lain seperti memori sering boleh dinaik taraf.
Dan anda perlu menerima bahawa laptop untuk game tidak sesuai untuk perjalanan yang kerap. Jangka hayat baterinya juga tidak seperti komputer riba yang lain!
1. Kad Grafik / Unit Pemprosesan Grafik (GPU)
Ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa kebanyakan permainan bergantung kepada GPU. Dan kerana GPU selalunya dibina ke dalam komputer riba (dan tidak boleh dinaik taraf):
Anda perlu mendapatkan satu yang masih dapat bertahan dengan permainan pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun!
Jenama dan kad terkini mereka:
- Nvidia – Kad siri RTX 30 (e.g. RTX 3060 Max-Q atau RTX 3080)
- AMD – Siri Radeon RX5000M (e.g. RX 5500M, RX 5600M dan RX 5700M)
Bagaimana jika anda hanya merancang untuk bermain permainan yang ringan?
GPU peringkat kemasukan termasuk GTX 1650 atau RX 5500M. GTX 1660 Ti adalah lebih baik.
Bagi pemain yang berminat, anda boleh cuba mendapatkan Nvidia’s GeForce RTX 2060!
Dan jika anda benar-benar mahu bermain permainan pada tetapan yang maksima (termasuk VR), jadi anda perlu sekurang-kurangnya mendapatkan RTX 2070 atau RTX 2080.
2. CPU
Walaupun GPU adalah lebih penting daripada CPU bagi komputer riba untuk game yang berprestasi tinggi:
Anda masih boleh cuba mendapatkan yang mempunyai pemproses Intel® Core™ i7 atau lebih baik!
Jika anda mempunyai GPU yang hebat, pemproses Intel® Core™ i5 mungkin sudah cukup untuk memainkan permainan juga (walaupun bukan pada tetapan tertinggi).
Laptop terbaik di Malaysia menggunakan cip yang terkini dan terpantas bagi CPU mereka!
Dengan:
- Kadar waktu yang tinggi (GHz)
- Teras yang pelbagai
3. RAM
Jika anda merancang untuk menggunakan laptop untuk game semata-mata, keperluan minima untuk RAM ialah 16GB.
Ianya adalah bonus tambahan sekiranya boleh menaik tarafkan RAM pada masa hadapan!
4. Storan Memori
SSD adalah teknologi yang lebih baharu dan membawa kepada prestasi keseluruhan yang lebih pantas daripada yang anda dapat dari konvensional HDD.
Jadi jangan beli laptop tanpa SSD!
Anda perlu ingat, mempunyai storan memori yang lebih boleh meningkatkan harga komputer riba untuk game di Malaysia!
Itulah sebab banyak model akan berkompromi dan menggunakan HDD dan SSD! Anda hanya perlu periksa HDD-nya adalah HDD 7,200-rpm (lebih pantas).
Nanti, anda boleh beralih kepada HDD yang lebih besar (jika boleh). Atau menggunakan pemacu luaran.
5. Skrin Paparan Komputer Riba
Sebagai tambahan kepada kad grafik, mempunyai perisian sokongan seperti Nvidia G-Sync dan AMD FreeSync dapat mengurangkan lagi peluang ‘screen ghosting’ atau ‘screen tearing’!
Skrin canggih menggunakan OLED (Organic Light-Emitting Diode) dan bukannya LCD yang diterangi oleh LED. Perbezaannya, adalah lebih ketara. Tetapi ianya tercermin pada harganya juga!
Saiz Skrin
15 hingga ke 17 inci adalah biasa dengan laptop untuk game. Komputer riba yang lebih besar ini hadir dengan beratnya tersendiri!
Resolusi
Jangan terima apa sahaja yang kurang daripada HD (1920 x 1080p)!
Kadar Penyegaran/Kadar Bingkai & Resolusi
Kadar penyegaran yang lebih tinggi (dalam Hz; gambar bagi sesaat) diperlukan bagi pengalaman permainan yang lancar.
Bagi paparan HD, perlu bersasar untuk mendapatkan kadar penyegaran 144Hz! Namun begitu, 300Hz adalah lebih baik!
Bagaikan TV Pintar, terdapat paparan 4K untuk komputer riba juga. Tetapi ini adalah lebih mahal. Dan akan menjadi lebih berbaloi jika anda menggunakan skrin yang lebih besar!
Tambahan pula, kadar penyegaran bagi paparan 4K masih terhad kepada 120Hz.
6. Binaan
Jelas sekali, anda inginkan papan kekunci yang kukuh yang boleh menerima hentakkan yang kerap daripada permainan yang bersemangat!
Anda mungkin ingin periksa penempatan kekunci yang sering anda gunakan. Sesetengah papan kekunci tidak akan memberikan anda anak panah bersaiz penuh!
7. Ciri-Ciri Tambahan
- Port – Pertimbangkan jenis dan bilangan port yang anda mungkin perlukan untuk peripheral tambahan. Adakah anda masih perlukan USB A dan pembaca kad SD?
- Perkara lain yang perlu dilihat ialah penyambung tanpa wayar atau jalur 4GHz atau 5GHz. Namun kini, anda harus mencari kemampuan Wi-Fi 6 juga!
- Jangan lupakan Bluetooth untuk ‘headset’ tanpa wayar anda atau aksesori tanpa wayar anda yang lain!
Dan biarpun ia masih seronok digunakan, skrin sentuh semestinya tidak diperlukan bagi komputer riba untuk game.
Anda tidak memerlukan apa-apa lagi yang menghauskan daya tahan bateri anda yang berharga semasa bermain game!
Mengenai subjek bateri:
8. Jangka Hayat Bateri
Bagi laptop untuk game, jarang sekali untuk mencari satu yang boleh bertahan lebih dari 8 jam dengan satu kali caj!
Seterusnya:
Anda perlu menggunakan bekalan kuasa untuk memainkannya pada tetapan permainan yang tinggi!
9 Laptop Gaming Terbaik Malaysia 2021
1. Laptop Gaming Alienware M17 (Untuk Game)
Dengan paparan 4K, 17.3- inci, komputer riba Alienware M17 Gaming Laptop mempunyai prestasi yang luar biasa (terutamanya dengan Core i9 dan RTX 2080) dalam reka bentuk yang agak ringan!
Cukup untuk menggantikan desktop anda! Sukar untuk orang lain (tetapi pemain yang serius) untuk mengabaikan tanda harga yang besar itu!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i7-10750H (6-Teras, Cache 12MB, sehingga ke 5.0GHz w/ Turbo Boost 2.0) / i7-10875H (Cache 16MB, sehingga ke 5.1 GHz, 8 teras)
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 6GB GDDR6 (OC Ready) / NVIDIA® GeForce RTX™ 2070 8GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® RTX 2080 SUPER™ 8GB GDDR6 dengan Prestasi Maxima
- RAM: 16GB / 32GB
- Storan: 512GB / 1TB SSD
- Skrin: 17.3″ FHD (1920 x 1080) / 17.3″ UHD (3840 x 2160)
- Kapasiti Bateri: 6-Sel, 86WHr
- Dimensi: 16.9-22 x 399.8 x 294.26 mm (T x P x L)
- Berat: 2.5 – 2.97 kg
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM9,499 – RM12,699
Kelebihan:
- Papan kekunci ergonomic
- Konfigurasi yang fleksible
- Tiada kekurangan port
- Estetika yang memukau
- Kadar penyegaran 300Hz (untuk resolusi HD)
Kekurangan:
- Jangka hayat bateri yang mengecewakan
- Berat untuk sebuah komputer riba
2. Laptop Gaming MSI GS66 Stealth 10UG-036
Biarpun ia tidak mempunyai reka bentuk yang menarik:
Komputer riba MSI GS66 Stealth 10UG-036 Gaming Laptop menggunakan salah satu kad grafik berprestasi tinggi terkini di pasaran!
Itu, seiring dengan SSD yang pantas dan jangka hayat bateri yang panjang (99.9 watt per jam) lebih murah daripada Alienware tetapi masih bagus!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i7-10870H+HM470
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Max-Q, GDDR6 8GB
- RAM: 32GB
- Storan: 2TB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 300Hz
- Kapasiti bateri: 4-Sel, 99.9WHr
- Dimensi: 18.3-19.8 x 358.3 x 248 mm (T x P x L)
- Berat: 2.1 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM10,999
Kelebihan:
- Ringan bagi sebuah laptop untuk game
- Papan kekunci yang selesa
- Grafik yang luar biasa
- Prestasi yang hebat untuk permainan
- Binaan logam yang tahan lama
- Kadar penyegaran yang tinggi
- Tiada kekurangan port (Thunderbolt 3 dan Ethernet juga)
Kekurangan:
- Mahal
- Hanya satu fungsi kekunci
- Audio yang tidak mengagumkan
- Menjadi panas
- Bunyi kipas kuat
3. Gaming Laptop MSI GL65 Leopard 10FSK 650
Sangat menggoda bagi mendapatkan laptop MSI GL65 10FSK 650 Gaming Laptop. Memandangkan harganya sekitar separuh harga 2 komputer riba sebelumnya dalam senarai ini!
Dan mampu memainkan kebanyakan permainan (yang tidak memerlukan kemampuan 3D)!
Sebagai balasan, anda akan mendapat storan yang sedikit. Dan paling tinggi hanya 144Hz!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i7-10750H+HM470
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 2070 Super, GDDR6 8GB
- RAM: 16GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 144Hz Panel Nipis
- Kapasiti Bateri: 6-Sel, 51WHr
- Dimensi: 27.5 x 357 x 248 mm (T x P x L)
- Berat: 2.3 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM6,999
Kelebihan:
- Kad grafik yang pantas
- Lampu latar papan kekunci yang pelbagai warna yang boleh disesuaikan
- Binaan kukuh
- Bezel yang nipis
- Pembesar suara yang boleh tahan
Kekurangan:
- Jangka hayat bateri tidak boleh tahan lama (~5.5 jam)
- Penempatan port agak menjengkelkan
4. Laptop ASUS TUF Gaming A15 (Untuk Game)
Dengan salah satu pemproses terpantas AMD, dan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3070:
ASUS TUF Gaming A15 merupakan komputer yang benar-benar terhebat dalam senarai komputer riba untuk game ini!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Pemproses AMD® Ryzen™ 7 5800H
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070, GDDR6 8GB
- RAM: 16GB
- Storan: 1TB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz Panel IPS Anti-Silau
- Kapasiti Bateri: 90WHr
- Dimensi: 22.8-24.5 x 359.8 x 256 mm (T x P x L)
- Berat: 2.3 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM6,999
Kelebihan:
- Sehingga 13.5 jam (melayari laman sesawang) atau 14.5 (memainkan semula video) bateri
- Bemurah hati dengan port
- 1080p berfungsi dengan baik dengan 240Hz
- Bahagian luaran yang kuat
Kekurangan:
- Bunyi kipas yang terlalu kuat
5. Razer Blade 15 Base Model
Razer Blade 15 Base Model tidak begitu menyerlah seperti laptop untuk game yang lain. Namun, ia cukup menarik dengan papan kekunci RGB (zon tunggal) dan bezel yang nipis!
Dengan hakikat yang ia mempunyai NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 memang baik tetapi terdapat GPU yang lebih terkini dalam notebook untuk game dengan harga yang sama di Malaysia!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i7-10750H (2.6GHz, 6-Teras, Cache 12MB, sehingga ke 5.0GHz)
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 2060, GDDR6 6GB
- RAM: 16GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 144Hz, 4.9 mm Bezel
- Kapasiti Bateri: 80WHr
- Dimensi: 20 x 355.6 x 236.22 mm (T x P x L)
- Berat: 2.27 kg
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM6,999
Kelebihan:
- Lebih banyak daripada jangka hayat bateri yang baik
- Banyak port
- Binaan premium (aluminum unibody)
- Boleh naik taraf RAM dan storan
Kekurangan:
- Naik panas
- Mahal untuk apa yang anda dapat
- Kadar penyegaran maksima ialah 144Hz
Laptop Untuk Game Berbajet Malaysia
Simpankan sejumlah duit dari model laptop murah ini dan anda boleh melaburkan pada kerusi gaming yang mewah!
6. Laptop Gaming Riba Acer Nitro
Adakah Acer Nitro 5 Gaming laptop merupakan komputer riba untuk game yang berpatutan terbaik? Ia pasti kelihatan sepertinya! Dengan aksen merah yang menyerlah dan 4-tingkat lampu latar pada papan kekunci!
Di bawah hudnya, ia mempunyai kad grafik NVIDIA® GeForce GTX™ 1650Ti! Sayangnya, anda perlu korbankan memori dan CPU.
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i5-10300H (2.6GHz, 6-Teras, Cache 12MB, sehingga ke 4.1GHz) / i7-107850H / AMD Ryzen 7 4800H
- Grafik: NVIDIA® GeForce GTX™ 1650Ti 4GB GDDR6
- RAM: 8GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) Paparan IPS 144Hz Bezel Nipis
- Kapasiti Bateri: 4-Sel 55WHr
- Dimensi: 25.9 x 363.4 x 255 mm (T x P x L)
- Berat: 2.2 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM3,999 – RM4,599
Kelebihan:
- Mempunyai banyak port yang anda mungkin perlukan
- Pengalaman menaip yang menyeronokan
- Anti-Silau (tetapi warnanya agak kusam)
- Stereo pembesar suara boleh diterima
- Boleh tingkatkan memori dan RAM
- Kelajuan kipas boleh dilaraskan
Kekurangan:
- Binaan Plastic
- Bunyi kipas sangat kuat pada tahap tertinggi
- Tebal
- Tiada port Thunderbolt 3
7. HP Omen Laptop 15-En0049AX
Apakah yang anda boleh harapkan daripada komputer riba murah untuk game di Malaysia?
Laptop HP Omen 15-En0049AX masih dapat mengikuti sesetengah game (bukan pada tetapan yang tertinggi).
Dan setelah anda memulakan pelbagai tugas atau menggerakkan program besar seperti Adobe Premier Pro, anda akan merasa leretannya (cth: RAM dan storan terhad)!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: AMD Ryzen™ 5 4600H (3.0GHz, sehingga ke 4.0GHz, cache 8MB L3, 6 teras)
- Grafik: NVIDIA® GeForce GTX™ 1650Ti 4GB GDDR6
- RAM: 8GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) 144 Hz, IPS, 250 nit, anti-silau
- Kapasiti Bateri: 3-Sel, 52.5WHr
- Dimensi: 22.5 x 357.9 x 239.7 mm (T x P x L)
- Berat: 2.37 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM3,899
Kelebihan:
- Rekaan papan kekunci yang baik
- Kualiti binaan yang baik
- Bunyi kipasnya aka nagak pelahan
- Tidak panas seperti laptop untuk game yang lain
- Jangka hayat batteri yang padu
- Kualiti audio yang agak baik
Kekurangan:
- Paparan yang malap (kurang daripada 300 nit)
- Prestasi permainannya bagaikan peringkat asas
- Tiada pengimbas cap jari
- Tidak dapat menaik taraf storan
- Tidak menggunakan salah satu pemproses terkini yang AMD ada (ini hanya 6 teras)
- Tiada warna lampu latar yang lain selain putih
8. Laptop Gaming Lenovo Legion 5 15
Dari awal lagi, Lenovo Legion 5 15 Gaming Laptop hanya mempunyai 8GB RAM!
Kad grafiknya bukan terkini, dan storannya terhad kepada 512GB. Anda mungkin ingin menaik taraf ia secepat mungkin untuk memainkan permainan yang baru!
Bagi reka bentuknya, ianya berkelas dan sesuai jika anda tidak mahu mengumumkan kepada orang lain yang anda adalah pemain game!
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i5-10300H (2.6GHz, 6-Teras, Cache 12MB, sehingga ke 4.1GHz)
- Grafik: NVIDIA® GeForce GTX™ 1650 4GB GDDR6
- RAM: 8GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) Paparan IPS 144Hz, 300 nit, anti-silau
- Kapasiti Bateri: 4-Sel 60WHr
- Dimensi: 23.57-26.13 x 363 x 260 mm (T x P x L)
- Berat: 2.5 kg
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: ~RM3,799
Kelebihan:
- Penempatan port yang baik
- Kualiti audio yang agak baik
- Berpatutan
- Sedap untuk menaip
- Berkemungkinan untuk menaik taraf RAM dan storan
- Binaan yang berkualiti (kebanyakannya plastik)
- Paparan 1080p dengan kadar penyegaran 144Hz
- Kad Wi-Fi menyokong Wi-Fi 6 (periksa ini semula)
- Jangka hayat bateri boleh bertahan ~6 jam pada mod penjimatan kuasa (2 jam jika bermain game)
Kekurangan:
- Tiada port Thunderbolt 3
- Prestasi sederhana (dengan spesifikasinya)
- Boleh rasa panas
Ini agak terdekat jika anda inginkan laptop untuk game Malaysia di bawah RM 3000:
9. Laptop Gaming Dell G3 15
Dell juga menjadi salah satu laptop untuk game yang terbaik di Malaysia. Dan bagi G3 15 (paparan 15.6 inci) jauh lebih berpatutan daripada komputer riba Alienware yang mahal!
Kelemahannya?
Paparan malapnya yang boleh merana daripada sedikit “screen bleeding”.
- Model spesifikasi terendah G3 menggunakan GTX 1650
- Anda boleh menaik tarafkan GTX 1650 Ti – lebih cepat sedikit (~7%) daripada bukan Ti
- Model spesifikasi tertinggi G3 mempunyai battery yang lebih besar dan kad grafik yang lebih baik (GTX 1660 Ti)
- OS: Window 10 Home (64bit)
- Pemproses: Generasi Ke-10 Intel® Core™ i5-10300H (Cache 8MB, sehingga ke 4.5 GHz, 4 teras) / i7-10750H (Cache 12MB, sehingga ke 5.0 GHz, 6 teras)
- Grafik: NVIDIA® GeForce® GTX 1650 4GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® GTX 1650 Ti 4GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti 6GB GDDR6
- RAM: 8GB / 16GB
- Storan: 512GB SSD
- Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) 120Hz 250 nit
- Kapasiti Bateri: 3-Sel, 51WHr / 4-Cell, 68WHr
- Dimensi: 21.6 x 365.5 x 254 mm (T x P x L)
- Berat: 2.34 kg
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM3,599 – RM5,299
Kelebihan:
- Jangka hayat bateri yang mencukupi (~5 jam)
- Prestasi yang padu (termasuk grafik)
- Pelbagai pilihan port (termasuk penyambung Thunderbolt 3) – hanya untuk model yang mempunyai kad grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti
- Lampu latar pada papan kekunci
- Binaan yang kukuh
- Tempat untuk rehatkan pergelangan tangan anda tidak akan menjadi panas, hanya suam
- Pembesar suara yang biasa
Kekurangan:
- Kipasnya boleh berbunyi bising (48.7 dB (A))
- Tidak boleh merehatkannya di atas paha anda (di sinilah sebahagian besar haba akan keluar)
Konklusi
Tidak hairanlah bahawa laptop gaming terbaik di Malaysia 2021 ialah ASUS TUF Gaming A15. Ia mengegarkan kad grafik Nividia yang terkini dan untuk harga di bawah RM7K!
Sebaliknya, ini merupakan pemilihan yang sukar bagi komputer riba untuk game yang berbajet, namun kita perlu memilih Acer Nitro 5 Gaming Laptop!