You are currently viewing 11 Laptop Terbaik di Malaysia 2021 (Jenama Terkenal + Ulasan)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Kenapa Mempercayai Kami?

Bersedialah untuk berbelanja hampir RM4,000 atau lebih, untuk laptop terbaik di Malaysia 2021! Namun, ada juga beberapa pilihan bajet yang bersesuian dalam senarai ini!

Jika anda menyelidik dengan betul, komputer riba baharu anda akan tahan bertahun lamanya sebelum anda perlu naikkan taraf lagi!

Tak tahu di mana hendak mulakan percarian laptop yang bagus untuk dibeli di Malaysia? Kami ada panduan (lihat di bawah) yang merungkaikan  aspek terpenting bagi komputer riba juga!

Jenis-jenis Komputer Riba

Bukan semua komputer riba ialah notebook. Tetapi semua notebook ialah komputer riba.

Sangat mengelirukan?

Jadi teruskan baca:

1. Notebook/Komputer Riba Asas

Disebabkan notebook adalah sejenis komputer riba yang paling biasa, mudah untuk keliru dengan istilahnya.

Jadi apabila seseorang dengar perkataan komputer riba, mereka selalunya menggambarkan komputer riba jenis sebegini dalam fikiran mereka!

Dengan skrin di sebelah sisi lipatan, dan papan kekunci di sisi lain.

Juga dikenali sebagai komputer riba bersaiz penuh.

2. Ultrabook

Istilah ini mungkin bergantung kepada definisi jenama ultrabook itu sendiri. Berdasarkan betapa nipis atau betapa ringannya. Bateri dan set cip juga boleh menentukannya.

Walaubagaimanapun, Apple MacBook Air yang pada mulanya menetapkan standard untuk ultrabook!

Ultrabook cenderung untuk menjadi lebih mahal daripada jenis lain yang lebih berat.

3. Convertible (2-in-1)

Kacukan (hibrid) antara komputer riba dan tablet – anda boleh tanggalkan atau lipatkan skrin paparan sentuh dari papan kekunci. Jadi, secara asasnya menjadi tablet.

Ia boleh dijulatkan antara 11 inci sehingga 18 inci.

Ini menimbulkan persoalan:

Bagaimana dengan tablet sebagai laptop?

Secara teknikal anda boleh gunakan papan kekunci luaran bagi mengurangkan kejanggalan untuk menaip dengannya. 

4. Komputer Riba Perniagaan

Komputer riba perniagaan adalah sub-kategori bagi notebook. Seperti yang anda boleh sangkakan, ia diciptakan untuk bekerja. Tidak banyak digunakan untuk kegunaan peribadi (cth: bermain game)

Untuk laptop ini, jangka hayat bateri yang lama, daya ketahanan dan mudah dibawa adalah ciri-ciri penting.

Ia boleh dijimatkan jika ia hanya untuk akses internet. Melainkan anda memerlukan komputer riba yang ada banyak ruangan memori. Harga boleh melonjak dari sana!

Ciri terkini termasuk pengimbas cap jari serta langganan perkhidmatan keselamatan.

Oh, and ia biasanya nampak sangat tidak berinspirasi dan biasa!

5. Komputer Riba untuk Game

Selalunya besar bagi memuatkan bateri yang besar, CPU, kad grafik, dan sistem penyejukan:

Laptop untuk game tidak diciptakan untuk perjalanan yang kerap.

Namun, ia lebih pantas memproses apa sahaja program (cth: ia mempunyai memori yang lebih banyak) Dan tidak semestinya ia hanya untuk permainan baru (bahkan masa hadapan)!

Keburukannya? Adalah tanda harga yang besar yang datang dengannya! Ini tidak termasuk periferal game yang anda mungkin perlukan!

Jenis-jenis computer riba lain dan istilah yang anda mungkin akan dengar:

  • Macbook – Itulah yang digelar Apple sebagai komputer riba mereka
  • Chromebook – Komputer riba yag beoperasi atau berjalan dengan ChromeOS
  • Netbook – Komputer riba yang kecil dan murah, banyak tablet boleh mengatasi komputer riba ini!

Bagaimana Untuk Memilih Laptop Terbaik Untuk Kepentingan Anda

1. Jenis-jenis

Seperti yang diliputi pada sub-topik di atas.

2. Sistem Operasi/Platform

Adakah anda bersedia untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan sistem operasi yang lain? Atau adakah anda lebih suka untuk berpegang pada yang anda sudah ketahui?

Oleh itu, ini perlu jadi perkara pertama yang anda perlu periksa bila membeli laptop yang bagus!

Sesetengah kebiasaan sistem operasi:

  • MacOS – Sangat sesuai dengan peranti Apple lain; permainan terhad
  • WindowsOS yang paling lama ditubuhkan dengan banyak pilihan perisian pihak ketiga (dan permainan!)
  • Chrome OS – Memerlukan internet untuk dijalankan; sangat mudah untuk digunakan dan penggunaan tenaga yang kurang.

3. Pemproses

Seperti telefon pintar terbaik, semua yang dilakukan dengan komputer riba bergantung kepada pemproses atau CPU (juga diketahui sebagai otak kepada mana-mana komputer).

Intel baru sahaja memasuki pemproses generasi ke-11. Setakat ini pemproses permainan terpantas ialah Intel Core i9-10900K.

Pemproses oleh AMD juga menjadi semakin hebat.

Dan baru baru ini, Apple kini mempunyai pemprosesnya tersendiri, yang menjanjikan cip M1. Dimana ia debut dalam Macbooks (dan mini Mac) Apple!

4. Memori (RAM)

Lagi banyak memori (RAM) lagi baik komputer melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama! Sekiranya anda hanya ingin menggunakan laptop anda untuk layari laman sesawang atau menatal media sosial, 8GB adalah lebih daripada cukup!

Untuk tujuan future-proofing (proses jangkaan untuk masa depan dan mengembangkan kaedah meminimumkan kesan kejutan bagi memastikan komputer anda tahan lama), cuba untuk dapatkan komputer riba dimana anda boleh naik taraf/tingkatkan memori!

5. Saiz Skrin

Terdapat juga komputer riba dengan skrin sebesar 17 inci kini!

Sementara 13 sehingga 15 inci adalah standard.

Dan anda perlu lihat pada resolusi juga! Cuba dapatkan laptop sekurang-kurangnya dengan resolusi 1920/1080 (HD)!

6. Storan Dan Jenisnya

Ini bukan lagi satu isu besar dengan adanya banyak (cloud services) pengkomputeran awan (cth: Google Drive, One Drive, Dropbox, dan lain-lain).

Tetapi, jika ada pilihan, SSD (Solid state drive) lebih disukai dan baik daripada HDD (Hard disk drive).

  • SSD – lebih mahal namun tidak bising dan kecil
  • HDD – pemacu konvensional kekal di dalam komputer

7. Jangka Hayat Bateri

Sementara bateri yang besar boleh menyimpan lebih banyak cas (cth: jangka hayat bateri yang panjang):

Cara menggunakan komputer riba juga penting!

Perkara-perkara yang memakan jangka hayat bateri dengan cepat:

  • Cahaya skrin yang tinggi
  • Penstriman berjam-jam
  • Skrin sentuh
  • Penggunaan program intensif seperti Adobe Premiere Pro

8. Grafik

Bagi permainan berprestasi tinggi:

Anda mungkin perlu keluarkan lebih banyak duit untuk mendapatkan sebuah kad grafik yang khusus untuknya daripada bergantung secara sepenuhnya atas GPU yang sedia ada dalam laptop.

9. Harga

Anda mungkin perlu berkompromi pada tempat lain (seperti dapatkan telefon pintar yang berbajet) untuk membayar komputer riba yang premium!

Jadi cuba fikir tentang peranti manakah yang anda akan pakai dengan lebih banyak. Adakah telefon atau komputer riba?

Jika anda memerlukan penggunaan program yang canggih seperti Photoshop atau perisian simulasi reka bentuk 3D untuk kerja anda:

Ini jelas menunjukkan dimana anda perlu meletakkan duit anda!

Jenama Laptop Di Malaysia

Jenama laptop manakah yang terbaik di Malaysia?

Berikut ialah senarai 10 teratas jenama komputer riba – kami tidak dapat untuk memberitahu anda jenama komputer riba mana satu yang lebih baik (i.e. kedudukannya tidak mengikut tertentu)

Namun begitu, secara umumnya ini dikenali sebagai jenama laptop yang berkualiti dan berprestasi!

  1. Apple
  2. Dell (and Alienware)
  3. HP
  4. Lenovo
  5. Asus
  6. Acer
  7. Razer
  8. Microsoft Surface
  9. LG
  10. Google

Bagi memastikan perkara ini ringkas, beberapa jenama ini tiada dalam senarai yang seterusnya:

11 Laptop Terbaik Di Malaysia 2021

Laptop Ringan Terbaik Malaysia

1. Apple MacBook Air (M1, 2020)

Anda ingin merasai kekaguman prestasi cip M1 yang baharu? Cip ini amat menjimatkan tenaga sehinggakan reka bentuk sepenuhnya tanpa kipas!

Jangka hayat bateri ditambah baik. (~30% lebih lama)

Apple MacBook Air (M1, 2020) juga berpatutan untuk MacBook! Dan ia datang dalam 3 hasil – emas, perak dan kelabu perak (space gray).

  • OS: macOS Big Sur
  • Pemproses: Cip M1 Apple, CPU 8-teras
  • Grafik: GPU 7-teras / GPU 8-teras bersepadu
  • RAM: 8GB/16GB
  • Storan: 256GB/512GB SSD (sehingga 2TB)
  • Skrin: 13.3” (2560 x 1600) lampu latar dengan LED 400 nit paparan dengan teknologi IPS.
  • Kapasiti Bateri: 49.9 WHr
  • Dimensi: 4.1-16.1 x 304.1 x 212.4 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.29 Kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: RM 4,399 – RM 5,399

Pros:

Cons:

2. Laptop Dell XPS 13 9310

Bukan peminat Apple? Perkara terbaik yang seterusnya ialah Komputer Riba Dell XPS 13 9310!

Ia merupakan ultrabook yang anggun dan indah! Dipadankan dengan skrin 16.10 yang cantik.

  • OS: Window 10 Home (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (Teras) i7-1185G7 Generasi Ke-11 / Intel® Core™ (Teras) i5-1135G7 Generasi Ke-11
  • Grafik: Grafik Intel® Iris Xe
  • RAM: 8GB/16GB
  • Storan: 256GB/1TB SSD
  • Skrin: 13.4″ FHD+ (1920 x 1200) Paparan 500-Nit Anti-Silau, ‘InfinityEdge’ Tanpa Sentuh / 13.4″ UHD+ (3840 x 2400) Paparan 500-Nit Anti-Reflektif, ‘InfinityEdge’ Sentuh
  • Kapasiti Bateri: 4-Sel, 52 WHr
  • Dimensi: 14.8 x 295.7 x 198.7 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.2 – 1.7 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM5,398.99 – RM6,998.99

Pros:

Cons:

Bisnes Komputer Riba Terbaik Malaysia – Laptop Yang Bagus Untuk Kerja

3. Apple MacBook Pro (M1. 13”)

Casis Aplle MacBook Pro (13-inci, M1) kelihatan sama seperti sebelum ini. Ia tersedia dalam warna perak atau kelabu perak (space grey).

Ia juga, mempamerkan penemuan baharu cip M1! Dan pengemas kinian MacOS Big Sur. Ia menjadikannya cukup kuat untuk permainan (walaupun kami mengesyorkan komputer riba untuk game bagi pemain video yang serius!)!

Antara MacBook Air dan MacBook Pro, anda akan mendapat prestasi dan jangka hayat bateri yang lebih tinggi! Berterima kasih kepada binaan kipas di dalamnya dan GPU yang lebih maju!

Apple MacBook Pro (13-inch, M1) - Pandangan Atas
  • OS: macOS Big Sur
  • Pemproses: CPU 8-teras, Cip M1 Apple
  • Grafik: GPU 8-teras bersepadu
  • RAM: 8GB / 16GB
  • Storan: 256GB / 512GB SSD (Sehingga 2TB)
  • Skrin: 13.3″ (2560 x 1600) lampu latar dengan LED 500 nit dengan teknologi IPS
  • Kapasiti Bateri: 58.2WHr
  • Dimensi: 15.6 x 304.1 x 212.4 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.4 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM5,599 – RM6,399

Pros:

Cons:

4. Dell XPS 15 9500

Anda boleh menggantikan desktop anda dengan Dell XPS 15 9500 dengan prestasi yang pantas! Ia mempunyai binaan pembesar suara didalamnya yang tersendiri di kedua-dua belah papan kekunci.

Projek penempatan pembesar suara baharu sesuai untuk pengguna! Tidak perlu menaikan volume (bunyi)!

  • OS: Window 10 Home (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (Teras) i5-10300H Generasi Ke-10 (Cache 8MB, sehingga ke 4.5 GHz, 4 teras) / i7-10750H (Cache 12MB, sehingga ke 5.0 GHz, 6 teras) / i7-10875H (Cache 16MB, sehingga ke 5.1 GHz, 8 teras)
  • Grafik: NVIDIA® GeForce® GTX 1650 Ti 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB / 16GB / 32GB
  • Storan: 256GB / 1TB SSD
  • Skrin: 15.6″ FHD+ (1920 x 1200) Paparan 500- Nit Anti-Silau, ‘InfinityEdge’ Tanpa Sentuh / 15.6″ UHD+ (3840 x 2400) Paparan 500- Nit Anti-Reflektif, ‘InfinityEdge’ Sentuh
  • Kapasiti Bateri: 6-Sel, 86WHr
  • Dimensi: 18 x 344.72 x 230.14 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.83 – 2.05 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM7,999 – RM9,999

Pros:

Cons:

5. Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 8

Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 8 merupakan komputer riba yang hebat untuk kerja dan perjalanan! Tidak meninggalkan papan kekunci yang kukuh.

Atau tidak ketinggalan dari segi paparan! Sebaliknya ia dibungkus dengan paparan 1080P yang ‘vibrant’ (atau 4K bergantung kepada modal yang anda pilih)!

Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 8
  • OS: Window 10 Home / Pro (64bit)
  • Pemproses: Pemproses Intel Core (Teras) i5-10210U Processor (1.60GHz 6MB) / i7-10510U (1.80GHz 8MB)
  • Grafik: Grafik Bersepadu / Grafik Intel UHD
  • RAM: 8GB / 16GB
  • Storan: 256GB / 512GB / 1TB SSD
  • Skrin: 14.0″ (2560 x 1440) 300Nits Anti-Silau IPS / 14.0″ (1920 x 1080) Anti- Silau IPS
  • Kapasiti Bateri: 4-Sel, 51WHr
  • Dimensi: 14.9 x 323 x 218 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.09 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM6,186 – RM8,336.84

Pros:

Cons:

Laptop Berbajet Terbaik Malaysia

6. Acer Aspire 5 Laptop

Salah satu laptop terbaik di bawah RM3,000 di Malaysia:

Komputer riba Acer Aspire 5 merupakan komputer riba yang sangat berfungsi bagi kegunaan umum. Komputer riba ini juga mempunyai reka bentuk yang luar biasa serta port yang banyak!

Anda juga boleh sentiasa menaikkan tarafnya!

Komputer Riba Acer Aspire 5
  • OS: Window 10 Home / Pro (64bit)
  • Pemproses: Pemproses Intel® Core™ (Teras) i3-1005G1 pemproses dua teras 1.20 GHz / i3-1115G4 pemproses dua teras 3 GHz / i5-1035G1 pemproses emoat teras (Quad-core) 1 GHz / i5-1135G7 pemproses empat teras (Quad-core) 2.40 GHz / i7-1165G7 pemproses empat teras (Quad-core) 2.80 GHz /
  • Grafik: Grafik Intel UHD / Grafik Intel® Iris Xe / NVIDIA® GeForce® MX350 GDDR5 2GB
  • RAM: 4GB
  • Storan: 256GB / 512GB SSD
  • Skrin: 14″ / 15.6″; HD (1366 x 768) / HD Penuh (1920 x 1080)
  • Kapasiti Penuh: 3-Sel, 48WHr
  • Dimensi (15.6″): 17.90 x 363.4 x 238.5 mm (T x L x D)
  • Dimensi: (14″): 17.95 x 328 x 223 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.9 kg (15.6″), 1.7 kg (14″)
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM1,899 – RM3,799

Pros:

Cons:

Laptop Untuk Game Terbaik Malaysia

7. Komputer Riba Alienware M15 Gaming Laptop (Untuk Game)

Komputer riba bagaikan ‘beast’, modal 15-inci ini berasal dari Alienware, jenama komputer riba di Malaysia ini terkenal dengan komputer riba untuk game (gaming laptop)!

Prestasinya tiada tandingan. Begitu juga dengan harganya!

  • OS: Window 10 Home / Pro (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (Teras) i7-10750H Generasi Ke-10 (6-Teras, Cache 12MB, sehingga ke 5.0GHz w/ Turbo Boost 2.0)
  • Grafik: NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti 6GB GDDR6 / RTX 2070 8GB GDDR6 / RTX 2070 SUPER™ 8GB GDDR6 / RTX 2080 SUPER™ 8GB GDDR6 dengan rekaan Max-Q
  • RAM: 16GB / 32GB
  • Storan: 512GB / 1TB SSD
  • Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) 144Hz / 300Hz
  • Kapasiti Bateri: 6-Sel, 86WHr
  • Dimensi: 17.9-20.5 x 360.3 x 276.2 mm (T x L x D)
  • Berat: 2.11 – 2.5 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM8,999 – RM12,599

Pros:

Cons:

8. Laptop Gaming Dell G5 5500 (Untuk Game)

Cukup pantas untuk bermain permainan AAA pada resolusi HD:

Anda juga boleh menyunting video dengan komputer riba Dell G5 5500 Gaming Laptop! Bahagian luarannya tidak begitu mewah, jadi anda boleh menggunakannya sebagai komputer riba untuk kerja kerana ianya tidak begitu menggangu perhatian)!

  • OS: Window 10 Home (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (Teras) i5-10300H Generasi Ke-10 (Cache 8MB, sehingga ke 4.5 GHz, 4 teras) / i7-10750H (Cache 12MB, sehingga ke 5.0 GHz, 6 teras)
  • Grafik: NVIDIA® GeForce® GTX 1650 Ti 4GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti 6GB GDDR6
  • RAM: 8GB / 16GB
  • Storan: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6″ FHD (1920 x 1080) 120Hz 250 nits
  • Kapasiti Bateri: 3-Sel 51WHr
  • Dimensi: 21.6-24.5 x 365.5 x 254 mm (T x L x D)
  • Berat: 2.34 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM4,199 – RM5,099

Pros:

Cons:

9. Asus ROG Zephyrus G14

Dapatkan spesifikasi yang tertinggi dan Asus ROG Zephyrus G14 tidak akan mengecewakan! Sama ada untuk kegunaan kerja atau bermain game! SSD 1 TB juga memberikan prestasi yang pantas!

Malah, komputer riba ini mempunyai reka bentuk menyerlah tetapi anggun!

  • OS: Window 10 Home / Pro (64bit)
  • Pemproses: AMD Ryzen™ 5 4600HS 3.0 GHz (Cache 8M, sehingga ke 4.0 GHz) / AMD Ryzen™ 7 4800HS 2.9 GHz (Cache 8M, sehingga ke 4.2 GHz) / AMD Ryzen™ 9 4900HS 3.0 GHz (Cache 8M, sehingga ke 4.3 GHz)
  • Grafik: NVIDIA® GeForce® GTX 1660Ti 6GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 6GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® GTX 1650 Ti 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB / 16GB / 24GB
  • Storan: 512GB / 1TB SSD
  • Skrin: 14“ FHD (1920 x 1080) 16:9 120Hz Paparan Anti-Silau IPS / 14″ WQHD (2560 x 1440) 16:9 60Hz Paparan Anti-Silau IPS
  • Kapasiti Bateri: 4-Sel, 76WHr
  • Dimensi: 17.78 x 323.85 x 222 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.6 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~From RM4,699

Pros:

Cons:

Laptop Terbaik Untuk Pelajar Malaysia

10. Acer Swift 3

Amat mudah untuk dibawa dengan bateri yang tahan lama (~ 8 jam). Komputer riba Acer Swift 3 menyampaikan daya pemprosesan yang mencukupi untuk seseorang melakukan pelbagai tugas!

Jikalau WiFi 6 muncul, anda juga akan bersedia!

Acer Swift 3
  • OS: Window 10 Home (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (teras) i5-1035G1 pemproses empat teras (Quad-core) 1 GHz / i5-1135G7 pemproses empat teras (Quad-core) 2.40 GHz / i7-1065G7 pemproses empat teras (Quad-core) 1.30 GHz / i7-1165G7 pemproses empat teras (Quad-core) 2.80 GHz / AMD Ryzen 5 4500U pemproses enam teras (Hexa-core) 2.30 GHz / AMD Ryzen 7 4700U pemproses lapan teras (Octa-core) 2 GHz
  • Grafik: Memori Grafik(shared memori) Intel UHD / Grafik Intel® Iris Xe / AMD Radeon™ (shared memory) / NVIDIA® GeForce® MX250 GDDR5 2GB
  • RAM: 8GB / 16GB
  • Storan: 512GB SSD
  • Skrin: 14″ HD Penuh (1920 x 1080)
  • Kapasiti Bateri: 3-sel, 48WHr
  • Dimensi: 15.95 x 319.5 x 217 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.19 kg
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Harga: ~RM2,799 – RM4,299

Pros:

Cons:

11. HP Envy 13

Beratnya hanya dalam lingkungan 1.3 kg, HP Envy 13 sudah pastinya menjadi salah satu komputer riba terbaik untuk pelajar di Malaysia.

Selain menawarkan ciri-ciri privasi yang hebat (termasuk pengimbas cap jari), dan prestasi yang lebih daripada baik:

HP Envy 13 mengambil petujuk dari Asus dengan penutupnya memiring atas papan kekunci apabila komputer riba terbuka. Meningkatkan aliran udara serta memudahkan untuk menaip di pergelangan tangan anda!

Laptop HP Envy 13
  • OS: Window 10 Home (64bit)
  • Pemproses: Intel® Core™ (teras) i5-1135G7 (sehingga ke 4.2 GHz, Cache 8MB L3, 4 teras) / Intel® Core™ (teras) i7-1165G7 (sehingga ke 4.7 GHz, Cache 12MB L3, 4 teras)
  • Grafik: Grafik Intel® Iris® Xᵉ / NVIDIA® GeForce® MX250 GDDR5 2GB
  • RAM: 8GB / 16GB
  • Storan: 512GB SSD
  • Skrin: 13.3″, FHD (1920 x 1080), membolehkan berbilang sentuhan, IPS, 400 nits
  • Kapasiti Bateri: 4-sel, 51WHr
  • Dimensi: 16.9 x 306.5 x 194.6 mm (T x L x D)
  • Berat: 1.3 kg
  • Jaminan: 2 Tahun
  • Harga: ~RM4,899 – RM5,499

Pros:

Cons:

Konklusi

Kecuali kalau anda peminat Apple, laptop terbaik di Malaysia ialah Asus ROG Zephyrus G14. Nilainya berbaloi dengan harganya, walaupun anda bukan pemain game!

Jikalau tidak, Apple MacBook Pro (13-inci, M1) merupakan pilihan bijak untuk peyunting video, pelancong yang kerap melancong, dan pereka grafik!

Untuk notebook yang murah di Malaysia (tanpa sebarang hiasan), komputer riba Acer Aspire 5 akan melakukan kerjanya untuk ~ RM3,000!