You are currently viewing 19 Lip Balm Terbaik Di Malaysia 2022 (Untuk Bibir Kering)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Bibir kering dan kelihatan teruk. Anda boleh perbaiki keadaan bibir anda dengan menggunakan lip balm terbaik di Malaysia tahun 2022. Dan juga dengan minum banyak air!

Tetapi, bagaimana jika bibir anda tetap kering walaupun anda kerap memakai pelembap bibir?

Sebab itulah, pentingnya untuk mengetahui apa yang perlu dicari dalam pelembap bibir yang menghidratkan. Sebelum anda membeli pelembap bibir terbaik farmasi di Malaysia!

Senarai Kandungan:

Apakah Itu Pelembap Bibir?

Pelembap bibir atau salap bibir adalah dibuat khusus untuk melembapkan bibir yang kering atau pecah. Dan juga untuk melegakan beberapa keadaan seperti stomatitis, angular cheilitis atau kudis sejuk.

Kebanyakan ia mengunakan asas seperti lilin atau jeli petroleum. Bahan-bahan yang selalu digunakan ialah lilin lebah, parafin, setil alkohol, lanolin, dsb.

Apakah perbezaan antara pelembap bibir dengan pelembap wajah?

Tidak seperti pelembap wajah terbaik, produk bibir dibuat berdasarkan anggapan mereka yang anda mungkin menelannya!

Kebaikan Untuk Menggunakan Pelembap Bibir

Berikut adalah antara sebahagian manfaat menggunakan pelembap bibir:

  • Membantu untuk menyembuhkan bibir
  • Melindungi bibir anda daripada sinar matahari atau cuaca sejuk
  • Melegakan simptom-simptom bibir kering
  • Sebagai alas untuk gincu yang kering

Bahan-Bahan Di Dalam Pelembap Bibir Yang Baik

Untuk memberikan penjagaan bibir yang terbaik untuk bibir kering, pelembap bibir haruslah mempunyai sebahagian daripada bahan-bahan ini:

  • Asid laktik atau sorbita
  • Minyak mineral (jeli petroleum jelly atau yang sama dengannya)
  • Aloe
  • Lilin lebah
  • Vitamin E
  • Lanolin
  • Minyak jojoba
  • Minyak zaitun

Bahan-bahan seperti asid hialuronik dan gliserin (bahan-bahan yang biasa digunakan di dalam krim mata terbaik dan serum muka terbaik) hanya patut berada di dalam senarai jika:

Terdapat bahan lain yang boleh menjadi penghalang kelembapan (cth. minyak semulajadi seperti minyak kelapa atau mentega sayur atau lilin lebah).

Nota: Bagaimanapun sesetengah bahan-bahan “bermanfaat” ini juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda.

Bahan-Bahan Yang Perlu Dielakkan

Jika anda rasa pelembap bibir yang anda gunakan sekarang tidak berkesan, kemungkinan salah satu daripada bahan-bahan itu tidak sesuai dengan kulit anda!

Malangnya, ia mungkin disebabkan oleh, pewangi!

Dan sebarang produk penjagaan bibir yang menyebabkan anda berasa sensasi yang gatal-gatal! Dan juga sesetengah minyak semulajadi yang bagus untuk kulit dan rambut tetapi tidak pada bibir!

Terdapat beberapa bahan perengsa biasa yang mungkin dapat ditemui di dalam pelembap bibir:

  • Parabens
  • Asid salisiklik
  • Menthol
  • Minyak pudina
  • Kapur barus
  • Phenol atau mana-mana alkohol (cth. Bahan-bahan yang berakhir dengan “-ol”)
  • Minyak eucalyptus
  • Limonina – ini merupakan salah satu sebab mengapa anda tidak seharusnya mengoles serum vitamin C pada bibir anda! Ini kerana bibir anda adalah paling nipis berbanding dengan kulit anda. Dan limonene akan menyebabkan iritasi pada bibir anda!
  • Serai wangi
  • Minyak kastor

19 Lip Balm Terbaik di Malaysia Tahun 2022

  • Pelembap Bibir Bebas-Pewangi Terbaik – Avène Cicalfate Lips Repair Balm
  • Pelembap Bibir Semulajadi Yang Minima Terbaik – SKINEATS Moisturizing Lip Balm (100% Natural)
  • Pelembap Bibir Terbaik Untuk Perlindungan Matahari – Sebamed Lip Defense Triple Protection Lip Balm SPF 30
  • Pelembap Bibir Kedai Farmasi Terbaik – Vaseline Lip Therapy Original Mini
  • Pelembap Bibir Terbaik Untuk Merawat Bibir – Avène Cicalfate Lips Repair Balm
  • Pelembap Bibir Terbaik Untuk Kulit Sensitif – Avène Cicalfate Lips Repair Balm
  • Pelembap Bibir Yang Tahan Lama Terbaik – DHC Ultra-Moisturizing & Soothing Lip Balm
  • Pelembap Bibir Berperisa Terbaik – Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lip Balm

Seperti semua produk-produk kulit yang lain, anda perlu oleskan sedikit sampel pelembap bibir pada kedutan siku di bahagian dalam.

Dan tunggu untuk beberapa jam untuk melihat sama ada kulit anda memberikan reaksi negatif pada produk itu sebelum anda boleh menggunakannya dengan biasa!

Pelembap Bibir BuatanTangan Yang Semulajadi

1. SKINEATS Moisturizing Lip Balm (100% Natural)

Dihasilkan secara tempatan:

SKINEATS Moisturizing Lip Balm (100% natural) memperbaiki bibir yang pecah-pecah dengan penghidratan yang tahan-lama!

Kaya dengan bahan antioksida dan anti-keradangan! Tambahan lagi, ia menghasilkan lapisan pelindung untuk sentiasa melindungi bibir anda daripada bahan pencemar berbahaya yang ada di persekitaran.

SKINEATS Moisturizing Lip Balm

Namun begitu, ia tidak membekalkan perlindungan SPF. Oleh itu, sesetengah pengguna memasukkan pelembap bibir ini ke dalam rutin penjagaan malam untuk memastikan bibir mereka sentiasa lembap sehingga keesokan pagi!

Terdapat perkara lain mengenai produk ini yang pengguna tidak boleh berhenti daripada menyebutnya:

Dan ialah dari segi teksturnya! Iaitu tidak terlalu berminyak, tetapi cukup pekat untuk memberikan hasil yang tahan-lama.

Ia merupakan pelembap bibir semulajadi yang bagus untuk kegunaan harian atau bibir yang kering!

  • Saiz: –
  • Sesuai Untuk: Bibir merekah dan kering
  • Manfaat: Melembapkan dan memperbaiki
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Kelapa Organik, Shea Butter Organik, Lilin Lebah, Vitamin E
  • Harga: ~RM25

Kelebihan:

  • Formulanya tidak mengandungi petroleum, alkohol, bahan pewangi dan pewarna tiruan, mentol, minyak mineral, paraben
  • Amat menghidratkan
  • Tidak berbau minyak kelapa yang kuat
  • Teksturnya sangat bersesuaian (tidak terlalu berminyak)

Keburukan:

  • Harus sentiasa dijauhkan daripada haba
  • Tidak mempunyai perlindungan SPF

2. Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lip Balm

Selain daripada mempunyai pilihan perisa yang banyak (daripada bahan semula jadi) yang boleh dipilih:

Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lip Balm berbau wangi, terasa lembut, dan berperisa enak apabila dipakai pada bibir!

Burt's Bees 100% Natural Moisturizing Lip Balm

Ulasan adalah berbeza untuk perisa yang berbeza:

Ramai pengguna amat berpuas hati dengan sensasi yang sejuk dan menyegarkan yang dihasilkan daripada perisa timun pudina! Tetapi malangnya, perisa yang sama juga telah merangsang reaksi alahan untuk beberapa pengguna yang lain.

Perisa terkenal yang lain ialah pelembap bibir yang berbau-mangga, yang telah menarik perhatian ramai penggemar-mangga!

Beberapa pengguna menyatakan bahawa tekstur pelembap bibir yang berbau-mangga ini melekat dan melekit-lekit, dimana tidak digemari oleh mereka. Dan menambah lagi kekecewaan mereka, rekaan pembungkusan membuatkan penutupnya sukar untuk dibuka.

Namun begitu, kesemua perisa berkongsikan satu persamaan:

Perisa-perisa ini memberikan kesan melembapkan pada bibir! Tidak begitu cukup untuk bibir yang merekah. Tetapi ia selesa digunakan untuk kegunaan harian sekiranya anda memang memerlukan pelembap bibir yang berperisa!

  • Saiz: 4.25g
  • Sesuai Untuk:  Semua jenis kulit
  • Manfaat: Kegunaan harian
  • Bahan-bahan Utama (berlainan mengikut perisa): Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Kelapa, Lilin Lebah, Minyak Biji Kastor, Perisa Semula Jadi, Lanolin
  • Harga: ~RM20-30

Kelebihan:

  • Tanpa paraben, sulfat, ftalat, petrolatum, dll
  • Dengan vitamin E
  • Sebagai asas yang bagus untuk gincu
  • Tesktur yang ringan
  • Tidak kelihatan berminyak pada bibir

Keburukan:

  • Mungkin mengandungi asid sitrik atau limonina (tidak sesuai untuk kulit yang sensitif)
  • Sensasi pudina mungkin boleh merengsakan kulit sensitif
  • Tidak merawat bibir yang amat kering

Pelembap Bibir Farmasi Terbaik di Malaysia

3. Avene Cold Cream Nourishing Lip Balm

Avene’s Cold Cream Nourishing Lip Balm tidak membuatkan anda rasa berminyak atau melekit dan selesa dipakai bersama-sama dengan gincu!

Sekiranya anda selalu bergelut dengan masalah bibir yang merekah teruk, jadi produk ini sangat berbaloi untuk dicuba! Pengguna yang mengalami masalah bibir pecah-pecah yang sangat teruk mengakui bahawa produk ini amat berkesan dalam mengembalikan kelembapan pada bibir mereka.

Pelembap Bibir Avene Cold Cream Nourishing

Mereka sangat menggemari cirinya yang serbaguna kerana ia membuatkan bibir mereka sentiasa terhidrat di bawah lapisan solekan pada waktu siang. Dan pada waktu malam pula, sapuan yang pantas akan membuatkan anda bangun pada keesokan hari dengan bibir yang lembut seperti bibir bayi!

Menurut mereka, produk ini mempunyai tekstur yang licin, berat-sederhana, berkrim. Dan produk ini mengandungi bahan yang ringkas dimana ianya sesuai untuk orang yang mudah mendapat alahan.

Pengguna hanya berkongsikan satu aduan:

Pelembap bibir ini tidak membekalkan perlindungan daripada matahari.

  • Saiz: 4 g
  • Sesuai Untuk: Bibir pecah
  • Kebaikan: Memperbaiki dan menghalang bibir daripada kering.
  • Bahan-bahan Utama: Avène Cold Cream Formula, Vitamin E & F, Mentega Sayur, Avene Thermal Spring Water
  • Harga: ~RM18.88

Kelebihan:

  • Bau yang lembut dan tanpa perisa
  • Tidak kelihatan berkilat-kilat
  • Hipoalergenik
  • Memperbaiki dan menghalang bibir daripada kering

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi (Parfum) & Alkohol
  • Kandungan produk yang tidak banyak
  • Batang pelembap bibir yang cenderung untuk patah daripada tiub
  • Tidak membekalkan perlindungan daripada matahari

4. Vaseline Lip Therapy Original Mini

Mengandungi jeli petroleum Vaseline® yang asli, Vaseline Lip Therapy Original Mini muncul dalam bekas mini yang comel membuatkan anda tak mampu untuk menolaknya!

Dan anda hampir sentiasa diberi jaminan bahawa anda akan melihatnya terletak di atas rak di dalam kedai farmasi kegemaran anda.

Terapi Bibir Vaseline Original Mini

Pelembap bibir ini dilabelkan sebagai rawatan penyembuhan (healing salve) oleh ramai pengguna! Berdasarkan pada ulasan pengguna, terapi bibir ini melegakan kekeringan dan mengekalkan kelembapan. Dan merupakan bebas pewangi.

Nota: Ia sedikit berperisa dan berbau seperti jeli petroleum!

Malahan sesetengah pengguna mengesyorkan untuk mengambil saiz paling besar disebabkan oleh fungsinya-yang-pelbagai. Ia juga berkesan untuk kulit kering pada buku lima jari, siku dan tumit!

Walaupun produk ini telah terbukti berkesan untuk ramai pengguna, terdapat segelintir pengguna yang tidak melihat sebarang manfaat.

Mereka menyatakan bahawa ia menghasilkan kesan yang agak bertentangan, mengeringkan bibir mereka berbanding melembapkannya. Cara pembungkusannya juga membuatkannya kurang bersih berbanding balm yang disapu secara langsung kepada bibir anda!

Tetapi, melainkan anda tidak gemar untuk bibir anda kelihatan berkilat, pelembap bibir yang berasaskan petroleum dan serbaguna daripada kedai farmasi ini telah pun berada di pasaran selama bertahun-tahun!

  • Saiz: 7 g
  • Sesuai Untuk: Bibir kering.
  • Kebaikan: Boleh menyembuhkan bibir pecah dengan berkesan.
  • Bahan-bahan Utama: Petrolatum, Yellow 5 Lake
  • Harga: ~RM14.3

Kelebihan:

  • Tanpa pewangi
  • Tidak perlu gunakan banyak pada satu masa
  • Boleh menyembuhkan bibir pecah dengan berkesan

Keburukan:

  • Tidak mengandungi senarai bahan-bahan yang lengkap
  • Bukan jenis batang
  • Bau yang tidak menyenangkan bagi sesetengah orang

5. Mentholatum Lip Pure Lip Balm

Menampilkan Mentholatum Lip Pure Lip Balm, yang mengandungi himpunan bahan-bahan semulajadi, akan memberikan kelembapan pada bibir anda untuk beberapa jam! Selain itu bibir tampak kilau dan halus!

Berdasarkan pengalaman pengguna, pelembap bibir ini adalah selamat untuk digunakan. Orang yang mudah mendapat reaksi alahan tidak mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk ini.

Pelembap Bibir Mentholatum Lip Pure

Sementara sesetengah pengguna menyatakan bahawa produk ini telah membantu melegakan kekeringan bibir mereka sehingga satu tahap tertentu, sebahagian pengguna yang lain tidak melihat sebarang perubahan. Malahan, ramai pengguna menyatakan bahawa pelembap bibir ini tidak mendatangkan kesan yang baik mahupun yang buruk.

Tetapi teksturnya yang ringan dan tidak melekit sememangnya merupakan ciri kelebihan yang selalu diulaskan oleh pengguna!

Jadi sekiranya tekstur dan mengelakkan daripada kulit merengsa adalah keutamaan anda, inilah pelembap bibir untuk kegunaan harian yang biasanya anda boleh temui di dalam kedai farmasi di Malaysia!

  • Saiz: 4 g
  • Sesuai Untuk: Alas gincu, mengekalkan kelembapan pada bibir.
  • Kelebihan: Melembapkan, berkhasiat, menghidratkan.
  • Bahan-bahan Utama: Vitamin E, Minyak Mentega Sayur, Minyak Almond, Ekstrak Aloe dan Minyak Pokok Jojoba
  • Harga: ~RM19.8

Kelebihan:

  • Tesktur yang berkrim tetapi ringan
  • Tanpa pewangi dan pewarna
  • Dalam bentuk batang
  • Boleh digunakan sebelum gincu
  • Kurang merangsang reaksi alahan (ruam)

Keburukan:

  • Mahal
  • Tiada SPF
  • Mungkin tidak begitu berkesan untuk menghidratkan bibir

6. Uriage Moisturizing Lip Balm

Sembuhkan bibir yang pecah dalam beberapa hari dengan Uriage Moisturizing Lip Balm! Anda boleh juga gunakan ia sebagai rawatan semalaman untuk bibir anda!

Pelembap Bibir Uriage

Ia merupakan pilihan yang  selamat (hipoalergenik) sekiranya anda mahukan pelembap bibir yang membekalkan nutrien pada bibir yang kering. Pengguna sangat berpuas hati dengan betapa lembutnya ia melegakan kekeringan bibir mereka. Tanpa meninggalkan sebarang bau atau rasa yang pelik!

Menurut mereka:

Ianya bagus untuk kelegaan yang pantas. Tetapi peru bersedia untuk membuat sapuan semula sepanjang hari jika anda mahu memaksimakan manfaatnya!

Nota: Juga tersedia dalam bentuk tiub.

  • Size: 4 g
  • Ideal For: Chapped lips.
  • Benefits: Heal chapped lips, overnight lip treatment.
  • Main Ingredients: Borage Oil, Shea Butter, Vitamins C and E, Hypoallergenic
  • Price: ~RM26.9

Kelebihan:

  • Wangi yang lembut
  • Hipoalergenik
  • Tidak melekit
  • Tidak meninggalkan tanda putih
  • Jenis batang
  • Kelegaan yang pantas untuk bibir kering

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi (Parfum) & Alkohol
  • Tiada SPF
  • Mahal
  • Tidak tahan lama (cth. maks 3 jam tanpa makan)

7. Laneige Lip Mask Lip Sleeping Mask Lip Balm

Gunakan Laneige Lip Mask Lip Sleeping Mask Lip Balm sebelum tidur dan bangun pagi dengan bibir yang lembut dan menawan! Juga boleh digunakan sebagai pelembap biasa!

Produk terkenal ini telah memperolehi 4.7 daripada 5 bintang berdasarkan hampir 2000 ulasan!

Mask Bibir Sleeping Mask Bibir Pelembap Bibir Laneige

Ramai pengguna yang obses padanya! Masker tidur ini menjadikan bibir mereka terhidrat dengan baik, licin, dan berbau wangi pada keesokan pagi.

Malah sesetengah pengguna menggunakannya dengan bersungguh-sungguh sepanjang hari, dan tidak hanya mengehadkan penggunaan produk ini hanya untuk rutin malam mereka

Sebaliknya, terdapat segelintir pengguna yang tidak berpuas hati dengan produk ini. Dengan bibir mereka yang menjadi lebih kering selepas menggunakannya. Dari segi harganya, mereka mengharapkan kesan penghidratan yang lebih baik. Dan malahan sesetengah pengguna mengalami ruam dan keruping pada permukaan bibir selepas menggunakan produk ini.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin tidak perlu memilih untuk menggunakan produk ini!

  • Saiz: 20 g
  • Sesuai Untuk: Kulit kering.
  • Kelebihan: Rawatan bibir semalaman, melembapkan.
  • Bahan-bahan Utama: Komplek Campuran Beri, Vitamins C, Asid Hialuronik, Mentega Sayur, Lilin Sintetik, Lilin Candelilla, dsb
  • Harga: ~RM25.99

Kelebihan:

  • Berbaloi dengan harga
  • Tidak melekit
  • Berbau wangi

Keburukan:

  • Mengandungi alkohol
  • Mempunyai pewangi
  • Sedikit berminyak
  • Mungkin tidak sesuai untuk orang yang mudah mendapat alahan

8. NIVEA Original Care Lip Balm

NIVEA’s Original Care Lip Balm, pelembap bibir bebas daripada minyak mineral ini diformulasikan dengan mentega sayur dan panthenol untuk memberikan kelembapan berpanjangan pada bibir anda!

Pelembap Bibir NIVEA Original Care

Pelembap bibir kegunaan-harian lain yang diperakui keberkesanannya oleh ramai orang. Pengguna memberi komen bahawa ia mengembalikan dan memperbaiki bibir yang pecah-pecah dengan berkesan. Ia mempunyai formulasi yang lembut tanpa berbau kuat atau warna di dalamnya.

Sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa pengguna, ‘Anda tidak akan boleh salah dengan pelembap bibir yang asas ini’

Namun begitu, pengkritik tidak bersetuju. Mereka menyatakan bahawa produk ini hanya terletak di atas bibir dan tidak melembapkannya. Sesetengah pengguna mengakui bahawa ia telah menjadikan masalah bibir kering mereka bertambah teruk. Meninggalkan sensasi terbakar dan garisan bibir yang pecah-pecah!

Nota: Bibir kelihatan bersinar!

  • Saiz: 4.8 g
  • Sesuai Untuk: Pengunaan harian untuk melindungi atau menyembuhkan bibir.
  • Kelebihan: Melembapkan.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Jojoba, Mentega Sayur
  • Harga: ~RM14.1

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Selesa untuk digunakan
  • Menyembuhkan bibir yang merekah
  • Bau hanya seketika
  • Tidak melekit atau pekat

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi & alkohol
  • Boleh merengsakan kulit yang sensitif

9. NIVEA Pearly Shine Caring Lip Balm

NIVEA Pearly Shine Caring Lip Balm memberikan bibir anda berkilau-kilauan  dan dingin  sambil melembapkannya!

Pelembap Bibir NIVEA Pearly Shine Caring

Nota: Bibir anda kelihatan mempunyai tompok putih sekiranya anda memiliki bibir yang berpigmentasi.

  • Saiz: 4.8 g
  • Sesuai Untuk: Penggunaan waktu siang untuk melindungi bibir.
  • Kelebihan: Melembap dan menambah kilauan.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Semulajadi (Minyak Avokado & Minyak Jojoba),Mentega Sayur, Mutiara dan Ekstrak Sutera
  • Harga: RM14.1

Kelebihan:

  • Sebagai pengganti gincu ketika kecemasan
  • Warna merah jambu yang sedikit pucat
  • Senang untuk digunakan

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi (parfum) & alkohol
  • Lebih kepada gincu berbanding dengan pelembap bibir
  • Tidak menyembuhkan bibir kering yang teruk

10. NIVEA Lovely Lips Pink Smoothie Lip Care Caring Lip Balm

NIVEA Lovely Lips Pink Smoothie Lip Care Caring Lip Balm mempunyai warna merah jambu yang cantik.

Jadi, anda boleh gunakannya setiap hari untuk penampilan harian!

Pelembap Bibir NIVEA Lovely Lips Pink Smoothie Lip Care Caring

Nota: Rasa manis (seperti gula-gula).

  • Saiz: 2.4 g
  • Sesuai Untuk: Kegunaan harian dengan pengunaan yang kerap.
  • Kelebihan: Melembapkan.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Almond, Minyak Jojoba, Minyak Mentega dan Ekstrak Jambu Batu Merah
  • Harga: RM14.1

Kelebihan:

  • Pembungkusan yang kecil
  • Melembapkan
  • Tidak melekit

Keburukan:

  • Kuantiti produk yang sedikit
  • Perlu digunakan dengan kerap
  • Mengandungi Pewangi (Parfum) & Alkohol

11. Avène Cicalfate Lips Repair Balm

Avène’s Cicalfate Lips Repair Balm sangat menakjubkan pada bibir! Dan ia berkesan sebagai pelindung bibir ketika musim sejuk!

Balsem Pembaikan Bibir Avène Cicalfate

Pelembap bibir ini merupakan produk tambahan yang bagus kepada rangkaian produk anda sekiranya anda sedang berterusan bergelut dengan masalah bibir pecah-pecah dan merekah! Pengguna berasa kagum dengan betapa bagusnya balm rawatan ini merawat bibir mereka yang kering dan pecah-pecah.

Menurut mereka, ia mempunyai sifat penyembuhan yang kuat. Dan malahan ia amat berkesan untuk kulit yang mudah mendapat ekzema di sekeliling bibir.

Ianya sukar untuk menemui sebarang kekurangan pada balm rawatan seperti ini. Kecuali mungkin dari segi rasanya yang tidak boleh diterima  oleh beberapa pengguna!

  • Saiz: 10 ml
  • Sesuai Untuk: Melindungi bibir ketika cuaca sejuk dan kering, kulit sensitif.
  • Kelebihan: Menenangkan kulit yang mengalami iritasi, memberikan kelembapan.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Biji Kastor, Avene Thermal Spring Water, Lilin Lebah
  • Harga: ~RM26.95

Kelebihan:

  • Boleh digunakan bersama-sama dengan gincu atau penggilat bibir
  • Untuk kulit yang sensitif
  • Juga bertindak sebagai krim malam untuk bibir anda
  • Menenangkan kulit yang mengalami iritasi
  • Tanpa pewangi
  • Tidak berminyak

Keburukan:

  • Mahal
  • Sesetengah pengguna tidak menggemari rasanya

12. DHC Ultra-Moisturizing & Soothing Lip Balm

Bibir anda kelihatan sedikit bersinar dengan DHC Ultra-Moisturizing & Soothing Lip Balm yang sangat berkrim.

Bahan-bahan semulajadi seperti lilin lebah akan membantu untuk memelihara kesan penghidratan pada bibir anda!

Balsem Bibir Ultra-Moisturizing & Soothing DHC

Dan dengan mengekalkan, kami bermaksud untuk selama berjam-jam lamanya! Menurut pengguna, kesan balm ini kekal hampir sepanjang hari!

Jadi anda tidak perlu bimbang mengenai sapuan semula yang berterusan, terutamanya jika anda menggunakan balm ini sebagai lapisan asas gincu.

Banyak ulasan memuji mengenai kesan penghidratannya yang menakjubkan. Dimana ia membolehkan anda menghadapi cuaca panas Malaysia dengan mudah!

Tambahan lagi, teksturnya yang tidak-melekit dan tidak-berminyak memastikan keselesaan sepanjang hari.

Nota: DHC juga mempunyai cleansing oil yang bagus!

  • Saiz: 1.5 ml
  • Sesuai Untuk: Kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Kelebihan: Melegakan, menenangkan dan melembutkan bibir.
  • Bahan-bahan Utama: Vitamin E, Aloe Vera, Lilin Lebah, Minyak Zaitun
  • Harga: ~RM29.9

Kelebihan:

  • Bentuk seperti gincu
  • Tidak melekit
  • Tiada bau
  • Pembungkusan yang cantik
  • Boleh dipakai bersama-sama dengan gincu

Keburukan:

  • Mengandungi phenoxyethanol (cth. alkohol)
  • Kuantiti produk yang sedikit
  • Mahal

13. Bioderma Atoderm Lip Stick

Menggunakan Bioderma’s  Atoderm Lip Stick sama seperti bermimpi!

Dan seperti mimpi, ia tidak bertahan lama! Tetapi ia menjadikan bibir lembap dan lembut!

Pengguna menyatakan bahawa ia mempunyai bau lembut yang menyenangkan. Dan penggunaannya mudah dan sempurna.

Bioderma Atoderm Lip Stick

Walaupun begitu, pengkritik mendapati bahawa kesannya adalah singkat. Dan satu hirupan air minuman sudah cukup untuk menanggalkannya!

Dan inilah apabila penyapuan semula menjadi masalah:

Kerana jika anda merancang untuk membawanya kemana-mana untuk mudah menggunakannya, fikirlah sekali lagi. Cuaca Malaysia yang panas akan menjadikannya cair di dalam poket anda!

Oleh itu, ianya paling bagus untuk meletakkan Bioderma Atoderm Lip Stick di dalam rumah atau pejabat anda untuk mendapatkan dos kelembapan sekali-sekala bagi bibir anda!

  • Saiz: 4 g
  • Sesuai Untuk: Bibir kering & rosak.
  • Kelebihan: Melembapkan, menenangkan dan melindungi.
  • Bahan-bahan Utama: Paraffinum Liquidum/Minyak Mineral/Huile Minerale, Minyak Mentega Sayur, Lilin Lebah
  • Harga: ~RM18

Kelebihan:

  • Senang digunakan
  • Wangian lembut beri
  • Tiada perisa
  • Tidak melekit atau berminyak

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi (parfum)
  • Cair dalam cuaca panas
  • Cepat habis
  • Kesan penghidratan yang singkat

14. Une Olive en Provence Lip Balm

Jika anda tidak kisah dengan harganya yang mahal, Une Olive en Provence’s Lip Balm merupakan produk yang bebas daripada ujian atas haiwan dan selamat digunakan untuk kulit yang sensitif.

Kebanyakan bahan-bahannya adalah semulajadi!

Pelembap Bibir Une Olive en Provence

Ia mungkin berbaloi dengan harganya. Pengguna menggemari produk ini memandangkan ia menjadikan bibir kelihatan matte. Dan pada masa yang sama, ia tetap menjadikan bibir mereka terasa lembap dan lembut.

Tambahan lagi, ia juga mempunyai fungsi berganda sebagai pimer untuk digunakan di bawah lapisan gincu kegemaran anda!

Nota: Buatan Perancis dan bahan utamanya menggunakan minyak zaitun dara ekstra.

  • Saiz: 4 g
  • Sesuai Untuk: Kulit sensitif, penggunaan harian.
  • Kelebihan: Memperbaiki, melegakan,berkhasiat dan menghidratkan bibir sensitif dan sangat kering.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Zaitun Dara Ekstra, Minyak Biji Kastor, Minyak Almond, Zaitun Squalane, Minyak Mentega Sayur.
  • Harga: RM69

Kelebihan:

  • Menghidratkan tanpa berminyak
  • Jenis batang
  • Tiada parabens

Keburukan:

  • Sangat mahal
  • Mengandungi pewangi
  • Kandungan yang sedikit

Pelembap Bibir Terbaik di Malaysia Untuk Mengelakkan Bibir Menjadi Gelap (dengan SPF)

Tahukah anda yang kulit bibir anda hanya mempunyai beberapa lapisan berbanding dengan bahagian wajah anda yang lain?

Pendedahan kepada matahari secara berlanjutan akan mengakibatkan bibir berpigmentasi dan menjadi lebih gelap. Jika anda mahu bibir anda kekal warna merah jambu, jangan lupa untuk cari pelembap bibir yang mengandungi SPF!

15. NIVEA Hydro Care Caring Lip Balm With SPF 15

Adakah cuaca panas telah menyebabkan bibir anda secara beterusan kelihatan seperti rosak teruk? Anda tidak keseorangan.

NIVEA Hydro Care Caring Lip Balm With SPF 15 akan memastikan bibir anda kekal lembap dan selamat dari sinar UV yang merosakkan kulit!

Hydro Care Caring Lip Balm Dengan SPF 15 NIVEA

Dan ramai pengguna yang mempunyai bibir yang kering dan merekah menemui kelegaan dengan  NIVEA Hydro Care Caring Lip Balm!

Mereka mendapati bahawa balm ini terletak rata pada bibir dengan kemas tanpa bercapuk. Dan ia membekalkan nutrien pada bibir tanpa menjadikannya terlalu berminyak. Kami sememangnya bersetuju dan mahukan rasa yang mewah itu!

Namun begitu, ternyata sesetengah pengguna tidak berpuas hati dengan formula baru NIVEA yang terkini:

Malangnya, mereka berpendapat bahawa teksturnya terlalu melekit dan berat. Tambahan lagi, baunya sangat-sangat tidak menyenangkan bagi sebahagian pengguna.

Nota: Meninggalkan kesan bersinar yang lembut pada bibir.

  • Saiz: 4.8 g
  • Sesuai Untuk: Pengunaan Harian, alas gincu.
  • Kebaikan: Menghidratkan, pelindungan matahari.
  • Bahan-bahan Utama: Aloe Vera, Mentega Sayur
  • Harga: ~RM14.1

Kelebihan:

  • Tanpa minyak mineral
  • Bunyi klik yang memuaskan hati selepas menutup tiub itu!
  • Tiada warna
  • Tidak berminyak
  • Boleh dipakai sebelum gincu

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi & alkohol
  • Cair dalam haba
  • Formulasi yang baru terlalu pekat, melekit dan berbau yang tidak menyenangkan

16. Eucerin Lip Active Lip Balm With SPF 15

Produk lain yang dipasarkan untuk kegunaan orang yang mempunyai bibir yang sensitif dan berkuping:

Mempromosikan formula tanpa pewangi, Eucerin Lip Active Lip Balm With SPF 15 bukan hanya melindungi kulit anda daripada sinar UV! Pengguna juga kagum dengan kesannya yang amat melembapkan!

Pelembap Bibir Lip Active Dengan SPF 15 Eucerin

Ia menjadikan bibir kelihatan berkilat secara semulajadi.

Di sebalik ulasan yang positif, sesetengah pengguna tidak gembira dengan produk ini. Mereka memberi komen bahawa balm ini tidak begitu melegakan kekeringan bibir atau menghidratkan. Dan walaupun ia melembapkan, kesannya hanya terhad untuk 1 atau 2 jam paling lama.

Beberapa pengguna mendedahkan bahawa mereka perlu membuat sapuan semula lebih kurang sepuluh kali setiap hari!

Nota: Bibir bersinar secara semulajadi selepas pengunaan.

  • Saiz: 4.8 g
  • Sesuai Untuk: Kulit kering dan sensitif.
  • Kebaikan: Menenangkan dan melindungi bibir sensitif dan kasar.
  • Bahan-bahan Utama: Dexpanthenol dan Vitamin E
  • Harga: ~RM16.8

Kelebihan:

  • Berkesan untuk mengatasi bibir pecah
  • Tiada rasa atau bau
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Boleh dipakai sebelum atau selepas gincu!

Keburukan:

  • Mengandungi alkohol
  • Sapuan yang tidak lancar berbanding dengan pelembap bibir yang lain
  • Kesan tidak bertahan lama
  • Tidak mudah digunakan (memerlukan penyapuan semula yang kerap)

17. Palmer’s Cocoa Butter Formula Lip Balm SPF 15

Palmer’s Cocoa Butter Formula Lip Balm SPF 15 tampil dengan kelembapan berpanjangan. Ia juga mempunyai rasa yang hampir sama dengan coklat!

Pelembap Bibir Formula Cocoa Butter SPF 15 Palmer's

Dan bau koko yang terdapat padanya telah menarik perhatian ramai pengguna! Mereka seterusnya menyatakan balm ini mempunyai tekstur berkrim selembut sutera yang menjadikan penggunaannya pantas dan rata sempurna.

Di sebalik itu, terdapat banyak ulasan negatif yang memberi amaran kepada pengguna lain mengenai perkara ini:

Balm ini boleh merangsang reaksi alahan. Termasuk gatal-gatal, ruam, bibir bengkak dan sensasi terbakar.

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, lebih baik anda tidak memasukkan produk ini dalam senarai anda!

  • Saiz: 4 g
  • Sesuai Untuk: Bibir pecah dan merekah.
  • Kelebihan: Melegakan bibir yang pecah dan merekah.
  • Bahan-bahan Utama: Minyak mineral, Mentega Biji Koko, Lilin
  • Harga: RM9.5

Kelebihan:

  • Sapuan lancar dengan tekstur yang mengandungi mentega
  • Tidak berminyak
  • Jenis batang
  • Bau yang wangi
  • Membekalkan perlindungan SPF

Keburukan:

  • Mengandungi alkohol & pewangi
  • Kuantiti yang sedikit
  • Tidak sesuai untuk kulit yang sensitif
  • Tidak begitu melembapkan

18. Sebamed Lip Defense Triple Protection Lip Balm SPF 30

Kemasan semulajadi bertahan apabila anda menggunakan Sebamed Lip Defense Triple Protection Lip Balm SPF 30.

Kebiasaannya, anda tidak akan dapat lihat penarafan pelindungan matahari yang tinggi dalam pelembap bibir!

Pelembap Bibir Lip Defense Triple Protection SPF 30 Sebamed

Nota: Penarafan pelindungan matahari yang lebih tinggi bermaksud ia bertahan lama. Kecuali jika makan atau berenang.

Berdasarkan ulasan yang banyak, balm yang tanpa bau dan tanpa rasa ini melembapkan tanpa menjadikan bibir terlalu melekit. Ia tidak meninggalkan sebarang warna pada bibir anda, hanya kilatan yang berkilau.

Walaupun ia mempunyai penilaian tinggi mengenai perlindungan matahari, produk ini mungkin tidak berkesan sepenuhnya tanpa penyapuan semula yang konsisten. Ia tidak bertahan lama.

Pengguna juga mendapati bahawa batang balm ini agak keras, jadi anda mungkin perlu menyapunya pada bibir anda beberapa kali sebelum ia betul-betul melekat.

  • Saiz: 4.8 g
  • Sesuai Untuk: Kulit merekah dan kering.
  • Kelebihan: Melegakan dan mengurangkan iritasi, melindungi daripada penyahhidratan, melindungi daripada kesan negatif matahari
  • Bahan-bahan Utama: Vitamin E dan Bisabolol (Ekstrak Bunga Kamomil), Lilin lebah, Minyak Candelilla, Minyak Jojoba, Minyak Kastor
  • Harga: ~RM15.9

Kelebihan:

  • Tiada pigmen
  • Cukup melembapkan untuk menyembuhkan bibir pecah
  • Jenis batang
  • Tanpa bau, tanpa warna, tanpa rasa
  • Membekalkan perlindungan matahari

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi
  • Kesan tidak bertahan lama (lebih kurang beberapa jam)
  • Sapuan tidak rata

Pelembap Bibir Untuk Bayi: Sebamed Baby Lip BalmPeriksa Harga

19. The Body Shop Vitamin E Moisture-Protect Lip Care SPF 15

Selain melembutkan bibir anda, Body Shop’s Vitamin E Moisture-Protect Lip Care SPF 15 juga tahan lama tanpa melekit!

Pelembap Bibir Vitamin E Moisture-Protect SPF 15 The Body Shop

Dilabelkan sebagai penawar pantas untuk bibir yang pecah-pecah! Pengguna amat menghargai tekstur balm ini yang ringan dan licin dimana ia mudah disapu ketika ia digunakan.

Balm ini seterusnya memberikan kepuasan terhadap pengguna kerana ia membekalkan kelembapan dan perlindungan daripada keadaan cuaca sepanjang hari!

Tetapi bukan semua pengguna menggemari rasanya yang seperti-bahan kimia. Tambahan lagi, sesetengah pengguna mempunyai beberapa pendapat yang bertentangan, dengan menyatakan bahawa pelembap bibir ini tidak bertahan lama.

  • Saiz: 4.2 g
  • Sesuai Untuk: Bibir pecah dan kering.
  • Kelebihan: Melembapkan dan melindungi bibir pecah, kering.
  • Bahan-bahan Utama: Vitamin E, Kelapa, Minyak Zaitun, Lilin lebah
  • Harga: RM32

Kelebihan:

  • Rasa ringan
  • Mencipta alas yang lancar untuk sapuan gincu
  • Tiada bau dengan tanpa tambahan pigmen
  • Membekalkan perlindungan SPF

Keburukan:

  • Akan kelihatan berkelupas di tepi mulut
  • Mahal
  • Rasa yang tidak sedap

Bonus: NUXE Reve de Miel Honey Lip Balm

Dan kami mesti beritahu anda tentang pelembap bibir berkhasiat yang menakjubkan ini dari NUXE! Ia tampil dalam bentuk balang!

Ia cukup pekat digunakan sebagai rawatan bibir semalaman! Atau sebagai skrub lembut kerana ia juga mengandungi butir-butir yang halus!

Balsem Bibir Madu NUXE Reve de Miel

Walaupun ia sepatutnya mempunyai fungsi berganda sebagai balm rawatan malam:

Yang menghairankan, kesannya tidak tahan lama. Tambahan lagi, sesetengah pengguna tidak menggemari bau sitrus yang kuat. Dan teksturnya yang melekit dan pekat yang diakui oleh mereka hanya menyerap secara minima ke dalam bibir.

Namun begitu, tetap terdapat banyak ulasan positif. Ulasan tersebut memuji mengenai teksturnya yang tidak-berminyak dan baunya yang wangi!

Nota: Wangian sitrus lembut; mengandungi propolis.

Pengguna juga berasa kagum dengan betapa berkesannya produk ini mengembalikan dan mengubah bibir pecah-pecah yang rosak kepada bibir yang selembut bayi!

Anda juga boleh sapukannya sedikit pada bibir anda untuk membentuk lapisan asas yang nipis di bawah gincu anda untuk menjadikan bibir anda kelihatan lembap berkilat!

  • Saiz: 15 g
  • Sesuai Untuk: Kegunaan di rumah dan waktu malam.
  • Kelebihan: Menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut, menyihatkan dan melembapkan kulit.
  • Bahan Utama: Mentega sayur, Minyak tumbuhan (Chilean Rose, Almond Manis), Lilin Lebah, Vitamin E, Madu, Minyak Almond Manis, minyak limau gedang, lilin Candelilla, dsb
  • Harga: ~RM55

Kelebihan:

  • Hanya perlukan amaun yang sedikit
  • Memperbaiki kulit
  • Boleh dilapiskan di bawah gincu

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi (aroma sitrus mungkin terlalu kuat untuk sesetengah pengguna)
  • Kurang bersih disebabkan cara pembungkusan
  • Tekstur yang amat pekat dan berat

Conclusion

Sangatlah kecewa jika memiliki kulit pecah! Tetapi anda boleh relakan ia pergi dengan lip balm terbaik di Malaysia!

Malangnya, tiada keajaiban bahawa setiap produk adalah berkesan untuk semua orang!

Jadi, anda mungkin harus cuba beberapa pelembap bibir terlebih dahulu sebelum temui yang terbaik untuk anda! Kebiasaannya, yang terbaik selalunya paling membosankan!

Bacaan lanjut: