Siapa yang tidak menggemari makanan panas dan mudah disediakan? Anda boleh memuaskan selera anda pada bila-bila masa sahaja, dengan adanya ketuhar gelombang mikro di Malaysia 2021!
Ia mengambil masa kurang daripada seminit untuk anda boleh menyediakan semangkuk hidangan yang lazat! Yang bagusnya, anda tidak perlu membelanjakan lebih daripada RM300 untuk mendapatkan sebuah ketuhar gelombang mikro yang memenuhi semua keperluan memasak anda.
Teruskan membaca senarai produk cadangan kami mengenai ketuhar gelombang mikro yang boleh dipercayai. Sesetengah daripadanya boleh juga berfungsi sebagai ketuhar perolakan (convection oven) dan malahan sebagai pengukus makanan!
Jenis-jenis Ketuhar Gelombang Mikro
1. Teknologi (Bagaimana Ia Memanaskan Makanan)
Konvensional
Gelombang mikro konvensional menggunakan gelombang radio yang ditukar daripada elektrik untuk memanaskan makanan dalam bentuk molekul.
Molekul yang bergegar menghasilkan haba. Oleh itu, gelombang mikro memindahkan tenaga haba kepada molekul makanan, menyebabkan makanan dimasak dengan pantas.
Perolakan
Perolakan bermaksud ketuhar mempunyai kipas untuk mengedarkan haba yang terhasil daripada elemen pemanasan. Ketuhar jenis ini mungkin mempunyai elemen pemanasan pada bahagian atas dan bawah ketuhar untuk memastikan pengedaran haba yang sama rata.
Tidak sukakan membayangkan bahawa radiasi elektromagnet memasak makanan anda? Cuba salah satu air fryer terbaik di Malaysia!
2. Aplikasi
Kaunter Dapur
Ketuhar gelombang mikro konvensional kebiasannya adalah pilihan yang paling berpatutan. Oleh itu, ia juga jenis gelombang mikro yang paling biasa digunakan.
Ia adalah mudah-alih dan boleh diletakkan di atas ruangan kaunter dapur.
Over-The-Range
Gelombang mikro ‘over-the-range’ dipasang di atas dapur anda dan bersambung dengan hud dapur. Ia boleh menapis dan melepaskan asap masakan ke luar rumah anda. Tetapi anda akan memerlukan pakar pemasangan untuk memasangnya.
Ia selalunya lebih lebar dan pendek berbanding gelombang kaunter dapur untuk tujuan menempatkan hud dapur.
Terbina-Dalam
Ketuhar gelombang mikro yang terbina-dalam akan membuatkan dapur anda kelihatan elegan dan bergaya. Gelombang mikro jenis ini mengambil ruang kaunter lebih kecil dan oleh itu, ia menjadikan ruang masakan anda lebih luas!
Namun begitu, gelombang mikro terbina-dalam mempunyai harga yang lebih mahal, walaupun tidak termasuk upah pemasangan.
11 Microwave Oven Terbaik Di Malaysia 2021
Senarai cadangan kami:
- Microwave Oven Terbaik (Plat Kaca Yang Besar & Rekaan Minimalis – Electrolux 20L Microwave Oven EMM20K18GWI
- Microwave Oven Mesra-Keluarga Terbaik – Sharp R607EK 25L Microwave Oven with Grill
- Microwave Oven Bajet Terbaik – Sharp R213CST
- Microwave Oven Berbaloi Untuk Wang Terbaik – Sharp R357EK 25L Microwave Oven
- Microwave Oven Terbaik (Dengan Fungsi Mengukus) – Electrolux EMS3087X
- Microwave Oven Dengan Rekaan Terbaik – Samsung 23L Grill Microwave Oven MG23T5018CN/SM
- Microwave Oven Kombinasi Terbaik (Dengan Fungsi Menggril) – Panasonic NN-GT35HMMPQ 23L Microwave Grill Oven
- Microwave Oven Terbaik (Kapasiti Besar) – Electrolux EMS3087X 30L Microwave Convection Oven
- Microwave Oven Menjimatkan Ruang Terbaik (Dimensi Paling Kecil) – Sharp R607EK 25L Microwave Oven With Grill
1. Microwave Oven Midea MM720CXM 20L
Pilih untuk nyahbeku melalui berat atau masa dengan Midea MM720CXM 20L Microwave Oven. Ia sangat jelas dan mudah untuk digunakan memandangkan terdapat 2 dail kawalan sahaja (kuasa atau masa)!
Ia mungkin kelihatan ringkas, tetapi ramai pengguna sangat gembira dengan kualitinya yang bagus, terutamanya untuk cirinya yang berharga murah. Mempertimbangkan harganya, kualiti produk ini sangat-sangat memuaskan!
Gelombang ini adalah pilihan yang cukup bagus untuk kegunaan harian bagi tujuan memanaskan makanan. Namun begitu, sesetengah pengguna menyatakan bahawa ciri-ciri tertentu sepatutnya boleh dipertingkatkan.
Sebagai contoh, pemasa adalah dalam bentuk putaran, iaitu kurang tepat berbanding pemasa digital.
Sesetengah pengguna juga menyatakan bahawa dail jog agak licin dan kadang-kadang sukar untuk dipegang. Pengguna lain juga menyatakan bahawa mereka perlu menekan satu butang untuk membuka pintu memandangkan ia tidak mempunyai pemegang.
Secara keseluruhannya, pengguna tetap gembira dengan produk ini disebabkan harganya yang berpatutan bagi kemampuan yang dapat dilakukannya!
- Jenis: Kauter Dapur | Solo
- Saiz: 20 L
- Diameter plat kaca: 6inch / 255mm
- Dimensi (L x D x T): 328 x 439.5 x 258.2
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 700 W
- Berat: ~11kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM185
Kelebihan:
- Harga berpatutan
- Ringkas dan jelas untuk digunakan
- Bagus untuk orang yang tinggal bersendirian
Kekurangan:
- Pemasa yang kurang tepat
- Dail jog yang licin
- Butang berbanding pemegang pintu
2. Microwave Oven Sharp R213CST 20L
Gelombang Mikro R213CST 20L Microwave Oven berwarna kelabu bergaya daripada jenama Sharp ini mempunyai masa memasak sehingga ke 35 minit. Dengan 5 aras kuasa tersedia.
Seperti model daripada Midea yang sebelum ini, anda juga boleh menyahbeku dengan melalui berat.
Ramai pengguna memuji produk ini ke disebabkan ciri pintu kaca yang lutsinar (dalam boleh dilihat). Dan berbanding butang tekan (seperti Midea MM720CXM 20L Microwave Oven), pintu bagi Sharp R213CST 20L mempunyai pemegang yang bergaya.
Video promosi (Testimoni):
Gelombang mikro ini juga mempunyai beberapa pilihan membakar, tetapi agak terhad. Ia terutamanya digunakan untuk memanaskan makanan. Oleh itu, pengguna mendapati ia tidak mencapai hasil yang terbaik apabila ia digunakan untuk membakar.
Kerana walaupun ia boleh membakar. Kek tersebut tiada kerak berwarna perang-keemasan.
Jika anda berpuas hati dengannya, anda masih boleh mempertimbangkan Sharp R213CST 20L! Ia adalah pilihan yang bagus untuk orang yang terikat dengan bajet!
- Jenis: Over-the-range | Solo
- Saiz: 20 L
- Diameter plat kaca: 255mm
- Dimensi (L x D x T): 440 x 360 x 259
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 800 W
- Berat: 11 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM209
Kelebihan:
- Harga berpatutan
- Pintu kaca bercermin yang lutsinar
- Beberapa pilihan membakar (walaupun terhad)
- Pintu mempunyai pemegang fizikal
Kekurangan:
- Pilihan pemanasan yang terhad
3. Lebensstil Kollektion LKMW-2301SS 23L Combi Microwave
Berjaga-jaga dengan rak atas jika anda ingin mendapatkan gelombang mikro ini. Jika tidak, nikmati binaannya yang daripada besi tahan karat dan fungsi yang banyak selain daripada menyahbeku melalui berat!
Terdapat 9 program masakan automatik dan kunci keselamatan kanak-kanak. Ia malahan datang dengan rak gril dengan rotating ring jika anda ingin memanfaatkan ciri gril yang berkuasa-tinggi!
Pengguna mendakwa bahawa saiznya cukup besar untuk menggril seekor ayam penuh! Mereka juga menyatakan mengenai rekaannya yang kukuh dan butang yang ringkas.
Sesetengah pengguna menyatakan bahawa tulisannya terlalu kecil untuk dibaca. Manakala pengguna lain mengadu mengenai bunyi yang dihasilkan oleh gelombang mikro ini dan mengambil masa yang lama untuk memanaskan makanan.
Jika anda tidak keberatan dengan bunyi tersebut, ia merupakan ketuhar gelombang mikro hebat yang mampu untuk menggril!
- Jenis: Kaunter Dapur | Gril | Kombinasi
- Saiz: 23 L
- Diameter plat kaca: tidak dinyatakan
- Dimensi (L x D x T): 483 x 281 x 370
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 900 W
- Penggunaan Kuasa Gelombang Mikro:1,400 W
- Penggunaan Kuasa Menggril: 1,000 W
- Berat: tidak dinyatakan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM299
Kelebihan:
- Datang dengan rak gril
- Kunci keselamatan kanak-kanak
- Kukuh dan stabil
- Butang yang ringkas
Kekurangan:
- Tulisan yang kecil
- Berbunyi bising
- Kelajuan masakan adalah perlahan
- Pintu boleh menjadi sukar dibuka
4. Microwave Oven Sharp R357EK 25L
Berikut ialah sebuah ketuhar gelombang mikro lain yang cantik daripada Sharp:
Masa memasak adalah lebih lama (~100 minit) dengan model ini (Sharp R357EK 25L) yang juga mempunyai pintu kaca bercermin. Seperti R213CST 20L Microwave Oven daripada Sharp yang lebih kecil!
Selain daripada pemanasan semula dan penyahbekuan, anda boleh memilih mana-mana daripada 6 menu automatik. Terdapat 11 aras kuasa.
Pada kapasiti 25L, gelombang mikro ini sangat luas dan sesuai untuk keluarga. Pengguna bersetuju bahawa pembelian produk ini adalah bernilai untuk wang!
Sila ambil maklum bahawa gelombang mikro ini hanya untuk pemanasan asas dan tidak sesuai untuk mengukus, membakar atau menggril.
- Jenis: Kaunter Dapur | Solo
- Saiz: 25 L
- Diameter plat kaca: 315 mm
- Dimensi (L x D x T): 513 x 430 x 307
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 900 W
- Berat: ~20 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM299
Kelebihan:
- Luas
- Bagus untuk keluarga besar
- Bernilai untuk wang
- Masa memasak lama
Kekurangan:
- Tidak boleh mengukus, membakar atau menggril
5. Panasonic 25L Solo Microwave Oven NN-ST34HBMPQ
Masak semuanya, daripada bubur nasi, ikan kukus, ayam, mee segera dan banyak lagi dengan 9 program yang telah disetkan dalam Panasonic 25L Solo Microwave Oven NN-ST34HBMPQ.
Jika makanan tersebut tidak dimasak sepenuhnya seperti yang anda inginkan, anda boleh menetapkan masa tepat yang anda perlukan dengan fungsi Tambah Masa.
Anda juga boleh menggunakan fungsi 30-saat segera, yang memanaskan makanan selama 30 saat dengan hanya satu klik. Juga tidak terdapat tetapan tambahan diperlukan dan ia boleh ditetapkan sehingga ke 5 minit pada satu-satu masa.
Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan fungsinya. Dari segi kebolehannya dan ciri-ciri, ia adalah pilihan yang hebat untuk orang yang ingin mencuba makanan mesra-gelombang mikro.
Gelombang mikro ini juga sangat luas kerana ia mengandungi kapasiti 25 L.
Namun begitu, sesetengah pengguna telah mendapati butangnya menjadi rosak selepas beberapa kali penggunaan.
- Jenis: Over-the-range | Solo | Kukus
- Saiz: 25 L
- Dimensi plat kaca: 288 mm
- Dimensi (L x D x T): 485 x 400 x 287mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 800 W
- Berat: 12.7 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM358
Kelebihan:
- Mempunyai fungsi mengukus
- Fungsi 30-saat segera
- Fungsi Tambah Masa Yang Memudahkan
- Luas
- Kelihatan-moden
Kekurangan:
- Butang mungkin boleh menjadi rosak dengan cepat
6. Microwave Oven Sharp R607EK 25L
Sharp R607EK 25L Microwave didatangkan dengan rak yang anda boleh gril di atasnya. Terdapat juga mod khas untuk pizza!
Lihatnya berfungsi:
Selain daripada itu, ia agak sama dengan model R357EK 25L tetapi bersaiz lebih kecil. Walaupun begitu, ia sesuai dengan keluarga sederhana dan besar. Pengguna juga menggemari luarannya yang bergaya dan cantik!
Perkara yang bagus mengenai gelombang mikro ini ialah ia boleh menyahbeku makanan dengan cepat. Pintunya juga dilengkapi dengan kunci keselamatan kanak-kanak untuk mencegah penggunaan yang tidak sengaja.
- Jenis: Over-the-range | Gril
- Saiz: 25 L
- Diameter plat kaca: 315 mm
- Dimensi (L x D x T): 328 x 368 x 206
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 900 W
- Berat: ~16kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM379
Kelebihan:
- Datang dengan rak gril
- Bagus untuk keluarga
- Rupa yang cantik
- Kunci keselamatan kanak-kanak
- Ringan untuk kapasiti memasaknya
Kekurangan:
- Mahal
7. Panasonic NN-GT35HMMPQ 23L Microwave Grill Oven
Ini merupakan versi gril bagi Panasonic NN-ST34HMMPQ 25L Solo Microwave Oven dengan 3 lagi program yang telah disetkan (contohnya memanggang ayam, memanggang kambing/lembu, memanaskan semula roti, dll):
Dimana makanan dikenakan pada proses masakan berganda dengan kedua-dua gelombang mikro dan gril untuk mendapatkan lapisan luar yang rangup!
Banyak ulasan menyebut bahawa kualiti produk yang bagus merupakan satu kelebihan bagi gelombang mikro ini. Berdasarkan ulasan pengguna nampaknya tidak terdapat kelemahan yang besar pada produk ini.
Produk ini nampaknya paling sesuai untuk orang yang sedang mencari fungsi tambahan untuk menggril.
- Jenis: Kaunter Dapur | Gril
- Saiz: 23 L
- Diameter plat kaca: 288 mm
- Dimensi (L x D x T): 486 x 405 x 292 mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 800 W
- Berat: 13.4 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM389
Kelebihan:
- Mempunyai fungsi gril
- Kualiti yang bagus
- Kelihatan cantik
Kekurangan:
- Mahal
- Sepatutnya bersaiz lebih besar jika dipertimbangkan harganya
8. Microwave Oven Morphy Richards Accents Red 511512 23L
Bagaimana dengan gelombang mikro yang berwarna terang ini untuk menambah menu pizza dalam dapur anda? Ia mempunyai fungsi yang mencukupi tanpa menjadi terlalu kompleks.
Ia menawarkan 8 program praset (contohnya pasa, bubur, pizza, ayam, sup, dll) dan tetapan 5 aras kuasa. Ia juga mempunyai tetapan menyahbeku melalui berat dan masa!
Pengguna amat meminati salutannya yang berwarna merah terang yang menonjol! Ianya sempurna untuk orang yang inginkan warna yang menyerlah di dalam dapur mereka.
Keseluruhan dalamannya berwarna putih, yang membuatkannya mudah untuk mengesan kotoran dan membersihkannya.
Lihat dan dengar bagaimana ia sebenarnya kelihatan:
Kawalannya sangat mesra-pengguna. Gelombang mikro ini adalah kompak tetapi cukup luas untuk kelurga bersaiz sederhana.
Sila berjaga-jaga kerana terdapat sesetengah pengguna melaporkan bahawa bahagian dalaman gelombang mikro ini mula menjadi berkarat selepas penggunaan selama 2 tahun.
Dan disebabkan ia sangat ringan, ia boleh bergerak meluncur di atas kaunter dapur apabila anda sedang mencuba untuk membuka pintunya.
- Jenis: Kaunter Dapur | Perolakan
- Saiz: 23 L
- Diameter plat kaca: 270 mm
- Dimensi (L x D x T): 490 x 410 x 295 mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 800 W
- Berat: 13.1 kg
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM490
Kelebihan:
- Warna merah yang menarik perhatian
- Dalaman berwarna putih untuk mudah dibersihkan
- Butang yang mesra-pengguna
- Kompak tetapi luas
- Banyak program pra-set dan aras kuasa
Kekurangan:
- Dalaman mungkin menjadi berkarat selepas 2 tahun
- Terlalu ringan
9. Electrolux EMS3087X 30L Microwave Convection Oven
Sangat versatil, EMS3087X 30L Microwave Convection Oven by Electrolux adalah gelombang mikro yang anggun, sama hebat seperti praktikalnya!
Ia lebih sekadar sebuah gelombang mikro dengan program menggril, membakar dan mengukus! Ia juga cukup besar untuk memuatkan seekor ayam penuh (ayam bersaiz kecil) di atas rak yang disediakan.
Video promosi:
Terdapat ulasan bercampur mengenai cirinya yang mesra-pengguna. Sesetengah pengguna mendapatinya amat intuitif manakala yang lain mempunyai masalah untuk memahami butang tersebut.
Ramai pengguna membuat aduan mengenai bunyi yang bising dan kabel kuasa 1-meter yang pendek. Pengguna juga menyatakan bahawa ia mempunyai kualiti yang rendah dan kelajuan pemanasan yang perlahan.
- Jenis: Kaunter Dapur | Gril, Kukus dan Perolakan
- Saiz: 30 L
- Diameter plat kaca: tidak dinyatakan
- Dimensi (L x D x T): 539 x 438 x 300 mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 900 W
- Penggunaan Kuasa Menggril: 1,250 W
- Penggunaan Kuasa Perolakan: 2,200 W
- Berat: 18.4 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM770
Kelebihan:
- Serbaguna/versatil - Mempunyai program menggril, membakar dan mengukus
- Tersangat luas
- Datang dengan rak menggril
Kekurangan:
- Harga agak terlalu mahal
- Berbunyi bising
- Kabel kuasa 1-meter yang pendek
- Kelajuan pemanasan yang perlahan
10. Samsung 23L Grill Microwave Oven MG23T5018CN/SM
Plat gril berbentuk bulat adalah satu ciri yang unik untuk Samsung 23L Grill Microwave Oven MG23T5018CN/SM.
Selain daripada menggril dan membakar di atasnya, anda boleh menyahbeku makanan atau memasak daripada pilihan program pra-set.
Gelombang mikro ini menggunakan teknologi gril yang menyihatkan, yang merupakan alternatif untuk menggoreng makanan. Ia mungkin sesuai untuk orang yang lebih mementingkan kesihatan.
Luaran seramik yang tahan lasak ini juga membuatkan ia dibersihkan dengan cepat!
Secara amnya, ulasan adalah kelihatan positif. Pengguna meminati warna yang terang, warna unik yang terdapat pada gelombang mikro ini.
- Jenis: Kaunter Dapur | Menggril, Menggoreng
- Saiz: 23 L
- Diameter plat kaca: 288 mm
- Dimensi (L x D x T): 489 x 381 x 275 mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro 800 W
- Penggunaan Kuasa Menggril: 1,150 W
- Berat: 14.3 kg
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM599
Kelebihan:
- Pilihan warna yang menarik perhatian
- Mempunyai fungsi menggril dan membakar
- Mudah untuk dibersihkan
Kekurangan:
- Sangat mahal
- Sesetengah pilihan warna mungkin tidak terdapat di Malaysia
11. Microwave Oven Electrolux EMM20K18GWI 20L
Jika anda bimbang mengenai kemampuan untuk memuatkan pinggan besar di dalamnya, Electrolux 20L Microwave Oven EMM20K18GWI mempunyai plat kaca yang sangat luas iaitu berdiameter 27 cm!
Luaran yang ringkas disempurnakan lagi dengan tandaan minima pada pemasa dan pendail kuasa yang mekanikal (5 aras kuasa yang boleh diubah, diwakili oleh huruf dan ikon).
Berdasarkan ulasan, ia adalah gelombang mikro yang kompak dan mudah digunakan. Kesederhanaannya tidak mengurangkan kualiti produk tersebut yang bagus.
Oleh itu, ia adalah pilihan yang hebat untuk orang yang inginkan gelombang mikro asas, yang ringkas.
- Jenis: Free-standing | Kaunter Dapur
- Saiz: 20 L
- Diameter plat kaca: 270 mm
- Dimensi (L x D x T): 451 x 331 x 258 mm
- Kuasa Output Gelombang Mikro: 800 W
- Berat: tidak dinyatakan
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM299
Kelebihan:
- Boleh memuatkan pinggan yang besar
- Butang yang ringkas
- Kompak
- Mudah digunakan
Kekurangan:
- Fungsi yang terhad ,iaitu hanya pemanasan asas
- Mahal untuk kapasiti masakannya
Bagaimana Memilih Ketuhar Gelombang Mikro
1. Saiz
Ketuhar gelombang mikro diukur dari segi liter (L). Kebanyakan model mempunyai ukuran dalam julat antara 20 L sehingga 44L.
Saiz bagus untuk keluarga ialah sekitar ~27L dengan diameter plat kaca ~300mm.
Pilih saiz ketuhar anda berdasarkan berapa banyak yang anda ingin masak dengan menggunakan ketuhar anda!
Anda juga perlu untuk mempertimbangkan ruang dalam dapur anda. Cari palam kuasa yang cukup dekat untuk dicapai oleh kabel ketuhar tanpa meregangkan wayar.
Jangan lupa untuk memasukkan tambahan 2 inci di sekitar gelombang mikro bagi tujuan pengudaraan!
2. Kuasa (Watt)
Ketuhar gelombang mikro cenderung untuk berada dalam julat antara 800 W sehingga 1500 W.
Kuasa tersebut menentukan seberapa pantas ketuhar gelombang mikro itu boleh memasak makanan anda! Ketuhar yang lebih besar juga akan memerlukan kuasa yang lebih tinggi!
3. Ciri-ciri / Tetapan
Solo
Tetapan asas untuk sebuah ketuhar gelombang mikro ialah untuk memanaskan semula lebihan makanan dan untuk menyahbeku makanan beku.
Kombinasi
Sesetengah model mempunyai tetapan tambahan seperti membakar, menggril atau memanggang.
Terdapat juga ketuhar yang lebih canggih dengan pengesan untuk mengesan apabila makanan sudah selesai dimasak.
Ia membolehkan ketuhar untuk melaras suhu sewajarnya atau mematikannya secara automatik.
Masih tertanya-tanya apakah perbezaannya? Ketuhar gelombang mikro vs ketuhar.
4. Ciri-ciri Lain:
Sesetengah ketuhar gelombang mikro didatangkan dengan kunci kanak-kanak yang mengunci papan kekunci kawalan bagi tujuan keselamatan (*1).
Gelombang mikro yang lain pula ada didatangkan dengan kekunci pintas untuk membolehkan akses pantas untuk fungsi yang spesifik, seperti memanaskan jenis makanan yang khusus.
Penggunaan Selamat Untuk Ketuhar Gelombang Mikro
- Jangan sesekali menggunakan besi di dalam ketuhar gelombang mikro konvensional! Ia termasuklah kerajang aluminium dan perkakas dapur! Anda boleh menggunakan plastik yang selamat-gelombang mikro (microwave-safe plastic), seramik dan kaca yang selamat-gelombang-mikro (microwave-safe glass).
- Makanan yang tertutup seharusnya mempunyai beberapa lubang untuk wap keluar
- Jangan hidupkan gelombang mikro anda ketika ia kosong! Ia akan menyebabkan gelombang mikro tersebut merosakkan dalaman ketuhar. Anda tidak inginkannya untuk berlaku!
Bagaimana Untuk Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda
- Segarkan gelombang mikro anda dengan memanaskan semangkuk air berisi beberapa hiris lemon sehingga terdapat wap pada tingkap! Kemudian lapkannya selepas 15 minit.
- Lap ketuhar gelombang mikro anda (dalam dan luar) sekali-sekala.
- Jika plat-kaca boleh ditanggalkan, anda boleh juga mengelapnya!
Kesimpulannya
Dalam senarai gelombang mikro terbaik di Malaysia 2021 ini, pemenang untuk bajet ialah Sharp R213CST. Manakala Sharp R357EK (nilai terbaik untuk wang) menawarkan banyak ciri untuk ~RM300.
Akhir sekali, kami perlu untuk menyebut mengenai Electrolux EMS3087X – ini merupakan ketuhar perolakan gelombang mikro dengan kebolehan untuk mengukus!