You are currently viewing 11 Multivitamin Terbaik di Malaysia Tahun 2022 (Untuk Semua Lapisan Umur)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Anda bimbang tidak mendapat nutrisi secukupnya mengikut keperluan anda? Anda boleh cuba multivitamin tahun 2022 ini!

Sudah pasti pengguna akan memillih multivitamin mengikut keperluan khas mereka. Ini bermakna sama ada anda sendiri atau orang tersayang anda!

Jangan langkau panduan kami di bawah mengenai apa yang perlu dicari dan langkah-langkah berjaga yang perlu diambil!

11 Multivitamin Terbaik Di Malaysia 2022

Nota: Ini tidak menggantikan nasihat yang diberikan pakar penjagaan kesihatan peribadi anda.

  • Terbaik Untuk Orang Dewasa – Blackmores Multivitamins + Minerals
  • Terbaik Untuk Kanak-kanak – Blackmores Kids Multivitamins + Minerals
  • Terbaik Untuk Warga Tua – Blackmores Multivitamins + Minerals
  • Terbaik Untuk Wanita – GNC Women Ultra Mega Timed Release Multivitamin
  • Terbaik Untuk Lelaki – Swisse Men’s Ultivite Multivitamin

Multivitamin Untuk Dewasa Di Malaysia

1. Surbex Zinc Multivitamin Mineral

Surbex Zinc Multivitamin Mineral ini mengandungi 60 tablet. Formula ini khas untuk mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas dan menjalani gaya hidup aktif!

Zink dan Vitamin B juga sangat baik untuk membaiki kulit!

Asid folik sesuai untuk orang yang mahu sesuatu untuk menyokong kesihatan jantung mereka. Atau orang yang mencari produk untuk meningkatkan sistem imun mereka dengan vitamin C!

Namun, seperti mana-mana produk yang mengandungi zink, anda mungkin mengalami kesan sampingan (*1):

Seperti senak, mual, cirit-birit atau sakit kepala.

Mineral Zink Multivitamin Surbex
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Sehari
  • Sesuai Untuk: Dewasa
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin B1, B2, B3, B4, B5, B6, B12, C, E, Asid Folik, Zink
  • Ciri-ciri Utama: Meningkatkan Tahap Tenaga Dan Memperbaiki Stamina; Menguatkan Kesihatan Badan; Memetabolismekan Karbohidrat, Lemak Dan Protein; Membantu Pembentukan Sel-sel Darah Merah
  • Harga: ~RM100 (120 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

2. Centrum Multivitamin-Multimineral Plus Lutein & Lycopene

Pada dasarnya, Centrum Multivitamin-Multimineral Plus Lutein & Lycopene ini mengandungi 30 tablet dan harga bagi sebiji tablet sekitar RM1.

Dan jika anda tertanya-tanya:

Likopen dan lutein adalah karotenoid (sama seperti beta karotena). Sesetengah kajian menunjukkan ianya bermanfaat untuk mata, kulit, prostat dan kesihatan kardiovaskular anda.

Produk ini hanya sesuai untuk lelaki dan wanita di bawah umur 50 tahun!

Terdapat variasi Silver Centrum  untuk orang dewasa  atas 50 tahun.

Centrum Multivitamin-Multimineral Plus Lutein & Lycopene
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Sehari Selepas Makan
  • Sesuai Untuk: Dewasa
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin A, Vitamin B6 & B12, Vitamin D & K, Kalsium, Magnesium, Tembaga, Zink dan Manganese, Likopen, Asid Folik, Lutein
  • Ciri-ciri Utama: Menghasilkan Tenaga Dan Meningkatkan Kecergasan Secara Menyeluruh; Membantu Mengekalkan Kekuatan Tulang; Membantu Menyokong Kesihatan Hati Dan Pengaliran Darah; Membantu Menyokong Kesihatan Mata, Menyokong Kesihatan Kulit
  • Harga: ~RM30 (30 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

3. Blackmores Multivitamins + Minerals

Anda pasti tidak akan terlepas pandang melihat produk Blackmores kerana ia sentiasa mengisi ruang pada rak makanan tambahan di mana-mana farmasi di Malaysia.

Jenama terkenal ini mendakwa mereka mengelakkan menambah bahan pengawet, perisa tiruan atau pemanis. Antara lainnya adalah seperti yis, gluten atau susu derivatif.

Blackmores Multivitamins + Mineral mengandungi 30 tablet dengan mineral-mineral penting dan vitamin untuk dewasa.

Pengguna menyatakan bahawa mereka berasa lebih cergas dan sihat setelah pengambilan selama beberapa bulan. Ramai pengguna telah mengulangi pembelian kerana ia membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan tenaga mereka untuk aktiviti harian!

Blackmores Multivitamins + Minerals
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Sehari
  • Sesuai Untuk: Dewasa
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12, C, D3, E, Kalsium, Choline Bitartrate, Zat Besi, Asid Folik, Inositol, Mangan, Magnesium, Kalium, Zink, Biotin
  • Ciri-ciri Utama: Mengekalkan Kesihatan, Makanan Tambahan Yang Membantu Diet Yang Tidak Seimbang
  • Harga: ~RM98 (150 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

4. Flavettes Daily Plus Multivitamins & Minerals

Ambil sebiji tablet selepas anda bangun pagi, (jumlah 60 tablet) sebelum makan pagi!

Flavettes Daily Plus Multivitamins & Minerals mengandungi nikotinamida. Vitamin B₃ jenis terlarutkan air ini boleh merawat keadaan-keadaan kulit.

Vitamin terlarutkan air ini tidak kekal lama dalam badan anda seperti vitamin terlarutkan lemak. Jadi, anda boleh mengambil makanan tambahan ini jika anda kurang mengambil ikan, ayam, kekacang, kacang dan telur dalam diet anda.

Pengguna menyatakan bahawa produk ini benar-benar membantu dalam memberikan anda lebih banyak tenaga sepanjang hari!

Flavettes Daily Plus Multivitamins & Minerals
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Dewasa
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D, Nikotinamida, Kalsium, Asid Folik, Tembaga, Zat Besi, Iodin, Mangan, Magnesium, Fosforus, Kalium, Zink
  • Ciri-ciri Utama: Mengekalkan Tubuh Badan Sihat Dan Bertenaga
  • Harga: ~RM23 (60 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

5. Berocca Effervescent Multivitamins

Berocca Effervescent Multivitamins merupakan produk keluaran Bayer, syarikat farmaseutikal. Ia merupakan salah satu makanan tambahan vitamin C terbaik yang anda juga boleh dapatkannya di Malaysia!

Ia merupakan tablet yang berbuih dengan kandungan gula sedikit (<0.1g) dan tidak mengandungi bahan pengawet. Hanya perlu masukkan tablet ke dalam gelas yang berisi dan ia sedia diminum!

Pilihan produk yang bagus bagi orang yang menjalani gaya hidup yang sibuk. Dan memerlukan bantuan untuk meningkatkan kepekaan mental dan tenaga mereka setiap hari!

Produk ini telah mendapat banyak ulasan positif dari pengguna! Mereka mendakwa bahawa ia meningkatkan tenaga, kepekaan mental, dan tumpuan mereka, dan mengurangkan keletihan.

Selain itu, ramai pengguna juga mendapati perisanya sangat sedap dan memberi komen bahawa produk ini mengurangkan tahap keparahan gejala demam dan selesema!

Namun, ada segelintir pengguna yang berpendapat bahawa minuman yang terlarut itu mempunyai rasa yang tidak enak.

Berocca Effervescent Multivitamins
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Dewasa & Kanak-kanak (12 tahun dan ke atas)
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin B1, B2, B6, B12, C, Nikotinamida, Biotin, Kalsium, Asid Folik, Magnesium, Zink
  • Ciri-ciri Utama: Anda Kekal Fokus & Bertenaga
  • Harga: ~RM55 (30 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

6. Pharmaton Multivitamins Capsules With Selenium

Mungkin ia merupakan cara mereka untuk menonjol dalam pasaran yang tepu:

Tetapi Pharmaton Multivitamins Capsules With Selenium juga mempunyai ekstrak ginseng!

Ginseng mungkin dapat meningkatkan sistem imun, kebolehan untuk fokus. Dan mungkin untuk kehidupan seks anda juga!

Selain fungsinya untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan:

Pengguna juga memperhatikan bahawa ia dapat meningkatkan fokus dan tumpuan. Mereka sangat mengesyorkannya bagi orang yang selalu bergantung pada kopi agar tetap berjaga!

Beberapa pengguna juga telah mendapati bahawa tekstur kulit mereka lebih bagus setelah beberapa minggu pengambilan.

Malangnya, produk ini meninggalkan rasa yang tidak menyenangkan yang tidak boleh diterima oleh sesetengah orang. Sementara pengguna yang lain pula melabelkan produk ini sebagai ‘panas’.

Kapsul Multivitamin Dengan Selenium Pharmaton
  • Saiz Hidangan: 1 Kapsul Setiap Hari (Dengan Makanan)
  • Sesuai Untuk: Dewasa
  • Setiap Kapsul Mengandungi: Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D3, E, Nikotinamida, Biotin, Zat Besi, Kalsium, Asid Folik, Tembaga, Magnesium, Mangan, Selenium, Zink, Lecithin,
    Ekstrak Ginseng Panax
  • Ciri-ciri Utama: Anda Kekal Fokus & Bertenaga; Membaiki Produktiviti, Dan Membantu Anda Menguatkan Tahap Tinggi Untuk Prestasi Fizikal
  • Harga: ~RM110 untuk 130 Tablet

Kebaikan:

Keburukan:

Multivitamin Terbaik Untuk Wanita Di Malaysia​

Tidak kira sama anda sedang mengandung ataupun tidak:

Wanita boleh memanfaatkan kebaikan makanan tambahan multivitamin! Seperti zat besi. Ini kerana wanita akan kehilangan zat besi ketika menstruasi!

Terdapat vitamin pranatal untuk ibu mengandung (atau yang mahu mengandung)! Ia diformulasikan dengan tambahan choline dan asid folik untuk mengurangkan peluang kelahiran abnormal.

7. 21st Century Women’s Multivitamins With Evening Primrose Oil

Minyak primrose malam merupakan formula dalam 21st Century Women’s Multivitamins With Evening Primrose Oil:

Ia mengandungi gamma-linolenic acid (GLA). Dimana ia merupakan asid lemak omega-6 yang dipercayai dapat melegakan simptom-simptom pra-haid dan juga ekzema

Selain itu, formula ini juga tidak mengandungi gula, kanji, sodium, perwarna tiruan, bahan pengawet atau produk-produk berasaskan haiwan.

Ulasan untuk produk ini bercampur-campur. Sejumlah pengguna menyatakan bahawa produk ini berkesan untuk meningkatkan mood dan tenaga.

Selain itu, sebahagian pengguna boleh menelannya tanpa sebarang kesukaran. Tetapi ramai pengguna yang lain mendapati bahawa pil itu terlalu besar, yang membuatkannya sukar untuk ditelan.

Tambahan lagi, pengguna memberi komen bahawa pil tersebut mempunyai aroma ubat yang tidak mereka sukai. Sementara pengguna lain pula merasa lebih lesu selepas memulakan pengambilan suplemen ini.

Multivitamin Wanita Dengan Minyak Evening Primrose 21st Century

 

  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hari Selepas Makan
  • Sesuai Untuk: Wanita (>18 tahun)
  • Setiap Tablet Mengandungi: Minyak Primrose Malam, Madu Ratu Lebah, Ginseng Korean, Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B12, D, E, Kalsium, Zink, Magnesium, Zat Besi, Kromium, Asid Folik, Biotin
  • Ciri-ciri Utama: Untuk Kesihatan Yang Baik Dan Lebih Bertenaga
  • Harga: ~RM25 (30 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

8. GNC Women Ultra Mega Timed Release Multivitamin

Mesra vegetarian:

Ia mengandungi 37 nutrisi dalam setiap tablet GNC Women Ultra Mega Timed Release Multivitamin!

Juga vitamin D yang penting untuk kesihatan payudara dan kolon wanita!

Sekiranya anda seorang wanita yang menghadapi tekanan seharian, atau hanya mempunyai tabiat pemakanan yang buruk, multivitamin ini dapat membantu anda memenuhi keperluan nutrisi anda. Itupun jika anda tidak menghadapi masalah untuk menelan pil yang besar!

Seperti produk sebelum ini, ulasan untuk multivitamin ini bercampur-campur:

Beberapa faedah yang diperhatikan oleh pengguna termasuklah peningkatan mood dan tenaga, rambut yang lebih tebal dan kuku yang lebih kuat, dan kurang mengalami demam dan selesema yang berulang.

Walau bagaimanapun, sebilangan pengguna mengalami kesan sampingan seperti sakit perut dan loya selepas pengambilan produk.

Dan sebilangan besar pengguna mendapati saiz pilnya yang sangat besar amat menjengkelkan! Ia mendorong refleksi gag (muntah) mereka, dan mereka akhirnya memotong tablet itu kepada separuh.

Malangnya, tablet mempunyai rasa yang amat teruk jika diambil separuh-separuh (dipotong).

GNC Women Ultra Mega Timed Release Multivitamin
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Sehari Dengan Pengambilan Makanan
  • Sesuai Untuk: Wanita
  • Setiap Tablet Mengandungi: Vitamin A, B1, B2, B6, C, D, E, Niasinamida,  Asid Folik, Biotin, Kalsium, Zat Besi, Iodin, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Kromium, Ekstrak Biji Anggur, ALA, Ekstrak Teh Hijau, Likopen, Lutein
  • Ciri-ciri Utama: Mengekalkan Pertahanan Optimal Tubuh Badan Anda; Membantu Menyokong Tahap Hemoglobin Yang Sihat; Meningkatkan Metabolisme Karbohidrat dan Penghasilan Tenaga; Membentuk Sel-sel Darah Merah Yang Sihat; Menyokong Mata Yang Sihat
  • Harga: ~RM160 (90 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

Multivitamin Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia

Lelaki mungkin boleh menggunakan nutrisi yang sama dengan perempuan. Tetapi dalam kepekatan yang berbeza!

Malah bukan wanita sahaja yang akan mendapat manfaat daripada minuman sarang burung terbaik di Malaysia!

9. Swisse Men’s Ultivite Multivitamin

Anda akan rasa anda mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari apabila anda mengambil Swisse Men’s Ultivite Multivitamin secara konsisten!

Jenama ini mengesyorkan vitamin ini harus diambil oleh mereka yang menjalani gaya hidup yang sangat aktif dan sibuk!

Walau bagaimanapun, jangan mengambil lebih daripada dos yang disyorkan. Pihak pembuatan memberi amaran mengenai kesan sampingan kerana salah satu bahannya adalah selenium. Yang beracun jika diambil dalam dos yang tinggi!

Ulasan kebanyakannya berpihak pada sisi positif. Sebilangan besar pengguna berasa kurang letih dan lebih bertenaga ketika mengambil produk ini pada dos yang disyorkan. Sudah tentu, ini hasil daripada pengambilan jangka masa panjang.

Sebaliknya, sebilangan pengguna mendapati suplemen ini mempunyai bau dan rasa yang amat menjengkelkan, yang bahkan ada yang menggambarkannya sebagai ‘tengik’. Sebilangan pengguna yang lain pula menyatakan bahawa saiz pilnya besar, yang menjadikannya lebih sukar untuk ditelan.

Beberapa ulasan lain menyatakan bahawa produk ini menyebabkan kesan sampingan seperti loya, keletihan dan ketidakselesaan perut. Dan sebilangan pengguna tidak merasakan apa-apa kesan, walaupun selepas beberapa bulan pengambilan.

Multivitamin Ultivite Lelaki Swisse
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Lelaki
  • Setiap Tablet Mengandungi: Ginseng Asia, Gotu Kola, B-Kompleks, Oat, Vitamin A, B6, B12, C, D, E, Kalsium, Zink, Magnesium, Zat Besi, Kromium, Tembaga, Asid Folik, Biotin, Niacin, Ekstrak Saw Palmetto, Ekstrak Hawthorn, Ekstrak Horsetail & Banyak Lagi
  • Ciri-ciri Utama: Menyokong Tenaga & Stress, Membantu Stamina & Kesegaran
  • Harga ~RM90 (120 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-kanak di Malaysia

Multivitamin merupakan cara lain (selain diet sihat) yang ibubapa boleh lakukan untuk memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang diperlukan! Untuk membesar dan mempunyai sistem imunisasi yang kuat!

Terutama ketika otak-otak mereka sedang berkembang (5 hingga 6 tahun)!

10. Nature’s Way Kids A+ Vita Gummies

Susah untuk memujuk anak anda makan lebih sayuran?

Nature’s Way Kids A+ Vita Gummies merupakan perisa beri dan manis untuk menyembunyikan fakta yang ia mengandungi sayuran dan 8 vitamin penting!

Sebab inilah kenapa ia sangat popular di Australia!

Adakah anak anda berterusan mengalami demam atau selesema? Mereka boleh mendapat manfaat daripada multivitamin ini. Perlindungan daripada kekurangan nutrien adalah salah satu kelebihan dari produk ini!

Dan ia menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat juga! Pengguna teruja dengan produk ini kerana walaupun anak-anak mereka merupakan kanak-kanak cerewet, tetapi tetap gemarkan rasanya!

Nature's Way Kids A+ Vita Gummies
  • Saiz Hidangan: 2-3 tahun (1 pastil setiap hari), Kanak-akan diatas 4 (2 pastil setiap hari)
  • Sesuai Untuk: Kanak-kanak
  • Setiap Jeli Mengandungi: Vitamin A, B12, C, D, E, Bunga Artichoke, Lobak, Bayam Beetroot,
  • Ciri-ciri Utama: Menggalakkan Perkembangan & Mengelakkan Sakit; Menggalakkan Diet Seimbang yang bernutrisi
  • Harga: ~RM45 (60 Tablets)

Kebaikan:

Keburukan:

11. Blackmores Kids Multivitamins + Minerals

Anda akan gembira untuk mengetahui bahawa Kids Multivitamins + Minerals by Blackmores tidak mempunyai perisa tiruan atau pemanis. Malah tiada tambahan susu derivatif, yis, gluten, tepung atau bahan pengawet.

Pilihan yang bagus untuk kanak-kanak yang cerewet untuk makan. Perisanya? Vanila strawberi! Menurut ramai ibu bapa, rasa itu menggembirakan anak-anak mereka. Dan malahan sebahagian anak-anak tersebut mengingatkan ibu bapa mereka tentang dos harian mereka!

Multivitamin ini akan membantu memenuhi keperluan nutrien harian anak-anak anda! Sila ambil perhatian yang tablet ini harus dikunyah dan bukan ditelan semuanya!

Secara keseluruhannya, pembeli menyedari bahawa anak-anak mereka kurang mengalami selesema setelah memulakan produk ini. Selain itu, mereka mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan pembentukan ulser mulut.

Blackmores Kids Multivitamins + Minerals
  • Saiz Hidangan: 1 Tablet (Kanak-kanak 2-6 tahun); 2 Tablet (Kanak-kanak 7-12 tahun) Setiap Hari Dengan Makanan
  • Sesuai Untuk: Kanak-kanak
  • Setiap Jeli Mengandungi: Vitamin A, B1, B5, B6, B12, C, D3, E, Nikotinamida, Asid Folik, Biotin, Kalsium, Iodin, Magnesium, Mangan, Zink
  • Ciri-ciri Utama: Membina Dan Mengekalkan Jisim Tulang Yang Sihat, Membina Tulang-Tulang Dan Gigi, Menghasilkan Tenaga
  • Harga: ~RM50 untuk 2 botol (120 Tablet)

Kebaikan:

Keburukan:

Bagaimana Untuk Memilih Multivitamin Yang Tepat

Multivitamins terdapat dalam formula umum dan spesifik (cth. untuk sakit sendi, kanak-kanak, wanita, dsb) dan dalam bentuk (jeli, tablet atau kapsul).

Jeli lebih menarik perhatian kanak-kanak kerana rasanya seperti gula-gula. Mereka juga boleh jadi ketagih!

Bercakap mengenai kandungan gula, pewarna dan perasa tiruan, multivitamin mungkin juga mengandungi bahan-bahan penambah yang tidak diperlukan.

1. Adakah Anda Benar-benar Perlukan Multivitamins?

Anda mungkin perlukan mereka sekiranya:

  • Anda tidak mendapatkan amaun sayur-sayuran dan buah-buahan yang diperlukan dalam diet anda
  • Untuk mengelakkan simptom-simptom usia tua mendekati anda
  • Untuk meningkatkan sistem imunisasi anda
  • Untuk mengurangkan kebimbangan dan stress anda
  • Jika anda telah menjalani pembedahan penurunan berat badan
  • Jika anda dalam pemakanan khusus (vegetarian, vegan) (*2)

Tidak mendapat ikan yang secukupnya? Makanan tambahan minyak ikan mengandungi asid lemak omega 3. Yang tidak terdapat dalam multivitamin.

2. Caution

Bercakap mengenai kolagen ataupun probiotik, multivitamin tidak memberi kesan dengan serta-merta. Oleh sebab itu, ia adalah sukar untuk dinilai.

Multivitamin juga tidak tertakluk pada undang-undang dibawah Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) (*3):

Terdapat banyak syarikat yang mempamerkan label palsu pada produk mereka! Mereka memberikan sedikit nutrien daripada yang diiklankan.

Jadi, sila beli vitamin dengan pengeluar yang dipercayai!

3. Pertimbangkan Umur Anda

Jika anda melebihi umur 50, badan anda perlukan lebih bantuan, terutama pada bahagian tulang dan mata!

4. Anda Mempunyai Masalah Kesihatan?

Ketahui masalah kesihatan anda dapat mengurangkan pilihan-pilihan. Tetapi, pastikan anda mendapatkan vitamin dan mineral yang anda sebenarnya perlukan.

Dan elakkan vitamin yang anda tidak perlukan!

5. Diet

Multivitamin hanya akan memusnahkan (membazirkan wang) pada mereka yang mempunyai diet yang seimbang pada setiap hari.

Tetapi ia mungkin juga yang anda tidak boleh makan makanan tertentu. Disebabkan keadaan (iaitu tak tolerans  laktosa) atau sekatan/pengehadan pemakanan. Maka dengan itu, multivitamin mungkin berguna!

6. Periksa Dengan Penasihat Penjagaan Kesihatan

Sekiranya anda masih tidak pasti sama ada anda memerlukan multivitamin, lebih baik anda berbincang dengan doktor keluarga anda. Ini kerana sesetengah bahan-bahan mungkin tidak sesuai dengan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.

Sesetengah makanan tambahan mempunyai dos yang tinggi dan tidak sesuai untuk anda!

Contoh seperti vitamin A. Jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung, akan menyebabkan kecacatan pada kelahiran (*4).

Kesimpulan

Multivitamin terbaik di Malaysia bukanlah cara pasti untuk memanjangkan hayat anda! Sebaliknya, anda fikirkan ia sebagai insurans!

Kekal dengan jenama-jenama terkenal seperti Blackmores atau mana-mana yang tersenarai di sini. Jangan terpedaya dengan kandungan herba kerana kandungan multivitamin sudah memadai!