You are currently viewing Sunblock Dan Sunscreen – Apa Perbezaannya?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Sunscreen dan sunblock? Biasanya, kita saling tertukar dalam menggunakan 2 perkataan ini. Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat perbezaan antara kedua-duanya?

Dan ia bukan sekadar hiasan yang diletakkan oleh pengilang sebagai label produk! Jadi, manakah satu yang mana? Yang lebih penting, yang mana satu anda perlukan?

Anda akan temui jawapannya di dalam artikel ini!

Isi Kandungan

Jenis-jenis Pelindung Matahari (Bagaimanakah Pelindung Matahari Berfungsi)

Terdapat 2 jenis pelindung matahari yang terdapat di Malaysia. Fizikal atau Kimia – dan setiap satu daripadanya mempunyai cara yang berbeza untuk melindungi kulit anda daripada matahari!

Sebelum anda dapat memahami pelindung matahari manakah yang terbaik, anda perlu ketahui apakah yang membuatkan kedua-duanya berbeza!

1. Sunscreen Fizikal (Sunblock)

Pelindung Matahari Fizikal (ataupun pelindung matahari mineral) biasanya mengandungi zink oksida atau titanium oksida. Atau kedua-duanya!

Ini memberikan sunblock kekonsistenan yang bersifat legap (tidak dapat ditembusi cahaya), selalunya berwarna putih. Dan teksturnya lebih pekat daripada pelindung matahari kimia!

Sunblock berfungsi dengan memantulkan dan seterusnya, mencegah sinaran UV secara fizikal daripada menembusi ke dalam kulit anda! Seperti yang anda boleh lihat, di sini lah datangnya terma ‘sunblock’ (Pelindung/Penghalang Matahari).

Sunblock Biasanya Dalam Bentuk Krim Atau Losyen
Sunblock Biasanya Dalam Bentuk Krim Atau Losyen – kredit foto (pexels-moose-photos)

Kebaikan:

  • Bahan kandungan ini tidak-merengsakan kulit – itulah sebabnya sunblock untuk bayi (untuk usia atas 6 bulan) hanya menggunakan zink oksida dan titanium oksida! (Sumber)
  • Dan ia mesra terumbu karang! (tidak mempunyai bahan kimia berbahaya yang boleh membunuh terumbu karang)
  • Berkesan melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB
  • Tidak-komodogenik (tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat)
  • Berfungsi serta-merta

Keburukan:

  • Memerlukan sapuan yang kerap
  • Tekstur yang pekat menyebabkannya sukar untuk disapu rata
  • Cenderung untuk membuatkan wajah anda kelihatan berkilat/ meninggalkan tompokan putih

Nota: Mungkin anda terpengaruh untuk mendapatkan pelindung matahari fizikal dalam bentuk semburan atau serbuk untuk sapuan yang mudah. Tapi, jangan! Untuk mengurangkan daripada menghela partikel-nano yang terdapat dalam pelindung matahari ini!

2. Pelindung Matahari Kimia (Sunscreen)

Sebaliknya:

Pelindung Matahari Kimia menyerap ke dalam kulit anda jadi ia seterusnya, akan membuat saringan/menapis sinaran UV yang masuk ke dalam kulit anda.

Ya, ia bermakna sebahagian sinaran UV memang menyerap masuk ke dalam kulit anda.

Bahan Aktif Biasa yang terkandung di dalam pelindung matahari kimia ialah oxybenzone atau avobenzone. Bahan lain yang kurang digunakan, PABA (asid para-aminobenzoik) boleh menimbulkan alahan sentuhan.(Sumber)

Kebaikan:

  • Memberi kemasan Matte (tidak berkilat)
  • Tidak meninggalkan tompokan putih
  • Biasanya berharga berpatutan
  • Mudah disapu/digunakan
  • Ringan

Keburukan:

  • Sapuan/pemakaian yang kerap juga
  • Tidak melindungi daripada semua jenis sinaran UV
  • Mengeluarkan haba (tidak bagus untuk kulit sensitif)
  • Boleh menjadi komodogenik (menyumbatkan liang pori)
  • Biasanya ia bukan mesra terumbu karang

3. Kombinasi

Kebanyakan pelindung matahari yang terkini di pasaran cenderung untuk menggabungkan kedua-dua jenis pelindung matahari!

Ia tidak semestinya lebih berkesan! Dan mungkin boleh menyebabkan kulit anda merengsa!

Pelindung Matahari Seharusnya Dipakai Dengan Kerap Untuk Perlindungan Maksima
Pelindung Matahari Seharusnya Dipakai Dengan Kerap Untuk Perlindungan Maksima – kredit foto (pexels-armin-rimoldi)

Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock (Pelindung Matahari Fizikal Vs Pelindung Matahari Kimia)

Gambaran keseluruhan:

Kategory Fizikal Kimia
Ramuan aktif utama Zink Oksida, Titanium Dioksida Ethylhexl Methoxycinnamate, Avobenzone, Oxybenzone
Fungsi Penghadang fizikal Meresap sinaran-sinaran UV (ke dalam kulit) and selepas itu, pecahkan mereka
Kelebihan Sesuai untuk kulit sensitif,
Selamat terumbu karang
Ringan dan senang untuk digunakan, Tiada white cast, Lebih murah
Keburukan Meninggalkan white cast,
Lebih kasar untuk digunakan,
Biasanya lebih mahal
Tidak selamat terumbu karang, Iritasi kulit yang sensitive, Mungkin menganggu hormone wanita (dalam jangka masa panjang)

Sunblock Atau Sunscreen Yang Manakah Lebih Bagus?

Jadi, manakah yang lebih bagus, sunscreen atau sunblock?

Menurut American Academy of Dermatology (AAD):

Ia tidak menjadi masalah untuk menggunakan yang mana, asalkan pelindung matahari tersebut melindungi anda daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB (contohnya spektrum luas)!

Dan juga pelindung matahari yang anda guna seharusnya mempunyai nilai SPF sekurang-kurangnya 30!

Mempunyai ciri-ciri tahan air merupakan satu bonus!

Tetapi penggunaannya adalah sama penting dengan pelindung matahari itu sendiri! Anda dinasihatkan untuk memakai pelindung matahari sepanjang hari! Setiap 2 jam sekiranya anda berenang atau melakukan aktiviti berpeluh!

Tips lain Dalam Penggunaan Sunscreen/ Sunblock

  • Menutup anggota badan – kaca mata hitam, topi, baju  berlengan panjang dan berseluar panjang
  • Berada dalam tempat tertutup daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang jika boleh

Dengan berkata sedemikian, terdapat situasi dimana penggunaan sunblock adalah lebih bagus berbanding sunscreen, ataupun sebaliknya:

  • Jenis kulit yang sensitif lebih bertoleransi terhadap pelindung matahari fizikal / sunblock berbanding pelindung matahari kimia
  • Kanak-kanak seharusnya menggunakan pelindung matahari fizikal (sunblock)
  • Sekiranya anda mempunyai rosacea, anda mungkin juga ingin menggunakan sunblock untuk mengelak daripada bahan kandungan oxybenzone, bahan pengawet, atau bahan pewangi (biasa ditemui dalam sunscreen)
  • Ketika aktiviti berenang dalam air bersumberkan semulajadi (pelindung matahari kimia tidak bagus untuk hidupan laut)
  • Sekiranya anda lebih sukakan kemasan matte untuk muka berminyak anda – pelindung matahari kimia biasanya lebih bagus untuk kulit anda tidak kelihatan berkilat! Ia terasa lebih ringan juga.
Kebanyakan Pelindung Matahari Fizikal Adalah Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kebanyakan Pelindung Matahari Fizikal Adalah Selamat Untuk Kanak-Kanak – kredit foto (pexels-juan-salamanca)

Mengapa Anda Perlukan Pelindung Matahari

Bahan perosak daripada sinaran matahari akan terkumpul dalam kulit anda di sepanjang hidup anda.

Dan memakai pelindung matahari setiap hari ternyata sekali dapat meminimumkan kerosakan tersebut!

  • Sinaran UV telah terbukti bersifat karsinogen!
  • Lapisan ozon kini semakin menipis; sinaran UV menjadi lebih bahaya
  • Untuk mengelakkan kulit terbakar
  • Mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kulit
  • Melindungi kulit anda daripada penuaan pra-matang (contohnya bintik gelap @ pigmentasi, kulit menjadi kasar, dll)

Tetapi Bagaimana Pula Sekiranya Anda Sentiasa Berada Di Tempat Tertutup?

Jika anda berdekatan dengan tingkap sepanjang masa, anda juga perlukan pelindung matahari!

Satu-satunya cara yang anda akan terlindung sepenuhnya daripada sinaran UV ialah:

  • Jika anda berada di dalam bilik tanpa tingkap
  • Atau anda mempunyai langsir yang menghalang UV!

Bagaimana Pula Sekiranya Hari Mendung?

Awan tidak memberikan perlindungan mencukupi daripada sinaran UV! Bahkan cahaya UV akan melintas dan menembusi awan itu!

Bercuti Ke Pantai Bukan Satu-Satunya Sebab Untuk Memakai Pelindung Matahari
Bercuti Ke Pantai Bukan Satu-Satunya Sebab Untuk Memakai Pelindung Matahari – kredit foto (pexels-andrea-piacquadio)

Istilah Pelindung Matahari

Walau apa pun jenis pelindung matahari itu, terma-terma ini tetap sama digunakan:

Apakah SPF?

SPF (Faktor Perlindungan Matahari) hanya mewakili perlindungan daripada sinaran UVB:

Jadi anda boleh lihat, SPF yang tinggi tidak semestinya bermakna yang ia adalah lebih baik atau memberikan perlindungan yang lebih lama!

Skin Cancer Foundation (Pertubuhan Kanser Kulit) menasihatkan untuk memakai pelindung matahari yang mempunyai minima SPF 30 (serta spektrum luas dan tahan air) sekiranya anda ingin melakukan aktiviti di luar untuk masa yang lama! (Sumber)

Nota: SPF yang tinggi bertahan untuk jangka masa yang sama dengan SPF yang rendah.

Peringkat SPF % Perlindungan Untuk Sinaran UVB
15 93
30 97
50 98

Apakah PA+++

Sistem pengukuran dari Jepun untukmengukur perlindungan daripada sinaran UVA. Lebih banyak “+” bermakna produk tersebut mempunyai perlindungan yang lebih baik.

Negara lain seperti UK, USA, Australia dan Jerman juga menggunakan sistem ini.

Tetapi:

Oleh kerana Jepun merupakan negara pertama untuk mempunyai nilaian PA++++, tidak semua negara telah mengemas kini sistem mereka sewajarnya.

Jadi, produk yang mempunyai PA+++ mungkin sebenarnya bukan lebih teruk daripada produk yang mempunyai PA++++. Ia bergantung ke atas negara yang asal.

Apakah Spektrum Luas?

Sentiasa menggunakan pelindung matahari yang berlabel “Spektrum Luas”

Ia bermakna pelindung matahari melindungi kulit anda daripada kedua-dua jenis sinaran UV –UVA dan UVB!

  • Sinaran UVA – menyebabkan penuaan pramatang
  • Sinaran UVB – membakar kulit anda

Pendedahan berlebihan kepada mana-mana sinaran akan sebabkan kanser kulit.

Nota: Sinaran UVC wujud tetapi atmosfera Bumi melindungi kita daripadanya. (Sumber)

Tahan Air

Kata kuncinya ialah tahan air, bukan kalis air!

Tahan air selama 40 minit adalah bermakna ia memerlukan sapuan semula. Jika boleh, gunakan produk yang mempunyai ketahanan air selama 80 minit sekiranya anda membuat aktiviti yang berpeluh atau berenang!

Pelindung Matahari Yang Tahan Air Untuk Digunakan Ketika Aktiviti Berasaskan Air dan Aktivit Luar yang Aktif
Pelindung Matahari Yang Tahan Air Untuk Digunakan Ketika Aktiviti Berasaskan Air dan Aktivit Luar yang Aktif – kredit foto (pexels-elle-hughes)

Kesimpulan

Dan kini anda telah mengetahui perbezaan antara sunblock dan sunscreen! Beserta dengan kebaikan dan keburukan masing-masing!

Jadi, ianya bagus untuk membantu anda mendapatkan pelindung matahari yang paling sesuai untuk anda!