Peti ais mini terbaik di Malaysia 2021 boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anda tanpa ada keperluan untuk meragukannya! Anda boleh memastikan minuman tetap sejuk. Atau simpan makanan tengah hari dan baki makanan agar kesegarannya dapat dikekalkan dengan berpanjangan!
Ciri mudah alih yang dimilikinya menjadikan peti ais kecil ini sangat sesuai diletakkan di tempat-tempat yang tidak mampu memuatkan peti ais bersaiz penuh! Seperti pejabat, kedai, asrama sekolah atau apartmen!
Mulakan carian anda dengan catatan ini! Di mana kami telah mengulas 11 peti ais mini berkualiti dari jenama tempatan dan antarabangsa!
Jenis/Gaya Peti Ais Mini
Terdapat peti ais berbentuk kiub, tinggi, 2 pintu dan satu pintu.
Senarai kami terdiri daripada peti ais satu pintu kerana peti ais jenis ini dapat mengekalkan tahap kesejukan dengan lebih berkesan!
Bahkan, terdapat peti sejuk bar mini! Yang digunakan untuk menyimpan minuman. Bukan untuk makanan segar dan pastinya bukan daging!
Peti ais seperti ini mungkin mempunyai rak khusus untuk botol minuman – termasuk untuk wain!
Jenis-Jenis Peti Ais Mini
1. Termoelektrik
Menggunakan elemen termoelektrik. Sekiranya tiada cecair penyejuk, peti ais ini boleh menjadi sangat senyap. Namun, peti ais jenis ini tidak cukup sejuk (di bawah 4 °C) untuk mencegah pembiakan bakteria!
Malah peti ais jenis ini juga tidak mempunyai ciri untuk menyelaraskan suhu.
Oleh itu, ia mengambil masa yang lebih lama untuk menyejukkan apa sahaja.
Terbaik untuk: Hanya untuk menyejukkan minuman.
2. Peti Ais Kompressor
Versi lebih kecil dari peti ais biasa dengan cecair penyejuk yang mengalir melalui sistem tiub. Bunyi yang rendah dari motor yang mengepam cecair ke sekeliling peti ais.
Malah mungkin juga terdapat komponen kipas di dalamnya. Ia bertujuan untuk mengedarkan udara sejuk di sekeliling bahagian dalam peti sejuk.
Model yang lebih mahal adalah sangat menjimatkan tenaga dalam jangka masa panjang!
Terbaik untuk: Apabila anda inginkan sebuah peti ais yang sesuai tetapi tidak mempunyai ruang!
3. Peti Ais Penyerapan
Peti ais jenis ini merupakan yang paling mahal dan menggunakan gas atau elektrik. Termasuk outlet AC di dalam kereta!
Model ini lebih senyap daripada peti sejuk termoelektrik. Malah sesetengahnya langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi!
Penggunaan tenaga juga merupakan yang paling rendah dari semua jenis peti ais mini.
Terbaik untuk: Aktiviti perkhemahan dan rekreasi (Jangan lupa mencabut plag setelah menggunakannya untuk mengelakkan bateri kereta anda kehabisan kuasa!)
11 Peti Ais Mini Terbaik Malaysia 2021
- Peti Sejuk Mini Terbaik Untuk Mahasiswa Universiti (Dengan Kunci) – Hisense RR60D4AGN 60L Mini Bar Fridge
- Peti Sejuk Kaunter Mini Terbaik – Morgan MMB-NB62LSL 50L Mini Fridge
- Peti Sejuk Mini Estetik terbaik – Hisense RR158D4AWB 140L Mini Fridge
- Peti Sejuk Mini Bajet Terbaik (50L) – Midea MS-50 50L Mini Bar Fridge
- Peti Sejuk Mini Bajet Terbaik (60L) – Hisense RR60D4AGN 60L Mini Bar Fridge
- Peti Sejuk Mini Bajet Terbaik (~100L) – Haier HR-135H 115L Mini Bar Fridge
- Peti Sejuk Mini Berfesyen Terbaik – Winia Daewoo Retro Fridge FN120RD
- Peti Sejuk Mini Untuk Bilik Tidur Terbaik (Senyap) – Panasonic NR-AE51SH 50L Mini Bar Fridge
- Peti Sejuk Mini Terbaik (Kapasiti Penyejuk Besar) – Hisense RR158D4AWB 140L Mini Fridge
1. Haier HR-60H 50L Mini Fridge
Jenama Haier mempunyai peti ais mini yang mempunyai susun atur tipikal untuk sebuah peti ais mini biasa. Dengan kotak ais yang diasingkan, 2 rak untuk botol minuman dan 1 rak dawai di bahagian tengah.
Daripada 50L, 4L dikhaskan untuk bahagian sejuk beku.
Terdapat juga butang dail untuk membolehkan anda mengawal suhu peti ais tersebut. Pada penggunaan pertama, bahagian ais mungkin mengambil 1.5 hari untuknya menyejukbeku.
Oleh kerana ia merupakan peti ais compressor bukan inverter (iaitu konvensional), model ini menggunakan lebih banyak tenaga dan tidak dapat mengekalkan suhu sama seperti peti ais dengan teknologi inverter. Penyahbekuan juga perlu dibuat secara manual.
Pengguna telah menggunakan 3-6 bulan dan tiada masalah yang dihadapi (seperti bocor). Namun, kebanyakan pengguna merasakan yang ia hanya cukup untuk menyejukkan minuman sahaja. Hal ini kerana pada tetapan tertinggi, peti sejuk mini ini tidak terlalu sejuk!
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: R600a
- Kapasiti: 50 L
- Dimensi: 440 x 473 x 513 mm (L x P x T)
- Berat: n/a
- Waranti Kompressor: 5 tahun
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM319
Kelebihan:
- Murah
- Jaminan panjang
- Boleh diharap
- Kompak
Kekurangan:
Tidak sejuk sangat
2. Peti Sejuk Mini Hisense 140L RR158D4AWB
Tampak anggun dengan bahagian hadapan kaca berwarna hitam, Peti Sejuk Mini Hisense RR158D4AWB 140L tentu membuatkan bilik anda lebih cantik.
Sebenarnya, ini merupakan sebab utama pengguna yang ingin menyimpan air sejuk di studio, ruang tamu ataupun bilik tidur! Walaubagaimanapun, tiada pilihan warna lain selain hitam.
Apa-apa pun, kualiti binaannya sederhana. Seorang pengguna menasihatkan supaya berhati-hati dengan rak kaca dan perumahnya yang nipis.
Termostatnya mempunyai 8 tahap yang boleh diubah, dan jika anda menetapnya pada tahap 0, anda boleh mematikan peti sejuk mini ini tanpa mencabut palam kuasa!
Pengguna mengatakan bahagian penyejuknya cukup sejuk pada tahap 3 dan 4. Namun, bahagian sejuk beku tidak cukup sejuk untuk menyimpan aiskrim!
Anda boleh muatkan 2 botol tinggi (2L) dengan mudah di rak bawah bahagian pintu! Anda juga boleh mengalihkan rak kaca ke atas ataupun bawah mengikut kehendak anda! Ruangnya sangat cukup, menurut ulasan.
Tetapi jika anda mahu mengalihkan peti sejuk ini, ia mungkin memerlukan 2 orang kerana ia agak besar. Seorang pengguna juga menerima unit yang tiada peninggi kaki.
Tidak mahu pintu dibuka dari kanan? Anda boleh mengubahnya ke kiri (pintu boleh undur)! Walaubagaimanapun, peti sejuk ini tidak mempunyai lampu. Ia juga hanya mempunyai 3/5 Bintang Tenaga.
- Jenis: Satu Pintu
- Kapasiti: 140 L
- Dimensi: 519 x 542 x 820 mm (L x P x T)
- Waranti Kompressor: 6 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM539
Kelebihan:
- Lauaran moden yang cantik
- Rak yang boleh dilaras
- Sejuk untuk peti sejuk mini
Kekurangan:
- Jaminan pendek
- Tiada lampu dalam
- Penilaian tenaga sederhana (3/5)
3. Midea MS-50 50L Mini Bar Fridge Refrigerator
Peti ais mini lain yang berharga ~RM300, Midea’s grey MS-50 agak sedikit sempit daripada Pensonic’s PMF-65. Dengan kaki yang boleh dilaraskan juga.
Bahagian dalamannya tidak banyak berubah daripada susunan peti ais mini yang lain dalam senarai ini. Maka model ini juga mempunyai butang dail kawalan suhu dan juga ruang simpanan freezer yang kecil. Hadir dengan bekas buat ais.
Pengulas mengatakan reka binanya mempunyai kualiti yang baik. Seorang pengguna mengatakan pintunya tidak cukup sejajar dengan unit.
Peti sejuk ini menyejukkan minuman dengan cepat (pada tetapan 4). Ia cukup senyap untuk diletakkan di dalam bilik. Jika anda meletakkan peti sejuk ini di tempat yang redup dan jauh daripada cahaya matahari, bahagian penyejuknya setanding dengan peti sejuk biasa!
Jika anda perlukan peti sejuk bar mini untuk bilik anda, Peti sejuk Bar Mini Midea MS-50 50L merupakan alternatif yang mesra bajet seperti Peti Sejuk Mini Haier HR-60H 50L.
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: R600a
- Kapasiti: 50 L
- Dimensi: 472 x 450 x 492 mm (L x P x T)
- Berat: 14.3kg
- Waranti Kompressor: n/a
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM298
Kelebihan:
- Murah
- Sejuk dan cepat menyejukkan
- Operasi senyap
Kekurangan:
Jaminan pendek
4. Panasonic NR-AE51SH 50L Mini Bar Fridge
Sekiranya anda tidak mahu jenama tempatan atau Cina, anda boleh berkira-kira untuk mendapatkan peti sejuk mini dari Panasonic ini:
Simpan botol yang tinggi di pintu peti ais mini ini dengan kawalan suhu dan teknologi penyejukan langsung. Yang kemudiannya akan membantu penjimatan tenaga!
Walau bagaimanapun, NR-AE51SH merupakan model 50L terbesar dalam senarai ini! Dan yang paling mahal!
Tidak seperti peti sejuk mini yang lain, anda boleh membuka pintunya dari dua arah.
Ia juga agak senyap (tahap bunyi 36dB)!
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: bukan CFC
- Kapasiti: 50 L
- Dimensi: 489 x 510 x 488 mm (L x P x T)
- Berat: n/a
- Waranti kompressor: n/a
- Waranti: 1 tahun
- ~Harga: RM639
Kelebihan:
- Pintu boleh-undur
- Jenama terkemuka
- Senyap
Kekurangan:
- Mahal dan jaminan yang pendek
- Besar
5. Morgan MMB-NB62LSL 50L Mini Fridge
Walaupun model ini bukan frost-free (peti ais jenis frost-free dapat mengekalkan suhu yang sekata dengan lebih baik):
Morgan MMB-NB62LSL 50L Mini Fridge boleh masuk ke ruang yang sempit. Juga cukup ringan untuk diletakkan di kaunter.
Gunakan termostat yang boleh diselaraskan untuk menetapkannya ke mod maksimum apabila anda perlu menyimpan ais dan makanan sejuk beku.
Anda mungkin berasa sejuk jika merasai udara di dalamnya tetapi ia mengambil masa ~5 hari untuk menyejukkan minuman. Tetapi bahagian sejuk bekunya cukup untuk menyimpan daging, menurut sebuah ulasan. Namun, pengguna lain berpendapat sebaliknya!
Segelintir pengguna menegaskan bahawa peti sejuk mini ini agak bising. Seorang pengguna lagi mengalami kebocoran.
Peti Sejuk Mini MMB-NB62LSL 50L sesuai untuk diletakkan di pantri pejabat. Cuma jangan letakkannya di tempat yang anda mahukan ia senyap!
Jika anda mahukan peti sejuk bar mini yang senyap, anda boleh dapatkan Peti Sejuk Mini Midea MS-50 50L yang mempunyai harga yang lebih kurang sama!
- Jenis: Satu Pintu
- Bahan pendingin: Bebas CFC
- Kapasiti: 50 L
- Dimensi: 450 x 475 x 487 mm (L x P x T)
- Berat: 18kg
- Waranti Kompressor: 1 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM313
Kelebihan:
- Tidak mahal
- Penyejuk yang sejuk
- Ringan dan kompak
Kekurangan:
- Mengambil masa untuk menyejukkan
- Tidak bebas embun beku
- Agak bising
6. Sharp SJM60MK 60L Mini Bar Fridge Refrigerator
Ruang freezer berkapasiti 3L berada di bahagian paling atas pada peti ais mini 60L berwarna hitam dari jenama Sharp ini. Yang mempunyai waranti panjang untuk kompressor (5 tahun)!
Beratnya yang ringan dan dibina secara keseluruhannya daripada plastik, model ini mudah kemek (tidak seperti model lain dalam senarai ini)!
Seorang pengguna mendapat unit yang mana kakinya dipasang secara tidak betul, meyebabkan ketidakstabilan.
Jika anda membayar lebih ~RM90, anda akan mendapat Peti Sejuk Bar Mini Sharp SJM60MK 60L dengan kapasiti storan lebih 10L dan penyejukan pantas berbanding Peti Sejuk Mini MorganMMB-NB62LSL 50L!
Walaupun mempunyai kapasiti storan yang besar, peti sejuk mini ini masih dikira kompak. Dan seperti peti sejuk mini lain yang telah disenaraikan, ia tidak mampu untuk menyimpan daging untuk beberapa hari. Bahagian sejuk bekunya hanya cukup sejuk untuk membuat ais.
Maka, peti sejuk mini ini ideal untuk penyimpanan minuman dan snek. Di samping itu, ia juga tidak berbunyi bising, jadi anda boleh meletakkannya di dalam bilik anda!
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: R-600a
- Kapasiti: 60 L
- Dimensi: 449 x 470 x 501 mm (L x P x T)
- Berat: 16.5kg
- Waranti Kompressor: 5 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM388
Kelebihan:
- Luaran anggun
- Senyap
- Cepat menyejukkan
- Menggunakan agen penyejuk yang lebih berkesan (R-600a berbanding R134a)
- Harga berpatutan
- Jaminan kompresor yang panjang
Kekurangan:
- Tidak sesuai disimpan daging dan aiskrim untuk jangka masa yang lama
- Kualiti binaan sederhana
7. Hisense RR60D4AGN 60L Mini Bar Fridge
Jenama Hisense mempunyai waranti kompressor yang lebih panjang untuk RR60D4AGN 60L Mini Bar Fridge mereka!
Walaupun ia mempunyai bahagian sejuk beku yang besar, sebahagian pengguna menyatakan yang ia tidak cukup sejuk untuk menyimpan aiskrim.
Pengoperasiannya yang senyap (kurang dari 45dB) membolehkan anda meletakkannya di bilik tidur, studio atau pejabat anda dan tidak akan menjejaskan fokus atau tidur anda! Pengguna suka akan peti ais ini kerana boleh dikunci!
Pembinaannya memaksimumkan kapasiti penyimpanan. Dan bahagian dalamnya menggabungkan penggunaan rak tempered glass dan bukannya rak dawai.
Jadi pelajar bujang yang inginkan peti sejuk peribadi sendiri boleh mendapatkan Peti Sejuk Bar Mini Hisense RR60D4AGN 60L! seorang pengguna telah menggunakan peti sejuk mini ini selama 2 semester (hampir setahun)!
Ramai pengguna bersetuju bahawa kualiti binaan peti sejuk ini bagus. Anda juga boleh mengubah arah pintu peti sejuk mini ini.
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: R600a
- Kapasiti: 60 L
- Dimensi: 439 x 470 x 510 mm (L x P x T)
- Berat: 13.5KG
- Waranti Kompressor 6 tahun
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM369
Kelebihan:
- Kualiti binaan yang baik
- Senyap (tetapi ada sedikit bunyi air mengalir)
- Bahagian sejuk beku yang besar
- Arah pintu boleh diundurkan
- Boleh dikunci (semak semula dengan penjual)
- Jaminan kompresor yang panjang
- Tidak mahal
Kekurangan:
- Tidak cukup sejuk untuk menyimpan aiskrim
- Tiada lampu dalam
8. Haier HR-135H 115L Mini Bar Fridge
Haier HR-135H menggunakan teknologi penyejukan langsung yang sama dengan Haier HR-60H 50L Mini Fridge. Ini bermaksud model ini juga adalah motor bukan inverter.
Walau bagaimanapun, model ini mampu menampung bebanan hampir dua kali ganda:
Dengan 3 rak di bahagian dalam pintu, ruang freezer yang lebih besar, ruang penyimpanan sayur khusus dan tombol suhu!
Kapasiti storannya boleh menampung isi rumah kecil – sama ada bujang ataupun pasangan. Pengguna mengatakan bahawa pintunya sedikit keras.
Apa-apa pun, peti sejuk ini mampu untuk menyimpan bahan segar. Dan kerana ia tidak sesejuk peti sejuk biasa, sesiapa yang mendapatkan peti sejuk mini ini perlu memasak dengan kerap!
- Jenis: Satu Pintu
- Penyejuk: R600a
- Kapasiti: 115 L
- Dimensi: 500 x 560 x 840 mm (L x P x T)
- Berat: 23kg
- Waranti Kompressor: 5 tahun
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM419
Kelebihan:
- Murah dan kompak untuk kapasitinya
- Kualiti binaan yang baik
- Dengan lampu dalam
- Tidak terlalu bising (sedikit bunyi motor)
Kekurangan:
- Tidak jimat tenaga (2/5 Bintang Tenaga)
- Pintu sedikit sukar untuk dibuka
- Tidak mampu untuk menyimpan daging untuk masa yang lama, ataupun untuk menyimpan asikrim
9. Bar Mini Pensonic 45L PMF-661
Bar Mini Pensonic 45L PMF-661 mungkin merupakan sebuah peti sejuk tanpa penyongsang, namun pengguna masih menyukainya kerana kualiti binaan dan penyejukan pantasnya!
Ia mengambil masa 5 jam untuk membekukan air. Mungkin kerana kotak sejuk bekunya sangat kecil!
Apa-apa pun, pengguna tiada sebarang aduan mengenai peti sejuk mini yang mampu milik ini!
Jika anda mahukan akses mudah untuk air sejuk ataupun menyimpan peralatan solek (cth. Tingkat atas rumah), maka Bar Mini Pensonic 45L cukup buat anda!
- Jenis: Satu Pintu
- Kapasiti: 45 L
- Dimensi: 470 x 449 x 501 mm (L x P x T)
- Waranti Kompressor: –
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM359
Kelebihan:
- Mampu milik
- Cukup sejuk (boleh membuat ais)
- Rak boleh laras
Kekurangan:
- Tidak terlalu kompak walaupun kapasitinya kecil
- Bahagian sejuk beku sangat kecil
10. Peti Sejuk Retro Winia Daewoo FN120RD
Hangatkan dapur anda dengan peti sejuk dengan warna merah menyala! Peti sejuk rekaan Korea ini mempunyai penampilan retro dan praktikaliti!
Ia juga mempunyai penilaian tenaga A+++ oleh Daewoo Electronics, oleh sebab kompresornya yang mempunyai keberkesanan yang tinggi dan sistem lampu LED Kristal.
Peti sejuk ini jimat ruang sekiranya anda mahu meletakkan perkakasan lain di atasnya seperti ketuhar gelombang mikro!
Jaminan umum 1 tahun dan jaminan 10 tahun untuk kompresor membuatkan kami suka akan peti sejuk ini.
Pengguna membandingkan penampilannya dengan peti sejuk SMEG, walaupun harganya jauh berbeza! Walaubagaimanapun, seorang pengguna melaporkan bahawa model baharu tidak mempunyai perkataan “The Classics” di hadapan.
- Jenis: Satu Pintu
- Kapasiti: 124 L
- Dimensi: 489 x 580 x 918 mm (L x P x T)
- Waranti Kompressor: 10 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM1,500
Kelebihan:
- Penampilan estetik
- Jimat tenaga
- Rak pintu cukup untuk botol tinggi
- Rak boleh laras
Kekurangan:
- Mahal
- Jaminan umun yang pendek
11. Peti Sejuk Pintu Tunggal Hisense 110L RR120D4AGN
Peti sejuk tanpa penyongsang ini mempunyai kapasiti yang lebih kecil daripada yang disangka. Maka, ramai pengguna mengesyorkan peti sejuk ini untuk golongan bujang.
Ataupun untuk pengantin baru yang tidak memasak dengan kerap! Hal ini kerana bahagian sejuk beku dan bahagian sayurnya kecil.
Peti sejuk ini mempunyai ketinggian paras pinggang, maka ia sesuai diletakkan di dalam bilik dan pejabat juga. Ataupun bagi mereka yang hidup berpindah randah!
Embun beku mula terbentuk di dalam bahagian penyejuk setelah 9 jam. Walaupun ini bermakna ia sangat sejuk, namun ia tidak mampu untuk membuat ais ataupun menyimpan aiskrim, seperti mana dikatakan sebahagian pengguna!
Selain itu, pengguna turut kecewa dengan ketiadaan lampu dalam peti sejuk ini!
- Jenis: Satu Pintu
- Kapasiti: 110 L
- Dimensi: 475 x 446 x 842 mm (L x P x T)
- Waranti Kompressor: 6 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM479
Kelebihan:
- Senyap
- Penilaian 3/5 Bintang Tenaga
- Kualiti baik
- Mudah alih
Kekurangan:
- Tiada penyimpan ais dan dulang telur
- Tiada lampu dalam
- Suhu tidak mencecah takat beku
Bagaimana Ingin Memilih Peti Ais Mini Terbaik?
1. Bajet
Harga sebuah peti ais mini bajet terkenal di Malaysia berbeza dalam lingkungan RM300.
2. Ruang
Kekangan pertama anda (mungkin selain bajet) adalah ruang yang anda ada untuk peti ais mini. Lakukan pengukuran yang diperlukan di mana anda mahu meletakkan peti ais tersebut!
Termasuk ruang untuk membuka pintu!
Dan beberapa inci untuk pengudaraan antara peti sejuk dan dinding!
3. Penyimpanan Dan Kapasiti (Apa Yang Anda Ingin Simpan Di Dalam Peti Ais Anda)
Mungkin anda memerlukan freezer berkapastiti besar di dalam peti ais mini anda untuk ais krim dan daging! Mungkin juga tidak!
Dan mungkin bermanfaat sekiranya rak-rak dapat disusun secara individu untuk menampung makanan dan juga minuman anda!
Jika anda biasa menyimpan banyak minuman, adakah terdapat rak yang boleh menampung minuman anda? Cukupkah ia untuk menyimpan botol yang tinggi?
4. Ciri-ciri lain yang mungkin anda inginkan pada peti sejuk anda:
- Kunci
- Pintu lutsinar
- Waranti untuk kompressor (untuk bahagian paling mahal di dalam peti sejuk, iaitu motor!)
- Penggunaan tenaga yang rendah
- Suhu yang boleh dilaraskan
- Mesra alam (menggunakan cecair penyejuk R600a berbanding R134a)
Kesimpulan
Peti ais mini terbaik Malaysia sangat sesuai apabila anda tidak mempunyai ruang atau bajet untuk peti ais biasa yang lebih besar! Tetapi anda inginkan keselesaan yang serupa!
Peti ais mini jenis kompressor adalah yang paling biasa di pasaran Malaysia. Dengan reka bentuk dan fungsi yang serupa dengan peti sejuk bersaiz biasa.
Dapatkan model yang mempunyai waranti kompressor yang panjang, simpanan yang mencukupi dan dimensi yang tepat!