You are currently viewing 9 Penghawa Dingin Mudah Alih Terbaik Malaysia 2021: Adakah Ia Bernilai Untuk Wang Anda?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Jangan kelirukan penghawa dingin mudah alih Malaysia 2021 dengan penyejuk udara mudah alih! Ia lebih seperti sepupunya yang dipasangkan di dinding! Dari segi harganya dan bagaimana ia berfungsi!

Anda boleh menggunakannya sahaja untuk menyejukan bilik yang kecil. Atau untuk melengkapkan lagi penghawa dingin anda untuk bilik yang lebih besar!

Walau apa pun, anda boleh menggunakan ulasan mengenai portable aircond terbaik di Malaysia ini untuk membantu anda membuat keputusan akhir!

Bagaimana Untuk Memilih Aircond Mudah Alih

1. Saiz

Ini penting kerana anda akan membazirkan duit anda (dan elektrik) jika anda mendapatkan portable aircond yang tidak dapat menyejukan bilik anda dengan cekapnya!

Bagi memastikan sama ada penghawa dingin mudah alih sesuai untuk rumah anda, lihatlah pada unit yang dipanggil CFM (Kaki kubik per minit).

Di mana ia mewakili kadar penghawa dingin mudah alih dapat mengeluarkan kembali  udara sejuk ke bilik anda.

Untuk mengimbangi faktor-faktor lain (cth: siling tinggi, sumber haba yang banyak dan lain-lain), pilihlah model yang mempunyai CFM yang lebih tinggi daripada yang anda perlukan.

Sebagai contoh,

  • 300 kaki persegi = 750-2,000 CFM
  • 1,000 kaki persegi = 2,000-4,000 CFM

Dengan mengambil kira faktor-faktor lain (seperti siling yang tinggi, sumber haba yang banyak, dll), maka anda perlu memilih model yang mempunyai CFM yang lebih tinggi jika anda inginkan kesan penyejukan yang lebih berkesan.

2. Penempatan

Portable aircond anda mesti sentiasa berdekatan dengan tingkap. Ini adalah kerana anda boleh menggantungkan hos ekzos pada ambang tingkap.

Bagi mengeluarkan udara panas!

3. Tahap Kebisingan

Apa-apa sahaja dengan kadar kebisingan (desibel dB) lebih rendah daripada 65dB boleh diterima.

Penghawa dingin mudah alih mempunyai kecenderungan untuk bising. Ini adalah kerana kompresornya bersama dengan unitnya.

4. Nisbah Kecekapan Tenaga (EER)

Sesetengah pengeluar akan mengeluarkan penilaian EER. Lebih tinggi, lebih baik.

Kerana ini bermaksud unit ini menjimatkan tenaga.

Purata EER ialah ~8.5.

5. Ciri-ciri lain yang anda mungkin inginkan:

  • Penapis habuk
  • Kabel kuasa yang cukup panjang
  • Alat kawalan jauh
  • Pemasa
  • Pembilah berayun
  • Kit pengisi tingkap
  • Sistem penyejatan sendiri/saliran air

9 Portable Aircond Terbaik Malaysia 2021

  • Penyaman Udara Mudah Alih Terbaik Bawah RM1,000 – Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0 HP) AP09KVG
  • Penyaman Udara Mudah Alih 1.0HP Dengan Ayunan (Oscillation) Kiri/Kanan Terbaik – Penyaman Udara Mudah Alih Morgan 1.0HP Feather Lite MAC-091
  • Penyaman Udara Mudah Alih 1.5HP Paling Cekap Tenaga – Penyaman Udara Mudah Alih Acson MOVEO 1.5HP A5PA15C
  • Penyaman Udara Mudah Alih 1.0HP Paling Berkuasa – Penyaman Udara Mudah Alih Gree 1.0HP Shiny
  • Terbaik Untuk Tingkap Gelongsor – Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0HP) AP09KVG
  • Penyaman Udara Mudah Alih 1.0HP Bajet Terbaik (Untuk Rumah Sewa) – Midea MPH-09CRN1
  • Penyaman Udara Mudah Alih Senyap Terbaik – Penyaman udara mudah alih Acson atau Gree
  • Penyaman Udara Mudah Alih Paling Jimat Ruang – Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0 HP) AP09KVG
  • Penyaman Udara Mudah Alih 1.5HP Terbaik – Penyaman Udara Mudah Alih Pensonic PPA1010 1.0HP/PPA1510 1.5HP atau Midea MPF-12CRN1

1. Penghawa Dingin Mudah Alih Midea 1.0HP MPH-09CRN1

Walaupun sejauh mana tenangnya aircond mudah alih, anda masih boleh mendengar kompresor penghawa dingin mudah alih Midea 1.0HP MPH-09CRN1. Namun bunyi bisingnya tidak terlalu mengganggu, menurut ulasan-ulasan pengguna.

Anda boleh memasang hos ekzosnya dengan mengikuti manual. Diingatkan bahawa lokasi pemasangan yang anda pilih adalah amat penting.

Pemasangan ekzos:

Hal ini kerana walaupun unit ini mempunyai sistem penyejatan tersendiri, anda tetap perlu mengosongkan air lebihan dari semasa ke semasa.

Pengguna-pengguna mendapati yang ia menghasilkan udara sejuk (tetapi tidak segera) dan kuasa kuda yang sesuai dengan bilik bersaiz kecil dan sederhana (cth. 10×10 kaki atau 3×4 m²). Ciri-ciri lain termasuk pemasa 24 jam, mod tidur, dan penapis.

Tidak seperti Penyaman Udara Mudah Alih Morgan 1.0HP Feather Lite MAC-091, Penyaman Udara Mudah Alih Midea 1.0HP tidak boleh berayun (swing). Ia hanya mengeluarkan udara pada satu arah sahaja.

Maka jika anda menginginkan penyaman udara mudah alih dengan fungi ayunan, Penyaman Udara Mudah Alih Morgan 1.0HP Feather Lite MAC-091 lebih sesuai buat anda! Harganya juga lebih kurang sama!

Dan sekiranya anda mempunyai rumah sendiri, lebih baik anda mendapatkan penyaman udara dinding. Sekiranya anda menyewa, maka penyaman udara mudah alih ini merupakan jalan penyelesaian terbaik.

Penghawa Dingin Mudah Alih Midea 1.0HP MPH-09CRN1
  • Dimensi (P x L x T): 345 x 355 x 703 mm
  • Berat: 23.8 kg
  • Kadar Kapasiti: 1.0 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 9,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 1,015 W
  • EER: 8.87
  • Pengaliran Udara: 300 m³/j (175 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 53 – 55 dBA
  • Ciri-ciri: Penyejatan sendiri, Penapis ion perak
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM849

Kelebihan:

Kekurangan:

2. Penghawa Dingin Mudah Alih MOVEO Acson 1.0HP A5PA10C

MOVEO 1.0HP A5PA10C oleh Acson datang dengan panduan dan aksesori yang anda perlukan (cth: pendakap tingkap, outlet tingkap, hos ekzos dan lain-lain) untuk memasang unit anda sendiri! Tanpa peralatan!

Satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah hos ekzosnya sangat lembut dan mungkin memerlukan sokongan tambahan mengikut keadaan tempat anda meletakkannya.

Ia juga hadir dengan hos getah untuk mengalirkan air keluar tetapi ia tidak menjadi keperluan. Hal ini kerana kelihatan tiada air yang keluar daripada unit ini ketika ia beroperasi.

Diingatkan juga bahawa manualnya tidak membantu dalam menerangkan fungsi bagi setiap aksesori.

Akan tetapi, pemasangan penyaman udara ini mungkin berbaloi dengan usaha anda, kerana banyak ulasan yang membandingkan kebolehan penyejukannya dengan penyaman udara dinding!

Menurut pengguna, bunyi penyaman udara ini sedikit bising tetapi lebih senyap berbanding model 1HP jenama-jenama lain seperti Penyaman Udara Mudah Alih Midea 1.0HP MPH-09CRN1. Namun, ia juga ~10kg lebih berat.

Penyaman udara A5PA10C ini mempunyai panel skrin sentuh (dan alat kawalan jauh) untuk mengubah kelajuan (3 tetapan kipas). Ia juga mampu mengingati tetapan terakhirnya jika sumber kuasa tiba-tiba terpadam!

Untuk bilik bersaiz 10×10 kaki, kuasa kudanya mencukupi. Jika untuk bilik yang lebih besar (cth. 10 x 15 kaki), maka Penyaman Udara Mudah Alih A5PA15C dengan 1.5HP boleh dipertimbangkan.

Penghawa Dingin Mudah Alih MOVEO Acson 1.0HP A5PA10C
  • Dimensi (P x L x T): 485 x 395 x 880 mm
  • Berat: 30 kg
  • Kadar Kapasiti: 1.0 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 10,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 1,130 W
  • EER: 8.85
  • Pengaliran Udara: 300 m³/j (176.6 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 50 – 52 dBA
  • Ciri-ciri: Penapis ion perak, sistem penyejatan sendiri (teknologi pemeluwap berganda)
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM1,350

Kelebihan:

Kekurangan:

3. Penyaman Udara Mudah Alih Pensonic PPA1010 1.0HP/PPA1510 1.5HP

Penyaman Udara Mudah Alih Pensonic PPA1010 1.0HP dan PPA1510 1.5HP sememangnya tidak ringan – ~30kg, maka pemasangannya memerlukan beberapa tenaga manusia. Namun pemasangannya yang tidak susah boleh membuatkan anda menarik nafas lega.

Anda perlu meletakkannya dekat dengan tingkap atau mempunyai lubang untuk hos ekzos (tersedia). Mungkin juga terdapat perkakas tingkap, bergantung dari mana anda membelinya.

Anda tidak perlukan saluran keluar untuk mengosongkan air lebihan, sebaliknya anda perlu mengosongkan takungan airnya selepas 6 jam menggunakannya. Takungan ini terletak di bawah dan belakang penyaman udara.

Kedua-dua model sangat mampu untuk menyejukkan sebuah bilik kecil. Perbezaan harga antara kedua-duanya adalah ~RM200.

Namun jika anda inginkan penyaman udara ini di bilik tidur, fikir semula:

Penyaman udara mudah alih Pensonic ini mempunyai bunyi yang kuat berbanding model-model jenama lain yang serupa dengannya. Contohnya, Penyaman Udara Mudah Alih Acson MOVEO 1.0HP A5PA10C mempunyai bunyi bawah 60 dBA.

Ia mempunyai kadar pengaliran udara tertinggi berbanding penyaman udara lain yang telah disebut. Ia setanding dengan Midea MPF-12CRN1.

Penyaman Udara Mudah Alih Pensonic PPA1010 1.0HP/PPA1510 1.5HP
  • Dimensi (L x P x T): 460 x 500 x 840 mm
  • Berat: ~30kg
  • Nilai keupayaan: 1.0HP / 1.5HP
  • Keupayaan penyejukan: 9000 BTU/h / 12000 BTU/h
  • Penggunaan kuasa: 1200 W / 1500 W
  • EER: tiada data
  • Aliran udara: 410 m³/j
  • Alat kawalan jauh: Hadir
  • Bunyi: 64 dBA
  • Ciri: Roda, Panel kawalan paparan LED, Pemasa, Mod Senyap, Penyahlembapan, Ayunan Tegak Automatik, 3 Tetapan Kelajuan
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun untuk kompresor
  • Harga: ~RM1,000 / RM1,200

Kelebihan:

Kekurangan:

4. Penghawa Dingin Mudah Alih Morgan 1.0HP Feather Lite Mac-091

Walaupun model 1.0HP dibawah RM1,000 dan kemampuan kadar aliran udara yang tinggi (380 m³/j or 224 CFM) – cukup untuk menyejukan bilik bersaiz 14m²:

Ia bukan yang paling mesra alam dengan EER 2.64. Selain itu, ia masih menggunakan penyejuk, R410A. Bukannya R-32.

Walaubagaimanapun, rata-rata pengguna mendapati yang penyaman udara ini mampu untuk menyejukkan sebuah bilik kecil. Ciri ayunan ke kiri dan kanannya juga menjadi kelebihan berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.

Tambahan pula, kualitinya bagus untuk harganya yang rendah.

Tetapi, anda perlu mencari tempat untuk meletakkan hos keluar. Bunyinya juga agak kuat bagi mereka yang mudah terjaga ketika tidur. Beberapa pengguna mengatakan yang saluran habanya terlalu pendek.

Ia masih boleh diharap dan ramai yang memilih Penyaman Udara Mudah Alih Morgan 1.0HP MAC-091 atas sebab harganya yang mampu milik!

Morgan MAC-091 juga mempunyai aliran udara yang lebih tinggi (380 m³/hr) berbanding model 1HP lain seperti Acson MOVEO 1.0HP dan Midea 1.0HP MPH-09CRN1.

Penghawa Dingin Mudah Alih Morgan 1.0HP Feather Lite Mac-091
  • Kadar Kapasiti: 1.0 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 9,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 990 W
  • EER: Tiada
  • Pengaliran Udara: 380 m³/j (224 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: Tiada
  • Ciri-ciri: 4 Mod, Pemasa, Alat Kawalan Jauh
  • Jaminan: 1 tahun & 5 tahun (kompresor)
  • Harga: ~RM890

Kelebihan:

Kekurangan:

5. Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0HP) AP09KVG

Pertama sekali kami ingin nyatakan bahawa kami sukakan Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0HP) AP09KVG kerana ia menggunakan penyejuk jenis baharu R-32.

Kedua, jika anda menginginkan penyaman udara mudah alih yang dilengkapi dengan perkakas untuk tingkap gelongsor, anda boleh memilih penyaman udara ini! Hos ekzosnya berdiameter 5.9 inci dan panjangnya 59 inci.

Anda juga tidak perlu mengosongkan air lebihan hasil kondensasi udara, kerana ia akan mengalirkan dan menyejatkan air keluar melalui satu lubang ekzos (penyejatan automatik)

Ia mengambil sedikit masa untuk menyejukkan bilik bersaiz sederhana tetapi dapat menurunkan suhu setelah berlalu suatu masa (~1 jam). Syukurlah yang bunyinya tidak kuat (~53dBA)cukup senyap untuk anda tidur di bilik yang sama dengan penyaman udara mudah alih ini!

Kadar aliran udaranya lebih rendah daripada model penyaman udara mudah alih 1.0HP yang lain seperti Morgan 1.0HP MAC-091.

Maka lebih baik penyaman udara mudah alih ini digunakan di bilik kecil. Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kualiti dan harganya!

Ia juga mudah untuk digunakan. Namun, sesetengah pengguna mendapati yang fungsi ayunannya (menggunakan alat kawalan jauh) tidak berfungsi.

Penyaman Udara Mudah Alih Hisense R32 (1.0HP) AP09KVG
  • Dimensi (L x P x T): 300 x 330 x 670 mm
  • Berat: 21.4 kg
  • Nilai Keupayaan: 1.0HP
  • Keupayaan Penyejukan: 9,000 BTU/h
  • Penggunaan Kuasa: Tiada data
  • EER: tiada data
  • Aliran Udara: 280 m³/j (CFM)
  • Alat Kawalan Jauh: Hadir
  • Bunyi: ~53 dBA
  • Ciri: Penunjuk Tangki Air (sekiranya penuh), 2 Kelajuan Kipas, Mula Semula Automatik, Pemasa (24 jam), Penyejukan Segera, Penyejukan Automatik, Mod Kering, Mod Tidur, Paparan LED
  • Jaminan: 1-2 tahun, 5 tahun untuk kompresor
  • Harga: ~RM900

Kelebihan:

Kekurangan:

6. Penghawa Dingin Mudah Alih Berkilat Gree 1.0HP

Pujian harus diberikan kepada Gree kerana menggunakan penyejuk jenis baharu, R32 pada Penyaman Udara Mudah Alih 1.0HP Shiny!

Pengguna menyatakan yang kedua-dua penyaman udara mudah alih mampu menyejukkan bilik kecil dengan cepat (dalam beberapa minit). Anda mungkin perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan bunyinya, tetapi ia tidaklah terlalu gempita.

Seorang pengguna mendapati yang ia lebih bagus daripada penyaman udara mudah alih LG. Penyaman udara mudah alih Gree Shiny lebih senyap dan mempunyai kesan penyejukan yang efektif.

Ia tidak mengambil banyak ruang. Penyaman udara ini juga mempunyai penampilan yang menarik juga! Tambahan pula, anda boleh menyasarkan di mana anda mahukan aliran anginnya keluar.

Menurut ulasan, pemasangannya ringkas.

Melainkan anda ingin memasangnya melalui tingkap! Hal ini kerana perkakas tingkapnya menggunakan skru yang mempunyai saiz yang kurang sesuai dan berkualiti sederhana. Di samping itu, manualnya agak kurang berguna.

Hampir tiada perbezaan (dari segi prestasi dan tahap pemasangan) antara model 8000 BTU dan model 9000 BTU (Penyaman Udara Mudah Alih Gree 1.0HP Shiny):

Namun, Penyaman Udara Mudah Alih Gree 1.0HP Shiny mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kelembapan!

Jika anda berfikir untuk menjimatkan bil elektrik dengan penyaman udara mudah alih ini, maka Penyaman Udara Mudah Alih Gree 1.0HP Shiny juga boleh dijadikan pilihan kerana keputusannya tidak terlalu berbeza. Namun yang pastinya ia akan menurunkan suhu bilik!

Penghawa Dingin Mudah Alih Berkilat Gree 1.0HP
  • Kadar Kapasiti: 1.0 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 9,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 1,010 W
  • EER: 8.9
  • Pengaliran Udara: 270 – 330 m³/j (159 – 194 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 49 – 53 dBA
  • Ciri-ciri: Pemasa, Penyejukan Pantas
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM1,199

Kelebihan:

Kekurangan:

7. Penghawa Dingin Mudah Alih Midea 1.5HP MPF-12CRN1

Dengan reka bentuk yang bersih, MPF-12CRN1 mempunyai tenaga kuda yang lebih sedikit daripada model sebelum ini.

Ia juga mempunyai sistem penyejatan sendiri, pemasa 24 jam, penapis dan mod tidur. Ciri-ciri tambahannya ialah teknologi pengion dan perlindungan automatic!

Menurut pengguna, ia berfungsi dengan baik. Walaupun ia menghasilkan bunyi yang sedikit bising pada kelajuan tinggi, tetapi aliran udaranya kuat.

Perlu diingatkan seperti penyaman udara mudah alih yang lain, ia memerlukan hos udara panas untuk dialirkan keluar. Sesuatu yang pasti dirindui pengguna.

Ekzos haba penyaman udara mudah alih ini mempunyai panjang 5 kaki, dengan diameter 6 inci.

Jika anda bercadang untuk memasangnya di tingkap gelongsor, ketahuilah bahawa penyaman udara mudah alih ini tidak boleh dipasang pada tingkap jenis tersebut.

Penghawa Dingin Mudah Alih Midea 1.5HP MPF-12CRN1
  • Dimensi (P x L x T): 458 x 372 x 774 mm
  • Berat: 32.7 kg
  • Kadar Kapasiti: 1.5 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 12,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 1,255 W
  • EER: 9.56
  • Pengaliran Udara: 400 m³/j (235 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 55 – 57 dBA
  • Ciri-ciri: Pengion Binaan Dalaman
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM1,288

Kelebihan:

Kekurangan:

8. Penghawa Dingin Mudah Alih MOVEO Acson 1.5HP A5PA15C

Dengan reka bentuk luaran yang sama, ini adalah model berkuasa tinggi A5PA10C dan berharga lebih RM400 lagi! Ia juga merupakan lebih cekap (EER 10).

Penyaman udara mudah alih ini mempunyai penilaian EER paling tinggi berbanding model-model 1.5HP yang lain dalam senarai! Ia mengalahkan Penyaman Udara Mudah Alih Gree 1.5HP Shiny!

Jika anda berhadapan dengan Penyaman Udara Mudah Alih Acson MOVEO 1.5HP A5PA15C, anda akan berasa sangat sejuk. Tetapi apabila dari sisi, kesejukannya berkurang!

Sekurang-kurangnya ia tidak terlalu bising dan anda boleh tidur di bilik yang sama dengan penyaman udara mudah alih ini. Bunyinya hampir sama kuat dengan kipas biasa. Segelintir pengguna menyatakan yang ia lebih bising daripada penyaman udara dua unit (iaitu penyaman udara dinding).

Berdasarkan spesifikasi, tahap bunyinya lebih kurang sama dengan model-model 1HP lain dalam senarai. Lebih senyap daripada Penyaman Udara Mudah Alih Midea 1.0HP MPH-09CRN1!

Syukurlah pemasangan penyaman udara mudah alih ini adalah mudah. Ia juga ideal untuk mereka yang menyewa rumah! Itupun jika anda mempunyai bajet untuk membelinya.

Penghawa Dingin Mudah Alih MOVEO Acson 1.5HP A5PA15C
  • Dimensi (P x L x T): 485 x 395 x 880 mm
  • Berat: 30 kg
  • Kadar Kapasiti: 1.5 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 12,000 BTU/j
  • Penggunaan Kuasa: 1,200 W
  • EER: 10
  • Pengaliran Udara: 300 m³/j (176.6 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 51 – 53 dBA
  • Ciri-ciri: Penapis ion perak, sistem penyejatan sendiri (teknologi pemeluwap berganda)
  • Jaminan: 1 tahun, 5 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM1,715

Kelebihan:

Kekurangan:

9. Penghawa Dingin Mudah Alih Berkilat Gree 1.5HP

Kuasa kuda dan kapasiti penyejukan yang lebih tinggi (12,010 BTU/h) Penghawa Dingin Mudah Alih Berkilat Gree 1.5HP membolehkannya untuk menyejukan kawasan berluas 15-22m².

Video promosi dan peragaan:

Ia juga menggunakan penyejuk R32! Dan udara panas dikeluarkan melalui hos.

Anda boleh menggunakan penghawa dingin ke bilik lain dengan roda kastornya jika anda mahukan. Dan menetapkan pemasa (hingga 24 jam) dengan menyediakan alat kawalan jauh.

Sebagai langkah untuk memanfaatkan sepenuhnya penyaman udara mudah alih ini, pengguna mencadangkan untuk membiarkan saluran haba sependek yang mungkin (untuk mengelakkan haba terkumpul). Tingkap juga perlu ditutup ketika menggunakannya.

Di samping itu, lampu hijaunya perlu ditunjukkan pada lambang emping salji dan bukannya pada lambang kipas. Maka anda akan dapati kesan penyejukan yang lebih efektif. Bunyi penyaman udara mudah alih ini mungkin kedengaran tapi masih boleh tahan.

Maka Penyaman udara Mudah Alih Gree 1.5HP Shiny jika anda merasakan Acson MOVEO 1.5HP terlalu mahal.

Penghawa Dingin Mudah Alih Berkilat Gree 1.5HP
  • Kadar Kapasiti: 1.5 HP
  • Kapasiti Penyejukan: 12,010 BTU/j
  • Penggunaa Kuasa: 1,345 W
  • EER: 8.9
  • Pengaliran Udara: 300 – 360 m³/j (176.6 – 212 CFM)
  • Alat Kawalan Jauh Tanpa Wayar: Ya
  • Kebisingan: 49 – 53 dBA
  • Ciri-ciri: Penyejukan Pantas & Berkuasa, Sistem Penyejatan Air Automatik, Pemasa
  • Jaminan: 1 tahun, 3 tahun bagi kompresor
  • Harga: ~RM1,499

Kelebihan:

Kekurangan:

Bagaimanakah Penghawa Dingin Mudah Alih Berfungsi?

Penghawa dingin mudah alih berfungsi bagaikan penghawa dingin terbaik (atau dikenali sebagai sistem pembahagi) di Malaysia!

  1. Sistem penyejukan di dalam aircond mudah aih mengandungi penyejuk yang mengalir dalam “gegelung penyejuk”.
  2. Apabila udara panas melalui gegelung ini, penyejuk (selalunya R410A) menyerap haba dan sebahagiannya akan menyejat.
  3. Sementara udara sejuk kembali ke bilik anda, bahan pendingin yang meguap masuk ke kompresor.
  4. Di mana ia akan melepaskan haba yang diambilnya.
  5. Kipas akan menyalurkan haba ini keluar melalui hos ekzos.
  6. Kondensasi berlebihan yang terbentuk di atas gegelung akan disalirkan keluar melalui saluran yang berasingan. Model terkini akan mengeluarkan kelembapannya tersendiri! (iaitu Penyaman udara sejat-sendiri)!

Jika anda mendapati penghawa dingin mudah alih anda menyedut semua kelembapan di udara:

Ini boleh menyebabkan kulit kering dan meningkatkan kerentanan anda untuk selsema.

Bagi mengembalikan kelembapan itu, pertimbangkan untuk mendapatkan pelembap terbaik di Malaysia!

  1. Prosesnya berulang ketika penyejuk mengalir kembali ke dalam penghawa dingin untuk menerima haba semula.
Namun anda mungkin tertanya-tanya: Bagaimanakah ia berbeza daripada penyejuk udara?

Penghawa Dingin Mudah Alih Lwn Penyejuk Udara Mudah Alih

Benar, bahawa ia kelihatan sama tetapi penyejuk udara tidak menggunakan apa-apa bahan penyejuk atau kompresor.

Sebaliknya mereka menggunakan pad penyejuk yang direndamkan dengan air. Ais batu juga boleh dimasukkan ke dalam tangki air.

Penyejuk akan menyedut udara panas dan menukarkannya kepada udara yang sejuk melalui pad penyejuk sebelum menghembuskan udara keluar.

KriteriaPenghawa Dingin Mudah AlihPenyejuk Udara Mudah Alih
HargaTinggiSederhana-Rendah
Kemudahan PemasanganSederhana-RendahRendah
SaizLebih KurangLebih Kurang
KemudahalihanTerhad kepada panjang hos ekzosBoleh digerakkan ke mana sahaja
Keberkesanan PenyejukanLebih tinggiLebih rendah
Penggunaan TenagaLebih tinggiLebih rendah
Mesra AlamTidakYa
Tahap KelembapanRendahTinggi
Pengudaraan Yang BaikTidakYa
Kawasan Yang Boleh DigunakanDalaman sahajaDalaman dan luaran
KebisinganLebih tinggi (kerana kompresor)Lebih rendah
Pemilihan SuhuYaTidak
KesulitanMemerlukan tempat untuk meletakan hos ekzosPerlu menambah air setiap 6 jam atau kurang

Selain daripada ini, penyejuk udara adalah jauh lebih murah. Namun ia hanya mampu menyejukan bilik anda hanya beberapa darjah.

Jadi perkara yang paling menarik mengenai penyejuk udara ialah harganya! Anda tidak memerlukan apa-apa pemasangan dan juga hos ekzos!

Kelebihan & Kekurangan Aircond Mudah Alih

Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan yang biasa ada pada sebuah penyaman udara mudah alih berbanding cara penyejukan lain (cth. kipas, penyaman udara, penyejuk udara, dll.):

Kekurangan Penghawa Dingin Mudah Alih

  • Bising
  • Penempatan terhad
  • Mengambil sangat banyak ruang daripada kipas berdiri terbaik (selalunya)
  • Kurang kecekapan daripada penghawa dingin
  • Tidak dapat mengedarkan udara di kawasan yang besar seperti kipas siling

Kelebihan Penghawa Dingin Mudah Alih

  • Kurang kompleks untuk memasang berbanding dengan penghawa dingin biasa
  • Pemasangan tidak tetap
  • Mempunyai roda biasanya
  • Mudah dioperasikan
  • Boleh menyejukan bilik yang kecil dan pejabat
  • Fungsi berganda sebagai penyahhidratan

Penyediaan Dan Penyelenggaraan Penghawa Dingin Mudah Alih

  • Keluarkan air daripada dulang pengumpulan air sekali sekala
  • Bersihkan penapis seperti yang disarankan oleh pengilang
  • Jika anda terlihat ais mula membentuk pada gegelung, sudah tiba masanya untuk mencairkan sepenuhnya dan keringkan unit tersebut
  • Lapkan bahagian luaran dengan kain lembap untuk buangkan habuk

Konklusi

Ini dia, aircond mudah alih terbaik Malaysia 2021! Bagi yang baik, harganya lebih kurang sama seperti penghawa dingin yang dipasangkan di dinding. Jadi jika anda mempunyai pilihan, dapatkan itu sahaja.

Jika anda benar-benar memerlukan penghawa dingin mudah alih, ambillah Midea MPH-09CRN1 (Model terbaik dibawah RM1,000). Atau Midea MPF-12CRN1 (Model 1.5HP terbaik)