You are currently viewing 9 Pencetak Terbaik Di Malaysia 2021 Untuk Kegunaan Rumah (Laser & Inkjet)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Kenapa Mempercayai Kami?

Tiada pejabat moden (rumah atau sebaliknya) adalah lengkap tanpa printer terbaik di Malaysia 2021! Sudah tentu, kebanyakan perniagaan kini sedang beralih kepada sistem tanpa kertas.

Tetapi sekiranya anda agak kerap menuju ke kedai fotokopi, inilah masanya untuk anda mendapatkan printer yang bagus dan murah untuk anda sendiri!

Antara pencetak inkjet dan laser, senarai ini mengandungi pilihan yang cukup banyak. Termasuk pencetak laser yang paling serbaguna dan paling terbaik di Malaysia!

9 Printer Terbaik Di Malaysia 2021

  • Pencetak Wayarles Semua-Dalam-Satu Terbaik – HP Ink Tank Wireless 415 All-In-One Printer
  • Pencetak Wayarles Semua-Dalam-Satu Bajet Terbaik– HP DeskJet 2722 All-in-One Printer
  • Pencetak (hitam dan putih)Volum Tinggi Terbaik – Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer
  • Pencetak Semua-Dalam-Satu Kompak Terbaik– Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer
  • Pencetak (Hitam dan Putih) Wayarles Terbaik– Brother HL-1210w Monochrome Wireless (WiFi) Laser Printer
  • Pencetak Wayarles Semua-Dalam-Satu Yang Menjimatkan (Jangka Masa Panjang) Terbaik – Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer
  • Pencetak (Bukan wayarles) Semua-Dalam-Satu Bajet Terbaik – HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer
  • Pencetak Terbaik Untuk Kegunaan Ringan & Tidak Kerap (hitam dan putih) – Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer
  • Pencetak (Hitam dan putih, bukan wayarles) Semua Dalam Satu Terbaik – Canon imageCLASS MF3010 All-in-one Mono Laser Printer

1. Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer

Nikmatilah kemudahan wayarles dalam proses mencetak, mengimbas dan menyalin dengan Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer yang kecil dan ringan:

Anda boleh menyambungkan dengan sehingga 8 peranti kepada pencetak semua dalam satu yang terbaik ini (tanpa memerlukan peranti penghala)! Dimana ia lebih daripada mencukupi untuk pejabat rumah!

Apa yang pengguna benar-benar gemarkan pencetak ini (selain daripada luaran putih) ialah betapa mudah dan bebas-kotoran untuk mengisi dakwatnya! Hanya dengan mengikuti arahan yang disediakan.

Namun begitu, ramai pengguna mengatakan bahawa tetapan WiFi tidak begitu jelas. Dan akan memerlukan anda untuk merujuk kepada tutorial di YouTube.

Tip: Pasangkan WPS anda

Setelah dipasang, pengguna melaporkan bahawa proses mencetak dan mengimbas melalui Telefon Pintar atau WiFi adalah mudah. Ia ternyata serasi dengan iOS, Android, Mac OS dan Windows.

Nota: Tiada fungsi AirPrint jadi seorang pengguna tidak mengesyorkan untuk pengguna iPhone

Aplikasi Epson, iPrint adalah lebih mesra-pengguna berbanding aplikasi pencetak Canon. Tetapi seorang pengguna mengatakan bahawa HP 2676 adalah lebih baik!

Tidak terdapat fungsi mencetak dua-muka. Tetapi kualiti printer adalah bagus untuk harganya. Walaupun begitu, cetakan warna tidak begitu jelas. Sesetengah pengguna menganggap bahawa kualiti cetakannya cukup bagus untuk gambar!

Selain daripada cetakan yang lebih pantas, pengguna mendapati pencetak ini juga lebih murah untuk terus digunakan (iaitu kos dakwat yang lebih rendah) berbanding pencetak HP, Canon atau Brother.

Saiznya yang kompak dan kos selenggara yang rendah untuk pencetak yang ringan Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan rumah.

Epson EcoTank L3156 WiFi All-In-One Ink Tank Printer
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak Imbas Salin)
  • Teknologi Cetakan: Inkjet atas-permintaan (Piezoelectric)
  • Kelajuan Mencetak (Hitam / Warna): Sehingga 10 ipm / 5.0 ipm
  • Kapasiti Kertas: 100 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 375 x 347 x 179 mm
  • Berat: 3.9 kg
  • Jaminan: 2 tahun
  • Harga: ~RM599
  • Kos Isian Semula: RM7 (alternatif yang murah) sehingga RM90 (tulen) setiap botol , atau ~RM200 (set tulen)

Kebaikan:

  • Pemasangan yang mudah
  • Rekaan yang cantik bersih
  • Tempoh jaminan yang panjang
  • Menyokong cetakan 4R tanpa batas
  • Kos cetakan yang rendah
  • Ringan dan kompak (padat)
  • Kualiti cetakan agak bagus
  • Mudah untuk mengisi semula dakwat

Kekurangan:

  • Tiada cetakan dua-muka automatik
  • Tidak begitu mudah untuk memasang tetapan fungsi WiFi

2. Canon PIXMA G3010 All-In-One Ink Tank Wireless Printer

Sekiranya anda mahukannya secara tepat, printer yang teguh iaitu Canon PIXMA G3010 All-In-One Ink Tank Wireless Printer adalah sebenarnya merupakan pencetak bertangki dakwat.

Ianya cukup padat dan kecil untuk menjadikannya sebuah pencetak di rumah yang terbaik untuk tahun 2021 di Malaysia bagi tujuan mencetak, mengimbas dan menyalin! Dan anda boleh menggunakan pencetak ini secara langsung dengan melalui telefon pintar anda!

Kualiti cetakan untuk gambar juga tidak terlalu buruk!

Tetapan tidak mengambil masa terlalu lama menurut pada ulasan. Dan sementara ia tidak boleh mencetak dokumen yang mempunyai dua-muka, dan mempunyai kekurangan fungsi faks dan sokongan untuk MAC:

Pengguna menggemari pencetak warna yang asas ini (dilengkapi dengan dakwat original) dengan kebolehan WiFi dan jaminan selama 3 tahun daripada Canon Malaysia!

Canon PIXMA G3010 All-In-One Ink Tank Wireless Printer
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: tidak dinyatakan
  • Kelajuan mencetak (Hitam / Warna): Sehingga 8 ipm / 5.0 ipm
  • Kapasiti Kertas: 100 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 445 x 533 x 260 mm (Dulang ADF yang panjang)
  • Berat: 6.3 kg
  • Jaminan: 2 tahun
  • Harga: ~RM599
  • Kos Isian Semula: ~RM30 setiap botol (atau RM120 untuk set 4 botol)

Kebaikan:

  • Peranti pemalam cetakan yang Pintar (untuk Android)
  • PIXMA Cloud Link melalui telefon pintar atau tablet
  • Mudah dipasang
  • Kemasan matte yang cantik
  • Dulang kertas yang panjang
  • Tempoh jaminan yang panjang

Kekurangan:

  • Tidak menyokong macOS

3. Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer

Anda tidak memerlukan sebuah PC pun untuk memasang tetapan Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer! Memandangkan ada seorang pengguna telah menemui bahawa sebaliknya ia boleh dilakukan hanya dengan telefon pintar Android atau iOS!

Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer

Dan ianya lebih mudah berbanding memasang pencetak HP, menurut seorang pengguna!

Bagaimana untuk memasangnya:

Pencetak yang kompak ini menghasilkan cetakan yang berkualiti (hanya dalam warna hitam dan putih), dan mencetak dengan pantas! Anda boleh menggunakan samada sebuah PC atau telefon – kedua-duanya akan berfungsi! Dan pengguna IOS boleh menggunakan AirPrint dengan pencetak ini!

Seseorang yang mempunyai perniagaan di rumah atau tugasan kerja sekolah mungkin akan mendapati bahawa antum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer sangat membantu!

Malahan jika mereka tidak mempunyai PC! Walaupun seorang pengguna menyatakan ianya tetap lebih mudah untuk menggunakan pencetak ini dengan PC! Volum halaman yang disyorkan juga adalah tinggi (iaitu 700 halaman)

Selain itu, berapa kerap anda melihat terdapatnya jaminan untuk seumur hidup? Ianya bagus jika anda tidak merancang untuk menggunakan pencetak ini dengan kerap. Tambahan lagi, anda boleh kurang bimbang mengenai masalah kekeringan dakwat kerana ianya adalah printer jenis laser!

Pantum P2506W Direct WiFi Mono Laser Printer - Side
  • Jenis: Pencetak Laser Monokrom (Cetak, WiFi)
  • Teknologi Cetakan: Laser Monokrom Elektrofotografik
  • Kelajuan Mencetak (Hitam): Sehingga 22ppm
  • Kapasiti Kertas: 150 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 337 x 220 x 178 mm
  • Berat: 4.75 kg
  • Jaminan: Seumur hidup
  • Harga: ~RM319

Kebaikan:

  • Jaminan seumur hidup
  • Dengan kebolehan WiFi
  • Pemasangan yang mudah
  • Masa mencetak yang pantas
  • Menjimatkan-ruang
  • Menyokong iOS, Android, MAC dan Windows
  • Kitar tugas yang besar (bulanan dan dengan A4) sehingga sebanyak 15,000 halaman

Kekurangan:

  • Tidak mencetak dalam warna
  • Tiada kebolehan mengimbas

4. HP Ink Tank Wireless 415 All-in-One Printer

Antara ciri-ciri yang tersedia pada HP Ink Tank Wireless 415 All-in-One Printer untuk cetakan mudah-alih:

Terdapat tangki dakwat lutsinar! Proses isian semula dakwat adalah secara relatifnya juga adalah bebas-kotoran! Diikuti dengan diskaun daripada potongan jualan, pencetak ini merupakan salah satu pencetak inkjet semua-dalam-satu yang terbaik untuk dibeli sebagai pencetak di rumah!

Juga mempertimbangkan mengenai kualiti mengimbas dan mencetak yang sangat bagus! Dan penggunaan dakwat yang menjimatkan!

Disebabkan ciri mencetak yang wayarles, ia sangat memudahkan penggunaan. Anda boleh mencetak secara langsung daripada emel atau telefon anda (melalui aplikasi Smart HP tertentu)! Wayar yang kurang juga memastikan meja anda sentiasa kemas.

Kebanyakan ulasan untuk pencetak ini adalah positif. Kecuali bagi seorang pengguna yang pencetaknya menjadi rosak setelah seminggu penggunaan.

Sekiranya anda sanggup untuk mengambil risiko tersebut, pencetak inkjet wayarles ini mengambil ruang yang kurang berbanding pencetak Canon Maxify MB5170 All-In-One+Fax WiFi Printer yang lebih besar.

Namin begitu, jika ciri kelajuan mencetaknya yang anda mahukan, Canon Maxify MB5170 All-In-One+Fax Wifi Printer adalah lebih pantas berbanding HP Ink Tank Wireless 415 All-in-One Printer! (contohnya, 12ppm vs 8ppm untuk hitam dan putih)

HP Ink Tank Wireless 415 All-in-One Printer
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: Inkjet Haba HP
  • Kelajuan mencetak (Hitam / Warna): Sehingga 8ppm / 5ppm
  • Kapasiti Kertas Input: 60 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 525 x 310 x 158 mm
  • Berat: 4.67 kg
  • Jaminan: 2 tahun
  • Harga: ~RM653
  • Kos Isian Semula: ~RM30 setiap botol atau ~RM100 untuk seluruh set

Kebaikan:

  • Mudah untuk menggunakan dan memasang sambungan wayarles
  • Manual pengguna yang terperinci
  • Tempoh jaminan yang panjang
  • Anda boleh mencetak banyak (lebih daripada 6,000) dokumen sebelum tiba masa untuk isian semula!

Kekurangan:

  • Cetakan yang perlahan
  • Mahal

5. Epson EcoTank L3110 All-in-One Ink Tank Printer

Sambungan USB diperlukan untuk menghubungkan pencetak kecil; Epson EcoTank L3110 All-in-One Ink Tank Printer dengan laptop anda di pejabat rumah anda!

Dan sama seperti pencetak Epson EcoTank L3156:

Pencetak ini merupakan salah satu pencetak tangki dakwat yang terbaik di Malaysia disebabkan kebolehan mencetaknya yang berkualiti tinggi (resolusi 5760 dpi) dan penggunaan dakwat yang efisyen (7,500 untuk warna, 4,500 untuk hitam)!

Pencetak inkjet ini lebih murah berbanding pencetak Canon Maxify MB5170 All-In-One+Fax Wifi Printer atau HP Ink Tank Wireless 415 All-in-One Printer:

Kerana ia tidak mempunyai fungsi WiFi. Dan tidak boleh dioperasikan secara wayarles.

Fungsinya hanya terhad kepada mencetak, mengimbas dan menyalin. Hasilnya adalah memuaskan menurut pada pengguna. Dengan tanpa bunyi yang terlalu bising.

Kedua-dua fungsi mencetak dan mengimbas juga adalah serasi untuk Windows Server OS atau Mac OS X 10.6.8 (atau sistem operasi yang lebih lama). Dan jika anda mahu mencetak secara dupleks, anda perlu melakukannya secara manual.

Untuk kegunaan rumah, ia berfungsi dengan cukup baik.Dan tidak rumit untuk memasang tetapannya. Tetapi terdapat kebocoran yang sekali-sekala apabila tiba masa untuk mengisi semula dakwat!

Epson EcoTank L3110 All-in-One Ink Tank Printer
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: Inkjet Atas-Permintaan (Piezoelectric)
  • Kelajuan Mencetak (Hitam / Warna): Sehingga 10 ipm / 5.0 ipm
  • Kapasiti Kertas: 100 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 375 x 347 x 179 mm
  • Berat: 3.9 kg
  • Jaminan: 2 tahun
  • Harga: ~RM499
  • Kos Isian Semula: RM13 (alternatif yang murah) sehingga RM90 untuk set penuh

Kebaikan:

  • Boleh mencetak 4R tanpa batas
  • Ringan
  • Tempoh jaminan yang panjang
  • Murah untuk pencetak inkjet
  • Mengambil ruang yang kecil di atas meja anda (kompak)
  • Penggantian semula dakwat adalah berpatutan
  • Kualiti cetakan yang berkualiti

Kekurangan:

  • Tiada sokongan WiFi
  • Kelajuan mencetak yang perlahan berbanding Canon Maxify MB5170 All-In-One+Fax Wifi Printer

6. HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer

Pemasangan yang mudah untuk pencetak ini (terutamanya jika anda menggunakan Windows 10):

Dan sekiranya anda sanggup untuk menunggu, hasil cetakan berwarna daripada HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer adalah berkualiti tinggi. Begitu juga dengan dokumen yang diimbas!

HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer

Kelajuan mencetaknya adalah lebih kurang sama dengan HP DeskJet 2722 All-in-One Printer (hitam: 15 saat, warna: 18 saat).

Walaupun ia adalah perlahan untuk kegunaan dalam pejabat, pengguna menggemari pencetak ini untuk kegunaan di rumah. Dan bagi mencetak tugasan kerja sekolah untuk sekali-sekala!

Tambahan lagi, printer ini tidak mempunyai sebarang kebolehan wayarles dan akan mula lag sekiranya anda perlu untuk mencetak banyak dokumen secara berterusan (ternyata 20 dokumen merupakan had cetakan menurut pada satu ulasan.)

Namun begitu, HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer adalah pilihan yang mesra-bajet untuk pencetak berwarna semua-dalam-satu jika anda lebih cenderung kepada kualiti berbanding kuantiti! Dan jika anda tidak kisah dengan kekurangan dari segi kebolehan wayarlesnya! (bukan pencetak wayarles)

HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer - Side
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: Inkjet Haba HP
  • Kelajuan Mencetak (Hitam): Sehingga 7.5 ppm
  • Kapasiti Kertas: 60 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 2 x 304.1 x 149.1 mm
  • Berat: ~3.42 kg
  • Jaminan: 3 tahun
  • Harga: ~RM289

Kebaikan:

  • Tidak begitu mahal
  • Kualiti cetakan warna yang baik
  • Pelbagai fungsi (cetak, salin, imbas)
  • Tempoh jaminan yang panjang

Kekurangan:

  • Tiada kebolehan WiFi
  • Kelajuan cetakan yang perlahan

7. HP DeskJet 2722 All-in-One Printer

Model pengganti untuk HP 2622 sesetengah pengguna hanya memerlukan 10 minit untuk memasang HP DeskJet 2722 All-in-One Printer.

Printer Semua-Dalam-Satu HP DeskJet 2722

Sementara pengguna lain mungkin bergelut dan perlu untuk merujuk kepada video arahan atas talian. Mereka menyatakan bahawa manual yang disediakan tidak cukup terperinci!

Dokumen berwarna yang terhasil adalah cantik, tetapi penggunaan dakwatnya cepat habis (mahal untuk jangka masa panjang).

Pencetak yang ringan ini menggunakan Kartrij Dakwat HP DeskJet yang original. Kartrij dakwat hitam dan berwarna dijual dengan harga lebih kurang RM60 setiap satu.

Memandangkan ia menyokong cetakan secara mudah-alih, HP DeskJet 2722 All-in-One Printer merupakan pilihan alternatif untuk HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One Printer (tiada kebolehan wayarles). Dan ia sebenarnya lebih mahal!

Printer Semua-Dalam-Satu HP DeskJet 2722
  • Jenis: Pencetak Inkjet Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: Inkjet Haba HP
  • Kelajuan Mencetak (Hitam): Sehingga 7.5 ppm
  • Kapasiti Kertas: 60 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 6 x 435.2 x 250 mm
  • Berat: ~3.42 kg
  • Jaminan: 3 tahun
  • Harga: ~RM429

Kebaikan:

  • Boleh mencetak secara mudah-alih (wayarles)
  • Hasil cetakan yang berkualiti tinggi
  • Ringan

Kekurangan:

  • Agak mahal dan tidak begitu menjimatkan
  • Volum halaman yang disyorkan adalah kecil (hanya 50-100) dan kitar tugas adalah 1000 halaman (bulanan, dengan A4)
  • Tidak begitu pantas dalam mencetak (hitam: 15 saat, warna: 19 saat)

8. Brother HL-1210w Monochrome Wireless (WiFi) Laser Printer

Sedang mencari pencetak laser monokrom yang berkos rendah?

Brother HL-1210w Monochrome Wireless (WIFI) Laser Printer mencetak sehingga 20 ppm dalam warna hitam.

Ia mempunyai kebolehan wayarles (untuk beberapa peranti termasuk iOS) jadi ia sesuai dengan persekitaran pejabat yang kecil atau dalam rumah anda. Terutamanya jika anda perlu mencetak dan mengimbas banyak dokumen!

Daripada telefon atau laptop anda! Tanpa wayar yang serabut dimana-mana!

Ia mudah untuk digunakan. Dan saiznya yang kompak bermakna bahawa pencetak ini tidak akan mengambil banyak ruang di atas meja anda! Pengguna berpuas hati dengan betapa kecilnya saiz pencetak ini.

Dan mengesyorkannya untuk orang yang hanya memerlukan cetakan yang sangat ringan. Memandangkan dakwatnya tidak mengering dengan cepat seperti pencetak inkjet! Asalkan anda tidak memerlukan untuk mencetak warna.

Kualiti cetakannya adalah memuaskan. Malah lebih baik berbanding sebuah pencetak inkjet yang murah!

Pemasangan ciri WPS adalah pantas jika anda mempunyai PC. Dan juga dengan kelajuan mencetaknya! Ianya juga cukup laju untuk mencetak dalam kuantiti banyak di rumah!

Pemasangan untuk toner juga adalah mudah. Namun begitu, jika anda mahu menyambungkan pencetak ini dengan PC anda melalui USB, ia boleh mengambil masa yang lebih lama.

Seorang pengguna mendapati bahawa cetakan tersebut tidak selancar jika anda mencetak secara langsung daripada Google Chrome. Berbanding jika mencetak daripada Microsoft Office atau mencetak dokumen PDF.

Toner pemula yang disediakan akan bertahan lebih kurang sebanyak 700 sehingga 1000 halaman.

Pencetak Laser Monokrom Wayarles Brother HL-1210w
  • Jenis: Pencetak Laser Monokrom Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: tidak dinyatakan
  • Kelajuan Mencetak (Hitam): Sehingga 20 halaman/minit
  • Kapasiti Kertas: 150 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 340 x 238 x 189 mm
  • Berat: 6 kg
  • Jaminan: 3 tahun
  • Harga: ~RM295
  • Kos Isian Semula: RM15 (Alternatif yang murah) sehingga RM100 (tulen)

Kebaikan:

  • Tempoh jaminan yang panjang untuk harga tersebut
  • Mempunyai aplikasi khusus (aplikasi iPrint&Scan)
  • Kualiti cetakan yang memuaskan
  • Kelajuan mencetak yang pantas
  • Saiz kompak
  • Fungsi wayarles yang mudah dipasang
  • Harga berpatutan

Kekurangan:

  • Tiada LCD atau LED untuk menandakan status pencetak
  • Hanya mencetak dalam warna hitam dan putih

9. Canon imageCLASS MF3010 All-in-one Mono Laser Printer

Walaupun bergaya, Canon imageCLASS MF3010 All-in-one Mono Laser Printer tidak boleh mencetak dalam warna (seperti  the Brother HL-1210w Monochrome Wireless (WIFI) Laser Printer) atau bersambung tanpa wayar.

Tetapi ia adalah pencetak pelbagai fungsi (mencetak, mengimbas dan menyalin) dan berkebolehan untuk mencetak dengan pantas (18ppm) dan mempunyai volum cetakan yang tinggi. Dengan kualiti cetakan yang menakjubkan!

Ianya adalah produk yang berkualiti menurut pada ulasan. Dan mudah untuk dipasang dan digunakan. Walaubagaimanapun, ia bukan pencetak yang murah:

Dan kebanyakan pengguna di rumah akan lebih menggemari Brother HL-1210w Monochrome Wireless (WIFI) Laser Printer yang lebih murah berbanding  Canon imageCLASS MF3010 All-in-one Mono Laser Printer!

Tetapi yang model yang terdahulu tidak boleh mengimbas atau menyalin dokumen!

Pencetak Laser Semua-Dalam-Satu Canon imageCLASS MF3010
  • Jenis: Pencetak Laser Monokrom Semua Dalam Satu (Cetak, Imbas, Salin)
  • Teknologi Cetakan: tidak dinyatakan
  • Kelajuan Mencetak (Hitam): Sehingga 18ppm
  • Kapasiti Kertas: 150 helai (Kertas Kosong A4)
  • Saiz Kertas: sehingga A4
  • Dimensi (L x D x T): 372 x 371 x 254 mm
  • Berat: 2 kg
  • Jaminan: 3 tahun
  • Harga: ~RM512
  • Kos Isian Semula: RM248

Kebaikan:

  • Tempoh jaminan yang panjang
  • Rekaan yang menjimatkan-ruang
  • Mudah dipasang dan digunakan
  • Binaan kualiti yang bagus dan juga kualiti cetakan yang baik
  • Pelbagai fungsi (cetak, imbas dan salin)

Kekurangan:

  • Agak mahal
  • Tiada cetakan dupleks
  • Berat
  • Hanya dalam warna hitam dan putih

Pencetak Inkjet Vs Pencetak Laser

Jika anda melangkah masuk ke dalam mana-mana kedai alat elektrik di Malaysia dan mencari sebuah pencetak, dua istilah ini akan muncul! Pencetak laser atau pencetak inkjet.

Apakah perbezaan antara dua jenis pencetak ini?

Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing dan sesuai untuk kegunaan di rumah atau di tempat kerja.

1. Pencetak Inkjet

Perkara pertama yang anda mungkin akan perasan ialah pencetak inkjet adalah lebih cenderung untuk mempunyai harga yang lebih rendah. Dan ia secara amnya juga lebih kecil!

Namun begitu, kos untuk kartrij dakwat akan semakin bertambah dalam jangka masa panjang!

Dari segi kualiti, gambar selalunya akan terhasil lebih cantik dengan inkjet. Tambahan lagi, anda boleh menggunakan pilihan yang banyak daripada kertas yang berbeza dengan pencetak ini!

2. Pencetak Laser

Anda merancang untuk mencetak dokumen hitam dan putih yang banyak (pada kertas yang biasa) dan dengan kerap?

Printer laser mungkin akhirnya akan menjadi pilihan yang berkos lebih rendah untuk anda! Kerana walaupun kartrij tonernya berharga lebih mahal berbanding kartrij dakwat, pencetak laser menggunakan serbuk toner yang lebih sedikit untuk mencetak!

Juga, anda boleh menjangkakan cetakan yang pantas! Sejurus selepas pencetak bersedia untuk mencetak.

Dan tidak seperti hasil cetakan daripada pencetak inkjet, dakwat tersebut mengering hampir serta-merta apabila anda menggunakan pencetak laser! Tanpa comot!

Jenis pencetak ini mungkin mengambil ruang meja yang banyak. Jadi pastikan dahulu yang anda mempunyai ruang untuknya sebelum mendapatkan pencetak jenis ini!

Ciri Lain Yang Biasa Bagi Pencetak Yang Boleh Dipertimbangkan:

  • Wayarles (serasi dengan WiFi)
  • Dupleks – mencetak pada kedua-dua belah kertas; ia boleh menjadi automatik atau manual
  • Simpleks – mencetak pada sebelah halaman
  • Kelajuan mencetak atau kelajuan menyalin (10 halaman berwarna/ minit atau 20 halaman hitam dan putih/ minit)
  • Resolusi pengimbas/ pencetak – Kualiti cetakan warna 1200 x 1200 boleh diterima, 4800 DPI (titik per inci) adalah yang paling terbaik!
  • Kitar Tugas – Berapa banyak halaman yang boleh dicetak oleh pencetak dalam masa sebulan (contohnya 5,000 adalah lebih daripada cukup untuk penggunaan yang biasa)
  • Fungsi faks

Jika anda melihat kelajuan mencetak dinyatakan sebgai ipm berbanding ppm (halaman bagi setiap minit), ipm merujuk kepada impresi untuk setiap minit.

Dan secara amnya ia adalah dua kali ganda nilai ppm memandangkan ia termasuk untuk kedua-dua halaman bagi satu keping dokumen! (contohnya 200 ipm = 100 ppm)sss

Kesimpulan

Bergantung pada bajet dan keperluan anda, printer terbaik di Malaysia pada tahun 2021 boleh merupakan monokrom (hitam dan putih), wayarles atau pantas mencetak dokumen yang banyak. Dengan menggunakan dakwat paling sedikit yang mungkin!

Atau anda mungkin juga memerlukan pencetak yang mengimbas dan menyalin dokumen! Atau menghasilkan cetakan yang berkualiti tinggi! Buatlah pilihan anda dalam artikel kami! Untuk pemerhatian yang pantas, anda boleh merujuk kepada senarai cadangan pada bahagian atas!