Dengan adanya produk penghilang parut yang banyak tersedia di pasaran, tiada sebab untuk anda tidak menemui krim penghilang parut terbaik di Malaysia 2022 untuk parut jerawat anda!
Termasuk produk rawatan untuk parut jerawat di kedai farmasi yang terbaik di Malaysia!
Jadi sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk menghilangkan parut jerawat, kami akan memberikan anda maklumat mengenai krim mana yang berkesan untuk menghilangkan parut yang berbeza! Dan tanpa mengeringkan kulit anda!
10 Krim Penghilang Parut Terbaik Di Malaysia
- Rawatan Parut Jerawat Kedai Farmasi Terbaik – Dermatix Acne + Scar Advance
- Krim Penghilang Parut Jerawat Yang Lembut Terbaik– Hiruscar Post Acne Gel
- Krim Penghilang Parut Bajet Terbaik – BREYLEE Acne Scar Removal Gel
- Krim Penghilang Parut Terbaik Untuk Kulit Kering – Rosken Skin Repair High Potency Vit E Cream
- Krim Penghilang Parut Terbaik Untuk Parut Regangan – Skinlabs Concentrated Vitamin E Cream
- Krim Penghilang Parut Terbaik Untuk Hiperpigmentasi – Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil
- Krim Penghilang Parut / Krim Jerawat Terbaik – Cosrx Centella Blemish Cream
- Krim Penghilang Parut Terbaik (Jerawat Sistik) – Lion Pair Japan Acne Cream Scar Removal
- Minyak Penghilang Parut Terbaik – Bio-Oil Skincare Oil
1. Hiruscar Post Acne Gel
Gel pasca-jerawat daripada Singapura ini mempunyai beberapa ulasan yang bercampur:
Untuk sesetengah pengguna, ia meminimakan cela dan bintik hitam yang terhasil daripada parut jerawat dalam masa 2 minggu atau lebih dengan penggunaan yang teratur dan berterusan. Ia juga berfungsi sebagai krim jerawat biasa.
Jika anda menggunakannya dua kali sehari (pagi dan petang), parut jerawat akan pudar sedikit demi sedikit. Untuk kulit jenis kombinasi, krim penghilang parut ini juga tidak mengeringkan!
Walaupun ia ketara lebih berkesan ke atas parut daripada jerawat yang baru berbanding parut yang lebih lama dan lebih dalam (contohnya daripada jerawat sistik). Jadi jika anda berharap yang produk ini akan membantu anda menghilangkan parut lama, kemungkinan besar ia tidak akan berkesan!
Apa yang kami gemar mengenai produk ini ialah senarai bahan yang minima dimana ia mempunyai penilaian sebanyak 86% untuk keselamatan bahan di SkinCarisma! Formulanya ialah bebas daripada sulfat, silikon, paraben, alkohol, dll.
Manakala terdapat kandungan alantoin yang juga membantu untuk menenangkan kulit.
Tiub yang bersaiz kecil bersifat amat mudah dibawa ke mana-mana dan ia bermakna anda tidak perlu untuk terus menggunakan tiub bersaiz besar apabila anda menggunakannya untuk kali pertama. Tetapi untuk jumlah produk yang anda dapat, harganya agak mahal!
- Saiz: 10g
- Bahan Utama: MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate), Allium Cepa, Pionin, Allantoin (Vitamin B3)
- Harga: ~RM34
Kebaikan:
- Tiub bersaiz kecil amat mudah dibawa ke mana-mana
- Juga berfungsi sebagai krim jerawat
- Berkesan untuk mencerahkan parut jerawat yang baru
- Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
- Tiada bahan yang tidak perlu / bahan berbahaya (seperti paraben dan sulfat)
Keburukan:
- Ternyata tidak berkesan untuk menghilangkan jerawat yang lebih lama
2. Dermatix Acne + Scar Advance Gel Untuk Parut Jerawat & Titik Gelap
Anda boleh mendapatkan produk ini secara dalam talian atau di kedai farmasi tempatan kegemaran anda! Malahan, Dermatix Acne + Scar Advance adalah antara salah satu rawatan parut jerawat kedai farmasi yang terbaik di Malaysia!
Cara pembungkusannya (aplikator bermuncung halus) membuatkan produk ini amat mudah untuk disapu pada kawasan yang khusus. Dan untuk gel tersebut, ianya bertekstur pekat, tidak berminyak, dan lutsinar. Dan tanpa sebarang bau yang pelik.
Ia mungkin akan mengambil masa beberapa minggu atau malahan berbulan sebelum anda dapat melihat hasilnya! Yang bagusnya, satu tiub yang kecil seharusnya mencukupi untuk penggunaan sepanjang tahun.
Dan juga terdapat pengguna yang memperolehi perubahan dengan parut yang lama. Namun begitu, untuk jerawat yang aktif, krim penghilang parut ini hanya mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.
- Saiz: 7g
- Bahan Utama: Teknologi Silikon CPX, ActivGCS (ekstrak lendir siput), Zink Glukonat, Vitamin E, Niasinamida (Vitamin B3)
- Harga: ~RM43
Kebaikan:
- Teryata berkesan untuk parut pasca-jerawat
- Mudah untuk disapu (tidak terasa berminyak atau berbau busuk)
- Aplikator yang bermuncung-halus menjadikannya mudah digunakan
- Mudah didapati di pasaran
Keburukan:
- Senarai penuh bahan tidak dinyatakan di dalam laman web
- Tidak merawat jerawat aktif
3. Rosken Skin Repair High Potency Vit E Cream
Kami berpendapat bahawa ianya ironik bagi krim penghilang parut untuk mengandungi bahan komedogenik:
Tetapi orang yang mempunyai kulit kering dan parut pasca-jerawat atau parut regangan boleh mencuba produk Rosken Skin Repair High Potency Vit E Cream! Dengan kandungan minyak sayuran, minyak biji koko dan petrolatum sebagai asasnya!
Walaupun dengan kandungan bahan pelembap ini, krim tersebut tidak terasa berat dan mampu memberi sapuan yang rata dan licin di atas kulit! Juga tidak terdapat rasa berminyak selepas digunakan!
Dari sudut harganya juga berpatutan. Dengan adanya senarai bahan yang banyak tersebut, kami ingin memberi peringatan kepada anda supaya melakukan dahulu ujian tampalan (patch test) di kawasan kulit lain sebelum di wajah anda!
- Saiz: 100g
- Bahan Utama: Alkohol Cetearyl, Minyak Sayuran, Minyak Koko, Gliseri, Minyak Biji Jojoba, Vitamin E, Petrolatum
- Harga: ~RM22
Kebaikan:
- Bebas daripada alkohol, silikon, sulfat
- Aroma buah-buahan sitrus yang wangi
- Melembapkan walaupun untuk kulit yang merekah
Keburukan:
- Bukan bebas paraben atau pewangi (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
- Bahan komedogenik digunakan (tidak sesuai untuk jenis kulit yang terlebih minyak)
4. Skinlabs Concentrated Vitamin E Cream
Skinlabs Concentrated Vitamin E Cream adalah antara krim penghilang parut terbaik lain yang anda boleh temui di Malaysia.
Senarai bahan kandungannya juga agak pendek. Kami hanya mengharapkan ia tidak mengandungi pewangi, pewarna dan silikon!
Dengan penggunaan jangka masa panjang (~ setahun), ia sememangnya menunjukkan perubahan dari segi parut, khususnya yang disertai dengan parut regangan. Termasuk parut yang lama, walaupun parut yang telah ada sejak berdekad lalu!
Dan ia tidak terasa melekit, iaitu sentiasa merupakan satu kelebihan bagi produk ini! Dan ia juga cukup melembapkan untuk kulit yang kering.
- Saiz: 30ml/ 100ml/ 200ml
- Bahan Utama: Alkohol Cetearyl, Alkohol Cetyl, Air, Gliserin, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
- Harga: ~RM7 to RM39
Kebaikan:
- Tiada paraben, sulfat, alkohol
- Berbau wangi tetapi lembut (seperti losyen bayi)
- Ringan tetapi melembapkan
- Mudah digunakan
- Lama kelamaan akan memudarkan parut walaupun parut lama
Keburukan:
- Mengandungi silikon, pewangi, pewarna dan phenoxyethanol (bahan pengawet)
5. Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU Dengan Rosehip Oil
Mempunyai tekstur berkrim pekat, Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil amat melembapkan. Dan ia berkesan dalam mencerahkan pigmentasi yang disebabkan oleh parut.
Ia berbau wangi dan tidak terasa melekit pada kulit! Ia mungkin agak terlalu pekat untuk orang yang mempunyai kulit berminyak! Dan boleh terasa bermiyak pada muka.
Terdapat juga bahan komedogenik – sesuatu yang patut anda berjaga-jaga sekiranya anda cenderung untuk mempunyai milia!
Jika anda inginkan pelembap yang membantu mencerahkan parut gelap, anda mungkin amat berpuas hati dengan Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil!
- Saiz: 50ml
- Bahan Utama: Glycol Stearate, Ekstrak Buah Rosa Canina, Alkohol Cetearyl, Asid Stearik, Minyak Buah Zaitun, Air, Asid Hyaluronik, Tocopherol (Vitamin E), Dimethicone
- Harga: ~RM16
Kebaikan:
- Tidak melekit
- Menyerap dengan pantas
- Tanpa kandungan sulfat atau alkohol
- Amat menghidratkan
- Mencerahkan parut pigmentasi
- Berbau wangi
Keburukan:
- Bukan bebas-paraben, bebas-silikon, bebas-pewangi
- Mengandungi beberapa bahan komedogenik (contoh asid stearik)
- Terasa berminyak pada wajah
6. Cosrx Centella Blemish Cream
Jika anda sering mengalami pertumbuhan jerawat yang kerap, Cosrx Centella Blemish Cream boleh membantutkan pertumbuhan jerawat baru – ia mengeringkannya dalam masa semalaman!
Dan ia juga melegakan jerawat yang lebih besar. Menggalakkannya untuk timbul dengan lebih cepat. Ia juga ternyata mempunyai kesan positif terhadap masalah hiperpigmentasi!
Anda juga tidak akan perlu menggunakannya dengan banyak. Memandangkan tekstur krim tersebut adalah agak pekat. Hanya menyapunya pada kawasan yang mengalami keradangan. Penggunaan yang teratur dan berterusan adalah faktor utama bagi keberkesanan Cosrx Centella Blemish Cream!
Tetapi oleh kerana krim ini meninggalkan lapisan putih dan tidak menyerap dengan pantas, anda mungkin ingin menggunakannya sebagai pada waktu malam!
- Saiz: 30 ml
- Bahan Utama: 1,2-Hexanediol, Zink Oksida, Minyak Kelapa,Minyak Kelapa Sawit, Betaine, Ekstrak Pegaga, Alkohol Cetearyl, Butylene Glycol, Gliserin, Minyak Daun Pokok Teh,Minyak Biji Bunga Matahari, Dimethicone, Air Daun Pegaga
- Harga: ~RM42
Kebaikan:
- Mengurangkan kemerahan dan keradangan
- Berkesan khususnya pada jerawat kecil
- Hanya perlu menggunakannya sedikit pada setiap kali penggunaan (atau ia boleh mengeringkan kulit)
- Harga yang berpatutan
- Terasa sejuk dan menyegarkan semasa digunakan
- Mencerahkan hiperpigmentasi
- Memberikan sedikit perlindungan daripada UV iaitu daripada kandungan Zink Oksida di dalam formula
Keburukan:
- Meninggalkan sedikit lapisan putih jika tidak menyerap sepenuhnya
- Mengambil masa untuk menyerap (tekstur pekat seperti pelindung matahari fizikal)
- Memerlukan penggunaan yang kerap
- Pembungkusan di dalam bekas balang tidak begitu bersih
- Minyak pokok teh boleh merengsakan kulit sensitif
7. Krim Penghilang Parut Jerawat Lion Pair Japan
Bertentangan dengan namanya, Lion Pair Japan Acne Cream Scar Removal lebih berfungsi sebagai rawatan setempat (spot treatment) bagi tujuan pencegahan berbanding untuk menghilangkan parut!
Sapukannya pada jerawat dua kali sehari dan anda seharusnya akan mendapati jerawat anda mengecut dan mengering dalam masa 2 hari! Lebih masa diperlukan (~2 minggu) untuk jerawat yang lebih besar dan jerawat yang lebih radang (jerawat sistik)!
Walaupun ia membolehkan jerawat bengkak untuk mengecil hanya dalam masa semalaman selepas menyapu krim jerawat ini! Ia juga membantu jerawat tanpa nanah untuk muncul lebih cepat!
Sekurang-kurangnya, ia akan mengurangkan kemerahan pada kulit anda dalam masa beberapa jam!
Krim yang ringan ini menyerap dengan baik dengan hampir tidak mempunyai sebarang bau. Dan juga terasa sejuk dan menenangkan pada kulit, tanpa meninggalkan sebarang sisa yang melekit atau berminyak!
Satu lapisan putih yang nipis akan mencukupi jadi satu tiub akan bertahan sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan!
Ia hampir merupakan satu krim ajaib jika bukan kerana satu fakta bahawa ia ternyata tidak mempunyai sebarang kesan pada parut! Atau jerawat kecil – termasuk komedo putih dan komedo hitam (whiteheads and blackheads)
- Saiz: 24g
- Bahan Utama: Disodium EDTA, Alkohol Stearyl, Octyldodecanol, Butylene Glycol
- Harga: ~RM28
Kebaikan:
- Diformulasikan tanpa alkohol, sulfat, silikon
- Tidak terasa melekit
- Tidak berbau pewangi yang kuat
- Rawatan setempat yang berkesan
- Mengering tanpa meninggalkan sebarang sisa
Keburukan:
- Bukan bebas-paraben atau bebas-pewangi (sila lebih berhati-hati jika anda mempunyai kulit yang sensitif!)
- Pembungkusan tidak memudahkan bagi tujuan rawatan setempat (tiada aplikator yang bermuncung halus)
- Agak mengeringkan kulit
8. Bio-Oil Skincare Oil
Ada sebabnya mengapa Bio-Oil Skincare Oil merupakan salah satu antara produk krim penghilang parut yang terbaik di Malaysia!
Produk krim penghilang parut ini sudah terdapat di pasaran sejak tahun 1987! Campuran minyaknya yang unik telah terbukti dapat mengurangkan parut jerawat, penyahwarnaan, parut regangan, dll.
Yang mengejutkan, Bio-Oil Skincare Oil tidak berminyak pada kulit. Disebaliknya, ia sebenarnya menyerap dengan sangat bagus. Dan oleh itu, anda juga boleh menggunakannya untuk wajah anda bagi kelembapan tambahan.
Ahli dermatologi yang mempunyai pensijilan-lembaga daripada Byrdie.com bersetuju bahawa ia juga selamat untuk digunakan pada wajah!
Asalkan anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan bahan kandungannya! Kerana ia mengandungi beberapa bahan yang merupakan bahan perengsa (contohnya linalool). Jadi lakukan dahulu ujian tampalan (patch test) di kawasan kecil sebelum anda mencubanya pada seluruh wajah anda!
Salah satu bahan tersebut ialah minyak daun rosemary dimana ia boleh membantu merawat jerawat. Khususnya merawat jerawat yang disebabkan oleh Propionibacterium. Begitu juga, vitamin A telah terbukti untuk memberikan kesan anti-penuaan.
Seperti produk penghilang parut yang lain, penggunaan jangka masa panjang adalah perlu.
- Saiz: 25ml/60ml/125ml/200ml
- Bahan Utama: Minyak Lavender, Minyak Daun Rosemary, Minyak Bunga Anthemis Nobilis, Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Bunga Matahari, Anggur Merah, Retinyl Palmitate (Vitamin A), Tocopheryl Acetate, (Vitamin E), Linalool, Citronellol, Limonene
- Harga: ~RM19 to RM56
Kebaikan:
- Berbau wangi
- Sesuai untuk kulit jenis kering atau berminyak
- Tidak meninggalkan sisa pada kulit
- Formula yang tidak komedogenik
Keburukan:
- Boleh merengsakan kulit sensitif (contohnya limoene)
9. Mederma Proactive Gel 20g
Mederma Proactive Gel juga mengambil masa (berbulan) untuk berkesan dalam menghilangkan parut. Namun begitu, kenyataan bahawa ia menggunakan bahan pengawet, alkohol, dan pewangi membuatkannya tidak sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Iaitu lebih sesuai untuk menggunakan krim penghilang parut yang lain seperti Hiruscar Post Acne Gel. Secara umumnya, alkohol bukan bahan yang bagus (iaitu mengeringkan) untuk disapu pada sebarang jenis kulit!
Jadi, kami ingin mengesyorkan untuk anda mencuba dahulu krim penghilang parut lain yang terdapat di dalam senarai ini sebelum mencuba produk ini!
Hiruscar Post Acne Gel juga memilih bahan ekstrak bulba allium cepa (bawang merah) sebagai salah satu bahan utamanya jika itu merupakan bahan yang anda minat!
- Saiz: 20g
- Bahan Utama: Ekstrak Bulba Allium Cepa (bawang merah), Xanthan Gum, Air, Alkohol, Allantoin, Jus Daun Aloe
- Harga: ~RM30
Kebaikan:
- Tiada bahan sulfat atau silikon
- Dengan bahan allantoin dan aloe vera yang bersifat melegakan
- Memudarkan parut
Keburukan:
- Bukan bebas-silikon, bebas-pewangi atau bebas-alkohol (tidak sesuai untuk kulit yang kering atau sensitif)
10. Gel Penghilang Parut Jerawat BREYLEE
Sekiranya anda tidak menggemari aroma seperti-herba yang semulajadi, anda tidak akan menyukai bau BREYLEE Acne Scar Removal Gel!
Jika tidak, ia mempunyai nilai luar biasa untuk harganya. Daripada penghuraian bahan daripada incidecoder, ia mengandungi banyak bahan yang bagus untuk merawat jerawat, kulit berminyak dan jerawat/bintik kecil.
Dan ia juga tidak mengandungi alkohol! Tidak seperti Mederma Proactive Gel!
Namun begitu, ia sedikit melekit (tetapi memberikan sensasi sejuk) pada kulit jadi anda akan mahu menggunakannya pada waktu malam. Ianya ringan dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyerap ke dalam kulit.
Berikannya masa untuk memberikan kesan (beberapa bulan atau 1 tiub), dan anda akan melihat parut jerawat memudar – walaupun parut daripada jerawat lama sejak berbulan-bulan dahulu! Ia juga agak berkesan untuk menghilangkan komedo hitam (blackheads)!
Yang paling tidak masuk akal ialah harganya yang hanya RM11! Sila ambil perhatian bahawa penutupnya bukan kalis-tumpah atau kalis-bocor.
- Saiz: 30g
- Bahan Utama: Air, Minyak Pokok Teh, Asid Salisilik, Gliserin, Ethylhexylglycerin (bahan pengawet), Arbutin, Nikotinamida, Ekstrak Pegaga
- Harga: ~RM11
Kebaikan:
- Tanpa alkohol, sulfat atau paraben
- Mempunyai penilaian 85% untuk Keselamatan Bahan pada SkinCarisma
- Mempunyai banyak bahan penenang yang semulajadi – Ekstrak Pegaga, minyak pokok teh dan asid salisilik
- Murah
- Berbau semulajadi yang wangi
- Ringan dan menyerap dengan baik
- Memudarkan parut pasca-jerawat dan merawat jerawat yang aktif
Keburukan:
- Bukan bebas-silikon
- Minyak pokok teh boleh merengsakan kulit yang sensitif
- Terasa melekit
- Memerlukan penggunaan jangka masa panjang
- Penutup tidak tertutup dengan rapat
Jenis-Jenis Parut
Tahap keterukan sesuatu jerawat boleh menyebabkan jenis parut yang berbeza.
Jerawat sederhana mengakibatkan tanda kemerahan / berwarna coklat yang boleh memudar akhirnya. Walaupun dengan sendiri (tanpa bantuan krim).
Tetapi untuk kes jerawat sistik, parut kekal mungkin boleh terjadi. Terutamanya jika anda tidak dapat menahan diri anda daripada memicitnya ketika ia dalam proses penyembuhan! Berbanding hanya membiarkannya sahaja tanpa disentuh.
Sesetengah parut jerawat mempunyai klasifikasinya sendiri:
- Parut Atrofi – tekanan pada kulit, selalunya pada kawasan pipi dan rahang
- Parut Keloid / hipertrofi – kawasan yang timbul akibat daripada tisu yang berparut, ianya selalu ditemui pada kulit yang bertona lebih gelap
- Hiperpigmentasi – Penyahwarnaan pada kulit dimana ia akan memudar sedikit demi sedikit seiring dengan masa
Jadi rawatan menghilangkan parut yang patut anda dapatkan bergantung kepada tahap keterukan jerawat dan jenis parut anda. Begitu juga jenis kulit anda.
Secara umumnya, lebih lama parut, anda perlu menjangkakan kesan yang terhasil akan seharusnya mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan parut yang baru.
Bagaimana Memilih Produk Untuk Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan
Rutin penjagaan kulit dan gaya hidup anda juga memainkan peranan yang penting.
Tetapi di dalam artikel ini, kami hanya akan fokus pada cara memilih produk penghilang parut!
Memandangkan proses penggelupasan boleh memberikan banyak fungsi untuk mengurangkan penampakan parut (contohnya melicinkan tekstur kulit, mencerahkan penyahwarnaan, dll):
Terdapat bahan-bahan tertentu yang boleh membantu anda untuk memastikan krim mana yang terbaik untuk meghilangkan parut jerawat! Konsep yang sama juga boleh dipraktikkan untuk beberapa produk lain yang akan anda gunakan setiap hari. Contohnya seperti penyegar atau serum wajah.
Bahan Utama Untuk Dicari atau Diberikan Perhatian:
- Alpha hydroxy acids (AHAs) seperti asid laktik dan asid glikolik
- Beta hydroxy acid (BHAs) like seperti asid salisilik
- Retinoids – berhati-hati dengan bahan ini, ia membuatkan kulit anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari
Kesimpulan
Kami mempunyai cadangan bagi krim penghilang parut terbaik di Malaysia 2022 untuk parut jerawat dan sebagainya pada bahagian atas artikel ini! Sebahagiannya mempunyai dwi-fungsi sebagai pelembap atau rawatan setempat (spot treatment).
Pastikan anda membaca senarai ini dan maklumkan kami sekiranya kami tertinggal untuk memasukkan krim parut kegemaran anda!