Harga serum muka biasanya mahal. Jadi, pastikan anda dapatkan serum muka terbaik di Malaysia tahun 2021 untuk jenis kulit anda!
Elakkan garis-garis halus menjadi lebih dalam!Atau pudarkan parut-parut lama untuk sekatakan ton kulit anda!
Tidak kira apapun matlamat kulit anda, anda boleh jimatkan masa tanpa membuat kajian dengan senarai serum terbaik untuk kulit yang berseri!
Apakah Itu Serum Muka?
Serum muka merupakan langkah tambahan selepas anda membasuh muka dengan menggunakan pembersih wajah atau cleansing oil. Dan sebelum mengaplikasikan pelembap muka kegemaran anda.
Ia mungkin dalam bentuk gel ataupun cecair. Kekonsistenan yang ringan membolehkan penyerapan dengan baik ke dalam kulit anda. Apabila pelembap mengunci kelembapan, ia akan mengoptimumkan keberkesanan serum.
Jika anda ingin lebih rajin mengenai rutin penjagaan kulit anda setiap malam, sediakan wajah anda terlebih dahulu dengan toner muka sebelum mencalitkan serum muka.
Jenis-Jenis Serum Muka
Serum muka mempunyai beberapa fungsi yang berbeza dan membawa kepada jenis-jenis berikut:
- Serum mencerahkan kulit
- Serum melembap/ menghidratkan
- Serum anti penuaan
Terdapat juga serum untuk kulit yang sensitif dan mudah berjerawat!Dan serum yang melawan radikal-radikal bebas. Atau memperbaiki keseluruhan tekstur kulit anda!
Bagaimana Untuk Memilih Serum
1. Memeriksa Bahan-bahan Utama
Bergantung kepada umur, jenis kulit dan cara hidup anda, bahan-bahan ini adalah sangat bagus!
- Asid hialuronik, ceramides atau asid amino – bertindak sebagai pelindung kelembapan untuk kulit yang kering
- Antioksidan
- Vitamin C – Penting untuk penghasilan kolagen
- Bahan-bahan anti keradangan
- Retinol/ retinoid (jenis vitamin A) – Juga untuk penghasilan kolagen; mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang ketara
- Bahan-bahan pencerah – semulajadi seperti likuoris adalah lebih baik
2. Elakkan Bahan-bahan Yang Tidak Penting
Serum yang efektif tidak perlu mengandungi salah satu daripada bahan-bahan ini:
- SLS (juga dikenali sebagai sulfat)
- Silikone
- Pewangi
- Alkohol
- Parabens
Bahan-bahan ini akan lebih mengeringkan kulit anda atau menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak pada kulit anda!
3. Hati-hati Dengan Produk Tiruan
Sesiapa yang biasa dengan membeli-belah atas talian, mungkin terjumpa dengan beberapa produk terkemuka seperti SK-II, Estee Lauder, Innisfree, Kiehl, dsb pada harga yang sangat murah!
Ianya sukar untuk dipercayai, sama ada produk tersebut adalah stok lama ataupun tidak asli (cth. tiruan).
Sebagai langkah keselamatan, cari penjual yang dipercayai atau “kedai rasmi jenama” tersebut (jika anda menggunakan Lazada).
4. Check The Expiry Date
Semua produk penjagaan kulit seperti pelembap bibir dan sunblock mempunyai tarikh luput yang bersebab! Dan serum juga tidak terkecuali!
Tarikh tersebut merupakan bila bahan-bahan aktif tidak lagi mujarab (cth. efektif)!
19 Serum Muka Terbaik Di Malaysia 2021
Untuk kemudahan anda, kami telah menyusun ulasan-ulasan untuk serum muka terbaik di Malaysia mengikut jenis kulit anda!
Harap maklum, sesetengah produk mungkin sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Sebagai contoh, ada produk-produk untuk kulit kombinasi yang mungkin sesuai untuk kulit yang kering.
Dan sesetengah produk untuk kulit mudah berjerawat mungkin berkesan untuk kulit jenis berminyak!
Serum Terbaik Untuk Kulit Kering
1. Fresh Rose Deep Hydration Face Serum
Selain asid hialuronik , juga terdapat ekstrak timun, butylene glycol dan gliserin di dalam formulasi Fresh Rose Deep Hydration Face Serum dari US!
Semua bahan-bahan ini dikhaskan untuk kulit kering!
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol
- Tersedia dalam 2 saiz
- Tidak melekit dan tidak meninggalkan kulit anda kelihatan berminyak
- Bauan seperti bunga ros
- Sama seperti yang didakwa (melembap)
- Menyerap dengan lebih cepat
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Mahal
2. Sukin Super Greens Facial Recovery Serum
Dimana ia mengandungi sesetengah bahan-bahan komedogenik seperti lemak koko dan minyak avokado:
Ini merupakan bahan sama yang memberikan Sukin Super Greens Facial Recovery Serum kebolehan melembap! Juga terdapat vitamin E untuk penghasilan semula kulit yang sihat!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Hingga Kering
- Kebaikan: Menghidratkan, Memperbaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Minyak Biji Anggur , Tocopherol (Vitamin E), Asid Laktik, Gliserin, Minyak Avokado
- Harga: ~RM61.5
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Tekstur tidak berminyak
- Ringan
- Menyerap dengan cepat
- Kulit terasa lebih lembut
- Wangian semulajadi
Keburukan:
- Bukan semua orang menyukai wangian itu
3. Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum
Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum mengandungi sesetengah bahan-bahan pelembap yang hebat! Tanpa melekit!
Malah, serum gel ini mengandungi kekonsistenan yang cair!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Hingga Kering
- Kebaikan: Menghidrat, Membaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Sodium Hyaluronate, Alpha-Bisabolol, Asid Sitrik, Gliserin, Propylene Glycol
- Harga: ~RM77.5
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol
- Menyerap dengan cepat
Keburukan:
- Mengandungi Pewangi
4. Olay Regenerist Micro Sculpting Serum
Anda mungkin menaruh harapan yang tinggi jika bergantung kepada Olay Regenerist Micro Sculpting Serum untuk membentuk muka anda:
Bagaimanapun, ia adalah serum yang terbaik untuk kulit matang yang perlukan hidrasi!
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Kelebihan: Anti Penuaan, Pelindungan UV, Memperbaiki Kulit, Mencerah
- Bahan-bahan Utama: Niasinamida, Asid Sitrik , Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Panthenol, Sodium Hyaluronate, Titanium Dioxide
- Harga: ~RM109.9
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol
- Titanium dioxide bertindak sebagai pelindung matahari
- Mengandungi bahan-bahan menenangkan (cth. allantoin, camellia, dsb)
- Boleh memperbaiki pigmentasi yang ketara
- Tekstur Yang Selesa
- Penyerapan pantas
Keburukan:
- Mengandungi pewangi dan asid sitrik (boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif)
- Niasinamida mungkin memberi reaksi kepada sesetengah orang
- Bau yang sedikit kuat
- Seperti tidak mengurangkan kedutan yang ketara
5. Sukin Hydration Biomarine Facial Serum
Alternatif lain untuk serum dari Sukin yang juga sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak:
Sukin Hydration Biomarine Facial Serum membuatkan kulit berasa ringan dan lembut. Ia juga menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak.
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Kelebihan: Menghidratkan
- Bahan-bahan Utama: Campuran Bio Marin Aktif Alga Laut, Asid Hialuronik & Maize Complex, Sodium Hyaluronate, Tocopherol (Vitamin E), Asid Sitrik, Gliserin
- Harga: ~RM71.9
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Harum
Keburukan:
- Mengandungi pewangi semulajadi
- Asid sitrik mungkin menyebabkan iritasi kepada kulit yang sensitif
6. Cosmedica Pure Hyaluronic Acid Serum
Anda tidak mahukan bahan-bahan ekstra? Cosmedica Pure Hyaluronic Acid Serum mengandungi 3 bahan-bahan sahaja iaitu (air, benzyl alcohol dan sodium hyaluronate)!
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit! Terutamanya untuk kulit mudah berjerawat dan berminyak! Ini membuatkannya menjadi salah satu serum terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia!
- Saiz: 30ml, 60ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Kulit Kering, Kombinasi & Sensitif)
- Kebaikan: Menghidrat, Membaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Sodium Hyaluronate
- Harga: ~RM119
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Silikone
- Vegan dan tiada ujikaji ke atas haiwan dilakukan
- Melembutkan tekstur kulit
- Pelembap yang efektif
- Tiada wangian
Keburukan:
- Mahal
7. Swisse Skincare Blood Orange Brightening Facial Serum
Terdapat sesetengah bahan-bahan di dalam Swisse Skincare Blood Orange Brightening Facial Serum yang kebanyakannya adalah semulajadi mungkin menggalakkan pertumbuhan jerawat yang banyak (cth. minyak almond manis, minyak kacang soya, dsb).
Jadi, sapukan serum ini pada siku anda terlebih dahulu! Baunya juga lembut, persis buah oren!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Tidak Sesuai Untuk Kulit Sensitif)
- Kebaikan: Menghidrat, Melawan Jerawat, Mencerahkan Kulit, Anti Penuaan, Memperbaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Niasinamida, Ekstrak Willow Bark, Ekstrak Daun Arctostaphylos Uva Ursi, Tocopherol (Vitamin E), Jojoba Oil, Asid Sitrik, Sodium Hyaluronate
- Harga: ~RM72.9
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol
- Sesuai untuk vegetarian dan vegan
- Haruman semulajadi
- Tekstur yang bagus (tidak terlalu pekat atau cair) tanpa sisa minyak
- Memudarkan titik-titik hitam
- Melegakan jerawat
Keburukan:
- Mengandungi silikone
- Mengambil masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat hasil
- Asid sitrik (bukan untuk kulit yang sensitif)
8. Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex
Adakah the Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex berbaloi dengan tag harganya yang mahal?
Sesetengah orang mengaku melihat perbaikan selepas menggunakan serum untuk beberapa malam sahaja!
- Saiz: 50ml, 100ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Hingga Kering (Bukan Untuk Kulit Sensitif)
Kelebihan: Menghidrat, Anti Penuaan, Pelindungan UV - Bahan-bahan Utama: Sodium Hyaluronate, Alpha-Bisabolol, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Ethylhexyl Methoxycinnamate
- Harga: ~RM369, ~RM559
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfate, Alkohol, Silikone
- Tidak melekit
- Penyerapan pantas walaupun mempunyai tekstur yang pekat
- Sesuai untuk kebanyakan kulit
- Harum
- Mengurangkan keterlihatan garis-garis halus dan pigmentasi
Keburukan:
- Sangat mahal
- Mengandungi pewangi (sedikit kuat) dan Ethylhexyl Methoxycinnamate (dikenali sebagai iritasi kulit pada kulit yang sensitif)
- Mengandungi bahan-bahan komedogenik (oleth-3 dan oleth-5)
9. Bio-Essence 24k Bio-Gold Rose Gold Water
Harga berpatutan dan bau seperti bunga ros:
Bio-Essence 24k Bio-Gold Rose Gold Water adalah produk ringan. Ia masuk ke dalam kulit anda dengan mudah untuk penghidratan serta-merta!
Ya, terdapat bintik-bintik emas di dalamnya. Emas adalah antioksidan dengan sifat-sifatnya yang anti keradangan.
- Saiz: 30ml, 100ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Kelebihan: Mencerahkan Kulit Dan Memperbaiki Kulit, Anti Penuaan, Menghidratkan
- Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Sodium Hyaluronate, Asid Sitrik, Sodium Hyaluronate, Gliserin, Allantoin, Ekstrak Witch Hazel
- Harga: ~RM21.9, ~RM75.9
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Tersedia dalam saiz 30ml
- Tidak melekit
Keburukan:
- Mengandungi pewangi yang kuat
Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi
10. Clarins Double Serum
Untuk harga ini, pastikan anda berhati-hati dan mendapat transaksi yang sebenar.
Clarins Double Serum sangat menghidrat dan mekanisme pam pada bahagian atas membolehkan anda mengawal dengan tepat amaun serum yang hendak dikeluarkan.
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Termasuk kulit yang sensitif)
- Kebaikan: Menghidrat, Mencerahkan Kulit, Anti Penuaan
- Bahan-bahan Utama: Sodium Hyaluronate, Asid Asorbik (Vitamin C), Tocopherol (Vitamin E), Asid Sitric , Butylene Glycol, Gliserin, Ekstrak Daun Camellia Sinensis
- Harga: ~RM350
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Memberikan anda kulit yang berseri-seri, sihat dan lembap
- Akan mengurangkan garis-garis halus (2 bulan ke atas untuk melihat hasilnya)
- Tidak berasa berminyak selepas pengunaan
- Menyerap dengan cepat
Keburukan:
- Mengandungi pewangi kuat dan asid sitrik (yang mungkin akan menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif)
- Mahal
11. CeraVe Hydrating Hyaluronic Acid Face Serum
Selain mengandungi ceramides, CeraVe Hydrating Hyaluronic Acid Face Serum juga menampilkan bahan-bahan lain seperti panthenol, sodium hyaluronate dan gliserin!
Malangnya, kami tidak tergila-gilakan produk ini kerana ia sebenarnya mengandungi alkohol and silikones!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Hingga Kering (Bukan untuk kulit yang sensitif)
- Kebaikan: Hidrasi
- Bahan-bahan Utama: Panthenol, Sodium Hyaluronate, Ceramide, Asid Sitrik, Gliserin
- Harga: ~RM118
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
12. Innisfree Green Tea Seed Serum
Beberapa produk daripada rangkaian Innisfree Green Tea sudah ditonjolkan di dalam laman web ini:
Innisfree Green Tea Seed Serum mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti camellia. Dan juga panthenol dan gliserin untuk menghidratkan dan menyembuhkan luka!
- Saiz: 80ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Tidak Sesuai Untuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Menghidrat, Memperbaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Air Teh Hijau Segar, Minyak Biji Camellia Sinensis, Panthenol, Gliserin, Asid Sitrik, Ekstrak Daun Camellia Sinensis
- Harga: ~RM100
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Silikone
- Bau sedap dengan haruman yang menyegarkan dan lembut
Keburukan:
- Mengandungi alkohol & pewangi
- Tidak cukup melembap untuk kulit yang sangat kering!
13. Laneige Water Bank Hydro Essence
Tiada sisa melekit selepas menggunakan Laneige Water Bank Hydro Essence!
Sepertinya, gel cair ringan ini juga membuang lebihan minyak!
- Saiz: 70ml
- Sesuai Untuk: Kulit Kombinasi/ Berminyak (Tidak Sesuai Untuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Menghidrat, Mengawal Minyak
- Bahan-bahan Utama: Ascorbyl Glucoside, Gliserin, Tocopherol (Vitamin E), Asid Sitric , Ekstrak Akar Beet
- Harga: ~RM190
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Minyak
- Penyerapan pantas
- Menghidratkan kulit
Keburukan:
- Mengandungi silikone, pewangi dan isostearyl neopentanoate (mungkin menyebabkan iritasi kepada kulit, menyumbatkan pori-pori)
Serum Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Perlukan lebih pilihan?
Serum vitamin C terbaik mungkin juga berkesan untuk kulit yang berminyak! Ia membantu untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi daripada parut-parut jerawat atau titik-titik hitam.
14. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% adalah salah satu serum muka terbaik di Malaysia untuk kulit jenis berminyak dan mudah berjerawat!
Anda mungkin tidak mahu memakainya ketika siang kerana ia menjadikan kulit anda kelihatan berminyak. Tetapi ia membaiki keadaan kulit anda, termasuklah parut-parut jerawat!
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone, Minyak
- Tanpa kacang, vegan, gluten, tiada ujikaji ke atas haiwan
- Mengurangkan kemerahan kulit
- Mengecilkan pori-pori
- Menyerap dengan cepat
- Mengawal minyak dengan baik
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Tidak melembap seperti serum-serum yang lain
- Sedikit melekit selepas penggunaan
Serum Terbaik Untuk Jerawat
15. Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum
Some by Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum mengandungi Melaleuca alternifolia (teh hijau) air daun, niasinamida dan 3 asid hidroksi.
Kombinasi kesemua bahan-bahan ini adalah untuk membantu merawat jerawat yang sedia ada. Dan juga untuk menanggalkan sel-sel mati pada kulit anda, menghalang pertumbuhan jerawat dengan banyak pada masa depan!
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Hingga Berminyak (Tidak Sesuai Untuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Pencegahan dan Rawatan Jerawat, Mencerahkan Kulit, Anti Penuaan
- Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Niasinamida, Asid Laktobionik, Asid Glikolik, Asid Tartarik, Asid Sitric , Asid Laktik, Madecassoside, Centella Asiatica (Gotu Kola)
- Harga: ~RM45
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Silikone
- Mengecilkan pori-pori besar yang
Keburukan:
- Mengandungi pewangi, alkohol dan mana-mana bahan iritasi yang berpotensi
- Hasil dilihat pada sebulan ke atas
16. The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution
The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution adalah serum lain untuk kulit mudah berjerawat. Ia berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati atau rawatan pengelupasan di rumah.
Untuk melicinkan dan mencerahkan kulit anda! Dan juga mengurangkan bintik-bintik hitam!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Bukan Untuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Mencerahkan Kulit, Menghalang Jerawat, Anti Penuaan
- Bahan-bahan Utama: 30% Alpha Asid Hidroksi (Glikolik/Laktik/Tartarik/Sitrik), 2% Asid Hidroksi Beta (Asid Saliklik), Asid Hialuronik, Vitamin B5, Lobak Hitam, Tasmanian Pepperberry, Panthenol, Gliserin, Air Dau Aloe Barbadensis
- Harga: ~RM36
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone, Minyak
- Vegan, tanpa gluten, tidak melakukan ujikaji ke atas haiwan
- Mencerahkan hiperpigmentasi
- Pori-pori kelihatan lebih kecil
Keburukan:
- Mungkin mengalami rasa mencucuk
17. CeraVe Resurfacing Retinol Serum
Jika anda memiliki kulit yang kering dan berjerawat, anda boleh mencuba CeraVe Resurfacing Retinol Serum!
Ianya menghidratkan. Dan dengan pengunaan yang kerap, ia dapat memudarkan parut-parut jerawat yang gelap.
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Kulit Jenis Berjerawat (Bukan Untuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Memperbaiki Tekstur Kulit, Memudarkan Paruit-parut, Memperbaiki Kulit, Rawatan Jerawat
- Bahan-bahan Utama: Niasinamida, Ceramide, Asid Sitrik, Retinol, Sodium Hyaluronate
- Harga: ~RM129
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat
- Kulit kelihatan lebih licin (mungkin disebabkan oleh pengunaan silikone)
Keburukan:
- Mengandungi alkohol, silikone dan pewangi
- Bukan untuk kulit sensitif
Serum Terbaik Untuk Kulit Sensitif
18. Bio-essence Bio-Water Vitamin B5 Gel
Walaupun mengandungi tekstur ringan, Bio-essence Bio-Water Vitamin B5 Gel memberikan penghidratan yang cukup untuk kulit kering.
Dengan bahan-bahan seperti panthenol, cermide 3, sodium hyaluronate dan gliserin!
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Kulit Kering & Sensitif
- Kelebihan: Anti penuaan, Menghidrat, Mencerahkan dan Membaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Niasinamida, Ceramide 3, Tocopherol (Vitamin E), Panthenol, Sodium Hyaluronate, Asid Hialuronik
- Harga: ~RM79.9
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Penyerapan Pantas
- Tanpa rasa berminyak
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
19. 9Wishes Hydra Glowing Deep Hydration Skin Perfect Ampule Serum
Ekstrak akar Licorice root di dalam 9Wishes Hydra Glowing Deep Hydration Skin Perfect Ampule Serum dwifungsi sebagai agen mencerahkan kulit. Dan juga untuk merawat jerawat.
Serum yang melembapkan ini juga tidak meninggalkan kulit anda melekit!
- Saiz: 25ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Termasuk Kulit Sensitif)
- Kelebihan: Menghidratkan, Mencerahkan Kulit, Rawatan Jerawat, Membaiki Kulit
- Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Ekstrak Buah Morus Alba, Gliserin, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Biji Adansonia Digitata, Ekstrak Daun Aloe Barbadensis
- Harga: ~RM56
Kebaikan:
- Bebas daripada Paraben, Sulfat, Alkohol, Silikone
- Cukup lembut untuk kegunaan harian
- Menyerap dengan pantas
Keburukan:
- Tidak cukup menghidratkan untuk kulit yang sangat kering
Kebaikan Serum Muka
Kenapa pentingnya anda untuk memakai serum muka?
Serum muka mengandungi bahan-bahanyang bermanfaat untuk kulit anda. Seperti antioksidan, retinol dan pencerah kulit.
Dengan kelebihan berikut:
- Menghidratkan kulit anda
- Untuk memperbaiki kulit (menghasilkan semula sel-sel)
- Mengecilkan pori-pori
- Memperbaiki garis-garis halus yang ketara
- Mencerahkan kulit
- Melegakan kulit yang radang
- Memudarkan parut jerawat
Bahan-bahan mungkin sama dengan apa yang anda akan temui dalam krim pencerah terbaik atau krim mata. Hanya tekstur sahaja yang berbeza. Biasanya, bahan-bahan aktif yang berguna mengandungi kepekatan tinggi.
Dimana harganya juga mungkin lebih mahal!
Kesimpulan
Terdapat banyak serum muka terbaik di Malaysia 2021 untuk dipilih! Terutamanya jika anda memiliki kulit kering dan matang!
Dan jika anda masih tidak dapat memilih, kami mengesyorkan item 6 (Cosmedica Pure Hyaluronic Acid Serum) untuk semua jenis kulit! Dan jika anda mencari rawatan pengelupasan, boleh cuba item 15 atau 16.