Biarkan rambut keriting menjadi perkara yang lepas dengan serum rambut terbaik di Malaysia 2022!
Sama ada anda mempunyai rambut yang tebal, nipis, berwarna atau kusam, serum rambut yang bagus akan memberikan sinaran yang sihat pada rambut anda. Dan membuatkannya terasa lebih lembut!
Mereka tidak mahal dan senang digunakan untuk dimasukkan dalam rutin harian anda. Tetapi jika anda tidak ada idea di mana hendak bermula, kita mempunyai 15 produk tersenarai di sini yang berbaloi!
Senarai Kandungan:
- Apa Itu Serum Rambut?
- 15 Serum Rambut Terbaik Malaysia 2022
- Kebaikan Menggunakan Serum Rambut
- Cara Untuk Menggunakan Serum Rambut
Apa Itu Serum Rambut?
Biasanya dalam bentuk cecair, serum rambut mungkin mengandungi silikon. Ini membolehkan keriting yang lembut dan memantul cahaya, memberikan kemilau pada rambut anda.
Mereka boleh berganda sebagai perlindungan haba dan penghadang terhadap elemen luar seperti habuk dan sinaran UV.
Satu lagi kegunaan untuk beberapa serum rambut ialah kebolehan mereka untuk menggayakan rambut anda!
Serum Rambut Vs Minyak Rambut
Di antara serum rambut dan minyak rambut, minyak rambut adalah lebih kepada rawatan perapi. Kerana rambut boleh menyerap minyak lebih baik berbanding serum.
Tetapi minyak rambut cenderung untuk berasa berat pada rambut anda selepas penggunaan.
Dengan produk yang amat banyak tersedia di pasaran, sudah menjadi kebiasaan untuk menemui produk di mana fungsi minyak rambut bertindan dengan fungsi serum rambut.
Jadi anda mungkin melihat campuran ini dalam senarai kami!
Serum Rambut Vs Tonik Rambut
Bagaimana pula dengan perbezaan antara serum rambut dan tonik rambut?
Secara asasnya, minyak rambut dan serum rambut dimaksudkan untuk rambut anda.
Manakala tonik rambut merawat kulit kepala anda! Menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan iritasi kulit kepala!
15 Serum Rambut Terbaik Malaysia 2022
- Serum Rambut Terbaik Untuk Mengawal Rambut Kusut – Mise En Scene Perfect Serum / Hair Oil – Rose Petal Edition
- Serum Rambut / Rawatan Perapi Terbaik – Select Argan Oil Healing Treatment
- Serum Rambut Terbaik Untuk Rambut Ikal – Giovanni Frizz Be Gone
- Serum Rambut Terbaik Untuk Rambut Rosak/Diproses/Diwarnakan – LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil
- Serum Rambut Paling Wangi – MISE-EN-SCÈNE Perfect Repair Hair Serum
- Serum Rambut Terbaik Untuk Mengurangkan Rambut Gugur – Sailajah Hairfall Control Serum
- Serum Rambut Ringan Terbaik – HAIRDEPOT Silky & Smooth Hair Serum – Jojoba Oil
- Serum Rambut Inovatif Terbaik – Pantene Miracles Dual Chamber Oil Serum
- Serum Rambut Terbaik Untuk Pemakai Hijab – LOreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold
- Serum Rambut Versatil Terbaik Untuk Rambut Dan Badan – Argan Deluxe Argan Oil Hair & Body Serum
- Serum Rambut Kemasan Salon Terbaik Untuk Ketebalan Rambut Normal – Kerastase Discipline Oleo Relax Serum
1. LOreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold
Minyak rambut yang berfungsi sebagai serum, LOreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold melicinkan keriting, berpatutan dan ringan untuk minyak rambut! Dan ia mempunyai harga berpatutan dan ringan untuk rambut berminyak!
Ia tidak membuatkan rambut anda nampak berminyak! Dan sepanjang masa, rambut anda akan berasa lebih lembut. Serum rambut ini telah menghimpunkan beribu-ribu ulasan positif daripada pengguna:
Pengguna mendapati bahawa ia menghalang rambut daripada menjadi kering, pada masa yang sama membuatkannya mudah diurus dan mudah untuk digayakan.
Berdasarkan pendapat pengguna-pengguna yang memakai tudung selama lapan jam atau lebih dalam sehari:
Mereka sangat kagum dengan serum ini yang membuatkan rambut mereka segar dan ringan. Tanpa terasa berminyak. Tambahan lagi, mereka mendapati bahawa kuantiti serum yang sedikit sudah mencukupi untuk rambut kekal tidak kusut untuk masa yang lama!
Namun, jika rambut anda sudah cukup lembut untuk dimulakan, anda mungkin tidak perasan banyak perbezaan!
Nota: Bau tidak menarik pada semua orang.
- Isi Padu: 100 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Campuran 6 bunga yang berharga – Marticaria, Lotus, Rose, Chamomile, Flax dan Tiare
- Kebaikan: Menjinakkan keriting, melicinkan rambut dan menambah sinaran dengan tanpa minyak
- Harga: RM30
Kebaikan:
- Melembapkan rambut
- Mengawal rambut kusut
- Menjadikannya rambut mudah untuk digayakan
- Sesuai untuk pengguna yang memakai tudung
- Tidak berminyak dan ringan
- Tidak mahal
Keburukan:
- Tidak memberi kesan ketara bagi pengguna yang memang mempunyai rambut yang licin secara semulajadi
- Botolnya yang besar tidak mudah untuk dibawa kemana-mana
- Kesan mungkin tidak tahan lama
- Ada yang tidak suka baunya
2. Select Argan Oil Healing Treatment
Dengan ramuan utamanya, Argan Oil Healing Treatment by Select boleh digunakan sebagai rawatan perapian untuk melembutkan rambut yang rosak. Dan juga sebagai produk penggayaan!
Ia mempunyai wangian yang mana ramai mendapatinya wangi! Dan sepatutnya tidak rasa berminyak selepas anda menggunakannya!
Manfaat lain yang segelintir pengguna telah rasakan ialah:
Rambut mereka semakin lebat, dan mereka mengalami keguguran rambut yang semakin berkurang setelah menggunakan serum rambut ini!
Namun begitu, jika anda mempunyai kulit kepala yang semulajadi berminyak, serum rambut Select Argan Oil Healing Treatment agak sedikit berminyak.
Dan anda mungkin ingin menggunakan serum rambut ini dalam kuantiti yang kurang, atau memilih untuk menggunakan serum rambut yang ringan seperti LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil (pembungkusan merah jambu) berbanding serum rambut Select Argan Oil Healing Treatment.
Nota: Serum rambut di dalam botol gelas.
- Isi Padu: 100 ml
- Kesesuaian Jenis rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Linoleic Acid, Omega-6, Omega-9
- Kebaikan: Sebagai perapi, menggayakan dan menyiapkan produk, antioksidan, anti penuaan, untuk mengawal keriting, menyuburkan rambut, sebagai perlindungan haba, untuk membaiki rambut yang rapuh
- Harga: RM34.5
Kebaikan:
- Boleh mengembalikan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut
- Berbau wangi
- Tidak melekit atau terasa berminyak selepas digunakan
- Pelbagai-kegunaan (perapi, produk penggayaan rambut, anti-kusut)
- Tidak mahal
Keburukan:
- Mungkin tidak sesuai untuk orang yang mempunyai kulit kepala berminyak
3. HAIRDEPOT Silky & Smooth Hair Serum – Jojoba Oil
Bercirikan asas yang tidak menggunakan alkohol, penjual terbaik HAIRDEPOT, Silky & Smooth Hair Serum – Jojoba Oil ialah pencuri perhatian dengan RM12!
Rambut akan berasa lembut dan licin tanpa tambahan berat atau apa-apa yang melekitkan! Oleh itu, orang yang sedang bergelut dengan masalah rambut menipis yang tidak mampu untuk dibebani lagi dengan masalah ini, produk ini mungkin boleh membantu.
Kerana terdapat pengguna yang mengakui bahawa serum rambut ini membantu merawat masalah keguguran rambut mereka! Kelebihan lain termasuk ringan serta mempunyai tekstur tidak-berminyak, dan harga yang berpatutan. Tambahan lagi, baunya yang seakan-akan buah-buahan sangat wangi bagi kebanyakan pengguna.
HAIRDEPOT Silky & Smooth Hair Serum menjadikan rambut semakin licin dan lembut, tetapi sesetengah pengguna tidak melihat sebarang perbezaan walaupun setelah menggunakannya selama berminggu-minggu.
- Isi Padu: 120 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Jojoba Oil
- Kebaikan: Perlindungan terhadap bahan kimia dan haba (cth. mewarnakan, perming, mengeringkan, lain-lain), perlindungan penapis, menguatkan rambut, mengelakkan rambut bercabang
- Harga: RM12
Kebaikan:
- Boleh mengurangkan keguguran rambut
- Tekstur yang sangat lembut dan ringan
- Bau buah-buahan yang wangi
- Sangat berpatutan
Keburukan:
- Mungkin tidak memberi apa-apa kesan untuk pengguna-pengguna tertentu
4. Innisfree Camellia Essential Hair Oil Serum
Serum rambut Innisfree Camellia Essential Hair Oil Serum adalah serum yang mempunyai harga yang berpatutan dimana ia datang dalam pembungkusan yang mesra-perjalanan supaya anda mudah membawanya ke mana-mana.
Pendispen pam tidak tumpah dan juga mudah untuk mengawal jumlah produk yang anda ingin keluarkan. Oleh itu penggemar Innisfree mempunyai produk lain untuk dicuba dan dipuja!
Camellia Essential Hair Oil Serum tidak melekit dan boleh melicinkan keriting. Dan menambah sinaran pada rambut anda!
Rambut serta-merta terasa jauh lebih lembut selepas menggunakan serum ini dan berdasarkan pada banyak ulasan, satu atau dua pam serum ini sahaja sudah mencukupi untuk rambut yang panjang. Tetapi anda harus fokus untuk hanya menyapu produk ini pada hujung rambut sahaja.
Nota: Paling bagus untuk disapu pada rambut yang lembap
Serum rambut ini juga berbau harum dengan wangian bunga yang lembut.
Jika sebelum ini anda telah menggunakan produk ini tetapi yang versi terdahulu dalam botol merah, anda mungkin akan mendapati perbezaan yang besar antara keduanya. Selain daripada perubahan bau (versi yang baharu lebih wangi walaupun kedua-duanya berbau harum).
- Isi Padu: 100 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Camellia Seed, Sea Buckthorn, Babassu Seed, Argan and Jojoba Oils
- Kebaikan: Menambah sinaran pada rambut, melawan pengeringan dan kerosakan/bercabang, merapikan rambut kusut
- Harga: RM40.5
Kebaikan:
- Mempunyai aroma bunga yang lembut
- Tekstur yang bagus (tidak berminyak)
- Menghidratkan dan menyuburkan rambut rosak
- Penyerapan yang pantas
- Hasil serta-merta
- Tangan tidak terasa berminyak selepas penggunaan
Keburukan:
- Aromanya lembut dan tidak terlalu kuat, tetapi memudar dengan cepat
5. Argan Deluxe Argan Oil Hair & Body Serum
Penggunaan sedikit berlainan dengan serum minyak argan yang tebal:
Untuk rambut, anda perlu membiarkan minyak tersebut selama satu jam sebelum anda mandi. Dan seperti namanya, anda juga boleh gunakan serum rambut ini pada badan anda selepas mandi!
Panaskan sahaja pada tangan anda sebelum mengurut pada anggota badan anda. Di mana penggunaan yang disyorkan ialah 2 hingga 3 kali seminggu.
Menurut ulasan pengguna, serum ini melembutkan dan merapikan rambut dengan segera tanpa memutuskan atau merosakknya. Jika anda mahukan rambut anda bersinar secara sihat, maka produk ini mungkin boleh membantu!
Tambahan lagi, ramai pengguna yang menggemari wangiannya yang lembut tetapi harum dan mempunyai sedikit bau vanila.
Mereka menyatakan bahawa teksturnya pekat dan berat tetapi tidak meninggalkan sisa yang melekit. Walaupun begitu, orang yang mempunyai rambut nipis secara semulajadi mendapati ianya terlalu berminyak dan boleh menyebabkan helaian-helaian rambut melekat antara satu sama lain.
Tambahan lagi, anda mungkin tidak melihat perubahan yang banyak dari segi membaiki rambut rosak. Tetapi anda boleh meletakkannya pada hujung rambut anda supaya ia kelihatan lebih sihat.
Nota: Hanya tempatkan produk ini di rumah kerana botol kacanya berat dan tidak mesra-perjalanan!
Secara keseluruhan, serum pelbagai guna Argan Deluxe Argan Oil Hair & Body Serum bagus untuk melembapkan kedua-dua rambut dan kulit.
Hasilnya tidak begitu menakjubkan tetapi cukup bagus untuk rosak tidak rosak yang mudah menjadi kusut dan juga berkesan untuk menambah kilauan dan kelembapan.
- Isi Padu: 50 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Argan oil
- Kebaikan: Melembapkan, memberikan perlindungan warna, mengurangkan keriting, kelemumur dan minyak serta menambah isi padu dan meningkatkan keriting
- Harga: RM19.9
Kebaikan:
- Juga boleh digunakan untuk melembutkan dan menghidratkan kulit – Menjadikan kedua-duanya bersinar dengan sihat
- Sesuai untuk rambut kering
- Membantu untuk merapikan rambut kusut
- Aroma yang menenangkan
- Tidak melekit
- Serum mempunyai harga berpatutan
- Satu botol boleh bertahan lama
Keburukan:
- Serum rambut ini datang dalam bentuk botol kaca dimana ia tidak mesra-perjalanan
- Tidak berkesan untuk rambut yang terlalu rosak
6. LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil
LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil melembapkan dan menyuburkan rambut dan berkesan untuk meleraikan rambut yang kusut dan menggayakannya. Tambahan lagi, ia mempunyai aroma lembut yang amat menyenangkan dan berbau bunga yang harum.
Anda juga boleh menggunakannya samada pada rambut yang kering atau basah.
Pengguna yang memiliki rambut yang kering yang keriting amat menggemari bagaimana minyak yang licin dan tidak melekit ini membuatkan rambut mereka sentiasa rapi. Juga tidak terdapat rasa-selepas yang berminyak.
Berbanding dengan serum rambut LUCIDO-L Argan Rich Oil Hair Treatment (bungkusan biru), serum rambut LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil (bungkusan merah jambu) mempunyai tekstur yang kurang pekat tetapi masih amat menyuburkan. Walaupun pada rambut luntur yang terasa seperti straw.
Tetapi anda harus sentiasa ingat bahawa hanya satu atau dua pam minyak sahaja diperlukan! Dan botolnya bukanlah sejenis yang anda boleh muatkan di dalam beg dompet anda memandangkan ia bersaiz besar dan sukar untuk dibawa ke mana-mana.
Namun begitu, jika rambut anda rosak, kering atau keriting, anda sudah tentu harus mencuba serum rambut LUCIDO-L Argan Rich Hair Treatment Oil memandangkan ia juga sangat mampu-milik!
- Isipadu: 60ml
- Jenis Rambut Yang Sesuai: Rambut kering dan keriting
- Ramuan Utama: tidak dinyatakan
- Manfaat: Membuatkan rambut selembut sutera, mengurangkan keriting dan mencegah rambut kusut, membaiki kekeringan dan hujung bercabang, mengembalikan kilauan dan sinaran semulajadi
- Harga: ~RM24
Kelebihan:
- Aroma yang lembut
- Tekstur tidak melekit
- Menyubur dan menghidratkan rambut
- Ringan
- Tidak membuatkan rambut terasa berminyak
- Harga yang mampu-milik
- Menyerap ke dalam rambut dengan pantas
- Melindungi rambut daripada radiasi UV dan haba daripada produk penggayaan
Kekurangan:
- Datang dalam pembungkusan yang tebal dan besar, yang cenderung untuk pecah, tidak mesra-perjalanan
7. Pantene Miracles Dual Chamber Oil Serum
Reka bentuk bekas berkembar dan pam tanpa udara pada serum rambut Pantene Miracles Dual Chamber Oil Serum bertujuan untuk memelihara bahan aktif sentiasa terkunci dan terasing sehingga digunakan untuk kesegaran dan potensi maksima. Sekurang-kurangnya, menurut Pantene.
Apabila anda benar-benar menggunakannya:
Pam tersebut sebenarnya sejenis yang agak renyah dan anda perlu menekannya dengan cara tertentu. Kalau tidak, serum yang keluar menjadi lebih berkrim berbanding berminyak – ianya tidak mudah untuk mendapatkan jumlah minyak dan krim yang sama daripada bekas yang berasingan.
Selepas dipakai, ia tidak terasa berminyak atau bergris. Tetapi ia tidak menjadi selicin yang kita inginkan. Walaupun begitu, ia membuatkan rambut menjadi lembut dan bersinar!
Dan jika anda memakainya pada rambut yang basah atau kering, ia juga tidak akan meninggalkan rasa-selepas yang melekit.
Tambahan lagi, serum rambut ini mempunyai aroma yang ringan dan manis (lebih seperti buah strawberi berbanding buah epal dan bunga ros) dimana ia masih kekal apabila kering.
Ia juga kelihatan cantik jika diletakkan di kaunter bilik mandi. Kami amat menggemari pam yang ringan tetapi tahan lasak, walaupun saiznya mungkin boleh dikecilkan lagi untuk tujuan penggunaan yang mudah.
Bercakap mengenai kuantiti yang anda perolehi, serum rambut Pantene Miracles Dual Chamber Oil Serum lebih mahal berbanding dengan serum lain yang telah kami senaraikan di sini. Walapun begitu, proses pemakaiannya amat menarik.
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, satu botol serum ini mungkin hanya bertahan selama sebulan.
Jadi, walaupun serum rambut Pantene Miracles Dual Chamber Oil Serum amat berkesan untuk melembapkan rambut yang kering, terdapat pilihan lain lebih menyenangkan yang memberikan hasil yang sama.
- Isipadu: 42g
- Jenis Rambut Yang Sesuai: Semua Jenis Rambut
- Bahan Utama: Air, Dimethicone, Alkohol Setil, Stearamidopropyl Dimethylamine, Alkohol Stearil, Panthenol
- Manfaat: Menghidratkan rambut, membaiki rambut rosak
- Harga: ~RM66
Kelebihan:
- Menjadi sebati dan menyerap dengan mudah
- Serum juga boleh digunakan pada kedua-dua rambut yang basah dan kering
- Menjadikan rambut selembut sutera dan bersinar
- Wangian yang berbau harum
- Cara pemakaian unik yang terasa mewah
Kekurangan:
- Berharga mahal berbanding serum rambut kedai farmasi yang lain
- Output pam yang tidak konsisten – kadang-kadang anda akan mendapat lebih banyak krim daripada minyak (dan sebaliknya)
- Pemakaian yang tidak begitu sempurna jika nisbah krim dan minyak tidak betul
8. Kerastase Discipline Oleo Relax Serum
Jangan menggunakan terlalu banyak Kerastase Discipline Oleo Relax Serum. Sedikit sudah cukup untuk memberi sinaran pada rambut anda! Menggunakan serum ini sebelum mengeringkan rambut (dengan pengering rambut) anda untuk mendapatkan hasil seperti di salon. Dan rambut yang kelihatan lembut, dan bersinar!
Ia tidak meninggalkan lapisan berminyak yang amat dikhuatiri selepas digunakan (jika anda menggunakannya dalam kuantiti yang bersesuaian) dan aroma bunga yang harum daripada serum ini kekal lama pada rambut.
Malangnya, untuk rambut yang berkerinting tebal, produk ini tidak begitu berkesan untuk menghilangkan masalah rambut kusut. Dan untuk jenis rambut nipis, ia juga tidak membantu untuk menambah ketebalan pada akar rambut.
Anda tidak sesekali ingin membuat kesilapan dengan menggunakannya terlalu banyak pada satu kali penggunaan. Kerana ia boleh menjadikan rambut anda berminyak dan berat.
Yang terakhir, oleh kerana serum rambut Kerastase Discipline Oleo Relax Serum lebih mahal daripada serum rambut biasa anda (sekurang-kurangnya di dalam senarai ini).
Kami hanya ingin mengesyorkannya jika rambut anda tidak terlalu tebal atau nipis, dan tujuan utama anda ialah untuk menambah kilauan, merapikan rambut yang kembang dan kusut.
- Isi Padu: 100 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Semua Jenis Rambut
- Ramuan Utama: Coconut Oil, Rosa Canina Fruit Oil, Plukenetia Volubilis Seed Oil
- Kebaikan: Memberikan rambut yang bersinar, membuatkan rambut sleek, melindungi rambut daripada kerosakan, membuatkan rambut senang untuk digayakan, melembapkan secara mendalam, mengurangkan keriting tanpa melebatkan rambut
- Harga: RM133.4
Kebaikan:
- Tidak berminyak (jika anda tidak menggunakannya terlalu banyak)
- Bau wangi yang tahan lama
- Mengawal rambut kusut untuk membolehkannya mudah digayakan
Keburukan:
- Mungkin tidak sesuai untuk rambut yang berkerinting tebal
- Mahal
9. DOVE Nourishing Oil Care Dry Hair Serum
Serum rambut Dove’s Nourishing Oil Care Dry Hair Serum datang dalam bentuk botol comel yang kompak dan mesra-perjalanan, tetapi isipadunya boleh bertahan untuk masa yang agak lama.
Sapukannya pada rambut yang lembap sebelum anda menggunakan mana-mana alatan penggayaan rambut. Sapuan serum ini licin dan penyerapannya agak pantas.
Ia menghidratkan rambut kering tanpa terasa berminyak, di samping mengurangkan kusut pada rambut jenis tebal dan keriting. Anda juga boleh menggunakannya untuk merapikan rambut yang kembang.
Sesetengah pengguna juga telah mendapati pengurangan rambut gugur. Serum rambut ini terasa ringan dan mempunyai aroma bunga yang menyenangkan tetapi baunya agak kuat. Tidak seperti produk rambut Dove yang lain.
Memandangkan serum rambut DOVE Nourishing Oil Care Dry Hair Serum adalah rawatan anti-kusut berkos rendah yang boleh melembutkan dan menambah kilauan pada rambut anda dengan baik, kami tidak melihat sebarang sebab untuk tidak memilih produk ini jika anda sememangnya penggemar produk rambut Dove!
Jika terdapat satu kekurangan, ianya adalah kesan kelicinannya tidak kekal sepanjang hari (sehingga 6 jam). Dan akan memudar lebih cepat bergantung pada keadaan cuaca.
- Isipadu: 40ml
- Jenis Rambut Yang Sesuai: Semua jenis rambut, terutamanya rambut kusut
- Bahan Utama: Minyak Badam Manis, Minyak Kelapa
- Manfaat: Menyuburkan rambut dan kulit kepala, mengawal rambut kusut, mengurangkan rambut gugur
- Harga: ~RM20
Kelebihan:
- Menghidratkan rambut
- Aroma bunga yang ringan
- Meluruskan rambut dan akar rambut
- Pembungkusan yang kompak dan mesra-perjalanan
- Harga mampu-milik
Kekurangan:
- Tidak kekal lama
10. KUNDAL Ultra Hair Serum Cherry Blossom
Rambut lebih lembut dengan haruman feminin (bau mempunyai sedikit rasa sitrus dan bunga) selepas memakai serum KUNDAL Ultra Hair Serum in Cherry Blossom:
Aroma musim panasnya cukup sesuai, dan tidak terlalu kuat. Dan bau tersebut kekal walaupun selepas beberapa jam.
Tambahan lagi, serum rambut Korea yang tebal tetapi ringan ini mengandungi banyak minyak bermanfaat. Dan ia juga tidak terlalu melekit ataupun berminyak (Ia termasuk bagaimana is terasa pada tangan anda selepas penggunaan).
Selain daripada aroma, serum ini sangat berkesan untuk menghilangkan masalah rambut kusut. Pada masa yang sama ia menghidratkan rambut yang bercabang dan menjadikan keseluruhan helaian rambut bersinar tanpa berminyak.
Tambahan lagi, ia juga meresap dengan lebih pantas! Anda boleh menyikat rambut anda dengan jari sahaja (cth: silikon)!
Di sebalik itu, terdapat beberapa ulasan berbentuk kritikan. Bukan semua orang menggemari aromanya. Dan menurut kepada beberapa pengguna, kesannya tidak begitu tahan-lama.
Dan pada rambut yang terlampau nipis, anda akan benar-benar perlu berhati-hati dengan kuantiti produk yang anda gunakan, kalau tidak, ia akan menjadi berminyak dengan pantas. Anda hanya perlukan beberapa titis sahaja!
Jika anda secara umumnya menggemari bau feminin dan ingin merapikan rambut kusut serta ingin mempunyai rambut yang lebih lembut, anda mungkin akan benar-benar gemar menggunakan serum KUNDAL Ultra Hair Serum in Cherry Blossom.
- Kandungan: 100 ml
- Jenis Rambut Sesuai: Rambut Normal / Rambut Rosak
- Bahan-bahan Utama: Minyak Biji Macadamia, Minyak Biji Jojoba, Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Biji Calendula, Minyak Biji Anggur, Minyak Kelapa, Minyak Hazelnut, Minyak Buah Zaitun, Minyak Buah Euterpe Oleracea, Minyak Avokado, Minyak Kernel Argania Spinosa, Minyak Almond, Minyak Kernel Aprikot, Minyak Biji Sclerocarya Birrea, Minyak Lavender
- Kebaikan: Mengurangkan keriting
- Harga: ~RM25
Kebaikan:
- Menghilangkan masalah rambut kusut
- Tidak berminyak
- Aroma yang wangi
- Tidak mahal
- Menjadikan rambut lembut
Keburukan:
- Kesan tidak kelihatan tahan lama
11. Mise En Scene Perfect Serum / Hair Oil – Rose Petal Edition
Produk penjualan teratas Amore Pacific didatangkan dengan edisi kelopak ros! 2-3 pam akan mencukupi untuk rambut panjang. Dan bau ros akan berkekalan seperti minyak wangi!
Hampir semua pengulas menggemari aroma bunga mawarnya yang mempesonakan. Sila ambil perhatian bahawa wangian tersebut mungkin agak terlalu keterlaluan bagi sebahagian pengguna!
Semua versi mengandungi silikon untuk melicinkan keriting dan melindungi rambut anda daripada sebarang kerosakan. Ia adalah pilihan produk yang bagus untuk orang yang sudah letih dengan masalah rambut bercabang!
Tekstur Mise En Scene Perfect Serum (Rose Petal Edition) sebenarnya serupa dengan Mise En Scene Perfect Serum versi original.
Dari segi penggunaan, kami akan menekankan bahawa penggunaan yang sedikit pun sudah mencukupi.
Dan seperti serum veri original, serum ini sangat berkesan untuk mengawal masalah rambut kusut dan menjadikannya terasa selicin sutera.
Untuk mereka yang mempunyai rambut kering, serum ini mengekalkan kelembapan dan malahan memperbaiki masalah rambut bercabang.
Namun begitu, jangan sapukan terlalu banyak pada rambut anda. Berdasarkan pada pengalaman pengguna, ia akan menyebabkan rambut anda berat dan berminyak.
Jika anda benar-benar menggemari bau bunga ros, dan memerlukan sedikit bantuan dengan rambut hujung bercabang dan kusut, serum rambut Mise En Scene Perfect Serum (Rose Petal Edition) adalah serum kos-berkesan yang amat berbaloi untuk dicuba.
- Isi Padu: 70 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Jenis Rambut Normal / Jenis Rambut Berwarna / Jenis Rambut Lemah
- Ramuan Utama: Organic Argan Oil, Camellia Oil, Marola Oil, Olive Oil, Coconut Oil, Apricot Oil, Jojoba Oil, Royal Jelly and Rose Water
- Kebaikan: Mengurangkan kerosakan/ bercabang, kekeringan dan keriting
- Harga: RM24.9
Kebaikan:
- Berkesan untuk mengurangkan rambut kusut
- Merawat masalah rambut bercabang
- Melembapkan dan melembutkan rambut
- Hampir semua pengguna menggemari aroma bunga mawarnya
- Tidak perlu menggunakannya dengan banyak
- Mempunyai harga yang berpatutan
Keburukan:
- Wangiannya mungkin terlalu kuat untuk sesetengah orang
12. Sailajah Hairfall Control Serum
Selain daripada baunya yang wangi, Sailajah Hairfall Control Serum mempunyai banyak minyak yang sihat untuk menyokong rambut yang sihat, kurang kusut, dan rambut yang lebih lembut dan lebih bersinar!
Secara keseluruhan, ulasan adalah sangat positif:
Ramai yang mengakui bahawa serum ini mengurangkan keguguran rambut dengan berkesan. Tambahan lagi, orang yang mengalami masalah rambut gugur yang teruk telah melabelkan produk ini sebagai serum ajaib.
Manfaatnya merangkumi daripada meminimakan tompokan botak dan meningkatkan ketebalan rambut, sehingga kepada merawat masalah kelemumur! Tambahan lagi, dengan aroma herbanya yang lembut begitu menenangkan.
Bergantung pada jenis rambut dan kulit kepala anda, tekstur serum ini mungkin sangat sesuai. Tetapi orang yang mempunyai kulit kepala yang terlebih berminyak mungkin mendapatinya agak terlalu berminyak.
Kesimpulannya, serum ini sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda sedang mengalami tanda-tanda keguguran rambut dan yang penting tidak mempunyai kulit kepala yang berminyak.
- Isi Padu: 130 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Normal / Berwarna / Rambut Lemah
- Ramuan Utama: Argan, Amla, Almond, Coconut, Olive, Jojoba
- Kebaikan: Menyuburkan, menguraikan, merangsang pertumbuhan rambut, membaiki kerosakan rambut, menambah sinaran dan kelembutan
- Harga: RM55
Kebaikan:
- Mengurangkan keguguran rambut
- Meningkatkan ketebalan rambut
- Boleh merawat masalah kelemumur
- Melegakan kegatalan kulit kepala
- Mengawal rambut kusut
Keburukan:
- Mungkin terlalu berminyak bagi sesetengah orang
13. Serum MISE-EN-SCÈNE Perfect Repair
Produk Korea yang berpatutan ini menjadi kegilaan ramai orang:
The MISE-EN-SCÈNE Perfect Repair Serum menjadikan rambut anda berkilat dan mengunci kelembapan serta lembut untuk disentuh! Tidak hairanlah kerana tiga ramuan teratas adalah silikon.
Malah ia juga mengandungi 7 minyak berkhasiat! Satu kombinasi yang rupa-rupanya tidak membuatkan rambut anda terasa terlalu berminyak atau melekit. Tetapi menjadikan rambut bebas-kusut dan boleh diurus dengan mudah serta bersinar dengan semulajadi!
Ciri produk ini yang paling dipuji ialah mengenai aromanya! Dan anda boleh menggunakannya pada rambut anda ketika basah, separuh-basah (lembap) atau kering! Dan serum ini diserap dengan pantas oleh kutikel rambut. Teksturnya yang tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu berminyak.
Walaupun begitu, anda mungkin memerlukan 1-2 kali penggunaan sepanjang hari jika anda mempunyai rambut panjang yang rosak.
Selain daripada itu, ia mungkin akan meninggalkan sedikit sisa pada tangan anda tetapi ia boleh dibasuh dengan mudah. Sedikit kekurangan tersebut adalah berbaloi memandangkan hasilnya adalah serta-merta dan boleh dilihat walaupun selepas pertama kali penggunaan!
Hanya segelintir pengguna menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang perubahan pada rambut mereka setelah menggunakan serum ini.
Tetapi dari segi harga, serum rambut MISE-EN-SCÈNE Perfect Repair Serum amat menakjubkan sebagai rawatan pantas memandangkan ia amat mudah untuk digunakan. Dan ia berkesan untuk mencegah terjadinya lagi hujung rambut bercabang dan kerosakan pada rambut yang diproses!
- Kandungan: 80 ml
- Jenis Rambut Sesuai: Rambut Rosak
- Bahan Utama: Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa, Minyak Aprikot, Minyak Marula, Minyak Jojoba, Minyak Camellia
- Kelebihan: Mengurangkan rambut rosak atau bercabang, mengawal keriting dan melembapkan rambut
- Harga: ~RM40
Kebaikan:
- Berbau wangi
- Mengurangkan rambut kusut untuk membolehkan anda mudah menguruskannya
- Tekstur sangat sesuai
- Hasil perubahan sangat cepat
Keburukan:
- Hasilnya tidak bertahan sepanjang hari
14. BIOAQUA Hair Essence Oil & Perfume
Rambut yang dirawat secara kimia akan lebih baik dengan penggunaan BIOAQUA Hair Essence Oil & Perfume!
Jika anda selalu membasahkan rambut anda pada waktu pagi, anda boleh letakkan sedikit pada rambut anda anda tinggalkannya sementara anda tidur!
Terdapat aroma ringan yang akan bertahan pada rambut anda dengan serum ini. Versi merah adalah selalunya lebih terkenal di kalangan pengguna (beraroma bunga ros).
Walaupun begitu bagi sesetengah orang, baunya agak berat dan terlalu kuat.
Selain daripada itu, pengguna sangat kagum dengan produk ini yang telah mengurangkan rambut kusut, menjadikan rambut mereka lembut, bersinar, dan licin!
Tambahan lagi, segelintir pengguna juga mendapati rambut gugur berkurang selepas menggunakan serum.
Namun begitu, terdapat pendapat bertentangan mengenai tekstur produk ini.
Sebahagian pengguna menyatakan bahawa teksturnya ringan dan tidak meninggalkan sisa yang melekit. Sebaliknya, terdapat beberapa kritikan mendedahkan bahawa teksturnya yang berminyak menyebabkan tangan mereka sukar dicuci dan menjadikan rambut mereka kelihatan basah dan tebal/likat.
Tetapi ia tidak patut menjadi isu kepada anda memandangkan harganya yang amat rendah. Serum rambut BIOAQUA Hair Essence Oil & Perfume sememangnya pilihan yang bagus sekiranya anda menggemari bau dan rasanya!
Kami hanya berharap supaya senarai bahan kandungannya lebih jelas berbanding hanya kenyataan secara samar bahawa mereka menggunakan bahan berasaskan-tumbuhan.
- Isi Padu: 50 ml
- Kesesuaian Jenis Rambut: Unruly/ Kering dan Kusam/ Rambut berwarna
- Ramuan Utama: –
- Kebaikan: Sesuai untuk rambut dirawat dengan bahan kimia, melembutkan rambut kusut
- Harga: RM10
Kebaikan:
- Aroma yang wangi dan menyegarkan (bau buah-buahan/bunga)
- Mengawal rambut kusut
- Boleh mengurangkan rambut gugur
- Mengembalikan dan menjana semula rambut yang rosak
- Murah
Keburukan:
- Teksturnya mungkin terlalu berminyak dan pekat menurut sebahagian pengguna
- Senarai penuh bahan kandungan tidak dinyatakan
15. Giovanni Frizz Be Gone
Jika digunakan terlalu banyak ia akan kelihatan berminyak, tetapi serum rambut Giovanni Frizz Be Gone berkesan untuk merapikan rambut ikal yang kusut (tidak terlalu berkesan untuk jenis rambut kerinting halus). Ia juga menjadikan rambut kelihatan bersinar dan terasa lembut.
Ia paling bagus untuk digunakan pada rambut yang dikeringkan dengan tuala atau rambut lembap, dengan fokus pada hujung rambut. Ia tidak terasa melekit atau berminyak.
Nota: Beberapa percubaan pada penggunaan (iaitu sebelum atau selepas menggayakan atau membasuh rambut anda) mungkin diperlukan bergantung pada jenis rambut anda.
Namun begitu, baunya agak pelik dan tiruan tetapi yang bagusnya, baunya tidak kekal sepanjang hari. Apa yang berkekalan ialah kilauan yang semulajadi dan rambut ikal yang tersusun rapi!
Dan memandangkan serum rambut Giovanni Frizz Be Gone mempunyai harga yang berpatutan dan anda tidak perlu untuk menggunakannya dengan banyak (ia agak pekat), anda mungkin ingin mendapatkannya jika rambut anda adalah ikal dan kerinting secara semulajadi!
- Isipadu: 81ml
- Jenis Rambut Yang Sesuai: Rambut Ikal/ Kerinting
- Bahan Utama: Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Vitamin E, Panthenol, Pewangi (Termasuk Minyak Pati)
- Manfaat: Merapikan rambut yang kusut dan beralun
- Harga: ~RM35
Kelebihan:
- Ringan
- Kilauan yang berkekalan
- Menjadikan rambut ikal lebih rapi
- Tidak terlalu mahal
- Membuatkan rambut terasa lembut
- Tiada rasa-selepas yang berminyak
Kekurangan:
- Bau yang pelik bagi sesetengah orang
Kebaikan Menggunakan Serum Rambut
Kami telah menyebut beberapa kelebihan serum rambut tetapi ringkasan ada di sini:
- Menjinakkan keriting dan melembutkan flyaways (cth. anak rambut)
- Menambahkan keserian
- Perlindungan haba
- Melembapkan rambut
- Cantuman sementara untuk yang bercabang
- Membantu rambut anda untuk mengekalkan kelembapan
Jadi jika rambut gugur ialah isu utama anda, lihat pada tonik rambut paling berkesan dan shampoo untuk rambut gugur!
Cara Pakai Serum Rambut Yang Betul
Anda patut menggunakan serum rambut seperti yang diarahkan dalam pembungkusan produk tersebut.
Namun, penggunaan ini biasanya pada rambut yang kering selepas anda mandi. Dan sebelum anda mula menggunakan pengering rambut atau alat penggayaan lain pada rambut anda!
Letakkan pada penhujung daripada akar rambut anda.
Untuk penggunaan serum yang sekata:
- Menyikat rambut anda dengan gigi sikat yang luas sebelum menggunakan serum
- Gosokkan produk itu pada tapak tangan anda dahulu sebelum melicinkan produk itu pada rambut anda
Jangan:
- Gunakan serum rambut setiap hari tanpa mencuci aplikasi sebelumnya (dengan syampu clarifying) akan menyebabkan penumpukan produk pada rambut anda. Produk itu akan menyebabkan kepala berminyak. Dan kemudian anda memerlukan shampoo untuk kelemumur!
- Menggunakan terlalu banyak.
- Menggunakan serum pada akar atau kulit kepala anda.
Kesimpulan
Serum rambut terbaik tahun 2022 menggunakan silikon sebagai bahan utama. Ia adalah bahan yang menghasilkan kesan kelicinan dan merapikan rambut kusut.
Penggunaan serum rambut secara kerap dan teratur seharusnya diikuti dengan syampu penjernihan (clarifying shampoo) yang bagus.
Anda boleh cuba mana-mana serum rambut Korea yang dinilai tinggi untuk hasil yang pantas. Bergantung dengan bauan yang anda pilih:
- MISE-EN-SCÈNE Perfect Repair Serum – bunga
- KUNDAL Ultra Hair Serum Cherry Blossom – bunga / sitrus
Atau serum mesra poket iaitu HAIRDEPOT Silky & Smooth Hair Serum – Minyak Jojoba!
Bacaan lanjut:
- 19 Lip Balm Terbaik Di Malaysia
- 19 Serum Muka Terbaik Di Malaysia
- 19 Krim Mata Terbaik Di Malaysia
- 19 Sunblock Terbaik Di Malaysia
- 11 Vitamin C Terbaik Di Malaysia