BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Tinggalkan kulit yang berkerak dengan skrub badan terbaik Malaysia 2021!
Dengan penggunaan yang teratur dan berterusan, mana-mana skrub boleh menjadi skrub badan yang memutihkan kulit. Menanggalkan sel kulit mati supaya kulit anda kelihatan lebih cerah dan lebih licin! Menghalang daripada liang pori tersumbat dan pembentukan jerawat!
Pelembap anda juga akan memberikan kesan yang lebih bagus! Cubalah gunakan skrub badan yang disyorkan ini yang anda boleh dapatkannya di Malaysia!
13 Skrub Badan Terbaik Di Malaysia 2021
- Skrub Kopi Terbaik – Skrub Kopi Asli Frank Body
- Skrub Semulajadi Terbaik – Skrub Kopi Asli Frank Body
- Skrub Kulit Kepala Terbaik – OUAI Scalp & Body Scrub
- Skrub Bajet Terbaik – Naturals By WATSONS Blood Orange Body Scrub
- Skrub Terbaik Untuk Kulit Sensitif – Skrub Badan Naam Kopi’Co
- Skrub Kedai Farmasi Terbaik – St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub
- Skrub Terbaik Untuk Kulit Kering – Fresh Brown Sugar Body Polish
1. Scrub Kopi Asli Frank Body
Produk untuk penggemar kopi:
Frank Body Original Coffee Scrub merupakan produk semulajadi daripada Australia. Ia membantu untuk memperbaiki penampakan parut, parut regangan dan selulit! Anda juga mungkin akan mendapati pengurangan jerawat pada belakang badan!
Akan meninggalkan sedikit kotoran pada tempat mandian, tetapi pengguna menggemari aroma kopi yang menyegarkan! Kulit menjadi lebih lembut dan licin selepasnya! Dengan hanya sedikit gosokan diperlukan ketika menggunakannya!
Sesetengah pengguna menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan pelembap selepas menggunakan produk ini! Seorang pengguna yang mempunyai ekzema mengatakan ia membantu untuk mengawal ekzema yang terdapat pada tangan dan bahunya!
Digalakkan untuk memastikan skrub jauh daripada air untuk menghalang kelembapan daripada meresap masuk. Walaupun ia mempunyai penutup yang boleh ditutup-semula! Jadi isikan kuantiti skrub yang anda perlukan di dalam satu bekas, dan ketepikan yang selebihnya.
Skrub ini merupakan produk yang patut dicuba untuk sesiapa yang menggemari kopi dan produk semulajadi!
- Saiz: 200g
- Sesuai Untuk: Mencerahkan Parut
- Bahan Utama: Kopi Robusta Kisar, Minyak Badam Manis Cold Pressed, Vitamin E, Garam Laut
- Harga: ~RM80
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-sulfat, bebas-alkohol, bebas-silikon
- Semulajadi, vegan & bebas-kezaliman (terhadap haiwan)
- Terasa selesa dan lembut pada kulit (semasa dan selepas gosokan)
- Berbau seperti kopi dengan sedikit bau oren!
- Tidak perlu menggunakannya dengan banyak
- Berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati
Keburukan:
- Mengandungi limonina yang boleh merengsakan kulit yang sensitif
- Minyak badam dan minyak kacang soya adalah bahan komedogenik
- Menyebabkan kotoran (tetapi mudah dibersihkan)
- Kadang-kala ia boleh terasa berminyak
- Sukar untuk menggunakan paket yang asal (kopi tersekat pada penutup)
2. Fresh Brown Sugar Body Polish
Produk paling-laris di Sephora:
Skrub badan yang lembut daripada Fresh ini berbau wangi yang datang daripada semua minyak sitrus dan sangat melembapkan! Juga lengkap dengan minyak evening primrose dan Vitamin E!
Hanya diperlukan sedikit sahaja dan tahan lama! Dan anda boleh menggunakannya sebelum mencukur kaki anda!
Pengguna tidak berhenti menyebut mengenai betapa wanginya aroma produk ini (terutamanya jika anda menggemari halia)! Walaupun ia membuatkan kulit sangat lembut, sesetengah pengguna tidak menggemari rasa berminyak yang ditinggalkan selepas mengunakan skrub ini.
Minyak tersebut boleh membuatkan lantai tempat mandian anda licin jadi sila ambil maklum dan berhati-hati!
Tetapi jika anda ingin memanjakan diri anda sendiri, rakan baik atau yang tersayang, skrub badan ini sememangnya satu produk yang bagus!
- Saiz: 200 g
- Sesuai Untuk: Kulit Kering
- Bahan Utama: Kristal Gula Perang Sebenar, Minyak Evening Primrose, Minyak Badam Manis, Minyak Aprikot Kernel, Minyak Jojoba, Minyak Sitrus, Ekstrak Akar Ginseng
- Harga: ~RM175
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-sulfat, bebas-alkohol, bebas-silikon
- Aroma yang berpanjangan dan kekal
- Tidak mengeringkan
- Berbau wangi
- Lembut dan skrub menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan
- Menghidratkan
Keburukan:
- Mengandungi linalool dan limonina (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
- Terasa berminyak (boleh terkumpul pada jubin lantai mandi anda)
- Mahal
3. Scrub Kulit Kepala & Badan OUAI
OUAI Scalp & Body Scrub dijual sebagai skrub kulit kepala untuk melegakan kegatalan dan kekeringan. Tetapi anda boleh juga menggunakannya pada bahagian badan anda yang lain!
Penggunaan dua kali seminggu adalah mencukupi untuk memperolehi kulit yang sangat lembut! Tetapi anda perlu menggunakan produk ini dengan banyak! Sebab itu kebanyakan pengguna memilih untuk hanya menggunakannya pada kulit kepala mereka!
Sekiranya anda menggunakannya pada kulit kepala anda, ia terasa agak menyegarkan! Dan ia ternyata menghilangkan gatal-gatal pada kulit kepala dengan baik, dengan penggunaan sebanyak 1-2 kali seminggu!
Bahan asasnya adalah minyak kelapa tetapi pengguna yang mempunyai kulit kepala berminyak masih mendapatinya sangat serasi dengan mereka. Dan yang mengejutkan, ia tidak meninggalkan minyak pada lantai tempat mandian anda!
Tidak dapat dinafikan juga bahawa ia berbau wangi! Yang jika dipadankan dengan tekstur yang selesa, ia membuatkan anda ingin menggunakannya sepanjang masa, jika bukan kerana harganya!
- Saiz: 250g
- Sesuai Untuk: Kulit Kering Yang Gatal-gatal
- Bahan Utama: Gula, Adunan Probiotik, Minyak Kelapa, Asid Sitrik, Panthenol
- Harga: ~RM180
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-sulfat, bebas-alkohol, bebas-silikon
- Tekstur berbusa dengan sedikit buih
- Berbau wangi (seperti minyak wangi mewah), bau berkekalan
- Pembungkusan yang premium
- Menanggalkan sel kulit mati dengan lembut tanpa menyebabkan kulit kasar atau kering
- Tidak berminyak
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Mahal
- Boleh mengeringkan rambut
- Memedihkan mata
4. L’Occitane Almond Shower Scrub
Hanya sedikit sahaja L’Occitane Almond Shower Scrub dengan kulit badam ini sudah mencukupi untuk merangkumi bahagian badan anda yang bermasalah! Jika anda menggemari bau badam, anda akan menikmati aroma skrub badan ini!
Pembungkusan secara tiub membuatkannnya sesuai sebagai skrub-badan-didalam-tempat-mandi! Pengguna menggemari baunya dan teksturnya yang licin dan mudah-mencair!
Ia agak berair jadi sila berhati-hati apabila anda mengeluarkan produk keluar daripada tiub!
Jika anda sedang mencari skrub sebenar dan bukannya pengilat badan (dan yang agak mewah untuk itu), anda mungkin perlu memeriksa skrub badan yang lain di dalam senarai ini!
- Saiz: 200ml
- Sesuai Untuk: Kegunaan Harian
- Bahan Utama: Minyak Badam, Kulit Badam Yang Dihancurkan, Agen Pembuih Yang Berasaskan Tumbuhan
- Harga: ~RM98
Kebaikan:
- Lembut tetapi menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan
- Pembunguksan secara dalam tiub yang mudah dimana ia selamat dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana
- Rangkaian badam yang sepadan daripada L’Occitane
- Wangian yang berkekalan
- Menghidratkan
- Tidak berminyak atau bergris
Keburukan:
- Mengandungi SLS
- Mengandungi limonina
- Tekstur berair
- Tidak murah
5. Clarins Exfoliating Body Scrub
Mengekalkan kulit yang lembut dan anjal apabila anda menggunakan Clarins Exfoliating Body Scrub dua kali seminggu! Ianya lembut tetapi ternyata akan menanggalkan sel kulit mati!
Lama-kelamaan akan memperbaiki masalah perubahan warna pada kulit secara perlahan-lahan, menurut seorang pengguna yang telah menggunakannya selama 5 tahun!
Dengan serbuk buluh semulajadi sebagai bahan penggelupasan! Ia berbau seperti pewangi buah-buahan. Dan mempunyai tekstur berkrim.
Seorang pengguna menyatakan bahawa ia juga agak bagus dalam menghilangkan lebihan minyak! Walaupun ia memerlukan sedikit tenaga untuk membilas skrub daripada badan anda nanti! Sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang pengguna!
- Saiz: 200ml
- Sesuai Untuk: Kulit Kering Dengan Masalah Perubahan Warna Atau Jerawat
- Bahan Utama: Buluh,Moringa, Mimosa Tenuiflora, Minyak Sayuran, Asid Sitrik
- Harga: ~RM160
Kebaikan:
- Tidak berminyak
- Pembungkusan secara tiub menjadikannya kurang kotor/comot
- Tidak terasa calar-calar pada kulit
- Berbau lembut dan terasa mewah
- Kulit menjadi lebih lembut
- Tidak perlu menggunakannya dengan banyak pada setiap kali penggunaan
- Juga berkesan pada kaki dan siku anda
Keburukan:
- Mengandungi pewangi (yang ternyata menjadi lebih kuat berbanding formula yang terdahulu, menurut sebahagian ulasan)
- Boleh mengeringkan, perlu diikuti dengan pelembap
- Mahal
6. The Body Shop® Spa Of The World™ African Ximenia Scrub
Kulit yang sehalus sutera dan berbau harum adalah hasil yang akan anda perolehi dengan The Body Shop® Spa Of The World™ African Ximenia Scrub.
Satu bekas skrub akan bertahan agak lama juga! Namun begitu, sepertimana banyak produk The Body Shop, skrub badan ini mengandungi banyak pewangi tambahan di dalamnya!
Ia memberikan anda rutin mandian yang terasa seperti-spa daripada apa yang pengguna nyatakan mengenai baunya! Teksturnya pekat tanpa terlalu berbiji. Pengguna menyifatkan produk ini sebagai skrub sederhana yang cukup lembut untuk digunakan setiap hari.
Apa-apa pun, kulit terasa lembap dan lembut selepas menggunakan skrub ini. Jadi ia amat digalakkan untuk kulit yang kering dan berkuping!
- Saiz: 350ml
- Sesuai Untuk: Kulit Kering Dengan Pigmentasi
- Bahan Utama: Gliserin, Garam, Minyak Biji Ximenia Americana, Lilin Lebah, Minyak Sayuran, Asid Sitrik
- Harga: ~RM154
Kebaikan:
- Bebas-kekejaman (terhadap haiwan)
- Mencerahkan tompokan gelap pada kulit
- Pembungkusan yang cantik dan mewah
- Tidak kasar pada kulit
- Sangat melembapkan
- Satu tiub bertahan untuk masa yang sangat lama
Keburukan:
- Mengandungi limonina (dikenali sebagai agen perengsa)
- Air mudah masuk ke dalam tiub
- Wangian tidak kekal lama (mungkin juga merupakan ciri yang bagus)
- Meninggalkan satu lapisan yang sedikit melekit pada kulit
- Mahal
7. Sukin Renewing Body Scrub Jojoba And Green Tea
Ia mungkin mengejutkan anda bahawa Sukin juga mempunyai produk skrub badan!
Sukin Renewing Body Scrub Jojoba And Green Tea mempunyai gabungan daripada daun teh hijau, jojoba beads dan badam kisar untuk melicinkan kulit anda.
Manakala bahan lain adalah untuk melembapkan kulit anda! Juga membekalkan beberapa manfaat antioksidan (contohnya minyak rosehip)!
Pengguna yang mementingkan alam sekitar tidak perlu bimbang dengan Sukin Renewing Body Scrub Jojoba And Green Tea! Kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan bukan semulajadi!
Aromanya adalah ringan dan segar, dan ia menanggalkan sel kulit mati dengan lembut tanpa merengsakan kulit!
Ia tidak begitu berkesan terhadap tompokan kering yang degil, jadi kami hanya mengesyorkan skrub badan ini untuk kegunaan harian atau mengekalkan kulit yang lembut!
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, cuba dahulu pada kawasan kulit yang kecil.
- Saiz: 200ml
- Sesuai Untuk: Kulit Normal Sehingga Sensitif
- Bahan Utama: Jojoba Beads, Daun Teh Hijau, Badam Kisar, Aloe Vera, Minyak Kelapa, Minyak Jojoba, Minyak Rosehip, Minyak Bijan, Ekstrak Teh Hijau, Vitamin E, Gliserin, Asid Sitrik
- Harga: ~RM40
Kebaikan:
- Skrub badan yang menanggalkan sel kulit mati dengan lembut dengan tekstur berkrim
- Bau lembut yang wangi
- Tidak mengeringkan
- Pembungkusan secara dalam tiub mengelakkan skrub daripada basah
- Bahan semulajadi (tiada mikrobeads plastik)
Keburukan:
- Agak comot ketika digunakan (cebisan-cebisan daun teh hijau)
- Tidak cukup kasar jika anda memerlukan gosokan yang lebih kuat
- Meninggalkan sedikit sisa yang berminyak selepas digunakan
8. Scrub Badan Naam Kopi’Co
Produk buatan-sendiri dan dibuat secara segar dalam kuantiti yang sedikit:
Skrub badan yang semulajadi ini menggunakan minyak kelapa organik bagi tujuan kelembapan tambahan!
Cuba untuk tidak menggosok dengan terlalu kuat dengan Naam Kopi’Co Body Scrub. Pergerakan perlahan secara bulatan daripada kaki anda ke jantung anda akan memperbaiki peredaran darah anda!
Ulasan menyatakan bahawa skrub ini berbau wangi (bau kelapa) dan cukup menghidratkan untuk kulit kering! Pengguna juga menggemarinya yang bersifat vegan dan bebas-kekejaman (terhadap haiwan)!
Jangan gunakan skrub ini jika anda mempunyai sebarang luka pada kulit anda kerana ia boleh menyebabkan rasa pedih!
Terdapat variasi lain bagi skrub badan ini yang lebih sesuai untuk kulit sensitif – the Naam Oat’sy Bot’sy Body Scrub!
- Saiz: 450g
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Kopi Arabica, Kepingan Kelapa, Minyak Kelapa Organik
- Harga: ~RM55
Kebaikan:
- Bebas-kekejaman
- Vegan
- Bebas-paraben
- Bau kelapa yang lembut (tidak kekal)
- Senarai bahan yang minima dengan bahan-bahan yang semulajadi
Keburukan:
- Tidak betul-betul berbau seperti kopi
9. The Tree Hut Coconut Lime Shea Sugar Scrub
Anda gemarkan kelapa dan limau? The Tree Hut Coconut Lime Shea Sugar Scrub berbau sangat wangi. Ia akan membuatkan seluruh bilik mandi berbau seperti syurga tropika!
Gliserin, minyak sayuran dan bahan melembapkan yang lain terdapat dalam skrub ini. Dengan minyak biji kesumba sebagai emolien untuk mengunci kesemua kelembapan tersebut!
Ini bukan skrub badan untuk kulit yang sangat lembut! Teksturnya yang kasar menyebabkan seorang pengguna memakai sarung tangan ketika menggunakannya!
Tetapi ia merawat masalah tompokan kering dan juga memberikan nutrien pada kulit. Malahan, 98% pengguna mengesyorkan produk ini di dalam SheSpeaks.com.
Kekurangan skrub ini hanyalah warna yang kelihatan tiruan dan bahan pewangi yang digunakan di dalamnya!
- Saiz: 510g
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Gula, Minyak Biji Kesumba, Asid Askorbik, Minyak Sayuran, Minyak Oren, Serbuk Kulit Kelapa, Minyak Biji Makadamia, Minyak Evening Primrose, Minyak Avokado, Minyak Badam Manis, Ekstrak Buah Limau, Ekstrak Buah Cocos Nucifera
- Harga: ~RM89
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-sulfat, bebas-alkohol, bebas-silikon
- Mengandungi vitamin C (agen pencerahkan)
- Minyak sayuran yang disahkan organik
- Skrub mewah yang mempunyai harga yang berpatutan
Keburukan:
- Mengandungi pewangi, linalool & limonina (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
10. Naturals By WATSONS Blood Orange Body Scrub
Sebahagian daripada rangkaian produk WATSONS Blood Orange:
WATSONS Blood Orange Body Scrub yang mempunyai harga sangat berpatutan berbau wangi dan berkesan untuk menjadikan kulit anda lebih lembut dengan agen penggelupasan yang semulajadi!
Jika anda tertanya-tanya:
Mengapakah ia menggunakan buah Blood Orange? Buah oren jenis ini mengandungi tahap kandungan vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah oren yang biasa!
Ianya mudah untuk digunakan, dan pengguna mendapati bahawa bau dan teksturnya amat digemari! Ia juga sesuai untuk orang yang mempunyai bajet yang rendah! Sesetengah pengguna lebih menggemari versi makadamia!
- Saiz: 200g
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Minyak Blood Orange Itali, Ekstrak Kakadu Plum
- Harga: ~RM13
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, minyak mineral, silikon, bahan pewarna, sodium lauryl sulfate
- Vegan
- Murah
- Cukup lembut untuk kegunaan harian
- Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bekas tab skrub (menjimatkan)
- Kulit menjadi lebih lembut
Keburukan:
- Mengandungi minyak kulit limau (boleh merengsakan kulit)
11. Dove Exfoliate and Nourish Skin With Exfoliating Body Polish
Pilihlah daripada banyak perisa yang lazat untuk New Dove Exfoliate and Nourish Skin With Exfoliating Body Polish. Seperti makadamia dan susu beras, biji kiwi dan aloe sejuk, dan biji delima dan minyak sayuran.
Sebagai skrub badan, ianya lembut pada kulit iaitu daripada bahan seed powder. Tetapi kebanyakannya, ia datang daripada silika terhidrat yang berasal daripada pasir.
Secara umumnya, ulasan menyatakan bahawa skrub badan ini berbau wangi (walau apapun perisanya):
Ternyata biji kiwi dan aloe sejuk lebih lembut dan lebih berbau minyak sayuran berbanding gabungan biji delima dan minyak sayuran!
Sementara itu, makadamia dan susu beras mempunyai aroma bersusu yang manis menyerupai aiskrim makadamia.
Selain daripada bau, ia mudah dibersihkan dan mudah untuk digunakan. Ia terasa berpasir apabila dikeluarkan daripada bekas tab, tetapi terasa lebih lembut setelah anda mencampurkannya dengan air. Elakkan daripada menggunakannya pada muka anda!
- Saiz: 298g
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Makadamia & Susu Beras
- Harga: ~RM15
Kebaikan:
- Mempunyai harga yang amat berpatutan
- Wangian berbau manis yang ringan (tidak berbau terlalu tiruan)
- Cukup lembut (untuk badan)
- Kulit terasa lebih lembut
- Tidak meninggalkan sebarang sisa berminyak
Keburukan:
- Mengandungi pewangi dan SLS
12. Scrub Muka Dan Badan Odeon – Tumeric Dan Yoghurt
Agen penggelupasan semulajadi seperti kulit badam bergranul dan seed powder digunakan di dalam Odeon Face and Body Scrub Tumeric and Yoghurt.
Kunyit membantu mencerahkan parut sementara yogurt berfungsi sebagai pelembap.
Pengguna yang mempunyai kulit kering berkuping menyatakan bahawa Odeon Face And Body Scrub Tumeric And Yoghurt amat membantu! Baunya sangat menggoda. Dan sesuai bagi tujuan mengekalkan kelembapan kulit anda!
Tetapi jika anda sedang mencari produk untuk hasil yang lebih drastik, anda mungkin tidak akan memperolehinya dengan skrub badan ini!
Sesetengah pengguna menyatakan bahawa ia juga boleh digunakan pada wajah. Tetapi kami mencadangkan untuk anda berhati-hati memandangkan ia menggunakan serbuk kulit badam, yang boleh menyebabkan luka kecil pada kulit! Atau merengsakan kulit yang sensitif!
- Saiz: 300ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Serbuk Kulit Badam, Minyak Mineral, Gliserin
- Harga: ~RM12
Kebaikan:
- Kulit menjadi lebih lembut
- Juga datang dalam bekas 600ml
- Tidak mahal
- Berbau wangi
Keburukan:
- Tiada kesan pemutihan yang ketara
- Mengandungi SLS, pewarna, limonina dan pewangi
13. St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub
Juga mesra-bajet:
St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub mempunyai bau aprikot yang menyegarkan! Ia merupakan salah satu skrub badan yang lebih kasar dalam senarai ini. Jadi elakkan daripada menggunakannya pada wajah anda!
Ia boleh membantu untuk mengurangkan jerawat badan setelah penggunaan yang lama.
Dan disebabkan oleh kepopularannya, produk ini telah berada di pasaran selama lebih daripada satu dekad!
Ia tidak terasa terlalu kasar, dan juga boleh digunakan sebagai sabun mandian! Aroma yang menyegarkan dan berkekalan membuatkan pengguna kembali membelinya berulang-ulang kali!
Sila ambil perhatian bahawa sesetengah pengguna mempunyai reaksi alahan apabila mereka menggunakan produk ini jadi anda digalakkan untuk membuat dahulu ujian tampalan (patch test) ketika kali pertama anda menggunakannya!
- Saiz: 400ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Minyak Kernel Aprikot, Serbuk Kulit Badam, Asid Sitrik, Gliserin
- Harga: ~RM17
Kebaikan:
- Bebas-paraben, bebas-alkohol, bebas-silikon
- Mudah untuk menemui produk ini di dalam farmasi tempatan
- Cara pembungkusan di dalam bekas menjadikannya mudah untuk mengeluarkan produk
- Tidak kasar pada kulit
- Ia juga adalah sabun mandian
- Berbau wangi
Keburukan:
- Mengandungi SLS, asid sitrik dan pewangi (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
- Sukar untuk mendapatkan skrub yang terakhir di dalam bekas apabila ia hampir habis!
Bagaimana Memilih Skrub Badan Terbaik
Demi memelihara alam sekitar:
Elakkan menggunakan skrub badan yang mempunyai mikrobead plastik! Ia akan terbuang di dalam longkang dan seterusnya ke dalam saluran air kita!
Mana-mana produk yang semulajadi dan bebas-SLS lebih digalakkan. Oleh itu, kami cuba untuk memasukkan beberapa produk yang menepati ciri-ciri tersebut ke dalam senarai skrub badan terbaik di Malaysia!
Bahan agen penggelupasan semulajadi yang biasa ditemui adalah:
- Garam Himalaya
- Sekam Badam
- Sekam Beras
- Gula (bergranul atau perang) – lembut pada kulit
- Kopi kisar – untuk disasarkan kepada kawasan yang mudah-selulit!
Dan sebahagian skrub juga menawarkan manfaat kelembapan untuk kulit! Atau penggunaan bahan minyak pati untuk tujuan aromaterapi!
Jika anda mempunyai kulit yang kering atau sensitif, cari skrub yang mengandungi:
- Mil oat
- Yogurt
- Aloe vera
- Badam kisar
Berapa Kerapkah Anda Patut Gunakan Skrub?
Jangan terlampau keterlaluan menggunakan skrub badan! 1-2 kali setiap minggu sebagai salah satu rutin penjagan badan anda adalah mencukupi!
Kesimpulan
Skrub badan terbaik di Malaysia 2021 tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi! Malahan, anda boleh mendapatkan skrub badan yang semulajadi seluruhnya seperti Frank Body Original Coffee Scrub (item 1) untuk harga yang berpatutan.
Cuba untuk kekal dengan produk yang semulajadi walaupun ia mempunyai harga yang sedikit mahal daripada produk kedai farmasi (seperti St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub, item 13) yang anda boleh temui di Watsons.
Orang yang mempunyai kulit sensitif boleh mencuba Naam Oat’sy Bot’sy Body Scrub (item 8).