BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Tidak semua orang memerlukan smartphone mewah dan canggih. Berkemungkinan Smartphone murah terbaik Malaysia tahun 2022 adalah yang anda perlukan!
Jadi kami telah menyenaraikan smartphone termurah dengan harga di bawah RM1,000 yang berfungsi dengan sangat baik dan bergaya!
Namun, jika anda berkemampuan dan mempunyai bajet lebih, dapatkan sahaja smartphone terbaik ini dengan harga di bawah RM2,000 untuk prestasi dan tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi!
11 Smartphone murah Terbaik Malaysia 2022
- Terbaik untuk Gaming – realme narzo 50
- Nilai Keseluruhan Paling Berbaloi (Bawah RM700) – POCO M3 PRO 5G
- Nilai Keseluruhan Paling Berbaloi (Bawah RM1,000) Dengan Paparan AMOLED – POCO M4 Pro
- Telefon Pintar Bajet Asas Terbaik – Realme C11
- Telefon Pintar Bajet Tahap Permulaan Terbaik – VIVO Y15S
- Telefon Bajet Samsung Terbaik – Samsung Galaxy A13
- Telefon Pintar Bajet Dengan Pengecasan Paling Pantas – HUAWEI nova 8i
1. VIVO Y15S
Jika dibandingkan dengan model terdahulu (VIVOY12S), VIVO Y15S mempunyai jisim yang lebih ringan (179g berbanding 191g). Reka bentuknya juga telah berubah secara menyeluruh. Namun, kedua-dua model mempunyai paparan (saiz dan kecerahan), storan memori (RAM), dan kapasiti bateri yang lebih kurang sama.
Malangnya, kuasa pengecasannya terhad pada 10W.
VIVO Y15S yang baharu adalah lebih pendek (75.2mm berbanding 76.3mm). Walaupun VIVO Y15S lebih nipis (8.3mm berbanding 8.4mm), namun ia bukanlah sesuatu yang ketara.
Yang penting, VIVO Y15S ialah peranti mampu milik dengan harga bawah RM500. Tambahan lagi, ia menyokong dwi-nano SIM.
Terdapat juga perubahan kecil yang lain – seperti bukaan (aperture) maksimum yang lebih luas bagi kamera hadapan (f/2.0 berbanding f/1.8).
Tiada perubahan ketara pada perisiannya. Disebabkan ia mempunyai GPU dan CPU yang lebih kurang sama, maka kami tidak mengesyorkan telefon ini untuk para gamers.
Jelas sekali bahawa tanda harga yang rendah merupakan kelebihan utama VIVO Y15S. Maka, jika anda mencari telefon pintar tahap permulaan dengan harga bajet, VIVO Y15S merupakan pilihan yang sangat berbaloi, dengan menawarkan berbagai-bagai jenis spesifikasi pada harga yang amat mampu milik.
Dilengkapi dengan penderia (sensor) cap jari sisi, kamera belakang dwi-lensa, dan bateri 5000mAh, telefon ini juga mempunyai jek audio 3.5mm yang merupakan sesuatu yang jarang dimiliki oleh telefon pintar yang lebih mahal.
Keputusan: Telefon Pintar Bajet Tahap Permulaan Terbaik
Apa-apapun, walaupun VIVO Y15S tidak mempunyai apa-apa pembaharuan:
Ia masih merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah, dan asalkan anda tidak menggunakannya untuk tugas-tugas berat, ia mampu menjadi telefon yang baik sehingga anda cukup duit untuk dapatkan model yang lebih baik.
- Paparan skrin: 6.51″ IPS LCD (720 x 1,600), 400 nits
- Berat: 179g
- Dimensi Saiz: 164 x 75.2 x 8.3 mm
- Sistem Operasi: Funtouch OS 11.1 / Android 11
- CPU: Mediatek MT6765 Helio P35, 8-Core
- GPU: PowerVR GE8320
- RAM: 3GB
- Ruang Storan: 32GB (Expandable via microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 13 MP, f/2.2 + 2 MP, f/2.4
- Kamera Depan: 8 MP, f/2.0
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIM
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM499
Kelebihan:
- Dwi-Sim
- Harga tahap permulaan
- Mempunyai jek audio 3.5mm
- Butang kuasa berfungsi sebagai pengesan cap jari
- Reka bentuk bergaya
Keburukan:
- Tiada NFC (Near-Field Communication)
- Kecerahan yang rendah (hanya 400 Nits)
- Pengecasan terhad pada 10W
- Bukan untuk gaming
- Pembesar suara yang teruk
- Kamera hanya memuaskan (Dwi-lensa tanpa sokongan ultrawide)
- Tiada kebolehan 5G
2. Realme C11 Smartphone
Anda hanya memiliki bajet dalam RM500? Realme’s entry-level C11 Smartphone berharga bawah RM400 dan mempunyai skrin besar bersaiz 6.5” dengan resolusi yang boleh diterima/agak baik sesuai dengan harganya.
Ditambah dengan fungsi dua kamera (namun terhad kepada f/2.2 max aperture)!
Untuk spesifikasi dan fungsi yang anda dapat, ini adalah salah satu telefon pintar yang paling kos efektif di pasaran! Bagus jika anda hanya memerlukan telefon asas.
- Paparan skrin: 6.5″ IPS LCD (720 x 1,560)
- Berat: 196g
- Dimensi saiz: 164.4 x 75.9 x 9.1 mm
- Sistem Operasi: realme UI 1.0 / Android 10
- CPU dan RAM: MediaTek Helio G35 Octa-Core; 2GB
- Ruang Storan: 32GB (Boleh ditambah sehingga 256 GB menerusi kad microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 5MP (f/2.4)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIM
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM399
Kebaikan:
- Binaan yang kukuh
- Kapasiti bateri yang baik
- Terdapat 2 pilihan warna (grey atau mint)
- Dual-SIM kad
Kekurangan:
- Prestasinya agak perlahan (lag) jika anda pernah menggunakan smartphone yang lebih berprestasi tinggi sebelum ini
- Tiada pengimbas cap jari
- Kapasiti RAM tidak mencukupi untuk mengemaskini versi Android yang lebih tinggi
- Pengecasan 10W (Mikro-USB)
- Agak besar
3. Xiaomi Redmi 9C
Senarai smartphone murah tidak akan lengkap tanpa jenama ini!
Model ini dikeluarkan pada penghujung tahun 2020, bersama-sama dengan Smartwatch (Mi Band 5) versi baru yang direka khas untuk berfungsi dengan smartphone ini.
Xiaomi Redmi 9C adalah versi 9A yang dinaik taraf. Model ini mungkin mempunyai paparan skrin yang sama dan memori yang dapat ditambah.
Namun model ini mempunyai fungsi sensor cap jari dan kapasiti bateri yang lebih besar. Malah ia dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G35.
Jika anda mempunyai Redmi 9A dan ingin tahu perbandingannya dengan Redmi 9C, maka ada dua perkara yang anda boleh ambil kira. Pertama; Redmi 9C mempunyai prestasi keseluruhan yang lebih baik. Kedua; model baharu ini mempunyai tambahan dua lensa kamera belakang yang tiada pada Redmi 9A!
Atau anda juga boleh membandingkannya dengan telefon pintar bajet yang lain seperti Realme C11 dan Honor 9A.
Buat makluman anda, Xiaomi Redmi 9C beroperasi dengan CPU dan GPU yang sama dengan Realme C11.
Jadi mungkin anda terfikir: “Lebih baik saya ambil Realme C11”
Walaupun begitu, Xiaomi Redmi 9C lebih berbaloi untuk dibeli (walaupun harganya sedikit tinggi berbanding Realme C11). Hal ini kerana model 9C ini datang dengan pengesan cap jari dan storan dalaman yang lebih besar. Dan jangan lupa yang kamera belakangnya yang lebih bagus!
- Paparan Skrin: 6.53″ IPS LCD (720 x 1,600)
- Berat: 196g
- Dimensi Saiz: 164.9 x 77 x 9 mm
- Sistem Operasi: MIUI 12 / Android 10
- CPU: MediaTek Helio G35 Octa-Core
- GPU: PowerVR GE8320
- RAM: 3GB
- Ruang Storan: 64GB (Boleh ditambah sehingga 256 GB menerusi microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 5MP (f/2.2)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIM
- Waranti: 1 Year
- Harga: ~RM479
Kelebihan:
- Tiga kamera dengan prestasi yang memuaskan (selaras dengan harga telefon)
- Dual-SIM
- Bahagian luar telefon tidak kotor dan bercapuk dengan mudah
- Binaan yang kukuh
- sistem audio yang baik
- Harga yang mampu milik
Keburukan:
- Saiznya yang besar dan berat dengan bezel yang tebal
- Modul kamera agak terkeluar
- Pengecasan terhad kepada 10W
- Skrin tidak cukup terang untuk aktiviti luar
- Storan jenis eMMC 5.1
4. Samsung Galaxy A13
Sekarang, mari kita lihat telefon bajet terbaharu daripada Samsung:
Samsung Galaxy A13 mempunyai penambahbaikan pada paparan (2408 x 1080 berbanding 1560 x 720) dan prestasi (Exynos 850 dengan Mali-G52 berbanding Mediatek MT6765 Helio P35 dengan PowerVR GE8320) berbanding Samsung Galaxy A12.
Walaupun begitu, skrinnya tidak mempunyai warna yang meriah (vibrant) dan kadar segar semulanya tidaklah begitu tinggi (90Hz). Sekiranya anda pernah menggunakan telefon premium, anda akan merasakan yang Samsung Galaxy A13 adalah perlahan.
Kami tidak syorkan Samsung Galaxy A13 untuk memainkan games yang berat.
Apa-apapun, Samsung Galaxy A13 lebih ringan berbanding A12 (195g berbanding 205g), walaupun ia lebih lebar dan panjang untuk menempatkan IPS LCD 6.6” (berbanding IPS LCD 6.5” pada Samsung Galaxy A12).
Namun, seperti model yang lepas, Samsung galaxy A13 masih mempunyai jenis storan eMMC 5.1, waima UFS 2.1 adalah lebih patut pada tanda harganya!
Samsung Galaxy A13 mengekalkan storan dalamannya yang besar (128GB) yang masih boleh dikembangkan kepada 512GB! Ia digandingkan dengan 6GB RAM.
Kapasiti baterinya kekal pada 5000mAh. Sebuah ujian oleh gsmarena menunjukkan yang Samsung Galaxy A13 mampu untuk beroperasi lebih daripada 110 jam. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang juga lebih kurang sama (kamera belakangnya kini mempunyai resolusi 50MP dan bukaan yang lebih luas pada f/1.8 berbanding 48MP dan f/2.0).
Maka, telefon bajet ini bukanlah yang terbaik tetapi ia menawarkan prestasi kamera yang lebih baik berbanding model-model yang lebih murah. Walaubagaimanapun, ia mempunyai masalah di persekitaran yang mempunyai pencahayaan yang rendah.
Keputusan: Telefon Bajet Samsung Terbaik
Samsung Galaxy A13 masih mempunyai prestasi yang perlahan walaupun telah dinaik taraf daripada A12. Paparan (bukan OLED) dan kameranya tidaklah begitu menonjol.
Akan tetapi, Samsung Galaxy A13 ialah salah satu daripada Telefon Pintar Android Samsung termurah yang ada di pasaran. Jangka hayat baterinya yang menakjubkan juga mampu untuk bertahan lama dalam kehidupan seharian anda.
- Paparan Skrin: 6.6″ IPS LCD (1080 x 2408)
- Berat: 195g
- Dimensi Saiz: 165.1 x 76.4 x 8.8 mm
- Sistem Operasi: One UI 4.1 / Android 12
- CPU: Exynos 850, Octa-Core
- GPU: Mali-G52
- RAM: 6GB
- Ruang Storan: 128GB (Expandable Up To 512GB via microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 50MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 8MP (f/2.2)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIM
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM689
Kelebihan:
- Kamera utama mampu menangkap gambar yang memuaskan
- Jangka hayat bateri yang panjang
- Prestasi yang mantap pada harganya
- Storan memori dalaman terbina yang besar
- Kebolehan dwi-sim
- Kebolehan pengecasan pantas 15W
- Kehadiran pengesan cap jari
Keburukan:
- Tidak sesuai untuk gamers
- Teknologi storan yang kuno (eMMC 5.1)
- Sisi skrin boleh memerangkap habuk
- Binaan berasa plastik
- Pengecas pantas 15W tidak disertakan
5. OPPO A16
Beroperasi pada Android 11, Oppo A16 adalah telefon pintar bajet yang mempunyai spesifikasi sama dengan VIVO Y15s.
Jika anda gemar mengambil gambar, anda juga akan gembira untuk mengetahui bahawa A16 mempunyai kamera belakang dengan Lensa berkembar-3 dan kamera hadapan 8MP.
Berbanding dengan OPPO A15 yang telah dikeluarkan setahun sebelumnya, A16 dengan bangganya mempunyai kedua-dua CPU dan GPU yang bertambah baik, kapasiti bateri yang lebih tinggi (5,000mAh vs 4,230mAh), dan penawaran RAM yang lebih tinggi (3/4GB vs 2/3GB).
Namun begitu, ianya adalah lebih tebal dan lebih berat berbanding model yang terdahulu, iaitu 15g lebih berat, dan mempunyai ketebalan tambahan sebanyak 0.5mm.
A16 juga mempunyai sistem kamera dan skrin paparan yang sama ditemui pada A15, dan ketiadaan sebarang naiktaraf dari segi aspek tersebut adalah agak mengecewakan.
Kesimpulan:
Walaupun A16 tidak menawarkan manfaat/perubahan yang begitu besar, ia tetap satu telefon pintar bajet yang bagus, yang beroperasi menggunakan Sistem Operasi Android yang terkini, dengan spesifikasi yang agak memuaskan.
Dengan yang demikian, jika anda telah pun memiliki A15, A16 bukan suatu pilihan yang begitu berbaloi untuk anda laburkan wang anda, jika diukur dari segi spesifikasi dan ciri-cirinya.
- Paparan Skrin: 6.52″ IPS LCD (720 x 1600)
- Berat: 190g
- Dimensi Saiz: 163.8 x 75.6 x 8.4 mm
- Sistem Operasi: ColorOS 11.1 / Android 11
- CPU: MediaTek MT6765G Helio G35, Octa-Core
- GPU: PowerVR GE8320
- RAM: 3GB / 4GB
- Ruang Storan: 32GB / 64GB (Boleh ditambah menggunakan microSD), eMMC 5.1
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 8MP (f/2.0)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual SIM (Nano SIM)
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM549 – 649
Kelebihan:
- Beroperasi dengan Android 11 yang paling terkini
- Datang dengan 3 Warna Yang Berlainan
- Skrin yang besar dengan kecerahan boleh laras-automatik
- Kamera hadapan dan belakang yang bagus
Keburukan:
- Harga adalah tinggi untuk spesifikasi yang terdapat padanya
- Tiada perubahan yang ketara berbanding Oppo A15
6. Xiaomi Poco M3 Pro 5G
Mengatasi model terdahulunya Xiaomi Poco X3 NFC, Xiaomi Poco M3 Pro 5G baharu mempunyai skrin yang lebih kecil (6.5” berbanding 6.67” LCD IPS) tetapi resolusinya masih sama (1,080 x 2,400) dengan kadar segar semula 90Hz.
Sepertimana Xiaomi Poco X3 NFC, Xiaomi Poco M3 Pro 5G masih mempunyai paparan yang menarik dengan kontras yang baik.
Ia juga kurang besar (161.8 x 75.3 x 8.9 mm berbanding 165.3 x 76.8 x 9.4 mm), lebih ringan (190g berbanding 215g) dan juga lebih murah (RM800 berbanding RM900). Ciri yang telah dikorbankan untuk diturun-taraf adalah kamera belakang (64MP ke 48MP) dan kamera hadapan (20MP ke 8MP).
Xiaomi Poco M3 Pro 5G hanya mempunyai prestasi kamera yang sederhana – cukup untuk penggunaan santai – yang ajaibnya, gambar swafoto dapat ditangkap dengan baik. Ia juga kehilangan dwi-pembesar suara stereo tetapi ia masih boleh diterima.
Di samping itu, kapasiti baterinya juga mengecil sedikit (5,000 mAh berbanding 5,160mAh) dengan pengecasan pantas 18W (model terdahulu mampu pada 33W). RAMnya juga mengecil (6GB/8GB kepada 4GB/6GB).
Bagi storan pula, paling banyak yang boleh anda dapati ialah versi 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 256GB dengan menggunakan mikroSD.
Telefon ini mengekalkan penilaian IP53 pada model terdahulu, yang mana merupakan sesuatu yang menakjubkan kerana ia jarang dilihat pada Telefon Pintar bajet!
Walaubagaimanapun, Xiaomi Poco M3 Pro 5G tidak lagi mampu membuat sesuatu yang model terdahulunya, Xiomi Poco X3 NFC mampu lakukan – rakaman video 4K.
Gaming masih boleh dioperasikan tetapi pada tahap memuaskan pada tetapan rendah. Sekurang-kurangnya anda tak perlu risau akan jangka hayat bateri!
Keputusan: Nilai Keseluruhan Paling Berbaloi (Bawah RM700)
Jika anda mencari telefon bawah RM1,000 yang dilengkapi dengan 5G, maka Xiaomi Poco M3 Pro 5G mungkin menarik minat anda. Hal ini kerana Xiaomi Poco M3 Pro 5G merupakan antara Telefon Pintar 5G tahap permulaan yang paling mampu milik pada ketika ini.
Namun, itu sahaja keistimewaannya kerana ia telah hilang banyak ciri-ciri berbanding model terdahulunya Xiaomi Poco X3 NFC yang merupakan peranti yang sangat baik!
- Paparan: 6.5″ IPS LCD (1080 x 2400) 500nits 90Hz
- Berat: 190g
- Dimensi: 161.8 x 75.3 x 8.9 mm
- Sistem Operasi: MIUI 12 / Android 11
- CPU: MediaTek MT6833 Dimensity 700 Octa-Core
- GPU: Mali-G57 MC2
- RAM: 4GB
- Ruang Storan: 64GB / 128GB (Expandable Up to 256 GB via microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 18W
- Kamera Belakang: 48MP (f/1.9) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 8MP (f/2.0)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: IP53
- Kad SIM: Dwi Sim (SIM Nano)
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM699-799
Kelebihan:
- Sokongan 5G dan NFC
- Murah tetapi prestasi yang baik
- Sokongan dwi-SIM
- Hadir dengan jek audio 3.5mm dan pemancar IR
- Penilaian kalis air IP53
- Jangka hayat bateri menakjubkan (hampir 2 hari dengan penggunaan minimum)
- Selesa dan tidak lagi besar
- Boleh ditukar pada 60Hz untuk penjimatan bateri
- MiUI 12 yang mesra pengguna
Keburukan:
- Prestasi kamera sederhana
- Pengecasan pantas 18W (Jauh lebih rendah daripada model lama)
- Habuk dan cap jari mudah terlekat di belakang telefon
- Tidak panas ketika gaming
- Banyak bloatware
- Lensa makro tidak memuaskan
7. Huawei Nova 8i Smartphone
Jika anda fikir yang pengecasan pantas 44W pada Telefon Pintar HUAWEI Nova 7i sudah cukup laju, HUAWEI Nova 8i mempunyai pengecasan yang lagi laju pada kadar pengecasan 66W!
Walaupun kapasiti baterinya telah ditingkatkan (4,300 mAh berbanding 4,200 mAh), ia bukanlah suatu perubahan yang ketara.
Di samping itu, skrinnya lebih besar (6.67” berbanding 6.4”) dengan kadar segar semula 60Hz, dan ia mempunyai sedikit pembaikan pada kamera belakang (64MP (f/1.9) berbanding 48MP (f/1.8)).
Namun, Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i masih tidak mempunyai sokongan NFC.
Ia juga tidak mempunyai storan tambahan (tetapi mempunyai storan terbina 128GB). Ini agak pelik kerana Telefon Pintar HUAWEI Nova 7i mempunyai storan tambahan (sehingga 256GB melalui Memori Nano).
Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i lebih berat (190g berbanding 183g) berbanding model terdahulu dan juga sedikit panjang (161.9mm berbanding 159.2mm).
Sepertimana Telefon Pintar HUAWEI Nova 7i, Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i tidak mempunyai Gedung Play Google.
Nasib baiklah anda masih boleh mengakses aplikasi-aplikasi popular (Facebook, Twitter, Grab, Lazada, Shopee, WhatsApp, dll.) melalui Galeri App HUAWEI.
Bagi aplikasi yang tidak dapat dicari, anda boleh menggunakan laman sesawang untuk memuat turun APK parti-ketiga seperti APKMonk atau APKPure.
Yang penting:
Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i tidak mampu mengekalkan kedudukan terdahulu untuk kategori Telefon pintar bajet terbaik untuk gaming (bawah RM1,000) kerana ia tidak lagi mempunyai CPU Kirin 810 yang lebih hebat yang ada pada Telefon Pintar HUAWEI Nova 7i (kerana larangan dagang AS).
Gabungan antara Kirin 810 & Mali-G52 MP6 yang dahulu membolehkan Telefon Pintar HUAWEI Nova 7i untuk menjalankan games dan mengambil gambar beresolusi tinggi, yang menjadikannya berbaloi pada harga! Malangnya, perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i yang terbaharu.
Keputusan: Telefon Pintar Bajet Dengan Pengecasan Paling Pantas
Jika anda mempunyai masalah dengan jangka hayat bateri telefon anda, anda mungkin akan menyukai kebolehan pengecasan pantas yang ada pada Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i (ia mampu mencecah 100% dalam masa kurang sejam).
Namun, itu sahaja keistimewaan yang ada pada Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i selain penampilannya yang cantik.
- Paparan Skrin: 6.67″ IPS LCD (1080 x 2376)
- Berat: 190g
- Dimensi Saiz: 161.9 x 74.7 x 8.6 mm
- Sistem Operasi: EMUI 11 / Android 11
- CPU: Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 Octa-Core
- GPU: Adreno 610
- RAM: 8GB
- Ruang Storan: 128GB (Tidak boleh ditambah)
- Kapasiti Bateri: 4,300 mAh
- Kamera Belakang: 64MP (f/1.9) + 8MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 16MP (f/2.0)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Hybrid Dual SIM (Nano SIM)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM999
Kelebihan:
- Sokongan dwi-sim
- Pengecasan yang amat pantas (66W)
- Mempunyai pengesan cap jari (Sisi)
- Hadir dengan pembesar suara stereo
- Jangka hayat bateri yang bagus
- Bergaya, dengan nisbah skrin ke badan yang besar
- Mempunyai jek audio 3.5mm
Keburukan:
- Tiada sokongan NFC
- Prestasi CPU dan GPU yang lebih rendah
- Tiada storan tambahan
- Bukan skrin AMOLED
- Kada segar semula 60Hz adalah mengecewakan pada harganya
- Walaupun ada penambahbaikan kamera (64MP), prestasi di persekitaran malap tidaklah bagus
8. Realme Narzo 50
Disebabkan Telefon Pintar HUAWEI Nova 8i tidak lagi sesuai untuk gaming, Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 dilihat oleh para gamers sebagai Telefon Pintar gaming bajet bawah RM1,000.
Ia hadir dengan dua versi, dan disebabkan spesifikasi yang lebih tingginya (6GB/128GB) berharga lebih ~RM100, kami mengesyorkan untuk mendapatkan spesifikasi yang lebih rendah (4GB/64GB).
Prestasi kamera (termasuk mod malam) bagi Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 tidaklah teruk. Anda boleh merakam video dari kedua-dua sisi telefon secara serentak!
Walaupun pengecasan pantas Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 tidak mampu menandingi telefon pintar HUAWEI Nova 8i, namun ia masih pantas pada 33W.
Tetapi keistimewaan utama Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 ialah cipsetnya, iaitu Mediatek Helio G96 yang membolehkan anda untuk bermain kebanyakan games tanpa tersekat-sekat, sekurang-kurangnya denga tetapan grafik sederhana pada games yang berat.
Buat makluman anda, Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 mampu untuk memainkan Mobile Legends pada tetapan tertinggi dengan ketersekatan yang minimum.
Keputusan: Terbaik Untuk Gaming
Pada masa sekarang, Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 ialah telefon bajet terbaik untuk gaming di Malaysia. Berapa banyak telefon pintar bajet yang mampu memuatkan kadar segar semula 120Hz pada paparan LCD mereka? Anda juga boleh menukar kadar segar semulanya pada 60Hz untuk menjimatkan bateri.
Mungkin anda tidak memerlukan Smart TV apabila anda memiliki narzo 50 dan skrinnya yang sangat besar!
- Paparan Skrin: 6.6″ IPS LCD (1080 x 2412), 120Hz
- Berat: 194g
- Dimensi Saiz: 164.1 x 75.5 x 8.5 mm
- Sistem Operasi: Realme UI 2.0 / Android 11
- CPU: Mediatek Helio G96 Octa-Core
- GPU: Mali-G57 MC2
- RAM: 4GB / 6GB
- Ruang Storan: 64GB / 128GB (Expandable Up To 512GB via microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 33W
- Kamera Belakang: 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 16MP (f/2.1)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual SIM (Nano SIM)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM779
Kelebihan:
- Prestasi mantap
- Paparan LCD yang jelas dengan kadar segar semula 120Hz dan ketumpatan piksel 401
- Mampu milik (~RM800)
- Reka bentuk bergaya yang menarik dan unik
- Sokongan memori tambahan
- Sokongan dwi-sim
- Prestasi kamera yang lebh baik daripada model-model lain dengan harga yang sama
- Pengecas pantas (33W) disertakan
- Pengecasan pantas (0 ke 70% dalam masa sejam)
Keburukan:
- Tiada sokongan NFC
- Agak berat
- Cap jari mudah terlekat di belakang telefon
- Tiada pembesar suara stereo
- Kamera tidak menyokong ultra-wide
9. vivo T1x
Vivo T1x telah dilancarkan bersama-sama dengan vivo T1 5G, dan ia merupakan versi yang lebih rendah dengan 4G:
Pertamanya, terdapat beberapa ciri menarik seperti paparan LCD 1080p HD yang mempunyai kadar segar semula 90Hz, dan kehadiran tiga kamera 50MP, serta bateri 5000mAh yang besar.
Jika anda banyak bermain games pula, anda boleh menambah storannya yang 64GB sehingga 128GB dengan menggunakan mikroSD.
Vivo T1x mempunyai kemampuan untuk memainkan Mobile Legends ataupun League Of Legends: Wild Rift pada tetapan tinggi manakala Call Of Duty boleh dimainkan pada tetapan sederhana. Genshin Impact pun mampu dioperasikan jika anda bermain secara santai.
Keputusan
Vivo T1x merupakan pilihan baik yang tidak disangka jika anda inginkan Telefon Pintar gaming tahap permulaan.
Tetapi anda juga mungkin ingin mempertimbangkan Telefon Pintar Gaming Realme Narzo 50 sekiranya anda beriltizam untuk gaming dan hanya mampu memiliki telefon pada julat harga ini.
- Paparan Skrin: 6.58″ IPS LCD (1080 x 2408) 90Hz
- Berat: 182g
- Dimensi Saiz: 164 x 75.3 x 8.5 mm
- Sistem Operasi: OriginOS / Android 11
- CPU: Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G Octa-Core
- GPU: Adreno 610
- RAM: 4GB / 8GB
- Ruang Storan: 64GB / 128GB (Tidak Boleh Ditambah)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 18W
- Kamera Belakang: 50 MP, f/1.8 + 2 MP, f/2.4 + 2 MP, f/2.4
- Kamera Depan: 8 MP, f/1.8
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual SIM (Nano SIM)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM899
Kelebihan:
- Jangka hayat bateri yang baik (tidaklah cemerlang tetapi memuaskan)
- Paparan yang bagus untuk harganya
- Pengecas pantas disertakan
- Mampu milik
Keburukan:
- Tiada NFC
- Cepat panas ketika gaming
- Prestasi kamera sederhana
- Pengecasan pantas 18W memakan masa 2 jam untuk memenuhkan bateri
- Tiada pembesar suara stereo
10. POCO M4 Pro
POCO M4 Pro mempunyai antara skrin terkecil dalam senarai Telefon Pintar bajet dalam Malaysia. Tetapi ia merupakan paparan AMOLED (yang pertama dalam siri POCO M) yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksimum 700nits, sedangkan Telefon Pintar bajet yang berharga sama (seperti vivo T1x) masih tekial-kial dengan paparan LCD.
Namun, walaupun dengan paparan OLED yang menakjubkan, POCO M4 Pro tidak mempunyai sokongan HDR yang merupakan suatu kerugian sekiranya anda selalu menggunakan platform strim seperti YouTube.
Telefon ini tidaklah berat mana iaitu kurang daripada 180g, walaupun ia mempunyai bateri 5,000mAh (yang juga menyokong pengecasan pantas 33W). Di dalamnya, Mediatek G96 juga bukanlah cipset yang cekap tenaga.
Satu lagi kerugian ialah POCO M4 Pro tidak mempunyai kebolehan 5G, tidak seperti Xiaomi Poco M3 Pro 5G.
Tetapi jika anda tidak kisah akan perkara tersebut, ada ciri lain yang anda mungkin berminat:
Seperti susunan tiga kamera 64MP, pembesar suara stereo, dan storan yang cukup banyak (sehingga 256GB menggunakan mikroSD).
Keputusan: Nilai Keseluruhan Paling Berbaloi (Bawah RM1,000) Dengan Paparan AMOLED
POCO M4 Pro yang kompak ini bukanlah telefon yang sempurna. Namun, ciri-ciri premium yang ada pada harga yang berbaloi membuatkannya sukar ditolak.
- Paparan: 6.43″ AMOLED (1080 x 2400) 90Hz 700nits
- Berat: 179.5g
- Dimensi: 159.9 x 73.9 x 8.1 mm
- Sistem Operasi: MIUI 13 / Android 11
- CPU: Mediatek Helio G96 Octa-Core
- GPU: Mali-G57 MC2
- RAM: 6GB / 8GB
- Ruang Storan: 128GB / 256GB (Boleh ditambah dengan microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 33W
- Kamera Belakang: 64 MP, f/1.8 + 8 MP, f/2.2 + 2 MP, f/2.4
- Kamera Depan: 16 MP, f/2.5
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: IP53
- Kad SIM: Dwi SIM Nano
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM899
Kelebihan:
- Penilaian IP53
- Selesa digunakan sebelah tangan
- Storan memori yang mencukupi
- Kapasiti bateri yang besar
- Dwi-SIM
- Telefon mampu milik dengan paparan AMOLED yang cantik
- Mempunyai pengesan cap jari (sisi)
- Pengecasan pantas (33W) dengan pengecas disertakan
- Prestasi kamera yang bagus
- Pembesar suara stereo
Keburukan:
- Tiada sokongan 5G
- Perisian (MIUI 13) dan cipset membantutkan prestasi telefon ini
- Lensa makro adalah lewah
11. OPPO A95
Jika dibandingkan dengan OPPO A94, Telefon Pintar OPPO A95 mempunyai berat (175g berbanding 172g) dan prestasi yang lebih kurang sama, tetapi yang bagusnya jangka hayat bateri telah ditambah baik (5000mAh berbanding 4310mAh), dan mempunyai kemampuan pengecasan pantas 33W (sebelum ini 30W).
Model ini masih mengekalkan jek audio 3.5mm sekiranya anda tidak gemar dengan pembesar suaranya.
Sperti juga OPPO A94, storan memori OPPO A95 bermula dengan 8GB/128GB tetapi anda boleh menambahnya kepada 256GB.
Paparannya masih bersaiz sama (6.43”) dan AMOLED dengan kecerahan maksimum 800nits (tiada masalah ketika penggunaan luar bangunan) dan resolusi 1080 x 2400p.
Akan tetapi, Telefon Pintar OPPO A95 mempunyai kadar segar semula terhad pada 60Hz yang kurang menakjubkan jika dibandingkan dengan telefon lain berharga sama seperti POCO M4 Pro yang mempunyai paparan AMOLED dan kadar segar semula 90Hz!
Selain itu, kameranya telah dituruntaraf (hanya 3 kamera berbanding 4, yang mana kamera 8MP dibuang terus). Tambahan pula, OPPO A95 tidak berupaya untuk rakaman video 4K, tidak seperti OPPO A94.
Bagi mereka yang suka mengambil gambar swafoto, kamera hadapan OPPO A95 telah dituruntaraf kepada 16MP daripada 32MP.
Di samping itu, yang mendukacitakan juga ialah Telefon Pintar OPPO A95 tidak mempunyai sokongan NFC.
Keputusan
Dapatkanlah Telefon Pintar OPPO A95 sekiranya anda mementingkan kecantikan dan hanya menggunakannya untuk melayari internet, media sosial, dll.
Jika anda ingin mengambil gambar dan swafoto untuk kegunaan harian, Telefon Pintar OPPO A95 tidak akan mengecewakan anda.
Namun, kadar segar semula 60Hz digandingkan dengan cipset kuno, hal-hal ini membuatkannya sangat tidak sesuai untuk gaming. Maka, kami amat tidak menyarankan Telefon Pintar OPPO A95 sekiranya anda suka bermain games.
- Paparan: 6.43″ AMOLED (1080 x 2400) 430 to 800 nits
- Berat: 175g
- Dimensi: 160.3 x 73.8 x 8 mm
- Sistem Operasi: ColorOS 11.1 / Android 11
- CPU: Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 Octa-Core
- GPU: Adreno 610
- RAM: 8GB
- Ruang Storan: 128GB (Boleh ditambah dengan microSD)
- Kapasiti Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 33W
- Kamera Belakang: 48MP (f/1.7) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 16MP (f/2.4)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dwi SIM Nano
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM999
Kelebihan:
- Reka bentuk indah (terutamanya pilihan pelangi rainbow iridescent)
- Kalis cap jari
- Ringan dan anggun
- Paparan yang jelas dan cerah (boleh dilihat di luar bangunan)
- Mempunyai pengesan cap jari dan pengecaman wajah
- Prestasi kamera yang bagus (termasuk rakaman video 1080p)
- Bagus untuk swafoto
- Pengecasan pantas pada 33W (0 ke 100% dalam ~1 jam)
- Bateri tahan lama (sehingga satu hari untuk penggunaan ringan)
Keburukan:
- Tiada NFC
- Sempadan (bezel) bawah yang besar
- Tidak bagus untuk gaming
- Tiada lensa ultra wide
- Kamera makro mengalami kesukaran untuk mencari sisi objek
Kesimpulannya
Terdapat telefon pintar bajet yang berpatutan di Malaysia pada tanda harga RM500. Tetapi jika anda bermain banyak game, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk meningkatkan bajet anda kepada RM1,000.
Dan jika keupayaan 5G adalah sebab anda ingin menaik taraf tetapi tidak mahu membelanjakan lebih daripada RM1,000, anda boleh mempertimbangkan Xiaomi Poco M3 Pro 5G.
Bacaan lanjut: