Ada merancang untuk naik taraf (upgrade) telefon anda menjadi salah satu Telefon Pintar terbaik di Malaysia 2022?
Telefon pintar telah maju jauh ke hadapan dari aspek kemampuan multi-tasking, resolusi skrin, kamera, dan lain-lain. Malah beberapa telefon pintar bajet terbaik di Malaysia juga sangat berbaloi untuk dimiliki!
Oleh itu, sama ada anda mahukan Telefon Pintar kelas premium, pertengahan atau bajet, anda akan mendapat banyak pilihan jenis smartphone terbaik di sini!
Isi Kandungan:
- Smartphone Premium Terbaik Malaysia
- Telefon Pintar Terbaik Malaysia Di Bawah RM2,000
- Telefon Pintar Terbaik Malaysia Di Bawah RM1,500
- Smartphone Terbaik Malaysia Bawah RM1,000
- Bagaimana Memilih Smartphone Terbaik
Pilihan Kami
- Telefon Pintar Telefoto Terbaik: Samsung Galaxy S22 Ultra 5G
- Terbaik Untuk Juruvideo: Apple iPhone 13 Pro Max
- Terbaik Untuk Harga: Xiaomi Mi 11
- Telefon Bajet Berprestasi Tinggi Terbaik: Poco X4 Pro
- Telefon Bajet Dengan Kamera Terbaik: Redmi Note 10 Pro
- Terbaik Untuk Bermain Game: ASUS ROG Phone 5
- Telefon Gaming Bajet Terbaik: POCO F4 GT
- Telefon Pintar Mudah Alih Tetapi Berkuasa Terbaik: iPhone 13 mini
- Bateri Tahan Lama Terbaik: Apple iPhone 13 Pro Max
Smartphone Premium Terbaik Malaysia 2022
1. Apple iPhone 13 Pro Max
IPhone yang terkini dan terhebat buat masa kini:
Apple’s iPhone 13 Pro Max berkongsikan rekaan keseluruhan yang sama dengan iPhone 12 Pro Max, dengan notch (lekukan) kamera depan yang ternyata lebih kecil (walaupun begitu, sesetengah pengguna tetap menganggapnya suatu yang menjengkelkan).
Ia juga mempunyai kemasan sisi besi yang bergilap, dimana ia kelihatan premium, tetapi akhirnya mendapati lebih banyak kesan cap jari yang jelas dilihat di situ, berbanding dengan yang tidak bergilap.
Faktor pelaris bagi iPhone 13 Pro Max ialah kamera yang dinaiktaraf, yang menawarkan kualiti foto dan video yang cemerlang, bersama dengan Dolby Vision HDR.
Ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang bertambah baik, perbandingan yang jelas mendapati pertambahan 15% untuk kapasiti bateri antara iPhone 13 Pro Max dan iPhone 12 Pro Max (4,352mAh vs 3,687mAh).
Naiktaraf yang lain berbanding edisi tahun lepas termasuklah chipset yang lebih baru dan lebih berkuasa (A15 Bionic).
Dan teknologi ProMotion yang baru, secara intuitif telah menetapkan kadar ‘refresh’ antara 10Hz sehingga 120Hz bergantung kepada penggunaan anda (iaitu menjimatkan bateri).
Kemas Kini Julai 2022: Setakat ini, tiada telefon pintar lain yang mampu mengalahkan prestasi baterinya yang tahan lama.
Ciri-ciri ini menjadikan iPhone 13 Pro Max satu pilihan yang kukuh untuk tujuan ‘gaming’.
Pada ketika ini, siri iPhone 13 adalah satu-satunya rangkaian produk dengan mode Cinematic (1080p, 30FPS)! Dan ia ternyata lebih berat berbanding siri 12 iaitu disebabkan kapasiti baterinya yang lebih besar.
Kesimpulan – Terbaik Untuk Juruvideo
Sekiranya anda tidak keberatan dengan harganya yang sangat tinggi iaitu RM5,000 dan tidak kisah untuk memasuki ekosistem insular Apple (iaitu bermaksud hanya hak milik aksesori dan pembaikan):
IPhone 13 Pro Max menawarkan kamera yang luar biasa hebat, paparan yang berkualiti, jangka hayat bateri yang tahan-lama dan pengalaman yang lancar, samada anda sedang melayari YouTube atau bermain beberapa game.
Ia boleh dikatakan iPhone milik Apple yang terbaik buat masa ini, sehingga iPhone 14 Pro Max yang bakal dilancarkan nanti.
- Paparan: 6.7″ Super Retina XDR OLED 120Hz (1284 x 2778), 1000 nits
- Berat: 240g
- Dimensi: 160.8 x 78.1 x 7.7 mm
- OS: iOS 15
- CPU & RAM: Apple GPU 5-core; 6GB
- Penyimpanan: 128GB / 256GB / 512GB / 1TB (Tidak boleh ditambah)
- Bateri: 4,352 mAh
- Kamera Tepi: 12MP (ƒ/2.8) + 12MP (ƒ/1.5) + 12MP (ƒ/1.8)
- Kamera Depan: 12MP (ƒ/2.2)
- IP Rating: IP68
- Kad SIM: Dwi SIM (SIM nano dan eSIM)
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: Dari RM5,299
Kelebihan:
- Serasi dengan 5G
- Ruang penyimpanan dalaman sehingga 1TB
- Kualiti kamera yang amat hebat (dengan Dolby Vision HDR)
- Skrin 6.7” yang besar
- Tindak balas yang laju dan lancar
- Skrin yang berkualiti tinggi
- Binaan yang kukuh
- Bagus untuk game mudah alih (mobile game) yang intensif
- Tahan habuk, tumpahan dan air (IP68)
- Bateri yang tahan-lama (28 jam pemasangan video)
Keburukan:
- Harga yang teramat mahal
- Pengecas tidak disediakan
- Terhad kepada ruang penyimpanan dalaman (Tiada slot Kad SD)
- Tidak mesra pembaikan daripada pihak ketiga
- Tiada bicu audio 3.5mm
- Teramat bergantung kepada ekosistem Apple.
- ‘Casing’ besi tahan karat menyebabkan kesan cap jari mudah melekat
- Kamera masih terkeluar sedikit daripada belakang
2. Samsung Galaxy S22 Ultra
Dengan memuatkan skrin paling besar (6.8”) bagi Telefon Pintar, Samsung Galaxy S22 Ultra mempunyai ciri-ciri lain yang menarik perhatian.
Pertama, kecerahan maksimum yang dihasilkan oleh paparannya mampu mencecah sehingga 1750 nits, bukan lagi 1500 nits.
Kedua, telefon ini mampu mengoperasikan games yang memakan grafik yang berat pada tetapan tinggi. Ia juga tidak panas melampau.
Masa skrin selama 8 jam boleh dicapai dengan Samsung Galaxy S22 Ultra walaupun kapasiti baterinya tidak setinggi model-model yang lepas.
Tambahan pula, kebolehan pengecasan pantasnya telah ditingkatkan daripada 25W kepada 45W berbanding Samsung Galaxy S21 yang terdahulu.
Digandingkan pula dengan antara cip pemprosesan terlaju di dunia, Snapdragon 8 Gen 1 dan Adreno 730 – sebuah penambahbaikan daripada Snapdragon 88 + Adreno 660 terdahulu, anda boleh mengharapkan prestasi tahap tertinggi pada telefon ini.
Di samping itu, suka kami bawakan bahawa terdapat perubahan reka bentuk keseluruhan pada Samsung Galaxy S22 Ultra. Ia kini menonjolkan penampilan berkotak, tidak lagi mempunyai bayang-bayang melengkung seperti yang ada pada Samsung Galaxy S21. Kameranya pula adalah sangat bagus ketika mengambil gambar di waktu malam. Tidak dilupakan juga, anda akan mendapati kualiti gambar yang baik walaupun setelah dibesarkan (zoom) sehingga 30x. Namun apabila lebih daripada itu, kualiti gambarnya tidak bagus sangat.
Akhir sekali, S Pen yang disertakan sekali bukan sahaja membantu anda untuk memanfaatkan aplikasi Nota yang telah dinaik taraf, tetapi juga akan membantu anda untuk menyiapkan tugasan harian dengan lebih efisien (cth., menulis nota, menguruskan kalendar, membuat pembentangan, menterjemah, menyunting video, dll.)
Kesimpulan – Telefon Telefoto Terbaik
Jika anda boleh menerima dengan kebesaran (dan kepayahan untuk memegang) telefon ini, Samsung Galaxy S22 Ultra adalah sebuah peranti hebat yang perlu dipertimbangkan, sama ada untuk kegunaan kerja ataupun santai.
- Paparan: 6.8″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz (1,440 x 3,088)
- Berat: 228g
- Dimensi: 163.3 x 77.9 x 8.9 mm
- OS: One UI 4.1 / Android 12
- CPU: Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1, Octa-core
- RAM: 8GB / 12GB
- Penyimpanan: 128GB / 256GB / 512GB (Tidak Boleh Ditambah)
- Jangka Hayat Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 108MP (f/1.8) + 10MP (f/4.9) + 10MP (f/2.4) + 12MP (f/2.2)
- Kamera Hadapan: 40MP (f/2.2)
- IP Rating: IP68
- Kad SIM: Dual Nano-SIM
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM5,099 – RM5,899
Kelebihan:
- Paparan AMOLED besar dengan kadar segar semula pantas 120Hz
- Cip pemprosesan yang amat laju dan jangka hayat bateri yang bagus (sesuai untuk gaming berat)
- Pengecasan pantas yang mantap (45W)
- Storan maksimum 512GB
- Kamera dan prestasi gaming yang baik
- Penilaian IP68 bermaksud yang ia kalis habuk dan air
Kekurangan:
- Besar sehingga tidak selesa untuk dipegang sebelah tangan atau dimasukkan ke dalam poket
- Tidak murah (atas RM5,000)
3. OnePlus 8T 5G
Walaupun ciri yang sangat mengecewakan iaitu kekurangan untuk mengecas tanpa wayar:
The OnePlus 8T 5G cemerlang dalam aspek lain (kelajuan mengecas sehingga 65W, jangka hayat bateri, dsb)!
Tidak lupa juga dengan paparan 120 Hz Fluid! Kadar Segar Semula yang pantas ini membolehkan anda mengerakkan paparan laman web dan media sosial tanpa gangguan!
- Paparan: 6.55″ Fluid AMOLED (1,080 x 2,400)
- Berat: 188g
- Dimensi: 160.7 x 74.1 x 8.4 mm
- OS: OxygenOS 11 / Android 11
- CPU & RAM: Qualcomm Snapdragon 865; 8GB / 12GB
- Penyimpanan: 128GB / 256GB (Tidak boleh ditambah)
- Jangka Hayat Bateri: 4,500 mAh
- Kamera Belakang: 48MP (f/1.78) + 16MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Hadapan: 16MP (f/2.4)
- IP Rating: n/a
- Kad SIM: Dwi SIM Nano
- Jaminan: 2 Tahun
- Harga: Dari RM2,699 – RM2,999
Kelebihan:
- Telefon Android berkuasa tinggi pada harga yang berpatutan
- Kelajuan pemproses cukup untuk permainan
- Menyokong 5G
- Kamera utama yang bagus
- Pengimbas cap jari yang tepat
- Warna Hijau Laut baru
Keburukan:
- Fotografi makro dan malap tidak baik
- Tiada IP rating (tidak dinilai untuk kebolehan kalis air)
- Sedikit baik berbanding dengan OnePlus 8 (Rekaan hampir sama)
4. Samsung Galaxy S20 FE 5G
Sememangnya model 5G terbaru Samsung, Galaxy S20 FE 5G mengutamakan paparan 120Hz dan prestasi pantas! Tetapi, harus bertolak ansur dengan binaan, bateri dan RAM (6GB).
Sebab itulah, model ini lebih murah daripada Galaxy S20. Dimana pembeli akan menghargainya! Ia masih lagi telefon yang berkuasa tinggi (Snapdragon 865 processor)!
- Paparan: 6.5″ Super AMOLED HDR10+ (1,080 x 2,400)
- Berat: 190g
- Dimensi: 159.8 x 74.5 x 8.4 mm
- OS: One UI 2.5 / Android 10
- CPU & RAM: Snapdragon 865; 8GB
- Penyimpanan: 256GB (Boleh ditambah melalui MicroSD Up sehingga 1TB)
- Jangka Hayat Bateri: 4,500 mAh
- Kamera Belakang: 12MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 12MP (f/2.2)
- Kamera Hadapan: 32MP (f/2.2)
- IP Rating: IP68
- Kad SIM: Nano-SIM 1 + Hybrid (SIM atau MicroSD)
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: RM3,399
Kelebihan:
- 6 warna tersedia untuk dipilih
- Mengecas pantas sehingga 25W
- Zum telefoto yang mengagumkan
- IP68 nilaian
- Pengecasan tanpa wayar terbalik 4.5W
- Penghantaran Kuasa USB 3.0
- Penyimpan besar (Boleh ditambah sehingga 1TB dengan microSD)
- Bagus untuk swafoto
Keburukan:
- Pengecasan pantas yang mahal
- Bahagian belakang menggunakan plastik
- Lebih besar berbanding dengan Galaxy S20
- Sensor optikal dan bukannya sensor ultrasonik (cth kurang tepat)
- Prestasi kamera yang sederhana
- OneUI yang tidak bagus untuk digunakan
5. Apple iPhone 13 Mini
Apple iPhone 13 Mini adalah telefon Apple yang mahsyur, iaitu versi yang lebih kecil dan yang lebih murah untuk tahun ini.
Apabila dibandingkan dengan rangkaian utama iPhone 13, iPhone 13 Mini adalah lebih kecil dengan hanya 5.4” skrin yang beroperasi pada 60Hz (jika dibandingkan dengan rangkaian iPhone Pro yang beroperasi pada 120Hz).
Mini juga lebih ringan, mempunyai berat 140g berbanding 173g.
Saiznya yang lebih kecil juga menyebabkannya mempunyai bateri yang lebih kecil, membenarkan anda untuk memainkan video selama 17 jam secara purata. 2 jam lebih singkat berbanding iPhone 13 yang standard.
Tetapi selain daripada atas, Mini hanya adalah versi iPhone 13 yang lebih kecil. Mempunyai ciri sistem kamera berganda yang hebat, paparan HDR yang amat bagus dan chipset Bionic A15 yang sama dengan versi yang besar.
Daripada segi perbandingannya dengan iPhone 12 Mini:
Iphone 13 Mini menawarkan tambahan sebanyak 10% dalam jangka hayat bateri (tambahan 1.5 jam) dengan masa pengecasan yang sama, chipset yang bertambah baik, dan hanya 6g lebih berat berbanding yang terdahulu.
Iphone 13 Mini juga mempunyai lekukan kamera (camera notch) yang lebih kecil, dan kamera yang dinaiktaraf diambil daripada iPhone 12 Max pada tahun lepas, seperti penstabilan optik imej anjakan sensor.
Kesimpulan – Telefon Pintar Mudah Alih Tetapi Berkuasa Terbaik
Telefon yang boleh dimuatkan di dalam poket anda menjadi semakin jarang untuk ditemui, walaupun dalam kalangan Telefon Pintar Android. Dan iPhone 13 Mini adalah telefon yang amat berkuasa untuk saiznya.
Ia juga merupakan pilihan alternatif yang lebih ekonomi sekiranya anda tetap inginkan peranti mudah alih Apple yang terkini.
Dan jika sebelum ini anda tidak mahu mendapatkan iPhone 12 Mini disebabkan jangka hayat bateri yang mengecewakan, iPhone 13 Mini adalah penyelesaiannya.
Nota: Jika anda menyukai penggambaran makro, kami mengesyorkan siri iPhone pro.
- Paparan: 5.4″ Super Retina XDR OLED 60Hz (1080 x 2340), 800 nits
- Berat: 141g
- Dimensi: 131.5 x 64.2 x 7.7 mm
- OS: iOS 15
- CPU: Apple A15 Bionic
- RAM & GPU: 4GB; Apple GPU 4-core
- Penyimpanan: 128GB / 256GB / 512GB (Tidak boleh ditambah)
- Jangka Hayat Bateri: 2,438 mAh
- Kamera Belakang: 12MP (ƒ/2.4) + 12MP (ƒ/1.6)
- Kamera Hadapan: 12MP (ƒ/2.2)
- Kalis Habuk/Air: IP68
- Kad SIM: Dual SIM (nano-SIM and eSIM)
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: Dari RM3,399
Kelebihan:
- Chipset, RAM dan GPU yang sama seperti iPhone 13 yang standard
- Penilaian 1P68
- Jangka hayat bateri yang bagus (sehingga 17 jam)
- Kualiti kamera yang amat hebat dengan Dolby Vision HDR
- Paparan yang lancar dan responsif
- Ringan
- Muat dengan mudah di dalam poket anda
Keburukan:
- Tetap mahal untuk telefon pintar anda yang biasa
- Skrin terhad pada kadar ‘refresh’ 60Hz
- Terhad pada ruang penyimpanan dalaman (Tiada Slot Kad SD)
- Tidak mesra pembaikan daripada pihak ketiga
- Terhad kepada ekosistem produk Apple
- Pengecas tidak disediakan
- Tiada bicu audio 3.5mm
6. ASUS ROG Phone 5
Dengan nilai estetik berkilau dan hujung yang tajam, rekaan ASUS ROG Phone 5 ternyata menarik minat pemain game. Tambahan lagi, ia mempunyai spesifikasi dan pencahayaan RGB untuk but yang mengagumkan.
Berbanding dengan ROG Phone 3 yang terdahulu, ia mempunyai bezel yang lebih nipis tetapi mempunyai saiz yang lebih besar secara keseluruhan.
Secara dasarnya, ROG Phone 5 menawarkan paparan AMOLED 6.78” pada 144Hz, semuanya beroperasi dengan Snapdragon 888 CPU, dan Adreno 660 GPU dengan 8GM RAM.
Dengan itu, anda boleh menjangkakan 60FPS yang lancar apabila bermain game seperti PUBG atau Genshin Impact. Walaupun pada tetapan maksima, iaitu sesuatu yang tidak banyak telefon lain boleh tawarkan.
ASUS juga mempunyai pelbagai aksesori untuk melengkapkan ROG Phone 5 – daripada case penyejukan mobile kepada pemacu yang adaptif.
Telefon tersebut juga menawarkan 2 port pengecasan berasingan, iaitu yang pada bahagian bawah yang standard dan juga pada bahagian sisi.
Selain membenarkan anda untuk bermain dan mengecas, anda juga boleh memasang 2 kabel serentak untuk menggandakan kelajuan pengecasan secara berkesan jika anda mahu.
Kesimpulan – Telefon Terbaik Untuk Bermain Game
Harga ROG Phone 5 yang menarik dan spesifikasi yang luar biasa menjadikannya pilihan yang sesuai untuk tujuan bermain game.
Dengan demikian, walaupun ROG Phone 5 mempunyai banyak ciri-ciri untuk pemain game yang tegar:
Kualiti kameranya bukan yang terbaik, dan kebanyakan ciri-cirinya tidak patut dipertimbangkan sekiranya anda hanya inginkan pengalaman meggunakan peranti pasang-dan-pakai.
- Paparan: 6.78″ AMOLED, 1B colors, 144Hz (1080 x 2448); 800 nits
- Berat: ~238g
- Dimensi: 172.8 x 77.3 x 10.3 mm
- OS: ROG UI / Android 11
- CPU: Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G, 8 cores
- GPU: Adreno 660
- RAM: 8GB / 12GB / 16GB
- Penyimpanan: 128GB / 256GB (Tidak boleh ditambah), UFS 3.1
- Jangka Hayat Bateri: 6,000 mAh
- Kamera Belakang: 64MP (f/1.8) + 13MP (f/2.4) + 5MP (f/2.0)
- Kamera Hadapan: 24MP (f/2.0)
- Kalis Habuk/Air: –
- Kad SIM: Dwi SIM Nano
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM2,499-RM3,499
Kelebihan:
- Bagus untuk bermain game mobile
- Ergonomi yang seimbang dan selesa
- Sesuai dengan pelbagai jenis aksesori permainan game
- Mempunyai Paparan OLED 144Hz
- CPU dan GPU yang hebat
- Bateri 6,000mAh yang besar
- Pengecasan Pantas 65W
- Datang dengan ‘case’ yang tersendiri
- Mempunyai bicu audio 3.5mm
Keburukan:
- Berat
- Kamera dianggap berkualiti biasa jika dibandingkan dengan harganya
- Tiada slot Kad SD
- Ruang penyimpanan dalaman yang agak kecil berbanding telefon lain
- Tidak sesuai digunakan sebagai telefon ‘harian’.
- Hanya versi Pro dan Ultimate menawarkan RAM yang lebih tinggi
7. Xiaomi Mi 11
Mi 11 ialah model andalan (flagship) keluaran Xiaomi untuk tahun 2021. Apa yang baharu pada model ini berbanding dengan model sebelumnya (Xiaomi Mi 10) ada pada skrinnya:
Ia hadir dengan 1B warna, resolusi yang telah ditingkatkan (1440p dari 1080p), serta kadar segar semula (refresh rate) yang lebih tinggi (120Hz berbanding 90Hz pada model sebelum)!
Tidak dilupakan juga, ia mempunyai prestasi yang lebih tinggi (20%) kerana CPU dan GPU yang telah dinaik taraf. Pemprosesan data juga lebih pantas dengan UFS3.1 (berbanding UFS3.0).
Fungsi lain yang dapat dilihat ialah masa pengecasan yang lebih singkat (kini 55W berbanding 30W) serta pengecasan undur (reverse charging) tanpa wayar (10W berbanding 5W).
Jika anda mengambil berat akan kenipisan sesebuah telefon, telefon ini lebih nipis 1mm berbanding model sebelum (Xiaomi Mi 10)! Walaupun begitu, kamera bagi telefon ini kekal pada kualiti yang sama.
Tetapi kami tetap meletakkan telefon ini di dalam senarai telefon premium kerana ia mempunyai chipset Android paling berkuasa ketika ini (Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 and Adreno 660)!
Prestasinya sendiri mampu untuk mengalahkan chipset terbaru Samsung (Samsung Galaxy S21)!
Tambahan pula, ia masih dikira sebagai harga mampu milik (bawah RM3k)! Jika anda merupakan seorang gamer dan anda suka akan telefon Android, maka sememangnya telefon pintar ini patut menjadi pilihan anda!
- Paparan: 6.81″ AMOLED, 1B colors, 120Hz (1440 x 3200)
- Berat: ~196g
- Dimensi: 164.3 x 74.6 x 8.1 mm
- OS: MIUI 12.5 / Android 11
- CPU: Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G, 8 cores
- GPU: Adreno 660
- RAM: 8GB
- Penyimpanan: 128GB / 256GB (Tidak boleh ditambah), UFS 3.1
- Jangka Hayat Bateri: 4,600 mAh
- Kamera Belakang: 108MP (f/1.9) + 13MP (f/2.4) + 5MP (f/2.4)
- Kamera Hadapan: 20MP (f/2.2)
- Kalis Habuk/Air: –
- Kad SIM: Dwi SIM Nano
- Jaminan: 1 Tahun
- Harga: ~RM2,799-RM2,999
Kelebihan:
- Paparan cantik
- Prestasi cemerlang
- Reka bina berkualiti
- Pembesar suara yang bagus
Keburukan:
- Tiada penilaian IP
- Pengesan cap jari yang sederhana
- Kamera yang biasa tanpa apa-apa keistimewaan
- Tiada bicu audio 3.5mm
Telefon Pintar Terbaik Malaysia Di Bawah RM2,000
8. POCO F4 GT
Telefon Pintar Gaming Bajet yang terbaik:
Jika anda mempunyai bajet untuknya (~RM2,000):
POCO F4 GT ialah pilihan yang mempunyai nilai menakjubkan bagi peminat games tegar kerana ia mempunyai paparan AMOLED dengan 120Hz – Anda boleh menonton filem HDR kegemaran anda pada paparan AMOLED yang meriah (vibrant). Hal ini adalah kerana POCO F4 GT mempunyai sokongan HDR.
Tambahan lagi, ia juga dilengkapi dengan Teknologi LiquidCool 3.0 untuk memastikan telefon kekal sejuk ketika sesi permainan.
Bersama-sama dengan cipset unggul Snapdragon 8 Gen 1 dan Adreno 730, serta kadar segar semula suai sendiri (adaptive) untuk penjimatan kuasa, POCO F4 GT ialah telefon yang sangat lengkap untuk mengoperasikan games berat seperti Genshin Impact.
Tambahan lagi, dengan pengecasan pantas 120W yang ada pada telefon ini, maka anda tidak perlu untuk menghabiskan baterinya yang mempunyai kapasiti 4,700 mAh.
Ciri yang lain seperti susunan kameranya pula, ia mempunyai kamera belakang utama 64MP yang boleh didapati pada Telefon Pintar lain sekitar harga RM1,000.
Jika anda sudah terbiasa menggunakan fon kepala, ketiadaan jek audio 3.5mm pada POCO F4 GT mungkin menjadi sebuah kekecewaan. Tetapi jika sekadar mendengar bunyi, anda tidak perlu risau kerana POCO F4 GT mempunyai pembesar suara stereo atas dan bawah.
Kesimpulan – Telefon Gaming Bajet Terbaik
POCO F4 GT adalah sangat berbaloi sekiranya anda mahukan Telefon Pintar gaming pada bajet sekitar RM2,000. Cumanya anda perlu mengelakkannya daripada terkena air kerana ia tidak mempunyai penilaian IP.
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz (1,080 x 2,400), 800nits
- Berat: ~210g
- Dimensi: 162.5 x 76.7 x 8.5 mm
- OS: MIUI 13 / Android 12
- CPU: Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1, 8 cores
- GPU: Adreno 730
- RAM: 8GB / 12GB
- Storan: 128GB / 256GB (Tidak Boleh dikembangkan), UFS 3.1
- Bateri: 4,700 mAh, Fast charging 120W
- Kamera Belakang: 64MP (f/1.9) + 8MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 20MP (f/2.4)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIMs
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM1,999 – RM2,199
Kelebihan:
- Mampu untuk menjalankan games berat seperti Genshin Impact tanpa tersekat-sekat
- Pengecasan pantas 120W
- Paparan yang hampir menyamai tahap andalan (flagship)
- Butang picu magnet yang seronok digunakan
- Skrin cerah boleh dilihat di luar bangunan (kecerahan maksimum 800 nits)
- Harga berpatutan
- Sokongan HDR
- Pembesar suara stereo yang layak dipuji
Kekurangan:
- Tiada Penilaian IP pada harganya
- Tiada jek 3.5mm
9. Xiaomi Mi 10T
Buat anda yang berminat dengan Samsung Galaxy S20FE, Xiaomi 10, atau OnePlus 8T tetapi berasa was-was kerana harganya yang mahal:
Maka Xiaomi Mi 10T mungkin patut dipertimbangkan oleh anda. Ia merupakan salah satu telefon pintar lingkungan pertengahan terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia!
Tidak mengejutkan bahawa prestasi Xiaomi Mi 10T hampir (walaupun tidak sama) menandingi prestasi OnePlus 8T atau Samsung Galaxy S20 FE 5G (juga ada dalam senarai ini). Hal ini kerana semua telefon pintar ini menggunakan CPU dan GPU yang sama!
Disebabkan ia menggunakan teknologi UFS3.1 (juga hadir pada Xiaomi Mi 11), maka anda akan mendapati kelajuan pemprosesan data yang tinggi!
Namun, harganya yang rendah mungkin disebabkan kerana ia tidak mempunyai kamera yang menakjubkan.
Nota: Xiaomi Mi 10T Pro memuatkan kamera yang lebih baik
- Paparan: 6.67″ IPS LCD, 144Hz (1,080 x 2,400)
- Berat: ~216g
- Dimensi: 161.5 x 75.6 x 7.8 mm
- OS: MIUI 12 / Android 10
- CPU: Qualcomm SM8250 Snapdragon 865, 8 cores
- GPU: Adreno 650
- RAM: 6GB / 8GB
- Storan: 128GB (Tidak Boleh dikembangkan), UFS 3.1
- Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 64MP (f/1.9) + 13MP (f/2.4) + 5MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 20MP (f/2.2)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIMs
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM1,699
Kelebihan:
- Reka bina berkualiti
- Prestasi yang baik
- Mampu milik
- Mempunyai kadar segar semula (refresh rate) 144Hz, berbanding Xiaomi Mi 10 (120Hz)
- Jangka hayat bateri yang mencukupi (5,000 mAh)
Keburukan:
- Tiada penilaian IP
- Pengecasan tanpa wayar tidak tersedia
- Paparan yang terhad dengan LCD (teknologi IPS)
- Tiada slot untuk memori tambahan
10. realme GT Master Edition Smartphone
Versi pertengahan bagi rangkaian telefon pintar GT realme yang lebih mesra-bajet.
Realme GT Master Edition mempunyai rekaan case luaran yang unik direka oleh pereka terkenal, Naoto Fukusawa!
Untuk bahagian dalaman, GT Master mempunyai pemproses Snapdragon 778g 5GB Octa-Core, Adreno 642L GPU, 8GB RAM dan 128/256GB ruang penyimpanan dalaman yang tidak boleh-dipertingkatkan.
Beroperasi dengan Android 11, UI keseluruhan agak lancar, walaupun terdapat sedikit gangguan disebabkan oleh aplikasi yang prapasang.
Ciri lain termasuklah pengecasan pantas 65W, paparan berasaskan-Samsung AMOLED yang hebat pada 120Hz dan pemasangan video sehingga selama 20 jam.
Tetapi perkara terbaik mengenai GT Master ialah harganya yang kompetitif, iaitu hanya RM1,499 sehingga RM1,699.
Apabila dibandingkan dengan Poco X3 Pro, iaitu mempunyai jumlah RAM dan ruang penyimpanan yang sama:
Realme GT Master mempunyai kelajuan pengecasan yang lebih laju, paparan yang lebih baik, kamera yang berkualiti lebih tinggi dan chipset yang lebih baik. Dengan kaveat bahawa Poco X3 Pro adalah sekitar RM500 lebih murah daripada GT Master.
Kesimpulan
Dengan jangka hayat bateri yang luar biasa, paparan yang kukuh dan kelajuan pengecasan yang pantas:
Realme GT Master Edition adalah telefon pertengahan yang berharga berpatutan yang mengekalkan banyak ciri-ciri yang sama daripada sisi rangkaian utama GT. Tanpa mengurangkan ciri-ciri penting!
- Paparan: 6.67″ IPS LCD, 144Hz (1,080 x 2,400)
- Berat: ~216g
- Dimensi: 161.5 x 75.6 x 7.8 mm
- OS: MIUI 12 / Android 10
- CPU: Qualcomm SM8250 Snapdragon 865, 8 cores
- GPU: Adreno 650
- RAM: 6GB / 8GB
- Storan: 128GB (Tidak Boleh dikembangkan), UFS 3.1
- Bateri: 5,000 mAh
- Kamera Belakang: 64MP (f/1.9) + 13MP (f/2.4) + 5MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 20MP (f/2.2)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: n/a
- Kad SIM: Dual Nano SIMs
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM1,699
Kelebihan:
- Pengecasan pantas 65W
- Rekaan case luaran yang kukuh
- Ringan
- Harga amat berpatutan
- Mempunyai bicu (jack) fon kepala
- Paparan Samsung AMOLED 120Hz
Keburukan:
- Tiada slot kad luaran
- Kamera tidak bagus
- Tiada penilaian IP (Tidak kalis air atau habuk)
- Tiada pengecasan tanpa wayar
- CPU seharusnya lebih baik untuk harga tersebut
Telefon Pintar Terbaik Malaysia Di Bawah RM1,500
11. Samsung Galaxy M33 5G
Di samping perubahan ketara yang ada pada reka bentuk pada panel belakang (4 kamera dalam petak timbul berbanding 2 baris menegak):
Pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy M33 5G mengekalkan paparan TFT LCD yang ada pada Samsung Galaxy M32 5G tetapi kali ini, terdapat penambahbaikan pada resolusi (720 x 1600p kepada 1080 x 2408p).
Bersama-sama dengan kadar segar semula 120Hz (kali dua daripada Samsung Galaxy M32 5G), telefon ini membuatkan pengalaman menatal media sosial terasa seronok. Namun, ketiadaan paparan AMOLED pada harga yang tinggi ini agak menghampakan.
Manakala prestasinya pula, Samsung Galaxy M33 5G kini mempunyai cipset Exynos 1280 dan Mali-G68 – sebuah penaiktarafan yang boleh diterima daripada Samsung Galaxy M32 5G yang menggunakan Dimensity 720.
Disebabkan itu, Samsung Galaxy M33 5G juga diperhatikan oleh komuniti gaming.
Tambahan pula, eMMC yang hadir pada Samsung Galaxy M32 5G sudah tiada lagi. Kini, storan UFS 2.2 yang lebih pantas menggantikan tempatnya.
Bercakap tentang pantas, masa pengecasannya juga lebih pantas (Pengecasan pantas 25W berbanding 15W) bagi Samsung Galaxy M33 5G berbanding Samsung Galaxy M32 5G. Namun telefon-telefon model baharu Samsung tidak menyertakan sekali pengecas pantas.
Pembesar suara tunggalnya walaupun kuat, tetapi ia terletak di tempat yang mungkin anda meletakkan tangan ketika sesi permainan, tetapi anda masih boleh menggunakan fon kepala.
Tentang kamera pula:
Terdapat kamera ultra-luas (berfungsi untuk swafoto juga) 5MP pada Samsung Galaxy M33 5G, namun disebabkan telefon ini tiada penstabilan imej terbina, anda tidak boleh melarikan diri tanpa memerlukan pemegang kaki tiga (tripod) atau pemegang batang untuk membantu anda, terutamanya ketika situasi dengan pencahayaan malap.
Anda mungkin sedar yang kamera swafoto Samsung Galaxy M33 5G telah diturun taraf kepada 8MP daripada 13MP.
Apa-apapun seperti Samsung Galaxy M32 5G, anda masih boleh merakam video 4K dan gerakan perlahan (slow motion) pada Samsung Galaxy M33 5G.
Kesimpulan
Samsung Galaxy M33 5G ialah Telefon pintar 5G serba boleh yang mempunyai harga bawah RM1,500. Jika anda hanya membuat semua perkara secara santai, telefon ini mampu memenuhi keperluan anda walaupun ia tidak mempunyai ciri yang terlampau hebat.
- Paparan: 6.6″ TFT LCD, 120Hz (1080 x 2408)
- Berat: ~198g
- Dimensi: 165.4 x 76.9 x 9.4 mm
- OS: One UI 4.1 / Android 12
- CPU: Exynos 1280, 8 cores
- GPU: Mali-G68
- RAM: 8GB
- Storan: 128GB (boleh dikembangkan melalui MicroSD), UFS 2.2
- Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 25W
- Kamera Belakang: 50MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 8MP (f/2.2)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: IP53
- Kad SIM: Dual Nano SIMs
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM1,399
Kelebihan:
- Dengan NFC
- Kamera bagus (50MP) untuk harga
- Kehadiran pengesan cap jari (butang kuasa)
- Jangka hayat bateri yang bagus
- Mempunyai jek 3.5mm
- Pengecasan pantas (25W)
- Mampu mengoperasikan sebahagian games
- Menggunakan storan UFS 2.2 berbanding eMMC
- Sokongan 5G
Keburukan:
- Tiada Penilaian IP
- Rakaman video 4K tidak lancar
- Pengecas pantas tidak disertakan
- Tiada sokongan pengecasan nirwayar (wireless)
- Tiada pembesar suara stereo
- Takuk (notch) berbentuk titisan di hadapan telefon mungkin menjengkelkan segelintir pengguna
12. Redmi Note 10 Pro
Walaupun ia mempunyai harga yang sama dengan model sebelumnya (Redmi Note 9 Pro), namun telefon ini:
Mempunyai kualiti paparan yang lebih tinggi kerana ia mempunyai skrin AMOLED. Walaupun begitu, ia hadir dengan kadar segar semula yang sederhana – 120Hz.
Ia juga mempunyai peningkatan pada CPU, sebuah penaiktarafan daripada Qualcomm Snapdragon 720G kepada Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G. Namun, GPU yang digunakan tetap sama (Adreno 618).
Ia juga mempunyai pengecasan dengan kuasa lebih 3W berbanding Redmi Note 9 Pro.
Model baharu ini juga mempunyai kamera belakang yang lebih bagus! Manakala kamera hadapan yang digunakan masih sama.
Untuk makluman anda, ini merupakan telefon bajet terbaik pilihan kami bagi prestasi kamera. Hal ini kerana anda tidak akan menjumpai telefon lain dengan kamera belakang 108MP pada harga ini!
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz (1,080 x 2,400)
- Berat: ~193g
- Dimensi: 164 x 76.5 x 8.1 mm
- OS: MIUI 12 / Android 11
- CPU: Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G, 8 cores
- GPU: Adreno 618
- RAM: 6GB / 8GB
- Storan: 128GB (Boleh ditambah melalui MicroSD), UFS 2.2
- Bateri: 5,020 mAh
- Kamera Belakang: 108MP (f/1.9) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 16MP (f/2.5)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: IP53
- Kad SIM: Dual Nano SIMs
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM999 – RM1,099
Kelebihan:
- Skrin AMOLED 120Hz
- Jangka hayat bateri yang lama
- Penilaian IP53
- Murah
- Kamera yang bagus untuk harganya
Keburukan:
- Chipset yang sedikit rendah berbanding telefon lain dalam lingkungan harga yang sama
- Bukan untuk para gamers
- Tiada sokongan 5G
- Hanya mempunyai UFS2.2
Smartphone Terbaik Malaysia Bawah RM1000
13. Poco X4 Pro 5G
Dibandingkan dengan Xiaomi Poco X3 Pro, jisim yang lebih ringan (perbezaan 10g) dan badan yang lebih nipis (perbezaan 1.3mm) yang ada pada Xiaomi Poco X4 Pro baharu tidaklah begitu ketara.
Tetapi kini paparan AMOLED telah menggantikan paparan LCD IPS terdahulu. Paling menakjubkan, paparan cantik yang baharu ini mampu mencapai kecerahan 1200 nits! Akan tetapi, ia tidak mempunyai sokongan HDR.
Namun, yang menyedihkan tentang Xiaomi Poco X4 Pro ialah Snapdragon 695 – sebuah penuruntarafan yang sangat ketara berbanding Snapdragon 860 pada Xiaomi Poco X3 Pro. Ini bermakna telefon ini bukanlah untuk para gamers.
Tambahan lagi, storan UFS3.1 telah ditukar kepada UFS2.2.
Walaupun kamera utamanya telah dinaik taraf (48MP kepada 108MP), tetapi tidak bagi kamera hadapannya (20MP kepada 16MP), namun kamera hadapan 16MP sudah cukup baik untuk swafoto kasual.
Ingin merakam video 4K? Anda boleh melupakannya kerana Xiaomi Poco X4 Pro 5G mempunyai keupayaan rakaman video maksimum 1080p (termasuk ultra-luas).
Penting juga diingatkan yang Xiaomi Poco X4 Pro 5G mempunyai kebolehan pengecasan pantas 67W manakala Xiaomi Poco X3 Pro tidak (pengecasan pantas 33W).
Kesimpulan – Telefon Bajet Terbaik Dengan Prestasi Bagus
Xiaomi Poco X4 Pro 5G ialah alternatif yang lebih murah untuk Redmi Note 11 Pro 5G, tetapi gagal menjadi penaiktarafan yang ketara berbanding Xiaomi Poco X3 Pro disebabkan oleh cipset yang lebih lemah (iaitu tiada rakaman video 4K, prestasi gaming lebih rendah, prestasi kamera yang lebih teruk, dll).
Satu-satu kelebihannya adalah ia mempunyai 5G yang tidak dimiliki oleh Xiaomi Poco X3 Pro. Namun, ciri ini bukanlah sesuatu yang amat penting lebih-lebih lagi di Malaysia.
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz (1080 x 2400) 700-1200 nits
- Berat: ~205g
- Dimensi: 164.2 x 76.1 x 8.1 mm
- OS: MIUI 13 / Android 11
- CPU: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G, 8 cores
- GPU: Adreno 619
- RAM: 6GB / 8GB
- Storan: 128GB / 256GB (Boleh dikembangkan melalui MicroSD), UFS 2.2
- Bateri: 5,000 mAh, Fast charging 67W
- Kamera Belakang: 108MP (f/1.9) + 64MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan: 16MP (f/2.5)
- Perlindungan Kemasukan Air / Debu: IP53
- Kad SIM: Hibrid Dwi SIM Nano
- Waranti: 1 Tahun
- Harga: ~RM999-RM1,199
Kelebihan:
- Kehadiran jek 3.5mm
- Sokongan NFC
- Penilaian IP53 (kalis habuk dan percikan ringan)
- Jangka hayat bateri yang baik
- Panel belakang bersinar dan menarik
- Paparan AMOLED dengan kadar segar semula pantas 120Hz
- Lensa ultra-luas (8MP)
- Pembesar suara stereo (atas dan bawah)
- Pengesan cap jari yang sangat responsif (butang kuasa)
- Kamera swafoto 16MP yang bagus
- Pengecasan pantas 67W (pengecas disertakan)
- Kamera utama beroperasi dengan baik di waktu malam
Keburukan:
- Kadar segar semula tidak diubah secara automatik untuk menjimatkan tenaga
- Tiada sokongan HDR
- Prestasi lensa ultra-luas teruk di persekitaran malap
- Tidak sesuai untuk gamers
- Jek audio berada di atas
Lebih banyak pilihan smartphone bajet terbaik.
Bagaimana Memilih Smartphone Terbaik
1. Operating System: Android atau Iphone
Sistem operasi telefon merupakan perisian yang siap sedia terpasang pada telefon pintar yang akan menguruskan fungsi telefon tersebut.
Terdapat 2 sistem operasi utama yang menguasai pasaran iaitu iPhone dan Android.
Apakah perbezaan antara 2 sistem operasi ini?
iPhone (aka iOS):
- Dikatakan lebih responsif dengan kehendak pengguna dan maka dengan itu ia lebih mudah digunakan
- Mempunyai tahap Keselamatan yang lebih baik
- Berfungsi sempurna dengan peranti Apple yang lain
- Perisiannya sentiasa dikemaskini secara berkala
Android:
- Boleh menjadi jauh lebih murah daripada iPhone
- Fungsi tetapan yang boleh diselaraskan
- Dibangunkan selaras dengan perkhidmatan Google
Maka jika anda sudah mempunyai banyak peranti Apple, iPhone adalah pilihan yang terbaik.
Sementara itu Android adalah lebih sesuai jika anda sering menggunakan perkhidmatan Google dan juga Microsoft Office.
Dan jika anda mempunyai fon telinga (earphone) tanpa wayar, anda perlu semak sistem operasi manakah yang lebih sesuai dengan peranti tersebut!
2. App Support
Jangan lupa senaraikan aplikasi yang sering anda gunakan! Ini kerana berkemunkinan, akan ada versi serupa yang tersedia tidak kira sama ada anda memilih iPhone atau Android!
Cuba semak di kedua-dua gedung aplikasi (app stores) tersebut dan lihat apakah kedua-duanya mempunyai aplikasi-aplikasi yang anda gunakan!
- Android – kedai permainan
- iPhone – appstore
3. Saiz skrin
Pertama sekali, ukuran skrin diukur dari sudut ke sudut berbanding daripada dari atas ke bawah.
Sekiranya anda ingin membawa dan meletakkan telefon di dalam poket anda, ukuran skrin yang lebih kecil (<5.5 inci) adalah lebih ideal. Malah anda akan rasa lebih selesa menggunakannya hanya dengan satu tangan.
Tiada keperluan video berresolusi 4K:
Selain daripada itu, telefon pintar anda juga boleh disambungkan terus ke Smart TV atau dengan menggunakan android TV box jika anda mahukan skrin yang lebih besar daripada barisan smartphone yang ada di pasaran pada ketika ini.
4. Built-In Storage Space/ Memori dalaman terbina
Dapatkan Telefon Pintar yang mempunyai storan minimum 64GB. Untuk menyimpan aplikasi, muzik, foto dan video.
Sesuatu yang perlu anda tahu:
Anda tidak mempunyai pilihan untuk menambah ruang storan memori sekiranya anda memilih iPhone (iPhone tidak mempunyai slot microSD). Dan model dengan storan memori yang lebih besar adalah lebih mahal.
5. Kamera
Ada pepatah menyatakan bahawa kamera terbaik adalah smartphone yang ada di tangan anda! Dan Telefon Pintar pastinya pilihan yang ideal kerana ianya mudah alih (portable) berbanding kamera konvensional.
Maka anda perlu mencari telefon pintar dengan fungsi wide aperture untuk prestasi pencahayaan rendah yang lebih baik, mod malam, noise reduction dan optical image stabilization
iPhone mempunyai kamera yang sangat hebat berbanding dengan Telefon Pintar yang lain!
Nota: Bilangan megapiksel yang lebih tinggi tidak bermakna yang kamera telefon pintar tersebut adalah lebih bagus.
6. Ketahanan Bateri / Hayat Bateri
Aplikasi-aplikasi seperti (terutamanya games), panggilan telefon, dan lain-lain dapat menghabiskan bateri dengan cepat!
Sebagai panduan, jangan pilih Telefon Pintar yang hanya dapat bertahan kurang dari 10 jam dengan pengisian penuh.
Purata Ketahanan/hayat bateri sesebuah Telefon pintar adalah antara 8 hingga 18 jam. Satu jumlah yang cukup besar untuk anda gunakan di mana-mana sahaja! Termasuk di treadmill terbaik atau semasa anda berada di luar!
Fungsi pengecasan pantas adalah antara ciri yang menarik untuk dimiliki! Dengan fungsi ini, anda tidak perlu menunggu lama untuk menggunakan telefon anda lagi!
7. Bajet
Semua orang tahu bahawa iPhone dan telefon Samsung premium adalah smartphone yang paling mahal!
Selain daripada itu, terdapat jenama Huawei, Realme dan Xiaomi dengan harga yang mampu milik. Sungguhpun begitu, jenama Huawei juga mempunyai barisan smartphone kelas tinggi sebagai pilihan kepada pengguna!
8. Ciri-ciri Lain Yang Perlu Dipertimbangkan
- Fingerprint scanning (for security) – beberapa komputer riba terkini juga mempunyai pengimbas cap jari
- Personal assistant
- Cloud support (external memory backup)
- Availability of third-party apps
- NFC (Near Field Communication) NFC (Near Field Communication) – Teknologi baru yang mana peranti yang bersesuaian dapat bertukar data, foto, dan lain-lain hanya dengan meletakkan peranti bersebelahan.
- Keserasian 5G
Kesimpulannya
Telefon pintar terbaik di Malaysia tahun 2022:
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dan iPhone 13 pro max mempunyai prestasi kamera yang terbaik (dengan lensa telefoto)! Kedua-dua telefon adalah berukuran ~6.7” dengan kelajuan pemprosesan yang setara!
Dan jika anda hanya inginkan telefon premium yang juga mudah dibawa kemana-mana, anda boleh dapatkan iPhone 13 Mini! Bagi gamers yang mempunyai bajet terhad, POCO F4 GT merupakan pilihan yang amat berpatutan!
Bacaan lanjut: