Tiada masalah lagi jika anda ingin membawa bayi anda pergi bersiar-siar dengan adanya stroller baby terbaik di Malaysia tahun 2020!
Terlalu banyak pilihan stroller bayi daripada banyak jenama mungkin memenatkan bagi mereka yang baru bergelar ibubapa untuk membuat pilihan, tambahan sibuk untuk menguruskan keperluan bayi mereka!
Tetapi apa yang anda perlukan adalah kereta sorong bayi ringan yang selamat dan selesa digunakan. Malah si kecil boleh duduk dan tidur di dalam kereta sorong itu! Anda akan temuinya dalam senarai kereta sorong bayi terbaik di Malaysia!
Jenis-jenis Kereta Sorong Bayi
Ya, ia bukan sekadar stroller baby untuk seorang atau kembar, tetapi lebih daripada itu!
Ia dicipta untuk tujuan-tujuan berbeza:
1. Kereta Sorong Bayi Bersaiz Penuh
Anda merancang untuk mendapatkan lebih daripada seorang bayi? Ia mungkin berbaloi untuk dapatkan kereta sorong bayi bersaiz penuh. Stroller baby multifungsi ini lebih tahan lama, serba boleh dan akan tahan sehingga melepasi usia kanak-kanak!
Lazimnya, terdapat banyak pilihan simpanan dan ciri-ciri untuk jenis stroller bayi ini. Tetapi, ia harga kereta tersebut akan lebih mahal!
2. Kereta Sorong Bayi Ringan
Jika anda mementingkan ciri-ciri mudah alih, sememangnya stroller bayi ringan atau (kereta sorong bayi payung atau perjalanan) adalah pilihan tepat untuk anda! Ia boleh dilipat dan disimpan. Sempurna untuk perjalanan sekeluarga!
Malangnya, anak anda membesar dengan cepat!
3. Kereta Sorong Bayi Senaman
Jangan hadkan senaman anda pada sawat injak sahaja! Dengan menggunakan kereta sorong bayi senaman, anda boleh membawa anak anda bersiar-siar dengan selesa.
Tak kisahlah di kawasan yang tidak rata semasa anda berjalan-jalan di luar atau bersenam di taman!
Keburukan? Tidak menjimatkan ruang!
4. Kereta Sorong Bayi Berkembar
Kereta sorong bayi berkembar mempunyai tempat duduk sebelah menyebelah sama ada dua atau tiga tempat duduk. Kebaikannya anda tidak perlukan stroller bayi yang berasingan.
Bagaimanapun, ia akan menyukarkan pergerakan anda!
5. Kereta Sorong Bayi Untuk Tempat Duduk Kereta
Anda boleh keluarkan si kecil daripada kereta tanpa perlu menanggalkan tali pinggang keselamatan mereka untuk bersiar-siar. Ini kerana stroller baby jenis ini boleh diubah daripada tempat duduk kereta bayi dengan hanya menambah beberapa roda!
Jenis stroller bayi ini tidak dapat menampung saiz kanak-kanak.
10 Jenama Stroller Baby Terkenal Di Malaysia
Tidak mengikut turutan:
- Doona
- Bugaboo
- Chicco
- Evenflo
- Prego
- Babyzen
- Mamakiddies
- gb
- Sweet Cherry
- Alpha Living
11 Stroller Baby Terbaik Di Malaysia 2020
1. Baby Throne Advance Compact Travel Stroller
Selain daripada pelbagai warna tersedia, Baby Throne Advance Compact Travel Stroller oleh ETINbaby ini ringan dan berkualiti!
Ia juga mudah digunakan dan juga boleh dilipat!
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 25kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 5.8kg
- Dimensi: 43 x 68.5 x 103 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 44 x 18 x 50 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 bulan
- Harga: ~RM250
Kebaikan:
- Pengawalan roda di hadapan
- Pemegang bar agak tinggi untuk ibubapa yang pendek
- Tidak makan ruang penyimpanan
- Sesuai untuk kembara
Keburukan:
- Jaminan yang pendek
- Melipat memerlukan praktis
- Lebih sesuai untuk bayi berbanding dengan kanak-kanak (had berat)
2. Evenflo Waav Compact Stroller
Evenflo Waav Compact Stroller tahan lasak tetapi ringan. Ia merupakan kereta sorong bayi untuk bayi baru lahir atau kereta sorong bayi kembara yang sama saiz dengan bagasi kabin. Hanya perlukan satu tangan sahaja untuk melipatnya!
Malangnya, bayi anda cepat membesar!
- Sesuai Untuk: 0 – 3 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 15kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 5.2kg
- Dimensi Lipatan: 42 x 30 x 53 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 tahunan
- Harga: ~RM299
Kebaikan:
- Pengawalan roda di hadapan
- Tali keselamatan pada 5 poin
- Kerusi yang boleh diterbalikkan
- Ciptaan berkualiti
- Senang untuk bergerak
Keburukan:
- Hanya boleh menyokong berat sehingga 15kg
- Ruang penyimpanan yang sedikit
- Tiada lubang intip di atas kanopi
- Sokongan belakang yang nipis
- Tiada perlindungan daripada hujan
3. Prego Airplane Cabin Size Newborn Stroller
Prego Airplane Cabin Size Newborn Stroller adalah sangat berbaloi dengan harga! Ini kerana ia mempunyai banyak aksesori termasuk beg penyimpanan kalis air yang boleh digunakan untuk menyimpan lampin!
Troli bayi ini boleh dilaraskan ke bawah sehingga 170 darjah. Sudut duduk adalah sekitar 80 darjah. Ia sangat selesa dan harga berpatutan sesuai untuk keluarga yang aktif!
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 25kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 5.7kg
- Dimensi: 43 x 61 x 103 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 45 x 25 x 60 cm (L x P x T)
- Jaminan: 6 bulan
- Harga: ~RM200
Kebaikan:
- Ringan
- Terdapat beberapa pilihan warna tersedia
- Mempunyai lubang intip pada atas kanopi
- Tampil dengan tempat kaki yang boleh dipanjangkan dan mempunyai pemegang cawan
Keburukan:
- Tiada kebolehan untuk melihat di bahagian belakang
- Tiada pengawalan roda
4. Alpha Living Baby Car Seat Stroller 4 in 1 Transformable Travel System
Jika anda tidak kisah tentang berat lebih atau harga mahal:
Dengan Alpha Living Baby Car Seat Stroller 4 in 1 Transformable Travel System, anda boleh mengubah kerusi kereta bayi kepada stroller bayi dengan cepat!
Selamat dan ergonomik untuk anak anda sehingga mereka mencapai ketinggian (>70cm)!
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 20kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 7.5kg
- Dimensi: 44 x 82 x 99 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 44 x 66 x 60 cm (L x P x T)
- Jaminan: 6 months
- Harga: ~RM576
Kebaikan:
- Tali keselamatan pada 5 poin
- Mudah untuk dilipat dan dipasang
- Brek dengan satu sentuhan
- Stereng yang lancar
- Fabrik yang boleh ditanggalkan dan dibasuh
Keburukan:
- Agak berat
- Tiada pengawalan pada roda
5. U-Baby PRO UW-ST Y1 Compact Stroller
Ia dicipta untuk dipasang dalam masa 2 saat hanya menggunakan satu tangan sahaja, U-Baby PRO UW-ST Y1 Compact Stroller ini tersedia dalam warna merah, kelabu atau biru.
Hanya berharga dibawah RM300, kualiti ciptaan ini agak tahan lasak! Dengan bakul berjaring yang boleh ditanggalkan! Anda boleh gunakannya sehingga anak anda berusia ~4-5 tahun.
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 25kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 6.5kg
- Dimensi: 80 x 95 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 23 x 57.5 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM300
Kebaikan:
- Tali keselamatan pada 5 poin
- Roda-roda yang menyerap gegaran
- Saiz kabin selepas dilipat
- Brek berganda
- Tempat letak tangan yang boleh ditanggalkan
Keburukan:
- Kusyen yang tidak mencukupi
6. Mamakiddies Reverso Reversible 2 In 1 Travel System Stroller
Mamakiddies Reverso Reversible 2 in 1 Travel System Stroller tampil dengan warna hitam pusam, merah, atau kelabu yang boleh dilipat dengan hanya satu tangan.
Ia memang berat tetapi mempunyai banyak kotak – kanopi yang boleh ditanggalkan dengan cermin boleh intai, pilihan kerusi kereta, arah boleh diterbalikkan, selamat dan mempunyai banyak ciri-ciri penyimpanan.
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 18kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 10.5kg
- Dimensi: 52 x 94 x 100 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 56 x 41 x 88 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM399
Kebaikan:
- Kusyen yang tebal
- Boleh duduk di atas lantai dan boleh diayunkan seperti buaian
- Mudah dipasang dan disimpan
- Selesa untuk ditolak
- Tampil dengan kelambu
- Berat 2.4kg apabila ia dijadikan sebagai kerusi kereta
- Penutup yang boleh ditanggalkan dan dibasuh
- Tali keselamatan pada 5 poin
Keburukan:
- Agak mahal
7. Sweet Heart Paris Savannah Lightweight Compact Stroller
Sweet Heart Paris Savannah Lightweight Compact Stroller tampil dengan keseluruhan yang hampir berwarna hitam dan mempunyai bentuk dan garis gelap yang menarik?
Ia merupakan kereta sorong bayi untuk perjalanan dimana anda boleh simpan dan pasangnya dengan mudah. Selepas ia dilipat, ia boleh disimpan di ruang penyimpanan kabin.
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 25kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 6.3kg
- Dimensi: 47 x 79.5 x 98 cm (L x P x T)
- Dimensi lipatan: 47 x 26 x 62 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM279
Kebaikan:
- Pengawalan roda
- Brek flip-flop
- Tali keselamatan pada 5 poin
- Bar bampar yang boleh dicabut
- Jaring penyimpanan pada bahagian bawah
- Selesa untuk baring, walaupun kanak-kanak itu mempunyai berat 15kg
- Kanopi boleh dilipat
- Boleh dilaraskan ke bawah sehingga 170 darjah
- Terdapat ruang pengudaraan untuk bayi pada cermin boleh intai
Keburukan:
- Roda pada bahagian belakang tidak tahan lasak seperti kereta sorong bayi yang lain dalam senarai ini
8. Sweet Cherry SCR16 Lightweight & Compact Baby Stroller
Sweet Cherry’s SCR16 Lightweight & Compact Baby Stroller merupakan jenama tempatan yang menepati standard keselamatan Eropah EN 1888:2018 untuk stroller baby.
Jika anda mencari kereta sorong bayi yang sangat ringan, padat tetapi tahan lama yang boleh dilipat dan dipasang dalam beberapa saat dalam pasaran, anda boleh pertimbangkan produk ini!
- Sesuai Untuk: 0 – 3 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 15kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 5.3kg
- Dimensi: 41 x 62 x 102 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 41 x 25 x 53 cm (L x P x T)
- Jaminan: 1 bulan
- Harga: ~RM279
Kebaikan:
- Brek satu langkah
- Tali keselamatan pada 5 poin
- Ciptaan berkualiti
- Roda pengawalan boleh dilaraskan sehingga 360 darjah dan dikunci (roda-roda hadapan)
- Tempat rehat belakang yang boleh diubah (Boleh dilaraskan daripada 100 sehingga 175 darjah)
- Tempat letak kaki yang boleh dilaraskan (70 darjah)
- Hanya mengambil sedikit ruang penyimpanan
- Penyimpanan
- Bar sokongan yang boleh ditanggalkan
- Cermin intai
Keburukan:
- Jaminan pendek
- Kanak-kanak membesar dengan cepat
Kereta Sorong Bayi Mewah Terbaik
Sila sediakan wang perbelanjaan sebanyak RM1,000 atau lebih untuk salah satu daripada ini!
9. Pockit Plus All Terrain Stroller
Pockit Plus All Terrain Stroller daripada gb tidak menggunakan roda pengawalan kerana ia dilengkapi dengan dwi roda. Malah, batu berbentuk bulat tidak mengancam kereta sorong bayi ini!
Oleh kerana ia boleh dilipat sehingga menjadi sangat kecil (dalam 2 langkah), anda sebenarnya boleh simpannya ke dalam bag bersaiz kabin/bagasi tangan tanpa perlu berhempas pulas!
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 20kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 5.6kg
- Dimensi: 47 x 71 x 101 cm (L x P x T)
- Dimensi Lipatan: 34 x 20 x 42 cm (L x P x T)
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM989
Kebaikan:
- Tidak perlukan sokongan semasa dilipat
- Tali keselamatan pada 5-poin
- Kanopi dengan pelindungan matahari (UPF50+)
- Mesra kembara
- Penyimpanan sehingga 5kg bebanan
- Stering satu tangan
- Roda hadapan yang boleh dipusingkan
- Tali dan tempat rehat belakang yang boleh diubah
- Terdapat banyak kombinasi warna yang tersedia
- Jaminan yang lama
Keburukan:
- Mahal
- Memerlukan praktis untuk melipat dan membukanya dengan pantas
- Tiada cermin intai
10. Chicco Goody Compact Stroller
Chicco Goody Compact Stroller boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehingga berat 22kg. Kerusi belakang boleh diubah kepada beberapa bahagian, malah ia boleh dilaraskan sepenuhnya.
Mengawal stroller baby ini sangat menyenangkan kerana ia dilengkapi dengan cengkaman pegangan ergonomik yang tidak licin! Anda boleh capai susu tepung bayi pada bakul penyimpanan pada bahagian belakang, di hujung kereta sorong bayi.
- Sesuai Untuk: 0 – 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 22kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 6.9kg
- Dimensi: n/a
- Dimensi Lipatan: 46.5 x 25 x 56 cm (W x L x H)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM1,099
Kebaikan:
- Tali pinggang tempat duduk pada 5 poin
- Mudah dilipat dengan hanya menggunakan satu tangan
- Boleh berdiri tanpa sokongan selepas ditutup
- Kanopi matahari yang boleh dipanjangkan
- Kualiti terbaik
Keburukan:
- Mahal
- Jaminan pendek untuk harga tersebut
- Agak mahal
11. Babyzen YOYO² Stroller (Frame And 6+ Color Pack)
Versi baharu Babyzen mempunyai rekaan bingkai baru jenama yang lebih kukuh! Dan setiap 4 roda mempunyai pengawalan roda masing-masing! Untuk pengalaman stering yang lebih baik!
Ia masih lagi mengekalkan berat yang sama dan kelebihan mudah alih YOYO asli + kereta sorong bayi! Material yang berkualiti tinggi digunakan untuk memastikan stroller baby ini tahan lama!
- Sesuai Untuk: 6 bulan– 4 Tahun
- Berat Sokongan: Sehingga 22kg
- Berat Kereta Sorong Bayi: 6.2kg
- Dimensi: n/a
- Dimensi Lipatan: 44 x 18 x 52 cm (L x P x T)
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM2,190
Kebaikan:
- Saiz kabin selepas dilipat
- Pengawalan pada semua roda
- Tali pada 5 poin
- 6 pilihan warna tersedia
- Cermin intai
- Jaminan yang panjang
- Bakul penyimpanan sebanyak 5kg (akses pada depan atau belakang)Bakul penyimpanan sebanyak 5kg (akses pada depan atau belakang)
- Kanopi mempunyai pelindungan matahari (UPF 50+) dan kalis air
- Masih sesuai digunakan bersama YOYO asli+ aksesori-aksesorinya
- Kulit sintetik pada pemegang menggantikan pemegang busa
Keburukan:
- Sangat mahal
- Hanya mempunyai pandangan hadapan
- Penutup hujan dijual secara berasingan
Cara Memilih Kereta Sorong Bayi
Ia hampir sama ketika membeli breast pump yang bagus:
Anda perlu memikirkan dengan teliti cara hidup terkini anda dan juga perancangan masa hadapan sebelum memilih stroller baby!
Fikirkan faktor keselamatan, kebolehpercayaan dan mudah digunakan!
Anda juga mesti boleh mengubah ketinggian bar pemegang, ruang penyimpan dan fabrik yang boleh dibasuh!
1. Di Mana Anda Perlu Gunakan Kereta Sorong Bayi?
Adakah anda ingin pergi ke sesuatu tempat yang mempunyai laluan pejalan kaki sempit? Dengan tanah rata atau berbonggol-bonggol?
Bagaimana pula dengan eskalator, lif dan pengangkutan awam?
Semua faktor ini akan menentukan saiz dan jenis kereta sorong yang anda akan beli!
2. Berapa Lama Anda Perlukannya?
Memang mudah untuk anda katakan beli baru sahaja bila anak anda mula membesar:
Bukan sahaja membazirkan duit, malah membuang yang lama akan mencemarkan persekitaran! Ini kerana tanah timbus di Malaysia mudah melimpah-ruah!
Tentukan berapa lama anda perlukan stroller baby. Dan sama ada anda boleh membuat pertimbangan antara saiz dan berat! Ini kerana kereta sorong bayi yang boleh ditukar biasanya lebih berat!
3. Bolehkah Ia Dibuka (Dan Dilipat) Dengan Cepat?
Terutama jika anda kerap bergerak ke mana-mana:
Pemasangan sangat memenatkan!
Sebab itulah kereta sorong bayi yang boleh dilipat dengan satu tangan merupakan anugerah dari tuhan! Ia membolehkan anda mendukung anak anda pada sebelah tangan sambil membuka kereta sorong bayi anda pada sebelah tangan lagi.
4. Weight
Tak perlu dijelaskan lagi!
Jangan lupa anda harus membawa semua barang keperluan bayi anda bersama-sama! Bayangkan anda mengangkut kesemuanya dengan menaiki tangga!
5. Adakah Ia Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir?
Mungkin anda sudah tahu yang bayi baru lahir perlukan sokongan tambahan untuk kepala mereka!
Oleh itu, kereta sorong bayi harus boleh dilaraskan sehingga 170-180 darjah dengan sepenuhnya.
6. Ciri-ciri Keselamatan Yang Perlu Ada:
Jangan pernah tinggalkan anak anda walaupun sesaat biarpun kereta sorong bayi anda adalah sangat selamat!
- Tali pada lima poin (bukan tiga poin)
- Brek!
- Pelindung matahari atau kanopi
- Tiada ruang yang membolehkan jari tangan dan kaki anak anda terkeluar!
- Tali pinggang keselamatan untuk memastikan anak anda kekal berada di dalam kereta sorong bayi
- Roda yang kukuh – roda hadapan mesti boleh dikunci!
- Asas yang lebar (supaya kereta sorong bayi tidak terjatuh)
Kesimpulan
Stroller baby yang terbaik di Malaysia 2020 boleh mencecah sehingga RM200 hingga RM2,000 seperti yang anda boleh lihat pada senarai di atas!
Untuk harga, ringan, keselamatan dan ciri-ciri yang mesra pengguna, item 2 merupakan juara untuk kereta sorong bayi yang baru lahir. Tetapi item 7 boleh digunakan lama! Dan item 9 adalah paling ringan!