Jangan langkau sunscreen terbaik di Malaysia 2021! Seperti yang diperkatakan, mencegah lebih baik daripada merawat!
Ramai yang lupa, tetapi kulit anda merupakan salah satu organ penting anda! Dan yang terbesar pada badan anda juga! Sehinggakan drugstore sunscreen atau sunblock boleh melindungi kesihatan anda dan penampilan pada masa hadapan!
Baca lebih lanjut dalam cara-cara untuk memilih sunscreen. Dan lihat cadangan kami bagi sunblock terbaik di Malaysia!
Kenapa Anda Perlukan Sunblock (Kebaikan)
Kerosakan daripada sinaran matahari UV membentuk dalam kulit anda seumur hidup.
Dan memakai sunscreen setiap hari meminimumkan kerosakan secara ketara!
- Sinaran UV terbukti mempunyai karsinogen!
- Lapisan ozon sedang menipis; sinaran UV lebih membahayakan
- Mengurangkan risiko kanser kulit
- Melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang (cth. Bintik usia, kulit kasar, lain-lain )
Sentiasa rajin dalam penggunaan sunblock!
Anda semestinya memerlukan sunscreen dengan serum vitamin C yang terbaik di Malaysia! Vitamin C mengurangkan melanin pada kulit anda.
Dan anda tidak perlu bergantung kepada krim pemutih atau krim mata untuk menyelamatkan kulit anda!
Tetapi Bagaimana Jika Anda Sentiasa Berada Di Dalam Rumah?
Jika anda berada berdekatan dengan tingkap setiap masa, anda juga memerlukan sunscreen!
Satu – satunya cara anda akan terselamat daripada sinaran matahari UV ialah:
- Jika anda berada di tempat yang tiada tingkap
- Atau ada langsir penghalang UV!
Dan untuk tidak menakutkan anda:
Tetapi beberapa lampu dalaman mungkin mengeluarkan sedikit jumlah sinaran-sinaran UV juga.
Bagaimana Jika Hari Mendung?
Awan tidak menyediakan perlindungan yang cukup daripada sinaran UV! Cahaya UV boleh melintasi melalui mereka!
Bagaimana Sunscreen Berfungsi?
Ada 2 jenis sunblock muka yang terdapat di Malaysia.
Fizikal atau kimia dan setiap satu mempunyai cara yang berbeza untuk melindungi kulit anda daripada cahaya matahari!
Apa Itu SPF?
SPF (Faktor Perlindungan Matahari) hanya mewakili perlindungan daripada sinaran UVB:
Peringkat SPF | % Perlindungan Untuk Sinaran UVB |
---|---|
15 | 93 |
30 | 97 |
50 | 98 |
Seperti yang anda lihat, lebih tinggi tidak semestinya bermaksud lebih baik atau perlindungan yang berpanjangan!
Apa Itu PA+++?
Merupakan ukuran perlindungan sinaran UVA yang diperkenalkan di Jepun. Lebih “+” bermaksud produk tersebut mempunyai perlindungan yang lebih baik.
Negara – negara lain seperti UK, USA, Australia dan Jerman telah beradaptasi dengan sistem ini.
Tetapi:
Semenjak Jepun merupakan negara pertama yang mencipta ukuran PA++++ , bukan semua negara telah mengemas kini sistem mereka dengan sewajarnya.
Jadi, sesebuah produk yang mengandungi PA+++ tidak semestinya lebih teruk daripada produk dengan PA++++.
Apa Itu Spektrum Luas?
Sentiasa memilih sunscreen yang ada “Spektrum Luas” pada label tersebut.
Ini bermaksud sunblock melindungi daripada kedua-dua jenis sinaran UV -UVA dan UVB!
- Sinaran UVA – mengakibatkan penuaan pramatang
- Sinaran UVB – mengakibatkan selaran matahari
Pendedahan yang melampau akan mengakibatkan kanser kulit.
Jenis–Jenis Sunscreen
1. Sunscreen Fizikal
Sunscreen fizikal (dikenali sebagai sunscreen mineral) biasanya mengandungi zink oksida atau titanium dioksida. Atau kedua-dua!
Mereka berfungsi dengan menaburkan dan selepas itu, menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit anda!
Kelebihan:
- Ramuan-ramuan ini tidak meradangkan
- Dan selamat terumbu karang!
- Keberkesanan daripada sinaran UVA dan UVB!
- Tanpa komedogenik (pori-pori tidak akan tersumbat)
- Keberkesanan segera
Keburukan:
- Memerlukan penggunaan yang kerap
- Tekstur tebal yang tidak mudah untuk sebar
- Membuatkan kulit anda nampak berkilau / atau meninggalkan white cast
2. Sunscreen Kimia
Sunscreen kimia meresap ke dalam kulit anda supaya mereka boleh menyerap sinaran-sinaran UV yang memasuki kulit anda secara berterusan.
Ramuan-ramuan biasa termasuk oxybenzone atau avobenzone.
Kelebihan:
- Kemasan Matte
- Tiada white cast
- Selalunya berpatutan
- Senang untuk digunakan
Keburukan:
- Juga penggunaan yang kerap
- Tidak melindungi semua jenis sinaran UV
- Mengeluarkan haba (tidak bagus untuk kulit sensitif)
- Boleh ada unsur komedogenik
- Biasanya tidak selamat terumbu karang
3. Kombinasi
Banyak sunscreen terbaharu di pasaran tend untuk campurkan kedua-dua jenis sunscreen!
Itu tidak semestinya lebih berkesan! Dan mungkin menyebabkan iritasi pada kulit anda
Sunscreen Fizikal Vs Sunscreen Kimia
Ringkasan:
Kategory | Fizikal | Kimia |
---|---|---|
Ramuan aktif utama | Zink Oksida, Titanium Dioksida | Ethylhexl Methoxycinnamate, Avobenzone, Oxybenzone |
Fungsi | Penghadang fizikal | Meresap sinaran-sinaran UV (ke dalam kulit) and selepas itu, pecahkan mereka |
Kelebihan | Sesuai untuk kulit sensitif, Selamat terumbu karang | Ringan dan senang untuk digunakan, Tiada white cast, Lebih murah |
Keburukan | Meninggalkan white cast, Lebih kasar untuk digunakan, Biasanya lebih mahal | Tidak selamat terumbu karang, Iritasi kulit yang sensitive, Mungkin menganggu hormone wanita (dalam jangka masa panjang) |
Cara Untuk Memilih Sunblock Yang Bagus
1. Ia Mesti Ada Perlindungan Spektrum Luas
Kami sudah menerangkan perkara ini.
2. Sunscreen Fizikal Adalah Lebih Baik
Mereka bertindak sebagai penghadang fizikal untuk menghalang cahaya UV daripada memasuki kulit anda!
3. SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 30 (Atau Lebih Tinggi)
Mana-mana sunscreen dengan SPF kurang daripada 15 hanya cukup untuk mengelakkan daripada selaran matahari
Secara umum:
- SPF 15 to 30 – aktiviti dalaman atau waktu yang singkat di luar
- SPF 30 to 70 – aktiviti luar atau untuk sukan-sukan air
- SPF 70 or higher – tidak berfungsi lebih baik daripada SPF50
4. Kalis Air – Adakah Anda Perlukan Ini?
Cari sunscreen yang kalis air jika anda tahu anda akan berpeluh atau berenang.
Anda boleh mengharapkan sunblock kalis air untuk bertahan selama 40 ke 80 minit dalam air.
5. Terbaik Untuk Jenis Kulit Anda
- Kulit kering – pilih krim
- Kulit sensitif – bebas PABA (para-aminobenzoic acid)
Untuk kulit jenis berminyak dan berjerawat, elakkan sunscreen yang mengandungi ramuan – ramuan komedogenik!
6. Ramuan-ramuan Yang Perlu Dielakkan
Sama seperti memilih toner muka atau pelembap:
Anda perlu mencari sunscreen bebas alkohol!
Dan yang tiada oxybenzone. Yang diketahui boleh mengganggu hormon wanita!
7. Selamat terumbu karang
Anda mungkin tidak tinggal dekat dengan laut, tetapi air akan sentiasa mencari jalan akhirnya!
Dan sesetengah bahan-bahan kimia sangat berbahaya terhadap batu karang dan kehidupan marin! Sehingga menyebabkan ketidaksuburan pada ikan!
Sunscreen selamat terumbu karang di Malaysia tidak ada mana-mana bahan kimia seperti berikut:
- Oxybenzone
- Octinoxate
- Octocrylene
- PABA (Aminobenzoic Acid)
- Enzacamene
- Octisalate
- Homosalate
- Avobenzone
8. Tarikh Luput
Sunscreen yang tamat tempoh tidak akan melakukan tugasnya dengan baik.
9. Penggunaan Sunblock
Jadi pengguna yang bijak! Jangan keluar hanya semata-mata untuk menjemur badan di bawah matahari! Dan berada di tempat yang teduh .
Memakai baju lengan panjang, topi dan kaca mata hitam di luar rumah.
- Sinaran-sinaran UV adalah paling kuat di antara jam 10 pagi hingga 5 petang.
- Sunscreen seharusnya digunakan semula setiap 2 jam.
- Pastikan untuk tanggalkan sunscreen anda sepenuhnya dengan pembersih muka yang bagus atau oil cleanser sebelum tidur
- Gunakan sunscreen dalam kuantiti yang banyak pada anggota badan yang terdedah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum keluar
- Jangan gunakan sunscreen kepada bayi (kurang dari 6 bulan). Selindung mereka (contoh. Topi, sarung tangan, stoking, lain-lain) dan cuba untuk hadkan pendedahan mereka terhadap cahaya matahari!
19 Sunscreen Terbaik di Malaysia
Sunblock Terbaik Untuk Kulit Berminyak
1. Clinique Super City Block Oil-Free Daily Face Protector SPF 40
Berwarna cerah, the Clinique Super City Block Oil-Free Daily Face Protector SPF 40 mengandungi bahan-bahan yang menenangkan (Chamomile dan Timun)
Ia memberikan asas solekan baik yang membetulkan kemerahan pada muka!
- Jenis: Fizikal/ Kimia
- Tekstur: Losyen
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 40
- Ketahanan Air: Tidak Tahan Air
- Saiz: 40ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Zink Oksida, Titanium Dioksida, Cinoxate, Ethylhexyl Salicylate, Vitamin E, Magnesium Ascorbyl Phosphate
- Harga: RM127
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol
- Aroma halus
- Selamat terumbu karang
- Mempunyai ramuan-ramuan yang menenangkan (Chamomile dan Timun)
- Anti penuaan (Magnesium Ascorbyl Phosphate dan Vitamin E)
- Tidak berkilau
- Asas mekap yang baik yang membetulkan kemerahan
- Ramuan yang sama terdapat dalam kulit untuk mengekalkan dan membaiki penghadang kulit (Acetyl Glucosamine)
- Mencerahkan kulit (Ekstrak Citrus Unshiu)
- Antioksidan (contoh. Kafein, Ekstrak Daun Rosemary, lain-lain)
Keburukan:
- Laureth-4 tidak bagus untuk kulit berminyak
- Kelihatan oren pada kulit pucat
2. Innisfree Tone-up No Sebum Sunscreen SPF50 PA+++
Secara dasarnya, pelindung matahari fizikal dan primer digabungkan menjadi satu:
Innisfree Tone-up No Sebum Sunscreen SPF50+ PA++++ akan memberikan anda matte asas untuk mengaplikasikan solekkan diatasnya!
Dalam masa yang sama, ia melegakan kulit anda dengan air daun witch hazel dan ekstrak camellia. Dan merawat cela dengan ekstrak daun pokok teh!
- Jenis: Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilian: SPF50+ PA++++
- Ketahanan Air: Tiada
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Zink Oksida (Nano) 11.5008%, Titanium Dioksida (Nano), Ekstrak Centella Asiatica, Asid Sitrik, Ekstrak Hedera Helix (Ivy), Ekstrak Kulit Limau Sitrus, Butilena Glikol, Glyserin, Minyak Biji Bunga Matahari, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, dan lain-lain
- Harga: ~RM35
Kelebihan:
- Mengawal sebum
- Tiada sulfat, paraben dan alkohol
- Bebas kekejaman
- Berbau sedap
- Rasa menyelesakan pada kulit
- Tidak mahal
Keburukan:
- Tidak kalis air
- Asid sitrik yang hadir dalam rumus (diketahui sebagai perengsa kulit untuk kulit sensitif)
- Mengandungi silicon, mika dan wangian
3. Innisfree Intensive Triple Care Sunscreen SPF50+
Anda akan perasan ada sedikit bau herba daripada Innisfree Intensive Triple Care Sunscreen SPF50+. Dan petunjuk untuk white cast dan kilat pada kulit anda!
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: Kalis Air
- Saiz: 50ml
- Sesuai untuk: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Zinc Oxide, Titanium Dioxide, Niacinamide, Adenosine, Tocopherol (Vitamin E), Citric Acid, Centella Asiatica Extract
- Harga: RM37.5
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol, Bebas Kekejaman
- Selamat terumbu karang
- Anti penuaan (Niacinamide, Vitamin E, Citric Acid, lain-lain)
- Menenangkan (Ekstrak Centella Asiatica)
- Tidak berminyak atau melekit
- Sedikit bau herba
- Anti-peradangan (Niacinamide)
Keburukan:
- Mengandungi Citric Acid (iritasi kulit)
- Tidak ringan
- Sedikit kemilau
- Ada sedikit white cast
4. Dermalogica Invisible Physical Defense Sunscreen SPF 30
Daripada Dermalogica kepada the Invisible Physical Defense Sunscreen SPF 30 yang mempertahankan kulit anda daripada UVA/UVB/lampu biru!
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum luas, SPF 30
- Ketahanan Air: n/a
- Saiz: 50ml
- Sesuai untuk: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Zinc Oxide, Sodium Hyaluronate, Alpha-Bisabolol, Vitamin E, Camellia Sinensis Leaf Extract
- Harga: RM262
Kelebihan:
- Mempunyai antioksidan (Minyak Argan, Ekstrak Cordyceps Sinesis, the Hijau, Vitamin E)
- Mempertahankan daripada UVA/UVB/lampu biru
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol, Bebas Kekejaman
- Selesa
- Menenangkan (Teh Hijau dan Bisabolol/ Chamomile)
- Selamat terumbu karang
- Kemasan semi matte
- Bau wangi
- Tiada white cast
Keburukan:
- Mengandungi pewangi (Linalool & Limonene)
- Sangat mahal
- Sedikit kemilau
- Ada sedikit white cast
Jika anda mempunyai kulit berminyak dan anda perlukan banyak pilihan, teruskan kepada bahagian kulit berjerawat!
Sunblock Terbaik Untuk Kulit Berjerawat
5. Neogen Day-Light Protection Sunscreen SPF 50
Neogen Day-Light Protection Sunscreen SPF 50 adalah terbaik untuk kulit kering atau kombinasi yang mudah berjerawat.
Kerana ia mempunyai kelembapan yang tinggi dengan minyak tea tree dan minyak lavender untuk merawat dan menenangkan jerawat!
- Jenis:Fizikal/Kimia
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50, PA+++
- Ketahanan Air: Tidak Tahan Air
- Saiz: 50ml
- Sesuai untuk: Normal Hingga Kulit Berminyak
- Ramuan Utama: Zinc Oksida, Isoamyl p-Methoxycinnamate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Titanium Dioksida, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Achillea Millefolium, Ekstrak Rose And Raspberry, Vitamin E
- Harga: RM78
Kelebihan:
- Bebas Silikon, Bebas Paraben, Bebas Alkohol, Bebas Sulfat
- Selamat terumbu karang
- Ringan
- Sangat melembapkan
- Tidak melekit
- Bau sitrus (menghilang)
- Primer yang bagus
Keburukan:
- Terdapat perengsa kulit yang mengandungi (Ethylhexyl Methoxycinnamate, Minyak Lavender, Minyak Eucalyptus, Minyak Citrus Orange)
- Agak melekit jika anda menggunakan ia sekali dengan pelembap
- White cast pada tona kulit yang lebih gelap
6. Eucerin Sensitive Protect Sun Fluid Mattifying SPF 50+
Sementara Eucerin Sensitive Protect Sun Fluid Mattifying SPF 50+ mempunyai bahan penghidratan yang serupa dengan kulit (glycine, sodium hyaluronate, glycerin), mereka sahaja tidak cukup untuk kulit kering!
- Jenis: Fizikal/Kimia
- Tekstur: Losyen
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+
- Ketahanan Air:n/a
- Saiz: 50ml
- Sesuai untuk: Semua Jenis Kulit (Berminyak & Kulit Sensitif)
- Ramuan Utama: Ethylhexyl Triazone, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Ethylhexyl Salicylate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Titanium Dioksida, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Inflata
- Harga: RM90
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat
- Selamat terumbu karang
- Mempunyai Ekstrak Akar Glycyrrhiza Inflata untuk melawan jerawat
- Ramuan hidrasi sama seperti yang terdapat dalam kulit (Glycine, Sodium Hyaluronate, Glycerin)
- Memberi kemasan pada kulit (semi-matte)
- Tiada white cast
- Sesuai untuk kulit kombinasi yang menyebabkan jerawat
Keburukan:
- Mengandungi alkohol
- Mempunyai ramuan komedogenik (Isopropyl Palmitate)
- Tidak terlalu melembapkan
7. Sunblock Muka Dry Touch La Roche Posay Anthelios XL Anti-Shine SPF50+
Menggabungkan penyaring UV kimia dengan bahan penyerap minyak yang berkesan seperti airlicium dan silika:
Versi sentuhan kering bagi pelindung matahari ini adalah kelebihan bagi jenis kulit berminyak! Anda boleh dapatkan perlindungan matahari serta kawalan minyak “mattifying”!
- Jenis: Kimia
- Tekstur: Gel / krim
- Penilian: SPF50+
- Ketahanan Air: Ya
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Jenis Kulit Berkombinasi, Berminyak, Rawan Jerawat
- Bahan Utama: Etilheksil Triazon, Butil Metosiidibenzoylmetana, Octocrylene, Drometrizole Trisiloxane, Etilheksil, Salisilat, Homosalate, Bis-Etilheksiloksifenol Metoksifenil Triazin, Titanium Dioksida, Asid Sulfonik Terephthalylidene Dicamphor, Vitamin E, Gliserin, Propilena Glikol dan sebagainya
- Harga: ~RM100
Kelebihan:
- Tiada lekitan atau sisa keputihan
- Tekstur yang ringan
- Bebas daripada wangian, paraben, alkohol, minyak pati
- Bukan rumusan / formula komedogenik
- Sesuai dipakai di bawah solekan
- Telah diuji untuk alahan
Keburukan:
- Mahal
- Meninggalkan sisa putih pada tona kulit yang lebih gelap
- Tidak selamat untuk karang
8. Some By Mi Truecica Mineral 100 Calming Suncream SPF 50+
Berminyak/ kulit kombinasi yang mudah berjerawat akan menjumpai peneman harian yang bagus dengan Some By Mi Truecica Mineral 100 Calming Suncream SPF 50+!
- Jenis: Sunscreen fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: n/a
- Saiz: 50ml
- Sesuai untuk: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Zinc Oxide, Titanium Dioxide, Niacinamide, Adenosine, Madecassoside, Centella Asiatica Extract, Tea Tree Leaf Oil
- Harga: RM39
Kelebihan:
- Merawat dan menenangkan jerawat (Tea Tree Oil, Niacinamide, Teh Hijau, Madecassoside)
- Kehadiran antioksidan
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol, Bebas Silikon
- Selamat terumbu karang
- Tidak berasa berminyak
- Menenangkan kemerahan
- Senang disebarkan
- Ringan
- Tidak mengeringkan
- Kemasan matte
- Aroma herba yang ringan
Keburukan:
- Stearic Acid (boleh menghalang pori)
- Tea Tree Oil boleh iritasi kulit sensitif
- White cast pada tona kulit yang lebih gelap
Kulit berjerawat boleh lihat rekomendasi untuk kulit sensitif juga!
Sunblock Terbaik Untuk Kulit Kombinasi
9. Anessa Perfect UV Sunscreen Mild Milk SPF 50+
Anessa mempunyai formula hypoallergenic yang selamat untuk kanak-kanak dalam Perfect UV Sunscreen Mild Milk SPF 50+!
Ia bebas dari alkohol, (paraben) dan minyak mineral!
- Tekstur: Losyen
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: 80 minit
- Saiz: 60ml
- Sesuai untuk: Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Zink Oksida, Titanium Dioksida, Ethylhexyl Triazone, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Sodium Hyaluronate, Vitamin E
- Harga: RM106
Kelebihan:
- Formula Hypoallergenic bagus untuk kanak-kanak
- Bebas dari alcohol, pengawet(paraben), dan minyak mineral
- Bebas wangian dan pewarna
- Selamat terumbu karang
- Kalis air selama 80 minit
- Mempunyai vitamin E
- Ramuan kelembapan yang bagus (butylene glycol, sodium hyaluronate, glycerin)
- Kalis pasir
- Kemasan semula jadi selepas kering
- Seperti primer
Keburukan:
- Mahal
- Mempunyai stearic acid (boleh menghalang pori)
10. Biore UV Aqua Rich Watery Essence Sunblock SPF 50+
Sunscreen kegemaran yang berpatutan dari Jepun, Biore UV Aqua Rich Watery Essence Sunblock SPF 50+ ini agak kering tetapi tidak rasa seperti sunscreen yang biasa (sangat ringan)! Atau meninggalkan white cast!
- Jenis: Sunscreen Kimia
- Tekstur: Gel-Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: 80 minit
- Saiz: 50g
- Sesuai untuk: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Ethylhexyl Methoxycinnamate, Ethylhexyl Triazone, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, BHT, Sodium Hyaluronate
- Harga: RM25
Kelebihan:
- Selamat terumbu karang
- Anti penuaan (Vitamin E)
- Ramuan semula jadi/sama seperti kulit untuk hidrasi (Glycerin, Sodium Hyaluronate, Arginine)
- Ringan
- Bau wangi
- Tiada white cast
- Mengeringkan matte
Keburukan:
- Mengandungi alkohol & wangian
- Mempunyai ramuan iritasi (Alkohol Dan Ekstrak Citrus)
- Agak mengeringkan
11. Clinique Even Better Dark Spot Defense SPF 50
Clinique Even Better Dark Spot Defense SPF 50 mempunyai sedikit warna dan tekstur yang berkrim yang tidak berminyak langsung!
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Losyen
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: Tidak Tahan Air
- Saiz: 30ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan utama: Zink Oksida, Titanium Dioksida
- Harga; RM162
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol
- Tidak berminyak
- Tekstur yang berkrim
- Selamat terumbu karang
- Tiada white cast
- Mengemaskan matte
- Dispenser Tip
- Boleh dipakai sebelum solekan
Keburukan:
- Laureth-4 tidak bagus untuk kulit berminyak (i.e. komedogenik)
- Mahal
12. NALC Perfect Waterproof UV Protector SPF 50+
NALC’s Perfect Waterproof UV Protector SPF 50+ mungkin digunakan dalam warna kuning pucat dahulu, tetapi ia akan menjadi telus selepas kering!
- Jenis: Sunscreen Kimia
- Tekstur:
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: Kalis Air
- Saiz: 60g
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Sesuai Untuk Kulit Sensitif)
- Ramuan Utama: Hyaluronic Acid, BHT, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Diethylamino Hydroxybenzoyl
- Harga: RM98.9
Kelebihan:
- Tiada alkohol, paraben, wangian, pewarna, minyak mineral dan surfaktan
- Bebas kekejaman
- Mesra kanak-kanak
- Selamat terumbu karang
- Menghidrasikan (Hyaluronic Acid)
- Kalis air
- Tekstur ringan
- Mengurangkan kemerahan
- Tidak melekit
- Boleh dijadikan sebagai primer solekan
- White cast
- Bagus untuk kulit kering/kombinasi
Keburukan:
- Mempunyai Ethylhexyl Methoxycinnamate (bukan untuk kulit sensitif)
Combination skin with some acne? There’re some options that may be applicable to you in the acne prone section!
13. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+
Tidak tahan dengan sunscreen yang tebal?
The COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ terasa seperti losyen dan tidak terlalu berminyak atau mengeringkan!
- Jenis: Fizikal/Kimia
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: n/a
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis kulit
- Ramuan Utama: Titanium Dioksida, Isoamyl p-Methoxycinnamate, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Ekstrak Daun Aloe Arborescens, Vitamin E
- Harga: RM43
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat
- Selamat terumbu karang
- Kemasan semula jadi
- Tidak berminyak atau mengeringkan
- Terasa seperti losyen
- Mempunyai Vitamin E
- Tiada white cast (walaupun pada tona kulit yang lebih gelap)
Keburukan:
- Sesetengah merasakan wangian terlalu kuat
- Stearic acid (ramuan komedogenik)
- Bukan untuk kulit sensitif (Mengandungi alkohol & wangian dan ethylhexyl methoxycinnamate)
Sunblock Terbaik Untuk Kulit Kering
14. Some By Mi Yuja Niacin Mineral 100 Brightening Suncream SPF50+ PA++++
Some by Mi Yuja Niacin Mineral 100 Brightening Suncream SPF50+ PA++++ bergantung kepada zink oksida dan titanium oksida untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan sinaran UV!
Rumusannya menggabungkan ejen pencerah (vitamin c, arbutin dan niacinamide), antioksidan dan bahan penghidratan. Seperti minyak biji bunga matahari, gliserin, dan asid lemak omega (asid linoleik).
- Jenis: Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilian: SPF50+ PA++++
- Ketahanan Air: Tiada
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Niacinamide (2%), Zink Oksida, Titanium Dioksida, Beta Karotena, Ceramide 2, Natrium Askorbil Fosfat, Adenosin, Tokoferol (Vitamin E), Arbutin, Natrium Askrobil Fosfat, Alpha-Bisabolol, Panthenol, Alpha-Bisabolol, Gliserin, Butilena Glikol, Acid Stearik, Minyak Buah Sitrus Aurantium Bergamia (Bergamot) dan lain-lain
- Harga: ~RM30-100
Kelebihan:
- Rata dengan baik tanpa sisa keputihan
- Tekstur yang hebat (ringan dan tidak melekit)
- Kemasan matte
- Bau sitrus yang menyegarkan
- Dengan vitamin E
- Mempunyai bahan anti-radang yang semula jadi (minyak buah bergamot, minyak biji echium, ekstrak biji nelumbo nucifera dan sebagainya)
Keburukan:
- Mempunyai minyak sage dan limonene (bukan untuk kulit sensitif)
- Mahal jika tiada potongan harga
- Sisa keputihan atas beberapa tona kulit
- Tidak begitu menghidratkan untuk kulit kering
15. 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream SPF 50+
Formula menghidrasikan 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream SPF 50+ termasuk ramuan anti peradangan (Allantoin, aloe vera, red ginseng, etc) and ramuan mencerahkan (Arbutin, white mulberry)!
- Jenis: Fizikal/Kimia
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA+++
- Ketahanan Air: n/a
- Saiz: 70ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Ethylhexyl Methoxycinnamate, 4-Methylbenzylidene Camphor, Morus Alba Bark Extract, Arbutin, Vitamin E, Allantoin, Ekstrak Daun Aloe Ferox
- Harga: RM15
Kelebihan:
- Bebas Sulfat, Bebas Alkohol
- Selamat terumbu karang
- Ramuan anti-peradangan (Allantoin, Aloe Vera, Red Ginseng, White Mulberry)
- Muncung tirus untuk senang dikeluarkan
- Aroma ringan
- Terasa seperti losyen
- Hanya sedikit white cast
- Berfungsi sebagai asas solekan
- Menghidrasikan
- Ramuan mencerahkan (Arbutin, White Mulberry)
Keburukan:
- Mengandungi wangian
- Terdapat bahan perengsa kulit (Ethylhexyl Methoxycinnamate)
16. Innisfree Blueberry Rebalancing Watery Sun Cream SPF 45
Ironinya, Innisfree Blueberry Rebalancing Watery Sun Cream SPF 45 mengandungi minyak kupasan oren.
Untuk mencerahkan tetapi juga ada ramuan phototoxic (i.e. membuatkan kulit anda lebih sensitif terhadap matahari!)
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 45
- Ketahanan Air: Tidak Tahan Air
- Saiz: 40ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Titanium Dioksida, Ekstrak Centella Asiatica, Sodium Hyaluronate, Orange Peel Oil, Lavender Oil, Ekstrak Buah Beri Biru
- Harga: RM30
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol, Bebas Kekejaman
- Selamat terumbu karang
- Ringan dan tidak berminyak
- Menghidrasikan
- Tiada white cast
Keburukan:
- Mengandungi ramuan iritasi kulit (Minyak Lavender)
- Komedogenic (Stearic Acid)
Kulit kering dengan jerawat sekali-sekala? Anda boleh periksa rekomendasi untuk kulit berjerawat juga!
Sunblock Terbaik Untuk Kulit Sensitif
17. Skin1004 Madagascar Centella Air-Fit Suncream SPF 50+
Sesuai untuk kulit jenis berminyak/ berjerawat/ sensitif , Skin1004 Madagascar Centella Air-Fit Suncream SPF50+ juga mempunyai ramuan anti penuaan (ekstrak centella asiatica, rosa demascena flower oil, vitamin E)!
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Krim
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 50+, PA++++
- Ketahanan Air: n/a
- Saiz: 50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Ekstrak Centella Asiatica, Made White, Niacinamide, Zink Oksida, Titanium Dioksida, Vitamin E, Madecassoside, Sodium Hyaluronate
- Harga: RM65
Kelebihan:
- Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol
- Selamat terumbu karang
- Berfungsi untuk kecelaan kulit (Niacinamide)
- Antiseptik (Zink Oksida)
- Kulit Nampak matte dan licin
- Anti penuaan (Ekstrak Centella Asiatica, Rosa Demascena Flower Oil, Vitamin E)
- Ramuan yang menenangkan
- Tiada white cast
- Hidrasi yang ringan
Keburukan:
- Mempunyai stearic acid (boleh menghalang pori)
18. Sukin Sheer Touch Facial Sunscreen Untinted SPF 30
Sama seperti produk Sukin yang lain, Sheer Touch Facial Sunscreen Untinted SPF 30 mengandungi banyak ramuan semula jadi.
Seperti minyak rose hip dan teh hijau! Yang merupakan antioksidan!
- Jenis: Sunscreen Fizikal
- Tekstur: Losyen
- Penilaian: Spektrum Luas, SPF 30
- Ketahanan Air: Tidak Tahan Air
- Saiz: 60ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Zink Oksida, Minyak Rosehip, Teh Hijau Dan Timun
- Harga: RM71.9
Kelebihan:
- Formula mesra terumbu karang (bebas daripada Oxybenzone and Octinoxate)
- Tidak berminyak
- Vegan & bebas kekejaman
- Sedikit kemilau pada kulit
- white cast menghilang
- Bau yang pelik
- Mempunyai ramuan yang menenangkan untuk tompok kulit
Keburukan:
- Mengandungi wangian
19. Sunblock Fizikal Axis-Y Complete No Stress SPF50+ PA++++
Jangan biarkan senarai bahan yang banyak menakutkan anda:
Axis-Y Complete No Stress Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ terdiri secara utamanya daripada bahan yang selamat!
Sebenarnya, ia mempunyai banyak bahan yang melegakan kulit (cth: mugwort, calendula, teh hijau, ekstrak biji anggur, allantoin dan kamomil)
- Jenis: Fizikal
- Tekstur: Krim yang ringan
- Penilian: SPF50+ PA++++
- Ketahanan Air: Tiada
- Saiz: 10ml/50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Ekstrak Biji Vitis Vinifera (Anggur), Niacinamide, Adenosin, Tokoferol (Vitamin E), Zink Oksida, Titanium Dioksida, Air Bunga Anthemis Nobilis, Butilena Glikol, Gliserin, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Allantoin dan sebagainya
- Harga: ~RM20 (10ml)
Kelebihan:
- Bebas dari kekejaman
- Menggunakan bahan pelindung matahari fizikal yang sesuai untuk kulit sensitive
- Tiada kesan sisa keputihan atau lekitan!
- Mengawal pengeluaran sebum
- Tanpa minyak mineral, alkohol, minyak pati, wangian tiruan atau warna, paraben
- Sifat anti-penuan daripada niacinamide, ekstrak biji anggur, vitamin E dan adenosin
- Kemasan separa matte
Keburukan:
- Mahal
Kesimpulan
Ini merupakan keputusan yang sukar untuk memilih di antara pelbagai jenis sunblock! Tetapi senarai sunscreen terbaik di Malaysia mencirikan sunscreen untuk kulit kering, berminyak, kombinasi, berjerawat dan sensitif!
Terdapat formula fizikal dan kimia (atau kedua-dua). Kebanyakan sunblock tidak terasa melekit atau meninggalkan white cast! Dengan penilaian spektrum-luas dan SPF melebihi 30!