Misi Kita

Untuk mempermudahkan sesama rakyat Malaysia! Dengan melakukan semua penyelidikan yang diperlukan mengenai produk-produk harian!

Kami akan menapis hanya produk yang terbaik dan mengesyorkannya kepada anda, pembaca kami!

Mengenai BestBuyGet

Kami ialah rakyat Malaysia yang menulis panduan dan ulasan mengenai produk isi rumah harian!

BestBuyGet bermula sebagai penyusun penemuan kami dari penyelidikan mengenai produk apa yang hendak dibeli untuk rumah kita sendiri! Kami mendapati ia mengelirukan dengan begitu banyak jenama untuk dipilih!

Oleh itu, kami memutuskan untuk terus mengembangkan panduan kami. Supaya kita dapat menolong orang lain menjimatkan masa dan wang!

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang kita dapat daripada ini:

Apabila anda membaca blog kami dan membeli produk melalui link yang kami sediakan, kami akan dapat sebahagian kecil dari jumlah itu melalui perkongsian gabungan dengan Lazada.

Atau syarikat lain yang kami pilih untuk bekerjasama. Tanpa caj tambahan kepada anda. Lebih banyak di halaman pendedahan kami.

Walau bagaimana pun, kami akan membuat usaha yang sewajarnya untuk memastikan laman web kami hanya mempunyai produk yang akan kami beli sendiri dan blog sentiasa dikemas kini!

Jangan ragu untuk menghubungi kami.

Sebab Untuk Mempercayai Ulasan Kami

Pertama sekali, kami tidak mempunyai atau menggunakan sebarang perisian yang canggih untuk membuat pemilihan produk. Semuanya dipilih secara manual dalam satu proses yang memakan-masa dimana ia melibatkan seluruh ahli kumpulan kami!

Kami biasanya akan meluangkan masa lebih daripada beberapa hari untuk mencari dan membuat kajian produk-produk bagi satu topik. Bergantung pada topik tersebut. Membuat kajian mengenai laptop sahaja boleh mengambil masa sehingga seminggu!

Setakat hari ini, kami telah membuat ulasan untuk lebih daripada 3,000 produk sejak kami memulakan bestbuyget.com.

Kajian kami meliputi membuat huraian menerusi pelbagai platform dan halaman ulasan yang utama dalam industri tertentu. Atau menonton video ulasan daripada ahli pakar dalam bidang mereka yang telah menguji keberkesanan produk tersebut!

Kadang-kadang, kami sendiri akan menguji produk tersebut jika kami memilikinya secara peribadi.

Atau apabila terdapat syarikat-syarikat yang menghubungi kami untuk tujuan kolaborasi (jangan bimbang, kami sentiasa memberitahu produk manakah yang ditaja). Bukan semua produk tajaan akan dipilih! Kami hanya akan menerima produk yang kami fikirkan bagus! Dan sentiasa memberikan pendapat jujur kami mengenai produk tersebut!

Ia termasuk kepada kesemua proses pemilihan produk kami. Kami hanya akan mengesyorkan produk yang kami sendiri akan membelinya! Dan yang hanya datang daripada jenama ternama dimana ia telah terkenal dengan cirinya yang boleh dipercayai!

Bagaimana Kami Memberi Ulasan Produk

Ianya perkara biasa bagi penulis-penulis kami untuk mempunyai 5-10 tab terbuka pada masa yang sama untuk mengekstrak dan membuat kesimpulan mengenai maklumat yang berguna daripada sumber yang berlainan. Juga membandingkan model-model yang berbeza antara satu sama lain.

Dan semuanya untuk menyenangkan dan memudahkan pembacaan anda!

Tujuan kami adalah untuk membantu anda membuat keputusan pembelian yang betul-betul bermaklumat yang akan menyelamatkan anda daripada sakit hati dan juga menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang! Dan mengelakkan anda daripada membuang lebih banyak barang yang tidak berguna!

Jadi kami juga mengkategorikan hasil penemuan kami (selepas membuat penilaian akhir bagi pilihan produk kami) kepada kategori yang bersesuaian untuk senarai cadangan unik kami pada bahagian atas setiap artikel kami!

Selepas setiap ulasan selesai ditulis, ia akan disemak kali terakhir oleh penyunting kami sebelum diterbitkan dalam laman sesawang!

Dan tugasan itu tidak terhenti di situ!

Kami akan sentiasa mengemas kini artikel yang sedia ada secara berterusan setiap beberapa bulan, dengan produk baru yang lebih layak, menggantikan produk lain yang tidak lagi dijual.

Kami sentiasa mengemas kini kandungan kami dan memastikannya sentiasa relevan supaya anda tidak akan ketinggalan dengan produk yang lebih baik!

Jika anda ada menemui produk yang tidak lagi relevan pada masa kini (ketinggalan zaman), sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami! Kami amat menghargai maklum balas tersebut!

Don’t Miss Our Latest Article!