Vacuum Cleaner terbaik di Malaysia 2020 sudah pastinya adalah Dyson’s V11. Tetapi produk ini merupakan satu produk vacuum cleaner yang mahal di Malaysia!
Yang menunjukkan sejauh mana cordless vacuum cleaners / vacuum cleaners tanpa wayar ini telah berkembang! Secara perlahan-lahan menyamai kuasa sedutan daripada vacuum cleaner tradisional jenis canister
Dan kemudian, terdapat vacuum cleaner jenis robot yang terbaik di Malaysia yang boleh dipertimbangkan sebagai pilihan produk tambahan! Bacalah ulasan vakum rumah ini untuk memilih produk yang sesuai dengan gaya hidup anda (dan bajet)!
Jenis-Jenis Vakum Rumah
- Cylinder atau Canister – Vacuum dengan bekas habuk pada roda dan hos fleksibel yang panjang; biasanya hadir dengan wayar.
- Upright – memiliki tahap kecekapan yang tinggi tanpa perlu dibengkokkan. Sangat cemerlang dalam membersihkan karpet! Saiznya besar untuk diangkat menaiki tangga. Biasanya hadir dengan wayar.
- Stick – Sangat ringan dan mudah alih; daya sedutan tidak terlalu kuat; Vacuum jenis tanpa wayar ini cenderung kehabisan kuasa dengan pantas; bekas habuk pula kecil (anda perlu membersihkannya dengan kerap)
- Robot – Setelah dicaj, anda boleh membiarkannya membersihkan rumah anda tanpa pantauan. Sangat efektif membersihkan kawasan di bawah katil dan sofa! Namun tidak dapat membersihkan tangga.
- Handheld – Untuk ruang khusus. Sangat mudah alih
Kelebihan Dan Kekurangan Jenis Vacuum Cleaner Yang Berbeza-beza
Secara umum:
Jenis | Kuasa Sedutan | Berat | Tanpa Beg Sampah | Tanpa Wayar | Harga | Terbaik untuk: |
---|---|---|---|---|---|---|
Cylinder/ Canister | Tinggi | Sederhana | Sebilangan | Tidak | Murah | Ruang kecil, tangga, sukakan mesin yang senyap |
Stick | Rendah | Rendah | Ya | Sebilangan | Mahal (lebih baik) | Ruang kecil, tangga |
Robot | Rendah – Sederhana | Rendah | Sebilangan | Ya | Mahal | Ruang kecil, tangga, senyap, automatik |
Upright | Tinggi | Tinggi | Sebilangan | Tidak | Sederhana | Bulu haiwan peliharaan dan permaidani (alahan) |
Handheld | Sederhana-tinggi | Rendah | Sebilangan | Ya | Murah – Sederhana | Ruang kecil, kereta, senang dibawa ke mana-mana |
Bagaimana Caranya Memilih Vacuum Cleaner Terbaik
Vacuum Cleaner sememangnya jauh lebih canggih berbanding dahulu!
Malah ada produk yang yang dilengkapi dengan penapis HEPA (penapis yang anda boleh jumpa dalam penapis udara terbaik di Malaysia) di bahagian ekzos vacuum cleaner tersebut untuk mengelakkan zarah pencetus alahan daripada bebas!
Yang lainnya pula adalah jenis tanpa wayar. Sementara itu ada juga jenis produk lain pula yang sama sekali tidak memerlukan bantuan anda pun! Iaitu robot Vacuum Cleaner!
Bagaimana anda ingin tahu produk yang manakah yang terbaik untuk seisi rumah anda?
1. Keselesaan
Carilah produk yang mempunyai pemegang ergonomik yang selesa untuk dipegang! Terutama jika rumah anda mempunyai banyak ruang untuk dibersihkan!
2. Ruang yang perlu dibersihkan
Tak perlu pening-pening untuk sebuah rumah yang kecil – Vacuum Cleaner yang kecil (malah jenis tanpa wayar) sudah cukup memadai.
Untuk rumah yang lebih besar, berkemungkinan vacuum yang kecil akan kehabisan kuasa dengan lebih cepat!
Dan jika rumah anda jenis dua tingkat, anda pastinya tidak mahu menyeret / mengusung sebuah mesin bersaiz besar ke atas dan ke bawah! Maka faktor berat adalah sesuatu perkara yang anda tidak boleh abaikan!
Atau anda boleh mencuba vacuum bersaiz kecil dengan tali yang sangat panjang!
3. Faktor Bunyi
Mungkin anda suka membersihkan rumah anda pada waktu pagi ketika semua orang masih lena tidur. Atau sebilangan keluarga anda bekerja di rumah!
Jika begitu, carilah Vacuum Cleaner dengan penarafan bunyi di bawah 72 desibel dan bukannya 78 (iaitu standard)
4. Serbaguna
Untuk masuk ke sudut dan celahan ruang, muncung vacuum mestilah boleh berputar dan fleksibel! Dan dapat dibaringkan dengan cukup rata untuk sampai ke bawah sofa dan katil.
Sebahagian besar vacuum cleaners dilengkapi dengan muncung khusus untuk capaian di celahan ruang. Malah untuk tilam!
5. Bulu Haiwan Peliharaan Dan Permaidani
Mempunyai kediaman dengan haiwan peliharaan dan permaidani?
Vacuum cleaner dengan muncung turbo dengan berus bermotor atau air-driven lebih bising tetapi akan menyedut semua bulu dan rambut dengan berkesan!
6. Ciri-ciri Lain Yang Perlu Dipertimbangkan
- Penapis – Penapis HEPA (High Efficiency Particulate Air) yang ideal dapat memerangkap partikel yang lebih besar daripada 3µmpada tahap kecekapan 99.97%.
- Beg atau tanpa beg – periksa kapasiti habuk; tanpa beg bermaksud anda tidak perlu membeli single-use bags. Tetapi agak serabut dan leceh untuk mengosongkannya.
- Panjang kabel – memasang plug dan mencabut plug boleh menyusahkan. Pastikan panjang kabel tersebut mencukupi untuk rumah anda!
- Basah – beberapa vacuum juga direka untuk lantai yang basah agar anda tidak perlu mengemop!
15 Vacuums Cleaner Terbaik Malaysia 2020
Sekarang adalah ulasan untuk Vacuums Cleaner di Malaysia!
Canister Vacuums Cleaner Terbaik Malaysia
1. Electrolux EC416CR 1.8L Bagless Vacuum Cleaner
Kuasa sedutan yang kuat dan proses pengosongan bekas habuk tanpa beg yang mudah menjadikan vacuum canister dari jenama Electrolux ini selamat untuk dibeli!
Dan bersama-sama dengan muncung turbo, sangat efektif untuk membersihkan tilam! Anda akan mendengar bunyi mengaum yang agak tinggi namun tidaklah terlalu kuat!
Terdapat juga fungsi 4-step filtration di dalam vacuum ini.
- Jenis: Silinder
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, Panjang kabel 5m
- Weight: 4.5kg
- Kapasiti Habuk: 1.8L
- Kuasa Maksimum: 2,000W
- Kuasa sedutan: 345W
- Aksesori: Muncung Upholstery, Muncung turbo pet, Berus untuk pembersihan yang mennyeluruh, dan lain-lain
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM400
Kelebihan:
- Banyak aksesori muncung sedutan yang berbeza disertakan
- Anda boleh menetapkan daya sedutan (4 tahap kekuatan)
- Ringan
- Kapasiti besar untuk penyimpanan habuk
Kekurangan:
- Manual yang disertakan sangat ringkas dan tiada penerangan umum mengenai setiap muncung.
- Senang panas dengan agak pantas.
- Wayar yang agak pendek.
2. PHILIPS FC9350/62 PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner
Sekiranya anda boleh bertoleransi dengan sedikit bunyi, ini adalah vacuum cleaner yang berkuasa yang dapat membersihkan bulu dan rambut haiwan kesayangan anda!
Dengan tiub utama yang dipanjangkan, anda boleh membersihkan lebih banyak kawasan tanpa perlu mencabut plug! Tali wayar yang lebih panjang juga sangat membantu!
Produk ini mempunyai EPA10 filter (~RM68) yang terpasang di dalamnya. Yang mana anda boleh mencarinya sekiranya penapis tersebut perlu diganti!
- Jenis: Silinder
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 6m
- Berat: 4.5kg
- Kapasiti Habuk: 1.5L
- Kuasa Maksimum: 1,800W
- Kuasa Sedutan: 350W
- Sedutan (Maksimum): 33,000Pa
- Bunyi: 82dB
- Aksesori: berus serbaguna/bersepadu, peralatan celahan
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM330
Kelebihan:
- Mampu dimiliki
- Kekuatan daya sedutan yang baik
- Mod berbeza untuk permukaan yang berbeza
- Mudah untuk membersihkan bekas habuk
- Ringan
- Manual dengan gambar rajah yang mudah untuk difahami dan diikuti
- Bekas habuk lutsinar
Kekurangan:
- Tidak berapa bagus pada permukaan yang tidak rata
- Klip yang memegang bekas habuk cenderung untuk patah dari masa ke masa
- Tiada pemegang di bahagian atas mesin (iaitu pemegang yang sama dengan bekas habuk)
3. Samsung VCC4353V4R Twin Chamber System Bagless Canister Vacuum Cleaner
Bagaimana Sistem Twin Chamber berfungsi?
Chamber pertama adalah untuk pemisahan partikel debu daripada udara menerusi tindakan siklonik. Partikel-partikel debu tersebut akan masuk ke Chamber kedua di luar. Yang mana anda boleh mengosongkannya tanpa memerlukan beg habuk!
Keistimewaan lain yang pastinya megujakan anda adalah tali yang boleh ditarik yang boleh bergulung dengan sendirinya!
- Jenis: Silinder
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 6m
- Berat: 4.1kg
- Kapasiti Habuk: 1.3L
- Kuasa Maksimum: 1,800W
- Kuasa Sedutan: 360W
- Bunyi: 83dB
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM250
Kelebihan:
- Mampu milik
- Penapisan HEPA
- Bekas habuk lutsinar
- Mudah untuk membersihkan bekas habuk
- Sangat ringan
Kekurangan:
- Kapasiti penyimpanan habuk yang sedikit
- Bunyi yang agak bising
4. Panasonic MC-CL779RV47 Megacyclone Vacuum Cleaner
Sesuai dengan namanya, MC-CL779RV47 Megacyclone vacuum cleaner dari Panasonic ini mempunyai kekuatan sedutan yang tinggi untuk memberishkan bulu haiwan peliharaan dan hama habuk!
Gunakan sensor habuk pada muncung untuk tilam bagi mengesan partikel sekecil 70µm!
Dan anda boleh memberikan kepercayaan kepada 8-layer Filtration System (dengan 2 penapis HEPA) untuk menyimpan partikel-partikel ini di dalam bekas habuk vacuum cleaner yang agak besar.
- Jenis: Silinder Siklon
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 5m
- Berat: 5.1kg
- Kapasiti Debu: 2L
- Kuasa Maksimum: 2,200W
- Aksesori: Muncung untuk mencapai bahagian celah, berus habuk
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM580
Kelebihan:
- Double roller pada muncung tilam untuk menyedut hama habuk
- Reka bentuk muncung yang membolehkan anda membersihkan sudut-sudut!
- Batang Hos yang boleh dipanjangkan
- Roda yang tidak akan mencalarkan lantai
- Pemegang yang ergonomik
Kekurangan:
- Agak mahal untuk canister vacuum
- Berat
- Tali wayar yang agak pendek
- Bunyinya agak kuat
5. Hitachi CV-SE22V Cylinder Cyclone Vacuum Cleaner
Pembersihan yang menyeluruh dapat dilakukan dengan semua muncung khusus yang disertakan dengan vacuum hebat ini! Anda juga boleh membersihkan kereta dan rel tingkap anda!
Dan jika anda ingin menurunkan tahap bunyinya, ada butang / dail yang membolehkan anda mengawalnya!
- Jenis: Siklon Silinder
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 5m
- Berat: 5.1kg
- Kapasiti Habuk: 2L
- Kuasa Maksimum: 2,200W
- Aksesori: Berus untuk membersihkan celahan dan lain-lain untuk membersihkan tempat tinggi, upholstery
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM400
Kelebihan:
- Mudah untuk membuang habuk
- Penapisan 7 peringkat (HEPA) untuk memastikan habuk masuk ke bekas habuk
- Kawalan yang boleh dilaraskan untuk kekuatan / bunyi sedutan
Kekurangan:
- Mahal
- Berat
- Tali wayar yang pendek
6. Electrolux Z1231 Bagless Vacuum Cleaner
Walaupun produk ini bukan kategori vacuum cleaner tanpa wayar:
Electrolux Z1231 Bagless Vacuum Cleaner cukup ringan untuk digunakan dengan menggunakan satu tangan sahaja! Dan tidak mengambil ruang yang banyak di bilik stor!
Ketika sedang digunakan, bunyi yang dihasilkan boleh ditoleransi mengenangkan kuasa sedutan yang dihasilkannya! Untuk kegunaan harian, tahap kuasa yang paling rendah sudah memadai!
- Jenis: Tindakan Siklon / Cyclonic Action
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 5m
- Berat: 4.5kg
- Kapasiti Habuk: 1.0L
- Kuasa Maksimum: 1,600W
- Kuasa Sedutan: 320W
- Bunyi: 81dBA
- Aksesori: Berus Combi Crevice, Muncung Upholstery
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM205
Kelebihan:
- Kuasa Sedutan yang boleh dilaraskan
- Mudah untuk dibersihkan (anda juga boleh mencuci bekas habuk)
- Penapisan Habuk 94% (penapis HEPA)
Kekurangan:
- Aksesori kadangkala jatuh (tidak cukup selamat)
- Wayar yang agak pendek
- Terlalu panas dan berhenti berfungsi (perlu berehat selama 30 minit)
Cordless Vacuum Cleaner Terbaik Malaysia
7. Electrolux ZB3314AK Handstick Vacuum Cleaner
Diluluskan oleh British Allergy Foundation (Allergy UK), Electrolux’s ZB3314AK dapat memerangkap 99.99% partikel yang mengagumkan antara 1-3µm!
Anda tidak perlu lagi menarik rambut dari penggelek! Dengan Teknologi BrushRollClean™, anda hanya perlu memijak padel!
Reka bentuknya selesa dan ringan untuk digunakan oleh warga emas! Produk ini boleh bertukar menjadi handheld vacuum apabila anda memerlukannya!
- Jenis: Stick, Tanpa Wayar
- Tanpa Beg: Ya
- Kapasiti Habuk: 0.5L
- Kuasa Maksimum: 18W
- Bunyi: 79dB
- Masa Pengecasan: 4 jam
- Masa Penggunaan: 30-48 minit
- Aksesori: Berus debu dan sudut 2-dalam-1, berus kit kereta, muncung upholstery
- Waranti: 2 tahun
- Harga: ~RM535
Kelebihan:
- Lampu di bahagian depan vakum agar anda dapat melihat ke dalam ruang yang gelap
- Kepala vacuum boleh berpusing 180°
- 2 tetapan kelajuan (boost dan normal)
- Berfungsi pada permukaan yang berbeza-beza
- Penapisan berganda
- Berfungsi dengan sempurna untuk permaidani!
Kekurangan:
- Bateri habis dengan cepat
- Mungkin tidak dapat mencapai di sudut bawah beberapa jenis sofa dan tempat tidur dengan jurang yang agak sempit
8. Corvan Cordless Vacuum
Corvan Cordless Vacuum yang sangat anggun ini mendapat markah yang tinggi dalam hampir semua kriteria pemilihan:
Produk ini dilengkapi dengan peralatan yang mudah digunakan untuk proses pembersihan di mana-mana sahaja. Seperti lantai, tilam dan siling! Saiz bekas sampah / habuk agak besar tetapi secara keseluruhannya produk vacuum ini adalah ringan!
Mencari dan membersihkan habuk di bawah perabot juga menjadi lebih mudah dengan profil kepalanya yang rendah (~11.8cm) dan lampu LED yang terang!
- Jumlah Penggunaan Masa: 25 minit (mod turbo) hingga 40 minit (mod standard)
- Masa Mengecas: 3 jam
- Saiz Bekas: 0.8L
- Sistem Penapisan: HEPA 3 peringkat (0.3 micron)
- Berat: 2.15 kg
- Dimensi: 130 x 680 x 320 mm (W x D x H)
- Dilengkapi Dengan: Berus kalis rambut bersimpul, alat sedutan celah 2 dalam 1, alat penghapus hama habuk, alat swivel-dusting
- Bunyi: 65Db
- Tekanan sedutan: 17,000Pa
- Kuasa sedutan: [email protected],000rpm
- Waranti: 1 tahun (badan), 1 tahun (bateri), 5 tahun (turbin)
- Harga: RM698
Kelebihan:
- Harga yang munasabah
- Sedutan yang kuat
- Berus kalis rambut bersimpul, anda tidak perlu lagi membuang rambut daripada berus
- 2 tetapan kelajuan (turbo dan standard)
- Penapis HEPA bermutu tinggi & boleh dicuci
- Alat pembuangan hama habuk juga disertakan
- Pengoperasian yang senyap
- Ringan
- Tidak perlu menekan butang kuasa semasa menggunakkanya
- 5 tahun waranti untuk motor turbin
- Bekas simpanan habuk yang besar
- Pengecasan yang pantas
Kekurangan:
- Tiada pilihan hos yang fleksibel
- Tidak dapat menyedut bahan cecair
9. Airbot iRoom (Purple) Cyclone Cordless Handheld Vacuum Cleaner
Merupakan jenama daripada Penjual terkemuka di Singapura, UK brand Airbot mempunyai ciri-ciri reka bentuk Jepun pada produk iRoom Cyclone vacuum cleaner mereka.
Untuk prestasi dan kosnya, produk ini sangat bernilai untuk setiap sen wang yang anda belanjakan kerana ia juga dapat membersihkan permaidani!
Jangka hayat baterinya lebih pendek daripada apa yang dinyatakan. Oleh itu, sebaiknya gunakan ini untuk membersihkan tempat-tempat utama!
- Jenis: Stick
- Tanpa Beg: Ya
- Berat: 1.6kg
- Kapasiti Debu: 0.6L
- Kuasa: 150W
- Tekanan sedutan (Maksimum): 17,000Pa
- Tempoh Pengecasan: 4.5 jam
- Tempoh Penggunaan: 45 minit (sebenarnya ~20 minit)
- Waranti: 6 bulan
- Harga: ~RM279
Kelebihan:
- Mempunyai paparan petunjuk bateri dengan 3 tahap visual
- 2 tahap kelajuan (tinggi / rendah)
- Penapis HEPA
- Daya sedutan yang mencukupi
- Tahap bunyi yang boleh diterima
- Ringan
Kekurangan:
- Tempoh waranti yang pendek
- Kapasiti bateri sangat rendah
- Beberapa aksesori (iaitu kepala berus kecil untuk kereta dan hama habuk) dijual secara berasingan
- Masa pengecasan yang agak lama
10. Dyson V11 Absolute Vacuum Cleaner
Terdapat banyak perbincangan mengenai Dyson’s V1. Adakah berbaloi dengan harganya?
Ternyata produk ini sangat berkuasa untuk saiznya! Dan produk ini hadir juga tanpa wayar! Tambahan pula, mesin ini hampir tiada bunyi / senyap semasa sedang digunakan
Kelajuan motor kepala bermotor ini berubah secara automatik selaras dengan apa yang dibaca oleh sensor pengesanan permukaan (Dynamic Load Sensor)!
Hanya harganya sahaja yang boleh membuat anda berfikir dua kali untuk mendapatkan vacuum ini!
- Jenis: Stick, Tanpa Wayar
- Tanpa Beg: Ya
- Berat: 2.97kg
- Kapasiti Habuk: 0.54L
- Kuasa Sedutan: 185W
- Bunyi: 71dB (Eco) kepada ~85dB (Boost)
- Masa Pengecasan: 4.5 jam
- Jalankan Masa: Hingga 60 minit dalam mod ECO
- Aksesori: Kabel pengecasan dan 6 peralatan lain
- Waranti: 2.5 tahun
- Harga: ~RM3,000
Kelebihan:
- Tempoh waranti yang panjang
- Proses Penapisan 6 peringkat dengan kadar memerangkap 99.97% partikel sekecil 0.3µm
- Tempoh masa penggunaan yang agak panjang untuk vacuum tanpa wayar
- Terdapat beberapa mod yang tersedia: auto, boost dan eco
- Paparan LCD memberi anda amaran apabila tiba masanya untuk menukar penapis
- Ringan
- Sistem pengosongan Point-and-shoot
Kekurangan:
- Docking station dijual secara berasingan (iaitu Dyson V11 Absolute + pada ~RM3,500+)
- Tidak sesuai untuk permukaan basah
- Cepat rasa berat
Handheld Vacuum Cleaner Terbaik Malaysia
11. SHIMONO SVC1025 Pro-Cyclone Rocket Vacuum Cleaner
SHIMONO SVC1025 Pro-Cyclone Rocket Vacuum Cleaner merupakan porduk buatan tempatan yang mempunyai kuasa sedutan yang luar biasa! Dan ia akan mati apabila terlalu panas.
Penyenggaraan adalah percuma termasuk penapis, yang mana anda boleh bersihkannya sendiri.
Ia dilengkapi dengan bekas untuk meletakkannya supaya anda dapat menyimpannya dengan kemas.
- Jenis: Handheld, Siklon
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa wayar: Tidak, panjang wayar 5m
- Berat: Ringan
- Kapasiti Habuk: 0.5L
- Tekanan Sedutan (Maksimum): 12,500Pa
- Kuasa Sedutan: 600W
- Waranti: 1 tahun
- Harga: RM~300
Kelebihan:
- Berus lantai 360°
- Ringan
Kekurangan:
- Bukan jenis tanpa wayar (ia adalah model 1019 oleh Eluxgo yang masih di bawah jenama Shimono)
- Wayar sedikit pendek
12. BOSCH GAS18V-1 Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum cleaner tanpa wayar oleh BOSCH ini sangat tahan lama! Sekiranya anda memasang muncung celahan yang disediakan, ianya sangat bagus untuk membersihkan kereta!
Anda juga akan mendapat cengkaman yang utuh dan selesa dari reka bentuk vacuum yang sangat ergonomik.
Dan sistem aliran udara berganda dapat menghalang vacuum daripada tersumbat dan kehilangan kuasa sedutannya!
- Jenis: Handheld, putaran berpusing (turbin)
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa wayar: Ya
- Berat: 1.3kg (tanpa bateri)
- Kadar aliran udara (turbin): 10l/s
- Tekanan Vacuum (turbin): 60mbar
- Tempoh Penggunaan: 21-40 minit
- Aksesori: Muncung lantai, muncung celah, tiub sambungan (fleksibel), 2 tiub sedutan dengan ukuran panjang yang berbeza, pengecas dan 2 bateri
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM600
Kelebihan:
- Boleh mengecas satu bateri semasa yang satu lagi sedang digunakan
- Mudah dibersihkan
Kekurangan:
- Kurang efektif pada permaidani
13. PerySmith Storm Series PS7000 Handheld Vacuum Cleaner
Anda tidak boleh merungut apabila PerySmith Storm Series PS7000 Handheld Vacuum Cleaner berharga hanya RM75!
Vacuum itu sendiri agak ringan dan menjalankan fungsinya di atas lantai dengan sempurna! Menyedut bulu haiwan dan serpihan seberat duit syiling!
Tempoh penggunaan optimum sehingga 30 minit sebelum ia terlalu panas!
- Jenis: Handheld
- Tanpa Beg: Ya
- Tanpa Wayar: Tidak, panjang wayar 4.2m
- Berat: 1.5 kg
- Kapasiti Habuk: 0.6L
- Tekanan Sedutan (Maksimum): 10,000Pa
- Kuasa Sedutan: 700W
- Bunyi: 68dbA
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM75
Kelebihan:
- Cukup berkuasa untuk permaidani
- Termasuk penapis HEPA yang boleh dicuci
- Disimpan dengan menegak
- Mudah untuk menukar aksesori
Kekurangan:
- Kekurangan aksesori tambahan / attachments
- Agak bising
- Wayar yang pendek
- Aksesori tambahan yang berkualiti rendah
Vacuum Cleaner Robot Terbaik Malaysia
Sebahagian besar vacuum cleaner robot terkini boleh digunakan untuk lantai yang kering dan basah.
Justeru itu, kami juga meletakkannya di bawah tajuk kecil di bawah!
14. Roborock S6 Pure Robotic Vacuum Cleaner By Xiaomi
Anda boleh menggunakan telefon anda untuk mengendalikan Xiaomi’s Roborock S6 Pure semasa ia membersihkan bilik di rumah anda! Elakkan halangan di laluannya!
Ini adalah versi S6 yang dinaik taraf. Perbezaan utama adalah masa pengecasan yang lebih lama (3 jam), berat yang sedikit ringan (~0.4kg) dan harga yang lebih rendah!
Dengan kemampuan pemetaan dan aplikasinya, ia dapat “mengenali” bilik mana yang anda ingin bersihkan! Malah ia mampu merancang laluan terpendek!
- Jenis: Robot (basah/kering)
- Navigasi: Pengukuran ruang menerusi laser
- Berat: 3.2kg
- Kapasiti Habuk: 0.46L
- Tangki Air: 0.18L
- Tempoh Pengecasan: 6 jam
- Tempoh Penggunaan: 2.5 jam
- Kuasa Sedutan: 2,000Pa
- Bunyi: 50-65dB
- Aksesori: pelapik mop microfiber
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM1,600
Kelebihan:
- Pasang “tembok yang tidak kelihatan” untuk mengawal ke mana robot tidak boleh pergi!
- Kuasa sedutan yang kuat
- Pengecasan automatik – ia akan kembali ke dok dengan sendirinya!
- Boleh membersihkan permaidani
- Masa penggunaan yang lama
- Penyimpanan kabel yang kemas
- 13 jenis sensor untuk membantunya mengelakkan sebarang halangan
- Boleh mendaki ketinggian hingga 2cm
Kekurangan:
- Agak bising
- Masa pengecasan yang lama - tetapi robot tersebut tidak perlu menunggu sehingga baterinya penuh jika masih ada kawasan yang ingin dibersihkan.
- Plug EU 2-pin
- Anda harus membuat zon larangan setiap kali anda menggunakan mod mop.
15. Corvan picaBot Elite+ AI Series Robot Vacuum and Mop
Vacuum cleaner robot picaBot AI (Kecerdasan Buatan) Corvan’s yang baharu boleh mmembersihkan, mengemop dan mensanitasi kuman secara serentak!
Teknologi Pemetaan Aktif LiDAR bersama-sama dengan 36 set sensor spesifikasi tinggi membolehkannya untuk membersihkan lantai anda dengan sistematik. Pada waktu siang atau dalam suasana gelap!
Berus sisi yang lebih panjang, berus utama dan penyedut ultra kuat (2,250Pa) pastinya akan menjangkau sudut-sudut, bahagian tepi dinding dan di kawasan kaki perabot!
- Tempoh Penggunaan: Hingga 2 jam
- Masa Mengecas: 3 jam
- Alat kawalan jauh: Kawalan aplikasi mudah alih
- Kawalan Aplikasi Telefon: Ya
- Keserasian Rumah Pintar: Amazon Alexa & Google Home
- Penjadualan: Ya
- Saiz: 33.5cm x 9.9cm (W x H)
- Berat: 3 kg
- Loudness: 60dBA (mod eco) hingga 65dBA (mod turbo)
- Kapasiti Bekas Habuk / Air: 600 ml/ 300ml
- Jaminan: 1 tahun (badan), 1 tahun (bateri), 5 tahun (turbin)
- Harga: RM2,098
Kelebihan:
- Pemetaan dan penentuan kedudukan yang tepat
- Pengecasan dan penyambungan kerja secara automatik
- Sistem penapisan HEPA 3 peringkat yang boleh ditanggalkan dan dicuci
- Penjejakan masa Real-time menggunakan aplikasi
- Penyediaan dan penggunaan aplikasi tanpa sebarang gangguan
- Sediakan kawasan yang tidak boleh dibersihkan oleh robot menerusi aplikasi
- 3 mod (eco, standard, turbo) daya sedutan dan penyebaran air (untuk mengemop)
- Upgrade perisian secara percuma
- Kapasiti bekas habuk dan air yang besar
- Tempoh masa penggunaan yang panjang
- Waranti yang panjang
- Suara araahan bahasa Inggeris
- Bunyi yang rendah
Kekurangan:
- Tidak dapat mengesan permukaan permaidani secara automatik dan meningkatkan daya sedutan. Malah sebaliknya, anda dapat meningkatkan daya sedutan dengan menggunakan aplikasi.
Kesimpulannya
Proses pembersihan tidak pernah semudah ini dengan bantuan vacuum cleaner terbaik di Malaysia! Ingin menentukan produk manakah yang hendak dibeli adalah lebih membosankan!
Bandingkan vakum rumah jenis canister, handheld, stick, tanpa wayar (cordless) dan robot terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia! Dengan ulasan mengenai kelebihan dan kekurangan setiap produk!