BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan anda? Anda berharap untuk mendapatkan vitamin C terbaik di Malaysia 2022 tetapi menghadapi kesukaran untuk memilih vitamin C yang paling bagus di Malaysia?
Dengan senarai jenama dan produk yang disyorkan ini, anda tidak perlu lagi mencari halaman demi halaman mengenai ulasan suplemen vitamin C yang terbaik.
Dan jangan abaikan panduan kami mengenai jumlah vitamin C yang perlu diambil seterusnya dalam artikel ini juga.
Senarai Kandungan:
11 Vitamin C Terbaik Di Malaysia
Nota: Ini adalah pendapat persendirian kami berdasarkan kajian yang telah kami jalankan. Ia tidak menggantikan cadangan atau apa-apa yang telah disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi anda.
- Vitamin C Terbaik Untuk Orang Dewasa – Blackmores Vitamin Bio C 500mg/1000mg
- Vitamin C Plus Zink Terbaik – Redoxon Effervescent Double Action Vitamin C + Zinc
- Vitamin C Kunyah Terbaik – 21St Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable
- Vitamin C Effervescent Terbaik – Kordel’s Vitamin C 1000mg + Zinc
- Harga Yang Paling Berpatutan – Healthy Care Vitamin C 500mg
Untuk (slow release dengan pengesahan pihak ketiga)!
- Blackmores Buffered C 500mg
- 21St Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable
Vitamin C bukan sahaja bermanfaat dalam mencegah penyakit scurvy dan meningkatkan sistem imun anda! Baca lebih lanjut mengenai manfaat vitamin C di dalam artikel ini.
1. VitaHealth Vitamin C With Zinc+
Terdapat 5mg zink dalam formula 3 ramuan VitaHealth Vitamin C With Zinc+.
Nota: Orang dewasa memerlukan sekitar 8-11mg zink sehari.
Zink mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan ia amat penting dalam menggalakkan sistem keimunan yang bagus. Malahan ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka. (Sumber)
Bahan lain di dalam tablet ini (Citrus aurantium, rutin dan citrus sinensis) meningkatkan kadar penyerapan dan keberkesanan vitamin C di dalam badan.
Suplemen ini mempunyai formulasi pelepasan-berkala. Iaitu ia bermakna kandungannya akan dilepaskan secara sedikit demi sedikit untuk memberi kesan yang lebih berterusan.
Asid askorbik boleh mengakibatkan perut menjadi lebih pedih. Oleh itu, versi pelepasan-perlahan adalah lebih lembut untuk perut. (Sumber)
Tablet tersebut mempunyai bentuk nipis dan panjang serta saiz yang agak besar. Jadi, kebanyakan pengguna memberi komen bahawa saiz tablet ini menyebabkannya sukar ditelan.
- Saiz Hidangan: 1 Tablet setiap hariselepas makan, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan anda
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Ekstrak Citrus Aurantium, Rutin, Ekstrak Citrus Sinensis, Zink
- Kebaikan Utama: Mengekalkan sistem badan yang sihat; Menggalakkan pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Harga: ~RM112 (120 Tablet)
Kebaikan:
- Lebih lembut untuk perut
- Ada kandungan zink juga
- Hanya perlu diambil sekali sehari sahaja (untuk orang dewasa)
Kekurangan:
- Mahal
2. Blackmores Vitamin C
Blackmores Vitamin C merupakan salah satu daripada jenama vitamin C terbaik yang anda boleh dapatkan dari mana-mana kedai ubat utama di Malaysia!
Dengan makanan tambahan jenama Blackmores:
Kelebihan produk ini adalah ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan (contohnya bahan pengawet, perasa tiruan atau pemanis) dan alergen biasa seperti milk derivatives, gandum, yis, gluten, dll.
Terdapat 500mg vitamin C pada setiap tablet, dalam bentuk asid askorbik.
Tablet ini adalah lebih mudah untuk ditelan disebabkan saiznya yang lebih kecil. Kebanyakan pengguna berpuas hati dan mendapati produk ini membantu untuk menguatkan sistem pertahanan mereka.
Namun begitu, sebilangan besar daripada pengguna bersifat skeptikal dan menyatakan bahawa mereka tidak merasa apa-apa perubahan selepas mengambil produk ini.
Terdapat dua variasi lain: Blackmores Buffered C dan Blackmores Bio C.
- Blackmores Buffered C mengandungi 500mg Vitamin C. Ianya diformulasikan untuk mempunyai pelepasan-perlahan yang akan memastikan pembekalan Vitamin C yang berpanjangan ke dalam badan anda. Dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif. Semak harga di Lazada
- Blackmores Bio C mengandungi 1000mg vitamin C. Ia sesuai untuk mereka yang lebih cenderung untuk mengalami selsema dan flu. Atau mereka yang terdedah kepada persekitaran yang tercemar secara berterusan. Semak harga di Lazada
- Saiz Hidangan: 1 tablet sekali atau dua kali sehari, atau seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan anda
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa (Mereka yang berumur bawah 18 tahun dibenarkan untuk mengambil suplemen ini hanya jika diarahkan pegawai perubatan. Tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun)
- Setiap Tablet Mengandungi: 500mg Vitamin C
- Kebaikan Utama: Menyokong kesihatan sistem imun; Membantu penghasilan kolagen; sangat membantu melawan penyakit; sebatian yang diperlukan untuk memulihkan luka/kecederaan yang dialami
- Harga: ~RM50 (180 Tablet)
Kebaikan:
- Harga berpatutan
- Jenama yang terkenal
- Mudah didapati di Malaysia
- Boleh diambil oleh kanak-kanak berumur atas 12tahun
- Mudah untuk ditelan
- Tidak menyebabkan kesan sampingan bagi kebanyakan pengguna
Kekurangan:
- Perlu diambil dua kali sehari
- Tiada kesan yang ketara/jelas
3. 21St Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable
Anda mahukan vitamin c terbaik di Malaysia, tetapi dalam bentuk yang boleh dikunyah?
Baiklah, suplemen 500mg daripada 21st Century ini dinilaikan sebanyak 4.5 daripada 5 di Amazon berdasarkan lebih 1500+ ulasan!
Mempunyai nilai kualiti yang sama dengan produk sebelum ini, Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable adalah berperisa oren. Dan ia dihasilkan di Amerika Syarikat.
Produk ini biasanya akan berada di rak yang sama dengan dua produk di atas, 21St Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable berperisa oren yang sedap (Jangan Terkejut!). Dan dibuat di Amerika Syarikat.
Jangan bimbang dengan dos besar setiap tablet. Ini adalah formula untuk jangka masa panjang (prolonged-release formula). Maksudnya, vitamin jenis ini memerlukan masa yang lebih lama untuk badan anda menyerapnya! Oleh itu, anda tidak perlu mengambilnya dengan kerap!
Ramai pengguna mendapati jenama ini berkesan bagi mereka untuk mencegah daripada mengalami selsema dan flu. Dan mereka sangat suka dengan rasanya.
Namun begitu, terdapat sebilangan pengguna yang amat tidak suka akan rasa produk ini. Mereka menyatakan ianya mempunyai rasa seperti kapur dan pahit serta meninggalkan rasa yang teruk selepas diambil.
Nota: Ia mengandungi pemanis dan perasa tiruan (gula tablet, fruktosa, sorbitol, Orange Creamy Fl Wonf)
- Saiz Hidangan: 1 Chewable tablet Setiap Hari selepas makan, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan anda
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Vitamin B Complex
- Kebaikan Utama: Menyokong kesihatan sistem imun; Membantu meneutralkan radikal bebas
- Harga: ~RM20 (60 Chewable Tablet)
Kebaikan:
- Dos mencukupi untuk diambil sekali sahaja dalam sehari
- Mempunyai formula pelepasan perlahan
- Berperisa oren
Kekurangan:
- Mahal
- Boleh meninggalkan rasa yang tidak menyenangkan (untuk sesetengah orang)
Sesuai untuk Kanak-kanak & Orang tua: 21St Century Vitamin C 500mg – Semak Harga
4. Flavettes Effervescent Glow Vitamin C
Flavettes Effervescent Glow Vitamin C mempunyai tablet yang larut dalam air. Hanya masukkan sahaja tablet tersebut ke dalam segelas air dan tunggu ia sehingga larut menjadi minuman berperisa oren!
Flavettes Effervescent Glow Vitamin C sangat menyerupai suplemen Berocca Performance Vitamin C dari segi itu.
Selain vitamin C, Flavettes Effervescent Glow Vitamin C mempunyai antioksidan, glutathione dan vitamin E untuk menyokong sistem imun anda.
Vitamin E dikatakan boleh melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada cahaya matahari* dan tekanan luaran (seperti pencemaran udara)!
*lebih banyak kajian masih diperlukan untuk mengesahkan kenyataan ini.
Note: Hanya mereka yang didiagnosis dengan penyakit kekurangan vitamin E akan memperolehi manfaat yang nyata hasil daripada pengambilan suplement yang mengandungi vitamin E. Dan penyakit kekurangan vitamin E adalah dianggap jarang berlaku (Sumber). Sebenarnya, manfaat dan risiko daripada pengambilan suplemen vitamin E untuk kesihatan orang dewasa masih lagi samar-samar.
Secara keseluruhannya, pengguna menyatakan bahawa produk ini telah betul-betul membantu untuk meningkatkan tenaga mereka. Dan juga memperkuatkan sistem pertahanan mereka.
Tambahan lagi, mereka sangat suka dengan perasa dan rasanya! Juga terdapat versi 500mg untuk kanak-kanak.
Selain itu, suplemen Berocca Performance Vitamin C yang berharga sama, tidak mengandungi vitamin E seperti suplemen Flavettes Effervescent Glow Vitamin C.
Sebaliknya, formulanya mengandungi zink, magnesium, kalsium dan vitamin B. Oleh itu, anda harus mengambil kira faktor itu jika anda lebih memerlukan bahan kandungan ini berbanding vitamin E yang ada di dalam Flavettes Effervescent Glow Vitamin C.
Nota:
- Jangan beli produk ini dengan harapan produk ini akan “memutihkan” kulit anda secara aktif. Kemungkinan besar ianya tidak akan memberikan hasil sebagaimana yang diinginkan.
- Anda dilarang mengambil suplemen ini sekiranya anda mempunyai penyakit phenylketonuria (kerana ia mengandungi aspartame).
- Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hariselepas makan,atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan anda
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Vitamin E, Glutathione (50mg)
- Kebaikan Utama: Menyokong kesihatan sistem imun tubuh badan & meningkatkan kesihatan kulit, melindungi tubuh badan daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas
- Harga: ~RM50 (30 Tablet)
Kebaikan:
- Pengguna menggemari rasanya (berperisa oren)
- Tidak perlu untuk menelan sebarang tablet
- Meningkatkan tenaga
Kekurangan:
- Mahal
Untuk kanak kanak: Flavettes Vitamin C Orange 500mg – Semak Harga
5. Kordel’s Vitamin C 1000mg + Zinc
Pilihan vitamin jenis effervescent / larut yang lain dan jauh lebih murah daripada Vitamin C Flavettes Effervescent Glow atau Berocca Performance Vitamin C ialah Kordel Vitamin C 1000mg + Zink.
Bagi sesiapa antara anda yang tidak suka kepada perisa oren yang konvensional itu, kami ada berita baik untuk anda!
Kordel’s Vitamin C 1000mg + Zinc hadir dalam rasa yang tidak dijangka selain rasa buah oren biasa – buah markisa! Dan tanpa pewarna tiruan!
Sebaliknya, ubi bit dan serbuk lobak merah telah digunakan untuk menjadikan tablet itu berwarna.
Kordel’s Vitamin C 1000mg + Zinc yang berperasa buah markisa (passionfruit) sangat menakjubkan dan menyegarkan!
Tambahan pula, produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian! Tambahan pula, ianya bebas-gula!
Ia hanya mengambil masa 30 saat sahaja untuk larut. Iaitu amat pantas! Jadi anda boleh meminum nya sebaik sahaja ia sudah larut sepenuhnya!
Jadi ia seperti Berocca Performance Vitamin C tetapi lebih murah, mengambil Kordel Vitamin C 1000mg + Zink adalah cara yang menyenangkan (jika anda tidak gemar mengambil suplemen berbentuk tablet) untuk memenuhi keperluan zink dan vitamin C harian anda pada masa yang sama!
Untuk perbandingan, Kordel’s Vitamin C 1000mg + Zinc mengandungi lebih banyak zink untuk setiap tablet, berbanding VitaHealth Vitamin C With Zinc+ (10mg vs 5mg).
Nota: Jangan memilih produk jika anda menghidapi penyakit phenylketonuria (kerana ia mengandungi aspartame).
- Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hariatau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai selesema atau flu, anda boleh mengambilnya sehingga 2 tablet sehari
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Zink
- Kebaikan Utama: Menyokong kesihatan sistem imun, pertumbuhan tubuh badan dan kemampuan badan untuk memperbaiki tisu-tisu
- Harga: ~RM70 (60 Tablet)
Kebaikan:
- Mudah diambil (tidak perlu menelan tablet)
- Alternatif bagi vitamin C berperisa-oren
- Tanpa bahan pewarna tiruan atau gula
- Melarut dengan pantas (30 saat)
Kekurangan:
- Agak mahal
6. Cebion Vitamin C 1000mg
Cebion Vitamin C 1000mg merupakan satu lagi vitamin C yang boleh larut berperisa oren. Produk jenama ini juga boleh didapati di farmasi Guardian atau Watsons berhampiran dengan anda.
Tambahan lagi, suplemen Cebion Vitamin C mudah untuk dibawa kemana-mana, disebabkan cara ia dipek (sama seperti produk vitamin C berbuak (effervescent) yang lain, seperti Berocca Performance Vitamin C).
Hanya jangan lupa untuk menutup penutupnya dengan ketat setiap kali selepas digunakan!
Rasanya pun sangat sedap. Dan kerana ia larut dalam air, anda tidak perlu bersusah-payah untuk menelan tablet yang besar.
Walau bagaimanapun, seperti produk lain yang serupa, ia adalah mungkin untuk mendapat sakit perut jika anda mengambil Vitamin C Cebion ketika perut kosong.
Sekiranya anda mempunyai perut yang sensitif, sebaliknya pilihlah yang 500mg.
Nota: Kanak-kanak (6-12 tahun) hanya memerlukan separuh tablet. Atau anda boleh mendapatkan versi yang 500mg.Terdapat juga produk lain dengan jenama ini yang mengandungi 1000mg vitamin C. Tetapi ia juga mengandungi kalsium.
- Saiz Hidangan: 1 tablet larut-air (effervescent tablet) setiap hari, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai perut sensitif, ambilnya ketika makan
- Sesuai Untuk: Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Zink
- Kebaikan Utama: Menyokong kesihatan sistem imun, pertumbuhan badan dan kemampuan badan untuk memperbaiki tisu-tisu
- Harga: ~RM70 (60 Tablet)
Kebaikan:
- Mempunyai rasa yang sedap
- Mudah didapati di Farmasi Malaysia
- Hanya perlu diambil sekali sahaja dalam sehari
Kekurangan:
- Mahal
- Tidak mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak
Untuk kanak kanak: Cebion Vitamin C Chewable Orange Flavour 500mg – Semak Harga
7. Citrex Vitamin C 1000mg
Citrex (jenama tempatan) mempunyai pelbagai produk dan ubat kesihatan, termasuk ubat tahan sakit dan semburan hidung untuk bayi.
Produk Citrex Vitamin C 1000mg yang berpatutan ini adalah untuk orang dewasa. Tetapi produk ini juga mempunyai variasi 100mg untuk kanak-kanak – dalam perasa oren atau blackcurrant! Dan lebih-lebih lagi, produk ini bebas-gula!
Perasa blackcurrant terutamanya telah menerima banyak pujian daripada ibu bapa yang telah memberikannya kepada anak-anak mereka. Ternyata, anak-anak mereka sangat gemarkannya, dan asyik meminta untuk memakannya lagi!
Tetapi jangan ikutkan permintaan mereka kerana dos yang disyorkan ialah hanya sekali sehari.
Nota: Pengeluar ini mempunyai Lesen yang Sah Malaysia, MAL20000455XZ untuk produk ini.
- Saiz Hidangan: 1 Tablet Setiap Hari selepas makan
- Sesuai Untuk: Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C
- Kebaikan Utama: Mengekalkan kesihatan sistem imun
- Harga: ~RM20 (50 Tablet)
Kebaikan:
- Bebas gula
- Perisa kismis hitam (blackcurrant) yang sedap
- Hanya perlu diambil sekali sahaja dalam sehari
- Harga berpatutan
Kekurangan:
- Tiada versi 500mg
8. Berocca Performance Vitamin C 500mg
Empat perasa yang tersedia (Orange, Mango & Orange, Raspberry & Blackcurrant, dan Original Berry) menjadikan pengambilan vitamin C ini lebih menarik!
Masukkan tablet ini ke dalam air, dan sedia untuk menikmati minuman yang bersoda, menyegarkan dan menyihatkan ini. Ia juga tidak mengambil masa yang terlampau lama untuk larut.
Formula ini juga mengandungi vitamin dan mineral perlu yang lain (zink, vitamin B6, viamin B12, dll). Sebagai tambahan kepada bahan utama, vitamin C!
Jadi, ia membantu untuk meningkatkan kepekaan fizikal dan mental (ia juga mengandungi kafein).
Produk ini dinilaikan sebanyak 4.6 daripada 5 berdasarkan lebih 1000 ulasan di Amazon! Sesetengah pengguna mengakui fikiran mereka lebih tajam dan lebih peka, dan melabelnya sebagai ‘produk-wajib-dibeli’!
Namun begitu, ramai yang mengadu yang rasanya terlalu ‘tiruan’ dan rasanya seperti ubat. Sementara yang lain pula tidak merasa apa-apa kesan positif selepas mengambil produk itu.
Pengalaman peribadi kami dengan suplemen Berocca Performance Vitamin C adalah neutral:
Kami tidak memperolehi peningkatan tenaga yang ketara daripadanya tetapi sebenarnya kami mendapati perisa oren tersebut agak sedap. Seperti jus oren daripada pasaraya yang berperisa lembut. Ia juga larut dengan baik.
Nota: Tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang mempunyai phenylketonuria kerana ia mengandungi phenylalanine.
- Saiz Hidangan: 1 tablet larut air (effervescent tablet) setiap hari
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 500mg Vitamin C, Vitamin B Complex, Asid Folik, Kalsium, Magnesium, Zink
- Kebaikan Utama: Meningkatkan mood dan mengurangkan keletihan; Meningkatkan kesihatan sistem imun
- Harga: ~RM50 (30 Tablet)
Kebaikan:
- Terdapat banyak perisa yang berbeza
- Mempunyai kandungan asid kolik, zink, vitamin B6, vitamin B12, dll
- Memberikan peningkatan tenaga bagi sesetengah orang
- Dos adalah sekali sehari
- Tidak perlu menelan tablet
Kekurangan:
- Mahal untuk pengambilan jangka masa panjang
- Sebahagian pengguna tidak menggemari rasanya (tiruan)
9. Redoxon Effervescent Double Action Vitamin C + Zinc
Redoxon Effervescent Double Action Vitamin C + Zinc dari Redoxon (di bawah rangkaian farmasi gergasi, Bayer) menggabungkan kelebihan vitamin C dan zink ke dalam tablet jenis effervescent / larut mereka.
Ia tidak mengandungi gula tambahan atau bahan pengawet! Tetapi formula tersebut dimaniskan oleh kandungan aspartame yang membuatkannya sesuai untuk penghidap diabetes!
Nota: Terdapat juga variasi tablet yang boleh dikunyah. Tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang mempunyai phenylketonuria kerana ia mengandungi aspartame (Sumber).
Tambahan lagi, produk ini dinilaikan sebanyak 4.6 daripada 5 di Amazon berdasarkan lebih 500 ulasan!
Ia mempunyai rasa yang sedap, mudah diambil. Sesetengah pengguan mendapati ia membantu meningkatkan sistem pertahanan mereka. Sebahagian kecil pengguna pula mengakui yang produk ini memperbaiki keadaan kulit mereka dan mengurangkan keradangan.
Tetapi tidak semua orang gemar dengan rasanya! Ada beberapa pengguna mengatakan ia mempunyai rasa terlalu manis atau terlalu menyengat.
Tetapi sekiranya anda mendapati rasa suplemen Berocca Performance Vitamin C terlalu lembut, anda mungkin menggemari rasa suplemen Redoxon Effervescent Double Action Vitamin C + Zinc.
Dan berbanding dengan suplemen Berocca Performance Vitamin C, suplemen Redoxon Effervescent Double Action Vitamin C + Zinc juga adalah lebih murah dan mempunyai jumlah kandungan zink yang sama (10mg).
- Saiz Hidangan: 1 tablet sehari seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Anda juga boleh memotong tablet kepada 2 bahagian dan larutkan 1 bahagian ke dalam air untuk diberikan kepada kanak-kanak
- Sesuai Untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C, Zink
- Kebaikan Utama: Meningkatkan kesihatan sistem imun, tulang, gigi, gusi yang sihat
- Harga: ~RM120 (90 Tablet)
Kebaikan:
- Diambil secara melarutkannya dalam air – mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak
- Satu tablet sahaja untuk sehari
- Mengandungi zink
- Tanpa bahan pengawet atau gula
Kekurangan:
- Mengandungi bahan pemanis tiruan, aspartame
- Mahal
- Bukan semua orang menggemari rasanya yang kuat
10. Nourished Vitamin C (Ascorbic Acid)
Anda tidak mahukan produk berperisa tiruan? Vitamin C Berkhasiat (Asid askorbik) yang berasal dari Amerika Syarikat dan produk ini hadir dalam bentuk serbuk. Elakkan pengambilan semasa perut kosong!
Pengguna menyatakan bahawa produk ini boleh terasa masam. Itulah sebabnya, ramai di kalangan mereka melarutkannya di dalam air yang berperisa, bukannya air kosong.
Nota: Disahkan halal.
- Saiz hidangan: 1 sudu teh setiap hari (Campurkan Dengan Air)
- Sesuai untuk: Orang Dewasa
- Setiap Tablet Mengandungi: 1000mg Vitamin C
- Manfaat Utama: Meningkatkan kesihatan sistem imun dan penghasilan kolagen yang penting untuk kesihatan kulit, tulang, dan sendi; melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif akibat kesan radikal bebas.
- Harga: ~RM69 (77 hidangan)
Kebaikan:
- Tanpa kandungan tambahan
- Melarut dalam air dengan cepat
- Kekerapan dos adalah sekali sehari
Kekurangan:
- Mahal
- Mempunyai rasa masam
11. Healthy Care Vitamin C 500mg 300 Tablet
Walaupun ia merupakan produk keluaran Australia dan dihasilkan daripada jenama yang terkenal, harga Healthy Care Vitamin C 500mg 300 Tablet sangat berpatutan.
Dimana selalunya, harga tersebut adalah untuk produk yang mengandungi 500 tablet! Sesuatu yang betul-betul ingin dimanfaatkan oleh pengguna! Ini kerana ramai pengguna telah kembali untuk membeli lebih banyak untuk keluarga mereka!
Tablet tidak sukar untuk ditelan memandangkan ia adalah lebih kecil daripada tablet 500mg yang biasa.
Tablet ini sebenarnya sangat menyerupai Flavettes chewable vitamin C, dimana ia terasa seakan-akan seperti gula-gula berperisa oren. Kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak mendapati ia sangat lazat!
Vitamin c ini mengandungi pemanis buatan, sucralose. Yang mungkin boleh meningkatkan kadar glukosa darah dan insulin. Oleh itu, anda mungkin tidak mahu mengambilnya jika anda ada kencing manis atau kegemukan yang teruk (*1).
- Saiz Hidangan: 1-2 tablet setiap hari (orang dewasa) atau deperti yang diarahkan oleh pakar penjagaan kesihatan
- Tidak Sesuai Untuk: Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun
- Setiap Tablet Mengandungi: 200mg Asid Askorbik (Vitamin C), 340mg Sodium Ascorbate
- Manfaat Utama: Memelihara Sistem Imun, Mengurangkan Kerosakan Sel Badan Akibat Radikal Bebas, Meningkatkan Pembentukan Kolagen
- Harga: ~RM64 (300 Tablet)
Kebaikan:
- Tanpa kekacang, gluten, produk tenusu, gula, telur atau perisa tiruan
- Harga berpatutan
- jenama yang bereputasi
- Mudah diambil dan mempunyai rasa yang sedap
Kekurangan:
- Sucralose mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pengguna
Bagaimana Caranya Untuk Memilih Vitamin C
1. Bentuk
Vitamin C boleh hadir dalam pelbagai bentuk:
- Kapsul
- Tablet yang boleh dikunyah
- Tablet Larut Air (Effervescent tablets)
- Tablet
- Gummies
- Cecair
- Serbuk
Menurut pakar, vitamin C jenis time-release/ slow-release adalah lebih baik daripada jenis yang lain. Ini memandangkan terdapat Keterbiosediaan yang lebih baik kerana dos yang lebih kecil tersebar dalam masa sehari.
Jadi bagaimana dengan pilihan jenis effervescent/larut? Adakah ianya lebih baik daripada tablet?
Secara jelas, ianya lebih baik jika anda memerlukan vitamin C dengan cepat! Sebaliknya, tablet pejal bergerak lebih perlahan di dalam perut. Dan proses penyerapannya boleh diganggu oleh makanan yang ada di situ.
Tambahan lagi, tablet larut-air (effervescent tablet) akan melarut dan membentuk suatu larutan.Ini dapat mengurangkan sentuhan dengan saluran gastrousus atas anda.
Jadi, larutan buffer ini akan mengurangkan risiko untuk mendapat sakit perut dan pedih hulu hati. Ianya bagus untuk mereka yang mempunyai perut sensitif!
2. Kualiti dan Reputasi
Selain itu, jika anda menemui sesuatu yang bernombor KKLIU di bahagian bawah laman sesawang rasmi untuk mana-mana produk ini:
Itu bermakna iklan tersebut telah disahkan oleh pihak kerajaan!
Untuk memeriksa bilakah tarikh kelulusan iklan berakhir, masukkan nombor KKLIU (contoh. 0685/2019) ke laman web rasmi produk.
Nota: KKLIU adalah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nombor lain yang mungkin anda boleh lihat adalah nombor MAL (contoh. MAL20034002XRZ) yang bermaksud produk tersebut didaftarkan secara rasmi untuk diimport dan diedarkan di Malaysia.
3. Dos / Berapa Banyak Yang Perlu diambil
Berbeza dengan makanan tambahan lain seperti minyak ikan omega 3, vitamin C secara umumnya adalah selamat, walaupun anda mengambilnya lebih daripada yang dihadkan.
Walaupun ada sesetangah orang ada melaporkan kesan sampingan seperti loya, ciri-birit dan kesakitan abdomen.
Oleh kerana vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi, mereka yang mempunyai penyakit jarang berlaku yang tertentu tidak boleh mengambil terlalu banyak vitamin C.
Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai penyakit hemochromatosis (penyerapan zat besi yang terlalu tinggi) dan berisiko untuk mengalami kerosakan tisu akibat daripada zat besi yang berlebihan. (Sila dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu!)
Orang Dewasa – Dos harian yang disyorkan untuk orang dewasa ialah 40mg menurut NHS UK.
Tetapi banyak sumber lain mengesyorkan sukatan yang berlainan. Contohnya 75mg atau 90 mg untuk orang dewasa, menurut healthline.com.
Tambahan lagi, sukatan harian yang diperlukan oleh pengguna adalah berbeza antara satu sama lain. Ianya berdasarkan atas faktor genetik, umur dan kadar metabolisma badan. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan anda.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa suplemen vitamin C didatangkan dalam sukatan 500mg dan 1000mg, bukan? Walaupun keperluan harian adalah jauh lebih rendah.
Selalunya, suplemen ini diperlukan bagi mereka yang didiagnosis dengan kekurangan vitamin C. Walau bagaimanapun, pengambilan sebanyak 500-1000mg setiap hari telah terbukti selamat*, walaupun tidak mengalami kekurangan vitamin C.
*Sumber:
Nota: Anda mungkin melihat pengeluar menggunakan DV yang bermaksud nilai harian.
Ada ketika anda memerlukan sedikit vitamin C tambahan:
- Untuk Ibu yang mengandung atau menyusukan anak (minuman sarang burung juga membantu meningkatkan imuniti dan bermanfaat pada bulan-bulan akhir kehamilan)
- Sekiranya anda seorang perokok
- Sekiranya anda mempunyai luka kulit yang besar untuk sembuh (contoh. Mangsa kebakaran, ulser, dll)
Kanak-kanak – Sementara itu kanak-kanak (di bawah 13 tahun) hanya memerlukan dos harian di bawah 50mg.
Terdapat juga label yang disebut Tolerable Upper Intake Level (UL).
Dan bagi kebanyakan orang, dos harian maksimum ini adalah antara 400 hingga 1,800mg untuk kanak-kanak. Sementara untuk orang dewasa pula adalah 2,000mg.
Adakah terdapat risiko kesihatan sekirannya pengambilan vitamin adalah lebih banyak daripada yang anda perlukan?
Terlebih dos boleh menyebabkan perkara berikut:
- Tanda-tanda loya, cirit-birit, termasuk sakit kepala dan muntah
- Risiko terkena penyakit batu hempedu
Kesimpulan
Tidak semua orang memerlukan vitamin C yang terbaik di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai diet yang seimbang, anda tidak perlu mengambil makanan tambahan. Anda ragu-ragu? Anda sentiasa boleh berjumpa doktor keluarga anda!
Namun, jika anda memerlukan makanan tambahan:
Terdapat banyak produk di Malaysia yang mengandungi dos dan formula yang berbeza. Anda mungkin lebih suka tablet yang boleh dikunyah atau yang boleh ditelan atau vitamin C yang larut dalam minuman.
Bacaan lanjut:
- 13 Minuman Kolagen Terbaik Di Malaysia
- 21 Pelembap Muka Terbaik Di Malaysia
- 19 Serum Muka Terbaik Di Malaysia
- 17 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia
- 13 Breast Pump Terbaik Di Malaysia