Manusia mementingkan kecantikan fizikal. Sangat mementingkannya, sehinggakan penjagaan rambut telah berkembang menjadi sebuah industri bernilai berbilion-bilion ringgit. Ini termasuklah vitamin untuk rambut gugur. Yang dimana banyak jenama telah mengakui boleh merawat keguguran rambut secara magik!
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai suplemen ini? Teruskan membaca untuk mengetahui mengenai vitamin terkenal di Malaysia yang boleh merawat keguguran rambut. Termasuk bagaimana ia berfungsi dan malahan, samada ia berkesan atau tidak!
Adakah Vitamin Untuk Rambut Gugur Sebenarnya Berkesan?
Jawapan ringkasnya ialah ‘ya dan tidak’. Keberkesanan sesuatu suplemen rambut tidak dibuktikan dengan penyelidikan yang kukuh. Tambahan lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh jenama kecantikan tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Yang mengejutkan, kebanyakan orang memperolehi vitamin yang perlu untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Daripada makanan mereka sahaja! (Rujukan: ahli trikologi Dominic Burg, ketua saintis di at Evolis Professional daripada cosmopolitan.com)
Jadi, melainkan doktor anda mendapati bahawa anda mempunyai kekurangan vitamin:
Vitamin untuk pertumbuhan rambut mungkin tidak berkesan untuk anda, malangnya. Kerana sebarang vitamin berlebihan yang anda telan akan berakhir dalam air kencing anda (*1)!
Adakah Anda Memerlukan Vitamin Rambut (Simptom Biasa Keguguran Rambut)
Namun begitu, jika anda terlihat simptom-simptom ini, anda mungkin sedang mengalami keguguran rambut.
Tanda-tanda untuk diawasi:
- Rambut lebih kusut daripada biasa
- Rambut terlebih berkilat atau terlebih kering
- Rambut di bahagian atas kepala semakin menipis
- Rambut putus (hujung rambut bercabang)
- Pertumbuhan rambut sangat perlahan (hanya memerlukan potongan rambut setiap beberapa bulan)
- Tanda kebotakan besar muncul di atas kulit kepala
Sebab-sebab biasa untuk keguguran rambut (*2):
- Mengalami tekanan yang sangat besar setiap hari
- Keturunan (Anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah keguguran rambut)
- Penuaan lebih cepat berlaku
- Masalah perubatan (penyakit tiroid, penyakit auto-imun, dll)
- Sedang menjalani rawatan untuk kanser
- Menggunakan produk rambut yang kasar (pewarna, peluntur, dll)
- Hormon tidak seimbang
Suplemen Rambut Yang Perlu Diperhatikan
Terdapat beberapa suplemen pertumbuhan rambut yang anda boleh ambil jika anda ada mengalami simptom keguguran rambut. Suplemen ini membantu membekalkan rambut anda dengan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.
1. Zat Besi
Apabila anda kekurangan zat besi dalam badan anda, anda tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Sel-sel ini membawa oksigen kepada sel-sel lain yang merangsang pertumbuhan rambut.
Suplemen zat besi menambah simpanan zat besi di dalam badan. Dan meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ia memastikan sel yang terlibat dengan pertumbuhan rambut menerima oksigen yang cukup. Seterusnya, menggalakkan pertumbuhan rambut (*3).
Nota: Kesan sampingan zat besi termasuk sembelit, sakit perut, loya dan muntah. (*4)
2. Biotin (Vitamin B7)
Biotin adalah vitamin yang popular untuk keguguran rambut. Ia boleh menyokong pertumbuhan rambut untuk orang yang kekurangan biotin. Terdapat kekurangan bukti yang menyokong bahawa vitamin ini membantu pertumbuhan rambut bagi orang yang mempunyai tahap biotin yang normal.
Tambahan lagi, terdapat hanya satu peluang yang membuatkannya berguna. Jika anda mengambilnya sekurang-kurangnya 5 miligram setiap hari!
Nota: Biotin berlebihan boleh mengakibatkan pembentukan jerawat bagi orang yang mempunyai kulit mudah-berjerawat.
3. Vitamin A
Makanan yang kurang Vitamin A, atau retinol meningkatkan risiko keguguran rambut. Vitamin A menggalakkan pengeluaran minyak. Satu bahan berminyak yang mengurangkan masalah rambut putus.
Nota: Bersederhana adalah kuncinya! Terlalu banyak Vitamin A mengakibatkan kesan yang bertentangan dan meningkatkan keguguran rambut. (*5)
4. Vitamin B
Vitamin B juga terlibat dalam membina sel darah merah. Kekurangan vitamin ini bermakna sel dan folikel rambut anda serba kekurangan dari segi oksigen dan nutrien!
Namun begitu kekurangan vitamin B amat jarang berlaku. Sentiasa pastikan dahulu anda mengalami kekurangan vitamin B ini sebelum memulakan pengambilan suplemen (*6).
5. Lemak Omega-3
Ditemui terutamanya di dalam suplemen minyak ikan yang dipasarkan secara meluas. Lemak Omega-3 boleh menghalang terjadinya keradangan pada folikel rambut. Dan menggalakkan peredaran darah di bahagian kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut.
Nota: Minyak ikan boleh diletakkan terus ke atas kulit kepala. Tetapi hati-hati dengan baunya yang kuat dimana ianya tidak selesa bagi kebanyakan orang! (*7)
6. Vitamin C
Terkenal dengan sifat antioksidan, Vitamin C memberi perlindungan daripada radikal bebas. Radikal bebas membantutkan pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut menjalani proses penuaan lebih cepat.
Kolagen membentuk struktur rambut. Vitamin C adalah komponen penting bagi penghasilan kolagen. Dimana itulah sebab mengapa ia membantu menguatkan rambut. Selain itu, vitamin ini juga meningkatkan penyerapan zat besi (*8).
7. Vitamin D
Penyelidik mencadangkan bahawa Vitamin D menghasilkan folikel rambut baru. Ia adalah liang pori yang tersangat kecil di atas kulit kepala anda dimana anak rambut baru akan tumbuh. Namun begitu, kesan Vitamin D ke atas rambut tidak diketahui.
Bergantung kepada gaya hidup anda, anda mungkin tidak mendapat Vitamin D yang mencukupi. Kajian pada tahun 2018 mendapati terdapat kekurangan Vitamin D di kalangan 33% kanak-kanak remaja (*9).
Anda boleh mempertimbangkan untuk menaikkan sukatan pengambilan Vitamin D memandangkan ia juga mempunyai manfaat kesihatan yang lain! (contohnya menggalakkan gigi dan tulang yang sihat)
Nota: Vitamin D dihasilkan apabila kita terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Sumber dari makanan ialah minyak hati ikan kod, ikan berlemak, dan sesetengah jenis cendawan.
8. Vitamin E
Disebabkan oleh sifat antioksidannya, vitamin E berfungsi sama seperti vitamin C. Dengan mengurangkan kerosakan pada folikel rambut akibat daripada radikal bebas:
Ia menggalakkan kulit kepala yang sihat. Dimana seterusnya menjadi asas yang kuat untuk pertumbuhan rambut.
Sapuan minyak vitamin E boleh dilakukan secara terus ke atas kulit kepala. Untuk membekalkan perlindungan tambahan daripada kerosakan akibat penggunaan alat penggayaan rambut yang panas.
Tetapi ia langsung tidak mesra-bajet dan penggunaannya boleh menjadi agak rumit (*10)!
9. Protein
Protein membantu menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Dan sebenarnya, ia adalah kandungan utama bagi folikel! Jadi, kekurangan protein boleh meningkatkan risiko keguguran rambut.
Nota: Daging dan telur kaya dengan protein. Sumber yang lebih sihat termasuk ikan berlemak seperti ikan salmon. (*11)
10. Zink
Zink mempunyai peranan penting untuk pertumbuhan dan membaik pulih rambut. Dan keguguran rambut adalah salah satu simptom biasa untuk kekurangan zink!
Mineral ini mengekalkan fungsi normal dan fungsi yang betul bagi kelenjar minyak di atas kulit kepala anda.
Nota: Pengambilan suplemen zink hanya sesuai untuk orang yang mempunyai kekurangan zink. Sebaliknya terlalu banyak zink akan menyebakan keguguran rambut! (*12)
11. Sulfur (MSM)
MSM terkenal dengan sifat anti-keradangan. Ia dikatakan berfungsi untuk membina ikatan yang perlu untuk menguatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut (*13).
Namun begitu, tidak terdapat bukti kukuh yang betul-betul menyokong fungsi MSM dalam pertumbuhan rambut (*14).
12. Silika
Dengan membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut, bahan silika menguatkan rambut anda. Ia tidak membantu dalam pertumbuhan rambut tetapi sebaliknya menghalang daripada rambut menipis akibat masalah rambut putus.
Malangnya, tiada bukti yang menyokong kenyataan bahawa silika boleh merawat masalah keguguran rambut.
Nota: Silika adalah bagus untuk kulit dan kuku anda, juga! (*15)
13. Gelatin
Gelatin (daripada haiwan) adalah sumber bagi kolagen:
Dalam sesetengah kajian, gelatin menunjukkan hasil positif dalam menjadikan rambut kelihatan lebih lebat. Gelatin meningkatkan kelebatan rabut dengan menambah kuantiti helaian.
Oleh kerana Gelatin tidak berperisa, tidak berbau, dan tidak berwarna. Ia boleh digabungkan dengan makanan harian dengan mudah (*16)!
Nota: Kolagen-bersumberkan sayuran tidak wujud (*17)
Apakah Dos Yang Selamat?
Dos untuk setiap suplemen adalah berbeza. Ungkapan ‘Lebih banyak lebih baik’ tidak boleh digunakan di sini! Mengambil terlalu banyak salah satu suplemen boleh memberikan kesan buruk kepada badan.
Malah, anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat profesional.
Dan terdapat juga kemungkinan untuk suplemen ini bertindak balas dengan ubatan yang anda sedang ambil. Terutamanya apabila diambil dengan dos yang lebih tinggi!
Berapa Lamakah Sebelum Anda Boleh Melihat Kesan Daripada Pengambilan Vitamin Rambut?
Ianya agak tidak masuk akal untuk menjangkakan hasil atau keberkesanannya selepas hanya digunakan semalaman.
Sebaliknya, kesabaran adalah kuncinya! Anda harus mengambil suplemen ini secara konsisten dengan dos yang disyorkan untuk meningkatkan keberkesannya. Dan anda mungkin akan memperolehi hasilnya untuk jangka masa panjang!
Dalam masa dua bulan, mungkin terdapat perubahan yang jelas dari segi jumlah rambut yang gugur. Jika tiada apa-apa masalah berlaku, rambut anda mungkin terasa lebih lebat dalam masa 6 bulan.
Tetapi anda harus ingat, keberkesanan tidak dijamin. Suplemen ini mempunyai kadar keberkesanan lebih tinggi bagi orang yang mempunyai kekurangan vitamin (*18, 19).
Bagaimana Pula Dengan Minyak Pati?
Minyak pati dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan. Sebahagian minyak yang terkenal termasuklah lavender, pudina, rosemary dan minyak pokok teh.
Minyak pati ini mempunyai pelbagai kegunaan. Daripada menguatkan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan dengan cara membekalkan nutrien. Sehingga untuk menggalakkan kulit kepala yang sihat. Setiap minyak mempunyai manfaat sendiri yang berbeza (*20, 21)!
Ramai orang menggabungkan minyak ini dengan syampu (syampu keguguran rambut) atau tonik rambut. Gunakan gabungan ini secara kerap boleh meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut. Atau menjadikan rambut anda lebih bersinar!
Nota: Oleh kerana terdapat risiko kecil untuk reaksi alahan, sentiasa melakukan dahulu ujian tampalan (patch test) pada kawasan kecil.
Kesimpulan
Sebelum anda menekan ‘beli’ pada vitamin untuk keguguran rambut seterusnya:
Anda harus ingat, apa yang berkesan untuk seseorang yang lain, mungkin tidak berkesan untuk anda. Dan untuk langkah berjaga-jaga, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi dahulu. Mengenai bagaimana cara terbaik untuk anda mengambil suplemen untuk keguguran rambut!