Sama ada anda lebih gemarkan air suam yang menenangkan ataupun pancuran mandian panas, anda perlukan salah satu water heater terbaik di Malaysia ini!
Dan biarpun ia tidak semestinya diperlukan di sebuah negara tropical, ada baiknya untuk mempunyai bekalan air yang suam tanpa had apabila anda memerlukannya! Air suam semestinya merupakan kemewahan yang ramai di antara kita mengambil mudah!
Lihatlah pecahan pemanas air mandi terkemuka yang anda boleh dapatkan di Malaysia. Dan harganya!
Jenis Pemanas Air Mandi
Andakah anda tahu bahawa ada 5 jenis pemanas air?
1. Pemanas Air Berkuasa Solar
Cahaya matahari merupakan sumber semula jadi yang banyak diperoleh Malaysia!
Dimana itulah sebabnya sesetengah rumah baharu memasang pemanas air mandi berkuasa solar! Anda dapat melihatnya pada panel solar di atas bumbung!
Kelebihan:
- Menjimatkan tenaga (mesra alam)
- Menjimatkan bil elektrik
Kekurangan:
- Anda mungkin tidak mempunyai air panas yang mencukupi pada hari yang mendung
- Tangki mesti dibersihkan
- Panel solar adalah mahal
2. Pemanas Air Tangki Simpanan Konvensional
Anda mungkin pernah melihat salah satu daripadanya sebelum ini! Ia kelihatan seperti tangki simpanan air. Namun, ia bertebat. Dan ada injap kawalan suhu dan tekanan.
Kelebihan:
- Berpatutan
- Mudah untuk dipasangkan
- Jangka hayat yang panjang (~12 tahun)
Kekurangan:
- Tidak sesuai untuk isi rumah yang besar
- Mengambil masa untuk mengisi dan memanaskan air
- Tangka air mesti dikosongkan dan dibersihkan (idealnya dua kali setahun)
3. Pemanas Air Tanpa Tangki
Kerana ia menyelesaikan masalah utama bagi pemanas air sebelumnya:
Pemanas air tanpa tangki (atau pemanas air atas permintaan/ segera) menggunakan gegelung elektrik (atau gas) untuk memanaskan air.
Kelebihan:
- Jangka hayat yang panjang (~10 tahun)
- Menjimatkan tenaga
- Air panas tanpa had
Kekurangan:
- Perlu bersihkan pemanas air setahun sekali
4. Pemanas Air Pam Haba
Pemanas air pam haba (atau Pemanas Air Hibrid) sama sekali bukan kebiasaan di Malaysia. Ia biasanya menggunakan pam untuk menarik haba dari tanah (atau udara) untuk memanaskan tangka air.
Kelebihan:
- Kurang menggunakan elektirk (hanya untuk pam)
- Jimat kos untuk jangka masa yang panjang
Kekurangan:
- Mengambil ruang menegak dengan banyak
- Tangka perlu dibersihkan dua kali setahun
- Mahal
5. Pemanas Air Pemeluwapan
Ini adalah sejenis pemanas air berasakan gas yang anda tidak akan jumpai di Malaysia:
Ia hanya sesuai digunakan jika rumah anda disambungkan ke bekalan gas asli.
Kelebihan:
- Mesra alam
- Mengurangkan bil elektrik
- Tidak dipengaruhi oleh awan mendung
Kekurangan:
- Penyelenggaraan tangki secara tahunan diperlukan
- Tiada model kecil
Bagaimana Untuk Memilih Pemanas Air Elektrik
Kita bertuah daripada negara empat musim apabila ia berkenaan pemilihan pemanas air:
Disebabkan iklim Malaysia di mana suhu bekalan air tidak jauh berbeza dari suhu mandi yang selesa!
Dan kerana kebanyakkan rumah (jika bukan semua) tidak bersambung pada saluran gas:
Ini lebih mempermudahkan pemilihan kita untuk pemanas air solar, konvensional dan tanpa tangki!
1. Kapasiti Dan Kadar Aliran
Berapa ramai orang yang ada dalam keluarga anda? Dan adakah mereka semua mandi pada waktu yang sama (cth: pagi atau petang)?
Dan jika anda menggunakan mesin basuh pinggan atau mesin basuh pada waktu kemuncak, jadi ambil kira itu juga!
Jelas sekali, tindakan yang paling mudah untuk diambil bagi keluarga yang besar adalah dengan menggunakan pemanas air tanpa tangki! Di mana bekalan air panas semestinya tidak terhad!
2. Lokasi
Seperti penapis air, ada pemanas air (tempat penggunaan) dan alat yang perlu dipasangkan dengan betul pada bekalan air!
3. Pam Atau Tanpa Pam
Bagaimanakah dengan aliran air semasa di rumah anda? Jika anda mendapatinya semakin berkurangan, dapatkan pemanas air elektrik dengan pam!
Pam akan membantu juga jika tangka air anda berada pada permukaan tanah dan kebanyakkan bilik air berada pada tingkat atas!
Pam DC Vs Pam AC
Pam DC kurang terdedah kepada renjetan elektrik berbanding dengan pam AC. Ia datang dengan kos yang lebih tinggi namun lebih cekap!
4. Kos
Anda boleh mendapatkan water heater dengan harga serendah beberapa ratus ringgit!
5. Ciri-ciri Lain
- Kecekapan tenaga yang tinggi (lebih mesra alam) menjimatkan bil elektrik
- Jaminan panjang bagi pam
- Binaan dalaman bagi keselamatan elektrik
- Pencegahan lecuran
13 Water Heater Terbaik di Malaysia 2021
1. Pemanas Air Elektrik Panasonic Siri Standard Bukan Jet Pam DH-3RL1MW
Panasonic merupakan salah satu jenama pemanas air terbaik di Malaysia!
Non-Jet Pump Standard Series Instant Water Heater mereka yang hadir dengan kepala pancuran, telah disahkan oleh Sirim. Dan sangat mesra pengguna!
Pemasangannya juga amat mudah. Walaupun ada yang mendapati pancuran jet airnya terlalu kuat!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektrik
- Pam Booster: Tiada
- Tekanan Air: 9.8 – 380 kPa
- Penggunaan Kuasa: 3,600 W
- Ciri-Ciri: ELB Binaan Dalaman, Pemotongan Haba Auto, Sensor Aliran, 8 Titik Keselamatan, Penapis
- Dimensi: 380 x 190 x 93 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: RM229
2. Pemanas Air Mandi Midea Non-Pump MWH-38Q
Pemanas air segara oleh Midea juga mempunyai ciri keselamatan tersendiri. Ia tutup secara automatik jika suhu air mencecah lebih 55°C!
Dan seperti model dalam senarai sebelum ini, pemanas air mandi ini tiada pam! Sebaliknya, ia bergantung kepada tekanan air anda yang sedia ada!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektrik
- Pam Booster: Tiada
- Tekanan Air: Tiada
- Kadar Aliran Air: 1.2 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,800 W
- Ciri-ciri: ELCB Binaan Dalaman, Perlindungan Pemanasan Lebihan, Perlindungan Pemanasan Anti-Kering, Sensor Aliran
- Dimensi: 330 x 224 x 93 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: RM158
3. Water Heater Elektrik Joven SA8E
Joven Instant Water Heater SA8E merupakan lagi satu pemanas air elektrik tanpa tangki yang anda boleh beli di Malaysia yang datang dengan kepala pancuran.
Unit kompaknya bergaya hanya dengan dail yang biasa di bahagian hadapannya untuk mengawal suhu! Dan anda boleh melaraskan kepalanya kepada 5 jenis hasil semburan!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Tiada
- Tekanan Air: 10 – 380 kPa
- Kadar Aliran Air: 2 – 8 L/min
- Penggunaan Kuasa: 2,200 – 5,200 W
- Ciri-ciri: Termostat Dengan Potongan Keselamatan, Sistem Tiang Berganda EELS, 10 Ciri Keselamatan
- Dimensi: 341 x 221 x 76 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM228
4. Pemanas Air Elektrik Toshiba DSK38S5MW
Penuh dengan pelbagai ciri keselamatan (untuk menghalang renjetan elektrik atau lecuran):
Toshiba Instant Electric Water Heater DSK38S5MW memenuhi harapan tinggi, ramai yang menggunakan jenama Jepun ini!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektrik
- Pam Booster: Tiada
- Tekanan Air: 30 – 300 kPa
- Kadar Aliran Air: 1.5 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,800 W
- Ciri-ciri: Sistem Kawalan Pintar, Teknologi Aliran Pusaran Air, Pemotongan Auto
- Dimensi: 400 x 200 x 97 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM209
5. Pemanas Air Elektrik Panasonic Siri Standard Jet Pam DH-3RP1MK
Sekali lagi, jenama Panasonic boleh dipercayai! Jet Pump Standard Series Home Shower Water Heater DH-3RP1MK merupakan salah satu water heater terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia.
Berasa senang untuk mendengar apabila ia mempunyai jaminan selama 5 tahun! Hanya perlu ingat untuk menghidupkan pam apabila mandi. Dan mematikannya selepas itu!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektrik
- Pam Booster: Pam DC
- Tekanan Air: 4.9 – 380 kPa
- Penggunaan Kuasa: 3,600 W
- Ciri-ciri: ELB Binaan Dalaman, Pemotongan Haba Auto, Sensor Aliran, 8 Ciri Keselamatan, Penapis
- Dimensi: 380 x 190 x 93 mm (T x L x P)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam)
- Harga: RM386.9
6. Pemanas Air Mandi Midea MWH-38P3 Dengan DC Silent Pam
Secara alternatif, anda boleh melihat unit mandian mandiri yang lebih kurang sama dengan ini oleh Midea. Water Heater With DC Silent Pump MWH-38P3 yang senyap mempunyai banyak langkah keselamatan di dalamnya.
Namun, jika rumah anda biasanya mempunyai tekanan air yang rendah, anda mungkin tidak dapat melihat peningkatan dalam kadar aliran!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektrik
- Pam Booster: Pam DC
- Tekanan Air: Tiada
- Kadar Aliran Air: 1.2 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,800 W
- Ciri-ciri: ELCB Binaan Dalaman, Perlindungan Pemanasan Lebihan, Pemotongan Haba Auto, Sensor Aliran Auto Binaan Dalaman , Perlindungan Pemanasan Anti-Kering
- Dimensi: 406 x 230 x 102 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 6 tahun (Pam)
- Harga: RM339
7. Pemanas Air Mandi Joven SL30IP Dengan Inverter DC Silent Pam
Mandilah tanpa rasa risau dengan Sistem EELS yang dibina di dalamnya (Lonjakan Perlindungan dengan kepekaan 10mA). Selain tekanan haba dan air yang mencukupi!
Pemanas berkualiti tinggi ini juga senyap (di bawah 65dB). Dan kadar IP (IP25) supaya tahan percikan!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik Tanpa Jejak
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 10 – 380 kPa
- Kadar Aliran Air: 2 – 8 L/min
- Penggunaan Kuasa: 2,200 – 5,200 W
- Ciri-ciri: Pemotongan Termostat, Kalis Percikan Standard IP25, Tiang Tunggal EELS, Teknologi Anti-Lecuran, 3 Pilihan Semburan
- Dimensi: 360 x 240 x 70 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: ~RM450
8. Pemanas Air Mandi Joven i88P-RS Dengan DC Pam
Dengan pam penyongsang DC, Joven Instant Water Heater With DC Pump I88P-RS juga agak senyap (Di bawah 45dB)!
Jika itu tidak mencukupi, ia mempunyai 10 ciri keselamatan (cth: anti-lecuran, pelindung lonjakan, kalis percikan dan sebagainya)! Dan termasuk pancuran hujan yang mempunyai pengeluaran air yang mencukupi!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 10 – 380 kPa
- Kadar Aliran Air: 2 – 8 L/min
- Penggunaan Kuasa: 2,200 – 5,200 W
- Ciri-ciri: Pemotong Termostat, Sistem Tiang Berganda EELS, 10 Ciri Keselamatan
- Dimensi: 358 x 237 x 70 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM668
9. Pemanas Air Elektrik Toshiba DSK38ES3MB Dengan DC Pam
Selain daripada kawalan suhu digital, Toshiba Instant Water Heater With DC Pump DSK38ES3MB mempunyai pam penyongsang DC yang menjimatkan 60% kuasa dan senyap (38dB).
Tambahan, pam diaktifkan secara automatik apabila tekanan air yang masuk terlampau rendah!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 30 – 300 kPa
- Kadar Aliran Air: 1.5 L/min (Min)
- Pengunaan Kuasa: 3,800 W
- Ciri-ciri: Sistem Kawalan Pintar dengan Paparan LED, Teknologi Aliran Pusaran Air, Pemotongan Auto
- Dimensi: 400 x 200 x 97 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM490
Dengan Pilihan Pancuran Hujan
Toshiba Instant Water Heater With DC Pump DSK38ES3MB + Pancuran Hujan – Lihat Harga
10. Pemanas Air Mandi Alpha Smart 18i Dengan DC Pam
Lagi satu pemanas air elektrik yang diluluskan Sirim dengan pam DC yan pelahan bunyinya (<40dB):
Alpha Water Heater Smart 18i With DC Pump mempunyai elemen pemanas buatan UK dan perlindungan elektrik. Termasuk lampu penunjuk kesalahan garisan!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 20 – 380 kPa
- Kadar Aliran Air: 3 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,600 W
- Ciri-ciri: Dibuktikan Auto Pintar, Petunjuk Kesalahan Garisan, ELCB, Pemotong Haba Keselamatan
- Dimensi: 413.5 x 230 x 91.3 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM549
Dengan Pilihan Pancuran Hujan:
Alpha Water Heater Smart 18i With DC Pump + Pancuran Hujan – Lihat Harga
11. Water Heater Rubine RWH-SSE891D Dengan Silent DC Inverter Pam Dan Pancuran Hujan
Jenama tempatan, Rubine mempunyai DC Inverter Pump Water Heater RWH-SSE891D yang boleh dipasangkan bersama dengan unit pancuran dan pancuran hujan krom yang sama menajubkan!
Jaminan untuk elemen pemanasan (teknologi UK) selama 7 tahun!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 20 kPa (Min)
- Kadar Aliran Air: 2 L/min (Min)
- Penggunaa Kuasa: 3,600 W
- Ciri-ciri: Sistem Perlindungan DPDT Ekstra Selamat, Keselamatan Pemotongan Auto, Kawalan Pintar
- Dimensi: 440 x 190 x 75 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 7 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM599
12. Water Heater CENTON EcoSerene Series Instant Shower Dengan DC Silent Pam
Jika anda tidak keberatan untuk menyokong jenama tempatan, CENTON EcoSerene Series Instant Shower Water Heater merupakan pemanas air mandi tanpa tangki yang sangat berpatutan. Dengan pam DC!
Pancuran tangan yang desertakan mempunyai pelbagai corak semburan. Dan pemanas airnya bukannya tanpa ciri keselamatan yang biasa (cth: Perlindungan lonjakan, pemanasan berlebihan dan lain-lain).
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: 380 kPa (Maks)
- Kadar Aliran Air: 2 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,600 W
- Ciri-ciri: Sensor Aliran Binaan Dalaman, Fungsi Termostat Berganda, Pemotongan Auto
- Dimensi: 376 x 246 x 98 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan)
- Harga: RM370
13. Water Heater Electrolux ComfortFlow™ 800 EWE361MB-DST1 Dengan DC Silent Pam Dan Pancuran Hujan
Produk Electrolux kebiasaannya lebih mahal:
Dan Electrolux ComfortFlow™ 800 Rain Shower Water Heater With DC Pump EWE361MB-DST1 tidak terkecuali!
Ia mempunyai 15 ciri keselamatan dan kemampuan skrin sentuh yang mewah dengan paparan suhu digital yang besar. Serta mod Eko Mandian yang unik untuk menjimatkan air apabila anda tidak perlu gunakan pemanas!
- Jenis: Kawalan Kuasa Elektronik
- Pam Booster: Pam Penyongsang DC
- Tekanan Air: Tiada
- Kadar Aliran Air: 2 L/min (Min)
- Penggunaan Kuasa: 3,600 W
- Ciri-ciri: Kawalan Kuasa Dinamik, Sedia Selamat, Eko Mandian, 15 Ciri Keselamatan, Skrin Sentuh Intuitif Pintar
- Dimensi: 401 x 220 x 80 mm (T x P x L)
- Jaminan: 1 tahun, 5 tahun (Pam), 5 tahun (Elemen Pemanasan), 10 tahun (Motor)
- Harga: RM779
Konklusi
Pemanas air mandi tanpa tangki merupakan jenis yang paling terkenal daripada semua pemanas air elektrik terbaik di Malaysia! Untuk kemampuan ia! Anda juga boleh memasangnya sendiri.
Pemanas bajet terbaik (RM200) tanpa pam booster: Toshiba Instant Electric Water Heater DSK38S5MW
Dan ada yang datang dengan pam untuk mengimbangi tekanan air yang rendah dirumah anda!
Nilai terbaik untuk wang anda: Rubine Silent DC Inverter Pump Water Heater RWH-SSE891D With Rain Shower