You are currently viewing 7 Bateri Kereta Terbaik Di Malaysia 2023 (Jenama Tahan Lama)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Anda boleh menarik nafas lega untuk menukar bateri seterusnya apabila anda memilih bateri kereta terbaik di Malaysia!

Penyenggaraan tetap adalah baik tetapi mempunyai alatan tepat di bawah bumbung juga amat penting! Dan bateri kereta biasanya perlu diganti setiap 2 hingga 3 tahun, secara purata!

Ketahui jenama bateri kereta yang mana terbaik di Malaysia. Atau baca panduan kami bagaimana untuk memilih bateri kereta!

Isi kandungan:

Jenis Bateri Kereta

1. Bateri Basah Biasa

Juga dikenali sebagai bateri plumbum-asid atau bateri kereta biasa, teknologi ini juga dipanggil dengan nama SLI. SLI membawa maksud mula (starting), nyala (lighting), dan cucuh (ignition).

Bateri SLI versi lama memerlukan anda untuk mengisi semula air tapis ke dalamnya dengan kerap. Kini, ia telah digantikan dengan bateri moden yang mempunyai kadar kehilangan air yang rendah. Maka, ia tidak lagi memerlukan penyelenggaraan yang kerap.

Bateri kereta basah biasa sememangnya menjimatkan wang serta sesuai dengan kenderaan yang tiada teknologi mula-berhenti. Ia juga tidak memerlukan kuasa yang tinggi.

2. Bateri Basah Dipertingkatkan (EFB)

Bateri EFB menawarkan prestasi terbaik berbanding bateri basah biasa. Ia sesuai untuk digunakan pada kenderaan yang mempunyai sistem mula-berhenti automatik ringkas.

3. Tikar Kaca Penyerap (AGM)

Dengan ketahanan hidup 3 kali ganda berbanding bateri kereta konvensional biasa:

Bateri AGM juga tahan lasak. Tiada risiko asid bateri akan bocor walaupun bingkai bateri pecah.

Sama seperti bateri EFB, bateri AGM beroperasi dengan baik pada kenderaan yang mempunyai sistem mula-berhenti automatik dan sistem pembrekan jana semula.

Ia juga mampu menampung permintaan kuasa yang lebih tinggi (komponen elektronik rumit yang ada pada kereta mahal).

Spesifikasi Teknikal Bagi Bateri Kereta

Sebelum kami meneruskan dengan senarai bateri kereta terbaik di bawah:

Anda terlebih dahulu perlu tahu sedikit istilah penting dan spesifikasi teknikal untuk bateri kereta. Hal ini supaya anda dapat menggambarkan dan menilai prestasi suatu bateri kereta itu.

Di bawah ini merupakan sedikit maklumat:

1. Cold-cranking Amps (CCA)

  • Hal ini penting di negara bermusim sejuk di mana enjin kereta sukar dihidupkan
  • Bagi Malaysia (cuaca panas), cukup untuk anda tahu yang lebih tinggi penilaian CCA sesebuah bateri, semakin kuat kuasa mulanya.

2. Kapasiti simpanan (RC)

  • Berapa lama sesebuah bateri boleh menghidupkan kereta sekiranya sistem pengecasan gagal (pengganti tidak berfungsi)
  • Berapa lama anda boleh membiarkan lampu hadapan hidup tanpa sengaja, dan masih boleh menghidupkan kereta (tanpa kejut-mula)

3. Jam Ampere (AH) @ 20HR

  • Umumnya, semua bateri kereta beroperasi dengan 12 volt
  • Ini menunjukkan berapa banyak tenaga disimpan di dalam bateri
  • 50Ah @ 20Hr membawa maksud anda boleh mendapatkan 12 volt daripada bateri tersebut dengan kada 2.5 ampere untuk 20 jam.

7 Bateri Kereta Terbaik Di Malaysia 2023

  • Bateri Kereta Keseluruhan Terbaik – Century Marathoner Max
  • Bateri Kereta Tahan Lama Terbaik – AMARON HI-LIFE & Panasonic MF High Spec
  • Bateri Kereta Nilai Terbaik – Bateri Camel Standard Plus
  • Bateri Kereta Bajet Terbaik – Bateri BOSCH SM Mega Power

1. Bateri Kereta Century Marathoner Max

Tiada penyelenggaraan diperlukan:

Bateri Kereta Century Marathoner merupakan salah satu pilihan terbaik bateri kereta di Malaysia.

Bateri Kereta Century Marathoner Max

Century mempunyai pengiktirafan Sirim, dan pengiktirafan TUV Rheinland untuk ISO 9001, ISO 14001 dan ISO/TS 16949.

Selain itu, mereka merupakan pembekal OEM untuk jenama kereta terkemuka di Malaysia – termasuk Perodua, Proton, dan Hyundai.

Bateri ini hadir dengan jaminan 18 bulan untuk kenderaan petrol bagi kegunaan peribadi.

Ia dibina dengan plat tropika dan formula baharu Denxita, yang mendakwa bahawa ia mempunyai ketahanan dua kali ganda berbanding bateri konvensional!

Bateri kereta Century Marathoner Max mempunyai penilaian CCA yang sederhana, tetapi mempunyai kapasiti simpanan tertinggi (RC) 58 minit untuk bateri saiz NS40ZL. RC ini bersamaan dengan bateri kereta Century Ultramax juga!

Nota: Juga servis yang bagus.

  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 18 bulan (Kenderaan Petrol untuk kegunaan peribadi)
  • Harga: ~RM200 – RM300

Kelebihan:

  • Jaminan panjang
  • Jenama yang dipercayai dan diiktiraf

Kekurangan:

  • Lingkungan harga sederhana

2. Bateri Kereta Amaron Hi Life

Amaron sudah berada dalam perniagaan bateri kereta sejak 2009. Bateri ini dibuat di India dengan menggunakan teknologi Amerika. Tambahan lagi, Amara Raja Batteries Berhad (ARBL) telah bekerjasama dengan Johnson Controls Inc., Amerika Syarikat.

Bateri Kereta Amaron Hi Life

Bateri Kereta Amaron tersedia untuk banyak jenis kereta di Malaysia. Bateri Amaron juga memuatkan aloi SilvenX yang telah dipatenkan, dan memberikan kuasa yang tahan lama.

Selain Amaron Hi Life yang merupakan siri premium (dengan daya tahan haba tinggi dan kalis gegaran), ada juga versi bajet yang dipanggil Amaron Go. Perbezaan harga antara kedua-duanya adalah sekitar RM30.

Maka kami mengesyorkan Amaron Hi Life kerana ia mempunyai CCA dan RC yang lebih tinggi ~30%! Ia juga tidak memerlukan penyelenggaraan dan siap dicas di kilang untuk kemudahan anda!

Tambahan pula, ini merupapakan satu-satunya jenama bateri yang kami jumpa menawarkan jaminan sehingga 36 bulan*.

*Pro-rata & HANYA ada di pengedar rasmi terpilih

Disebabkan ketahanan dan jaminannya yang panjang, Amaron menjadi salah satu jenama bateri kereta paling laris dalam Malaysia.

  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 18 – 36 bulan
  • Harga: ~RM200 – RM300

Kelebihan:

  • Jenama sangat terkemuka
  • Boleh diharap

Kekurangan:

  • Jaminan panjang 36 bulan ialah pro-rata dan hanya ada di penjual rasmi tertentu; harganya juga mungkin sedikit mahal
  • Mahal

3. Bateri Camel Standard Plus

Camel Group Co. Ltd ditubuhkan pada 1980. Kini, mereka telah berkecimpung dalam perniagaan bateri automotif selama hampir 40 tahun! Penjualannya merangkumi hampir semua bandar China dan lebih 40 negara!

Bateri Kereta Camel Standard Plus

Mereka juga mempunyai kilang di Kuantan, Pahang.

Bateri Standard Plus keluaran Camel mendakwa yang ia mampu menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak ~5%, serta merendahkan pembebasan karbon dioksida lebih 5% juga!

AH, CCA dan RC pada bateri ini setanding dengan Amaron Hi-Life. Camel juga menawarkan jaminan 18 bulan atau 30,000 km; bergantung yang mana sampai dahulu.

Bateri Camel Standard Plus mempunyai RC tertinggi (80 minit) untuk jenis bateri NS60LS yang merupakan bateri unggul untuk model kereta yang biasa digunakan – Honda Civic atau Accord, Toyota Vios, dll.

Nota: Jika anda memerlukan sebarang bantuan memlih bateri, Camel mempunyai “tool” mencari bateri di laman sesawang rasmi mereka.

  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 18 bulan
  • Harga: ~RM195 – RM310

Kelebihan:

  • Jaminan panjang
  • Mampu milik

Kekurangan:

  • Jaminan lebih pendek berbanding yang ditawarkan oleh Century Ultramax

4. Bateri Kereta Varta Blue Dynamic

VARTA® telah membuat bateri sejak 1887! Ia di bawah syarikat Clarios Global (dahulu dikenali sebagai Johnson Controls) – sebuah syarikat besar yang berfokus pada solusi penyimpanan tenaga dengan legasi yang sama tua dengan VARTA®!

Bateri Kereta Varta Blue Dynamic

Bateri Kereta Varta Blue Dynamic C datang dalam 25 model yang berbeza saiz:

Supaya ia sesuai dengan kereta biasa, kereta dengan teknologi mula-berhenti, serta kereta yang mempunyai kedua-dua mula-berhenti dan sistem brek pemulihan semula tenaga!

Anda boleh memeriksa model kereta anda dan jenis bateri yang berkaitan dalam laman web mereka.

Ia juga dibuat mengikut piawaian Jerman, dengan CCA yang sangat tinggi (370) untuk bateri jenis NS40ZL. Ia juga tinggi berbanding jenama bateri kereta lain dalam lingkungan harga yang sama.

Nota: Anda mungkin boleh tukarkan dengan bateri lama anda; juga boleh dihantar ke Malaysia Timur.

  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 12 bulan
  • Harga: ~RM220 – RM310

Kelebihan:

  • CCA tinggi
  • Boleh diharap (piawaian Jerman)
  • Jenama terkemuka – sejak 1887

Kekurangan:

  • Jaminan lebih pendek berbanding apa yang ditawarkan Century Ultramax

5. Bateri Kereta Bebas Penyelenggaraan Panasonic

Panasonic juga mempunyai bateri kereta bebas penyelenggaraan. Ia dibuat di Thailand dengan teknologi Jepun.

Panasonic mempunyai 2 model:

MF piawai (badan putih) dan MF spesifikasi tinggi (hitam).

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec

Panasonic MF piawai mempunyai CCA yang lebih tinggi daripada Amaron Go (301 berbanding 265) untuk saiz bateri NS40ZL.

Manakala Panasonic MF spesifikasi tinggi mempunyai CCA tertinggi dalam senarai dengan nilai 400 dan 469 bagi masing-masing saiz bateri NS40ZL dam NS60LS.

Akan tetapi, kedua-dua model mempunyai ciri yang hampir sama, termasuk penyumbat bolong untuk mengelakkan kehilangan cecair dan mengelakkannya pecah!

Kedua-duanya juga mempunyai Aloi Kalsium HEAD2 baharu yang mampu meningkatkan ketahanan plat (memanjangkan jangka hayat bateri).

Apa-apapun, MF spesifikasi tinggi mempunyai salutan aloi perak tambahan pada grid Aloi Kalsium (HEAD2) sedia ada.

Salutan tambahan ini mampu meningkatkan ketahanan haba pada bateri, dengan meminimumkan penyejatan elektrolit, seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri!

Kekurangan bateri kereta Panasonic ialah harganya yang tinggi, dan ia merupakan antara bateri kereta termahal di pasaran.

Kami secara peribadi menggunakan Panasonic MF piawai untuk Honda City (bateri ini sememangnya digunakan pada kereta ini). Ia telah bertahan selama 2.5 tahun.

Bateri Kereta Bebas Penyelenggaraan Panasonic
  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM230

Kelebihan:

  • Jenama boleh diharap
  • CCA tertinggi dalam senarai kami (untuk model MF spesifikasi tinggi)

Kekurangan:

  • Jaminan pendek

6. Yokohama Gold MF Series

Jika anda mencari bateri kereta bajet terbaik, carilah jenama tempatan!

Yokohama ialah pengilang bateri automotif tempatan yang mengeksport bateri ke lebih 40 negara. Ia ditubuhkan ~50 tahun lalu pada 1967, dengan menambah baik bateri penghidup automotif.

Yokohama Gold MF Series

Mereka memperoleh status Superbrand pada 2016. Di samping menjual bateri konvensional dan MF, mereka juga menjual Yokohama Gold MF Series yang merupakan siri premium mereka (selain Platinum MF Series).

Yokohama mampu memenuhi permintaan berbagai-bagai jenis saiz bateri – termasuk NS40Z/ZL, NS60/L, NS60S/LS, dan NS70/L. Terdapat juga carta di laman sesawang mereka yang boleh dirujuk untuk pemasangan yang disarankan!

Yokohama Gold MF Series mempunyai kalsium untuk menguatkan platnya. Walaubagaimanapun, pengguna menyatakan bateri itu hanya bertahan 1-2 tahun.

Maka anda perlu mengambil kira perkara tersebut jika and aingin mencuba bateri kereta Yokohama Gold MF Series.

  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM180-185

Kelebihan:

  • Harga hebat/ sangat mampu milik
  • Patuh ISO 9001 dan ISO 14001

Kekurangan:

  • Jaminan pendek
  • Tidak boleh diharap sangat berbanding jenama lain

7. Bateri BOSCH SM Mega Power

Buatan Korea Selatan:

Bateri BOSCH SM Mega Power menggunakan teknologi kalsium – teknologi yang boleh menghidupkan engin dengan mudah.

Bateri BOSCH Mega Power

Untuk bateri jenis MF, Bateri BOSCH SM Mega Power mempunyai harga yang berpatutan:

Berbanding dengan bateri Amaron Hi-Life, Bateri BOSCH SM Mega Power lebih murah untuk spesifikasi yang agak serupa. Iaitu, jika anda tidak keberatan tempoh jaminan yang lebih pendek.

Untuk kedua-dua saiz bateri NS40ZL / 42B20L dan NS60LS / 46B24L, CCA, RC & AH bagi Bateri BOSCH SM Mega Power adalah setanding dengan Amaron Hi-Life.

Walau bagaimanapun, jika anda suka menggunakan jenama import, anda mungkin masih tergoda untuk mengambil jenama Jerman, BOSCH untuk reputasi mereka berbanding dengan jenama lain.

Nota: Anda boleh mendapatkan kad waranti setahun daripada Robert Bosch Sdn. Bhd.

Kereta peribadi saya telah menggunakan bateri BOSCH SM Mega Power ini selama 1 tahun 10 bulan, dan ia masih berfungsi dengan baik.

Bateri BOSCH SM Mega Power
  • Jenis: Bateri MF
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM170-190

Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan
  • Jaminan agak panjang
  • Meminimumkan kehilangan air

Kekurangan:

  • Brand lain dengan spesifikasi yang sama menawarkan tempoh jaminan yang lebih panjang

Perbandingan Spesifikasi Bateri Kereta

Semak semula bagi memastikan saiz bateri yang dibeli adalah sesuai untuk digunakan pada kereta anda!

Nota: Jaminan yang dinyatakan pada jadual di bawah hanya terpakai untuk kenderaan petrol kegunaan peribadi, bukan tujuan komersial.

Saiz Bateri NS40ZL / 45B19L / 36B20L

Model kereta yang sesuai adalah Honda City atau Jazz, Myvi, Axia, Bezza

Bateri Kereta RC, minit AH @ 20Hr CCA Berat, kg Jaminan, bulan Harga, RM
Century Marathoner 50 38 308
Century Marathoner Max 58 38 320 18 / 25,000 KM 200
Century Ultramax 58 38 351 21
Century Motolite 40 28 268 9.5 12 170
Amaron Go 43 35 265 9 15 200
Amaron Hi-Life 55 35 335 10 15 230
VARTA Black Dynamic 28 35 315 11 12 210
VARTA Blue Dynamic 40 370 250
Camel Standard Plus Battery 55 36 330 9.4 18 / 30,000 KM 195
Yokohama Gold MF Series 51 32 310 12 180
Panasonic MF Standard 35 301 12 250
Panasonic MF High Spec 52 38 400 9.7 12 300
HELDEN Silver MF 36 270 1 128
BOSCH Mega Power Battery 57 38 340 12 170

Saiz Bateri 55B24LS / 65B24LS / NS60LS

Model kereta yang sesuai termasuk Honda Civic dan Accord, Toyota Vios dan Almera, Proton Waja

Bateri Kereta RC, minit AH @ 20Hr CCA Berat, kg Jaminan, bulan Harga, RM
Century Marathoner 58 40 351
Century Marathoner Max 73 45 400 18 / 25,000 KM 218
Century Ultramax 73 55 434 21
Century Motolite 52 35 275 12 180-210
Amaron Go 56 45 295 11.6 15 230
Amaron Hi-Life 75 45 360 11.6 15 250
VARTA Black Dynamic 35 45 335 12 12 230
VARTA Blue Dynamic 50 390 12
Camel Standard Plus Battery 80 45 360 10.8 18 / 30,000 KM 215
Yokohama Gold MF Series 58 40 355 12 185
Panasonic MF Standard 45 365 12 260
Panasonic MF High Spec 79 50 469 12.9 12 320
HELDEN Silver MF 45 340 1 145
Yuasa MF 45 430 12 / Unlimited 215
BOSCH Mega Power Battery 70 45 350 12 190

Bagaimana Untuk Memilih Bateri Yang Sesuai Untuk Kereta Anda

Jangan tunggu sehingga saat-saat terakhir jika bateri kereta menunjukkan tanda-tanda penuruan.

Termasuklah apabila sukar untuk memulakan enjin!

Ini untuk mengelakkan penjual mengambil kesempatan atas anda apabila kereta anda benar-benar rosak!

1. Jaminan

Sebelum anda membeli bateri baru:

Anda sepatutnya memeriksa sekiranya bateri asal termasuk dalam jaminan kereta anda!

Bateri baru juga mesti mempunyai jaminan. Sekurang-kurangnya 12 bulan untuk penggantian percuma.

Terdapat juga jaminan yang boleh pergi sehingga 36 bulan!

2. Saiz Kumpulan (Saiz Bateri)

Ini bermakna saiz fizikal bateri.

Jika anda tidak dapat jenama dan model sama seperti bateri asal, adakah bateri baru masih sesuai untuk ruang yang tersedia?

Anda boleh memeriksa saiz bateri yang kereta anda gunakan daripada manual pengguna kereta. Atau daripada label bateri asal!

Atau boleh cari di atas talian (bersama-sama dengan perincian kereta anda – saiz enjin, tahun dan model)!

3. Kapasiti Simpanan

Kapasiti Simpanan (RC) dikira dalam minit. Berapa lama bateri anda boleh berfungsi sekiranya pengulang alik anda tidak berfungsi. Atau apabila enjin ditutup.

RC yang panjang tidak semestinya baik. Lihat pada manual pengguna kereta untuk mengetahui RC yang sesuai dengan kereta anda!

4. Jenis Bateri (Penyenggaraan)

Ini juga akan menentukan harga bateri! Seperti yang anda boleh teka, kos bateri bebas penyelenggaraan adalah paling mahal!

5. Jenama

Pilih jenama yang bereputasi baik. Jenama khusus mungkin juga tertulis dalam manual pengguna kereta anda.

Jangan beli bateri paling murah daripada jenama yang kurang terkenal!

Kerana terdapat banyak cara bagaimana bateri murah boleh rosak. Dan anda mungkin tidak mahu menukar bateri lebih cepat yang dirancang!

Malah, bateri gred tinggi akan bertahan dengan lebih lama!

6. Gred

Jenaman berbeza mungkin mempunyai model/rangkaian bateri premium yang lebih mahal daripada jenis standardnya.

Bagaimanapun, bateri-bateri gred tinggi ini akan bertahan lebih lama.

7. Tarikh Pembuatan

Biasanya bateri dinilai akan bertahan sehingga 5 tahun. Malah bateri yang bagus juga akan berkurangan secara perlahan-lahan apabila ia tidak diguna untuk jangka masa yang lama.

Jadi, anda harus cuba mendapatkan bateri anda dari tempat yang melihat perolehan cepat.

Untuk rujukan, mana-mana bateri yang dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan atau kurang, ia dianggap sebagai “baru”.

Sesetengah pengeluar mungkin membuat anda susah untuk tentukan umur bateri.

Dalam hal itu, lihat pada 2 digit pertama pada sebelah kiri kod tarikh penghantaran panjang digit 4-5 (biasanya pada tepi bateri, bukannya pada label):

  • Huruf (A hingga L) pada bulan pembuatan – Dimana ia mewakili Januari dan L mewakili December
  • Nombor (0 hingga 9) pada tahun pembuatan– 0 adalah

Kesimpulan

Seperti minyak enjin, memilih bateri kereta yang bagus adalah sangat penting. Oleh itu, senarai bateri kereta terbaik Malaysia ini juga agak penting!

Anda perlu memastikan terlebih dahulu faktor-faktor seperti bajet, reputasi jenama, Cold-cranking Amps (CCA) & Kapasiti Simpanan (RC) serta tempoh jaminan!

Secara keseluruhan, bateri kereta yang terbaik adalah Century Marathoner Max yang seimbang dari segi prestasi dan harga. Bagi kategori bateri kereta tahan lasak, anda boleh mempertimbangkan sama ada bateri kereta Amaron Hi-Life atau Panasonic MF Spesifikasi Tinggi.

Selain itu, jika anda mencari jaminan yang panjang, anda boleh memilih antara Century Ultramax (21 bulan), Camel Standard Plus Battery (18 bulan) ataupun Amaron Hi-Life (18 bulan)!

Selain mendapatkan bateri kereta dari jenama terkenal, anda mungkin ingin belajar bagaimana dan cara memanjangkan jangka hayat bateri kereta anda juga!