Sila hadam dan faham akan jenama-jenama kipas siling terbaik di Malaysia ini yang pastinya tidak akan mengecewakan anda!
Senarai ini mempunyai pecahan 13 kipas siling daripada pelbagai jenama yang boleh dipercayai seperti KDK dan Panasonic! Disertakan juga pilihan bajet untuk harga sekitar RM100.
Kami juga turut menyertakan kipas siling dengan reka bentuk indah bagi mereka yang inginkan kipas yang boleh menjadi perhiasan tetapi berfungsi dengan baik di rumah.
Isi Kandungan:
13 Kipas Siling Terbaik Malaysia 2022
Semua kipas siling yang hadir dalam artikel ini adalah untuk kegunaan rumah. Kebanyakannya ialah kipas siling piawai dengan batang.
Kebanyakannya menggunakan motor arus ulang-alik AC tetapi ada juga beberapa model yang menggunakan motor arus terus DC yang cekap tenaga! Kipas siling dengan motor DC kebiasaannya lebih mahal daripada kipas motor AC.
- Kipas Siling Terbaik Keseluruhan – Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO
- Kipas Siling Bajet Dengan Ciri Asas Terbaik – MIDEA MFC-150A15 60″
- Kipas Siling 5-Bilah Terbaik Untuk Pemasangan Sendiri – Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P
- Kipas Pereka Bentuk Bajet Terbaik (Scandinavia) – ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54
- Kipas Siling Pereka Bentuk Terbaik (Gaya Antik) – NSB Fan XLED 5-Blade 56″ Kipas Siling Dengan Lampu LED
- Kipas Siling Besar Yang Asas Terbaik Untuk Ruang Tamu – KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0
- Kipas Siling Besar Yang Fansi Terbaik Untuk Ruang Tamu – MAVA TROCA 8-Blade 58″ Kipas Siling Dengan Lampu LED
- Kipas Siling Motor DC Terbaik Dengan Lampu LED – Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ Kipas Siling Dengan Lampu LED
- Kipas Siling Motor DC Terbaik Dengan Lampu LED (Scandinavian) – ALPHA Vannus Luna Designer 5-Blade 56″ 5B/56 Kipas Siling Dengan Lampu LED
Jika anda ingin tahu lebih lagi tentang cara memilih kipas siling, kami mempunyai artikel berkaitan topik ini secara spesifik!
1. Kipas Siling Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ
Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ hadir dalam warna hitam atau putih yang bergaya. Rekaan yang minima sangat menarik perhatian bagi orang yang menggemari kesederhanaan.
Atau yang inginkan kipas siling yang tidak terlalu menonjol dimana ia tidak mengalih perhatian daripada hiasan dalaman bilik tersebut!
Tetapi yang paling penting, ia mempunyai penarafan kecekapan tenaga 5 bintang dimana ia bermaksud anda boleh menjimatkan bil elektrik bulanan anda!
Rekaan 5-Bilah juga membolehkan penghasilan udara yang lebih baik. Dan dengan 3 jenis ciri-ciri keselamatan yang terbina-dalam, anda boleh yakin bahawa kipas tersebut stabil dan selamat untuk digunakan!
Ia juga mudah untuk digunakan. Ciri kawalan jauh mempunyai 6 butang untuk mengoperasikan kipas tersebut. Juga terdapat butang untuk pemasa Off dan Mod Tidur
Namun begitu, kipas siling ini agak sukar untuk dipasang sendiri oleh anda memandangkan ianya adalah model lama. Jadi, anda perlu mengupah orang lain untuk melakukannya untuk anda.
Kekurangan lain ialah motor daripada kipas tersebut mengeluarkan sedikit bunyi apabila kelajuannya ditetapkan pada kelajuan 3 dan ke atas.
Tetapi Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ ini merupakan salah satu daripada kipas 56″ berkualiti tinggi (dan berjenama) yang anda boleh dapatkan walaupun harganya tidaklah murah!
Walaupun begitu, kami perlu menyatakan bahawa Panasonic 3-Blade 60″ Ceiling Fan mempunyai harga separuh daripadanya, juga disertai dengan penghasilan udara yang lebih tinggi (230 m3/min vs 215 m3/min) walaupun hanya mempunyai 3 bilah!
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: 140 x 42.9 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 21 – 69 W
- Kelajuan Kipas: 95 – 183 RPM
- Penghantaran Udara: 215 m³/min
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 3 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM311
Kelebihan:
- Penilaian 5-Bintang untuk Tenaga
- Kawalan yang ringkas dan mudah
- Penampilan yang tidak begitu menonjol serasi dengan mana-mana hiasan dalaman bilik
- Mempunyai pemasa-off
Kekurangan:
- Mahal
- Mengeluarkan bunyi pada kelajuan melebihi 3
- Model lama
2. Kipas Siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P
Sekiranya anda menggemari rupa rekaan Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ tetapi inginkan yang lebih murah:
Kipas siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P adalah pilihan alternatif bergaya yang datang dalam warna kemasan matte hitam.
Sama seperti kipas siling Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ,ia juga didatangkan dengan 5 bilah.
Kipas siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P hadir dengan warna hitam (kemasan matte/warna hitam mati).
Kipas siling ini juga mempunyai penarafan kecekapan tenaga yang tinggi walaupun didatangkan dengan motor jenis AC (dengan jaminan 3 tahun)! Terdapat 3 kelajuan dan pengatur masa daripada tempoh 1, 3 atau 6 jam.
Dan yang menariknya harga kipas ini adalah separuh daripada kipas siling jenama Panasonic!
Tambahan lagi, rekaan pengaliran udara yang tinggi (bilah polimer) juga memberikan keselesaan dan pengaliran angin yang lembut (sehingga 242 putaran perminit @ RPM)!
Disebalik mempunyai dimensi yang sedikit lebih kecil berbanding Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ:
Kipas siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P juga mencapai kelajuan yang setanding (tetapan kelajuan paling rendah ialah 118 RPM vs 95RPM oleh kipas siling Panasonic Bayu)
Kedua-dua kipas ini sesuai untuk bilik yang bersaiz-sederhana (~400 sq ft).
Tambahan lagi, sekiaranya anda ingin menjimatkan kos pemasangan, kipas Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P lebih mudah untuk dipasang berbanding kipas Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ.
Namun begitu, kipas siling ini sedikit bergoyang, dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbina-dalam seperti yang dimiliki oleh Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ.
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: 140 x 40 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 41.5 – 74.4 W
- Kelajuan Kipas: 118 – 242 RPM
- Penghantaran Udara: N/A
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 3 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer)
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM148
Kelebihan:
- Murah
- Kemasan matte yang cantik bergaya
- Mudah untuk dipasang
- Dengan alat kawalan jauh
- Penilaian 5 bintang untuk Tenaga
Kekurangan:
- Bergoyang pada kelajuan yang tinggi
- Tiada ciri-ciri keselamatan yang terbina-dalam
3. Kipas Siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO
Sebagai alternatif, Panasonic 3-Blade 60″ Ceiling Fan FM15AO juga berharga di bawah RM150 dan menghasilkan RPM yang tinggi (putaran seminit) dan CFM. Tanpa mengambil kira jumlah bilahnya (ia mempunyai 3 bilah)!
Hakikatnya, putaran per minitnya (RPM) adalah lebih tinggi berbanding kipas siling 5-bilah Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P yang berharga serupa (264 RPM vs 242 RPM)!
Jadi walaupun ia kelihatan biasa dan ringkas, kipas 3-bilah ini memberikan pengaliran udara yang kuat – cukup untuk bilik bersaiz-sederhana!
Sebagai tambahan, dengan tahap bunyi pada <54 dB, kipas ini juga dianggap sebagai model yang rendah tahap bunyinya.
Seperti kipas siling Panasonic Bayu 5-Blade 56″ F-M14DZ, kipas siling untuk model Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan (seperti keselamatan udara panas, fius arus, plat pencegah jatuh, dll).
Satu-satunya kekurangan kipas siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO ialah kawalannya harus dilekatkan pada dinding.
Dimana ia sedikit tidak begitu menyenangkan memandangkan anda perlu berdiri dan berjalan ke papan kawalan untuk menekan suis on/off pada kipas atau untuk mengubah kelajuannya.
Tetapi jika anda inginkan kipas ringkas yang boleh dipercayai dan berfungsi, dimana ianya praktikal dan tidak mahal, kami tidak teragak – agak untuk mengesyorkan kipas siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO!
Tambahan lagi, semua orang akan menghargai cirinya yang mempunyai 3-bilah, dimana anda juga tidak akan meluangkan masa yang terlalu lama untuk membersihkan kipas ini!
Nota: Hanya terdapat warna putih.
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60″
- Dimensi: 150 x 43.9 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: n / a
- Penggunaan Kuasa: 15 – 82 W
- Kelajuan Kipas: 81 – 264 RPM
- Penghantaran Udara: 230 m³/min (8122 CFM)
- Kawalan & Ciri: Suis Dinding Dengan Pengatur Elektronik 5 Kelajuan
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM142
Kelebihan:
- Murah
- Pengaliran udara yang kuat
- Perlindungan keselamatan pelbagai-peringkat
- Rekaan ringkas yang tidak terlalu menarik perhatian
- Kuantiti bilah yang kurang untuk dicuci
Kekurangan:
- Suis kawalan melekat pada dinding
- Tiada ciri-ciri tambahan (seperti pemasa-off, alat kawalan jauh atau lampu)
4. Kipas Siling KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0
Diberi penarafan 5 bintang untuk kecekapan tenaga (dengan CFM yang sama dengan kipas siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO), kipas siling KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0 mempunyai tahap bunyi yang sedikit tinggi (<62 dB) berbanding model Panasonic.
Ruang permukaan yang luas pada penyapu bilah kipas (sweeping blades) menghasilkan aliran angin yang mencukupi (sehingga 264RPM) untuk bilik bersaiz-sederhana.
Tetapi jika anda lebih menggemari kipas yang mempunyai bunyi yang perlahan, kipas siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO yang sebelum ini lebih sesuai untuk anda. Kedua-duanya juga adalah sama dari segi harga.
Selain itu, keseluruhan rekaan kipas adalah hampir sama dengan Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO. Walaupun begitu, terdapat 3 warna yang anda boleh pilih untuk model kipas siling ini – tembaga, perak dan putih!
Dan seperti Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO, kipas siling KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0 ini menggunakan suis kawalan dinding daripada alat kawalan jauh. Terdapat 3 warna – tembaga, perak dan putih!
Dimana penggunaanya tidak begitu menyenangkan seperti kipas siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P yang mempunyai harga yang sama.
Di sudut kelebihannya, KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0 mempunyai peranti keselamatan pemutus dan plat keselamatan bilah.
Keseluruhannya, kipas siling KDK 3-Blade 60″ K15V0/K15W0 merupakan alternatif yang bagus / setanding dengan kipas siling Panasonic 3-Blade 60″ FM15AO sekiranya anda inginkan rekaan yang serupa tetapi berwarna putih.
Ia juga saiz yang sesuai untuk bilik yang besar!
Asalkan anda boleh bertoleransi dengan tahap bunyi yang lebih bising. Kipas KDK sangat tahan lama. Kipas siling KDK kami yang lama masih berfungsi selepas penggunaan berdekad lamanya!
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60″
- Dimensi: 150 x 43.9 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 14.1 – 82.5 W
- Kelajuan Kipas: 81 – 264 RPM
- Penghantaran Udara: 230 m³/min (8122 CFM)
- Kawalan & Ciri: Suis Dinding Dengan Pengatur Elektronik 5 Kelajuan
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM145
Kelebihan:
- Murah
- Penilaian 5-Bintang untuk Tenaga
- Peranti keselamatan pemutus dan keselamatan bilah yang terbina-dalam
- Pilihan 3 warna
- Jenama yang dipercayai
Kekurangan:
- Bunyi yang boleh didengari
- Suis kawalan yang terletak pada dinding tidak menyenangkan bagi pengguna yang terjejas pergerakan.
5. Kipas Siling ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54
Mahukan kipas yang kelihatan lebih klasik untuk menggayakan ruang tamu anda yang berinspirasikan Scandavia?
Si elegan ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ Ceiling Fan XPRESS-5B/54 mempunyai pilihan warna hitam matte dan bilah ABS berwarna coklat walnut! Selain daripada warna putih-matte atau hitam-keseluruhan!
Dan kipas jenama ini masih kekal sebagai kipas siling yang mempunyai harga yang berpatutan di Malaysia!
Untuk kipas pereka bentuk yang mempunyai harga RM200, kipas siling ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54 juga lebih selesa untuk dibelanjakan oleh poket anda berbanding dengan kipas siling Rubine VENTO 5-Blade 53″ Decorative RCF-VENTO53-5B yang lebih mahal!
Dengan mengenepikan soal estetik, panjang sayap bilah yang bersaiz sederhana iaitu 54” dan kaki padu per minit @ CFM yang tinggi (8500) menjadikan kipas siling ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54 ideal untuk ruangan yang lebih besar seperti ruang tamu, bilik tidur dan malahan dapur!
Terdapat kawalan untuk 4 kelajuan praset dan juga pemasa. 5-bilah tersebut berpusing pantas pada kelajuan 225 RPM tetapi senyap!
Diperbuat daripada ABS (Acrylonitrile Butadiene Styrene), bilah tersebut adalah kalis-karat. Dengan juga rintangan terhadap alunan atau ledingan (kecacatan pada produk). Untuk memastikan bahawa kipas anda bertahan lama sementara memberikan aliran udara yang maksima setiap hari!
Dan memandangkan kipas siling tersebut agak ringan, anda boleh memasangnya sendiri!
Dengan mempertimbangkan semua perkara, kipas siling ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54 sudah pasti memenangi undian/pilihan kami bagi kipas siling pereka bentuk bajet yang terbaik!
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 54″
- Dimensi: 137.1 x 40 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 80 W
- Kelajuan Kipas: 225 RPM
- Penghantaran Udara: 240 m³/min (8500 CFM)
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 3 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer)
- Waranti: 1 tahun, 3 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM188
Kelebihan:
- Pilihan yang luas untuk warna dan kemasan
- Kadar penghasilan udara yang tinggi (8500 kaki padu per minit @ CFM)
- Harga yang berpatutan
- Dengan pemasa
- Rekaan yang bergaya
- Bilah anti-karat
Kekurangan:
- Kadang-kadang skru yang disediakan tidak mencukupi untuk pemasangan sendiri
6. Kipas Siling DEKA 5 Bilah 56” F6S
Kipas siling DEKA 5-Blade 56″ F6S merupakan model pengganti (versi baru) untuk kipas siling Deka Kronos 5-Blade 56″ F5P.
Kedua-duanya kelihatan serupa secara praktikal, dengan 5-bilah ABS dan kemasan hitam matte yang cantik. Panjang bilah dan putaran per minit @ RPM maksima setinggi 250 adalah cukup bagus untuk bilik bersaiz kecil sehingga sederhana.
Kedua-dua kipas siling bergantung pada motor AC. Tetapi kipas siling F6S mempunyai 5 kelajuan yang boleh diubah dimana F5P mempunyai 3. Keseluruhan RPM kini adalah lebih tinggi dengan F6S berbanding F5P (132 – 250 RPM vs 118 – 242 RPM).
Namun begitu, penggunaan kuasa adalah sama (sehingga 75W).
Dengan mana-mana model, kawalan jauh mempunyai pemasa (untuk 1, 3 atau 6 jam). Dimana ianya bagus sekiranya anda selalu terlupa untuk mematikan kipas anda sebelum anda meninggalkan rumah!
Pada kelajuan yang tinggi, kipas tersebut cenderung untuk sedikit bergoyang. Kit pengimbang boleh membantu anda mengurangkan masalah demikian.
Dan sekiranya anda mendengar sebarang bunyi daripada motor ketika anda menghidupkan kipas itu, kami mencadangkan supaya anda menghubungi pihak penjual untuk menghantar juruteknik untuk memperbaiki masalah tersebut.
- Bilang Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: 140 x 40 (P x T) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 Bintang
- Penggunaan Kuasa: 44 – 79 W
- Kelajuan Kipas: 132 – 249 RPM
- Pengedaran Udara: –
- Kawalan & Ciri-ciri: Kawalan Jauh Dengan 4 Kelajuan Pratetap, Pemasa
- Jaminan: 1 tahun, 3 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM175
Kelebihan:
- Mempunyai pemasa untuk menjadualkan operasinya dengan mudah
- Pemasangan sendiri tidak begitu sukar
- Rekaan minimalis yang moden
- Kelajuan angin yang tinggi
Kekurangan:
- Mahal
- Sedikit bergoyang pada kelajuan yang lebih tinggi
Lebih jimat dengan 2: Kipas Siling DEKA K9 x2 – Semak Harga
7. Kipas Siling Putih MIDEA MFC-150A15 60″
Ini adalah kipas siling yang anda boleh dapatkan di Malaysia yang mempunyai reka bentuk ringkas dan minimalis dengan 3 bilah logam. Bagi kipas 60”, ia sangat berbaloi pada harga bawah RM120.
Tambahan pula, motornya mempunyai jaminan 3 tahun. Selain itu kipas siling putih MIDEA MFC-150A15 60″ ditambah lagi dengan jaminan umum 1 tahun.
Pengatur kelajuan yang tersedia membolehkan anda untuk memilih antara 5 tahap kelajuan. Kami suka akan kekecilannya – pengatur ini lebih kecil berbanding model kipas siling yang serupa seperti Panasonic FM12AO dan KDK K15VO.
Anda mungkin perasan yang jika dibandingkan dengan kipas siling yang lebih berkuasa, kipas siling putih MIDEA MFC-150A15 60″ tidak berkuasa setanding mereka, maka anda anda mungkin perlu menetapkannya pada tahap 6 ataupun kelajuan maksimum pada hari yang sangat panas. Perbezaan di antara tahap-tahap kelajuan yang ada juga tidak sekata.
Untuk bilik kecil, tahap kelajuan 2 sudah cukup (tahap 1 terlalu perlahan bagi kami). Dan sekiranya anda ingin tahu, kipas ini tidak senyap. Anda akan mendengarnya berpusing tapi ini bukanlah isu besar.
Apa-apapun, kipas siling putih MIDEA MFC-150A15 60″ ialah pembelian yang berbaloi sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil.
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60”
- Ukuran: 150 x 41 (Lebar x Tinggi) cm
- Kecekapan Tenaga: tiada data
- Penggunaan Tenaga: 75 W
- Kelajuan Kipas: 5
- Penyampaian Udara: tiada data
- Kawalan & Fitur: Pengatur Kelajuan Dengan 5 Kelajuan Tersedia
- Jaminan: 1 tahun, 3 tahun Untuk Motor
- Harga: ~RM120
Kelebihan:
- Harga mampu milik untuk saiznya
- Mempunyai pengakuan SIRIM
- Sangat ringan (mudah untuk dipasang)
- Kualiti binaan lebih baik daripada yang disangka
- Reka bentuk rinngkas, serba boleh dan tidak menonjol
Kekurangan:
- Hanya hadir dalam warna putih
- Tahap kelajuan rendah tak memberikan penyejukan sempurna
- Tidak senyap
8. Kipas Siling Rubine VENTO 5-Blade 53″ Decorative RCF-VENTO53-5B
Kipas siling hiasan Rubine VENTO 5-Blade 53″ RCF-VENTO53-5B menyerlahkan sisi anggunnya yang elegan. Ia berfungsi sebagai kipas siling perhiasan dengan bilah ABS aerodinamik yang bergaya.
Dan terdapat 3 warna untuk dipilih – hitam, hitam dengan bilah kuning kecoklatan atau kelabu metalik (nikel) dengan bilah kuning kecoklatan.
Di sebalik rupa rekaan yang menarik, kipas siling Rubine VENTO 5-Blade 53″ RCF-VENTO53-5B menyalurkan angin yang kuat dengan kadar penghasilan udara yang tinggi iaitu 275 m3/min (9700 kaki padu per minit @ CFM).
Malahan lebih tinggi berbanding kipas siling ALPHA COSA Designer 5-Blade 54″ XPRESS-5B/54! Jadi kipas siling Rubine VENTO 5-Blade 53″ RCF-VENTO53-5B boleh membuatkan bilik yang lebih besar untuk menjadi sejuk dengan selesa.
Dan memandangkan ketinggian daripada dasar tapak kipas kepada tahap bilah adalah lebih kurang 35.8 cm, kipas ini bagus untuk siling yang rendah.
Dengan motor yang amat berkuasa, anda perlu menjangkakan penggunaan kuasa yang lebih tinggi (85W).
Ciri – ciri lain yang sepadan dengan harganya adalah alat kawalan jauh infrared, waranti motor selama 5 tahun untuk motor AC dan penarafan kecekapan tenaga 5 bintang!
Manual juga didatangkan dengan arahan berilustrasi mengenai bagaimana untuk memasang kipas.
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 53″
- Dimensi: 134.6 x 41 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 85 W
- Kelajuan Kipas: 240 RPM
- Penghantaran Udara: 275 m³/min (9700 CFM)
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 3 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer)
- Waranti: 1 tahun, 5 tahun Dengan Motor
- Harga: RM344
Kelebihan:
- Rekaan kipas yang cantik dengan kombinasi warna yang menarik
- Aliran angin yang kuat
- Jaminan motor selama 5 tahun
- 5 Bintang untuk Tenaga
- Kawalan jauh dengan pemasa (1, 3 dan 6 jam)
- Manual arahan mengadungi gambar
Kekurangan:
- Mahal
9. Kipas Siling Mitsubishi 4-Blade 56″ C56-RW4
Terdapat pilihan warna sama ada perak atau kelabu gelap untuk penampilan kipas siling Mitsubishi 4-Blade 56″ C56-RW4 yang kontemporari. Kami berpendapat bahawa gaya kipas siling ini tidak akan kelihatan janggal di dalam hiasan dalaman moden!
Penunjuk LED di bahagian bawah kipas merupakan ciri yang sangat menarik. Memandangkan ia memaparkan mod yang anda telah setkan untuk kipas tersebut.
Sila beri perhatian walaupun ia kelihatan seperti mempunyai lampu LED, kipas siling Mitsubishi 4-Blade 56″ C56-RW4 tidak mempunyai dwi-fungsi sebagai lampu siling.
Ia tergantung agak rendah daripada siling – 29.2cm. Jadi ia akan membantu dalam memberikan siling rendah anda ilusi untuk kelihatan lebih tinggi daripada yang sebenar.
Terdapat 2 mod operasi istimewa yang tersedia untuk kipas siling Mitsubishi 4-Blade 56″ C56-RW4 ini – mod tidur dan mod irama untuk mensimulasikan angin yang semulajadi. Dimana ia tidak terlalu sejuk dan oleh itu, mungkin lebih bagus ketika hari/musim hujan.
Tetapi anda boleh mengubah kelajuan (5 tahap kelajuan angin) pada kipas, bergantung pada kesukaan anda. Apa-apa pun, tahap kebisingan kipas ini adalah di bawah 56dB. Cukup senyap untuk digunakan di dalam bilik tidur!
Sekiranya anda mementingkan penjimatan tenaga, kipas siling Mitsubishi C56-RW4 mempunyai peggunaan kuasa yang lebih rendah (65W) berbanding kipas lain di dalam senarai ini. Walaupun dengan motor AC yang terdapat padanya.
Panasonic mempunyai kipas siling yang kelihatan serupa (F-M14CZVBKH) dengan bilah 56” dan penggunaan kuasa maksima sebanyak 68W.
Namun begitu, kipas siling Mitsubishi C56-RW4 mempunyai aliran udara (220RPM vs 196RPM) dan penghasilan udara (230 m3/min vs 215 m3/min) yang sedikit lebih tinggi berbanding kipas siling Panasonic F-M14CZVBKH.
Sekiranya anda menggemari gaya kipas siling ini tetapi inginkan warna hitam, anda boleh mempertimbangkan kipas siling Panasonic F-M14CZVBKH sebagai pilihan alternatif. Ia juga mempunyai harga yang lebih kurang sama.
Akhir sekali, semua kipas elektrik Mitsubishi mempunyai fius berkembar (termal dan arus) mengikut standard keselamatan mereka. Ia juga hadir bersama-sama dengan waranti selama 3 tahun untuk motor!
- Bilangan Bilah: 4
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: n / a
- Kecekapan Tenaga: n / a
- Penggunaan Kuasa: 65 W
- Kelajuan Kipas: 220 RPM
- Penghantaran Udara: 230 m³/min (8122 CFM)
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 5 Tetapan Kelajuan, Pengatur Masa (Timer), Mod Angin Semula Jadi
- Waranti: 1 tahun, 3 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM352.5
Kelebihan:
- Boleh mensimulasikan angin semulajadi (mod Irama @ Rhytm mode)
- Agak senyap
- Penanda LED untuk menunjukkan mod operasi semasa
- Tempoh jaminan yang lama untuk motor (3 tahun)
- Pemasa untuk 1, 3, atau 6 jam
Kekurangan:
- Mahal
- Tidak sesuai dengan semua gaya vintaj/ klasik
Kipas Siling Dengan Lampu LED
10. Kipas Siling Berlampu MAVA TROCA 8-Blade 58″
Sekiranya anda tidak keberatan dengan ia menjadi tumpuan utama di dalam ruang kediaman anda disebabkan 8 bilah yang menakjubkan, kipas siling berlampu MAVA TROCA 8-Blade 58″ akan dengan mudahnya melengkapkan hiasan dalaman gaya klasik atau vintaj pertengahan-abad!
Lebih-lebih lagi, ia juga berfungsi sebagai alat lekapan lampu dan boleh menerangi ruangan anda dengan sendiri! Anda juga boleh mengubah kehangatan cahayanya – Warm, nature, or cold white.
Ia bukan hanya sekadar untuk perhiasan:
Kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″ juga adalah mesra-alam sekitar. Ia menghasilkan aliran udara dalam kuantiti yang banyak dengan penggunaan kuasa yang rendah (46W).
Kerana tidak seperti kebanyakan kipas lain yang terdapat dalam senarai ini, kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″ mempunyai motor DC (dengan jaminan 10 tahun)!
Secara keseluruhan, kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″ pada mulanya memang berharga mahal, tetapi ia akan memberikan manfaat kepada anda untuk jangka masa yang panjang. Dan ia semestinya menambah keanggunan kepada mana-mana bilik besar yang anda letakkan kipas ini didalamnya.
Hanya perlu ambil perhatian bahawa lama-kelamaan anda akan perlu membersihkan 8 bilahnya dengan penuh cermat dan teliti!
Nota: Motor DC yang digunakan adalah lebih cekap (dan lebih senyap) daripada jenama-jenama lain yang menggunakan Motor AC.
- Bilangan Bilah: 8
- Saiz Bilah: 58″
- Dimensi: 147.4 x 47.5 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 46 W
- Kelajuan Kipas: n / a
- Penghantaran Udara: n / a
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan Dengan 5 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer), Lampu
- Waranti: 1 tahun, 10 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM739
Kelebihan:
- Aliran udara yang kuat walaupun pada tetapan yang paling rendah (8 kelajuan)
- 3 Pilihan warna yang berlainan untuk cahaya
- Penggunaan tenaga yang rendah (mesra-alam sekitar)
- Menjimatkan wang (untuk jangka masa panjang)
- Tempoh jaminan selama 10 tahun untuk motor DC
- Kelihatan mahal dan gah bergaya
Kekurangan:
- Mahal
- Banyak bilah untuk dibersihkan
11. Kipas Siling Berlampu MAVA ESTILO Pro 5-Blade 56″
Kipas elektrik lain dengan lampu yang beroperasi menggunakan motor DC, kipas siling Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ mempunyai rekaan versatil yang mengimbangkan secara saksama, antara gaya moden dengan vintaj. Terutamanya dalam warna coklat perang atau hitam.
Selain motor DC yang menambahbaik dari segi pengunaan tenaga (daripada versi sebelumnya) sebanyak ~50% (iaitu penggunaan kuasa berkurang daripada 97W kepada 45W):
Naik taraf yang lain berbanding model sebelumnya ialah pengesan AI untuk mengesan perubahan pada suhu di dalam persekitaran. Dan akan mengubah kelajuan kipas (8 tetapan) berdasarkannya!
Juga terdapat ciri yang dipanggil Memori Kelajuan Terakhir (Last Speed Memory), dimana ia menghidupkan secara automatik tetapan kelajuan yang telah anda gunakan sebelumnya.
Sementara itu, fungsi undur (reverse) mungkin akan membantu ketika anda ingin mengeluarkan udara panas keluar daripada tingkap anda dengan lebih pantas! Anda memerlukan tingkap yang tinggi untuk ia menjadi efektif.
Pilihan 3 lampu LED yang terdapat pada kipas ini adalah – daylight, cool white, and warm white:
Daylight sesuai untuk pejabat dan bilik belajar, sementara cool white lebih sesuai untuk dapur. Dan warm white kelihatan bagus dan sesuai untuk ruang tamu dan bilik tidur.
Ianya berbaloi untuk menyatakan bahawa kipas siling berlampu Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ mempunyai harga separuh daripada kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″:
Jadi, sekiranya anda tidak memerlukan kipas yang sebegitu besar tetapi inginkan kipas motor DC yang bergaya dengan disertai lampu LED, anda boleh berjimat sebanyak ~RM300 dengan kipas siling Mava Estilo Pro 5-Blade 56″!
Tetapi anda tidak akan mendapat tempoh jaminan selama 10 tahun untuk motor (sebaliknya hanya 3 tahun)!
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: 142 x 54 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: n / a
- Penggunaan Kuasa: 45 W
- Kelajuan Kipas: 220 RPM
- Penghantaran Udara: n / a
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan 8 Kelajuan Yang Boleh Diubah, Pengatur Masa (Timer), Lampu
- Waranti: 1 tahun, 3 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM359
Kelebihan:
- Mesra pengguna
- Mesra-alam sekitar (menjimatkan kuasa dengan pengesan AI dan motor DC)
- Lampu LED mempunyai 3 tetapan kehangatan cahaya
- Fungsi tambahan seperti Memori Kelajuan Terakhir (Last Speed Memory) dan kelajuan Undur (Reverse speed)
- Harga lebih berpatutan berbanding kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″ Ceiling Fan with Light
- Rekaan yang versatil
Kekurangan:
- Tempoh jaminan yang lebih pendek berbanding kipas siling MAVA TROCA 8-Blade 58″
12. Kipas Siling Berlampu LED ALPHA Vannus Luna Designer 5-Blade 56″ 5B/56
Atau mungkin anda lebih suka dengan bilah berbentuk kelopak yang sangat menarik – kipas siling berlampu jenama ALPHA Vannus Luna Designer 5-Blade 56″ Ceiling Fan 5B/56?
Disebalik rupanya yang lembut, rekabentuknya tidak menjejaskan fungsi kipas. Sebagaimana penarafan kecekapan tenaganya bertaraf 5 bintang! Dan ianya mungkin berkaitan dengan penggunaan motor DC!
Dan memandangkan kipas siling tersebut juga dilengkai dengan lampu LED, ia menerangi bilik anda disamping memberikan anda angin yang sejuk dan lembut!
Bagaimana ia apabila dibandingkan dengan kipas siling berharga sama, Mava Estilo Pro 5-Blade 56″?
Kipas siling berlampu LED ALPHA VANNUS LUNA Designer 5-Blade 56″ 5B/56 juga mempunyai memori tetapan kelajuan sebelum (previous speed setting memory) dan aliran undur (reverse flow)!
Tambahan lagi, terdapat dua pilihan warna dengan bilah berwarna kayu untuk kipas siling ALPHA VANNUS LUNA Designer 5-Blade 56″ 5B/56 – iaitu Luna Matt White dengan Maple blades ataupun Luna Matt Black dengan Walnut blades!
Dan memandangkan kipas ini tersedia dalam 3 saiz yang berbeza, anda boleh memadankan dengan bilik tidur dan ruang kediaman/ ruang tamu anda dengan kipas yang mempunyai rekaan sama!
Tetapi RPM tertingginya (205RPM) adalah lebih rendah berbanding kipas siling Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ (220 RPM).
Jadi kami tidak akan mencadangkan kipas siling ALPHA VANNUS LUNA Designer 5-Blade 56″ 5B/56 untuk bilik yang amat besar.
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: n / a
- Kecekapan Tenaga: 5 bintang
- Penggunaan Kuasa: 40 W
- Kelajuan Kipas: 78 – 205 RPM
- Penghantaran Udara: n / a
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh, 6 Tetapan Kelajuan Dengan Rakaman Memori Terakhir, Pengatur Masa (Timer), Fungsi Angin Semula Jadi, Fungsi Pusingan Kipas Biasa Dan Terbalik
- Waranti: 1 tahun, 5 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM399
Kelebihan:
- Berfungsi sebagai lampu (LED 25W) dan sebagai kipas
- Tempoh jaminan yang lama (5 tahun)
- Dengan ciri tambahan yang banyak – Memori Kelajuan Terakhir, Kelajuan Undur, Angin Semulajadi, dll
- Pilihan 2-warna yang unik
- Penjimatan tenaga yang tinggi (motor DC)
- Boleh mengubah suhu cahaya (3 tetapan kehangatan)
- Tersedia dalam saiz yang berbeza-beza – 40”, 46” and 56”
Kekurangan:
- RPM yang rendah secara relatif
13. Kipas Siling Berlampu LED NSB Fan XLED 5-Blade 56″
Versi 2021 bagi Kipas Siling 5 Bilah NSB Fan XLED 56” Dengan Lampu LED tampak serupa dengan model terdahulunya. Ia menyerupai kipas antik dengan 5 bilah ABS.
Nota: Kipas ini juga hadir dengan saiz 42”; manakala terdapat dua jenis sentuhan akhir untuk bilahnya – kusam (OB) ataupun berkilat (GB).
Kipas AC ini akan membuatkan bilik anda lebih sejuk dan lebih terang kerana kipas antik ini dilengkapi dengan 3 tetapan lampu LED – daylight, cool white, and warm white. Sama seperti Kipas Siling Mava Estilo Pro 5-Blade 56″.
Oleh kerana kipas NSB Fan XLED 5-Blade 56″ ini menggunakan motor AC berbanding motor DC:
Ia menggunakan tenaga 2 kali ganda berbanding yang digunakan oleh kipas Mava Estilo Pro 5-Blade 56″, walaupun dengan RPM yang serupa (220 RPM vs 230 RPM).
Jadi, kipas siling Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ merupakan pilihan yang lebih logik sekiranya anda ingin menjimatkan bil elektrik anda!
Dan kos permulaan yang lebih tinggi bagi kipas Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ (lebih RM100) seharusnya dapat ditampung dengan penggunaan yang lama!
Namun begitu, sekiranya nilai estetik antik adalah amat penting bagi anda, kami merasakan bahawa kipas siling NSB Fan XLED 5-Blade 56″ memberikan mood vintaj yang lebih kuat berbanding kipas Mava Estilo Pro 5-Blade 56″!
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56″
- Dimensi: 142 x 45.6 (W x H) cm
- Kecekapan Tenaga: n / a
- Penggunaan Kuasa: 27 – 85 W
- Kelajuan Kipas: 230 RPM
- Penghantaran Udara: 230 m³/min (8122 CFM)
- Kawalan & Ciri: Alat Kawalan Jauh Dengan Tetapan 4 Kelajuan, Pengatur Masa (Timer), LED 18W Dengan 3 Warna
- Waranti: 1 tahun, 3 tahun untuk Motor
- Harga: ~RM280
Kelebihan:
- Murah
- Rekaan antik yang cantik dengan 2 warna kemasan bilah yang berlainan ada tersedia
- Lampu LED yang terang dengan 3 tetapan warna
- Kadar penghasilan udara yang tinggi (pada kelajuan maksimum)
- Tempoh jaminan yang cukup
- Hadir dengan pilihan yang lebih kecil (42”)
Kekurangan:
- Mod/ fungsi yang kurang berbanding kipas Mava Estilo Pro 5-Blade 56″ ataupun kipas ALPHA VANNUS LUNA Designer 5-Blade 56″ 5B/56
- Motor AC menggunakan kuasa yang lebih banyak
- Kelajuan angin pada tetapan rendah tak cukup kuat
- Berbunyi sedikit ketika beroperasi
Kesimpulannya
Anda boleh mendapatkan kipas-kipas siling terbaik di Malaysia ini dengan harga sekitar RM150-350 seunit! Pilih sahaja mengikut saiz bilik dan ketinggian siling bilik anda. Jumlah bilah kipas tidak menjadi masalah!
Kami berpendapat bahawa sekiranya anda tidak begitu cerewet atau tidak kisah bagaimana kipas anda kelihatan atau jika ia mempunyai pelbagai ciri-ciri tambahan, tidak salah untuk anda memilih kipas yang mempunyai harga berpatutan; kipas Panasonic 3-Blade 60″ Ceiling Fan FM15AO!
Tetapi jika penjimatan tenaga merupakan keutamaan anda, anda boleh memilih kipas yang beroperasi dengan motor DC, seperti kipas siling berlampu Mava Estilo Pro 5-Blade 56″!
Bacaan lanjut:
- 11 Kipas Angin Berdiri Murah & Terbaik Di Malaysia
- 10 Penghawa Dingin Terbaik Di Malaysia (Jenama Yang Bagus)
- 9 Peti Sejuk Terbaik Di Malaysia
- 11 Mesin Basuh Terbaik Di Malaysia
- 15 Vacuum Cleaner Terbaik Di Malaysia