Pilihlah mesin basuh terbaik Malaysia 2020 untuk ahli keluarga anda yang kami pilih secara khusus daripada pilihan mesin basuh jenis front load, top load & combo yang terdapat di Malaysia!
Lengkap dengan perbandingan harga mesin basuh di Malaysia dan senarai jenama mesin basuh terbaik di Malaysia!
Baru pertama kali ingin membeli mesin basuh? Baca panduan ini dengan teliti!
Bagaimana Ingin Memilih Mesin Basuh Terbaik?
Oleh kerana harga mesin basuh boleh mencecah ribuan ringgit:
Janganlah membuat pelaburan sehingga anda mengetahui asas-asas bagaimana untuk memilih sebuah mesin basuh yang terbaik dari yang lain
1. Bajet
Secara umumnya, mesin basuh jenis top load adalah lebih murah berbanding mesin basuh jenis front load!
Makin cekap tahap penggunaan tenaga (dengan penarafan Energy star rating yang tinggi), maka semakin mahallah harga mesin basuh tersebut. Tetapi, anda akan menikmati penjimatan jangka panjang! Alah membeli menang memakai!
2. Saiz
Anda perlu tahu di manakah lokasi mesin basuh yang bakal diletakkan di rumah anda. Dan ambil kira dimensi ukuran mesin basuh tersebut! Adakah lokasi tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk membuka pintu mesin basuh tersebut?
Untuk menjimatkan ruang, anda boleh memilih mesin basuh dwifungsi yang bertindak sebagai sebuah mesin basuh dan mesin pengering. Selain itu jika anda memilih mesin basuh jenis front load anda boleh meletakkan mesin pengering di atasnya sekaligus menjimatkan ruang yang ada.
3. Kapasiti
Berapa kerap anda akan menggunakannya? Dan berapa banyak pakaian yang perlu anda cuci setiap kali?
Kapasiti mesin basuh bermula dari 5kg sehingga 17kg.
Sebagai analogi, mesin basuh berkapasiti 8kg mampu membasuh ~40 helai baju!
Namun jangan dilupa bahawa mesin basuh anda tidak boleh diisi sehingga penuh! Malah anda mungkin memerlukan mesin basuh berkapasiti yang lebih besar jika anda mempunyai kain cadar yang banyak untuk dibasuh!
4. Mudah Digunakan
Semudah manakah mesin basuh tersebut boleh digunakan? Adakah terdapat mod yang anda sering gunakan?
- Mod Basuhan Penjimatan (Eco)
- Cucian Segera (Quick Wash)
- Lembut (Delicates)
Malah sesetengah mesin basuh mempunyai ciri-ciri moden yang mana anda dapat menetapkan jenis basuhan dan ia akan disimpan sebagai basuhan pilihan anda dalam memori mesin basuh tersebut!
5. Kecekapan Tenaga
Energy Star merupakan piawaian Amerika yang mengukur jumlah air yang digunakan setiap kali basuhan (faktor air, WF) termasuk dengan penggunaan kuasa setiap tahun.
Apa yang perlu anda tahu:
- Mana-mana mesin basuh yang mempunyai pelekat/label ini secara umumnya adalah 20% lebih cekap dalam penjimatan tenaga berbanding yang lain! Lebih banyak bintang adalah lebih baik!
- Sebilangan besar model baharu ini tidak banyak terdapat di Malaysia lagi. Dan sekiranya anda terjumpa, berkemungkinan harganya lebih daripada RM2,000!
Dan secara logiknya, mesin basuh yang lebih besar akan menggunakan lebih banyak air. Dan begitu juga sebaliknya. Justeru, dapatkan mesin basuh berkapasiti kecil jika anda tidak merancang untuk mencuci kain dengan jumlah yang banyak atau kerap!
6. Waranti
Bagi memastikan pelaburan yang dibuat untuk keluarga anda berbaloi-baloi, seharusnya mesin basuh yang dibeli datang dengan waranti.
Malah waranti yang diberikan juga merangkumi jaminan motor mesin basuh tersebut mana ia merupakan komponen mesin basuh yang paling mahal!
7. Ciri-ciri Lain
- Fungsi Keselamatan Kanak-kanak (Child lock)
- Putaran sanitasi (Sanitize cycle)
- Pencucian tugas berat (Heavy duty wash)
- Pembersihan secara wap (Steam cleaning)
Mesin Basuh Front Load Vs Top Load
Mesin basuh jenis manakah yang lebih baik?
Terdapat 2 kriteria yang menjadi perbezaan antara mesin basuh front load (muatan depan) dan top load (muatan atas). Selain daripada ruang simpanan tambahan yang anda akan dapat di bahagian atas untuk mesin basuh jenis front load!
1. Prestasi Cucian
Daripada struktur dram pencuci itu sendiri, pastinya mesin basuh jenis front load memiliki kelebihan dan kapasiti untuk membersihkan kotoran degil dengan lebih baik.
Ini kerana semua jenis aspek pakaian akan digulung ke atas dan disental dengan dram sebelum ia jatuh. Dan prosesnya akan berjalan berulang kali!
Sementara itu proses basuhan oleh mesin basuh jenis top load pula berbeza yang mana, pakaian akan melekat dan berkumpul di tengah-tengah. Maka tidak semua pakaian yang dicuci akan disental oleh dram!
2. Kecekapan Tenaga
Mesin basuh jenis front load menggunakan jumlah air yang sedikit berbanding mesin basuh top load! Mesin basuh jenis ini bertindak dengan lebih efisien iaitu menyembur basah pakaian berbanding dengan sekadar memenuhkan air di dalam dram!
Sungguhpun begitu, hari ini kebanyakan mesin basuh jenis top load mempunyai kaedah inovatif untuk menjimatkan air! Malah saiz mesin basuh yang lebih kecil juga tidak menggunakan jumlah air yang banyak!
Cara-Cara Untuk Menjaga Mesin Basuh Anda
- Lap mesin basuh (terutamanya penutup di sekitar pintu mesin basuh) sekali sekala untuk mengelakkan pengumpulan kotoran debu!
- Buka pintu penutup mesin basuh anda semasa anda tidak menggunakannya untuk proses pengudaraan! Ini akan menghalang pertumbuhan kulat dan bau yang tidak menyenangkan!
- Sekali sekala jangan lupa bersihkan tempat sabun pencuci!
- Mungkin juga terdapat penapis halus yang anda perlu cuci.
Jenama Mesin Basuh Terbaik Di Malaysia
Mungkin senarai ini agak mengejutkan anda tetapi inilah jenama-jenama mesin basuh automatik yang digemari oleh rakyat Malaysia! Dan ianya disusun berdasarkan tahap populariti!
- LG
- Samsung
- Electrolux
- Toshiba
- Bosch
- Hitachi
- Panasonic
- Sharp
11 Mesin Basuh Terbaik Malaysia 2020
Mesin Basuh Front Load Terbaik Malaysia
Pengilang mungkin tidak memberikan amaran, namun sebagai peringatan:
Jangan sesekali mengisi mesin basuh front load anda melebihi 80% daripada kapasiti dramnya! Jika tidak, ruang tidak mencukupi untuk pakaian berputar dan dibasuh dengan sempurna!
1. Mesin Basuh Front Load Electrolux EWF1023BDWA 10kg UltimateCare™ 800
Dengan teknologinya yang popular iaitu SensorWash™, siri EWF1023BDWA ini mampu menyesuaikan tetapan pencuciannya mengikut tahap kotoran pakaian anda dengan mengesan kotoran degil!
Sementara itu teknologi UltraMix™ dapat memanjangkan jangka hayat pakaian anda (iaitu mengurangkan kepudaran warna baju) dengan melarutkan sabun pencuci sepenuhnya sebelum memulakan proses cucian.
- Jenis: Front Load
- Harga: ~ RM3,000
- Saiz (H x W x D): 850 x 600 x 659 mm
- Kapasiti: 10kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 1,400rpm (putaran seminit)
- Ciri Cucian Khas: Cucian Tangan, Cucian lembut (delicates), Baby Care, Penjimatan Tenaga, Cucian Pantas, dan lain lain
- Kawalan Aplikasi: Ya
- Kuasa: 2,000W
- Waranti: 2 tahun
2. LG F2514NTGW 14kg Inverter Direct Drive Washer
Mod TurboWash™ mesin basuh berjenama LG ini pastinya akan mencuri perhatian anda! Dengan mod ini, pakaian anda akan bersih berseri hanya dalam masa satu jam sahaja, sambil mengurangkan penggunaan air sehingga 40%.
Motor inverter direct drive dengan 6 gerakan yang berbeza termasuk jaminan waranti selama 10 tahun merupakan rahsia di sebalik kemampuan pencucian bersih yang hebat.
- Jenis: Front Load
- Harga: ~ RM3,700
- Saiz (H x W x D): 940 x 645 x 770 mm
- Kapasiti: 14kg
- Kelajuan Putaran: 400 hingga 1,400 rpm
- Ciri Cucian Khas: Kunci Keselamatan kanak-kanak (Child Lock), Wool, cucian sejuk, baby care
- Kawalan Aplikasi: Ya
- Kuasa: 1,700W
- Waranti: 1 tahun dan 10 tahun untuk motor
3. Mesin Basuh Front Load Samsung WW10K6410QW/FQ 10.5kg Dengan Add Wash
Sperti siri F2514NTGW jenama LG, mesin basuh ini mempunyai motor inverter yang dapat menyelesaikan proses pencucian dalam masa satu jam! Menerusi mod super speed dan bilasan yang berkuasa (iaitu Speed Spray)!
Terdapat juga mod eco yang menggunakan buih untuk merendam pakaian yang mana ia akan menembusi kotoran degil dengan bahan pencuci!
- Jenis: Front Load
- Harga: RM2,600 hingga RM3,800
- Saiz (H x W x D): 850 x 600 x 600 mm
- Kapasiti: 10.5kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 1,400 rpm
- Ciri Cucian Khas: Pencucian tambahan (sekiranya anda terlupa beberapa pakaian dan mesin sudah berputar), Kunci Keselamatan kanak-kanak (Child Lock), kelajuan super, cucian lembut (delicate), baby care, Wool dan lain-lain.
- Kawalan Aplikasi: Ya
- Waranti: 1 tahun
4. Mesin Basuh Muatan Depan BOSCH WAT24481SG 8kg
Pakar terkemuka dalam reka bentuk motor BOSCH dengan siri WAT24480SG merupakan mesin basuh terbaik dengan teknologi motor tanpa berus (brushless). Meskipun basuhan mesin basuh ini senyap namun kecekapannya tidak terjejas!
Penebat tambahan di bahagian sisi mesin membantu mengurangkan tahap getaran dan bunyi!
Malah mesin basuh ini juga mengoptimumkan penggunaan air untuk pengguna memilih basuhan muatan penuh atau separuh. Dan reka bentuk dinding dram mendorong kadar pengedaran air yang sama rata semasa putaran cucian!
- Jenis: Front Load
- Harga: RM2,000 hingga RM3,000
- Saiz (H x W x D): 848 x 598 x 590 mm
- Kapasiti: 8kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 1,200 rpm
- Ciri Cucian Khas: Basuhan pantas, Lembut (delicates), time delay, cucian tangan, dark colors, AllergyPlus, Reload, dan lain-lain.
- Kawalan Aplikasi: Tiada
- Penggunaan Tenaga: 1,000 hingga 2,000 W / j
- Waranti: 2 tahun
Mesin Cuci Top Load Terbaik Malaysia
Walaupun hakikatnya mesin basuh front load adalah lebih baik, anda tidak boleh menafikan bahawa mesin basuh jenis top load adalah sangat berpatutan harganya!
Cuba dapatkan mesin basuh jenis ini dengan tingkap kaca jernih yang keras!
5. LG T2311VS2M 11kg Smart Inverter Washing Machine
Mesin basuh ini tidaklah terlalu bising semasa proses cucian sedang berjalan. Terdapat 3 gerakan berbeza yang boleh dioperasikan oleh dram mesin basuh ini.
Fungsi-fungsi istimewa ini bersama sama dengan aliran air yang kuat akan dapat membersihkan pakaian anda dengan baik!
Sekiranya anda memerlukan fungsi cucian panas, mesin basuh ini bukanlah pilihan terbaik untuk anda!
- Jenis: Top Load
- Harga: RM1,200 hingga RM1,800
- Saiz (H x W x D): 992 x 590 x 606 mm
- Kapasiti: 11kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 740 rpm
- Ciri Cucian Khas: Cucian tangan
- Waranti: 1 tahun dan 10 tahun untuk motor
6. Mesin Basuh Top Load TOSHIBA AWH1100GM 10kg
Dua (2) saluran air dalam siri TSB-AWH1100GMSM dari Toshiba ini berfungsi serentak dan berterusan mengalirkan air ke atas dari dasar dram ke bahagian saluran air di atas mesin basuh.
Gabungan fungsi aliran air berkembar ini dengan turbin (hybrid screw pulsator) menghasilkan pengaliran air yang kuat yang akan membersihkan kesemua pakaian anda dengan sempurna tanpa mengira kedudukan kain di dalam dram!
Malah mesin basuh ini juga membasuh pakaian anda dengan senyap.
- Jenis: Top Load
- Harga: RM1,000 hingga RM1,500
- Saiz (H x W x D): 1,031 x 645 x 620 mm
- Kapasiti: 10kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 700 rpm
- Ciri Cucian Khas: Kunci keselamatan kanak-kanak, basuhan lembut (delicate), selimut (blanket), pembersihan tab
- Penggunaan Tenaga: 530W (Bilasan), 490W (Basuhan)
- Waranti: 2 tahun dan 12 tahun untuk motor
7. HITACHI SF-130TCV 13kg Top Loading Dual Jet Washing Machine
Mesin basuh siri SF-130TCV dari HITACHI ini mempunyai fungsi jet berkembar (twin jets) tetapi fungsi ini direka pada tahap yang berbeza untuk cucian pelbagai arah!
Terdapat juga fungsi 3-step Eco Sensor untuk mengesan bilangan dan jenis kain yang anda masukkan ke dalam mesin. Ianya adalah untuk menentukan tetapan pencucian yang optimum (contoh: tempoh waktu, paras air, gerakan, dan lain-lain).
- Jenis: Top Load
- Harga: ~ RM2,000
- Saiz (H x W x D): 1,047 x 640 x 684 mm
- Kapasiti: 13kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 730 rpm
- Ciri Cucian Khas: Pantas, Halus (delicate), penjimatan tenaga, selimut (blanket), dan lain-lain
- Penggunaan Tenaga: 9.4 Wh / kg (program biasa); 6.2 Wh / kg (program penjimatan tenaga)
- Waranti: 2 tahun dan 10 untuk motor
8. Mesin Basuh Top Load Panasonic NAF125V5LRT 12.5kg
Mampu melakukan pencucian panas hingga 60 darjah celcius, siri PSN-NAF125V5 dari Panasonic ini memerlukan langkah tambahan sebelum putaran cucian bermula.
Menggunakan sabun buih padat untuk mengangkat dan memisahkan zarah kotoran dari pakaian. Ia juga akan membantu penyerapan sabun pencuci dengan sempurna.
Teknologi eko yang bergantung kepada sensor untuk beban cucian dan suhu air untuk menjimatkan air dan masa!
- Jenis: Top Load
- Harga: ~ RM2,000
- Saiz (H x W x D): 1,080 x 681 x 715 mm
- Kapasiti: 12.5kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 800 rpm
- Ciri Cucian Khas: Stain Master feature, kunci keselamatan kanak-kanak, penjimatan tenaga, pantas, halus (delicate), baby care, selimut (blanket), cucian tangan, dan lain-lain
- Waranti: 1 tahun
Mesin Basuh Dengan Pengering Terbaik Malaysia
Washer dryers atau pencuci kombo sememangnya menjimatkan ruang. Tambahan pula, anda tidak perlu memindahkan pakaian ke mesin pengering setelah selesai mencucinya!
Tetapi fungsi pengeringan ini biasanya memakan masa yang lebih lama berbanding dengan mesin pengering biasa! Dan yang pastinya anda tidak dapat menggunakan kedua-duanya dengan serentak pada masa yang sama!
Malah anda harus bersedia dengan kemungkinan kerosakan yang akan berlaku lebih kerap dan proses pembaikannya yang rumit!
9. LG FV1450H2B 10.5/7kg Ai Direct Drive Washer Dryer With Steam+™ & TurboWash360™
Mesin Basuh siri FV1450H2B serba baharu dari LG ini secara keseluruhannya memerlukan jumlah masa selama 160 minit untuk melengkapkan proses cucian dan pengeringan pakian anda sepenuhnya!
Malah anda tidak perlu risau tentang jangka hayat pakaian anda, kedutan atau hama yang tidak diingini! Terdapat fungsi stim untuk mengurangkan kedutan dan hama!
Dengan model ini, pengilang juga telah memaksimumkan kapasiti struktur dram!
- Jenis: Gabungan
- Harga: RM3,700 hingga RM6,000
- Saiz (H x W x D): 850 x 600 x 560 mm
- Kapasiti: 10.5kg (Basuhan Maksimum), 7kg (Pengeringan Maksimum)
- Kelajuan Putaran Maksimum: 1,400 rpm
- Ciri Cucian Khas: Jeda (Pause), penunda masa, Penjagaan Alahan (Allergy Care), halus (Delicate),Wool, cucian turbo, pembersihan tab dan lain-lain
- Kawalan Aplikasi: Ya
- Penggunaan Tenaga: 1.58 kWh / kitaran
- Waranti: 1 tahun dan 10 tahun untuk motor
Mesin Basuh Bajet & Murah di Malaysia
Mungkin anda lebih suka membelanjakan wang untuk sebuah mesin kopi yang canggih atau penapis air yang terbaik:
Maka berikut adalah beberapa alternatif mesin basuh bajet di bawah harga RM1,000 yang anda boleh pertimbangkan!
10. Mesin Basuh Automatik Samsung WA70H4000SG/FQ 7kg
Mesin basuh spesifikasi rendah / biasa dengan bahagian luar yang sederhana dan tahan lama:
Siri WA70H4000SG / FQ daripada jenama Samsung ini dapat menampung beban kecil tanpa sebarang masalah dengan motor AC di dalamnya. Dan terdapat penggunaan pencuci yang setanding menerusi teknologi terbina Water Fall technology dalam mesin basuh ini.
Pulsator mesin basuh ini akan memastikan aliran air datang dari pelbagai arah untuk cucian yang sempurna!
- Jenis: Top load
- Harga: RM600 hingga RM900
- Saiz (H x W x D): 850 x 540 x 560 mm
- Kapasiti: 7kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 700 rpm
- Ciri Cucian Khas: Kain jeans, halus (delicates), selimut (blanket), cucian pantas, dan lain-lain
- Waranti: 1 tahun
11. Sharp ESX958 9kg Top Load Fully Auto Washing Machine
Model ini berfungsi sama dengan model yang sebelumnya tetapi saiznya lebih besar sedikit!
Terdapat tiga arah jatuhan aliran air dan pulsator untuk peredaran air mendatar, menegak dan pepenjuru!
Dan bahagian dalam dram seakan-akan menyerupai papan basuh yang tidak akan merosakkan pakaian anda!
- Jenis: Top load
- Harga: RM850 hingga RM1,400
- Saiz (H x W x D): 924 x 570 x 590 mm
- Kapasiti: 9kg
- Kelajuan Putaran Maksimum: 700 rpm
- Ciri Cucian Khas: Lembut (Gentle), pantas (Quick), beban berat, cucian tab, dan lain-lain
- Penggunaan Tenaga: 500W (Cucian Berkadar), 420W (Bilasan Berkadar)
- Penggunaan Air: 8.1L / kg
- Waranti: 2 tahun
Kesimpulan
Mesin basuh terbaik Malaysia 2020 manakah yang akan anda bawa pulang?
Mesin basuh jenis top load sesuai untuk beban kecil dan bajet yang kurang. Manakala kos mesin basuh jenis front load biasanya dua kali ganda tetapi direka khas untuk penjimatan air dan tenaga!
Dengan menggunakan mesin basuh dari barisan jenama yang menjadi pilihan oleh kebanyakan negara, pastinya tidak sukar untuk mencari peralatan ganti (spare parts) dan juga perkhidmatan selepas jualan!
Bacaan lanjut: