Anda merasakan tekanan air yang rendah di dalam piliair anda? Atau adakah tekanan di bilik mandi anda telah berkurangan setelah anda memasang pemanas air yang baru?
Jangan bimbang, anda boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan agak mudah dengan pam air, yang menambah tekanan air tambahan di seluruh rumah anda.
Tetapi antara pilihan pam AC dan DC yang terdapat di pasaran, yang manakah anda patut pilih?
Sekiranya anda ingin mengetahui perbezaan antara pemanas air pam AC vs pam DC, dan yang mana merupakan pilihan lebih baik, anda boleh membacanya di bawah!
Isi Kandungan:
- Apakah Pam Air?
- Patutkah Anda Mendapatkan Pam Air Untuk Rumah Anda?
- Patutkah Anda Mendapatkan Pemanas Air Dengan Pam?
- Apakah Pam AC (Dan Pam DC)?
- Adakah Pam AC atau Pam DC lebih baik? – Pemanas Air Pam AC vs Pam DC
- Jadi Bilakah Anda Memerlukan Pam AC atau Pam DC?
Apakah Pam Air?
Pam Air adalah suatu peranti yang membenarkan sistem air untuk menggerakkan air pada satu tempat ke tempat yang lain pada tekanan yang lebih tinggi.
Ia selalunya dipasang apabila tekanan air semulajadi yang terdapat pada sistem air terlalu rendah untuk sampai ke destinasi pada kadar yang boleh diterima.
Pam air digunakan untuk pelbagai aplikasi, walaupun begitu di dalam artikel ini, kami akan fokus pada aplikasi perkakasan rumah, seperti pam air yang dipasang untuk rumah, atau pemanas air.
Patutkah Anda Mendapatkan Pam Air Untuk Rumah Anda?
Jika anda inginkan cara yang jelas dan ‘straightforward’ untuk meningkatkan tekanan air di dalam rumah anda, mendapatkan pam air untuk bekalan air anda mungkin adalah idea yang baik.
Namun begitu, terdapat sebab lain mengapa tekanan air anda menjadi lebih rendah berbanding biasa, seperti:
- Isu/masalah pembekal air
- Injap/meter utama tidak terbuka sepenuhnya
- Paip tersumbat/terkakis
- Paip bocor
- Lekapan yang rosak
Jadi, melainkan tekanan air anda sentiasa rendah untuk seketika:
Anda mungkin patut mencuba kaedah lain dahulu, seperti mengganti alat lekapan yang rosak dan membuat pemeriksaan berganda pada paip utama.
Anda perlu memberi perhatian bahawa kos adalah bergantung pada betapa besarnya rumah anda. Memandangkan anda akan memerlukan pam yang lebih kuat untuk mengedarkan air ke seluruh rumah yang lebih besar.
Patutkah Anda Mendapatkan Pemanas Air Dengan Pam?
Mendapatkan pemanas air dengan pam tidak semestinya diperlukan, terutamanya jika tekanan air di bilik mandi anda cukup efisyen untuk tidak terhalang disebabkan oleh penambahan pemanas air tersebut.
Namun begitu, jika anda bimbang bilik mandi anda tidak akan mempunyai tekanan yang cukup, ia mungkin berbaloi untuk melabur mendapatkan satu.
Walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa pemanas air bilik mandi dengan pam adalah ternyata lebih mahal berbanding pemanas air yang tidak mempunyai pam!
Apakah Pam AC (Dan Pam DC)?
Sementara kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk meningkatkan kadar aliran di dalam sistem air (iaitu bekalan air rumah anda):
Perbezaan terdapat pada operasinya. Pam AC seperti namanya, bergantung kepada motor AC manakala pam DC menggunakan motor DC. Untuk lebih spesifik, motor DC tanpa berus.
Adakah Pam AC atau Pam DC lebih baik? – Pemanas Air Pam AC vs Pam DC
Kebanyakan pemanas air di pasaran (yang mempunyai pam) selalunya menggunakan pam DC.
Nota: Keseluruhan artikel ini, kami merujuk kepada pam DC tanpa berus apabila kami menyebut mengenai pam DC.
Kerana pam AC adalah amat lebih bising berbanding pam DC. Walaupun begitu, tekanan air yang terhasil lebih tinggi dengan pam AC.
Kos permulaannya juga adalah sedikit rendah (RM300 ke RM800) berbanding pam DC.
Tetapi walaupun mempunyai harga permulaan yang lebih tinggi (RM400 ke RM1,000), pam DC adalah lebih cekap-tenaga berbanding pam AC, ia juga mempunyai operasi yang agak senyap. Sebagai bayaran/kos untuk proses penyelenggaraan dan membaiki yang lebih sukar (terutamanya dalam kawasan yang terpencil).
Kelebihannya yang banyak adalah disebabkan ketiadaan sentuhan (tanpa berus) antara komponen motor yang bergerak (dan kritikal):
Seperti yang anda boleh bayangkan, dengan tiadanya sentuhan, maka tiada geseran. Dan oleh itu, peranti tidak akan haus secepat atau hasilkan sebanyak haba (kehilangan tenaga) atau bunyi.
Sebagai ringkasan:
Perbezaan | Pam AC | Pam DC |
Kuasa | Tekanan air ternyata amat meningkat | Tekanan air meningkat secara sederhana |
Kecekapan | Menggunakan lebih banyak elektrik berbanding pam DC | Menggunakan kurang elektrik berbanding pam AC |
Tahap Kebisingan | Berbunyi bising ketika digunakan | Agak senyap ketika digunakan |
Kos | Lebih murah berbanding pam DC | Lebih mahal berbanding pam AC |
Jadi Bilakah Anda Memerlukan Pam AC atau Pam DC?
Sama ada pam AC atau DC mungkin berfungsi dengan lebih baik adalah bergantung pada keadaan anda.
Contohnya, jika anda mengutamakan tekanan air, pam AC akan lebih banyak berguna bagi anda berbanding pam DC. Pam AC adalah lebih sesuai untuk kepala pancuran jenis hujan.
Anda juga mungkin sering kali tidak memerlukan tekanan air sebanyak yang boleh dihasilkan oleh pam AC. Anda mungkin sama sekali langsung tidak memerlukan pam jika anda sudah mempunyai pam yang disambungkan ke bekalan air utama anda.
Namun begitu, jika anda inginkan pam yang cekap-tenaga lebih tinggi dengan bunyi yang kurang, oleh itu pam DC adalah pilihan yang optima.
Walaupun begitu, sepertimana yang kami telah sebutkan awal tadi:
Pam DC lebih biasa digunakan, disebabkan operasinya yang lebih senyap dan penggunaan elektrik yang lebih efisyen.
Namun begitu, pam DC mungkin mempunyai harga dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding pam AC.
Oleh itu kesimpulannya, ia sebenarnya bergantung pada anda dan apa yang anda putuskan adalah yang terbaik untuk ahli rumah anda. Dan bergantung kepada persediaan anda dalam berbelanja untuk kos permulaan dan untuk jangka masa panjang.
Kesimpulan
Dan begitulah, semua yang anda perlu tahu mengenai pam AC dan pam DC, semuanya di dalam format ringkasan. Untuk kebanyakan perkakasan rumah, pam DC sudah pun mencukupi.
Seandainya anda ke sampai ke artikel ini mencari mengenai pemanas air:
Sila baca artikel kami mengenai pemanas air terbaik di Malaysia, untuk senarai cadangan kami bagi mandian panas terbaik yang anda boleh temui di pasaran!