You are currently viewing 13 Car Seat Bayi Terbaik di Malaysia 2022 (Bagus Dan Murah)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Lebih daripada sekadar mengelak saman, tempat duduk kereta terbaik di Malaysia 2022 dapat menyelamatkan nyawa anak anda ketika anda berada di jalan raya!

Namun, bagaimana anda memastikan bahawa ia selamat dan selesa untuk anak anda? Dan ia sesuai untuk model kereta anda?

Ikuti panduan kami di bawah untuk mengetahui semua yang anda perlu ketahui sebelum membeli tempat duduk kereta bayi pertama anda di Malaysia! Terdapat senarai produk yang disyorkan juga!

Isi kandungan:

13 Tempat Duduk Kereta Bayi Terbaik Malaysia 2022

  • Penyokong Kerusi Keselamatan Boleh-Laras Terbaik (Boleh digunakan sepanjang anak anda membesar) – Chicco Gro-Up 123 Booster Car Seat
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Serbaguna Terbaik (Handcarry/ Rocker/ Stroller) – Little One Exclusive CSA 4 In 1 Baby Car Seat
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Bajet Terbaik (Car Seat Untuk Bayi Baru Lahir) – Little One Exclusive CSA 4 In 1 Baby Car Seat, Prego Class 777 Car Seat
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Mesra-Perjalanan Terbaik – Sweet Heart Paris CS257 2 In 1 Detachable Booster Baby Car Seat
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Sistem ISOFIX TerbaikQuinton Smart 360 Isofix Safety Car Seat
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Untuk Kereta Kecil Terbaik – Evenflo SUTTON 3 In 1 Combination Seat EV 906F
  • Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Mesra-Pemula Terbaik (umur <1 tahun) – Prego Class 777 Car Seat
  • Penyokong Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Mesra-Pemula Terbaik – Joie Elevate Booster Car Seat

Tempat Duduk Kereta Terbaik Bayi Malaysia

1. Little One Exclusive CSA 4 In 1 Baby Car Seat

Sekurang-kurangnya, kurang daripada RM100, kualiti tempat duduk kereta 4 Dalam 1 Little One Exclusive CSA masih boleh diterima.

Apatah lagi betapa versatilnya (serba-guna) kerusi keselamatan ini! Ia amat dihargai kerana bersifat ringan sepertimana yang telah dinyatakan oleh ramai pengguna. Oleh itu, ia boleh juga berfungsi sebagai pembawa bayi, buaian atau untuk digunakan ketika sesi makan.

Beberapa pengguna juga menyatakan betapa lembut dan tebalnya kusyen pada kerusi keselamatan ini. Cukup selesa untuk bayi mereka tidur dengan nyenyak!

Dan menurut ulasan, kerusi keselamatan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir.

Tetapi sayangnya, ia didatangkan dengan sistem harnes 3-mata. Dimana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Sesetengah pengguna juga mengatakan bahawa ia mungkin tidak sesuai untuk bayi berumur atas 12 bulan. Walaupun umur yang disyorkan ialah sehingga 18 bulan. Disebabkan ia mungkin terlalu kecil.

Jadi jika anda berkemampuan, pilihlah kerusi keselamatan lain yang mempunyai sistem harnes keselamatan yang lebih baik dan yang boleh digunakan seiring dengan anak anda yang semakin membesar. Seperti BabyGo Exclusive Baby Car Seat dengan sistem harnes 5-mata!

Little One Exclusive CSA 4 In 1 Baby Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 0/0+
  • Umur: Sehingga 18 bulan
  • Sokongan Berat: Sehingga 13kg
  • Sokongan Ketinggian: Sehingga 83cm
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang
  • Jenis: Menghadap Ke Belakang
  • Berat: 2.5kg
  • Dimensi: 40 x 69 x 58 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 2 tahun
  • Harga: ~RM90

Kelebihan:

  • Disahkan ECE & Sesuaian dengan Piawaian Keselamatan Kanak-kanak Eropah R44/04
  • Sangat berpatutan
  • Amat ringan
  • Diluluskan oleh JPJ CTA
  • Diluluskan oleh MIROS dan mempunyai pelekat MIROS
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Sangat selesa (dilengkapi dengan pad yang cukup banyak)

Kekurangan:

  • Sistem tali keselamatan 3 mata
  • Mungkin terlalu kecil untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas

2. Quinton Smart 360 Isofix Safety Car Seat

Dengan ciri putaran 360 darjah (boleh diterbalikan), anda boleh penyusu dengan senang atau atau berikan anak anda formula susu tepung bayi mereka di dalam kereta juga! Ia juga memudahkan anda untuk meletakkan anak anda di atas kerusi keselamatan!

Tempat Duduk Kereta Keselamatan Isofix Quinton Smart 360 amatlah serba boleh dengan 5 posisi berbaring dan sama banyak kedudukan menghadap ke hadapan!

Quinton Smart 360 Isofix Safety Car Seat

Selain itu, Secara teknikalnya ia boleh menyokong anak anda sejak lahir sehingga mereka berumur 12 tahun! Oleh kerana ia mempunyai sandaran kepala yang boleh disesuaikan (11 posisi)!

Namun begitu, anda perlu ingat bahawa kerusi keselamatan ini hanya boleh disandarkan sehingga 145 darjah sahaja. Dimana membuatkan ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah 1 tahun (iaitu terlalu tegak).

Manakala dari segi sokongan kusyen, pengguna menyatakan padnya lembut, licin dan tebal. Dimana ia membantu bayi untuk tidur dengan nyenyak dan selesa. Mereka berkata bahan materialnya juga agak sejuk!

Daripada beratus-ratus penilaian yang tinggi daripada gabungan Lazada dan Shopee, kami berpendapat bahawa Quinton Smart 360 Isofix Safety Car Seat adalah pilihan popular untuk kerusi keselamatan kanak-kanak yang juga serasi dengan ISOFIX!

Panduan pemasangan:


  • Kategori: Kumpulan 0/0+, 1, 2 Dan 3
  • Umur: Baru lahir hingga 12 tahun
  • Sokongan Berat: Sehingga 36kg
  • Sokongan Ketinggian: Sehingga 135cm
  • Jenis Pemasangan: Sistem ISOFIX atau Tali Pinggang Kereta 3 Mata
  • Jenis: Menghadap ke belakang menghadap ke hadapan
  • Berat: 11kg
  • Dimensi: 37 x 42 x 63 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 3 tahun
  • Harga: ~RM639

Kelebihan:

  • Jaminan yang panjang
  • Diluluskan oleh ECE R44/04 Piawaian Eropah
  • Tali Keselamatan 5 mata
  • Sokongan Sistem ISOFIX
  • Berkualiti Tinggi
  • Pemasangan yang mudah
  • Penutup boleh ditanggalkan dan di basuh
  • Kanopi penahan matahari untuk melindungi bayi daripada matahari

Kekurangan:

  • Mahal
  • Lebih besar dan berat daripada tempat duduk kereta yang lain dalam senarai ini
  • Sudut condong maksimum ialah 145 darjah (tidak digalakkan untuk bayi baru lahir)

3. Prego Class 777 Car Seat

Tempat Duduk Kereta Prego Class 777 terutamanya untuk bayi namun terdapat juga versi yang lebih besar bagi tempat duduk kereta kanak-kanak di Malaysia!

Prego Class 777 Car Seat

Ianya cukup nipis untuk muat dipasangkan di dalam kereta Myvi. Dan juga tidak begitu berat. Berdasarkan pada saiznya, seorang pengguna berpendapat ianya sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke bawah.

Penutupnya boleh ditanggalkan dan dibasuh. Ia amat lembut supaya bayi anda akan rasa sangat selesa dan tidur dengan mudah. Cukup sempurna untuk perjalanan jarak jauh!

Seorang pengguna secara khususnya amat menggemari ciri kerusi keselamatan ini yang boleh bertukar kepada pelbagai posisi. Untuk anak mereka berbaring atau duduk tegak!

Tetapi sesetengah pengguna mendapati pad pada kerusi keselamatan ini sedikit nipis.

Kerusi keselamatan ini juga mempunyai label, dan ibu-bapa baru boleh merujuk kepada label tersebut untuk memasang tali pinggang pada anak mereka dengan betul.

Bagaimana ia dipasang:


  • Kategori: Kumpulan 0/0+ Dan 1
  • Umur: Sehingga 4 tahun
  • Sokongan Berat: Sehingga 18kg
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang
  • Jenis: Menhadap ke belakang dan menghadap ke hadapan
  • Berat: 4.8kg
  • Dimensi: 43 x 46 x 60 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM209

Kelebihan:

  • Disahkan ECE R44.04 dan mempunyai pelekat MIROS
  • Menghadap ke belakang Dan ke hadapan
  • Sistem Tali Keselamatan 5 Mata
  • Kedudukan posisi duduk yang pelbagai
  • Mempunyai kombinasi warna yang berbeza (hitam/kelabu, hitam/merah, merah/kelabu)
  • Kusyen bayi yang boleh ditanggalkan
  • Mesra-pemula – Didatangkan bersama label untuk arahan pemasangan tali pinggang

Kekurangan:

  • Agak lebar
  • Pad agak nipis

4. Sweet Cherry LB303 Dean Car Seat

Selain daripada kelihatan hebat dan selesa:

Terdapat 2 posisi menghadap ke hadapan dan 1 posisi menghadap ke belakang bagi Tempat Duduk Kereta Sweet Cherry LB303 Dean.

Sweet Cherry LB303 Dean Car Seat

Ia didatangkan dengan kusyen yang boleh ditanggal supaya sesuai dengan saiz anak anda, seiring mereka membesar. Kerusi keselamatan ini juga boleh bertahan lama. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh seorang pengguna, ia boleh bertahan sehingga selama 5 tahun. Walaupun dengan penggunaan yang kerap.

Memandangkan ia sangat selesa, pengguna berkongsikan bahawa bayi mereka yang baru lahir tidur nyenyak dengan agak cepat. Dan terdapat ramai pengguna yang berpuas hati dengan nilai yang mereka perolehi daripada kerusi keselamatan kanak-kanak ini!

Oleh itu, ia merupakan pilihan lain yang kami sangat syorkan untuk bayi baru lahir.

Asalkan anda tidak memerlukannya untuk menepati dengan sistem ISOFIX! Dan juga tidak kisah dengan tempoh jaminan yang singkat.

Bagaimana untuk memasang kerusi keselamatan ini:

Nota: Sweet Cherry juga menjual stroller bayi yang agak cantik!

  • Kategori: Kumpulan 0/0+ Dan 1
  • Umur: Sehingga 4 tahun
  • Sokongan Berat: Sehingga 18kg
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggan Keledar
  • Jenis: Menghadap ke belakang & menghadap ke hadapan
  • Berat: 5.75kg
  • Dimensi: 42 x 58 x 62 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 bulan
  • Harga: ~RM259

Kelebihan:

  • Mematuhi akan ECE R44/04 (Dengan label ECE dan kod QR MIROS)
  • Sistem Tali Keselamatan 5 Mata
  • Sisipan bayi baru lahir boleh ditanggalkan
  • Variasi warna (ungu, merah dan biru)
  • Berkualiti bagus, boleh bertahan lama

Kekurangan:

  • Jaminan yang sangat pendek untuk harganya!
  • Bukan berdasarkan ISOFIX

5. BabyGo Exclusive Baby Car Seat

Dicipta untuk bayi dan kanak-kanak kecil dan dengan 4 tahun jaminan:

Tempat Duduk Kereta Bayi Eksklusif BabyGo amatlah menjimatkan! Selepas diskaun yang besar dari harga asal ~RM600.

BabyGo Exclusive Baby Car Seat

Kerusi keselamatan kanak-kanak ini tidak serasi dengan sistem ISOFIX. Namun begitu, ia mempunyai sistem harnes 5-mata. Dimana ia sangat bagus untuk dimiliki!

Dan ia tidak akan menyebabkan anak anda terasa terlalu hangat atau panas kerana ia diperbuat daripada bahan fabrik yang sejuk dan lembut. Walaupun mempunyai pad yang tebal dan banyak.

Sila ambi perhatian bahawa tali pinggang keselamatan itu mungkin tidak berapa selesa untuk bayi. Dan ia juga mungkin terlalu besar sedikit untuk bayi yang baru lahir.

Kerana pemakaian tali pinggang keselamatan adalah sama seperti apabila anda memakai beg belakang pada bahu anda. Iaitu sangat tidak praktikal untuk seorang bayi! Sepertimana yang telah diutarakan oleh seorang pengguna!

Oleh itu, BabyGo Exclusive Baby Car Seat lebih sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak, berbanding bayi!

Nota: Sentiasa bertanya mengenai tarikh luput apabila anda melihat diskaun besar untuk tempat duduk kereta bayi.

  • Kategori: Kumpulan 0/0+ Dan 1
  • Umur: Sehingga 4 tahun
  • Sokongan Berat: Sehingga 18kg
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke belakang & Menghadap ke hadapan
  • Berat: 5.8kg
  • Dimensi: 43 x 47 x 67 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 4 tahun
  • Harga: ~RM179

Kelebihan:

  • Jaminan yang panjang
  • Kain yang selesa
  • Boleh dibaringkan
  • Mempunyai 4 warna (kelabu, hitam, biru, merah)
  • Mematuhi akan ECE R44/04 (Mempunyai sijil ECE, diluluskan oleh MIROS)
  • Sistem Tali Keselamatan 5 Mata

Kekurangan:

  • Tidak seringan model lain dalam senarai ini
  • Tidak menyokong Sistem ISOFIX
  • Mungkin terlalu besar untuk bayi yang baru lahir

6. Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat

Kerusi keselamatan yang diluluskan oleh MIROS dan disahkan oleh ECE daripada Mamakiddies ini merupakan salah satu pilihan yang lebih mesra bajet dalam senarai ini yang telah memenangi hati ramai ibu bapa!

Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat - ECE Certified

Kerusi keselematan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat tidak disertakan dengan isofix tetapi sesuai dengan mana-mana tempat duduk tali pinggang keledar standard 3 mata. Oleh itu, kerusi keselamatan kanak-kanak ini akan menjadi pilihan yang baik untuk mereka yang tidak merancang untuk mengalihkan kerusi keselamatan anak mereka terlalu kerap.

Walaupun penerangan produk menyatakan bahawa kerusi keselamatan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat boleh memuatkan anak anda sehingga 4 tahun (atau 18kg), ia tidak akan muat dengan baik jika anak anda bertubuh montel.

Jika anak anda bertubuh montel, anda akan mendapati bahawa ia adalah amat sempit!

Jadi jika anda memerlukan sesuatu dalam julat harga yang sama tetapi lebih luas, kami akan mengesyorkan kerusi keselamatan BabyGo Exclusive Baby Car Seat yang boleh memuatkan sehingga 18kg juga tetapi lebih luas daripada kerusi keselamatan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat.

Tetapi seperti BabyGo Exclusive Baby Car Seat, kerusi keselamatan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat juga mempunyai jaminan 4 tahun untuk bahagian mekanikal.

Selain itu, kualiti kerusi keselamatan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat bersesuaian dengan harga. Dan kanak-kanak mendapati ia juga cukup selesa untuk mereka tidur!

Span tebal dan 4 posisi sandaran memudahkan ibu bapa melaraskan tempat duduk bagi membolehkan kedudukan tidur yang lebih selesa dan ergonomik. Iaitu bagus untuk ibu bapa yang sering membawa bayi mereka dalam perjalanan jauh.

Lihat cara memasang kerusi keselamatan  Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat dengan betul di sini:

Oleh yang demikian, jika anda sedang mencari  kerusi keselamatan khusus untuk bayi/kanak-kanak kecil dan mempunyai bajet yang lebih kecil, kami mengesyorkan kerusi keselamatan  Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat.

Nota: Mamakiddies menawarkan subsidi MYCRS untuk kumpulan B40. Semak di sini untuk melihat sama ada anda layak.

  • Kategori: Kumpulan 0/0+, 1
  • Berat Sokongan: Sehingga 18kg
  • Umur: Sehingga 4 tahun
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap-belakang & Menghadap-Hadapan
  • Berat: 5.5kg
  • Dimensi: 40 x 42 x 60 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 4 tahun
  • Harga: ~RM219

Kelebihan:

  • Diluluskan MIROS
  • Disahkan ECE
  • Span yang cukup tebal, cukup selesa untuk perjalanan jauh
  • 4 posisi sandaran untuk mendapatkan posisi duduk, makan dan tidur yang ergonomik
  • Jaminan 4 tahun
  • Harga yang berpatutan

Kekurangan:

  • Tidak betul-betul memuatkan bayi sehingga 18kg seperti yang dinyatakan kerana ia agak sempit untuk bayi yang bersaiz lebih besar
  • Tidak serasi dengan sistem ISOFIX

7. Sweet Heart Paris CS226 Baby Car Seat

Lagi satu jenama tempat duduk kereta bayi yang anda boleh lihat di Malaysia ialah Sweet Heart Paris.

Kualiti Tempat Duduk Kereta Bayi Sweet Heart Paris CS226 agak sama dengan tempat duduk kereta yang mahal. Walaupun ia tidak boleh disetkan bersama dengan sistem ISOFIX.

Walaupun begitu, ianya tidak sukar untuk memasang kerusi keselamatan ini di dalam kereta anda! Kerana ia didatangkan bersama dengan manual yang ringkas, mudah dan jelas! Dan mempunyai panduan berwarna yang amat membantu, supaya anda boleh ikuti ketika memasang kerusi keselamatan tersebut!

Demonstrasi pemasangan:

Dan alasnya kukuh tetapi bukannya tidak selesa. Bayi boleh tidur dengan selesa tanpa memerlukan bantal tambahan! Kerusi keselamatan ini juga mempunyai butang sandaran untuk menyandarkannya dengan mudah.

Secara keseluruhan, ia merupakan pilihan lain yang bagus untuk kerusi keselamatan kanak-kanak jika anda ialah ibu bapa yang tidak berpengalaman dan juga mempunyai bajet sebanyak RM200!

Ianya berbaloi untuk menyatakan bahawa kerusi keselamatan yang setanding dengan Mamakiddies Infant Baby Comfisafe Convertible Car Seat ini mempunyai tempoh jaminan yang lebih panjang antara dua kerusi keselamatan tersebut.

Sweet Heart Paris CS226 Baby Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 0/0+ Dan 1
  • Sokongan Berat: Sehingga 18kg
  • Umur: Sehingga 4 tahun
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke belakang & Menghadap ke hadapan
  • Berat: 5kg
  • Dimensi: 46 x 60 x 57-64 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM219

Kelebihan:

  • Mematuhi akan ECE R44/04 (Mempunyai sijil ECE, diluluskan oleh MIROS dan JPJ)
  • Sistem Tali Keselamatan 5 Mata
  • Banyak warna untuk dipilih
  • Fabrik poliester yang lut udara
  • Kusyen kepala dan dalaman kerusi keselamatan yang boleh dibasuh & boleh ditanggalkan

Kekurangan:

  • Tidak sesuai dengan Sistem ISOFIX


Semak Harga Sekarang Di Lazada


Semak Harga Sekarang Di Shopee

8. Sweet Heart Paris DRANCY Baby Car Seat

Dari banyak ulasan positif untuk tempat duduk kereta bayi di Malaysia:

Anda boleh dapat mengetahui bahawa ini juga merupakan produk terlaris oleh Sweet Heart Paris!

Video promosi:

Kanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk duduk di tempat duduk ini sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 3 tahun (biarpun apa yang dituntut pada labelnya)! Ulasan juga menyatakan bahawa ia sesuai untuk kanak-kanak berumur dalam lingkungan 1 tahun!

Dengan kesemua ulasan yang positif, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai padnya yang agak tebal. Dan mungkin terlalu keras untuk sesetengah bayi. Tetapi ia diselaputi pad dengan baik bagi tujuan keselamatan kanak-kanak.

Ia bahkan mudah untuk dipasang dan juga terasa ringan. Jadi anda tidak akan mempunyai masalah untuk memasangnya di dalam kereta anda!

Kami juga berharap bahawa akuan yang menyatakan bahawa ia sesuai untuk digunakan kanak-kanak berumur 7 tahun adalah benar!

Sweet Heart Paris DRANCY Baby Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 0/0+, 1 Dan 2
  • Sokongan Berat: Sehingga 25kg
  • Umur: Sehingga 7 tahun
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke belakang & Menghadap ke hadapan
  • Berat: 5.4kg
  • Dimensi: 44 x 52 x 60 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM269

Kelebihan:

  • Mematuhi akan ECE R44/04 (Diluluskan oleh JPJ, mempunyai sijil sah oleh MIROS dan ECE R44/04)
  • Sistem tali keselamatan 5 mata
  • 3 warna (kelabu, hitam, and merah)
  • Kualiti yang bagus
  • Mempunyai harga yang berpatutan

Kekurangan:

  • Tidak sesuai dengan Sistem ISOFIX
  • Mempunyai pad yang tebal, agak keras
  • Had umur maksimum adalah lebih jauh rendah pada realitinya
  • Pad pada bahagian bawah (tempat duduk) sedikit nipis

Tempat Duduk Kereta Booster Terbaik Malaysia

9. Tempat Duduk Kombinasi EV 906F 3 Dalam 1 Evenflo SUTTON

Sekiranya ada mempunyai kereta yang lebih kecil seperti Suzuki Swift ataupun Myvi:

Tempat Duduk Kombinasi EV906F 3 Dalam 1 Evenflo SUTTON mesti akan muat dengan sebaiknya! Memandangkan ia agak nipis dan ringan.

Evenflo SUTTON 3 In 1 Combination Seat EV 906F-E7RR

Terdapat juga label ECE pada bahagian belakang yang memastikan kredibilitinya.

Anda tidak akan mempunyai masalah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak ini memandangkan ia juga didatangkan bersama dengan manual terperinci. Tambahan lagi, ia sangat lancar dan mudah untuk mengetatkan tali pinggang keselamatan tanpa ia tersekat/ tersangkut

Anak anda tidak akan berasa kurang selesa di dalamnya sepanjang perjalanan anda! Disebabkan oleh pad yang nipis dan keras. Jadi anda mungkin akan berasa perlu untuk menambah kusyen tambahan di atas kerusi keselamatan itu jika anda ingin membuat perjalanan yang lebih jauh.

Tempat duduk belakang (tempat sandar) juga tidak boleh disandarkan, jadi ia akan sentiasa kekal pada kedudukan yang tegak.

Sudah pasti bukan pilihan utama kami untuk perjalanan jarak jauh atau untuk bayi kecil. Tetapi jika untuk perjalanan yang sekali-sekala dengan bayi yang lebih besar atau kanak-kanak, ia amat berguna!

Nota:

  • Pada tahun 2016, evenflo meminta pengembalian semula lebih daripada 5,000 Transitions 3-in-1 Combination Booster Seat. Kerana kanak-kanak yang duduk di atas kerusi keselamatan ini boleh melonggarkan harnes dengan sendiri.
  • Kami berpendapat pengembalian semula tidak semestinya merupakan perkara yang tidak bagus. Kerana mereka menggesa syarikat terbabit untuk menyelesaikan (dan mencegah) berlakunya kekurangan/masalah dari segi rekaan.
  • Kategori: Kumpulan 1, 2 Dan 3
  • Umur: 9 bulan hingga 6 tahun
  • Sokongan Berat: 9 – 36kg
  • Sokongan Ketinggian: –
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke hadapan
  • Berat: 4.2kg
  • Dimensi: 47 x 42 x 67 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM300

Kelebihan:

  • Menjimatkan ruang dan ringan
  • Dengan label ECE (cth; mematuhi akan ECE R44/04)
  • Penutup yang boleh ditanggalkan
  • Tali keselamatan 5 mata
  • Pemasangan yang mudah (melalui tali pinggang keledar)
  • Manual yang lengkap
  • Binaan yang berkualiti
  • Pemegang cawan yang boleh ditanggalkan (disebelah kiri tempat duduk)

Kekurangan:

  • Pelapit yang nipis dan agak kaku
  • Tidak boleh dibaringkan
  • Tidak sesuai dengan ISOFIX

10. Joie Elevate Booster Car Seat

Selepas bayi besar, anda boleh mula menggunakan Tempat Duduk Kereta Joie Elevate Booster yang dikhususkan untuk kanak-kanak antara 9kg hingga ke 36kg. Ia bermaksud, anda boleh menggunakannya sebagai penyokong kerusi keselamatan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun!

Ia akan sentiasa kekal selepas pemasangan (dimana ia tidak akan mengambil masa yang lama juga). hanya dengan tali pinggang keledar dan bukannya melalui ISOFIX!

Apabila dipasang dengan betul, ianya agak stabil dan tidak banyak bergerak di dalam kereta. Pad bahu juga membantu untuk menghalang anak anda daripada bergerak-gerak!

Video demonstrasi (dengan model kanak-kanak daripada umur yang berbeza):

Ia juga didatangkan bersama pemegang cawan yang memudahkan untuk anda letakkan susu botol atau minuman anak anda!

Pad di bahagian tempat duduk mungkin tidak cukup selesa untuk perjalanan jarak jauh. Memandangkan ia tidak cukup tebal. Oleh itu, kerusi keselamatan ini juga mungkin terlalu rendah untuk anak anda.

Perincian lebih dekat mengenai ciri-cirinya:

Namun begitu, anda masih boleh mendapatkan kerusi keselamatan ini jika anda mempunyai kanak-kanak (bukan bayi yang baru lahir) dan bajet sebanyak RM500! Dan hanya jika anda membawa mereka untuk perjalanan yang singkat!

Joie Elevate Booster Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 1, 2 Dan 3
  • Umur: 15 bulan ke 12 tahun
  • Sokongan Berat: 9kg ke 36kg
  • Sokongan Ketinggian: Sehingga ke 135cm
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke hadapan
  • Berat: 5.47kg
  • Dimensi: 50 x 50.8 x 63-83 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM479

Kelebihan:

  • Tali keselamatan 5 mata
  • Penutupnya boleh dikeluarkan dan dibasuh dalam mesin basuh
  • Sandaran kepala boleh dilaraskan (10 posisi)
  • Pemegang cawan
  • 3 pilihan warna – hitam, biru dan merah
  • Binaan berkualiti
  • Jaring disisi yang boleh bernafas
  • Serbaguna (melayani kumpulan umur yang luas)
  • Telah diuji untuk ECE R44/04 (Dengan kod QR MIROS)
  • Video demonstrasi yang jelas

Kekurangan:

  • Mahal
  • Jaminan yang pendek bagi harga seperti itu
  • Pad di bahagian bawah (tempat duduk) tidak cukup tebal
  • Bukan untuk kegunaan bayi yang baru lahir

11. Sweet Heart Paris CS257 2 In 1 Detachable Booster Baby Car Seat

Alternatif yang lebih murah daripada tempat duduk kanak-kanak yang sebelumnya:

Adakah Tempat Duduk Kereta Bayi 2 Dalam 1 Detachable Booster Sweet Heart Paris CS257. Ianya besar dan selesa. Malahan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun. Ia merupakan perkara yang perlu anda fikirkan jika anda merancang untuk membuat perjalanan jauh yang kerap dengan anak anda.

Dan lokasi tali pinggang keledar juga ditunjukkan dengan baik!

Ianya mudah untuk dipasang bagi ibu-bapa yang berpengalaman, dan ia mempunyai harga yang berpatutan jika anda sedang di bawah bajet yang ketat.

Video promosi:

Tetapi jika anda baru pertama kali menjadi ibu-bapa atau tidak pernah memasang kerusi keselamatan kanak-kanak sebelum ini, ia mungkin menjadi sedikit susah untuk anda memahami manual atau mengikuti arahan seperti di dalam video di atas

Tambahan lagi, jika anda ingin menyandarkan aras kerusi, ia tidak boleh dikunci.

Selain daripada hal ini, sesetengah pengguna merasakan bahawa kerusi yang ringan ini masih boleh bergerak. Dan mereka menggalakkan untuk orang lain untuk melabur sedikit wang untuk membeli kerusi keselamatan yang lebih tinggi kualiti, jika boleh!

Sweet Heart Paris CS257 2 In 1 Detachable Booster Baby Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 1, 2 Dan 3
  • Umur: 15 bulan ke 11 tahun
  • Sokongan Berat: 9kg ke 36kg
  • Sokongan Ketinggian: hingga 135cm
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar
  • Jenis: Menghadap ke hadapan
  • Berat: 4.5kg
  • Dimensi: 46 x 53 x 68 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM209

Kelebihan:

  • Mematuhi akan ECE R44/04 (Dengan label ECE)
  • Sistem tali keselamatan 5 mata (dengan gesper yang selamat untuk kanak-kanak)
  • Pilihan warna yang banyak
  • Pelapik yang boleh ditanggalkan dan dicuci
  • Ketinggian sandaran kepala yang boleh dilaraskan
  • Berkualiti bagus
  • Sandaran rehat belakang bersudut (110 hingga 130 darjah)
  • Ringan

Kekurangan:

  • Manual arahan tidak terperinci
  • Tidak begitu stabil seperti kerusi keselamatan kanak-kanak lain yang di dalam lingkungan harga yang sama

12. Chicco Gro-Up 123 Booster Car Seat

Sangat memalukan apabila Tempat Duduk Kereta Chicco Gro-Up 123 Booster yang kukuh mempunyai kemampuan baring yang terhad. Kerana pelapiknya mewah dengan kain yang boleh bernafas!

Dan tempat duduk kereta ini bertujuan untuk jarak umur yang luas kerana tali pinggang dan sandaran kepala yang boleh dilaraskan. Selagi mereka berada di atas tanda 9kg!

Sebenarnya, harnes 5-mata boleh diubahsuai untuk mengikut kesesuaian untuk anak anda sepanjang mereka membesar. Tanpa menyebabkan mereka merasa sebarang ketidakselesaan (contohnya rasa terlalu ketat) menurut kepada satu ulasan pengguna!

Seiring bertambah usia anak anda, mereka juga sepatutnya boleh menaiki kerusi keselamatan mereka dengan sendiri.

Video promosi:

The Chicco Gro-Up 123 Booster Car Seat didatangkan bersama manual penuh supaya anda boleh memasangnya dengan mudah tanpa sebarang kekeliruan.

Kerusi mudah untuk disandarkan, kerana arasnya diletakkan di tempat yang mudah untuk dicapai iaitu di bahagian hadapan kerusi keselamatan!’

Bayi anda akan merasa amat selesa walaupun di dalam perjalanan yang mengambil masa lebih daripada sejam. Tetapi ia tidak boleh disandarkan ke belakang dengan cukup jauh. Dan ini menyebabkan ia tidak tidak begitu bagus/sempurna untuk menyokong kepala bayi untuk tempoh tidur yang lama.

Jadi kami tidak menggalakkan untuk anda menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak ini untuk perjalanan yang lebih lama.

Namun begitu, jika anak anda amat gemar melihat-lihat ke sekeliling sepanjang masa, ia langsung tidak menjadi masalah!

Menyebut mengenai sandaran kepala, tombol berpintal yang terletak pada bahagian atas kerusi keselamatan kanak-kanak ini sebenarnya amat mudah untuk digunakan!

Nota: Tanya akan tarikh pembuatan sebelum mendapatkan tempat duduk kereta.

Chicco Gro-Up 123 Booster Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 1, 2 Dan 3
  • Umur: 15 bulan hingga tahun
  • Sokongan Berat: 9kg hingga 36kg
  • Sokongan Ketinggian: Sehingga ke 135cm
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar Kereta 3 Mata
  • Jenis: Menghadap ke hadapan
  • Berat: 6.6kg
  • Dimensi: 49 x 52 x 76-81 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM599

Kelebihan:

  • Diluluskan mengikut Standard Piawaian Keselamatan Eropah ECE R44/04
  • Tali keselamatan 5 mata
  • Boleh menanggalkan penutup kain untuk membasuh
  • Datang dalam warna hitam, merah dan kelabu
  • Manual disertakan
  • Selesa untuk kanak-kanak duduk di atasnya
  • Senang untuk dikunci
  • Fabrik jejaring yang lut udara, pad yang lembut
  • Ciri-ciri yang bersifat praktikal

Kekurangan:

  • Mahal
  • Tidak sesuai dengan Sistem ISOFIX
  • Mempunyai jaminan yang singkat jika dibandingkan dengan harganya
  • Bukan untuk kegunaan bayi yang baru lahir
  • Tidak boleh menyandarkan kerusi untuk jarak yang jauh

13. RECARO Young Sport Hero Booster Car Seat 

Ketahuilah jenama yang berpusat di Eropah ini mempunyai masalah keselamatan berpotensi dengan tempat duduk kereta ProRide yang boleh ditukar. Mengenang ribuan dari Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Dan arahan pengembalian semula yang paling terbaru adalah pada tahun 2020 iaitu bagi kerusi keselamatan RECARO TIAN (CORE dan ELITE) (untuk keluaran Ogos 2021 dan seterusnya). Mengenai isu yang berkaitan dengan rekaan harnes.

Ianya cukup bagus untuk mengetahui bahawa mereka amat bertanggugjawab terhadap kerusi keselamatan mereka!

Selain itu, Tempat Duduk Kereta Recaro Young Sport Hero Booster adalah salah satu produk terkini mereka. Tempat duduk belakang yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian membolehkan tempat duduk tersebut anak anda menyesuaikan diri dengannya!

Ia bercirikan kerusi busa (foam) yang ergonomik yang biasanya digunakan di dalam industri automotif. Kerusi keselamatan ini membekalkan sokongan kontur yang bagus. Membuatkan ia cukup selesa untuk digunakan oleh kanak-kanak dari pelbagai saiz.

Video demonstrasi:

Terdapat sarung kerusi yang lut udara yang amat sesuai untuk digunakan dalam negara beriklim panas ini!

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak ini. Ataupun, terdapat juga penyokong kerusi keselamatan yang jauh lebih murah di dalam senarai ini. Seperti Chicco Gro-Up 123 Booster Car Seat!

Nota: Pastikan anda periksa tarikh luput produk sebelum anda membelinya!

RECARO Young Sport Hero Booster Car Seat
  • Kategori: Kumpulan 1, 2 Dan 3
  • Umur: 15 bulan sehingga 12 tahun
  • Sokongan Berat: 9kg hingga 36kg
  • Sokongan Ketinggian: Sehingga ke 135cm
  • Jenis Pemasangan: Tali Pinggang Keledar Kereta 3-Point
  • Jenis: Menghadap ke hadapan
  • Berat: 8kg
  • Dimensi: 50 x 58 x 63-71 cm (L x P x T)
  • Jaminan: 1 tahun
  • Harga: ~RM1,099

Kelebihan:

  • Diluluskan oleh Standard ECE R44/04
  • Pemasangan universal melalui tali pinggang keledar
  • Pengudaraan yang baik
  • Banyak pilihan warna
  • Harnes 5 mata
  • Sarung yang boleh dibasuh
  • Mampu melaraskan sudut tempat duduk
  • Tanda tali pinggang untuk pemasangan yang mudah

Kekurangan:

  • Sangat mahal
  • Jaminan yang pendek untuk harga tersebut!
  • Tidak sesuai dengan ISOFIX

Tempat duduk kereta booster untuk kanak-kanak yang jatuh di bawah kumpulan 2 & 3:

Recaro Monza Nova Evo Seatfix Booster Car Seat Lihat Harga

Cara Untuk Memilih Tempat Duduk Kereta Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Ramai ibu bapa yang mengabaikan untuk mendapatkan tempat duduk kereta untuk anak mereka! Jiaka anda sedang membaca ini, anda sedang melakukan perkara yang betul bagi melindungi anak anda daripada bahaya!

Dan bukan hanya kerana ianya adalah wajib (sejak Januari 2020) di Malaysia:

Perlu ada sistem pengekangan anak (CRS) di dalam kenderaan persendirian ketika melancong dengan kanak-kanak di bawah 135cm (atau di bawah 36kg)!

Tempoh penangguhan berakhir pada Julai 2020. Sekiranya anda tertanya-tanya!

Nota: Pengecualian bagi keluarga besar dengan beberapa anak di bawah 135cm.

1. Piawaian Keselamatan Tempat Duduk Kereta

Kekurangan sebuah kerusi keselamatan kanak-kanak selalunya bermaksud anak anda tidak mempunyai sebarang perlindungan keselamatan.

Kerusi keselamatan yang normal (dan ciri-ciri keselamatan yang terbina dalam) adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz anak kecil anda. Dan akan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius sekiranya berlaku kemalangan kereta!

Nota: Berdasarkan kajian oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat.

2. Diiktiraf ECE

Di Malaysia, anda perlu mencari produk dengan label kelulusan ECE berwarna oren. Ini bermaksud tempat duduk kereta telah memenuhi syarat keselamatan di bawah standard keselamatan Eropah, ECE R44. Or ECE R129.

Label tersebut mempunyai maklumat berikut:

  • E52 – Kod pensijilan bagi Malaysia
  • Kategori (mengikut tinggi atau berat) – sama ada Universal atau i-Size yang lagi baru
  • Nombor kelulusan
  • MIROS QR code – anda boleh mengimbas lebih banyak maklumat

Nota: Sebenarnya ada panduan rasmi yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) jika anda berminat akan maklumat yang lebih lanjut! Temasuk pemasangan untuk tempat duduk kereta yang berbeza!

3. Jenis-jenis Tempat Duduk Kereta Lwn Umur Kanak-kanak

Faktor utama dalam memilih tempat duduk kereta yang sesuai adalah umur, berat badan dan ketinggian anak anda!

Oleh kerana tempat duduk kereta dibuat dengan dimensi tetap untuk pelbagai peringkat umur! Sama seperti pembawa bayi!

  • Bayi hingga Kanak-kanak Kecil: Sentiasa tempat duduk kereta menghadap ke belakang. Atau tempat duduk menghadap belakang yang boleh ditukar
  • Kanak-kanak Kecil hingga Tadika: Tempat duduk kereta yang boleh ditukar, belakang/menghadap ke belakang
  • Kanak-kanak Sekolah Bergred: Tempat duduk Booster
  • Pra-Remaja dan Ke Atas: Tali Pinggang
KategoriUmurTinggiBeratJenis Tempat Duduk Kereta
Kumpulan 0/0+0 – 18 bulansehingga ke 83cmSehingga ke 9kg;
Disyorkan hingga ke 13kg
Tempat duduk bayi menghadap ke belakang
Kumpulan 115 bulan – 4 tahun71cm dan ke atas9kg – 18kgTempat duduk kereta bagi bayi menghadap ke belakang
Kumpulan 24 – 7 tahun100cm dan ke atas15kg – 25kgTempat duduk kereta booster menghadap ke hadapan (dengan tali keselamatan 5 mata)
Kumpulan 36 tahun dan ke atassehingga ke 135cm22kg – 36kgTempat duduk kereta booster menghadap ke hadapan (guna dengan tali pinggang)

Nota: Disarankan bahawa setiap kumpulan kecuali kumpulan 3 untuk menggunakan tali keselamatan 5 mata!

4. Saiz Tempat Duduk Kereta

Tempat duduk juga haruslah sesuai dengan kereta anda! Dan jika kereta anda merupakan model pasca 2015, tempat duduk kereta bayi tersebut harus sesuai dengan ISOFIX bagi pemasangan yang lebih mudah!

Lihat manual kereta anda di lokasi selak ISOFIX (jika ada)!

Dan jangan lupa untuk memastikan semula dimensi mana-mana produk dengan tempat duduk penumpang belakang kereta anda! Termasuk ketinggian!

5. Ciri-ciri Lain

Ini merupakan sebahagian ciri-ciri yang juga boleh anda perhatikan:

  • Sarung yang boleh dicuci – kadang kala, lampin terbaik juga boleh bocor!
  • Mudah dibawa – tempat duduk kereta perlu cukup ringan bagi anda untuk membawa ke kereta dan darinya apabila perlu
  • Pelapik baru yang tidak akan mencalarkan bayi anda
  • Boleh Dibuai – membantu menenangkan bayi anda untuk tidur

6. Tempat Duduk Kereta Terpakai

Bagaimana pula tentang tempat duduk kereta terpakai? Adakah ia selamat untuk dibeli?

Mungkin anda akan terpengaruh untuk berjimat sebanyak beberapa ratus Ringgit dengan membeli kerusi keselamatan terpakai. Kerana ia boleh menjadi jauh lebih murah berbanding dengan kerusi keselamatan baru yang selalunya berharga RM200 dan ke atas.

Tetapi:

Tempat duduk kereta mempunyai tarikh luput apabila ia tidak dapat lagi untuk meneruskan kerjanya dengan berkesan!

Dan jika anda membeli tempat duduk kereta bayi terpakai “preloved”, anda mungkin tidak tahu akan sejarahnya yang sebenar (cth: kemalangan masa lampau, pendedahan cahaya matahari yang berpanjangan, bahagian yang hilang, penarikan semula produk sebelum ini dan banyak lagi).

Pengecualiannya adalah jika anda mendapatkan tempat duduk kereta daripada sumber yang boleh dipercayai (cth: ahli keluarga atau rakan). Tambahan lagi, ia seharusnya masih mempunyai label keselamatan baru dan baki masa yang mencukupi sebelum tarikh luput tersebut!

Langkah Keselamatan & Berjaga-jaga Bagi Tempat Duduk Kereta

Tidak cukup sekadar mendapatkan tempat duduk kereta. Anda perlu memastikan anda tahu cara untuk menggunakannya dengan betul juga!

  • Elakkan daripada meletakkan tempat duduk kereta anak anda di tempat duduk penumpang depan (di sebelah pemandu) kecuali anda boleh mematikan beg udara.
  • Jika tiada orang yang duduk di tempat duduk penumpang di belakang, pasangkan tempat duduk kereta anak anda ke tengah (jika reka bentuknya membolehkannya). Ini membantu mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan dengan pintu.
  • Baca panduan yang diberikan mengenai cara pemasangan tempat duduk kereta dengan betul. Ikut sudut berbaring yang disyorkan!
  • Pangkal bawah tempat duduk kereta tidak boleh bergerak lebih dari satu inci ke arah mana pun setelah anda pasangkannya.
  • Tidak boleh anda kelonggaran pada tali pinggang di dada atau pinggul anak anda.
  • Jangan tukar tempat anak anda ke depan atau beralih ke tali pinggang keledar atau tali pinggang keselamatan sehingga mereka mencapai kumpulan umur yang seterusnya!
  • Tempat duduk menghadap ke hadapan biasanya memerlukan penambat atas.
  • Tali pinggang keselamatan harus betul-betul dibawah bahu untuk tempat duduk menghadap ke hadapan atau tepat di atas tempat duduk menghadap ke hadapan
  • Klip dada tali pinggang keselamatan hendaklah berada diparas ketiak
  • Anda munkin ingin menambahkan kusyen dan penutup untuk meyelesakan anak anda tetapi ini tidak disarankan! Kecuali jika ianya telah diuji kemalangan juga!
  • Bagi booster, tali pinggang di paha mesti berada di aras pinggul. Daripada tahap perut atau tulang rusuk
  • Jikalau perlu, tetapkan peringatan agar anda tidak terlupa apabila tiba masanya untuk beralih ke tempat duduk kereta, tempat duduk booster atau tali pinggang keselamatan yang lebih besar!

Konklusi

Maih tersekat yang mana satu merupakan tempat duduk kerusi terbaik di Malaysia 2022? Harga yang lebih tinggi tidak bermaksud kerusi kereta lebih baik daripada yang lain.

Untuk memastikan keselamatan maksimum untuk anak anda, sila pastikan anda membaca semua kebaikan dan keburukan bagi setiap pilhan. Jalankan penyelidikan anda dengan betul supaya anda boleh mengurangkan kebimbangan anda apabila mengetahui anak anda akan sentiasa selamat di dalam kereta anda!