You are currently viewing 15 Susu Tepung Bayi Terbaik di Malaysia 2022: Formula Mana Yang Menjadi Pilihan?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Bayi perlukan bantuan tak kira daripada susu ibu atau susu tepung bayi terbaik di Malaysia 2022!

Ini kerana bayi membesar dengan luar biasa (cth tiga kali ganda daripada beratnya) semasa tahun pertama, ianya sangat penting untuk bekalkan mereka dengan nutrisi yang secukupnya. Untuk otak sihat dan perkembangan sendi!

Lihat ulasan susu formula terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia!

Jenis-Jenis Susu Formula

Banyak sumber/pihak bersetuju bahawa Susu ibu adalah sumber nutrisi yang terbaik yang anda boleh berikan untuk anak anda (terutamanya untuk 6 bulan yang pertama), tetapi adakalanya ia masih tidak mencukupi.

Atau ia tidak selesa (tidak diterima oleh sosial) untuk menyusukan atau menggunakan breast pump yang bagus!

Secara idealnya, formula susu bayi seharusnya mengandungi nutrien yang sama dengan susu ibu. Tetapi nisbah dan kepekatan bahan adalah berbeza antara jenama.

Dan terdapat juga asas/dasar yang berbeza digunakan untuk susu tepung bayi:

1. Formula Susu Lembu

Kebanyakan formula bayi dihasilkan daripada susu lembu. Dan ia dihasilkan untuk memudahkan pencernaan bayi dengan ramuan tambahan (diperkuat).

Seperti zat besi atau makanan tambahan (probiotic supplements).

2. Formula Kacang Soya

Untuk mereka yang mahukan susu tanpa laktosa (atau vegan), anda boleh beli susu tepung bayi berasaskan kacang soya.

3. Formula Khusus

Terdapat juga formula (cth formula terhidrolisis) dengan protein yang telah dicernakan dahulu bagi mengesan alahan kepada protein dalam susu lembu ataupun susu ibu. Juga terdapat formula untuk bayi-bayi pramatang!

Atau bayi yang mempunyai keadaan kulit seperti ekzema (cth formula tidak menimbulkan alahan).

Namun begitu, terdapat sedikit bukti yang mencadangkan bahawa pengambilan susu formula hipoalergenik boleh mencegah keadaan alahan daripada terus memburuk.

Nutrisi-Nutrisi Penting Dalam Formula

1. DHA & AA/ARA

Berikut merupakan jenis asid lemak semulajadi yang terdapat dalam susu ibu.

Ia membantu kepada perkembangan otak dan penglihatan bayi. Oleh itu, banyak komersial tepung susu bayi masukkan nutrisi tersebut dalam iklan mereka.

DHA and AA biasanya ditunjukkan secara berasingan pada label.

Dimana amaun DHA dan AA haruslah sama banyak (di mana DHA sedikit lebih rendah) dalam susu tepung bayi supaya ianya hampir sama dengan susu ibu.

2. Nukleotidia

Nuckleotidia diperlukan untuk menguatkan sistem imun bayi. Ia juga penting untuk perkembangan organ-organ pencernaan.

Walaupun begitu, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami sepenuhnya komponen lain yang terdapat dalam susu ibu.

3. Kolina

Hanya baru-baru ini nutrisi penting untuk bayi ditetapkan dan amaun yang dicadangkan untuk bayi antara 0-12 bulan adalah sebanyak 125-150mg.

Tetapi, hanya sedikit jenama yang mematuhi ketetapan ini.

Kolina adalah penting untuk fungsi otak dan sistem saraf tubuh badan serta perkembangan sel-sel. Ini kerana badan manusia tidak dapat menghasilkan nutrisinya sendiri.

Orang dewasa mendapatkan nutrisi melalui daging, telur dan sesetengah sayuran. Manakala bayi mendapatkan nutrisi daripada rahim ibu atau susu ibu.

Jadi jika bayi anda tidak dapat mengakses/ mendapat susu ibu, bahan yang paling baik seterusnya ialah susu formula bayi yang dilengkapi dengan kolina.

4. Prebiotics dan Probiotics

Apakah perbezaan antara prebiotik dan probiotik?

Prebiotik menggalakkan perkembangan probiotik di dalam perut.

Probiotik merupakan bakteria hidup yang berfaedah untuk menyeimbangkan antara bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut anda!

5. Vitamins Seperti A, C, D, E, Dan Vitamin B

Vitamin tersebut adalah penting untuk kulit dan penglihatan yang baik. Dan juga untuk sel-sel darah, saraf dan otak yang sihat. Ia juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penyerapan mineral-mineral ke dalam badan seperti kalsium.

Vitamin B9 atau nama lainnya, asid folik. Ia sangat penting untuk penghasilan sel darah merah. Selain itu, ia juga membentuk sambungan antara otak dengan saraf tunjang.

6. Mineral-Mineral Seperti Kalsium, Zat Besi, Zink

  • Kalsium- untuk tulang, gigi, kuku, dsb. Dan fungsi otot dan saraf.
  • Zat Besi – untuk menghasilkan darah
  • Zink– banyak kegunaan untuk tubuh badan! Pertumbuhan dan membaiki sel, sistem imunisasi, untuk memecahkan karbohidrat, dsb

Bagaimana Untuk Memilih Susu Tepung Terbaik Untuk Bayi Anda

1. Memeriksa Label Produk Untuk Ramuan Nutrisi

Periksa label produk yang mengandungi semua ramuan-ramuan penting yang dibincangkan di atas!

Anda perlu berjaga-jaga kerana banyak syarikat susu formula menggunakan bahan pemanis seperti dekstrosa, sukrosa atau sirap jagung (kadang-kadang sebagai tambahan kepada laktosa) untuk menjadikan susu lebih sedap.

2. Memilih Mengikut Umur

Ia tidak sama seperti memilih stroller baby terbaik di Malaysia:

Anda memilih tepung susu mengikut umur anak anda sendiri!

Nisbah ramuan akan menunjukkan keperluan nutrisi yang berkaitan mengikut kumpulan umur.

Peringkat susu formula bayi seringkali dikategorikan sebagai berikut:

  • Tahap 1 (Baru Lahir– 6 bulan)
  • Tahap 2 (6 bulan– 1 tahun)
  • Tahap 3 (1 – 3 tahun)

3. Bawa Anak Anda Berjumpa Dengan Pakar Pediatrik

Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai alahan (atau lain-lain abnormal) dengan tepung susu yang anak anda minum sekarang, sila berjumpa dengan pakar pediatrik untuk tindakan lanjut.

Ia mungkin disebabkan sama ada bayi anda minum susu terlalu banyak atau sedikit.

Perhatikan simptom-simptom abnormal:

  • Naik berat badan sama ada cepat atau lambat
  • Menangis berterusan
  • Muntah
  • Kulit kendur
  • Kurang kencing
  • Pegang kaki ke atas dada

10 Jenama Tepung Susu Bayi Terkemuka di Malaysia

Tidak mengikut turutan spesifik:

  1. S-26 (Wyeth Nutrition)
  2. Similac
  3. Enfalac/ Enfagrow/ Enfamil – all by Mead Johnson (pengeluar sama dengan SUSTAGEN)
  4. Frisolac
  5. Anmum
  6. Isomil
  7. Nestle NAN Pro
  8. Mamex (Dumex)
  9. Pediasure
  10. Nutricia AptaGro

15 Susu Formula Bayi Terbaik Di Malaysia 2022

  • Susu Tepung Bayi Bajet Terbaik – Susu Tepung Rumusan Bayi Mamex Langkah 1
  • Susu Tepung Bayi Bebas-Laktosa Terbaik – Susu Soya Formula Bayi Isomil
  • Susu Tepung Bayi Dengan Probiotik Terbaik – Susu Tepung Formula Bayi Nestle NAN Pro Langkah 1
  • Susu Tepung Bayi Terbaik (Digunakan Di Hospital Swasta) – Susu Tepung Formula Bayi Similac 1
  • Susu Tepung Bayi Terbaik (Campuran Susu Lembu/Soya) – Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold SMA
  • Susu Tepung Bayi Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir – Susu Tepung Rumusan Bayi Enfalac A+

Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Berusia 0 Hingga 6 Bulan & 6 – 12 Bulan

Semua tepung susu yang disenaraikan adalah berasaskan susu lembu kecuali yang dinyatakan.

1. Susu Tepung Formula Bayi Similac 1

Disahkan halal oleh JAKIM dan popular di hospital-hospital swasta:

Harga Similac 1 Infant Formula Milk Powder adalah berpatutan dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan:

Ia mengandungi laktosa yang juga terdapat di dalam susu ibu (~7% daripada susu ibu ialah laktosa), berfungsi untuk membantu kanak-kanak di dalam perkembangan mereka. Lebih kurang separuh tenaga bayi anda berasal daripada laktosa di dalam susu.

Namun begitu, disebabkan oleh kandungan laktosa, ia tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap susu.

Selain itu, formula susu ini mengandungi minyak kelapa – sumber semulajadi yang kaya dengan trigliserida yang merupakan alternatif yang bagus untuk minyak kelapa sawit. Ia benar-benar membuatkan kalori menyerap masuk ke dalam badan bayi anda untuk membesar dengan sihat dan kuat!

Kelebihan lain bagi susu Similac 1 Infant Formula Milk Powder ialah ia tidak mengandungi sirap jagung atau fruktosa yang tinggi. Ia adalah secara dasarnya merupakan gula tambahan yang tidak terkandung di dalam susu ibu.

Bagaimanapun, kandungan DHA adalah kurang berbanding dengan jenama-jenama lain. Tambahan lagi, ia merupakan formula yang agak berbuih dan mungkin boleh menyebabkan masalah sembelit untuk sesetengah bayi.

Susu Tepung Formula Bayi Similac 1
  • Sesuai Untuk: Bayi berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA, AA, 2’-FL, Nucleotide, Omega 3 & 6, Taurine dan Kolina
  • Saiz: 1.2kg
  • Harga: ~RM120
  • Harga/kg: ~RM100

Kelebihan:

  • Tidak mempunyai tambahan sirap jagung atau fruktosa
  • Menggunakan minyak kelapa berbanding minyak kelapa sawit
  • Disahkan halal
  • Digunakan di hospital
  • Tidak terlalu mahal

Kekurangan:

  • Bukan untuk bayi yang tidak toleran terhadap susu

Susu Formula Bayi  Similac 1 Tanpa Laktosa – Semak Harga

2. Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold SMA

Tinggi zat besi dan kolina, tetapi rendah kalsium berbanding susu tepung jenama lain untuk bayi:

Formula kacang soya dan susu lembu keluaran jenama tempatan, Wyeth Nutrition (dibawah Nestle) adalah sesuai untuk bayi yang berusia sehingga ke satu tahun!

Susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder mengandungi protein wei yang ditemui secara semulajadi di dalam susu ibu.

Walaupun susu skim (susu tanpa lemak) dinyatakan dalam senarai bahan, jangan bimbang mengenai kalori dan lemak yang terlalu rendah kerana laktosa dan protein wei di dalam formula susu ini menyediakan 27.9g lemak bagi setiap 100g susu.

Kami menemui fakta ini berdasarkan beberapa sumber dalam talian:

Satu sudu susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder mengandungi 8.6g. 15 sudu/hari untuk bayi berumur setahun berjumlah 129g susu tepung untuk keseluruhan. Dan ~36g lemak. Sila betulkan kami jika perkiraan kami salah.

Kanak-kanak kecil (1-3 tahun) memerlukan 39g lemak setiap hari untuk 1,000 kalori yang mereka peroleh. Dan memandangkan bayi berumur 1-tahun memerlukan 750 sehingga 900 kalori setiap hari, susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder memberikan lemak yang cukup untuk bayi.

Dan seperti Similac 1 Infant Formula Milk Powder, susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder juga mengandungi minyak kelapa yang kaya dengan lemak yang berkhasiat untuk bayi.

Namun begitu, sekiranya bayi anda mempunyai kesihatan perut yang lemah atau dilahirkan pra-matang:

Kami mencadangkan untuk anda tidak memilih susu ini kerana ia mengandungi kacang soya yang mungkin boleh menyebabkan samada masalah sembelit atau cirit-birit. Susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder juga tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa.

Susu Tepung Formula Bayi S-26 Gold SMA
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA & AA, Alpha-Lactalbumin, Lutein, Oligofructose, Taurine, Nukleotidia
  • Saiz: 1.8kg
  • Harga: ~RM203
  • Harga/kg: ~RM112.8

Kelebihan:

  • Dengan protein wei dan minyak kelapa
  • Harga berpatutan
  • Lebih tinggi kandungan zat besi dan kolina
  • Kandungan lemak yang cukup (walaupun dengan susu skim)

Kekurangan:

  • Bukan untuk bayi yang sensitif kepada kacang soya dan laktosa

3. Susu Tepung Rumusan Bayi Enfalac A+

Pakar-pakar mengesyorkan Susu Tepung Formula Enfalac A+ Infant untuk bayi yang baru lahir. Ini kerana ia mengandungi DHD, kalsium ARA dan asid folik yang tinggi.

Seperti susu tepung rumusan bayi Similac 1, ia juga telah disahkan halal oleh JAKIM.

Ia merupakan salah satu jenama selain daripada susu S-26 Gold SMA Infant Formula Milk Powder, yang juga mengandungi kandungan kolina yang lebih tinggi – sesuatu bahan yang kaya di dalam susu ibu.

Kolina mempunyai beberapa manfaat yang hanya diperakui “baru-baru ini”, terutamanya ketika hamil. Pengambilan mencukupi (AI) untuk bayi baru lahir dibawah 6 bulan ialah 125mg/hari.

Jadi oleh kerana susu Enfalac A+ Infant Formula Milk Powder menawarkan 122mg/100g kolina, sekiranya bayi anda meminum lebih kurang 22 sudu (saiz sudu 4.4g) setiap hari, bayi anda akan memperolehi kolina yang mencukupi!

Susu Enfalac A+ Infant Formula Milk Powder kini juga mengandungi MFGM, bahan penting yang lain yang terdapat di dalam susu ibu:

MFGM adalah bagus untuk perkembangan neuro/saraf dan imuniti usus. Tambahan lagi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan telinga bayi seperti acute otitis media.

Ia juga mengandungi GOS dan PDX – prebiotik yang telah dipatenkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain termasuk Malaysia. GOS dan PDX membantu bayi untuk menghasilkan najis yang lebih lembut (bifidogenik) dan juga untuk mengawal/mengatur sistem pencernaan meraka.

Selain itu, susu Enfalac A+ Infant Formula Milk Powder mengandungi sirap jagung dimana ia merupakan sumber lemak yang bertindak-pantas (indeks glisemik 100 berbanding laktosa mengandungi 46 GI).

Sirap jagung boleh menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah. Tetapi sirap jagung ialah bahan yang murah dan menyembunyikan rasa yang kurang enak daripada protein susu. Ia juga alternatif pemanis untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa.

Nota: Bacaan lanjut mengenai apa yang diperkatakan oleh Enfamil berkenaan sirap jagung.

Susu Tepung Formula Bayi Enfalac A+
  • Sesuai untuk: Bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: MFGM Complex, DHA, ARA, Choline, Diet Serabut, Omega 3 & 6
  • Saiz: 2.4kg
  • Harga: ~RM281
  • Harga/kg: ~RM117 – 121.8

Kelebihan:

  • Dengan kolina dan MFGM untuk perkembangan saraf
  • Disahkan halal
  • Mengandungi prebiotik untuk mengatur percernaan

Kekurangan:

  • Salah satu jenama susu tepung yang lebih mahal
  • Menggunakan sirap jagung untuk memaniskan rasanya – laktosa lebih digemari (lebih menyerupai susu ibu) sekiranya bayi anda toleran terhadap laktosa

Untuk memudahkan penghadaman:

Susu Rumusan Bayi Enfalac A+ Gentlease – Semak Harga

4. Susu Tepung Rumusan Bayi Frisolac Langkah 1

Frisolac didatangkan jauh dari ladang lembu Holland, ianya dijual dalam 3 saiz berbeza iaitu (400g, 600g and 900g). Ia mementingkan kesejahteraan lembu dan memelihara nutrisi semulajadi sebanyak yang mampu!

Formula ini mengandungi kolina dan kalsium tertinggi diantara tepung susu jenama dalam senarai ini!

Tambahan lagi, susu Frisolac Step 1 Baby Milk Formula mengandungi galacto-oligosaccharides (GOS) dimana ia merupakan prebiotik yang merangsang perut yang sihat dan bertindak sebagai pencegahan alahan (seperti ekzema, gatal-gatal, dll) untuk bayi. Ia juga boleh mengurangkan masalah kolik/kembung.

Anda juga akan menemui protein wei di dalam formula ini. Protein wei mudah untuk dicernakan oleh bayi dan membantu mereka untuk membina imuniti mereka menentang jangkitan.

Bahan utama yang lain ialah taurina untuk fungsi hati yang sihat, dan untuk melindungi sistem saraf (paling ketara di dalam mata dan telinga).

Taurina juga ditemui secara semulajadi di dalam susu ibu dan di dalam badan manusia. Namun begitu, bayi tidak menghasilkan taurina semula semulajadi dan memerlukan susu ibu atau susu formula sebagai pelengkap.

Susu Frisolac juga mengandungi laktosa yang membuatkannya tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa. Ia juga kelihatan lebih berbuih berbanding jenama lain.

Susu Tepung Rumusan Bayi Frisolac Langkah 1 - 900g
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA & AA, Omega 3 & 6, Salic Acid, Serabut Diet
  • Saiz: 900g
  • Harga: ~RM109
  • Harga/kg: ~RM121.1

Kelebihan:

  • Tinggi kandungan kolina dan kalsium
  • Dengan prebiotik GOS
  • Mempunyai lebih banyak taurina berbanding jenama lain – walaupun terdapat kekurangan secara umum di dalam kajian mengenai keperluan minina taurina di dalam formula bayi

Kekurangan:

  • Mungkin menyebabkan bayi kembung (formula yang berbuih)
  • Tidak ideal untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa

5. Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 1

Sesuai dengan harga yang anda bayar untuk Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder, anda boleh dapatkan sebahagian nutrisi penting tetapi lebih kurang berbanding dengan jenama lain!

Sebagai contoh, kandungan kolina ialah hanya 90mg/100g:

Berbanding dengan susu Enfalac A+ Infant Formula Milk Powder (dengan saiz sudu yang sama iaitu 4.4g), anda memerlukan ~1.4 kali ganda susu Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder (~32 sudu setiap hari berbanding hanya 23).

Hanya untuk memenuhi keperluan (adequate intake (AI)) bagi kandungan kolina yang dinyatakan sebelum ini (125mg setiap hari untuk bayi baru lahir)!

Tetapi, nampaknya bayi seperti menyukai rasa formula ini! Ia kurang manis dan tidak menyebabkan masalah sembelit atau cirit-birit.

Susu Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi FOS:

Prebiotik lain yang bertujuan untuk menggalakkan penghasilan bakteria sihat di dalam perut bayi anda. Walaupun begitu, kandungan FOS adalah ternyata lebih rendah berbanding dengan jenama susu formula yang lain seperti susu S-26 Gold SMA.

Seperti formula-formula susu bayi di atas, anda juga akan mendapati taurina dan wei dimana akan memberikan bayi anda tubuh badan yang sihat dan perkembangan saraf yang terkehadapan.

Dan lagi, ia juga merupakan susu tepung bayi yang mengandungi laktosa, dan oleh itu ia tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa.

Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 1 - 900g
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA & AA, Omega 3 & 6, Nucleotides, Lutein, Vitamin E, Folic Acid
  • Saiz: 900g
  • Harga: ~RM100
  • Harga/kg: ~RM111

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Dengan nutrien perlu yang banyak
  • Termasuk prebiotik FOS

Kekurangan:

  • Tahap kandungan nutrien yang lebih rendah secara keseluruhan
  • Dengan laktosa (tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa)

Langkah 2 (6 – 12 bulan):

Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 2 – Semak Harga

6. Susu Soya Formula Bayi Isomil

Isomil dari keluarga Abbott, bukan sahaja mempunyai kalsium tinggi, malah merupakan formula susu berasaskan kacang soya yang 100% tanpa laktosa. Ini menjadikannya sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa.

Ramuan-ramuan tambahan termasuklah duo carbohydrates untuk memudahkan penyerapan lutein (untuk penglihatan) and prebiotik (FOS) dimana ia merangsang perut yang sihat.

Bayi yang bertukar kepada susu Isomil Soya Milk Powder selepas mengalami reaksi alahan terhadap susu berasaskan-laktosa mempunyai masalah kolik/kembung yang kurang, dan juga dari segi masalah cirit-birit dan sembelit.

Tetapi jika bayi anda secara umumnya selesa dan sihat dengan susu formula berasaskan-laktosa, anda seharusnya teruskan sahaja dengan susu tersebut.

Memandangkan terdapat beberapa kebimbangan yang berpotensi (seperti tahap aluminium) yang kekurangan kajian mengenai kesan jangka masa panjang untuk formula susu berasaskan-soya.

Susu Soya Formula Bayi Isomil
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA & AA, Omega 3 & 6, Nukleotidia, Lutein, Vitamin E, Asid Folik
  • Saiz: 850g
  • Harga: ~RM71
  • Harga/kg: ~RM83.5

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Tinggi kandungan kalsium walaupun berasaskan soya
  • Bebas-laktosa dan sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa
  • Dengan prebiotik FOS untuk kesihatan usus yang lebih baik
  • Tidak mengandungi minyak kelapa sawit (lebih tepat lagi; oelin sawit)

Kekurangan:

  • Tidak disyorkan untuk sesetengah bayi – (seperti bayi yang kurang berat atau bayi pra-matang)

7. Susu Tepung Formula Bayi Nestle NAN Pro Langkah 1

Tidak seperti jenama tepung susu lain dalam senarai,  Nestle NAN Pro Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi probiotik (tidak sama dengan prebiotik) untuk kesihatan perut bayi anda!

Bahan khas bifidobacterium lactis probiotic untuk mengurangkan peluang untuk mengalami cirit-birit! Seronoknya lampin bayi kini mudah untuk diuruskan!

Susu Nestle NAN Pro Step 1 Infant Formula Milk Powder juga mengandungi DHA dan RHA – kedua-duanya ialah asid lemak yang ditemui secara semulajadi di dalam susu ibu. Kajian menunjukkan bahawa ia memainkan peranan di dalam perkembangan otak dalam tumbesaran bayi.

Anda juga akan menemui protein wei, minyak kelapa, taurina dan laktosa (daripada susu lembu) disenaraikan di dalam senarai bahan kandungan susu ini.

Walau bagaimanapun, susu formula Bayi Nestle NAN Pro Step 1 mempunyai kandungan kolina yang paling rendah (46mg/100g) berbanding dengan jenama lain dalam senarai ini.

Susu Tepung Formula Bayi Nestle NAN Pro Langkah 1
  • Sesuai Untuk: bayi Berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA & ARA, Omega 3 & 6, Nukleotidia, Vitamin E, Asid Folik , Probiotik, Nukleotidia
  • Saiz: 1.3kg
  • Harga: ~RM129
  • Harga/kg: ~RM99.2

Kelebihan:

  • Mengandungi probiotik untuk kesihatan usus yang lebih baik
  • Harga berpatutan
  • Keseimbangan yang bagus antara DHA dan ARA
  • Halal (Majlis Dawah Islam Filipina)

Kekurangan:

  • Probiotik tidak digalakkan untuk bayi pra-matang atau bayi yang lemah sistem imun
  • Rendah kandungan kolina
  • Dengan susu skim tepung dan protein wei –  bukan untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa

8. Susu Tepung Rumusan Bayi Mamex Langkah 1

Selain kandungan zat besi dan zink dalam susu ini lebih rendah (berbanding dengan jenama lain), Mamex Step 1 Infant Formula Milk Powder masih mempunyai nutrisi yang mencukupi termasuklah kolina (118mg/100g), kalsium (365mg/100g)!

Dan sementara susu Mamex Step 1 Infant Formula Milk Powder tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa, ia mengandungi FOS dan GOS (prebiotik).

Namun begitu, tahap kandungan FOS adalah ternyata lebih tinggi berbanding dengan jenama lain di pasaran. FOS dan prebiotik lain iaitu oligosaccharides, boleh meningkatkan kekerapan membuang air besar oleh bayi anda dan menghasilkan najis yang lebih lembut.

Tetapi bagi susu formula berasaskan susu lembu (susu lembu skim dan laktosa), susu Mamex Step 1 Infant Formula Milk Powder adalah salah satu susu tepung bayi yang termurah di Malaysia.

Daripada jadual di bawah, anda akan mendapati bahawa susu Mamex Step 1 tidak mempunyai DHA sebanyak jenama lain seperti susu  S-26 Gold SMA or Enfalac milk powder:

Susu Mamex Step 1 menyediakan ~44mg DHA (dengan andaian bayi anda mengambil 20 sudu dimana 1 sudu adalah 4.5g) dalam sehari (jumlahnya ~90g). Oleh itu, dengan mempertimbangkan bahawa bayi memerlukan 10-12mg/kg (berat badan) DHA, ianya mencukupi untuk bayi baru lahir yang mempunyai berat 3 sehingga 5kg.

Susu Tepung Rumusan Bayi Mamex Langkah 1
  • Sesuai Untuk: Bayi berusia 0 – 12 Bulan
  • Bahan Utama: DHA, AA, Prebiotik GOS/lcFOS (9:1), Omega 3 & 6, Nukleotidia, Taurine
  • DHA: 87 mg/100g
  • Saiz: 1.2kg
  • Harga: ~RM108.9
  • Harga/kg: ~RM90.75

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Dengan kandungan kolina yang memuaskan
  • Termasuk taurina

Kekurangan:

  • Kandungan prebiotik yang jauh lebih tinggi (mungkin akan memberi kesan kepada kekerapan bayi membuang besar dan tekstur najis)
  • Tidak bebas-laktosa

Jadual Perbandingan Nutrisi (0-12 Bulan)

Unit adalah bersamaan dengan mg/100g kecuali dinyatakan.

Susu FormulaHarga/kgDHAAA/ARANukleotidaFOS (g)TaurineLutein (mcg)Asid Folik (mcg)KolinaKalsiumBesiZink
Similac 11005611257.61.6299176803805.44.5
S-26 Gold SMA112.895.395.320.23.936.48882.91242896.24.7
Enfalac A+121.88717315.83.131n/a871224005.14.1
Enfalac A+ Gentlease134.787173n/an/a31n/a821224206.15.1
Frisolac 1121.16363n/a3.146n/a8510542564.6
Frisolac Comfort125535314.432.940n/a9015538554.4
Anmum Infacare 11114444250.4431n/a70903904.73.8
Isomil83.550100n/a1.63485.275605327.86
NAN PRO 1*99.2616115.6n/a32n/a74463305.25.4
Mamex 190.75498618.95.939n/a751183654.33.6

*hanya NAN PRO 1 mengandungi probiotik dengan 1 x 10^6 cfu/g.

Susu Formula Terbaik Untuk 1 Tahun Dan Ke Atas

Kanak-kanak masih memerlukan DHA, AA dan asid folik. DHA adalah penting untuk perkembangan penglihatan dan saraf bayi!

Formula berikut juga mempunyai pengambilan kalsium dan asid folik yang lebih tinggi. Untuk asid folik, kanak-kanak memerlukan lebih daripada 100 mkg (mikrogram) DFE setiap hari manakala bayi baru lahir hanya memerlukan ~60 mkg DFE setiap hari.

Nota: Dietary Folate Equivalents (DFE) digunakan untuk mengukur asid folik dalam mikrogram.

Jangan lupa untuk mencari ataupun menukar kerusi kereta bayi anda sekarang supaya dapat memuatkan anak-anak yang sudah membesar!

9. Susu Formula Bayi Enfagrow A+ Mindpro Langkah 3

Kanak-kanak mempunyai lebih banyak variasi dengan 4 perisa (asli, vanilla, coklat atau madu). Dan produk ini hadir dengan pelbagai saiz (600g, 1.2kg, 1.7kg, dan banyak lagi atau bahkan 3.6kg)!

Tetapi yang paling mengejutkan mengenai formula ini, adalah kandungan DHA yang lebih tinggi daripada purata bagi perkembangan otak yang sihat!

Sukatan dos DHA yang dicadangkan untuk kanak-kanak (1-2 tahun) ialah 100mg. Jadi memandangkan susu Enfagrow A+ Mindpro Step 3 mengandungi 100mg per 100g, 3 hidangan setiap hari mencukupi untuk pengambilan DHA harian anak anda!

Selain DHA, terdapat Komponen MFGM – di mana ia membantu membina imuniti! Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai MFGM di sini.

Namun begitu, sila beri perhatian bahawa walaupun ia menyatakan tiada gula tambahan, senarai bahan mengandungi pepejal sirap jagung yang akan meningkatkan gula dalam darah anak anda.

Susu Formula Bayi Langkah 3 Enfagrow A+ Mindpro Vanilla - 1.7kg
  • Sesuai Untuk: Umur 1-3 tahun
  • Nutrien Utama: Komponen MFGM, DHA, Yis Beta-Glukan, Kolin, Iodin, Vitamin A & Vitamin B12, Zink, Zat Besi
  • Saiz: 1.2kg
  • Harga: ~RM100
  • Harga/kg: ~RM89

Kelebihan:

  • Harga yang sangat berpatutan
  • Mempunyai kandungan DHA yang mencukupi
  • Terdapat perisa yang berlainan untuk menarik perhatian kanak-kanak

Kekurangan:

  • Dengan sirap jagung (sebagai bahan pemanis)

10. Susu Tepung Formula Bayi Enfalac A+ Langkah 2

Step 2 of Enfalac A+mengandungi amaun DHA and AA yang mencukupi. Iaitu selain daripada susu tepung  AptaGro, Enfagrow dan Enfalac yang secara umumnya mempunyai kandungan DHA yang tinggi.

Tambahan lagi, susu Enfalac A+ mempunyai nukleotida, taurina (tidak terdapat di dalam susu Enfagrow A+ Mindpro Step 3 atau Enfagrow A+ Step 3 yang harganya lebih berpatutan/murah), zat besi, zink, asid folik, kolina dan kalsium!

Hanya sekilas pandang, anda sudah dapat lihat perbezaannya dengan Enfalac A+ Step 1 melalui pertambahan kalsiumnya (590mg/100g vs 400mg/100g)!

Selain FOS, susu Enfalac A+ Step 2 Formula Milk Powder juga mengandungi GOS.

Namun begitu, satu bahan yang kami tidak begitu gembira untuk ditemui di dalam susu ini ialah pepejal sirap jagung, sama seperti susu Enfagrow A+ Mindpro Step 3.

Susu Enfalac A+ Step juga merupakan salah satu susu tepung bayi yang paling mahal yang anda boleh dapati di Malaysia!

Susu Tepung Formula Bayi Enfalac A+ Langkah 2 - 900g
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 6 – 18 Bulan
  • Bahan Utama: DHA, ARA, Kolina, Sialic Acid, Diet Serabut
  • Saiz: 900g
  • Harga: ~RM93
  • Harga/kg: ~RM109.2 – 113.6

Kelebihan:

  • Kandungan yang tinggi bagi hampir semua nutrien perlu (terutamanya DHA, ARA dan neukleotida
  • Dengan prebiotik (FOS & GOS)

Kekurangan:

  • Mahal

11. Susu Tepung Rumusan Bayi Similac 2

Similac 2 mengurangkan DHA, AA, nukleotidia, taurine and lutein daripada Similac 1.

Walaupun kandungan nukleotida dalam susu Similac 2 adalah ternyata lebih tinggi (~47mg/100g) berbanding jenama susu tepung yang lain (susu S-26 Gold Progress hanya mempunyai 15mg/100g).

Tetapi sebenarnya, kini tidak terdapat kajian yang mencukupi mengenai kuantiti nukleotida yang tepat yang diperlukan oleh bayi, tetapi susu ibu sebenarnya kaya dengan kandungan nukleotida. Nukleotida ialah bahan blok binaan bagi molekul DNA.

Dan di antara susu tepung yang terdapat di dalam senarai ini (di dalam bahagian untuk kanak-kanak ini), hanya susu S-26 Gold Progress dan susu Similac 2 Formula Milk Powder mengandungi lutein.

Jadi sekiranya anak anda tidak memakan sayuran berdaun hijau dengan kerap, ia mungkin idea yang bagus untuk melengkapkan keperluan lutein mereka dengan susu formula ini! Lutein mempunyai peranan penting untuk perkembangan kognitif dan visual mereka.

Selain daripada itu, formula Similac 2 mempunyai lebih banyak asid folik, kalsium, zat besi dan kolina berbanding susu Similac 1. Walaupun dos sukatan kolina (96mg/200g) di dalam susu Similac 2 tetap lebih rendah berbanding jenama lain (susu Enfalac A+ Step 2 mempunyai 112mg/100g).

Kanak-kanak antara umur 1 sehingga 3 tahun seharusnya mendapat 200mg kolina setiap hari.

Anda juga akan menemui prebiotik (FOS) di dalam susu tepung ini.

Susu Similac 2 Formula tidak mengandungi sebarang sirap fruktosa yang tinggi atau sebarang gula tambahan yang tidak perlu, tetapi ia mengandungi laktosa (jadi ia tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa).

Susu Tepung Rumusan Bayi Similac 2
  • Sesuai Untuk: Bayi Berusia 6 – 18 Bulan
  • Bahan Utama: DHA, AA, 2’-FL, Nukleotidia, Omega 3 & 6, Taurine Dan Kolina
  • Saiz: 900g
  • Harga: ~RM93
  • Harga/kg: ~RM103.3

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Dengan lutein
  • Tinggi kandungan nukleotida

Kekurangan:

  • Kandungan kolina dan DHA yang sedikit rendah
  • Mungkin tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa

12. Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold Progress

Selain daripada kolina dan DHA, pembahagian nutritisi dalam Tepung Susu Formula S-26 Gold Progress adalah lebih rendah berbanding dengan jenama-jenama yang lain.

Kedua-dua kandungan kalsium dan zink di dalam susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder merupakan yang paling rendah antara senarai susu tepung untuk kanak-kanak ini.

Namun begitu, tumpuan jualannya ialah αlipids™ ( sfingomielin dan fosfolipid). Yang ternyata amat penting untuk komunikasi otak-saraf!

Dengan mengkaji lebih dalam, kami mendapati bahawa terdapat penyelidikan yang mencadangkan bahawa sfingomielin (SM) menyumbang kepada pematangan kognitif (ia termasuk perkembangan pertuturan).

Sfingomielin secara semulajadinya juga tersedia untuk bayi melalui susu ibu. Lemak susu dalam susu ibu mengandungi fosfolipid dimana sfingomielin adalah fosfolipid yang utama.

Bahan utama yang lain ialah protein wei (ditemui secara semulajadi di dalam susu ibu):

Terdapat 5.46g protein wei untuk setiap 100g serbuk susu. Dimana protein wei merangkumi ~40% kandungan protein di dalam susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder.

Dan ~60% adalah protein kasein – juga daripada susu lembu. Ia sebenarnya nisbah tipikal untuk susu formula bayi memandangkan kasein mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna (anda boleh mendapatkan tidur/rehat yang lebih lama!)

Tambahan lagi, susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder mengandungi oligofruktosa. Serat makanan dan prebiotik yang membantu merangsang penghasilan bakteria yang sihat di dalam usus bayi anda untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan usus yang lebih baik.

Dan seperti susu Similac 2 Formula Milk Powder, susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder mempunyai lutein (163mg/100g).

Susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder adalah bebas-sukrosa. Tetapi ia tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa kerana susu S-26 Gold Progress Formula Milk Powder mengandungi laktosa.

Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold Progress
  • Sesuai Untuk: 1 Tahun & Ke Atas
  • Bahan Utama: αlipids, DHA, Choline, Lutein dan Oligofruktosa, alpha-lactalbumin, Vitamins D dan K, Calcium, Zinc, Vitamins A, C dan E, Selenium
  • Saiz: 2.4kg
  • Harga: ~RM177.7
  • Harga/kg: ~RM74 – 84.4

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Dengan lutein (bermanfaat untuk perkembangan kognitif dan visual/penglihatan)
  • Mengandungi ogliofruktosa untuk kesihatan usus yang lebih baik

Kekurangan:

  • Kandungan DHA, nukleotida, asid folik, kalsium dan zink yang lebih rendah berbanding jenama lain
  • Mungkin tidak sesuai untuk bayi yang tidak toleran terhadap laktosa

13. Susu Formula Bayi Anmum Essential Langkah 3

Terdapat kuantiti kalsium, zat besi dan zink yang amat banyak (paling tinggi dalam senarai ini iaitu masing-masing pada kuantiti 810mg/100g, 11.4mg/100g dan 5.4mg/100g) dalam susu Anmum Essential Step 3 Milk Formula. 

Sumber susu ini dari New Zealand (Fonterra Trusted Goodness). Ianya tanpa gula tambahan!

Terdapat FOS dan inulin untuk kesihatan pencernaan yang optima dengan cara mengumpulkan/ membina bakteria baik di dalam usus! Inulin juga berfungsi seperti prebiotik.

Namun begitu, memandangkan kuantiti FOS adalah lebih tinggi berbanding jenama susu tepung yang lain (4.48mg/100), anda mungkin akan mendapati perubahan pada kekerapan bayi anda membuang air besar atau tekstur najis tersebut (contohnya najis lebih lembut atau lebih kerap membuang air besar).

Tidak biasa bagi susu formula bayi, tidak terdapat AA/ ARA di dalam susu  Anmum Essential Step 3 Milk Formula. Walaupun cadangan umur untuk pengambilan susu ini ialah 1-3 tahun.

Kedua-dua ARA dan DHA adalah penting untuk perkembangan otak pada bayi yang berumur bawah 2 tahun. Jadi mungkin anda perlu mencuba jenama susu tepung yang lain sekiranya bayi anda di dalam lingkungan umur tersebut.

Tetapi ia mengandungi gangliosid (GA), yang juga penting untuk perkembangan otak.

Susu Formula Bayi Anmum Essential Langkah 3
  • Sesuai Untuk: 1 Tahun & Ke Atas
  • Bahan Utama: DHA, GA, MFGM, Sialic Acid, Omega 3 & 6
  • Saiz: 1.5kg
  • Harga: ~RM89
  • Harga/kg: ~RM59.3 – 60

Kelebihan:

  • Murah
  • Tiada gula tambahan
  • Tinggi kandungan kalsium, zat besi dan zink

Kekurangan:

  • Tidak mengandungi ARA* (tidak dinasihatkan untuk bayi di bawah umur 2 tahun) *berdasarkan apa yang kami lihat di sini

14. Susu Formula Pediasure Optiheight Vanila

Daripada nama sahaja anda sudah boleh meneka yang susu ini boleh membantu si kecil anda untuk menyaingi ketinggian dengan kawan-kawannya.

Dengan arginina dan vitamin K2 semulajadi! Bersama dengan kalsium! Arginina merangsang pertumbuhan tulang sementara vitamin K2 merangsang tulang (atau yang lebih tepat protein osteocalcin) untuk menyerap kalsium.

Sekurang-kurangnya ini merupakan tumpuan jualan utama yang ingin diketengahkan oleh Pediasure (bawah jenama Abbot) berdasarkan pada penyelidikan mereka sendiri. Kami tidak dapat menemui sebarang kajian yang tidak berat sebelah yang menyokong hasil penyelidikan mereka.

Namun begitu, terdapat juga suplemen arginina untuk orang dewasa yang tersedia di pasaran. Biasanya dikenali sebagai L-arginina. Tetapi untuk tujuan mengurangkan tekanan darah dan juga memperbaiki disfungsi erektil.

Dos sukatan yang sesuai untuk arginina (menurut rxlist.com) untuk kanak-kanak ialah 3mg setiap hari (untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun). 6mg setiap hari untuk kanak-kanak berumur antara 3-8 tahun.

*Memandangkan terdapat 1029mg/100g arginina di dalam susu Pediasure Optiheight Milk Formula, jadi memang sudah terdapat 500 mg arginina untuk setiap hidangan 48.6g (atau 5 sudu).

Jadi sekiranya anda ingin cuba memberikan susu tepung ni kepada anak anda, sila lakukannya dengan berhati-hati. Dan berjaga-jaga mengenai kesan sampingan yang berpotensi untuk timbul seperti sakit perut, loya/mual, dan kembung perut.

Tambahan lagi, susu Pediasure Optiheight Milk Formula mengandungi konsentrat protein susu yang mungkin boleh menjadikannya tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak toleran terhadap laktosa.

*Penafian: Kami telah berhubung dengan pihak Pediasure untuk mengesahkan perkara ini tetapi belum lagi menerima sebarang balasan.

Susu Formula Pediasure Optiheight Vanila
  • Sesuai Untuk: 1 – 10 Tahun
  • Bahan Utama: DHA, AA, Omega 3 & 6, Kalcium, Arginine, Vitamin K2 Semulajadi, Kalsium, Probiotik, Diet Serabut
  • Saiz: 1.8kg
  • Harga: ~RM159
  • Harga/kg: ~RM88.3 – 88.75

Kelebihan:

  • Tidak mahal
  • Tersedia dalam 3 perisa – biasa, vanila atau coklat
  • Bebas-gluten
  • Dengan prebiotik FOS dan probiotik (Lactobacillus acidophilus) untuk kesihatan usus
  • Disahkan halal
  • Bebas-sukrosa (hanya untuk versi yang biasa)
  • Kandungan kolina yang tinggi

Kekurangan:

  • Mengandungi minyak MCT (kelapa/kelapa sawit). Minyak MCT tidak diperlukan untuk kanak-kanak yang sihat
  • Kekurangan kajian yang tidak berat sebelah mengenai keberkesanan arginina untuk merangsang tumbesaran dalam kanak-kanak
  • Kandungan kalsium yang lebih rendah (463mg/100g) berbanding dengan jenama lain

15. Susu Formula Nutricia AptaGro Langkah 3

Formula susu tepung Nutricia AptaGro Step 3 mengandungi prebiotik (FOS dan GOS) dan probiotik (bifidobacterium brevedan tanpa kandungan sukrosa.

Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, prebiotik dan probiotik meningkatkan bakteria baik di dalam saluran GI (gastrousus). Bayi dilahirkan dengan saluran GI yang mudah terkena jangkitan tanpa kehadiran bakteria baik.

Susu tepung bayi yang lain dengan kedua-dua prebiotik dan probiotik ialah susu Nestle’s NAN Pro Step 1 Infant Formula Milk Powder.

Kandungan DHA content dalam formula ini tinggi. Sama seperti dengan asid folik! Namun begitu, tidak terdapat AA/ARA atau nukleotida di dalam formula ini.

Dan memandangkan susu ibu secara semulajadinya mempunyai DHA dan AA/ARA, anda mungkin ingin mendapatkan susu formula lain yang seakan-akannya (iaitu mengandungi DHA dan AA/ARA) berbanding susu Nutricia AptaGro Step 3 Milk Formula ini.

Susu Enfagrow A+ Gentlease Step 3 mempunyai harga yang lebih kurang sama, dan mengandungi AA/ARA dan kandungan asid folik, kalsium, zat besi dan zink yang sama. Walaupun begitu, susu Enfagrow A+ Gentlease Step 3 tidak mempunyai probiotik.

Oleh yang sedemikian, susu Enfagrow A+ Gentlease Step 3 lebih sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan yang kerap. Kerana probiotik boleh menyebabkan masalah perut kembung bagi sesetengah bayi.

Susu Formula Nutricia AptaGro Langkah 3
  • Sesuai Untuk: 1 – 3 Tahun
  • Bahan Utama: Prebiotik GOS/lcFOS (9:1), Probiotik, DHA, Vitamin A, C & D
  • DHA: 89.7 mg/100g
  • Saiz: 1.2kg
  • Harga: ~RM99.9
  • Harga/kg: ~RM83.25

Kelebihan:

  • Tiada sukrosa
  • Dengan prebiotik dan probiotik
  • Kandungan nutrien yang tinggi (termasuk taurina dan kolina)
  • Tidak terlalu mahal

Kekurangan:

  • Tiada AAA/RA

Jadual Perbandingan Nutritisi (1 Tahun & Ke Atas)

Unit adalah mg/100g kecuali jika dinyatakan.

Susu FormulaHarga/kgDHAAA/ARANukleotidaFOS (g)TaurineLutein (mcg)Asid Folik (mcg)KolinaKalsiumBesiZink
Enfagrow A+ Mindpro Step 3 Original (BARU)89100n/a23.2n/an/a22010073093.4
Enfagrow A+ Step 383.688n/a23.2n/an/a22010073094.8
Enfagrow A+ Gentlease Step 387.463125n/an/a30n/a15011562064.1
Enfalac A+ Step 2113.68216316.82.627n/a961155907.44.8
Similac 2103.3489547.41.3231.3135104966006.84.5
S-26 Gold Progress84.45615.115.1327.316387.21404185.82.4
Frisolac Step 2113.33121n/a2.7n/an/a1602205357.25.1
Anmum Essential Step 36053.6n/an/a4.48n/an/a98n/a81011.45.4
Pediasure Optiheight*88.7521n/an/a2.0633.3n/a1111394636.483.1
AptaGro Step 3**83.25101n/an/a554n/a1361007466.84.2

*Pediasure Optiheight mengandungi probiotik dengan 1 x 10^6 cfu/g.

**AptaGro Step 3 mengandungi probiotik dengan1 x 10^7 cfu/g.

Kesimpulan

Kadang-kadang, berlakunya situasi yang menyebabkan anda tidak dapat menyusukan anak anda. Oleh itu, dapatkan susu tepung terbaik di Malaysia untuk pertumbuhan anak anda.

Anda boleh mulakan dengan memilih beberapa jenama susu tepung mengikut kandungan dan harga. Tetapi, akhirnya anak anda juga yang akan memilih susu kesukaannya!