You are currently viewing 11 Suplemen Minyak Ikan Terbaik di Malaysia 2023 (Jenama Terkenal)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Apakah perkara penting mengenai minyak ikan terbaik di Malaysia? Jenama yang manakah yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang bagus?

Suplemen Minyak Ikan adalah pilihan alternatif yang lebih mudah (dan lebih murah) berbanding memakan ikan secara langsung daripada laut! Asid Lemak Omega-3 menjadikan jantung lebih sihat, serta kesihatan mental dan keseluruhan imuniti yang lebih baik!

Pengurangan sakit sendi juga merupakan sebab lain untuk membeli suplemen minyak ikan terbaik di Malaysia. Jadi lihatlah jenama suplemen minyak ikan ini!

Isi kandungan:

Jenama Minyak Ikan Terbaik Di Malaysia

Dapatkan jenama minyak ikan anda daripada jenama yang memiliki reputasi yang bagus seperti yang terdapat di dalam senara ini.

  • Blackmores
  • StemLabs
  • Pristin
  • Swisse
  • Bio-Life
  • Nature’s Bounty
  • Healthy Care
  • USANA
  • FOREVER ARCTIC SEA
  • Shaklee

Nota: Senarai ini bukan di dalam susunan/urutan tertentu bagi jenama suplemen minyak ikan terbaik di Malaysia.

11 Suplemen Minyak Ikan Terbaik Di Malaysia

Senarai suplemen minyak ikan yang disyorkan:

  • Terbaik Dari Segi Nilai – Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg
  • Terbaik Untuk Rambut Dan Kuku Yang Lebih Kuat – USANA Biomega III Plus Fish Oil
  • Terbaik Untuk Sakit Sendi/ Kolesterol Tinggi – Blackmores Fish Oil 1000mg
  • Terbaik Untuk Dos Yang Tinggi – USANA Biomega III Plus Fish Oil
  • Terbaik Untuk Kanak-Kanak – Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg

Anda juga boleh membaca maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk memilih suplemen minyak ikan.

1. Blackmores Fish Oil 1000mg

Terbaik Untuk Sakit Sendi/ Kolesterol Tinggi

Blackmores merupakan salah satu jenama minyak ikan terbaik di Malaysia. Kapsul bovin keluaran produk mereka telah menjalani banyak ujian. Untuk memeriksa kandungan merkuri dan bahan lain yang berbahaya dan tidak diperlukan!

Bergantung kepada kesihatan dan umur anda, anda mungkin memerlukan 2 atau malahan 3 kapsul untuk sehari. Selepas makan. Jika anda tidak pasti mengenai dos sukatan, sila rujuk kepada pakar penjagaan kesihatan anda. Dan jangan bimbang, tidak terdapat rasa hanyir yang akan tertinggal!

Minyak Ikan Blackmores 1000mg

Pengguna menyatakan bahawa produk ini telah membantu untuk mengurangkan penyakit dan sakit-sakit sendi. Tambahan lagi, mereka mendapati bahawa tahap kolesterol mereka telah berkurangan selepas mengambil suplemen ini selama beberapa bulan. Mereka juga mengakui yang produk ini tidak berbau atau meninggalkan rasa hanyir!

Walaupun ia agak sukar ditelan disebabkan saiz kapsulnya. Versi kapsul-mini mungkin lebih selesa untuk diambil.

Nota: Kapsul bovin bermaksud lapisan luar kapsul diperbuat daripada gelatin yang berasal daripada lembu.

  • Saiz Hidangan: 2-3 Kapsul Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Umur Atas 12 tahun
  • Sumber: 100% ikan kecil yang ditangkap secara liar
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 1,000 mg minyak ikan Omega-3 (EPA 180mg, DHA 120 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM62 (400 kapsul)

Kebaikan:

  • Mempunyai sijil halal
  • Tiada kandungan yis, gluten, gandum
  • Tiada bahan pengawet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa
  • Minyak adalah berkualiti tinggi (diekstrak daripada ikan yang ditangkap secara liar)
  • Telah diuji dari segi kandungan merkuri dan sebatian berbahaya yang lain (PCBs, dioksina)
  • Tiada bau atau rasa yang hanyir
  • Nilai yang bagus untuk wang anda (berbaloi untuk dibeli)

Keburukan:

  • Kapsul yang besar sukar untuk ditelan

2. StemLabs Omega-3 Fish Oil 1000mg

Diimport jauh daripada New Zealand:

Disahkan halal oleh JAKIM dan juga New Zealand Islamic Body (FIANZ), StemLabs Omega-3 Fish Oil 1000mg diperakui bebas-toksin.

Minyak Ikan StemLabs Omega-3 1000mg

Ia bersumberkan minyak ikan daripada spesies ikan laut kecil.

Pengguna menyatakan bahawa tidak terdapat bau hanyir. Sesetengah pengguna mengalami sakit sendi yang berkurangan dan juga tekstur kulit yang lebih bagus.

Malangnya, terdapat pengguna yang telah mengalami kesan sampingan seperti sakit perut dan loya. Tetapi ia mungkin disebabkan mereka telah mengambil suplemen ini ketika perut kosong.

Ambil 1 kapsul sebanyak 3 kali sehari bersama makanan (ambil ketika makan).

Nota: Kapsul bovin.

  • Saiz Hidangan: 2-3 Kapsul Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang dewasa
  • Sumber: Ikan Kecil (Sardin, Makerel, Ikan Bilis)
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 1,000mg minyak ikan Omega-3 (EPA 180 mg, DHA 120 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM30 (200 Kapsul)

Kebaikan:

  • Mempunyai sijil Halal
  • Bebas toksin (sumber daripada ikan kecil)
  • Menjalani proses penyulingan untuk menghasilkan produk tulen yang pekat
  • Dipaketkan dalam pek keluarga iaitu mempunyai harga yang berpatutan

Keburukan:

  • Tiada arahan yang jelas samada ia selamat atau tidak untuk kanak-kanak
  • Tiada senarai bahan kandungan (tidak pasti mengenai kandungan bahan pengawet/ tambahan)
  • Boleh menyebabkan kesan sampingan jika diambil ketika perut kosong
  • Memerlukan dos pengambilan yang kerap

3. Pristin Omega-3 Fish Oil 1200mg

Minyak ikan di Malaysia yang mempunyai harga berpatutan?

Pristin Omega-3 Fish Oil 1200mg pada hakikatnya, juga mengandungi dua kali ganda nisbah kandungan EPA dan DHA berbanding dua produk sebelum ini!

Minyak Ikan Pristin Omega-3

Oleh itu anda hanya perlu mengambil 1 kapsul yang bebas-toksin sehari, selepas makan!

Perkara lain yang perlu diambil perhatian, ia adalah kapsul gel lembut yang diperbuat daripada gelatin ikan. Dan produk ini disahkan Halal oleh JAKIM.

Nota: Diimport daripada Norway. Sesuai untuk orang dewasa, wanita hamil dan menyusukan bayi (tetapi sila rujuk kepada doktor dahulu untuk memastikan ianya selamat untuk diambil).

  • Saiz Hidangan: 1 Gel Lembut Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan Yang Ditangkap Liar
  • Setiap Gel Lembut Mengandungi: 1,200mg minyak ikan Omega-3 (EPA 396 mg, DHA 264 mg), Vitamin E
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM160 (180 Gel Lembut)

Kebaikan:

  • Mudah diambil (1 tablet setiap hari)
  • Minyak ikan premium daripada ikan ditangkap secara liar (Norway)
  • Menjalani proses penulenan yang tinggi
  • Tiada bahan pengawet tiruan
  • Tiada salutan luar kapsul yang sintetik
  • Diuji untuk kandungan molekul dan bahan pencemar yang berbahaya
  • Bebas-GMO (bahan yang diubahsuai genetik)
  • Bahan logam-berat dan merkuri sudah dibuang
  • Mempunyai sijil Halal
  • Jangka hayat produk selama 3 tahun

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak
  • Tidak sesuai untuk vegetarian/vegan
  • Mempunyai sedikit bau hanyir

4. Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg

Terbaik Dari Segi Nilai

Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg menawarkan dos sukatan EPA/DHA yang agak tinggi iaitu berpatutan dengan harga sebanyak ~RM0.16 per kapsul.

Ia merupakan kapsul bovin yang disalut-vanila, iaitu bebas-bau.

Minyak Ikan Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild 1500mg

Pengguna menyatakan bahawa ia mempunyai rasa yang menyenangkan tanpa langsung bau hanyir! Tambahan lagi, ramai antara mereka yang mengalami kesan sampingan yang teruk hasil pengambilan jenama lain, merasakan jenama ini adalah lebih lembut untuk perut.

Walaupun masih terdapat sesetengah pengguna yang mengalami sakit perut dan kembung selepas mengambil suplemen ini. Dan pengguna juga menghadapi kesukaran untuk menelan kapsul tersebut.

  • Saiz Hidangan: 2 Kapsul Setiap Hari (lebih disyorkan selepas makan)
  • Sesuai Untuk: Umur 2 tahun ke atas. Untuk umur 2-6 tahun, ambil 1 kapsul setiap hari. Untuk umur 6-12 tahun, ambil 2 kapsul setiap hari. Tebuk/pecahkan kapsul dan masukkan minyak ikan ke dalam minuman jus anda.
  • Sumber: Ikan Yang Ditangkap Liar
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 1,500mg minyak ikan Omega-3 (EPA 270 mg, DHA 180 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, sendi, mata dan otak. Membantu dalam menyokong keseimbangan mood yang sihat
  • Harga: ~RM65 (400 kapsul)

Kebaikan:

  • Tiada bau yang hanyir (kapsul disaluti vanila)
  • Sesuai untuk kanak-kanak (tetapi rujuk dahulu kepada pakar penjagaan kesihatan)
  • Kepekatan dos/sukatan yang tinggi
  • Minyak ikan diperolehi daripada sumber yang lestari

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk vegetarian/vegan
  • Sukar untuk ditelan
  • Boleh menyebabkan kesan sampingan jika diambil ketika perut kosong

5. Bio-Life Omega-3 Fish Oil 1000mg

Pilihan alternatif yang lebih murah (dan juga tetap berkesan) untuk sebahagian suplemen minyak ikan omega 3 terbaik di Malaysia:

Kapsul bovin Bio-Life Omega-3 Fish Oil 1000mg adalah produk daripada New Zealand. Minyak ikan ini telah menjalani proses penulenan selepas diekstrak daripada ikan air sejuk dari lautan dalam!

Minyak Ikan Bio-Life Omega-3 1000mg
  • Saiz Hidangan: 1-3 Kapsul Setiap Hari Bersama Makanan
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan Liar (bukan ikan yang di ternak)
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 1,000 mg minyak ikan Omega-3 (EPA 180 mg, DHA 120 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM90 (400 Kapsul)

Kebaikan:

  • Mempunyai sijil Halal
  • Ditulenkan menggunakan teknologi penyulingan molekul yang terkini

Keburukan:

  • Tiada maklumat mengenai kandungan bahan pengawet atau bahan tambahan
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak

6. FOREVER ARCTIC SEA Natural Fish Oils With Olive Oil

Anda mahu mendapatkan lebih kurang 400mg EPA dan DHA minyak ikan omega-3 dalam satu hari? Yang juga dapat membantu melegakan sakit sendi!

Minyak Ikan Semula Jadi Dengan Minyak Zaitun FOREVER ARCTIC SEA 1000mg

Terdapat juga vitamin E di dalam suplemen FOREVER ARCTIC SEA Natural Fish Oils With Olive Oil. Dimana ianya mempunyai harga berpatutan, bebas-gluten dan juga mempunyai sijil Halal.

Pengguna memberikan komen bahawa mereka berpendapat suplemen ini lebih mudah untuk ditelan berbanding suplemen minyak ikan yang lain.

Dan ia telah membantu merendahkan kolesterol mereka. Namun begitu, sesetengah orang tidak merasai apa-apa perubahan selepas pengambilan suplemen manakala beberapa pengguna mengalami perut kembung dan bergas.

Nota: Bahan kandungan adalah termasuk sotong calamari dan gelatin lembu. Sila berhati-hati jika anda mempunyai alahan terhadapnya. Dos ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil.

  • Saiz Hidangan: 1-3 Gel Lembut Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan semulajadi, sotong calamari, dan minyak zaitun oleik
  • Setiap Gel Lembut Mengandungi: 1,000mg minyak ikan Omega-3 (EPA 225 mg, DHA 150 mg), Vitamin E
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM70 (60 Gel Lembut)

Kebaikan:

  • Mempunyai sijil Halal
  • Bebas gluten
  • Sumber tulen untuk EPA dan DHA
  • Bersumberkan daripada jenis ikan yang berbeza (ikan kod, ikan salmon, ikan bilis)
  • Mungkin lebih mudah untuk ditelan

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak
  • Boleh menyebabkan kesan sampingan

7. Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg

Pastikan untuk merujuk dahulu dengan doktor anda sekiranya anda memerlukan dos sukatan yang tinggi seperti yang terdapat di dalam suplemen Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg (mempunyai sijil Halal).

Minyak Ikan Nature's Bounty Omega-3 1360mg

Minyak ikan ini bersumberkan daripada Peru dan 90 kapsul bovin adalah bersalut bertujuan untuk memudahkan ia ditelan. Namun begitu, anda mungkin akan mendapati terdapat sedikit bau yang hanyir.

Untuk kapsul jenis ini, kebanyakan pengguna mendapati ia mudah untuk ditelan. Walaupun, masih terdapat sesetengah pengguna yang mengalami beberapa kesukaran disebabkan kapsul yang secara relatifnya bersaiz besar. Dan mungkin juga terdapat rasa hanyir selepas suplemen diambil.

Ulasan pengguna seterusnya mencadangkan bahawa ia membantu dalam merendahkan tahap kolesterol dan mengurangkan sakit sendi!

  • Saiz Hidangan: 1 Gel Lembut Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan Daripada Peru (Ikan Bilis, Ikan Makerel. Ikan Sardin)
  • Setiap Gel Lembut Mengandungi: 1,360mg minyak ikan Omega-3 (EPA 625 mg, DHA 244 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM75 (90 Gel Lembut)

Kebaikan:

  • Mudah untuk diambil (hanya memerlukan 1 kapsul setiap hari)
  • Telah menjalani proses penulenan untuk membuang bahan pencemar
  • Sumber yang mesra alam (peraturan yang ketat untuk mengawal aktiviti perikanan)

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak
  • Berbau sedikit hanyir
  • Saiz kapsul yang besar boleh menyebabkan ia sukar ditelan

8. Healthy Care Omega-3 Fish Oil 1000mg

Formula suplemen buatan Australia, Healthy Care Omega-3 Fish Oil 1000mg tidak memasukkan bahan pewarna dan perisa tiruan di dalam formula mereka, Dan juga bahan pengawet dan agen alahan yang biasa (contohnya susu, gluten, yis, susu, dll).

Minyak Ikan Healthy Care Omega-3 1000mg

Kanak-kanak seharusnya mengambil 1-2 kapsul setiap hari. Dan orang dewasa mungkin perlu mengambil sehingga 4 kapsul setiap hari untuk melegakan simptom artritis. Bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan kapsul, pecahkan kapsul dan campurkan kandungannya ke dalam minuman berperisa yang enak.

Ia juga tidak meninggalkan rasa atau berbau hanyir menurut kepada banyak ulasan. Tambahan lagi, ramai pengguna mengakui bahawa produk ini membantu mengurangkan sakit sendi dan keradangan bagi orang yang mempunyai penyakit artritis (dengan pengambilan dos yang tinggi)

Dan seperti yang dijangka, beberapa pengguna mendapati bahawa kapsul tersebut sukar untuk ditelan.

PS: Terdapat juga versi kapsul mini.

Nota: Tidak mempunyai sijil Halal.

  • Saiz Hidangan: 1-3 Kapsul Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Kanak-kanak (Berumur atas 6 tahun). Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan Air Sejuk
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 1,000mg minyak ikan Omega-3 (EPA 180 mg, DHA 120 mg)
  • Manfaat Utama: Menyokong kesihatan jantung, otak, mata dan kardiovaskular
  • Harga: ~RM60 (400 Kapsul)

Kebaikan:

  • Bebas daripada bahan pewarna dan perisa tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Melegakan sakit sendi
  • Tiada kandungan gula, gluten, susu, gandum atau yis
  • Sesuai untuk kanak-kanak (berumur atas 6 tahun)

Keburukan:

  • Kapsul bersaiz besar (sukar untuk ditelan)

9. Shaklee Omega Guard Fish Oil

Anda mungkin tidak pernah mendengar mengenainya tetapi Shaklee adalah antara salah satu jenama suplemen minyak ikan yang terbaik di Malaysia.

Dan baru-baru ini jenama ini baru sahaja menyambut inovasinya yang ke 100 tahun. Iaitu sejak daripada ia pertama kali diasaskan oleh pengasas dari Amerika, Dr. Forrest C. Shaklee.

Minyak Ikan Shaklee Omega Guard 999mg

Suplemen Shaklee Omega Guard Fish Oil yang bebas merkuri juga disahkan oleh Friend of the Sea. Ia bermakna, ia mempunyai impak yang minima terhadap alam sekitar.

Produk ini telah menghimpunkan terlalu banyak ulasan positif, iaitu mempunyai penilaian 4.8 daripada 5 bintang di Amazon berdasarkan lebih daripada 200 ulasan!

Pengguna menyatakan bahawa ia membantu mengurangkan kolesterol mereka. Dan malahan menjadikan kuku mereka lebih kuat dan kulit yang kelihatan lebih cantik! Mereka langsung tidak mendapati sebarang bau yang hanyir. Malahan, orang yang telah mendapati ianya berbau hanyir adalah sangat minima.

  • Saiz Hidangan: 3 Kapsul Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Ikan Air-sejuk Kecil
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 999mg minyak ikan Omega-3 (EPA 182 mg, DHA 120 mg)
  • Manfaat Utama: Memelihara kesihatan jantung, kulit, mata dan otak
  • Harga: ~RM99 (90 Kapsul)

Kebaikan:

  • Hanya sedikit bau atau rasa hanyir
  • Menjalani pelbagai langkah penyulingan untuk tujuan penulenan
  • Bebas daripada sebatian berbahaya (merkuri, plumbum, dll)
  • Minyak ikan yang mempunyai gred farmaseutikal
  • Mengurangkan pembentukan lemak yang tidak menyihatkan
  • Daripada sumber yang lestari
  • Boleh mencantikkan kulit dan menguatkan kuku

Keburukan:

  • Tidak mudah untuk diambil (memerlukan 3 pil setiap hari)
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak

10. USANA Biomega III Plus Fish Oil

Pastikan anda mempertimbangkan untuk mendapatkan dahulu nasihat daripada pakar perubatan sebelum membeli USANA Biomega III Plus Fish Oil.

Minyak Ikan USANA Biomega III Plus 2000mg

Terbaik Untuk Dos Yang Tinggi

Dos EPA/DHA yang terkandung dalam suplemen ini adalah lebih 3 kali ganda berbanding dengan produk lain yang terdapat di dalam senarai! Dan apakah fungsi minyak lemon? Untuk mengelakkan sebarang rasa hanyir yang tertinggal selepas ianya diambil!

Walaupun begitu, pengguna masih merasakan bahawa bau dan rasa hanyir yang terlalu kuat (mungkin disebabkan oleh dos yang tinggi).

Terbaik Untuk Rambut Dan Kuku Yang Lebih Kuat

Tetapi pengguna sangat gembira dengan hasil yang diperolehi pada rambut mereka, kerana terdapat sesetengah pengguna mendapati rambut yang lebih sihat dan lebat selepas mengambil suplemen ini. Menurut pada ulasan, produk ini juga menguatkan kuku anda!

  • Saiz Hidangan: 1 Kapsul Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa (berumur atas 18 tahun)
  • Sumber: Tidak dinyatakan
  • Setiap Kapsul Mengandungi: 2,000mg minyak ikan Omega-3 (EPA 580 mg, DHA 470 mg), Vitamin D dan Minyak Lemon
  • Manfaat Utama: Menyokong kesihatan vardiokaskular, sistem pertahanan badan dan kesihatan sendi
  • Harga: ~RM90 (56 Kapsul)

Kebaikan:

  • Hanya memerlukan 1 kapsul setiap hari
  • Mengandungi dos yang tinggi dalam setiap kapsul
  • Menjalani proses penulenan untuk membuang sebatian berbahaya (seperti merkuri)
  • Sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan bayi (tetapi rujuk doktor anda dahulu)
  • Bersumberkan daripada ikan kecil yang ditangkap secara liar (kurang bahan pencemar)
  • Tiada kandungan gandum atau gluten
  • Boleh menguatkan rambut dan kuku

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak atau golongan remaja yang lebih muda
  • Berbau hanyir

11. Opceden Omega-3 Fish Oil

Dengan kandungan dos dua kali ganda EPA/DHA berbanding dos biasa di dalam produk-produk lain, suplemen Opceden Omega-3 Fish Oil tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Minyak Ikan Opceden Omega-3 1000mg

Tetapi orang dewasa boleh mengambil sehingga 3 gel lembut bovin untuk merendahkan kolesterol di dalam badan. Atau untuk mengurangkan sakit sendi.

Nota: Minyak ikan daripada Norway yang telah disuling secara molekul.

  • Saiz Hidangan: 1-2 Gel Lembut Setiap Hari
  • Sesuai Untuk: Orang Dewasa
  • Sumber: Bentuk minyak ikan TG yang semulajadi, asli daripada Norway
  • Setiap Gel Lembut Mengandungi: 1,000mg minyak ikan Omega-3 (EPA 500 mg, DHA 200 mg)
  • Manfaat Utama: Membantu dalam mengurangkan sakit sendi, penyakit jantung dan penyakit autoimun. Merangsang kesihatan kardiovaskular, menyokong fungsi sistem pertahanan yang sihat
  • Harga: ~RM155 (180 Gel Lembut)

Kebaikan:

  • Menjalani proses penulenan untuk membuang bahan pencemar seperti merkuri
  • Mengandungi dos yang tinggi dalam setiap kapsul

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak
  • Tidak sesuai untuk vegetarian/vegan
  • Mungkin terdapat sedikit bau hanyir

Kesimpulan

Pengambilan pemakanan ikan (daripada variasi ikan air sejuk) dengan kerap sememangnya jauh lebih baik daripada mengambil suplemen minyak ikan terbaik di Malaysia. Tetapi sayangnya, ia sangat mahal!

Oleh itu, ianya bagus untuk memiliki suplemen minyak ikan untuk mengurangkan kuantiti keperluan makanan anda. Pertimbangkan dari segi keadaan kesihatan anda vs dos sukatan, dan jenama. Dos harian yang disyorkan untuk EPA dan DHA ialah 250 hingga 500mg.

Baca lagi: