You are currently viewing Cara Memilih Makanan Kucing – Apakah Nutrisi Yang Penting Untuk Kucing?

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Jika anda belum tahu, biologi kucing jauh berbeza daripada anjing. Oleh itu, sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda harus mengambil inisiatif untuk mempelajari cara memilih makanan kucing.

Makanan kucing memainkan peranan utama dalam kesihatan dan kepanjangan umur kucing anda, jadi memberikan perhatian kepada bahan makanannya adalah penting!

Ketahui jenis makanan kucing yang terdapat di pasaran, perkara yang perlu dicari pada pembungkusan makanan kucing dan apa yang diperlukan oleh kucing anda, khusus bagi setiap peringkat umur mereka!

Isi kandungan:

Senarai Jenis Makanan Kucing

Bagi memastikan kucing-kucing anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat, pertamanya anda perlu fasih dan tahu apakah jenis baka kucing anda dan apakah makanan kucing yang biasanya terdapat di pasaraya dan kedai-kedai.

Biasanya Makanan kucing komersial terdiri daripada 3 jenis yang boleh dibezakan hanya dengan melihat kepada kandungan air pada makanan kucing tersebut!

1. Makanan Kering

Dengan kurang 10% kandungan air, makanan kering palet kecil ini seakan-akan sama dengan makanan anjing. Maka untuk memastikan nutrisi dan rasanya kekal sempurna, simpan di dalam bekas yang tertutup rapat!

Kucing-kucing biasanya menggemari makanan basah dan makanan dalam tin sekiranya diberikan pilihan!

Tetapi makanan kering adalah lebih sesuai dan pilihan yang tepat apabila anda mempunyai urusan di luar dan tidak dapat memberi makan kucing anda!

1.1. Dikeringkan Ketuhar Dan Penyemperitan

Ini ialah kaedah konvensional/komersial untuk mengeringkan bahan-bahan segar untuk membuat kibble. Bahan-bahan kering dicampur dengan bahan-bahan basah, distim dan disemperit (iaitu doh dimasak secara tekanan dan dipotong dahulu).

Setelah dipotong, kepingan doh dibakar dalam ketuhar. Selepas itu, ia dipotong menjadi biskut bersaiz kibble.

Haba tinggi (daripada mengukus dan membakar) memang membunuh bakteria dan mengeluarkan lembapan tetapi turut mengeluarkan beberapa nutrien daripada makanan.

Yang akhirnya (dan ironinya), menyebabkankan pengeluar makanan menambah bahan lain (seperti vitamin) untuk mengimbangi kekurangan itu.

Sumber: https://www.gapfa.org/files/download/9_GAPFA_Factsheet_How_pet_food_is_made.pdf

1.2. Kering Udara (Atau Dehidrasi)

Walaupun haba (suhu yang lebih rendah daripada kaedah di atas) masih digunakan untuk mengeluarkan lembapan daripada bahan-bahan segar, masa yang diambil untuk memproses makanan dengan cara ini adalah lebih lama. Dan kumpulan pemprosesan biasanya lebih kecil juga.

Tetapi oleh kerana suhu yang lebih rendah digunakan, bahan-bahan tersebut masih mengekalkan beberapa vitamin dan nutrien lain. Tanpa bakteria atau keperluan untuk menambah bahan pengawet!

Tekstur yang terhasil adalah keras dan rangup dan oleh itu, ia memerlukan sedikit rendaman sebelum haiwan peliharaan yang muda atau dewasa boleh memakannya.

1.3. Makanan Kucing Kering Beku

Kategori makanan kucing ini mengekalkan bahan mentah dengan membekukannya pada suhu yang sangat rendah (iaitu tiada haba). Dan kemudian mengeringkannya pada tekanan tinggi.

Makanan yang terhasil adalah lembut (lebih senang dikunyah), dan jauh lebih ringan daripada kandungan asal kerana kelembapan yang dikeluarkan. Makanan tahan lebih lama dan kurang bersepah untuk dihidangkan berbanding daging mentah.

Seberapa berkhasiatnya sesuatu makanan, ia bergantung pada kesegaran bahan awal kerana versi kering beku mengekalkan nilai nutrisi yang lebih kurang sama.

2. Makanan Basah

Makanan basah atau makanan separa lembap mengandungi ~ 35% air. Kucing biasanya mendapati jenis makanan ini amat sedap.

Dan sekiranya kucing anda tidak suka minum air, ini adalah satu cara untuk memastikan kucing anda mendapat manfaat air yang mencukupi!

Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkannya dengan makanan kering untuk menggalakkan kucing yang cerewet untuk mula makan. Atau jadikannnya sebagai snek untuk sekali-sekala.

Nota: Makanan kucing jenis ini tidak tahan lama setelah anda membuka bungkusannya!

3. Makanan Dalam Tin

Akhir sekali, makanan dalam tin dengan kandungan ~ 75% air. Kucing anda pasti akan merasakan bahawa makanan jenis ini adalah yang paling sedap daripada semua makanan kucing komersial kerana mungkin terdapat kepingan daging yang berkualiti di dalamnya!

Nota: Sekiranya kucing anda tidak habis memakannya, anda boleh menyimpan lebihannya di dalam peti sejuk untuk dihidangkan kemudian.

Apakah Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Kucing

Makanan kucing komersial secara tipikalnya akan mengandungi daging atau bahan sampingan daripada daging sebagai bahan utama. Dan diikuti dengan sedikit bijirin/serat dan mungkin juga hampas ikan!

Mungkin juga terdapat bahan tenusu. Malah makanan kering turut mempunyai makanan tambahan (vitamin atau mineral) di dalam formula makanan tersebut!

1. Bahan Penting Untuk Makanan Kucing

  • Sumber protein haiwan (dan asid amino seperti taurin dan asid arakidonik) – Tenaga, pertumbuhan dan pembaikan
  • Karbohidrat (contohnya jagung, barli, gandum, gandum, dll) – untuk tenaga
  • Lemak sihat seperti Omega-3 dan Omega-6 – untuk kulit dan bulu yang sihat
  • Serat – Untuk pencernaan yang lebih baik
  • Vitamin A – Untuk sistem imun, penglihatan dan kulit yang sihat
  • Vitamin E – Juga untuk sistem imun
  • Zat besi, kalsium, fosfor, natrium, zink dan magnesium – Untuk pertumbuhan tulang dan sendi yang sihat
  • Vitamin B – Sistem saraf, organ dan pertumbuhan

2. Elakkan Kandungan Bahan Makanan Kucing Yang Berikut

  • Pengawet kimia (contohnya butylated hydroxyanisole (BHA), ethoxyquin dan butylated hydroxytoluene (BHT))
  • Terlalu banyak karbohidrat tambahan (contohnya tepung jagung atau gluten gandum)
  • Bijirin jika anda mengesyaki kucing anda mempunyai alahan berkaitan dengan makanan

Sentiasa perhatikan kucing anda untuk tanda-tanda alahan apabila anda memperkenalkan mereka dengan makanan kucing yang baharu!

Cara Memilih Makanan Terbaik Untuk Kucing

1. Apakah Analisis Yang Diberikan Jaminan?

Pada pembungkusan makanan, biasanya terdapat penerangan kandungan protein dan lemak mengikut peratusan.

Bersama dengan serat dan tahap kelembapan makanan!

2. Daging

Bahan ini adalah yang paling penting dan seharusnya berada dalam senarai utama ramuan (anggarkan kepadatan kepingan daging menerusi beratnya). Daging seperti daging lembu, ikan, ayam, ayam ternakan, ayam belanda dan lain-lain semuanya boleh diterima.

Anda perlu berhati-hati jika pek pembungkusan hanya menyenaraikan “daging” tetapi tidak menerangkan apakah jenis daging tersebut!

3. Produk Sampingan

Berkemungkinan juga terdapat produk sampingan dalam senarai ramuan makanan kucing tersebut! Produk sampingan ini antaranya adalah bahagian organ berkhasiat seperti hati dan paru-paru.

Sungguhun begitu, elakkan produk-produk yang mengandungi “produk sampingan ayam” tanpa deskripsi yang tepat dan megelirukan.

4. Kandungan Asid Taurin Dan Arakidonik

Diet kucing anda tidak seharusnya berasaskan tumbuhan sepenuhnya! Jika tidak, mereka tidak akan mendapat nutrisi lengkap (seperti taurin dan arakidonik yang terdapat dalam daging)!

5. Cari Biji-Bijian Berkualiti Tinggi

Makanan yang mempunyai banyak protein dan kurang karbohidrat sesuai untuk kucing. Bijirin seperti barli, gandum dan jagung adalah karbohidrat yang mudah dicerna oleh kucing. Walaupun Kekacang (seperti kacang buncis dan lentil) adalah juga amat disyorkan.

Nota: Pakar mungkin mengesyorkan diet bijirin, masih banyak makanan komersial dibuat tanpa mengandungi bijirin mengikuti diet “semula jadi” si comel.

6. Vitamin Dan Mineral

Rujuk senarai sebelumnya iaitu “Apakah Nutrisi diperlukan oleh Kucing?”  untuk maklumat lebih lanjut.

7. Periksa Sekiranya Makanan Telah Disahkan Oleh AAFCO

Persatuan Pegawai Pengawal Makanan Amerika (AAFCOmempunyai garis panduan untuk syarikat makanan haiwan mengenai apa bahan-bahan yang boleh disenaraikan, disertakan atau dikecualikan daripada label makanan haiwan peliharaan!

Oleh itu, sekiranya produk ini mempunyai pensijilan khas daripada AAFCO:

Ini bermaksud penerangan pada pembungkusan seperti “kandungan daging lembu 95%” bermaksud 95% kandungan makanan sememangnya adalah daging lembu! Ini juga termasuklah perkara-perkara yang lain!

8. Memilih Makanan Kucing Berdasarkan Umur Kucing Anda

Kebiasaanya anak kucing memerlukan lebih banyak protein dan lemak berbanding kucing dewasa. Mereka memerlukan asid folik dan DHA untuk perkembangan yang sihat!

Sementara itu kucing yang malas dan berumur tidak memerlukan kalori yang banyak!

Kesimpulannya

Jika ada satu perkara yang perlu diambil perhatian daripada cara memilih makanan kucing, anda tidak sepatutnya terlampau berjimat untuk mendapatkan makanan kucing berkualiti tinggi jika anda mahu kucing anda hidup lama dengan masalah kesihatan yang minimum.

Kucing yang sihat juga akan kelihatan lebih baik dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk menikmati kehidupan mereka!

Ya, makanan kucing boleh menjadi sangat mahal tetapi itu disebabkan oleh kucing secara semula jadinya memerlukan sumber protein haiwan. Sebaliknya, jenama makanan kucing yang lebih murah akan menggunakan kurang protein berasaskan haiwan dan lebih banyak protein berasaskan tumbuhan untuk mengurangkan kos.

Lihat cadangan kami tentang makanan kucing terbaik di Malaysia.

Penafian: Jika anda mempunyai kucing dewasa/tua atau kucing dengan masalah kesihatan sedia ada atau keadaan kronik, anda harus mendapatkan nasihat daripada doktor haiwan anda sebelum mencuba diet baharu.

Baca Lagi: 7 Makanan Basah Terbaik Untuk Kucing Di Malaysia