BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Si comel anda sememangnya layak untuk diberikan makanan kucing terbaik di Malaysia 2022!
Maka berikan kucing-kucing anda sesuatu yang lazat dan menyelerakan yang akan membuatkan mereka sentiasa ternanti-nanti sehingga habis licin dimakan! Diet yang seimbang pastinya akan memberikan haiwan kesayangan anda kesihatan yang baik dan menggembirakan mereka!
Cuma yang menjadi masalah adalah terlalu banyak jenama yang ada untuk dipilih! Maka sebab itu anda perlu baca dengan teliti ulasan makanan kucing ini terlebih dahulu!
Senarai Makanan Kucing
Bagi memastikan kucing-kucing anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat, pertamanya anda perlu fasih dan tahu apakah jenis baka kucing anda dan apakah makanan kucing yang biasanya terdapat di pasaraya dan kedai-kedai!
Biasanya Makanan kucing komersial terdiri daripada 3 jenis yang boleh dibezakan hanya dengan melihat kepada kandungan air pada makanan kucing tersebut!
1. Makanan Kering
Dengan kurang 10% kandungan air, makanan kering palet kecil ini seakan-akan sama dengan makanan anjing. Maka untuk memastikan nutrisi dan rasanya kekal sempurna, simpan di dalam bekas yang tertutup rapat!
Kucing-kucing biasanya menggemari makanan basah dan makanan dalam tin sekiranya diberikan pilihan!
Tetapi makanan kering adalah lebih sesuai dan pilihan yang tepat apabila anda mempunyai urusan di luar dan tidak dapat memberi makan kucing anda!
2. Makanan Basah
Makanan basah atau makanan separa lembap mengandungi ~ 35% air. Kucing biasanya mendapati jenis makanan ini amat sedap.
Tetapi makanan jenis ini tidak tahan lama setelah anda membuka bungkusannya!
Sekiranya kucing anda tidak suka minum air, ini adalah satu cara untuk memastikan kucing anda mendapat manfaat air yang mencukupi!
Dan anda boleh mencampurkannya dengan makanan kering untuk menggalakkan kucing yang cerewet untuk mula makan. Atau jadikannnya sebagai snek untuk sekali-sekala.
3. Makanan Dalam Tin
Akhir sekali, makanan dalam tin dengan kandungan ~ 75% air. Kucing anda pasti akan merasakan bahawa makanan jenis ini adalah yang paling sedap daripada semua makanan kucing komersial kerana mungkin terdapat kepingan daging yang berkualiti di dalamnya!
Jenama-Jenama Makanan Kucing Terbaik Malaysia
Untuk makanan kucing, ini adalah jenama yang mengandungi ramuan berkualiti tinggi (dan kandungan protein yang lebih tinggi daripada purata) yang anda boleh dapati di Malaysia:
- Farmina N&D (Matise)
- Orijen
- Acana
- Carnilove
- Taste Of The Wild Pet Food
Dan kami juga akan mempertimbangkan produk ini, tetapi ia bukan yang terbaik:
- AvoDerm
- Hill’s Pet Nutrition
- Purina One
- Royal Canin
- Brit Care
9 Makanan Kucing Kering Terbaik Malaysia 2022
Makanan Kucing Kering Premium Yang Terbaik:
- Orijen Six Fish
- Acana Pacifica Dry Cat Food
- Farmina Natural & Delicious Grain Free Chicken & Pomegranate Adult Cat
Makanan Kucing Kering Pertengahan Yang Terbaik:
- Taste Of The Wild Rocky Mountain With Venison & Smoked Salmon Cat Dry Food
- Carnilove Salmon Sensitiv e & Long Hair Cat Food
- Blackwood Adult Cat Food Chicken Meal & Brown Rice Dry Cat Food
- Royal Canin Fit 32 Dry Cat Food
- Hill’s Science Diet Adult Chicken Recipe Cat Food
- PURINA ONE Adult Tuna Dry Cat Food
Makanan Kucing Kering Bajet Yang Terbaik
- Brit Premium Adult Chicken Dry Cat Food
- ProDiet Ocean Fish Dry Cat Food
- MISHA Dry Cat Food
Bonus: Resepi PledgeCare Air-Dried Cat Food – Ayam
Lawati laman PledgeCare untuk dapatkan sampel PledgeCare Air-Dried Cat Food mereka! Ia mempunyai protein dan lemak yang tinggi dengan kandungan karbohidrat yang minima!
Dengan menggunakan 98% daging ayam bergred-tinggi (beserta tulang dan organ) dan 2% kandungan makanan berkhasiat. Juga tanpa filler tiruan! Kandungan kelembapan yang tinggi adalah bagus untuk memastikan kucing anda sentiasa cukup air (terhidrat).
Ia dikeringkan dengan udara untuk memastikannya segar lebih lama walaupun nilai nutrisinya hampir sama dengan makanan mentah/masakan-rumah!
Bagi rasanya, 4 kucing kami sangat meminati perisa ikan! Walaupun begitu, mereka juga tidak akan mengatakan tidak bagi perisa ayam!
Dan oleh kerana bahan-bahan datang daripada pembekal tempatan, anda sebenarnya menyokong komuniti tempatan dengan setiap pembelian!
Catatan: Walaupun mereka belum mempunyai sijil halal, semua pembekal mereka untuk bahan yang mereka gunakan adalah halal. Mereka mempunyai rancangan untuk mendapatkan sijil halal!
- Protein: 55% | Lemak: 30% | Kelembapan: 6% | Serat: 5% | Karbohidrat: 5%
- Sumber Protein: Ayam (Dada, Hempedu, Kulit & Tulang, Hati), Biji Rami, biji bunga matahari, Minyak Kelapa, Minyak Hati Ikan Kod, Kunyit
- Sesuai Untuk: Semua Baka dan Tahap Umur (Rujuk kepada Jadual Pemakanan Kucing)
- Saiz: 500g, 1kg, 2kg
- Harga: RM39, RM75, RM145
Gunakan kod diskaun kami, BBG25 untuk mendapatkan 25% diskaun daripada jumlah pesanan anda! Hanya terpakai untuk laman web rasmi PledgeCare.
GraceFull RAW Freeze-Dried Pet Food
Makanan haiwan peliharaan kering-sejuk beku GraceFull RAW menggunakan daging mentah sebenar, tanpa sebarang bahan tambahan (contohnya, bahan pewarna, perasa, pengawet, dll.) Tidak terdapat daging babi di dalam bahan kandungannya.
Daging tersebut dibekukan pada suhu -40°C untuk mengekalkan rasa dan nutrien, dan kemudian dikeringkan untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Disebabkan kaedah ini, 100g makanan yang kering-sejuk beku ini bersamaan dengan 500g daging segar.
Kami biasanya akan merendam makanan ini di dalam sedikit air selama seminit sebelum memberikannya kepada haiwan peliharaan kami sebagai tambahan kepada kibble atau makanan basah mereka. Hanya makanan yang telah direndam perlu diletakkan di dalam peti ais.
Terdapat 8 perisa yang menarik termasuk salmon. Dan pek sampelnya dibahagikan dengan sama rata (dan disimpan dengan mudah di dalam beg berkunci zip) supaya anda boleh mengetahui perisa yang mana paling digemari oleh kucing anda.
Kemas kini (Mac 2022): Mereka mempunyai 3 perisa baru – dada itik, dada ayam dan ikan kod – yang kesemuanya, terutamanya yang terakhir sangat disukai oleh kucing kami.
Anda akan mengetahuinya sendiri sekiranya anda memberikan kucing anda mencuba mana-mana makanan kering-sejuk beku Grace Cat. Sesetengah perisanya, seperti Capelin (ikan) dan Antartic Krill, kelihatan cukup menyelerakan untuk dimakan oleh manusia!
Nota: Perisa burung puyuh mengandungi anak burung penuh.
Namun begitu, antara 3 kucing kami, mereka nampaknya tidak mempunyai kegemaran dan sebaliknya terus menyerang mendapatkan makanan ini serta-merta!
- Nilai Protein: Antarctic Krill, Capelin, Ayam, Hati Ayam, Itik, Kuning Telur, Burung Puyuh, Salmon
- Sesuai Untuk: Semua peringkat umur dan baka
- Saiz: 100g
- Harga: RM23 ke RM42
- Semak Harga di laman web rasmi Grace Cat Food
1. Makanan Kucing Kering MISHA
Makanan kering kucing daripada jenama tempatan, MISHA mengandungi keseimbangan protein yang sesuai (ayam dan ikan) dan lemak (termasuk minyak Omega), air dan bijirin.
Jenama ini juga mempunyai panduan pemakanan mengikut berat badan dan tahap aktiviti kucing anda di bahagian belakang bungkusan yang pastinya sangat membantu! Malah Kucing anda juga pasti akan menyukai keenakan rasanya! (contohnya berlari atau bangun untuk makan petang)!
Kesimpulannya, MISHA Dry Cat Food adalah berpatutan dengan kandungan protein yang normal, dan kebanyakan kucing gemarkannya. Ramai pengguna membelinya untuk diberi makan kepada kucing jalanan di kawasan rumah mereka.
- Protein: 32% | Lemak: 15% | Kelembapan: 9% | Serat: 4%
- Sumber Protein: Ayam Tanpa Tulang, Ikan, Lemak Ayam Ternakan, Protein Bijirin, Jagung, Soya, Minyak Sayuran
- Nutrien lain: Asid lemak Omega-3 & Omega-6, Kalsium, Taurin, Antioksidan, Glukosamin
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa berumur lebih daripada 1 Tahun
- Saiz: 8kg
- Harga: ~RM53.9
Kebaikan:
- Perisa yang pelbagai (perisa ikan laut berbau sedap)
- Kucing kelihatan lebih gemarkannya berbanding Friskies atau Whiskas
- Kibble adalah nipis, berbentuk bulat dan rangup tetapi terlalu keras untuk anak kucing
- Tidak mahal
- Mencantikkan bulu kucing
Keburukan:
- Kemungkinan mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi
- Tidak diperakui oleh mana-mana pihak ketiga
2. ProDiet Ocean Fish Dry Cat Food
Makanan Kucing Kering Ikan Laut ProDiet ini dikatakan dapat membantu mengawal masalah bebola bulu (Hairball) yang sering dialami oleh kucing. Malah ia tidak mengandungi bahan pengawet! Terdapat lebih daripada 1 perasa / barisan produk yang tersedia.
Kebanyakan ulasan adalah berkisar mengenai pembungkusan – iaitu beg besar dikecilkan kepada peket kecil (500gm). Harga yang berpatutan dan penerimaan kucing yang positif menjadikan ramai pengguna mengulangi pembelian!
Nota: Syarikat yang agak baharu, diasaskan pada tahun 2006 di bawah Pet World Marketing Sdn. Bhd.
Kami tidak begitu sukakannya kerana tiada pensijilan yang rasmi daripada pihak ketiga atau analisis nutrisi (pada laman atau label produk). Jadi kami paling tidak mengesyorkan produk ini berbanding jenama lain dalam senarai ini.
- Sumber Protein: Ikan, Jagung, Kacang Soya, Nasi, Ayam Ternakan, Gluten Jagung, Lemak Ayam Ternakan, Minyak Tuna, Minyak Sayuran
- Nutrien Lain: Asid lemak Omega-3 & Omega-6, Vitamin C, Vitamin E, Taurin
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa berumur lebih 2 Tahun
- Saiz: 8kg
- Harga: ~RM70.50
Kebaikan:
- Terdapat 3 perisa (ikan laut, ayam tuna dan makerel)
- Pembungkusan yang memudahkan
- Tidak mahal
- Kucing gemar akan perisanya
- Halal
- Bulu bertambah cantik dan tahap tenaga kucing meningkat bagi sesetengah kucing
Keburukan:
- Tiada analisis nutrisi
- Mempunyai pewarna (hanya pada makanan kucing dewasa)
- Terdapat satu ulasan membimbangkan mengenai kucing seseorang yang mendapat batu karang*
*https://www.facebook.com/ProDietPetworld/reviews/
3. Brit Premium Adult Chicken Dry Cat Food
Brit and Brit Care adalah di bawah syarikat induk yang sama seperti Carnilove. Mereka menjalankan produksi (dan mempunyai sijil untuk membuktikannya) oleh ISO 9001 and HACCP quality standards.
Seorang pengguna yang bertukar kepada produk Brit Care daripada Blackwood ini melihat perubahan pada bulu kucingnya. Dan kucing itu juga lebih kenyang selepas satu hidangan.
- Protein: 35% | Lemak: 15% | Kelembapan: 10% | Serat: 2.5%
- Sumber Protein: Ayam
- Nutrien Lain: Prebiotik, Kalsium, Vitamin A, Vitamin D3, Vitamin E, Vitamin C, Biotin, Omega-3 dan Omega-6
- Sesuai untuk: Kucing Dewasa
- Saiz: 8kg
- Harga: ~RM100
Kebaikan:
- Kucing yang menggemari Purina One mungkin akan sukakan jenama ini juga
- Perisanya sangat menarik untuk kebanyakan kucing - lebih-lebih lagi perisa salmon
- Bulu kucing menjadi lebih lembut dan kurang gugur
- Kibble bersaiz kecil
- Harga berpatutan
Keburukan:
- Mengandungi jagung - salah satu 5 bahan terutama di dalam formula
4. Taste Of The Wild Rocky Mountain With Venison & Smoked Salmon Cat Dry Food
Taste Of The Wild Rocky Mountain With Venison & Smoked Salmon Cat Dry Food mengandungi lebih banyak khasiat protein (dan diperakui oleh AAFCO)! seperti daging ayam, ikan dan juga daging rusa! Rasanya sungguh menyelerakan!
Bahan-bahan lain termasuk suplemen vitamin dan minyak lemak, terdapat probiotik dan sayur-sayuran dan buah untuk manfaat serat!
Sekiranya anda mampu, ini adalah antara makanan kucing terbaik di Malaysia yang anda boleh dapatkan untuk kucing anda! Khususnya untuk kucing yang aktif!
- Protein: 42% | Lemak: 18% | Kelembapan: 10% | Serat: 3%
- Sumber Protein: Ayam, Daging Rusa Panggang, Salmon yang Disalai, Ikan Laut & Sumber Protein Sayuran
- Nutrien lain: Asid lemak Omega-3, Omega-6, Probiotik, Zink, Selenium, Vitamin E, Taurin
- Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
- Disahkan oleh AAFCO: Ya
- Saiz: 7kg
- Harga: ~RM119
Kebaikan:
- Mempunyai pensijilan daripada pihak ketiga yang dipercayai
- Tinggi kandungan protein - lebih tinggi berbanding kebanyakan jenama makanan kucing lain
- Berbau wangi (juga bagi manusia)
- Melembutkan bulu
- Berat badan kucing akan pasti bertambah
- Bulu kucing berpotensi untuk kurang gugur
- Tahan lebih lama – kucing akan kenyang lebih lama sebelum sesi makan seterusnya dan mempunyai lebih banyak tenaga!
- Saiz kibble lebih besar daripada purata tetapi masih boleh diterima termasuk untuk anak kucing berumur 3 bulan
- Lebih banyak nutrisi berbanding Royal Canin (anda boleh lihat perubahan dari segi tekstur bulu)
- Struktur/warna najis kucing yang bagus
- Bebas bijirin
- Digemari oleh kucing termasuk yang cerewet
Keburukan:
- Mahal
- Sebaik sahaja kucing anda merasa makanan ini, ia mungkin tidak mahu berbalik pada jenama yang lain!
- Najis mereka akan berbau busuk (akan dijangka disebabkan kandungan protein yang lebih tinggi)
- Peket beg tidak boleh ditutup semula
5. PURINA ONE Adult Tuna Dry Cat Food
Anak kucing mana yang tidak sukakan tuna?
PURINA ONE Adult Tuna Dry Cat Food dalam bentuk Kibbles yang diformulakan khas untuk mengilatkan lagi bulu si comel anda! Malah ia juga akan memberikan tenaga kepada kucing anda!
Purina ONE adalah jenis makanan kucing yang dinilaikan sebanyak 40/60 (B) di allaboutcats.com. Walaupun kandungan protein adalah lebih baik daripada purata, mereka lebih cenderung untuk menambah bahan-bahan tidak penting (seperti pewarna tiruan).
Ia lebih bagus daripada jenama lebih murah yang boleh anda temui di pasar raya tetapi ia bukan produk terbaik yang anda boleh berikan kepada kucing anda dengan harga ini. Kami masih lebih sukakan Taste Of The Wild yang mempunyai harga-yang-sama berbanding makanan kering kucing ini!
- Protein: 34% | Lemak: 14% | Kelembapan: 12%
- Sumber Protein: Tuna, Protein Jagung, Protein Gandum, Makanan Ayam Ternakan Dan Makanan Sampingan Ayam Ternakan
- Nutrien Lain: Asid lemak Omega-6, Kalsium, Fosfor, Vitamin A, Vitamin E, Taurin
- Sesuai Untuk Kucing Berumur Lebih 1 Tahun
- Disahkan oleh AAFCO: n/a
- Saiz: 7kg
- Harga: ~RM135.9
Kebaikan:
- Kucing gemarkannya
- Harga berpatutan dan kandungan nutrisi yang bagus
- Sudah lama ditubuhkan di bawah jenama Nestle (sejak 1894)
Keburukan:
- Protein jagung adalah salah satu bahan utama - iaitu ia tidak begitu buruk, cumanya ia tidak sesuai sebagai makanan karnivor bagi kucing
- Jenama ini terpaksa membuat pengembalian produk dua kali pada tahun 2011 (kemungkinan besar dicemari dengan salmonella)
6. Blackwood Adult Cat Food Chicken Meal & Brown Rice Dry Cat Food
Kebanyakan isinya adalah diperbuat daripada daging ayam (untuk kandungan protein) dengan pensijilan oleh AAFCO:
Makanan Kucing Kering Blackwood Adult Cat Food Chicken Meal & Brown Rice Dry Cat Food tidak mengandungi bijirin, warna atau perisa tiruan!
Produk makanan kucing kering ini dinilaikan sebanyak 3/5 di pawdiet.com. Kebaikan – maklumat yang jelas mengenai sumber protein, mendapat pensijilan dan tidak mempunyai bahan pewarna dan pengawet tiruan. Keburukan? Protein kacang.
Untuk harga ini, terdapat makanan kucing lain yang lebih baik yang anda boleh dapatkan untuk kucing anda!
- Protein: 30% | Lemak: 17% | Kelembapan: 10% | Serat: 3%
- Sumber Protein: Ayam, Nasi Perang, Bijian tanah Sorgum, Sekoi, Lemak Ayam, Protein Kacang, Produk Telur, Hidangan protein ikan Hering, Ragi Kering Sebatian, Pulpa Bit Kering, Bahan-Bahan Semula jadi, Biji Rami Tanah, Minyak Ikan Menhaden
- Nutrien Lain: Asid lemak Omega-3 & Omega-6, Kalsium, Fosforus, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin E, Taurin, Biotin, Zink
- Sesuai Untuk Kucing Dewasa Berumur 1 Tahun ke Atas
- Disahkan oleh AAFCO: Ya
- Saiz: 6kg
- Harga: ~RM126
Kebaikan:
- Mendapat pensijilan daripada pihak ketiga
- Bebas bijirin (tidak mengandungi soya, gandum atau jagung)
- Kebanyakan kucing gemarkannya
- Majoriti kandungan proteinnya adalah daripada sumber haiwan
- Beras perang tidak sukar untuk dihadam oleh kucing
- Peket pembungkusan yang boleh ditutup semula
- Membekalkan tenaga yang banyak dan bulu yang cantik untuk kucing
- Membantu untuk menambahkan berat kucing
- Jenama makanan kucing ini tidak mempunyai rekod pengembalian sejak tahun 2009 (sumber dari petfoodsherpa.com)
Keburukan:
- Penilaian rendah oleh catfooddb untuk kandungan nutrisi (1/5)
- Bentuk kibble yang pelik (tajam-tajam seperti bintang)
- Sesetengah kucing menolak untuk memakannya
Untuk Si Comel yang suka duduk di Rumah (Indoor):
Blackwood Indoor Formula Cat Food Chicken Meal & Brown Rice Dry Cat Food – Semak Harga
7. Carnilove Salmon Sensitive & Long Hair Cat Food
Kandungan utamanya adalah terdiri daripada salmon dan bebas bijirin, Carnilove Salmon Sensitive & Long Hair Cat Food dirumuskan khusus untuk kucing yang memiliki perut sensitif atau berambut panjang, atau kedua-duanya sekali!
Terdapat juga buah beri dan herba-herba dalam ramuan produk ini untuk manfaat antioksida (untuk imuniti).
Menurut petfoodreviewer.com, Carnilove secara amnya mempunyai agihan nutrisi lebih-daripada-purata yang sesuai untuk kucing. Iaitu dengan lebih banyak protein dan lemak, serta karbohidrat yang kurang!
Jenama yang mempunyai reputasi tinggi tetapi mahal.
- Protein: 36% | Lemak: 17% | Kelembapan: 10% | Serat: 2%
- Sumber Protein: Salmon, Kacang Kuning, Hidrolisis Salmon, Hidangan Ikan Hering, Lemak Ayam, Hati Ayam, Minyak Salmon
- Nutrien Lain: Asid lemak Omega-3, Kalsium, Fosfor, Vitamin A, Vitamin E, Taurin, Biotin
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa
- Pensijilan oleh AAFCO: Tidak
- Saiz: 6kg
- Harga: ~RM154
Kebaikan:
- Tiada rekod/isu pengembalian produk
- Tinggi kandungan protein
- Pilihan perisa-perisa yang menarik
Keburukan:
- Tiada pensijilan daripada pihak ketiga
- Tidak murah
8. Hill’s Science Diet Adult Chicken Recipe Cat Food
Bentuk makanan bersaiz sebesar kacang sebelum ini yang telah disahkan oleh AAFCO Hill’s Science Diet Adult Chicken Recipe Cat Food telah berubah sepenuhnya yang mana bentuknya berubah lebih bulat rata untuk pengambilan yang lebih mudah!
Dan juga formulanya. Dimana sesetengah kucing ternyata tidak begitu gemarkannya berbanding formula sebelumnya!
CatFoodDB telah mengulas mengenai produk makanan kucing ~50 Hill’s Science Diet (termasuk makanan basah) dan mereka mendapati yang produk ini mempunyai kualiti yang lebih-rendah-daripada-purata dari segi kedua-dua nutrisi dan bahan kandungannya.
Sebaliknya, resepi mereka untuk kucing yang mempunyai masalah kesihatan yang spesifik (contohnya masalah saluran kncing) ternyata dapat membantu kucing tersebut. Walaupun ia tinggi kandungan karbohidrat.
Formula yang asal lebih mendapat pujian dan digemari oleh pengguna kerana ia membantu kucing mereka untuk hidup lebih lama (lebih daripada 20 tahun, menurut ulasan seorang pengguna)
Malangnya, formula baharu tidak begitu digemari oleh kucing yang cerewet. Juga bukan pilihan terbaik untuk makanan harian kerana tinggi kandungan karbohidrat.
- Protein: 35% | Lemak: 21.4% | Kelembapan: 10% | Serat: 1.6%
- Sumber Protein: Ayam, Bijirin Gandum Sepenuhnya, Makanan Gluten Jagung, Lemak Ayam, Makanan Ayam, Pulpa Bit Kering, Nasi Perang, Perisa Hati Ayam, Minyak Ikan, Minyak Kacang Soya
- Nutrien Lain: Asid lemak Omega-3 & Omega-6, Kalsium, Fosforus, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Taurin, Biotin, Zink
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa berumur antara 1 – 6 Tahun
- Pensijila oleh AAFCO: Ya
- Saiz: 4kg
- Harga: ~RM95
Kebaikan:
- Kibble bersaiz sempurna
- Dengan pensijilan daripada AAFCO
- Tidak memasukkan daging yang tidak spesifik
- Tiada bahan tambahan yang berbahaya
Keburukan:
- Bau yang hanyir seperti bau ikan/berminyak
- Sejarah pengembelian yang tidak jelas - masih berurusan mengenai isu vitamin D (daripada tahun 2019) untuk makanan daging bertin mereka
- Terlalu tinggi karbohidrat (36.25%)
Untuk Si Comel yang suka duduk di Rumah (Indoor Cat): Hill’s Science Diet Adult Indoor Cat Food – Semak Harga
Untuk Kawalan Bebola Rambut: Hill’s Science Diet Adult Hairball Control Cat Food – Semak Harga
9. Royal Canin Fit 32 Dry Cat Food
Besar kemungkinan yang kucing dewasa (1-7 tahun) anda akan menggemari perisa Royal Canin Fit 32 Dry Cat Food yang telah diperakui oleh AAFCO ini! Jika sebelum ini tidak, kali ini anda akan mendapati bulu kucing anda lebih bersinar!
Kandungan Protein adalah biasa, dan terdapat kandungan jagung dan gandum yang lebih tinggi berbanding yang ideal. Tetapi sekurang-kurangnya produk ini mendapat pensijilan daripada AAFCO.
Walaupun kami benar-benar berpendapat bahawa anda boleh mendapatkan nutrisi yang lebih baik untuk kucing anda dengan produk lain jika anda sudah berbelanja sebegini banyak!
- Protein: 32% | Lemak: 15% | Kelembapan: 10% | Serat: 4%
- Sumber Protein: Unggas yang dikeringkan, Beras, Lemak Haiwan, Jagung, Serat Sayuran, Isolat Protein Sayuran, Gandum, Pulpa Bit, Minyak Soya, Minyak Ikan
- Nutrien Lain: Vitamin A, Vitamin E, Antioksida, Zink
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa Berusia 1 tahun ke atas
- Mendapat pensijilan daripada AAFCO: Ya
- Saiz: 10kg
- Harga: ~RM186
Kebaikan:
- Tiada bahan pengawet dan pewarna tiruan
- Sumber daging dinyatakan
- Mendapat pensijilan daripada pihak ketiga
Keburukan:
- Dinilaikan hanya 1/5 di pawdiet.com
- Mahal
Makanan Kucing Kering Premium Yang Terbaik
1. Makanan Kering Kucing Orijen Six Fish
Sekiranya anda mampu dengan harganya:
Orijen adalah jenama dari Kanada (jenama bersekutu Acana) yang nilai nutrisinya hampir menyamai makanan asli kucing (tinggi kandungan protein dan lemak tanpa bijirin).
Kualiti kandungan bahannya sangat bagus, dinilaikan 9/10 di AllAboutCats. Daripda ulasan yang sama, gred keseluruhan mereka adalah C+. Dan ia disebabkan pilihan produk yang terhad, harga yang mahal, dan isu pengembalian pada tahun 2008.
Tetapi kembali kepada makanan kucing kering ini:
Ia mempunyai formula yang kaya, terdiri daripada 6 spesies ikan yang berlainan daripada perairan Kanada – ikan segar (2/3) dan ikan yang dikeringkan (1/3).
Juga terdapat minyak ikan herring. Iaitu sumber yang bagus untuk Lemak Asid Omega (mencantikkan bulu kucing anda)
Walaupun mempunyai keseimbangan nutrisi yang hampir sempurna, kucing tidak sepatutnya hanya makan Orijen Six Fish sepanjang masa. Ia boleh membawa kepada pengumpulan bahan logam berat daripada ikan!
Anak kucing yang akan paling banyak mendapat manfaat daripada makanan kucing Orijen ini! Tetapi untuk kucing dewasa, makanan ini mungkin agak padat dengan nutrisi!
- Protein: 42% |Lemak: 20% | Kelembapan: 10% | Serat: 3%
- Sumber Protein: Ikan Pacific Pilchard, Hake, Mackerel, Flounder, Rockfish & Sole yang segar
- Nutrien Lain: Kalcium, Taurine, Asid Lemak Omega –6, Asid Lemak Omega-3
- Sesuai Untuk: Semua Peringkat Umur
- Saiz: 1.8kg
- Harga: ~RM145
Kebaikan:
- Bebas bijirin
- Tinggi protein dan lemak berasaskan haiwan
- Hampir tiada karbohidrat berbanding jenama yang lain
- Tanpa bahan kandungan tiruan
- Penilaian yang tinggi (9/10) daripada PetFoodReviewer
- Sumber karbohidrat yang diiktiraf (bijirin seperti kacang lentil)
- Sumber yang bagus untuk asid lemak omega
- Makanan kucing kering yang dinilaikan atas purata, menurutCatFoodDB (7.6/10)
- Tiada bahan sampingan
Keburukan:
- Amat mahal
- Bau tidak menyenangkan (bau hanyir ikan)
- Produk khas ini (hanya bersumberkan ikan untuk protein) tidak sesuai untuk sebagai makanan harian kucing
- Produk yang perlu dielakkan untuk kucing yang mempunyai perut sensitif
- Tiada bahan tambahan perisa
2. Acana Pacifica Dry Cat Food
Bagaimana kucing anda mampu menolak kenakan dan keaslian rasa daging segar ikan Kanada (ditangkap secara semulajadi) daripada Acana Pacifica Dry Cat Food?
Sekiranya kandungan protein dan lemak yang melebihi-purata tidak membuatkan anda kagum, penilaian sebanyak 4/5 (oleh catfoodb) untuk kualiti bahan kandungan di dalam perisa makanan kucing mereka akan mengkagumkan anda!
Ketahuilah kucing kesayangan anda akan mendapat bahan kandungan berkualiti dengan makanan kucing kering ini! Walaupun anda perlu berbelanja lebih untuk itu!
- Protein: 37% | Lemak: 20% | Kelembapan: 10% | Serat: 3%
- Sumber Protein: Hidangan Makanan Ikan Hering Pasifik Yang Segar, Ikan Pilchard, Ikan Arrowtooth Flounder, Hidangan Ikan Hering, Hidangan Ikan Kod Pasifik, Bijirin Putih, Kacang Hijau, Kekacang Merah, Minyak Pollock, Ikan Silver Hake, Ikan Redstripe Rockfish, Organ Dalaman Dan Tulang
- Nutrien lain: Asid lemak Omega-3 & Omega-6, Kalsium, Fosforus, Vitamin E, Taurin, DHA dan Zink
- Sesuai Untuk: Semua Peringkat Hidup
- Pensijilan Oleh AAFCO: Tidak, tetapi produk ini dikatakan mengikuti garis panduan pemakanan yang ditetapkan oleh AAFCO
- Saiz: 5.4kg
- Harga: ~RM225
Kebaikan:
- Penilaian keseluruhan sebanyak 7.2/10 di catfooddb, lebih tinggi berbanding jenama makanan kucing lain di Malaysia!
- Tiada isu pengembalian ke atas jenama makanan kucing ini setakat ini
- Kandungan karbohidrat yang rendah (tanpa bijirin atau kentang)
- Boleh mencegah penghasilan kristal di saluran kencing (bagi kucing jantan)
- Kucing berasa kenyang lebih lama
- Bau yang kuat dan menyelerakan untuk kucing
Keburukan:
- Amat mahal
- Tidak mendapat pensijilan rasmi daripada AAFCO
- Acana selalunya memasukkan pelbagai sumber daging - dimana ia boleh meningkatkan risiko alahan
3. Farmina Natural & Delicious Grain Free Chicken & Pomegranate Adult Cat
Farmina Natural & Delicious mempunyai penilaian tertinggi (B+ di allaboutcats) yang kami pernah temui bagi makanan kucing di Malaysia!
Produk mereka mengandungi nutrisi yang seimbang untuk kucing. Dan menggunakan bahan kandungan berkualiti tinggi yang bukan GMO (genetik diubah suai)!
Anda perlu berhati-hati jika anda sedang dalam proses mengubah makanan kucing anda yang berasaskan-bijirin kepada makanan tanpa-bijirin! Kerana kandungan protein yang tinggi boleh memberi kesan buruk kepada sistem urinari mereka (contohnya ginjal)
Pengguna menyatakan bahawa makanan kucing ini sangat sesuai dengan kucing mereka yang mempunyai IBS (sindrom usus sensitif)
- Protein: 44% | Lemak: 20% | Kelembapan: 10% |Serat: 1.8%
- Sumber Protein: Ayam, Telur, Ikan Herring
- Nutrien Lain: Vitamin A, vitamin E, Vitamin D3, Vitamin B12, Biotin, Asid Folik
- Sesuai Untuk: Kucing Dewasa
- Saiz: 10kg
- Harga: ~RM330
Kebaikan:
- Kucing yang cerewet akan menggemari produk makanan kucing ini
- Bulu kucing akan menjadi cantik
- Tinggi kandungan protein dan lemak (dan berasaskan daripada sumberhaiwan)
- Tiada rekod/isu pengembalian bagi jenama ini
- Rendah kandungan karbohidrat (~25% menurut wereallaboutpets) berbanding jenama lain
- Jenama ini dinilaikan sebanyak 92% di wereallaboutpets.com
- Senarai resepi berbeza yang banyak untuk dipilih
Keburukan:
- Amat mahal
- Tidak dianggap sebagai makanan kucing yang rendah karbohidrat (contohnya ubi kentang)
Makanan Kucing Basah Terbaik Malaysia
1. Carnilove White Muscle Meat 100g Wet Cat Food
Makanan kucing basah Carnilove adalah bebas-bijian dan bebas-kentang. Dengan hampir 50% daging tulen serta dengan kandungan organ dalaman (produk-sampingan)! Terdapat 3 perisa yang enak untuk menarik perhatian kucing anda yang cerewet!
Sesetengah kucing amat gemarkannya menurut pada ulasan! Tetapi sekiranya anda telah mencuba jenama yang lain sebelum ini, kucing anda mungkin akan menolak untuk makan produk jenama ini!
Anda akan mendapat kadar penerimaan yang lebih tinggi bagi produk ini jika ini merupakan kali pertama kucing anda mencuba makanan kucing basah. Atau jika mereka bukan kucing yang memilih makanan!
Kami telah menguji 2 perisa yang berbeza ke atas 4 ekor kucing kami. Dan kami mendapati bahawa mereka lebih menggemari ayam belanda & ikan salmon berbanding ayam belanda & rusa. Salah satu kucing kami ternyata langsung tidak sukakan perisa ayam berlanda & rusa.
- Pilihan Sumber Protein: Turki & Salmon; Ayam & Kambing Biri-Biri; Ayam, Itik & Burung Kuang
- Analisis Terjamin: Protein Kasar (min) 10.6-10.7% | Lemak Kasar (min) 6.5-6.9% | Serat Kasar (maksima) 0.4% | Abu Kasar (maksima) 2.3-2.5% | Kelembapan (maksima) 79%
- Sesuai Untuk: Semua Peringkat Hidup
- Saiz: 100g
- Harga: ~RM5.2
Kelebihan:
- Bebas bijian
- Tiada bahan pengawet
- Perisa yang menarik dan sedap
- Tidak mahal
- Bau yang menyelerakan
Keburukan:
- Kucing ternyata lebih menggemari makanan kucing basah Avoderms, Ciao dan Blackwood berbanding Carnilove
- Berbau kuat
- Kandungannya terlalu kaya untuk kucing yang kurang aktif
2. FANCY FEAST Royale Gourmet Canned Cat Food By Purina
Untuk makanan kucing basah di Malaysia, FANCY FEAST® Royale Gourmet Canned Cat Food By Purina mempunyai reputasi yang agak boleh dipercayai (skor keseluruhan 6.5/10 daripada allaboutcats.com).
Makanan kering Fancy Food tidak mempunyai apa-apa keistimewaan tetapi makanan kucing basah daripada jenama ini patut dipuji. Kerana makanan kucing basah mereka dipekatkan tanpa memerlukan bahan karaginan.
Kandungan protein yang secara relatifnya tinggi (terutamanya siri Chunky, 11% protein) adalah merupakan kebaikan lain daripada makanan kucing basah ini.
Makanan kucing basah ini juga sesuai sekiranya anda ingin meletakkan kucing anda di dalam diet yang kurang karbohidrat.
Terutamanya perisa Virgin Flaked Tuna & Whole Loin Tuna In Seafood Jus yang mempunyai kandungan protein yang tinggi (14%) berbanding dengan jenama yang lain. Tetapi rendah kandungan lemak (0.1 sehingga 0.3%).
Dan oleh itu, ia juga merupakan pilihan yang bagus untuk kucing yang sedang dalam diet (kawalan berat badan)!
Walaupun begitu, formula ini adalah tidak sempurna dan mempunyai beberapa bahan yang tidak sepatutnya berada di dalamnya. Seperti produk-sampingan haiwan, perisa tiruan dan gandum. Bergantung pada perisa yang anda pilih.
Cuba untuk elakkan daripada memilih siri Gravy and Creamy Delights. Dan sebaliknya ambil siri Classic or Chunky.
Namun begitu, produk ini merupakan salah satu makanan kucing basah yang paling mahal yang telah kami temui di dalam pasaran Malaysia.
Tetapi kucing kami menggemari FANCY FEAST® Royale Gourmet Canned Cat Food By Purina! Dan kami boleh melihat beberapa ketulan basah daging di dalam tin.
- Pilihan Sumber Protein: Tuna, Ayam, Makanan Laut & Ayam
- Analisis Terjamin: Protein Kasar (min) 10-14% | Lemak Kasar (min) 0.1-0.3% | Serat Kasar (maksima) 1%
- Sesuai Untuk: Semua Peringkat Umur
- Saiz: 85g
- Harga: ~RM4
Kelebihan:
- Bersifat ekonomi (menjimatkan)
- Kucing benar-benar lebih menggemari rasa produk ini berbanding jenama lain
- Bahan daripada tumbuhan yang tidak berlebihan
- Kandungan nutrisi yang memuaskan
- Datang dengan pelbagai tekstur yang berbeza
- Tiada isu pengembalian produk untuk jenama Fancy Feast
Keburukan:
- Terdapat beberapa bahan tiruan
- Perisa yang terhad
- Terdapat bahan-sampingan haiwan yang meragukan
3. Royal Canin Cat Pouch 85G – Wet Food / Cat Can Food
Kucing yang berambut panjang boleh mencuba formula Intense Beauty dengan kandungan minyak Omega yang lebih tinggi. Sedangkan formula Instinctive adalah untuk kucing dewasa!
Malah formula makanan anak kucing ini juga mudah untuk dikunyah dan ia mengandungi segala yang diperlukan untuk sistem imun yang kuat!
Royal Canin adalah merupakan jenama gred C sekiranya anda merujuk kepada allaboutcats.com. Jenama ini mempunyai penilaian paling rendah untuk kualiti bahan memandangkan mereka cenderung untuk menggunakan bahan pengisi seperti gluten jagung, gluten gandum dan mil jagung. Dan protein tumbuhan.
Royal canin tidak mempunyai reputasi yang bagus untuk kualiti bahan. Tetapi kucing nampaknya tidak kisah dengan rasa daripada Royal Canin Cat Pouches ini!
- Vairasi Pilihan Produk: Instinctive; Kitten; Intense Beauty
- Analisis Terjamin: Protein Kasar (min) 12% | Lemak Kasar (min) 2.8-4% | Serat Kasar (maksima) 0.9-1.1%
- Sesuai untuk: Anak kucing / Dewasa
- Saiz: 85g
- Harga: ~RM3.9
Kelebihan:
- Biasanya kucing menggemari rasa produk ini
- Berbau wangi
- Pouch mudah dibuka
- Bagus untuk kucing yang memerlukan penghidratan yang lebih
Keburukan:
- Kucing lebih menggemari Fancy Feast
- Royal Canin mempunyai penilaian 3/10 di catfooddb
- Sukar untuk mengeluarkan serpihan pepejal keluar daripada paket
Kami mempunyai lebih banyak cadangan bagi wet food yang terbaik untuk kucing.
Bahan-Bahan Biasa Makanan
Bahan-bahan secara tipikalnya akan mengandungi daging atau bahan sampingan daripada daging sebagai bahan utama. Dan diikuti dengan sedikit bijirin/serat dan mungkin juga hampas ikan!
Mungkin juga terdapat bahan tenusu. Malah makanan kering turut mempunyai makanan tambahan (vitamin atau mineral) di dalam formula makanan tersebut!
1. Apakah Nutrisi yang diperlukan oleh Kucing?
- Sumber protein haiwan (dan asid amino seperti taurin dan asid arakidonik) – Tenaga, pertumbuhan dan pembaikan
- Karbohidrat (contohnya jagung, barli, gandum, gandum, dll) – untuk tenaga
- Lemak sihat seperti Omega-3 dan Omega-6 – untuk kulit dan bulu yang sihat
- Serat – Untuk pencernaan yang lebih baik
- Vitamin A – Untuk sistem imun, penglihatan dan kulit yang sihat
- Vitamin E – Juga untuk sistem imun
- Zat besi, kalsium, fosfor, natrium, zink dan magnesium – Untuk pertumbuhan tulang dan sendi yang sihat
- Vitamin B – Sistem saraf, organ dan pertumbuhan
2. Elakkan Kandungan Bahan Makanan Kucing Yang Berikut
- Pengawet kimia (contohnya butylated hydroxyanisole (BHA), ethoxyquin dan butylated hydroxytoluene (BHT))
- Terlalu banyak karbohidrat tambahan (contohnya tepung jagung atau gluten gandum)
- Bijirin jika anda mengesyaki kucing anda mempunyai alahan berkaitan dengan makanan
Sentiasa perhatikan kucing anda untuk tanda-tanda alahan apabila anda memperkenalkan mereka dengan makanan kucing yang baharu!
Cara Memilih Makanan Terbaik Untuk Kucing
1. Apakah Analisis Yang Diberikan Jaminan?
Pada pembungkusan makanan, biasanya terdapat penerangan kandungan protein dan lemak mengikut peratusan.
Bersama dengan serat dan tahap kelembapan makanan!
2. Daging
Bahan ini adalah yang paling penting dan seharusnya berada dalam senarai utama ramuan (anggarkan kepadatan kepingan daging menerusi beratnya). Daging seperti daging lembu, ikan, ayam, ayam ternakan, ayam belanda dan lain-lain semuanya boleh diterima.
Anda perlu berhati-hati jika pek pembungkusan hanya menyenaraikan “daging” tetapi tidak menerangkan apakah jenis daging tersebut!
3. Produk Sampingan
Berkemungkinan juga terdapat produk sampingan dalam senarai ramuan makanan kucing tersebut! Produk sampingan ini antaranya adalah bahagian organ berkhasiat seperti hati dan paru-paru.
Sungguhun begitu, elakkan produk-produk yang mengandungi “produk sampingan ayam” tanpa deskripsi yang tepat dan megelirukan.
4. Kandungan Asid Taurin Dan Arakidonik
Diet kucing anda tidak seharusnya berasaskan tumbuhan sepenuhnya! Jika tidak, mereka tidak akan mendapat nutrisi lengkap (seperti taurin dan arakidonik yang terdapat dalam daging)!
5. Cari Biji-bijian Berkualiti Tinggi
Makanan yang mempunyai banyak protein dan kurang karbohidrat sesuai untuk kucing. Bijirin seperti barli, gandum dan jagung adalah karbohidrat yang mudah dicerna oleh kucing! Kekacang (seperti kacang buncis dan lentil) adalah juga amat disyorkan.
6. Vitamin Dan Mineral
Rujuk senarai sebelumnya iaitu “Apakah Nutrisi diperlukan oleh Kucing?” untuk maklumat lebih lanjut.
7. Periksa Sekiranya Makanan Telah Disahkan Oleh AAFCO
Persatuan Pegawai Pengawal Makanan Amerika (AAFCO) mempunyai garis panduan untuk syarikat makanan haiwan mengenai apa bahan-bahan yang boleh disenaraikan, disertakan atau dikecualikan daripada label makanan haiwan peliharaan!
Oleh itu, sekiranya produk ini mempunyai pensijilan khas daripada AAFCO:
Ini bermaksud penerangan pada pembungkusan seperti “kandungan daging lembu 95%” bermaksud 95% kandungan makanan sememangnya adalah daging lembu! Ini juga termasuklah perkara-perkara yang lain!
8. Memilih Makanan Kucing Berdasarkan Umur Kucing Anda
Kebiasaanya anak kucing memerlukan lebih banyak protein dan lemak berbanding kucing dewasa. Mereka memerlukan asid folik dan DHA untuk perkembangan yang sihat!
Sementara itu kucing yang malas dan berumur tidak memerlukan kalori yang banyak!
Kesimpulannya
Jalankan eksperimen sedikit demi sedikit dengan makanan kucing terbaik di Malaysia untuk mencari yang mana satu paling digemari oleh kucing anda!
Semua kucing memerlukan protein yang mempunyai kualiti tinggi (daripada sumber haiwan) dalam makanan mereka. Diikuti dengan lemak, kelembapan and serat. Walaubagaimanapun, kucing rumah memerlukan lebih banyak serat dan lemak yang kurang!