You are currently viewing Apakah Manfaat Sarang Burung Walit? (Adakah Terdapat Kesan Sampingan?)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Apakah kebaikan sup dan minuman sarang burung walit yang menjadikannya amat dicari-cari?

Sup sarang burung walit telah menjadi sebahagian adat orang Cina untuk berabad-abad lamanya. Hari ini, kita boleh mendapati minuman sarang burung walit yang telah dibotolkan dengan mudah di dalam pasaran.

Resepinya ringkas dan selalunya hanya mempunyai bahan tambahan seperti gula batu atau ginseng. Jadi, adakah sarang burung benar-benar bagus untuk kesihatan anda?

Kebaikan Sarang Burung Walit

Terdapat beberapa sebab mengapa sarang burung walit sangat berharga. Dan mengapa orang ramai sanggup untuk berbelanja berhabisan untuk mendapatkan sarang burung walit yang berkualiti tinggi.

Sarang Burung Yang Boleh Dimakan
Sarang Burung Yang Boleh Dimakan – kredit foto (asia.nikkei.com)

Berikut adalah sebahagian manfaat sarang burung:

1. Kesihatan Dan Tekstur Kulit Yang Lebih Baik

Sarang burung walit dikatakan akan membantu anda untuk mendapatkan rupa penampilan yang bersih, bebas-cela serta kulit yang lebih lembut dan lebih cerah.

Ini disebabkan oleh kandungan kolagen di dalam sarang burung walit. Dimana ia boleh memperbaiki tekstur dan penampilan luaran kulit anda.

Menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda!

2. Memperbaiki Fungsi Paru-paru

Sekiranya anda merupakan perokok tegar yang mempunyai penyakit batuk kering dengan kahak, sarang burung walit dipercayai dapat membantu mengurangkan keparahan penyakit tersebut.

Ia juga boleh membantu orang yang mempunyai masalah jangka panjang seperti asma dan batuk. Kerana mereka akan mendapati fungsi paru-paru yang semakin baik jika mereka mengambil sarang burung untuk jangka masa yang panjang.

Nota:
Namun begitu, sarang burung walit bukan merupakan penawar bagi kes-kes asma dan batuk yang kronik. Adalah digalakkan untuk sentiasa mendapatkan nasihat profesional dan perhatian perubatan. Sila rujuk dahulu doktor anda sebelum memulakan pengambilan sarang burung sebagai suplemen untuk kesihatan anda.

3. Sebagai Suplemen Sepanjang Kehamilan Dan Pasca-Kelahiran

Ia merupakan satu kepercayaan yang popular dimana sarang burung walit sangat menyihatkan dan dilengkapi dengan nutrien. Yang menjadikannya bagus untuk diambil ketika hamil.

Sarang Burung Yang Boleh Dimakan
Sarang Burung Yang Boleh Dimakan – kredit foto (Vietcetera)

Namun begitu, manfaatnya adalah terhad:

Professor Lee (daripada the School of Physical & Mathematical Sciences dan Pengarah Institute of Advanced Studies, NTU) telah berkongsikan hasil kajian daripada Dr Wang (bertarih 1921).

Ternyata, Dr Wang telah mendapati bahawa sarang burung yang boleh dimakan (*1). Ia merupakan satu asid amino perlu yang terdapat di dalam sayuran dan daging.

Disebabkan ini, sarang burung mungkin tidak begitu berzat sepertimana yang telah dipercayai. Walaupun ia mempunyai asid sialik. Yang boleh membantu dalam perkembangan otak bayi ketika di dalam rahim.

Sesuatu yang nampaknya telah disokong oleh artikel (*2) lain (Fujian University of Traditional Chinese Medicine, 2018):

Ia menyatakan bahawa pengambilan sarang burung walit sepanjang kehamilan boleh meningkatkan memori bayi dan kebolehan dalam pembelajaran.

Dan memandangkan sarang burung walit mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) untuk penjanaan semula sel dan kolagen (seperti yang ramai penjual sarang burung walit mahukan anda mempercayainya), ia boleh membantu mengurangkan tanda regangan akibat pasca-kelahiran.

Nota:
Walau apapun, ianya sentiasa digalakkan untuk rujuk dahulu doktor anda sebelum memulakan pengambilan sarang burung ketika hamil.

4. Memperbaiki Keimunan Dan Fungsi Otak

Sekiranya anda sentiasa atau selalu berasa kurang sihat:

Mengamalkan pengambilan sarang burung yang boleh dimakan boleh membantu anda. Sarang burung walit telah terbukti oleh sebilangan kecil kajian untuk mempunyai sifat antivirus dan antioksidan (*3).

Sup Sarang Burung Walit
Sup Sarang Burung Walit – kredit foto kepada Borneo Rainforest Herbs

Sarang Burung Boleh Dimakan (EBN) boleh membantu dalam masalah yang berikut:

  • Tekanan berkaitan-obesiti pada jantung dan badan
  • Penyakit Alzheimer dan Parkinson – Kedua-duanya memberi kesan kepada otak!
  • Photo-aging (*4) – Iaitu proses penuaan kulit yang pra-matang disebabkan oleh pendedahan berterusan terhadap sinaran UV.

Nota:
Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penyataan ini.

Perkara Lain Untuk Diberikan Perhatian:

Manfaat-manfaat ini hanya dilaporkan oleh pengguna yang mengamalkan pengambilan sarang burung yang boleh dimakan secara teratur dan berterusan.

5. Meningkatkan Kesegaran

Selain daripada mempreskripsikan sup sarang burung walit untuk melengkapkan kesihatan pesakit-pesakit beliau yang mempunyai penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi:

Doctor Hien Duc Pham, OMD (*5) (yang mempraktikkan ubatan Cina di Colorado) menyatakan bahawa sarang burung yang boleh dimakan boleh mengembalikan sedikit tenaga untuk pesakitnya yang sedang menjalani kimoterapi.

Dan juga mengembalikan libido bagi wanita yang telah menopaus (putus haid)!

Atau disfungsi erektil di kalangan golongan lelaki sepertimana yang telah dicadangkan oleh kajian ini (*6).

Jadi, mungkin terdapat sesuatu yang benar seperti yang telah diakui oleh pengedar dan penjual sarang burung walit di luar sana!

Bagaimana Pula Manfaat Minuman Sarang Burung?

Di dalam kedai farmasi di sekitar Malaysia, anda boleh menemui minuman sarang burung walit di dalam botol kecil siap-dibungkus yang mudah untuk diminum.

Sesetengah jenama menambah kolagen tambahan daripada sumber ikan atau rumpai laut (iaitu sumber laut).

Sup Sarang Burung Walit
Sup Sarang Burung Walit – kredit foto kepada Steam Kitchen

Mungkin terdapat perisa yang berlainan seperti cendawan putih, ginseng, madu dan yang paling biasa ditemui, gula batu. Laici dan beri goji juga kadang-kadang ada dimasukkan oleh jenama tertentu.

Oleh kerana sarang burung seharusnya menjadi ‘bahan utama’, minuman ini dikatakan juga mempunyai kesemua manfaat yang telah disebut seperti di atas.

Kesan Sampingan Sarang Burung Walit

Sarang burung walit secara umumnya adalah selamat untuk diambil. Hanya perlu perhatikan kandungan gulanya!

Dan kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah reaksi alahan.

Ia termasuklah gatal-gatal, kesukaran bernafas dan sakit tekak, atau bengkakan pada muka (*7). Sila dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta jika ia berlaku.

Nota:
Minum dahulu dalam kuantiti sedikit untuk menguji bagi sebarang reaksi alahan. Ini sangat penting jika ia merupakan kali pertama anda mengambil sarang burung walit. Atau jika anda mencuba jenama atau jenis yang berbeza.

Ianya sentiasa digalakkan untuk merujuk dahulu doktor atau ahli farmasi anda sebelum memulakan pengambilan sarang burung walit.

Terutamanya jika anda sedang mengambil sebarang ubatan. Atau sedang mengalami apa-apa masalah perubatan yang sedia ada.

Kesimpulan

Terdapat banyak manfaat yang sangat bagus daripada pengambilan sarang burung walit. Walaupun ia masih belum disahkan oleh penyelidikan yang rapi dan terperinci.

Walau apa-apa pun, orang Cina (seperti Laksamana Zheng He pada abad 14-15) telah pun mengamalkan pengambilan sup sarang burung walit untuk berabad-abad lamanya!

Asalkan anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan, ternyata hanya terdapat sedikit keburukan (untuk burung ataupun anda) untuk mengambil suplemen yang semulajadi ini! Mungkin hanya pada wang dalam dompet anda!