BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.
Pastikan wajah anda bebas jerawat dengan pencuci muka terbaik di Malaysia!
Pembersih yang baik akan membuang kotoran dan minyak berlebihan dari muka anda tanpa membuatkan kulit anda berasa kering. Dan tanpa merosakkan keseimbangan pH kulit anda.
Lihatlah ulasan tentang pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi dan banyak lagi!
Isi kandungan:
Bagaimana Untuk Memilih Pembersih Muka Yang Betul
Kerana ini merupakan langkah pertama dalam mana-mana rutin kecantikan, adalah penting bahawa anda memilih pembersih muka yang sesuai untuk jenis kulit anda!
Pastikan kulit anda bersih dan ‘prep’ sebelum anda menyapu toner, krim pemutih wajah atau krim mata pada muka anda.
1. Kenal Pasti Jenis Kulit Anda
Tidak pasti apa jenis kulit anda? Teruskan membaca!
2. Kulit Kulit Berminyak
Kulit cenderung untuk cepat berkilat dan mempunyai liang-liang yang kelihatan.
Penyelesaian: Pembersih muka dengan kawalan minyak. pH yang seimbang adalah lebih baik.
3. Kulit Kering
Kulit anda akan berasa ketat. Dan ini boleh menyebabkan kulit anda gatal dan mengelupas pada masa tertentu.
Penyelesaian: Pencuci muka pelembab yang mengandungi glycerin, hyaluronic acid, dan lain-lain; Pembersih muka bebas sabun pilihan yang baik bagi masalah kulit kering dan anda harus mengelakkan penggunaan pencuci berasaskan buih kerana ia akan membuatkan wajah anda terasa lebih ketat selepas cucian.
Atau anda boleh cuba cleansing oil yang bagus untuk jenis kulit kering!
4. Kulit Kombinasi
Anda mempunyai kedua-dua simptom iaitu kulit berminyak dan kering tetapi tertumpu pada sebahagian muka (contoh: Bahagian T-Zone yang berminyak, pipi kering)
Penyelesaian: Mana-mana jenis Pencuci muka yang boleh membersihkan muka anda dengan baik tanpa menghilangkan kelembapan kulit. Anda boleh mengikuti pembersih muka yang disyorkan untuk masalah kulit kering.
5. Kulit Sensitif
Jika anda mempunyai kulit sensitif yang menyebabkan kemerahan pada wajah dan senang berasa gatal, anda perlu elakkan wangian! Termasuk semua jenis produk kulit seperti pelembab muka, produk pelindung matahari (sunblock muka) and pelembap bibir!
Penyelesaian: Pembersih muka bebas wangian dengan ramuan yang melembutkan kulit anda seperti lidah buaya; Berhati-hati dengan pencuci muka yang menghasilkan buih. Mengekalkan keseimbangan pH juga sangat penting.
6. Kulit Berjerawat
Jenis kulit ini tidak memerlukan penjelasan. Tetapi perlu diingatkan bahawa kulit berjerawat boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Dan tidak semestinya berminyak!
Penyelesaian: Pembersih muka yang bertindak secara lembut tanpa meninggalkan kesan minyak atau kulit anda yang kering! Anti keradangan atau ramuan yang menenangkan kulit anda seperti witch hazel or tea tree oil sangat disyorkan.
Pasangkan pembersih muka anda dengan krim jerawat terbaik untuk hasil yang berkesan!
7. Periksa Ramuan Pencuci Muka
Elakkan pencuci muka yang kasar. Pencuci muka yang kasar bermaksud cleanser yang menyebabkan kulit anda menjadi sangat kering.
Pencuci muka yang kasar biasa mengandungi:
- Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
- Wangian yang kuat
- Paraben
- Mineral oil
- Alkohol seperti SD alcohol 40, isopropyl alcohol, dan ethyl alcohol
17 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia
- Terbaik Untuk Kulit Berminyak / Kulit Kering Dengan Sedikit Jerawat – Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser
- Terbaik Untuk Kulit Yang Mudah Berjerawat – Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser
- Pilihan Drugstore Terbaik – Simple Cleanser Refreshing Facial Wash
- Pencuci Muka Vegan Terbaik Untuk Kulit Sensitif Kombinasi – Golden Elixir Face Cleanser By HelloNaturalCo
- Pencuci Muka Pembersihan Mendalam Terbaik Untuk Kulit Berminyak – Laneige Multi Deep Clean Cleanser
- Terbaik Untuk Kulit Berminyak/Kombinasi yang Sensitif – Neutrogena Ultra Gentle Daily Cleanser
- Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Berminyak/Mudah Berjerawat – CeraVe Foaming Facial Cleanser
- Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Normal-Kering – Vanicream Gentle Facial Cleanser For Sensitive Skin
- Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Kering – Fresh Soy Face Cleanser
- Terbaik Untuk Kulit Berminyak (Dengan Solekan) – Origins Checks And Balances Frothy Face Wash
- Pencuci Muka Wangi Terbaik Untuk Kulit Berminyak – Innisfree Green Tea Foam Cleanser
- Pencuci Muka Bebas Pewangi Terbaik Untuk Kulit Kering Ke Kombinasi – Clinique Liquid Facial Soap
- Terbaik Untuk Kulit Yang Sangat Kering – Argan Oil Creamy Cleanser By 100%Pure
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak Malaysia
1. Neutrogena Ultra Gentle Daily Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Berminyak/Kombinasi yang Sensitif
Untuk pencuci muka ini yang dipromosikan terhadap kulit sensitif, tetapi peliknya Neutrogena’s Ultra Gentle Daily Cleanser kerana mengandungi wangian.
Sebaliknya, pembersih muka ini cukup lembut untuk digunakan bagi menanggalkan mekap pada muka tanpa berasa ketat dan tidak selesa! Melainkan anda cuci muka anda beberapa kali sehari!
Ia mempunyai aroma yang ringan. Dan ramai pengguna yang memiliki kulit sensitif mendapati ia lembut untuk kulit mereka. Satu unit botol boleh bertahan berbulan-bulan walaupun anda mencuci wajah anda dua kali sehari!
Ia terasa licin dan lembut di kulit. Ia juga boleh menanggalkan solekan, kotoran dan daki (sel kulit mati) !
Jika wajah anda tidak begitu bermasalah, Neutrogena Ultra Gentle Daily Cleanser merupakan pencuci muka harian yang sesuai untuk jenis kulit normal, kombinasi dan berminyak!
- Saiz: 354ml
- Kesesuaian: Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Glycerin, Sodium Cocoyl Sarcosinate
- Harga: ~RM100
Kebaikan:
- Bebas minyak
- Bebas sabun
- Bebas daripada paraben, phthalates dan sulfates
- Bebas alkohol
- Pendispen pam yang memudahkan penggunaan
- Berpatutan
Keburukan:
- Boleh menyebabkan kulit kering melainkan anda mengalami kulit berminyak
- Tidak menghasilkan buih yang banyak
- Bukan bebas pewangi sepenuhnya (ada parfum di dalam senarai bahan yan terakhir)
2. Dermalogica Special Cleansing Gel
Bahan utama dalam pencuci muka Dermalogica Special Cleansing Gel ialah Sodium Laureth Sulfate (atau SLES). Yang menyebabkan pembersih muka ini menghasilkan buih!
Terdapat juga lavender dan minyak dari kulit limau (citric acid) dalam formula pencuci muka ini. Bersama dengan SLS, kedua-dua minyak pati ini boleh mengundang kulit sensitif!
Namun begitu, pengguna pencuci muka ini memuji akan kelebihannya untuk membersihkan jerawat. Lagipun, pengguna yang memiliki kulit kombinasi, kulit minyak dan mahupun kulit kering tidak mendapati produk ini mengeringkan!
Ia tidak meninggalkan sebarang sisa di muka anda.
Namun untuk menanggalkan solekan, anda akan perlu untuk membuat cucian berganda jika anda menggunakan pencuci ini.
Oleh kerana pencuci Dermalogica Special Cleansing Gel mempunyai harga yang agak mahal, anda mungkin ingin mendapatkan pencuci muka yang lain untuk menjadi pencuci muka pujaan anda sebelum anda mencuba pencuci ini!
Nota: Cuba saiz travel dahulu!
- Saiz: 250ml, 500ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Quillaja Saponaria, Balm Mint, Ekstrak Lavender, Minyak Kulit Limau, Bergamot Fruit Oil
- Harga: RM219, RM299
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Aroma lavender (ringan)
- Ciri-ciri eksfoliasi
- Botol pam
- Buih yang banyak
- Tekstur yang digemari
- Tidak berasa melekit selepas digunakan
Keburukan:
- Mahal
- Kandungan lavender dan minyak kulit lemon mungkin akan memedihkan kulit yang sensitif
- Cenderung untuk mendispens (mengepam keluar) produk terlalu banyak
3. Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Berminyak / Kulit Kering Dengan Sedikit Jerawat
Agak jarang untuk menemui pencuci berbuih yang berkesan untuk kedua-dua jenis kulit kering dan kulit berminyak. Dan membantu untuk merawat jerawat.
Tetapi Cosrx berjaya menghasilkan pencuci muka berharga mampu-milik yang berkesan untuk tujuan tersebut:
Mengandungi kandungan vegan, Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser ialah pencuci muka harian dengan kandungan BHA yang bertindak sebagai eksfoliasi semulajadi.
Pembersih muka ini mengandungi tea tree oil untuk melegakan keradangan kulit. Yang juga mungkin membuatkannya tidak sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Hampir 5,000 pengguna di Hermo memberikannya penilaian sebanyak 4/5! Ia tidak mengeringkan, walaupun untuk kebanyakan jenis kulit kombinasi dan kering. Seorang pengguna menyamakannya dengan pencuci SK II.
Oleh itu, pencuci muka Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser merupakan pilihan yang serasi untuk orang yang mempunyai kulit berjerawat dan kering, atau berminyak.
Namun begitu, di sebalik semua kelebihan yang terdapat padanya, pencuci muka ini mempunyai pembungkusan yang bocor sekali-sekala dan ia tidak begitu berkesan untuk membuang solekan penuh. Pastikan ia tidak terkena mata anda untuk mengelakkannya menjadi pedih.
Cosrx juga mempunyai semburan wajah (face mist) yang bagus!
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Kulit kering dan berminyak
- Ramuan Utama: Ekstrak Batang/Buah/Daun Etyrax Japonicus, Tea Tree Leaf Oil, Ekstrak Bunga Evening Primrose
- Harga: RM30
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Bebas paraben
- Bebas ujian daripada haiwan
- Pewangi sederhana (aroma minyak pokok teh)
- Juga berkesan untuk kulit jenis berminyak
- Tidak mahal
- Berbuih banyak
- Membantu mengurangkan jerawat
Keburukan:
- Tidak berkesan untuk menanggalkan solekan tebal
- Mudah untuk tertumpah
- Boleh memedihkan mata
4. Origins Checks And Balances Frothy Face Wash
Terbaik Untuk Kulit Berminyak (Dengan Solekan)
Origins Checks And Balances Frothy Face Wash ialah pencuci muka yang berbuih dengan banyak dan tidak mengeringkan kulit (kulit tidak berasa ketat)!
Pencuci muka yang popular ini mempunyai lebih 3000 ulasan positif di Sephora! Teksturnya yang pekat membuatkannya tahan lama dan anda hanya perlukannya dalam kuantiti sedikit untuk membuatkan wajah anda bersih dan segar.
Dari segi kuasa mencuci, ia boleh membuang solekan degil termasuk maskara yang kalis air. Dan oleh itu, Ia mungkin boleh terasa terlalu kasar jika anda mempunyai kulit kering.
Tetapi kebanyakan pengguna setuju bahawa ianya bagus untuk jenis kulit berminyak dan berjerawat!
Ada juga pengguna yang tidak sukakan baunya!
Nota: Aroma herba pudina.
Dan jika anda mempunyai kulit sensitif, anda perlu berwaspada kerana pencuci muka Origins Checks And Balances Frothy Face Wash mempunyai pewangi melalui kandungan minyak pati.
Tetapi pencuci Origins Checks And Balances Frothy Face Wash bebas alkohol dan paraben. Tambahan lagi, kami gemarkan formulanya yang vegan. Walaupun begitu, harganya dianggap mahal.
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Kulit Normal Hingga Berminyak Dengan Sedikit Jerawat
- Ramuan Utama: Air Bunga Lavender, Anthemis Nobilis Flower Oil, Spearmint Leaf Oil, Bergamot Fruit Oil
- Harga: RM112
Kebaikan:
- Vegan
- Bebas alkohol
- Bebas paraben
- Boleh menanggalkan sisa solekan dan maskara yang kalis air
- Bertahan selama 4-5 bulan
- Buih yang banyak
- Tekstur likat yang selesa
- Beraroma pudina
Keburukan:
- Bentuk tiub yang menyukarkan untuk mengeluarkan cecair terakhir
- Minyak pati yang tidak perlu sebagai wangian
- Memedihkan mata
5. Laneige Multi Deep Clean Cleanser
Pencuci Muka Pembersihan Mendalam Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Pencuci muka Laneige Multi Deep Clean Cleanser daripada jenama terkenal Korea, Laneige mengandungi ekstrak beri biru yang membantu dalam proses mencerahkan, dan juga ekstrak betik yang membantu untuk membuang sebum daripada liang pori.
Namun begitu, orang yang mempunyai kulit sensitif mungkin perlu untuk elak menggunakan pencuci muka ini memandangkan ia mengandungi pewangi.
Tambahan lagi, terdapat juga kandungan komedogenik (seperti asid laurik, asid miristik, asid stearik dan asid palmitik), oleh itu sila elak menggunakan pencuci ini jika anda mempunyai kulit yang mudah berjerawat.
Ia juga tidak melembapkan dan oleh itu, ia lebih padan dengan kulit jenis berminyak dan kombinasi.
Orang yang mempunyai kulit kering akan terasa sedikit kering dan ketat selepas mencuci wajah dengan pencuci ini. Tetapi kulit jenis berminyak mendapati rasa-selepas yang dihasilkan oleh pencuci muka ini amat menyegarkan.
Ianya mahal untuk botol yang mempunyai kandungan 150ml tetapi kuantiti bersaiz kacang pea kecil adalah mencukupi untuk mencuci keseluruhan wajah anda dengan baik! Jika anda mempunyai kulit kombinasi, anda hanya perlu menggunakan pencuci muka ini sekali sehari.
Tambahan lagi, dengan semua buih dan ciri-ciri pembersihan mendalam yang terdapat pada pencuci muka ini, ia akan membantu menanggalkan solekan dan pelindung matahari dengan berkesan.
Pencuci muka Laneige Multi Deep Clean Cleanser bersifat keseluruhan, pencuci muka yang amat seronok untuk digunakan di penghujung hari untuk mencuci wajah anda. Ia berbau wangi dan membuatkan wajah terasa bersih.
Anda cuma perlu pastikan untuk tidak menggunakannya terlalu banyak untuk mengelakkan wajah anda menjadi kering.
- Saiz: 150ml
- Sesuai Untuk: Kulit Berminyak dan Kombinasi
- Bahan Utama: Enzim Papain (Betik) dan Ekstrak Beri Biru
- Harga: RM100
Kelebihan:
- Bebas-alkohol, bebas-silikon, bebas-sulfat, bebas-paraben
- Berbuih dan membersihkan dengan baik
- Bertahan lama
- Berbau wangi
Kekurangan:
- Mahal
- Mengandungi bahan pewangi (bukan untuk kulit sensitif)
- Bahan komedogenik merupakan sebahagian daripada bahan paling utama
- Mengeringkan kulit dengan mudah
6. Innisfree Green Tea Foam Cleanser
Pencuci Muka Wangi Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Pencuci muka daripada Korea yang lain ialah pencuci muka Innisfree Green Tea Foam Cleanser:
Walaupun ia tidak sesuai untuk kulit kering, tetapi ia bagus untuk kulit jenis normal ke berminyak.
Orang yang mempunyai kulit kombinasi pula akan mendapati pencuci ini samada serasi atau tidak bergantung pada bagaimana kulit mereka memberikan reaksi terhadapnya. Ia mungkin boleh mengeringkan!
Jika bau merupakan bahagian penting dalam rutin cucian harian anda, anda akan menggemari aroma menenangkan daripada teh hijau yang terdapat pada pencuci muka Innisfree Green Tea Foam Cleanser.
Dengan demikian, formula ini mengandungi alkohol dan bahan pewangi, oleh itu kami menasihatkan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif supaya elak daripada menggunakan pencuci muka ini atau teruskan penggunaan dengan berhati-hati.
Selain itu, formula ini mengandungi asid miristik dan asid stearik – iaitu kedua-duanya adalah bahan komedogenik (penilaian sekitar 3).
Namun begitu, satu kelebihan besar pada pencuci muka Innisfree Green Tea Foam Cleanser ialah, betapa murahnya ia. Dan anda hanya memerlukan kuantiti kecil untuk keseluruhan wajah anda bagi tujuan pembersihan mendalam.
- Saiz: 150ml
- Sesuai Untuk: Kulit Berminyak dan Kombinasi
- Bahan Utama: Teh Hijau
- Harga: RM41
Kelebihan:
- Tidak mahal
- Bahan anti-keradangan
- Bertahan lama
- Berbau wangi (bau teh hijau)
Kekurangan:
- Mengandungi alkohol dan bahan pewangi (boleh merengsakan kulit sensitif)
- Formula mengandungi bahan komedogenik – asid laurik, asid miristik dan asid stearik
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kombinasi Malaysia
7. SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser
Seperti produk-produknya yang lain, SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser mengandungi bahan unik mereka, Pitera™:
Pencuci muka ini mempunyai tekstur berkrim dan melembapkan. Dan ia membuang minyak dan daki (sel kulit mati) tanpa mengeringkan kulit.
Orang yang mempunyai jenis kulit yang kebanyakan mendapati bahawa produk ini menjadikan muka mereka berasa segar, bersih dan licin! Ia agak berkesan untuk menanggalkan solekan (termasuk maskara yang kalis air) juga!
Menurut ulasan, ia mempunyai tekstur halus dan aroma lembut (seperti bunga ros). Saiz sekecil kacang pea adalah cukup untuk mencuci wajah anda! Jika anda menggunakannya dua kali sehari, satu tiub boleh bertahan berbulan-bulan.
Lagipun anda tidak akan menggunakannya dengan banyak, disebabkan harganya!
- Saiz: 120g
- Kesesuaian: Normal Sehingga Kulit Kombinasi
- Ramuan Utama: Pitera™ dan White Willow Extract, Vitamin E, Niacinamide
- Harga: RM249
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Aroma ros yang ringan
- Buih yang banyak dan mencukupi
- Vitamin E dan Niacinamide untuk membantu mencerahkan warna kulit
- Tidak meninggalkan sisa
- Tidak mengeringkan
Keburukan:
- Mengandungi wangian
- Mahal
8. Kiehl’s Ultra Facial Cleanser
Dalam julat harga yang sama dengan pencuci muka Origins Checks And Balances Frothy Face Wash tetapi dengan ketiadaan sebarang bahan pewangi, Kiehl’s Ultra Facial Cleanser membersihkan kulit anda tanpa meninggalkan apa-apa sisa.
Tambahan lagi, anda juga tidak memerlukannya banyak untuk menanggalkan solekan, sebab teksturnya yang tebal. Walaupun anda mungkin memerlukan lebih masa untuk membilasnya.
Pastikan anda menyimpannya dengan penutup menghadap ke atas kerana ia terdedah kepada kebocoran.
Untuk pengguna yang mempunyai masalah berminyak di Zon-T, produk ini membantu menurunkan kuantiti minyak.
Oleh itu, pencuci muka ini merupakan kegemaran bagi mereka yang mempunyai jenis kulit normal sehingga kombinasi! Kulit jenis berminyak juga akan mendapatinya berkesan. Namun begitu, jika anda mempunyai kulit jenis kering, produk ini tidak sesuai (terlalu kasar):
Ini kerana, agen buihnya ialah SLS (Diletakkan tempat kedua dalam senarai bahan)! Dan oleh itu, kulit jenis sensitif harus elak menggunakan pencuci muka ini (terdapat juga asid sitrik terkandung di dalam formula)
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Squalane, Apricot Kernel Oil, Vitamin E dan Avocado Oil
- Harga: RM90
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Tiada wangian
- Berbuih dengan baik
- Bertahan pada jangka masa yang panjang
Keburukan:
- Mahal
- Mengandungi beberapa bahan komedogenik (contoh: minyak avocado ) yang boleh menghalang liang pori
- Mengandungi citric acid (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
- Mengandungi SLS
9. Clinique Liquid Facial Soap Mild
Pencuci Muka Bebas Pewangi Terbaik Untuk Kulit Kering Ke Kombinasi
Ramuan seperti glycerin, sodium hyaluronate dan olive oil dalam Clinique’s Liquid Facial Soap Mild akan menambah kelembapan untuk kulit kering sehingga kulit kulit kombinasi!
Dan kulit anda tidak akan rasa melekit atau berminyak selepas menggunakan produk ini! Sesuatu yang pengguna yang mempunyai jenis kulit kombinasi boleh dapatkan!
Pencuci muka ini mempunyai tekstur gel ringan yang menghasilkan kuantiti buih yang memuaskan. Kebanyakan orang mendapati ia mencuci tanpa menghakis kelembapan kulit.
Namun begitu, ia cuma dapat menanggalkan sebahagian solekan yang tebal. Jadi ia tidak sesuai untuk orang yang sering memakai solekan penuh di wajah.
Ciri-ciri lain produk ini ialah, ia tidak memedihkan kulit.
Dan berdasarkan kuantiti produk yang anda peroleh, harganya juga tidak terlalu tinggi.
Apa-apa pun, produk Clinique Liquid Facial Soap Mild ini telah pun berada di pasaran selama bertahun-tahun dan itu menunjukkan ia memang produk yang bagus! Jika anda mempunyai kulit kombinasi, anda harus mencuba pencuci muka yang bebas pewangi ini.
- Saiz: 200ml
- Kesesuaian: Dry Combination Skin
- Ramuan Utama: Olive Fruit Oil, Ekstrak Cucumber Fruit, Barley Extract, Sunflower Seedcake
- Harga: RM99
Kebaikan:
- Tiada paraben
- Tiada phthalates
- Tiada wangian
- Menanggalkan solekan yang ringan
- Cukup lembut untuk kegunaan harian
- Tidak beraroma
- Tidak perlu digunakan dengan banyak
Keburukan:
- Pembungkusan tidak tahan bocor / kedap udara
Ekstra Ringan bagi Terlalu Kering untuk Kulit Kering:
- Clinique Liquid Facial Soap Extra Mild – Periksa Harga
Formula Kulit Berminyak untuk Kulit Kombinasi atau Kulit Berminyak:
- Clinique Liquid Facial Soap Oily Skin – Periksa Harga
10. Golden Elixir Face Cleanser Daripada HelloNaturalCo
Pencuci Muka Vegan Terbaik Untuk Kulit Sensitif Kombinasi
Sabun Castile Organik berasaskan tumbuhan membekalkan agen pembersihan untuk Natural Face Cleanser Malaysia | Golden Elixir Face Cleanser B Daripada HelloNaturalCo.
Pada masa yang sama, pencuci muka yang semulajadi ini juga mempunyai sifat-sifat astringent (minyak frankincense) dan anti-keradangan (minyak geranium ros)! Bertujuan untuk mengurangkan terjadinya jerawat dan iritasi kulit (kulit merengsa)!
Ia mengandugi aroma yang wangi. Dan ia merupakan perkara yang menyenangkan ketika menanggalkan solekan! Ia juga cukup lembut untuk kulit yang sensitif.
Orang yang mempunyai kulit kombinasi yang sensitif, yang kadang-kala tumbuh jerawat sudah semestinya boleh mencuba pencuci muka Natural Face Cleanser Malaysia | Golden Elixir Face Cleanser By HelloNaturalCo untuk pencuci muka vegan.
- Saiz: ~50ml
- Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
- Bahan Utama: Sabun Castile Organik berasaskan tumbuhan, Minyak Frankincense , Minyak Geranium Ros
- Harga: ~RM40
Kebaikan:
- Tanpa kandungan paraben, phthalates, minyak mineral, sulfates, serta bahan pewangi dan pewarna tiruan
- Tidak mengeringkan
- Vegan (tidak mempunyai bahan bersumberkan haiwan)
- Menanggalkan solekan
- Cukup lembut untuk kulit sensitif
- Sesuai juga untuk jenis kulit berminyak dan mudah-berjerawat
Keburukan:
- Agak mahal
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering
11. Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser
Terdapat 12 jenis minyak pati dalam formula pencuci muka Philosophy Purity Made Simple One-Step!
Walaupun cleanser ini lembut untuk kulit dengan buih yang tidak banyak, ia masih boleh menanggalkan mekap. Pengecualian untuk maskara kalis air.
Tidak berasa kering selepas menggunakan pencuci muka ini, sebaliknya, pengguna menyatakan bahawa mereka seperti sedang menyapu losyen ke kulit. Sebahagian pengguna mengatakan begitu, tetapi tidak bagi pengguna yang lain.
Bilangan pengguna yang menyukai aroma produk ini adalah sama dengan mereka yang tidak gemarkannya.
Tambahan lagi, pencuci muka ini dipek dalam botol dimana ia tidak begitu mudah untuk digunakan.
Oleh itu jika anda tidak keberatan untuk mengambil risiko dari segi bau dan teksturnya, pencuci muka Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser merupakan pencuci muka bebas-alkohol yang bagus dan sesuai untuk orang yang mempunyai kulit kering, memakai solekan dan mempunyai sedikit cela untuk dirawat.
- Saiz: 240ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Meadowfoam Seed Oil dan Twelve-Essential Oil Blend Including Rosewood, Sandalwood, Sage
- Harga: ~RM100
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Bebas wangian
- Menanggalkan solekan dan daki (sel kulit mati)
- Mengurangkan kemerahan dan jerawat
- Ringan
- Tidak mengeringkan seperti pencuci muka yang lain
- Satu botol boleh bertahan berbulan-bulan
Keburukan:
- Bau yang tidak menenangkan (tetapi beraroma wangi bagi sesetengah pengguna)
- Botol tidak mudah untuk digunakan (perlu memicit kuat untuk keluarkan produk)
12. Argan Oil Creamy Cleanser Daripada 100%Pure
Terbaik Untuk Kulit Yang Sangat Kering
Lembut pada kulit dengan adanya bahan semulajadi, Argan Oil Creamy Cleanser daripada 100%Pure merupakan apa yang diperlukan oleh kulit jenis kering!
Ia tidak berbuih dengan banyak tetapi tetap membersihkan dengan berkesan. Dan anda tidak perlu menggunakan dengan banyak setiap kali penggunaan. Ia berfungsi paling bagus jika digunakan bersama span konjac!
Ia mempunyai tekstur berkrim, dan ia beraroma wangi (sitrus).
Jika anda tidak menggemari bau pencuci muka Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser, pencuci muka Argan Oil Creamy Cleanser by 100%Pure mungkin pilihan yang lebih serasi dengan anda.
Melainkan anda mempunyai kulit matang yang kering, produk ini boleh terasa terlalu berkrim! Dan mungkin terasa berminyak.
Pencuci muka Argan Oil Creamy Cleanser by 100%Pure merupakan pilihan sempurna untuk kulit jenis yang amat kering dan satu-satunya sungutan daripada kami ialah berkenaan dengan harganya yang mahal.
- Saiz: 100ml
- Sesuai Untuk: Jenis Kulit Kering
- Bahan Utama: Jus Daun Aloe Vera Organik,* Mentega Benih Kakao, Minyak Kelapa Saponified, Minyak Argan, Minyak Kelapa Dara, Madu, Serat Jeruk, Ekstrak Lilin Candelilla, Minyak Buah, Minyak Acai, Ekstrak Daun Teh Hijau Organik *, Ekstrak Biji Minyak Rosehip, Minyak Pati Blood Orange, Ekstrak Honeysuckle Jepun, Coenzyme Q10, Asid Lipoik Alfa, Resveratrol, Vitamin C, Vitamin E, Ekstrak Biji Kopi Cherry, Limonene **, Linalool **
- Harga: ~RM250
Nota:
- *Organik Yang Diperakui
- **Komponen dalam Natural Essential Oil
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Bebas paraben
- Menanggalkan mekap
Keburukan:
- Mengandungi wangian / parfum
Jika anda mengalami kulit kering, anda boleh membuat pilihan pencuci muka untuk jenis kulit kering.
Jangan lupa untuk memeriksa pencuci yang terakhir (pembersih muka ini ada kandungan organik!) dalam senarai ini juga!
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat
13. Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Yang Mudah Berjerawat
Ini ialah pencuci muka BHA dengan ciri-ciri eksfoliasi semulajadi dan salicylic acid to mengawal lebihan penghasilan kelenjar minyak!
Tanpa menghiraukan label, walau bagaimanapun, pembersih muka ini tidak ringan dan bagus untuk kulit berminyak yang menyebabkan kulit berjerawat. Walaupun begitu, gunakan dengan berhemat!
Jenis kulit kombinasi juga ternyata amat sesuai dengan pencuci muka ini. Dengan adanya pengguna yang mengatakan bahawa produk ini cukup lembut untuk mereka, dan tidak mengeringkan kulit!
Selain itu, ia juga nampaknya membantu untuk menghilangkan jerawat (dan parut hitam) dengan lebih pantas!
Jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan ingin juga mencuba pencuci muka ini, anda perlu serasi dengannya secara sedikit demi sedikit iaitu dengan memulakan dahulu dengan frekuensi pengggunaan yang rendah (iaitu sekali seminggu).
Ianya amat tergoda untuk mendapatkan pencuci muka Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser memandangkan harganya adalah berpatutan. Tambahan lagi, hanya penggunaan yang sedikit diperlukan dan mencukupi!
Berminat dengan produk yang megandungi AHA, BHA dan PHA? Anda mungkin akan suka dengan apa yang kami sediakan dalam senarai serum muka terbaik kami!
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Normal, Kombinasi & Berminyak (Terutamanya Untuk Kulit Berjerawat)
- Ramuan Utama: Salicylic Acid, Melaleuca Alternigolia (Tea Tree) Leaf Oil, Ekstrak Evening Primrose Flower
- Harga: RM30
Kebaikan:
- Bebas ujian terhadap haiwan
- Bebas Paraben
- Vegan
- Bebas alkohol
- Menanggalkan solekan ringan tanpa ada sisa yang tertinggal
- Hanya perlukan kuantiti yang sedikit, satu tiub boleh bertahan berbulan-bulan!
- Aroma yang ringan (citrus)
- Mengawal minyak dan pengeluaran jerawat
Keburukan:
- Mengandungi wangian
- Boleh mengeringkan kulit
- Buih tidak banyak
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif
14. CeraVe Foaming Facial Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Berminyak/Mudah Berjerawat
Walaupun ini pencuci muka yang menghasilkan buih, pembersih muka ini jernih seperti gel. Namun, penggunaan yang kerap boleh mengeringkan kulit. Dan oleh itu, kami tidak mengesyorkannya untuk kulit jenis kering.
Ramai pengguna yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan berminyak mendapati bahawa pencuci muka ini amat membantu:
Pencuci muka ini sangat berkesan untuk membersihkan kulit sehinggakan anda tidak perlu menggunakan pembersih solekan anda! Niacinamide (vitamin B3) yang ditambah dalam formula pembersih muka ini mungkin akan juga meningkatkan tekstur kulit anda dalam penggunaan lama.
Dan ia tidak begitu berbau. Pengguna yang mempunyai masalah jerawat juga melihat perubahan dalam masa sebulan penggunaan!
Rupa-rupanya, ini ialah pencuci muka untuk kulit sensitif yang cukup kuat untuk mengawal minyak berlebihan dan menanggalkan solekan!
Pencuci muka ini juga amat menjimatkan untuk penggunaan jangka masa yang panjang. Anda boleh mendapatkan kuantiti produk yang banyak untuk harga tersebut.
- Saiz: 473ml
- Kesesuaian: Normal Hingga Kulit Berminyak
- Ramuan Utama: Ceramides, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Niacinamide
- Harga: RM139
Kebaikan:
- Tiada unsur bahan komedogenik
- Tidak-merengsakan kulit (nilai 90% untuk keselamatan bahan di SkinCarisma)
- Bebas-pewangi, bebas-alkohol, bebas-sulfat, dan bebas-silikon
- Tidak memedihkan mata
- Menanggalkan solekan
- Sesuai dengan pH normal untuk kulit (5.5)
- Berbuih banyak
- Berkesan-kos (kos bersesuaian dengan keberkesanannya)
Keburukan:
- Bukan bebas-paraben
- Tidak cukup melembapkan untuk kulit jenis kering.
15. Vanicream Gentle Facial Cleanser For Sensitive Skin
Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Normal-Kering
Vanicream Gentle Facial Cleanser For Sensitive Skin mempunyai kandungan yang minimum. Sesuatu yang akan dihargai oleh jenis kulit sensitif. Terutama jika anda mengalami ekzema.
Dan pencuci muka ini mengandungi glycerin untuk memastikan kulit anda sentiasa hidrat!
Yang pentingnya, kebolehannya untuk mencuci tidak berkurang walaupun ianya bebas-sulfat dan ia boleh menanggalkan solekan juga. Mungkin bukan maskara, tetapi berbanding dengan pencuci muka lembut yang lain, ianya cukup berkesan!
Jika anda tidak kisah dengan kehadiran sedikit bau, ini adalah produk pesaing bagi pencuci muka yang sesuai untuk kulit sensitif!
Sila ambil perhatian jika anda mempunyai kulit yang lebih berminyak atau kulit yang terlampau kering, pencuci muka ini mungkin juga tidak begitu berkesan.
- Saiz: 237ml
- Kesesuaian: Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Glycerin, Coco-glucoside
- Harga: RM92
Kebaikan:
- Bebas pewarna, wangian dan paraben
- Bebas minyak, tiada unsur bahan komedogenik
- Bebas sulfate
- Menanggalkan krim pelindung matahari and solekan ringan
- Dispenser pam
- Berbuih banyak
- Harga berpatutan
Keburukan:
- Berbau sedikit seperti ubat
- Tidak begitu melembapkan
16. Fresh Soy Face Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Sensitif Yang Kering
Anda hanya perlukan sedikit sahaja untuk membersihkan kotoran dan solekan ringan dengan Fresh Soy Face Cleanser! Dan ia tidak akan menghilangkan minyak semulajadi kulit anda dalam proses itu!
Pembersih muka ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang boleh melembutkan kulit yang gatal juga. Antara bahan-bahan tersebut ialah lidah buaya, soya dan timun!
Sudahkah kami menyebut bahawa pencuci muka ini dinilaikan sebanyak 4.5 daripada hampir 10,000 pengguna di Sephora?
Ia mempunyai aroma yang ringan dan wangi. Dan ia sememangnya lembut untuk kulit yang sensitif. Dan ada sesetengah pengguna mendapati ia berfungsi lebih baik sebagai sebahagian daripada rutin pencucian berganda.
Ya betul, pencuci ini menghasilkan buih yang sedikit tetapi itu yang diperlukan oleh kulit jenis kering yang sensitif!
Kesimpulannya, harganya agak tinggi bagi kebanyakan pengguna, tetapi tiub berisi 150ml sepatutnya akan bertahan untuk beberapa bulan! Walaupun anda mengggunakannya dua kali sehari!
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit
- Ramuan Utama: Amino Acid-Rich Soy Proteins, Ekstrak Calming Cucumber, Balancing Rosewater, Borage Seed Oil, Ekstrak Akar Panax Ginseng
- Harga: RM122
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Aroma timun/rose
- Terbaik untuk kulit sensitif yang kering
- Tekstur yang ringan (menghasilkan sedikit buih)
Keburukan:
- Agak mahal
- Kurang kandungan vitamin C (bukan ramuan utama)
Jika anda suka menambah vitamin C dalam penjagaan kulit anda, pertimbangkan serum vitamin C yang terbaik!
17. Simple Cleanser Refreshing Facial Wash
Pilihan Drugstore Terbaik
Pencuci muka gel yang sangat berpatutan oleh Simple ini cukup lembut untuk kulit sensitif.
Dan jika anda kerap mencuci muka anda, tukar kepada pencuci seperti ini akan kurang menjejaskan (seperti kering) untuk kulit anda dalam jangka masa panjang!
Untuk harga ini, kebanyakan pengguna tidak memberi sebarang ulasan negatif.
Betul, ia tidak berbuih dengan banyak. Tetapi kulit jenis sensitif boleh mendapat manfaat daripada produk ini yang tidak mempunyai pewangi dan ia membersihkan tanpa mengakibatkan iritasi kulit (bebas-SLS) atau meninggalkan sebarang sisa!
Jika anda tidak mahu terlalu memikirkan mengenai apakah pencuci muka yang patut diambil atau anda mempunyai masalah kulit yang terlalu sedikit untuk dibimbangkan (cemburunya kami), pencuci muka Simple Cleanser Refreshing Facial Wash sangat lembut untuk kulit dan juga untuk poket anda!
- Saiz: 150ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Triple Purified Water, Pro-Vitamin B, Vitamin E
- Harga: RM20
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Bebas paraben
- Bebas sulfate
- Tiada wangian tiruan
- Tiada pewarna
Keburukan:
- Terlalu lembut untuk kulit berjerawat atau kulit berminyak
- Tidak melembapkan kulit
- Tidak boleh menanggalkan mekap tebal
Pencuci Muka Semulajadi Terbaik
Di sini merupakan beberapa pencuci muka organik di Malaysia yang harganya berpatutan!
18. Sukin Signature Foaming Facial Cleanser
Diperbuat dari negara Australia, Sukin Signature Foaming Facial Cleanser harus dielakkan untuk sesiapa yang mengalami kulit berminyak atau kulit berjerawat:
Memandangkan ia mempunyai bahan semulajadi yang kaya dan berpotensi sebagai komedogenik seperti minyak pati and shea butter!
Ia juga tidak begitu membantu dalam mengurangkan terjadinya jerawat.
Sebaliknya, kulit jenis kering, kulit kombinasi, dan kulit sensitif boleh mendapat manfaat dengan menggunakan pencuci ini!
Oleh kerana ia tidak begitu berbuih. Tetapi pada masa yang sama ia tetap boleh menanggalkan solekan, minyak berlebihan, dan pelindung matahari. Dan yang paling penting, tanpa mengeringkan kulit!
Juga hampir tiada sebarang bau. Oleh itu, orang yang mempunyai kulit kering atau sensitif yang lebih menggemari produk semulajadi akan benar-benar menikmati pencuci muka Sukin Signature Foaming Facial Cleanser.
- Saiz: 125ml
- Kesesuaian: Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif
- Ramuan Utama: Chamomile, Aloe Vera, Green Tea dan Witch Hazel, Evening Primrose, Rosehip Oil
- Harga: RM31.9
Kebaikan:
- Bebas alkohol
- Bebas paraben
- 1 pam sudah cukup pada setiap masa
- Dispenser pam
- Menanggalkan solekan degil
- Melembapkan kulit
- Tidak Mahal
- Aroma yang ringan dan hampir tidak wujud
Keburukan:
- Komedogenik
- Sukar menghasilkan buih
- Pam yang tidak konsisten (ada masanya sukar untuk mengepam produk keluar)
Conclusion
Ambil masa selama seminit atau dua minit untuk membaca semua pencuci muka terbaik di Malaysia. Anda mungkin menjumpai pembersih muka yang anda idamkan untuk ditambah dalam senarai tips kecantikan!
Faktor paling penting dalam menentukan pencuci muka yang bagus ialah jenis kulit anda! Pembersih muka yang kaya dengan banyak jenis ramuan adalah tidak sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit berminyak atau kulit berjerawat.
Begitu juga, kulit jenis kering dan sensitif seharusnya tidak menggunakan pencuci muka berbuih yang kuat dan mengandungi bahan mengelupas!
Bacaan lanjut:
- 13 Minuman Kolagen Terbaik Untuk Kulit
- 15 Serum Rambut Terbaik Di Malaysia
- 19 Pelembap Bibir Terbaik Di Malaysia