You are currently viewing 21 Penyegar Wajah Terbaik di Malaysia 2022: Untuk Kulit Kering, Berminyak & Kombinasi (Cara Untuk Memilih)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Anda mungkin mahu menambah toner muka terbaik di Malaysia 2022 dalam rutin penjagaan kulit harian anda!Langkah tambahan ini dapat memberi perbezaan berbanding apa yang orang lain mungkin fikirkan!

Lebih-lebih lagi jika anda mudah berjerawat dan mengalami pertumbuhan jerawat yang banyak. Ataupun setiap hari anda memakai krim pelindung matahari dan mekap!

Mencari toner yang bagus mengikut jenis kulit anda sangat penting. Jadi di sini ada beberapa toner terbaik di Malaysia yang mengikut jenis-jenis kulit!

Senarai Kandungan:

Cara Untuk Memilih Toner Muka Terbaik Mengikut Jenis Kulit Anda

1. Mengenalpasti Jenis Kulit Anda

Kenali jenis kulit anda sebelum membeli penyegar muka!

  • Jenis Kulit Kering – kulit sering terasa tegang dan gatal; kulit mudah menggelupas
  • Jenis Kulit Berminyak – liang pori cenderung menjadi besar; kulit kelihatan bersinar dengan cepat
  • Jenis Kulit Kombinasi – kulit berminyak di sekitar zon-T (cth dahi, hidung, dan dagu), dan kadang-kadang mempunyai tompok-tompok kering pada mana-mana bahagian wajah
  • Jenis Kulit Sensitif – kulit mudah teriritasi (cth makanan, alkohol, produk-produk kecantikan, dsb); merah dan gatal
  • Jenis Kulit Mudah Berjerawat – Tidak semestinya mudah berjerawat kerana minyak yang berlebihan;
  • Jenis Kulit Matang – Kulit lebih kering dengan garis-garis halus dan hiperpigmentasi
  • Jenis Kulit Normal – Kulit tanpa masalah sama ada berminyak ataupun kering! Sesungguhnya anda sangat bertuah!

2. Bahan-Bahan Toner Muka Umum Yang Anda Perlu Elakkan

Sebaik-baiknya, anda perlu elakkan penyegar wajah yang mengandungi alkohol. Anda tidak perlukannya kerana ia akan mengeringkan kulit anda. Walau apapun jenis kulit anda.

Nota: Toner yang mengandungi kandungan alkohol yang banyak dikenali sebagai astringen.

Malangnya, tidak banyak penyegar wajah di Malaysia yang tidak mengandungi alkohol. Toner yang disenaraikan ini juga mengandungi alkohol

Sebagai contoh, phenoxyethanol adalah bahan pengawet yang biasa anda lihat dalam senarai ramuan!

Bahan-bahan lain yang anda tidak perlukan termasuk:

  • Sodium lauryl sulfate (SLS)
  • Ammonium lauryl sulfate (ALS)
  • Petrolatum
  • Minyak Mineral
  • Dimethicone – bahan yang menimbulkan kontroversi dimana ia amat berkesan untuk mengekalkan kelembapan

Selepas mengetepikan semua senarai bahan-bahan tadi, kini kita boleh teruskan bagaimana anda boleh memilih penyegar muka terbaik mengikut jenis kulit anda!

3. Pilih Toner Muka Melembap Dan Menghidratkan Untuk Kulit Jenis Kering

Mereka yang mempunyai kulit kering harus mencari senarai bahan-bahan seperti:

  • Minyak pati seperti minyak biji rose hip atau minyak jojoba
  • Peptides
  • Glycolipid
  • Glycerin
  • Dimethicone – silikon yang berfungsi sebagai lapisan penghalang/pelindung lembapan yang bagus untuk kulit
  • Glycolic acid

4. Pilih Toner Muka Untuk Kulit Jenis Berminyak

Amat bertentangan dengan kulit kering, kulit berminyak mendapat manfaat daripada penyegar muka yang mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang bertindak sebagai astringen:

  • Bentonite clay
  • Witch hazel – sesetengah pakar menentang penggunaan witch hazel
  • Minyak pokok teh

5. Pilih Penyegar Muka Untuk Kulit Jenis Kombinasi

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, anda boleh gunakan dua jenis penyegar muka yang berbeza…

Tetapi, kenapa anda perlu dua jika anda boleh gunakan hanya 1 produk sahaja?

Asid laktik sangat bagus untuk kulit kombinasi. Ia menambah kelembapan pada bahagian wajah anda yang kering. Tetapi ia sangat lembut untuk kulit yang sensitif. Dan juga tanpa “menipiskan” kulit anda!

6. Pilih Penyegar Muka Untuk Kulit Jenis Sensitif

Dapatkan produk-produk tanpa alkohol, warna dan wangian! Menthol boleh menerukkan lagi keadaan kulit anda.

Senarai bahan kandungan yang lebih pendek secara umumnya lebih bermanfaat dan juga berpotensi untuk  juga mengandungi beberapa bahan dengan ciri-ciri penenang dan anti-radang. Seperti aloe vera!

Berapa bahan antioksida semulajadi di dalam formula juga adalah tidak berbahaya!

7. Pilih Toner Muka Untuk Kulit Jenis Mudah Berjerawat

Anda mungkin sudah tahu yang salicylic acid sangat bagus untuk kulit yang mudah berjerawat!

Ia berfungsi dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut! Untuk menghalang terjadinya pembentukan jerawat dan menggalakkan penghasilan kolagen dan sel baru untuk menyembuhkan kulit anda!

Salicylic acid merupakan salah satu daripada asid sederhana yang biasa dicampur dalam penyegar muka (dan krim jerawat). Bersama dengan bahan seperti AHA (Alpha Hydroxy Acids), BHA (Beta Hydroxy Acids) dan PHA (Poly Hydroxy Acids).

Jika toner muka anda mengandungi asid ringan ini:

Memakai krim pelindung matahari setiap hari sangat penting kerana kulit baharu (di bawah lapisan kulit lama) sangat sensitif kepada cahaya matahari!

8. Pilih Penyegar Muka Untuk Kulit Jenis Normal

Untuk mengekalkan jenis kulit normal, anda boleh cuba toner muka yang mengandungi Coenzyme Q10 (antioksidan yang efektif). Atau penyegar wajah yang mengandungi hyaluronic acid untuk kulit yang lebih lembut!

9. Pilih Toner Muka Untuk Kulit Jenis Matang

Untuk jenis kulit matang, terdapat banyak sebab untuk dapatkan toner muka yang mengandungi vitamin C. Ia dapat meneutralkan radikal-radikal bebas daripada sinaran matahari! Dan ianya antioksidan juga! Ataupun anda boleh sahaja guna serum vitamin C yang bagus selepas penyegar wajah!

Toner tanpa minyak dan lembut juga disarankan. Cari bahan-bahan yang bersifat melegakan dan menghidratkan!

21 Toner Terbaik di Malaysia 2022

Kebanyakan penyegar wajah yang disenaraikan ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit.

Anda boleh lihat semua senarai jika anda perlukan pilihan yang lebih banyak!

Secara kesimpulannya:

  • Penyegar Terbaik Untuk Kulit Berminyak/ Mudah Berjerawat: COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner
  • Penyegar Terbaik Untuk Kulit Kering/ Anti Penuaan: Skin1004 Madagascar Centella Toning Toner
  • Penyegar Terbaik Untuk Kulit Sensitif/ Kering: Avène Gentle Toning Lotion
  • Penyegar Terbaik Untuk Kulit Kombinasi dan Berminyak: Klairs Supple Preparation Facial Toner
  • Juara Untuk Keseluruhan: Skin Balancing Pore-Reducing Toner By Paula’s Choice
  • Penyegar Bajet Terbaik: SIMPLE Soothing Facial Toner

Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif

1. Avène Gentle Toning Lotion

Bebas daripada bahan kimia yang tidak diingini (kecuali pewangi malangnya), dan menonjolkan mata air panas Avene sebagai asas:

Pengguna menggemari bau yang segar dan tekstur yang ringan daripada penyegar ini. Ianya lembut pada kulit yang sensitif tetapi masih berupaya untuk membersihkan sebarang sisa yang tertinggal daripada cucian. Tanpa mengeringkan kulit anda!

Selain mengandungi sedikit wangian, hipoalergenik Avene’s Gentle Toning Lotion ini tidak menimbulkan alahan dan merupakan salah satu toner terbaik untuk kulit sensitif.

Ia mengurangkan kemerahan dan menghidratkan kulit anda!

Tambahan lagi, Avene Gentle Toning Lotion merupakan alternatif kepada penyegar The Skin Balancing Pore-Reducing Toner By Paula’s Choice yang ketara lebih murah (sebanyak ~RM40) asalkan anda tidak mempunyai alahan terhadap bahan pewangi di dalam formula!

Avène Gentle Toning Lotion
  • Saiz: 200ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Termasuk Kulit Hipersensitif & Mudah Berjerawat)
  • Bahan Utama: Avène Thermal Spring Water, Silicates Semulajadi
  • Harga: RM80

Kelebihan:

  • Tanpa minyak, bebas sulfat, bebas paraben, bebas silikon, bebas alkohol
  • Tiada rasa melekit selepas penggunaan
  • Silicates semulajadi membentuk lapisan utama untuk mengekalkan kelembapan ke dalam kulit
  • Menanggalkan sisa solekan
  • Kulit tidak merasa kering selepas menggunakan penyegar ini
  • Melembutkan kulit
  • Menyerap dengan baik
  • Tidak menyebabkan rasa menyengat

Keburukan:

  • Mengandungi wangian

2. SIMPLE Soothing Facial Toner

Jenama SIMPLE merupakan jenama boleh dipercayai untuk kulit sensitif. Dan Soothing Facial Toner adalah bebas daripada pewangi tiruan, warna dan lain-lain bahan kimia yang kasar pada kulit.

Pengguna yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak sangat menikmati kandungan witch hazel (bahan astringen) di dalam penyegar yang ringan ini!

Tambahan lagi, ia membersihkan tanpa mengeringkan kulit! Sesuatu yang juga amat dihargai oleh pengguna yang mempunyai kulit kering!

Sangat berkesan untuk semua jenis kulit! Kecuali untuk kulit yang sangat berminyak dan kulit yang mudah berjerawat.

Dan penyegar Toner SIMPLE Soothing Facial Toner juga sangat berpatutan. Jadi, jika anda tidak memerlukan penyegar anda untuk mempunyai fungsi selain daripada menenangkan, membersihkan secara ringan dan melembapkan kulit anda, SIMPLE Soothing Facial Toner ialah pilihan utama kami untuk penyegar muka kedai farmasi!

SIMPLE Soothing Facial Toner
  • Saiz: 200ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Bagus Untuk Kulit Yang Sensitif)
  • Bahan Utama: Pro-Vitamin B5, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita, Allantoin, Asid sitrik, Glycerin
  • Harga: ~RM20

Kelebihan:

  • Mengandungi glycerin untuk menghidratkan kulit anda
  • Allantoin, witch hazel dan chamomile (melembutkan dan anti bakteria)
  • Berpatutan
  • Membersih dengan baik
  • Bau yang ringan
  • Tiada alkohol, paraben, sulfat, silikon atau pewangi
  • Mempunyai penilaian 85% untuk Keselamatan Bahan (SkinCarisma)
  • Bahan kandungannya sesuai untuk kulit kering, kulit berminyak dan kulit sensitif
  • Menanggalkan sisa solekan
  • Tekstur yang ringan

Keburukan:

  • Bukan dalam botol penyembur

Toner Muka Menghidratkan Untuk Kulit Normal

3. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Satu lagi toner muka yang sangat berpatutan selain SIMPLE Soothing Facial Toner:

Penyegar wajah Neutrogena’s alcohol-free toner adalah salah satu toner muka terbaik yang tersedia di Malaysia!

Bahan pelembap yang selamat untuk kulit, butylene glycol adalah bahan ketiga di dalam senarai bahan minima, selepas air dan PEG-4 (sejenis pelembap).

Penyegar ini lembut dan tidak akan mengeringkan kulit anda! Ia mempunyai penilaian yang tinggi di kedua-dua Hermo dan Watsons.

Produk yang murah dan berkesan sekiranya anda hanya inginkan penyegar sederhana yang bebas-alkohol yang memberikan sensasi sejuk. Neutrogena Alcohol-Free Toner adalah terbaik untuk kulit jenis normal dan kombinasi.

Walaupun begitu, ia tidak cukup melembapkan untuk kulit yang amat kering. Dan penyegar Neutrogena Alcohol-Free Toner tidak mempunyai bahan kandungan untuk merawat jerawat. Tidak seperti penyegar SIMPLE Soothing Facial Toner yang berharga sama.

Tambahan lagi, formulanya masih tetap mengandungi bahan pewangi dan paraben – oleh itu kulit jenis sensitif seharusnya berhati-hati menggunakannya.

Neutrogena Toner Bebas Alkohol
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Butylene Glycol
  • Harga: ~RM19.9

Kelebihan:

  • Bau yang lembut
  • Sangat berpatutan
  • Meninggalkan rasa “segar”
  • Menghidratkan

Keburukan:

  • Mengandungi wangian dan paraben
  • Tiub yang besar
  • Tiada bahan antioksida atau manfaat tambahan untuk kulit yang mudah berjerawat
  • Muncung yang lebar membuatkan pengguna mudah untuk menggunakannya terlalu banyak

4. Innisfree Green Tea Seed Skin

Anda mencari toner baru untuk kegunaan harian? Produk daripada Innisfree Green Tea Seed Skin ini berbau seperti teh hijau, dan juga menghidratkan!

Pengguna yang mempunyai kulit normal, kering dan kombinasi mendapati ianya cukup melembapkan. Dan juga lembut! Ia menjadikan kulit kelihatan lembap dan bersinar secara sihat! Malahan segelintir pengguna yang mempunyai kulit minyak juga menggemarinya!

Untuk harga yang berbaloi dan berpatutan, Innisfree Green Tea Seed Skin merupakan penyegar menghidratkan yang bagus untuk kulit normal, kering dan kombinasi.

Cumanya sayang sekali, ia bukan bebas-pewangi.

Innisfree Green Tea Seed Skin
  • Saiz: 200ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Kering
  • Bahan Utama: Air Teh Hijau Segar 2.0™, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Minyak Biji Camellia Sinensis, Asid Sitrik
  • Harga: ~RM80

Kelebihan:

  • Harga berpatutan
  • Mengandungi glycerin
  • Tanpa paraben, silikon, sulfat atau alkohol
  • Menyerap dengan cepat
  • Mempunyai penilaian 93% untuk Keselamatan Bahan (SkinCarisma)
  • Mempunyai penilaian yang tinggi di Hermo dan Althea
  • Ringan
  • Berbau wangi dan lembut
  • Penghidratan yang kekal lama untuk kulit jenis kombinasi

Keburukan:

  • Mengandungi wangian dan asid sitrik (tidak digalakkan untuk kulit sensitif)

5. Dermalogica Multi-Active Toner

Dermalogica Multi-Active Toner tidak mengandungi warna atau wangian tiruan dan dipek dalam botol penyembur yang mudah digunakan.

Kulit yang kering terasa lebih lembut dan lembap dengan penyegar muka ini yang mengandungi kedua-dua butylene glycol dan aloe vera!

Formula penghidratan juga menghidratkan dan memperbaiki penampilan tona wajah anda (iaitu kemerahan berkurangan).

Nota: Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah!

Tambahan lagi, penyegar Dermalogica Multi-Active Toner berbau harum, ringan dan lembut pada kulit tanpa mengira jenis kulit. Tetapi ia terasa sedikit melekit.

Namun begitu, tiada faktor yang menakjubkan (cth; bahan unik) dengan penyegar muka ini jika anda melihat pada harganya!

Bercakap mengenai harga, ianya agak mengecewakan bahawa bahan keluar daripada penyembur bukan semburan yang halus.

Tetapi ia ternyata tidak merengsakan dan tidak membuatkan masalah kulit yang sedia ada bertambah teruk, walau apapun jenis kulit.

Namun, anda masih perlu berhati-hati sekiranya anda mempunyai kulit sensitif kerana toner ini bukan tanpa kerengsaan kulit yang diketahui (cth., minyak lavender).

Dermalogica Multi-Active Toner
  • Saiz: 250ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Lavender, Balm Mint, Aloe Vera, Ekstrak Timun, Sodium PCA
  • Harga: RM219

Kelebihan:

  • Haruman yang lembut
  • Penyerapan pantas
  • Diformulakan tanpa sulfat, alkohol, silikon atau paraben
  • Mempunyai penilaian 84% untuk Keselematan Bahan di SkinCarisma
  • Mengimbangkan tona kulit
  • Cukup menghidratkan untuk kulit kering
  • Tidak meninggalkan sisa yang melekit

Keburukan:

  • Sedikit melekit selepas menggunakannya
  • Mahal
  • Terdapat kandungan minyak lavender (dikenali sebagai agen perengsa kulit)
  • Output semburan tidak begitu halus

Toner Muka Menghidratkan Untuk Kulit Kering

6. Sukin Original Hydrating Mist Toner

Samada anda menggunakannya sebagai perangsang mood anda, penyegar solekan, atau sebagai penyegar wajah, Sukin Original Hydrating Mist Toner adalah satu produk terlaris daripada jenama Sukin!

Ulasan daripada pengguna yang mempunyai kulit normal, kering, kombinasi dan malahan kulit berminyak adalah kebanyakannya bersifat positif. Kebanyakan daripada ulasan ini mendapati bahawa bau penyegar ini amat wangi!

Kulit jenis kombinasi sehingga kering akan mendapati Sukin Original Hydrating Mist Toner benar-benar melembapkan. Namun begitu, ia mempunyai pewangi (iaitu air mawar) dan asid sitrik jadi ia mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Namun begitu, harga penyegar Sukin Original Hydrating Mist Toner adalah jauh lebih boleh diterima berbanding penyegar seterusnya yang ada dalam senarai, iaitu penyegar By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water (~RM30 vs RM90).

Sila ambil perhatian bahawa botol 125ml bertahan lebih kurang selama sebulan.

Sukin Original Hydrating Mist Toner
  • Saiz: 125ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (kecuali kulit sensitif)
  • Bahan Utama: Air Bunga Rosa Damascena (Ros), Glycerin, Chamomilla Recutita (Matricaria) Ekstrak Bunga (Chamomile), Asid Sitrik
  • Harga: ~RM30

Kelebihan:

  • Mengandungi chamomile yang bertujuan untuk menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan
  • Botol semburan adalah mudah untuk digunakan
  • Pewangi (berbau bunga-bungaan) – baunya akan memudar
  • Kemasan Pusam (Matte)
  • Tanpa silikon, paraben, alkohol atau sulfat
  • Harga berpatutan
  • Mengurangkan kemerahan
  • Rasa menyegarkan
  • Menghidratkan
  • Anda juga boleh menggunakannya bagi tujuan kemasan bedak asas serbuk (powder foundation)
  • Tidak berat pada kulit

Keburukan:

  • Botol cepat rosak
  • Bukan sepenuhnya bebas alkohol (cth mengandungi Phenoxyethanol)
  • Mengandungi asid sitrik (tidak sesuai untuk kulit sensitif)

7. By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water

The By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water menggunakan mandelic acid sebagai penggelupas AHA untuk mengurangkan pigmentasi dan cela secara perlahan-perlahan.

Mempunyai penilaian 4 bintang daripada 250+ ulasan di Hermo membuktikan kredibiliti penyegar By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water. Demikian, dan pengguna juga mendapati ia memberikan penggelupasan secara lembut tanpa mengeringkan kulit!

Nota: AHA (Alpha Hydroxy Acid) merupakan asid daripada semulajadi (cth susu, anggur, tebu, dsb) yang larut dalam air.

Pengguna berkulit kering yang sedang mencari penyegar yang mengandungi agen peggelupasan kimia yang tidak mengeringkan kulit mereka boleh mencuba penyegar ini. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk hanya menggunakan penyegar ini beberapa kali dalam seminggu. Atau setiap hari, jika anda mempunyai kulit berminyak/mudah berjerawat.

By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water
  • Saiz: 30ml, 120ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Panthenol, Ekstrak Akar Licorice, Ekstrak Centella Asiatica dan Beta-Glucan, Mandelic Acid (5%)
  • Harga: RM38, RM93

Kelebihan:

  • Menghidratkan kulit (dengan Ekstrak Centella Asiatica, Beta-Glucan dan Panthenol)
  • Lebih lembut, licin dan mencerahkan kulit
  • Sensasi gatal-gatal
  • Mengurangkan kemerahan kulit
  • Tidak terlalu mengeringkan untuk jenis kulit kering
  • Satu botol boleh bertahan untuk berbulan-bulan

Keburukan:

  • Sedikit sensasi menyengat (tidak digalakkan untuk jenis kulit sensitif yang mungkin akan mengalami sensasi menyengat atau terbakar)
  • Bau kuat
  • Rasa melekit untuk jenis kulit berminyak

Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

8. Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner

Produk penyegar Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner impian untuk kulit jenis berminyak! Atau kulit kombinasi (setanding dengan Fresh Rose & Hyaluronic Acid Deep Toner)!

Terutamanya, penyegar Kiehl’s mild Calendula Herbal Extract bebas daripada alkohol dan menenangkan kulit yang gataldan mudah teriritasi dengan bahan-bahan seperti kelopak bunga calendula dan allantoin.

Malah, akar Great Burdock mengurangkan minyak dan melembapkan kulit!

Daripada ulasan di Sephora, kami boleh membuat kesimpulan bahawa produk ini hanya berkesan untuk kawasan-T yang berminyak sahaja. Dan ia tidak menyebabkan pembentukan jerawat pada kulit jenis kombinasi atau kulit berminyak!

Nota: Hati-hati dengan penipuan di Lazada & Shopee. Mereka menjual toner ini pada harga murah daripada yang asli!

Kiehl's Calendula Herbal Extract Toner
  • Saiz: 125ml, 250ml, 500ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Jenis Normal Dan Berminyak
  • Bahan Utama: Minyak Calendula, Allantoin, Great Burdock
  • Harga: RM95, RM160, RM255

Kelebihan:

  • Bau yang menyenangkan (sama seperti teh)
  • Mempunyai tekstur cair dan ringan yang menyerap dengan baik
  • Membuang lebihan minyak dan sisa solekan selepas cucian
  • Mengurangkan kemerahan
  • Mengawal minyak
  • Tidak mengeringkan untuk kulit kombinasi atau kering
  • Satu botol boleh bertahan untuk berbulan-bulan
  • Tidak melekit
  • Mencerahkan parut jerawat

Keburukan:

  • Botol tidak kalis bocor
  • Kelopak bunga yang tinggal selalu menghalang laluan keluar apabila anda hampir habis menggunakan toner ini
  • Boleh merengsakan kulit yang sensitif
  • Tidak cukup menghidratkan untuk kulit kering

9. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner

Salah satu produk terlaris di The Body Shop, daripada rangkaian Tea Tree yang telah wujud sejak dahulu lagi:

Pengguna mengakui bahawa produk ini merupakan penyegar yang agresif. Tetapi bagi ramai pengguna, ia mengurangkan pembentukan jerawat (termasuk milia), dan menghilangkan jerawat secara berkesan dengan pantas.

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner juga agak sedikit kuat untuk jenis kulit sensitif. Atau pada waktu-waktu dimana kulit anda bermasalah!

Walaupun ia mengeringkan jerawat dengan pantas! Gunakannya hanya pada kulit berminyak yang berjerawat.

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner
  • Saiz: 250ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Berminyak (Juga Untuk Lelaki)
  • Bahan Utama: Minyak Pokok Teh Organik, Minyak Daun Melaleuca Alternifolia, Ekstrak Salix Alba Bark, Glycerin, Limonene, Ekstrak Hamamelis Virginiana
  • Harga: RM58

Kelebihan:

  • Membersihkan jerawat
  • Bagus untuk membersihkan mekap
  • Mengurangkan cela
  • Bersifat vegan
  • Tanpa paraben, sulfat, atau silikon
  • Rasa yang menyegarkan
  • Tidak berbau busuk (melainkan jika anda tidak menggemari bau minyak pokok teh)
  • Mengawal minyak

Keburukan:

  • Kadang-kala kulit rasa terbakar
  • Mengandungi alkohol, minyak pokok teh dan minyak pati (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
  • Bau yang kuat

10. COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Mungkin air epal kelihatan seperti bahan pelik, tetapi ia (dan glycolic acid) berfungsi sebagai penggelupas kulit yang lembut dalam COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner ini.

Toner ini mempunyai sedikit haruman herba-herba dan dibuat di Korea Selatan.

Ulasan secara konsistennya melabelkan penyegar ini sebagai kegemaran di kalangan pengguna yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi yang mempunyai masalah jerawat!

Kerana betapa lembutnya toner ini, COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner merupakan produk tahap permulaan untuk orang yang masih baharu dalam penggunaan agen penggelupasan kimia (hanya tambahkan kekerapan penggunaan sedikit demi sedikit). Sesuai untuk kegunaan harian bagi orang yang mempunyai jenis kulit berminyak.

Walau bagaimanapun, toner ini sesuai digunakan setiap hari untuk kulit jenis berminyak. Atau kulit kombinasi yang mudah berjerawat.

Nota: Kulit jenis kering harus mencuba penyegar asid glikolik Ordinary sebagai pilihan alternatif.

COSRX AHA_BHA Clarifying Treatment Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Air Salix Alba (Willow) Bark, 10% Air Buah Pyrus Malus (Epal), Glycolic Acid
  • Harga: ~RM40

Kelebihan:

  • Tanpa Alkohol
  • Mengurangkan kemerahan
  • Tiada rasa melekit
  • Bahan-bahan semulajadi
  • Meminimakan penampilan komedo hitam (blackheads)
  • Memudarkan parut jerawat
  • Satu botol boleh bertahan untuk beberapa bulan
  • Tiada pewangi atau bau yang kuat

Keburukan:

  • Pancutan keluar yang sedikit kuat
  • Mungkin memberikan sensasi menyengat pada penggunaan kali pertama (terlalu kuat untuk kulit sensitif)
  • Boleh membuatkan kulit anda menjadi sensitif pada sinaran UV (kerana lapisan kulit luar telah ditanggalkan)

11. Clinelle Purifying Toner

Clinelle’s Purifying Toner merawat jerawat dengan minyak daun pokok teh dan salicylic acid. Sementara ia membersihkan sisa solekan yang tertinggal!

Jerawat mengecut tetapi sebahagian pengguna juga mengalami proses pembersihan (pertumbuhan jerawat) pada minggu pertama penggunaan! Ia juga boleh membuang sebarang kotoran yang tertinggal pada muka anda selepas cucian. Akhir sekali, ianya cukup melembapkan untuk kulit jenis berminyak.

Walaupun ia tidak mahal dan hanya berkesan untuk kulit jenis berminyak yang berjerawat, kami tidak boleh mengelak daripada bercakap mengenai teksturnya yang melekit. Atau kenyataan yang produk ini mengandungi minyak pati yang ternyata tidak perlu! Tetapi anda mungkin berasa sebaliknya!

Clinelle Purifying Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Unutk: Kulit Berminyak
  • Bahan Utama: Ekstrak Chamomille, Panthenol, Minyak Lavender, Minyak Daun Pokok Teh, Salicylic Acid, Asid Sitrik
  • Harga: ~RM29

Kelebihan:

  • Tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan
  • Rasa segar
  • Wajah terasa bersih selepas menggunakannya
  • Harga berpatutan
  • Penyerapan yang memuaskan
  • Output wap yang sama rata

Keburukan:

  • Kadang-kala ia menyengat – minyak pokok teh dan asid sitrik tidak sesuai untuk kulit sensitif
  • Rasa melekit
  • Tidak bebas alkohol
  • Tidak bebas daripada paraben atau minyak pati
  • Bau yang kuat

Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Mudah Berjerawat

12. Pixi Skintreats Glow Tonic

Terpampang di laman brydie untuk keberkesanannya pada kulit yang berminyak dan mudah-berjerawat, Pixi Skintreats Glow Tonic juga mempunyai ciri bebas-alkohol sebagai faktor pelaris.

Kepantasan untuk produk ini untuk berkesan adalah berbeza dalam tempoh masa antara beberapa hari sehingga seminggu di kalangan pengguna. Tetapi kesan yang terhasil adalah sama secara umumnya, serta pengguna melihat pengurangan pada jerawat dan kemerahan! Dan kulit menjadi semakin licin!

Ia merupakan penyegar penggelupasan (iaitu asid glikolik) oleh itu anda tidak harus menggunakannya terlalu kerap. Sekali sehari untuk kulit kombinasi atau kulit berminyak yang mudah berjerawat. Atau dua kali seminggu untuk kulit jenis-jenis lain yang lebih kering!

Tetapi anda seharusnya berhati-hati terutamanya menggunakan  Pixi Skintreats Glow Tonic sekiranya anda mempunyai kulit sensitif memandangkan mungkin terdapat sedikit rasa pedih.

Nota: Berhati-hati dengan penipuan di Lazada & Shopee. Mereka menjual produk ini pada harga yang lebih murah daripada yang asli!

Pixi Skintreats Glow Tonic
  • Saiz: 15ml, 100ml, 250ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Aloe Vera, Ekstrak Daun Witch Hazel, Horse Chestnut) Ekstrak Biji, Glycolic Acid (5%), Ekstrak Akar Ginseng Panax, Biotin
  • Harga: RM37, RM65, RM96

Kelebihan:

  • Membantu untuk menghilangkan jerawat
  • Bau harum (sitrus)
  • Tidak melekit
  • Mencerahkan kulit
  • Tekstur cair yang ringan
  • Menyerap dengan baik
  • Membuang sisa solekan
  • Lama kelamaan menjadikan kulit bersinar
  • Mempunyai penilaian 4/5 daripada 2,400+ ulasan di Sephora

Keburukan:

  • Mengandungi wangian dan pewarna
  • Sedikit pedih
  • Sedikit kasar untuk kulit sensitif
  • Mahal

13. Acwell Licorice PH Balancing Cleansing Toner

Air licorice water dan ekstrak akar dalam toner ini mempunyai manfaat pencerahan dan anti jerawat!

Acwell Licorice PH Balancing Cleansing Toner akan membersihkan kotoran yang tertinggal yang pencuci muka anda tidak dapat bersihkan!

Ulasan sebanyak 1,500 (penilaian 4.5/5) di Sokoglam.com sangat-sangat mengkagumkan. Pengguna mendapati ia lembut dan menenangkan untuk kulit berminyak. Dan mereka telah melihat pengurangan dari segi pembentukan jerawat dan parut jerawat selepas penggunaan yang kerap!

Toner ini ialah pilihan alternatif yang lebih lembut untuk Some By Mi AHA BHA PHA 30Days Miracle Toner.

Jika anda mempunyai jenis kulit selain daripada kulit berminyak, ia mungkin terlalu mengeringkan untuk anda!

Acwell Licorice PH Balancing Cleansing Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Terutamanya Kulit Sensitif Dan Kering)
  • Bahan Utama: Air Akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), Air Licorice, Ekstrak Bunga Peony, Teh Hijau, Asid Sitrik
  • Harga: RM76

Kelebihan:

  • Mencerahkan parut-parut jerawat (selepas penggunaan jangka panjang ~1 tahun)
  • Melicinkan kulit
  • Bau harum
  • Menghidratkan kulit (untuk kulit berminyak)
  • Tiada rasa berminyak
  • Satu botol bertahan selama lebih kurang 3 bulan
  • Hampir tidak mempunyai sebarang bau
  • Membersihkan kotoran dan minyak dengan baik
  • Tekstur cair yang nipis

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi dan asid sitrik (boleh merengsakan kulit sensitif)

14. Some By Mi AHA BHA PHA 30Days Miracle Toner

Some By Mi AHA BHA PHA 30Days Miracle Toner adalah penyegar wajah harian yang lembut bersama dengan agen penggelupasan kimia dan niacinamide untuk kulit yang mudah-berjerawat!

Nota: Anda akan lihat perubahan yang ketara sekurang-kurangnya selepas 1-2 bulan.

Sesetengah pengguna melihat hasilnya selepas beberapa hari. Pengguna yang lain memerlukan masa 2 minggu sebelum mereka mendapati kulit mereka mula bersih! Kulit juga kelihatan lebih bersinar!

Produk yang wajib-dicuba untuk kulit yang berjerawat teruk – anda boleh mencuba produk ini sekiranya penyegar Cosrx AHA-BHA tidak berkesan untuk anda!

Jika ia mula merengsakan kulit anda, cuba untuk kurangkan kekerapan penggunaannya!

Some By Mi AHA BHA PHA 30Days Miracle Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Mudah Berjerawat
  • Bahan Utama: Ekstrak Daun Pokok Hijau Tea, Ekstrak Buah Betik, Witch Hazel, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Asid Sitrik
  • Harga: RM89

Kelebihan:

  • Haruman lembut (seperti daun pudina)
  • Tekstur ringan
  • Efek Penggelupasan (AHA)
  • Melembapkan (PHA)
  • Mengurangkan minyak (BHA)
  • Kesan yang lebih kuat berbanding penyegar Cosrx AHA-BHA
  • Tidak menyegat
  • Mencerahkan hiperpigmentasi yang disebabkan parut jerawat
  • Meminimakan saiz liang pori
  • Sensasi sejuk
  • Menghilangkan komedo putih dan hitam (whiteheads and blackheads)
  • Mengawal minyak dengan berkesan
  • Ia berkesan walaupun untuk jerawat sistik dan jerawat yang disebabkan hormon

Keburukan:

  • Menyebabkan pertumbuhan jerawat yang banyak bagi sesetengah orang (mungkin terdapat fasa pembersihan)
  • Mengandungi wangian
  • Boleh mengeringkan

15. NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner

NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner menggunakan 3 bahan- bahan berbeza untuk memerangi jerawat. Selain itu ia juga mengandungi bahan-bahan pemutih dan sodium hyaluronate untuk memudarkan cela dan parut-parut!

Pengguna yang mempunyai kulit jenis normal sehingga berminyak sangat berpuas hati dengan ciri kawalan minyak oleh penyegar ini. Dan juga sensasi sejuk yang diberikan! Ia tidak menghilangkan celaan muka sepenuhnya tetapi terdapat sedikit perubahan yang jelas.

Penyegar yang memuaskan dan mempunyai harga berpatutan untuk kulit jenis berminyak yang berjerawat sekali-sekala. Tetapi bukan yang terbaik. Terutamanya disebabkan ia bukan bebas-alkohol!

NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Kulit mudah berjerawat & berminyak
  • Bahan Utama: Minyak Pokok Teh, Witch Hazel, Salicylic Acid, Tranexamic Acid, Ekstrak Buah Serenoa Serrulata, Ekstrak Biji Lentil
  • Harga: ~RM40

Kelebihan:

  • Membersih dengan baik
  • Efek menyegarkan
  • Berpatutan
  • Tiada paraben, silikon atau sulfat
  • Menyerap dengan baik walaupun mempunyai tekstur yang pekat
  • Berbau wangi (untuk kebanyakan pegguna)

Keburukan:

  • Tidak sesuai untuk jenis kulit kering (terlalu kering)
  • Bau kuat
  • Mengandungi alkohol

Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

16. Klairs Supple Preparation Facial Toner

Didatangkan jauh dari Korea Selatan, Klairs Supple Preparation Facial Toner mengandungi kekonsistenan yang lebih pekat berbanding dengan toner muka yang lain. Jadi untuk mengurangkan pembaziran, gunakan jari anda berbanding dengan kapas muka!

Nota: Baru-baru ini mereka telah menukar pembungkusan untuk tahan lebih lama.

Ulasan yang sering diperkatakan di gobloomandglow.com menunjukkan bahawa produk ini sangat sesuai untuk kedua-dua kulit jenis kombinasi dan berminyak! Walaupun teksturnya yang pekat!

Ia juga cukup menghidratkan untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak yang sensitif!

Untuk jenis kulit ini, Klairs Supple Preparation Facial Toner merupakan penyegar yang ringan untuk kegunaan harian dimana ia menyerap tanpa membuatkan kulit terasa bergris, melekit atau berminyak.

Klairs Supple Preparation Facial Toner
  • Saiz: 180ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Phyto-Oligo, Asid Amino Gandum, Ekstrak Akar Licorice, Hyaluronic Acid, Ekstrak Buah/Daun/Stem, Beta-Glucan, Minyak Pati Semulajadi
  • Harga: ~RM70

Kelebihan:

  • Haruman bunga lembut
  • Memperbaiki kulit yang mudah berjerawat
  • Melembapkan
  • Tidak melekit
  • Membersihkan sebarang sisa yang tertinggal selepas cucian
  • Mengurangkan pembentukan jerawat
  • Satu botol boleh bertahan selama berbulan-bulan
  • Mengawal minyak

Keburukan:

  • Tidak terdapat di Malaysia
  • Mengandungi wangian

17. Thayers Witch Hazel Rose Petal Facial Toner

Dibuat di US,

Thayers Witch Hazel Rose Petal Facial Toner tidak bebas-alkohol sepenuhnya (sejak tahun 2018, terdapat bahan phenoxyethanol – alkohol ether yang digunakan sebagai bahan pengawet). Tetapi ia masih berbau bunga mawar yang wangi dan menyenangkan!

Pengguna menyatakan produk yang menjadi kegemaran-pujaan ramai ini (4.5 bintang, ~42,000+ penilaian di Amazon) amat membantu untuk kulit kombinasi dan berminyak yang berjerawat (malahan jerawat sistik).

Ia menjadikan kulit terasa bersih dan tidak berminyak.

Penyegar popular yang mengandungi witch hazel ini ternyata amat berkesan untuk kulit yang berminyak atau mudah-berjerawat.

Namun begitu, anda seharusnya tidak menggunakan produk ini jika anda mempunyai kulit kering, ekzema atau sensitif.

Thayers Witch Hazel Rose Petal Facial Toner
  • Saiz: 335ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Glycerin, Witch Hazel, Aloe Vera, Air Bunga Ros, Asid sitrik
  • Harga: ~RM50

Kelebihan:

  • Melegakan kulit yang gatal
  • Tanpa Ujikaji Ke Atas Haiwan
  • Witch hazel tidak berbau kuat
  • Mempunyai penilaian 4.1 daripada 533 ulasan di makeupvalley.com
  • Senarai bahan yang minima
  • Formula mempunyai bahan organik yang sah (witch hazel dan aloe vera)
  • Juga menanggalkan solekan
  • Bau bunga ros yang ringan

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi, alkohol dan asid sitrik
  • Mengeringkan kulit
  • Botol tidak sepenuhnya kalis-tumpah
  • Sedikit pedih

18. Laneige Essential Power Skin Refiner Light

Laneige Essential Power Skin Refiner Light meresap dengan cepat ke dalam kulit anda. Tanpa apa-apa tinggalan yang melekit.

Pengunaan harian akan mengawal pengeluaran sebum.

Tekstur cecair yang ada pada penyegar ini membekalkan kelembapan yang cukup untuk pengguna yang mempunyai kulit normal sehingga berminyak. Pada masa yang sama ia menghalang terjadinya pembentukan jerawat dengan penggunaan yang berterusan.

Sangat menyenangkan untuk digunakan ke atas kulit jenis normal, kombinasi dan berminyak walaupun ia tidak begitu memberikan perubahan yang jelas. Tetapi tetap tidak boleh mengendahkan fakta bahawa ia mengandungi alkohol dan pewangi!

Nota: Untuk Kulit Normal Sehingga Kering (Mengandungi Alkohol): Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture – Periksa Harga Di Lazada

Laneige Essential Power Skin Refiner Light
  • Size: 200ml
  • Suitable For: Combination / Oily Skin
  • Key Ingredients: Hydro-ion Mineral Water, Vitamin B3, Water Essential Activator™
  • Price: RM120

Kelebihan:

  • Rasa yang menyejukkan
  • Bau yang wangi dan lembut
  • Botol penyembur
  • Mempunyai 170+ ulasan di Hermo (nilai purata 4/5)
  • Penyerapan yang pantas
  • Tekstur ringan yang selesa
  • Tidak melekit
  • Kulit kelihatan bersinar

Keburukan:

  • Mengandungi alkohol dan wangian
  • Mahal

Toner Muka Terbaik Untuk Anti Penuaan

Penyegar muka anti penuaan menyumbang kulit anda untuk kelihatan lebih muda! Atau sekurang-kurangnya membantu untuk melambatkan proses penuaan!

Sama seperti minuman kolagen, ia tidak memberikan hasil dengan serta-merta.

19. AHC Premium Hydra B5 Toner

Sangat menghidratkan dan ringan, Premium Hydra B5 Toner by AHC mengandungi hyaluronic acid, adenosine, vitamin C, vitamin E dan macam-macam lagi!

Tanpa mengambil kira ciri baunya yang kuat dan harga yang mahal, kulit jenis kombinasi dan kering ternyata paling sesuai untuk menggunakan penyegar ini.

Cukup menghidratkan untuk kulit jenis kombinasi dan kering. Pada masa yang sama ia juga mengawal minyak!

Sebab lain yang mungkin menyebabkan anda ragu-ragu untuk mendapatkan penyegar AHC Premium Hydra B5 Toner ialah kerana harganya yang mahal!

AHC Premium Hydra B5 Toner
  • Saiz: 120ml
  • Sesuai Untuk: Kulit sensitif
  • Bahan Utama: Vitamin B5, Hyaluronic Acid, Vitamin C
  • Harga: ~RM100

Kelebihan:

  • Tidak melekit
  • Menyerap dengan cepat
  • Sedikit berbau seperti kayu cendana (wangian akan memudar)
  • Bebas daripada alkohol, sulfat dan paraben
  • Melegakan (rasa menyegarkan pada kulit)
  • Ringan

Keburukan:

  • Mengandungi wangian, silikon, dan minyak pati (minyak bunga cananga odorata)
  • Sesetengah pengguna tidak menggemari baunya (mereka mendapati baunya kuat)
  • Mahal

20. Skin1004 Madagascar Centella Toning Toner

Skin1004 Madagascar Centella Toning Toner merupakan penyegar wajah pemutih (e.g. Niacinamide) dan anti penuaan dengan Extract Centella Asiatica (penggelupas kulit lembut) dengan ekstrak dan hyaluronic acid untuk penyembuhan yang cepat.

Mempunyai tekstur yang cair tetapi menghidratkan dan melegakan kulit, menurut ulasan-ulasan di Amazon. Ia juga mengurangkan kemerahan pada kulit anda.

Dan yang lebih penting, Skin1004 Madagascar Centella Toning Toner merupakan satu lagi agen penggelupasan kimia yang lain (dengan PHA) yang sesuai untuk kebanyakan jenis kulit.

Walaupun begitu, menggunakannya dengan berhati-hati (penggunaan sedikit demi sedikit) amat digalakkan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

Skin1004 Madagascar Centella Toning Toner
  • Saiz: 210ml, 400ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Matang atau kulit matang sebelum waktunya
  • Bahan Utama: Ekstrak Centella Asiatica , Hyaluronic Acid
  • Harga: RM69, RM105

Kelebihan:

  • Mengurangkan keradangan pada kulit
  • Tidak berbau/ aroma yang sederhana
  • Rasa ringan
  • Tidak Melekit
  • Bebas daripada pewangi, alkohol atau minyak pati
  • Penilaian 100% untuk Keselamatan Bahan di SkinCarisma
  • Kulit terasa bersih dan lebih lembut
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Tidak komedogenik

Keburukan:

  • Sedikit mahal
  • Risiko untuk tumbuh jerawat jika anda mempunyai kulit yang amat sensitif

21. Dermalogica Antioxidant Hydramist Toner

Dermalogica’s Antioxidant Hydramist Toner mengandungi antioksidan dan peptides yang membantu untuk mengurangkan kesan kulit yang matang atau pramatang dengan meningkatkan hyaluronic acid dan pengeluaran kolagen di dalam badan anda!

Ia memberikan kesan penghidratan yang serta-merta (walaupun untuk pengguna yang berkulit kering) dengan kandungan bahan antioksida yang semulajadi. Pengguna secara khususnya menggemari betapa mudahnya untuk menggunakan penyegar ini!

Namun begitu, harganya yang mahal akan membuatkan anda berfikir dua kali untuk mendapatkan Dermalogica Antioxidant Hydramist Toner. Tetapi buat masa sekarang, ini ialah antara penyegar anti-penuaan terbaik (tanpa alkohol) yang berbaloi untuk wang anda!

Dermalogica Antioxidant Hydramist Toner
  • Saiz: 150ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Matang atau kulit tua sebelum waktunya
  • Bahan Utama: Ekstrak Kacang Pis, Ekstrak Bunga Ros dan bunga cengkih, Ekstrak Bambu, Aloe Vera, Arginine, Glucosamine
  • Harga: RM257

Kelebihan:

  • Bau harum (seperti bunga-bungaan dan cengkih)
  • Semburan menghasilkan wap yang sangat halus dan sama-rata
  • Jenama bebas daripada ujikaji ke atas binatang
  • Menghidratkan tanpa rasa berminyak
  • Mempunyai nilai 4.7/5 untuk 1,000+ penilaian di Amazon
  • Tiada silikon, paraben, alkohol atau sulfat
  • Bersifat melegakan (teh hijau dan aloe vera)

Keburukan:

  • Mempunyai wangian dan minyak pati (bukan untuk kulit sensitif)
  • Mahal

Apakah Fungsi Toner Muka?

Toner muka mampu menanggalkan apa-apa kotoran tertinggal yang masih ada pada kulit anda selepas membasuh wajah dengan pencuci muka atau cleansing oil.

Ia dapat menghalang kotoran terkumpul dan menyumbatkan liang pori-pori anda dan juga mengurangkan risiko pembentukan jerawat. Selain itu, toner juga dapat mengembalikan semula keseimbangan pH pada kulit anda.

Disebabkan kekonsistenannya yang cair dan nipis, ia menyerap ke dalam kulit anda lebih cepat berbanding dengan krim pemutih dan pelembap wajah yang lain.

Itulah sebab melabur dalam penyegar wajah berkualiti tinggi yang mengandungi bahan-bahan berguna adalah sangat berbaloi!

Dalam rutin kecantikan-Korea sebanyak 7 langkah atau 10 langkah penuh, penyegar adalah sesuatu yang wajib ada kerana ia membantu produk lain (seperti serum dan esen muka yang merupakan langkah selepas penyegar), untuk menyerap lebih baik ke dalam kulit anda.

Cara Untuk Menggunakan Toner

Sebelum mengaplikasikan sunblock muka atau krim mata:

  1. Tuangkan sedikit toner pada kapas atau tapak tangan anda
  2. Tempek secara perlahan (atau tekan dengan jari) pada kulit kering yang bersih ke arah atas
  3. Elakkan kawasan mata dan mulut
  4. Jika terdapat lebihan toner,sapukan pada leher atau dada anda
  5. Biarkan toner anda seminit untuk meresap ke dalam kulit anda sebelum menggunakan produk lain. (Seperti Serum Muka)

Anda boleh menggunakan penyegar wajah sekali pada pagi dan sekali pada malam. Atau sekali sehari jika kulit anda sensitif!

Nota: Untuk penjimatan, pindahkan toner anda ke dalam botol penyembur untuk menghindari daripada tertuang toner yang terlalu banyak.

Kesimpulan

Langkah pertama untuk memilih toner muka terbaik di Malaysia adalah kenali jenis kulit anda!

Toner yang sesuai sepatutnya tidak mengeringkan kulit anda atau menyebabkan pertumbuhan jerawat! Tetapi mestilah menyerap dengan mudah dan memberikan penghidratan yang secukupnya!

Bacaan lanjut: