You are currently viewing 9 Minuman Sarang Burung Terbaik Di Malaysia 2022 (Untuk Kecantikan & Kesihatan Umum)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Minuman sarang burung terbaik di Malaysia 2022 menjadikannya sebagai hadiah yang bermakna dan bagus untuk orang tua atau ibu hamil!

Atau anda boleh mendapatkan sarang burung untuk keluarga anda dan juga untuk anda sendiri untuk meningkatkan kesihatan umum anda! Malahan kanak-kanak (umur 6 tahun ke atas) boleh mendapatkan manfaat hasil pengambilan minuman sarang burung secara tetap dan teratur bagi tujuan meningkatkan sistem imun mereka.

Sarang burung di Malaysia tidak semahal seperti di negara lain. Yang dimana ladang sarang burung tidak biasa ditemui. Dan sekiranya anda tidak mahu merebusnya sendiri, anda boleh bergantung kepada produk-produk terkenal ini!

Isi Kandungan:

Apakah Sarang Burung?

Sarang burung adalah makanan istimewa yang sangat berharga berasal daripada air liur burung walit. Ia digunakan dalam ubatan tradisional orang Cina, untuk meningkatkan tahap tenaga atau untuk mencantikkan kulit. Ia biasanya diambil sebagai sup manis. Tetapi, yang lebih terbaru, sarang burung telah menjadi bahan tambahan untuk minuman, dan malahan juga sebagai sesetengah kosmetik!

Mari lihat manfaat sarang burung yang lain!

Daripada Mana Ia Datang?

Ia tidak boleh daripada mana-mana burung! Burung yang menjadi pilihan utama hanyalah burung walit daripada Asia Tenggara yang memilih secara semulajadi untuk menetap di dalam gua membuat sarang mereka tinggi di atas siling!

Yang mana menyukarkan musuh (dan bahaya daripada bawah) untuk mengakses sarang mereka. Oleh itu, amat ramai penghasil produk sarang burung memilih untuk menternak burung tersebut di dalam rumah burung walit.

Nota: Jangan bimbang mengenai burung tersebut! Penghasil produk hanya mendapatkan sarang itu ketika ia tidak lagi diperlukan (anak burung telah membesar dan terbang ke tempat lain).

9 Minuman Sarang Burung Terbaik Di Malaysia

  • Premium & Gred Terbaik – Eu Yan Sang Niah RTD Birds Nest Drink
  • Nilai Terbaik Untuk Wang – Kinohimitsu Birds Nest With Snow Lotus And Honey
  • Terbaik Untuk Kecantikan – Kinohimitsu Bird’s Nest With Collagen
  • Pilihan Terbaik Untuk Tanpa-Gula – BRAND’S Bird’s Nest Sugar Free or Kinohimitsu Bird’s Nest with Red Dates & Wolfberries
  • Terbaik Untuk Kecantikan & Kesihatan Mata – Kinohimitsu Bird’s Nest with Red Dates & Wolfberries
  • Terbaik Untuk Ibu Yang Bakal Melahirkan – Eu Yan Sang Niah RTD Birds Nest Drink

1. Minuman Sarang Burung Kinohimitsu Dengan Kolagen

Terdapat kandungan 28% sarang burung di dalam Kinohimitsu Bird’s Nest With Collagen. 2 botol produk ini bersamaan dengan mengambil sekeping sarang burung kering.

Minuman Sarang Burung Kinohimitsu dengan Kolagen

Ramai pengguna mendapati bahawa perisanya sedap, tidak terlalu manis. Seorang pengguna mengatakan bahawa rumpai laut memberikan minuman itu berperisa lebih sedap! Dan anda boleh meminumnya ketika ia sejuk atau panas!

Yang lebih penting, pengguna amat menghargai kandungan kolagen tambahan yang terdapat dalam minuman tersebut walaupun ia mempunyai rasa berbeza jika anda membandingkannya dengan minuman Kinohimitsu Bird’s Nest yang original!

Tambahan lagi, anda boleh melihat daripada botol bahawa terdapat cebisan-cebisan sarang burung di dalamnya!

Terdapat ramai pengguna yang membelinya secara berulang kali. Dan mengambilnya selama berbulan-bulan tanpa melihat sebarang hasil yang ketara. Dan terdapat pengguna yang melihat perubahan pada kulit mereka dan tahap tenaga mereka selepas pengambilan hanya beberapa minggu.

Nota: Disahkan halal dan syarikat ini mendakwa bahawa produk ini selamat untuk diambil oleh wanita hamil atau ibu menyusu.

  • Saiz Per Botol: 75ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung (28%), Kolagen Marin (0.3g per hidangan), Ekstrak Rumpai Laut, Larutan Gula Batu
  • Harga: ~RM91.10 (12 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM7.59

2. Sarang Burung Royal Birds Nest Dengan Kolagen

Juga bebas daripada bahan pewarna tiruan, perisa dan pengawet:

Royal Birds Nest With Collagen mempunyai salah satu harga sarang burung yang lebih tinggi di Malaysia (Di dalam senarai ini). Memandangkan ia mengandungi 15% sarang burung!

Minuman Sarang Burung Royal Birds Nest dengan Kolagen

Namun begitu, daripada rasanya yang sedap itu, pengguna dapat merasai bahawa terdapat kandungan gula yang agak tinggi di dalam minuman tersebut. Ia juga mempunyai tekstur yang agak cair dengan kelihatan terdapat potongan/cebisan sarang burung yang dikisar di dalamnya.

Sekiranya anda pernah mencuba minuman sarang burung tersebut sebelum ini, anda mungkin akan menyedari bahawa jumlah cebisan sarang burung adalah berkurangan. Dimana ia mungkin sebab mengapa mereka memastikan harganya sentiasa berpatutan.

Produk yang agak bagus jika anda menggemari minuman yang lebih halus yang tidak mempunyai bahan seperti cendawan putih yang terapung-apung!

Seorang pengguna menyatakan bahawa mengambil minuman ini ternyata meningkatkan sistem imun mereka (iaitu kurang kerap untuk jatuh sakit)

Nota: Disahkan halal.

  • Saiz Per Botol: 75ml
  • Bahan Utama: Gula Batu, Sarang Burung (15%), Kolagen (2,000mg)
  • Harga: ~RM76.80 (12 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM6.40

3. Sarangyan Collagen Bird’s Nest Drink

Untuk memulakan ulasan mengenai minuman sarang burung ini:

Sarangyan Collagen Bird’s Nest Drink tidak sebegitu manis.

Sarangyan Collagen Bird's Nest Drink

Dan juga terdapat kuantiti sarang burung yang tinggi (2.5g sarang per botol) di dalamnya! Ia terdapat kuantiti sarang burung yang memuaskan dan kelihatan jelas di dalam setiap botol!

Apa yang lebih bagus adalah minuman sarang burung ini tanpa bahan pengawet atau peluntur! Hanya pastikan yang anda meminumnya sebelum tarikh luput!

Terdapat 2 perisa lain yang tersedia di pasaran – madu dengan wolfberry. Atau longan.

Nota: Disahkan halal.

  • Saiz Per Botol: 180ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung, gula batu dan air
  • Harga: ~RM55 (4 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM13.75

4. Minuman Sarang Burung Niah RTD Dari Eu Yan Sang 

Sangat disyorkan untuk ibu hamil yang bakal melahirkan:

Sarang burung di dalam Eu Yan Sang Niah RTD Birds Nest Drink didatangkan jauh daripada Sarawak, Malaysia Timur!

Minuman Sarang Burung Niah RTD Dari Eu Yan Sang 

Pada harga RM41 per botol, ini merupakan minuman sarang burung yang paling mahal di dalam senarai ini!

Ia tidak mengandungi bahan pengawet atau penstabil makanan. Hanya sarang burung dan larutan gula batu! Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil minuman ini sehingga selepas trimester pertama.

Nota: Produk ini disahkan halal.

  • Saiz Per Botol: 70ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung Niah, Larutan Gula Batu
  • Harga: ~RM248 (6 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM41.30

5. Minuman Sarang Burung Kinohimitsu Dengan Snow Lotus Dan Madu

Sebagai pilihan alternatif kepada Kinohimitsu Bird’s Nest With Collagen dan amat popular di kalangan orang Malaysia dan Singapura:

Kinohimitsu Birds Nest With Snow Lotus And Honey juga menggunakan 28% sarang burung. Dan tanpa tambahan sebarang bahan pengawet, pewarna, peluntur atau agen perisa.

Minuman Sarang Burung Kinohimitsu dengan Snow Lotus dan Madu

Ianya bagus untuk mengambil minuman ini 2-3 kali seminggu. Atau setiap hari! Ia mempunyai rasa yang sangat sedap (iaitu rasa sarang burung dengan sedikit madu) tetapi tidak terlalu manis.

Lebih-lebih lagi, ia tidak terasa seperti tiruan, iaitu tidak seperti minuman sarang burung yang lain. Tambahan lagi, ketika musim jualan diskaun, harganya sangat berpatutan untuk kandungan sarang burung yang anda akan dapat!

Jika anda tertanya-tanya:

Teratai Salju (Snow Lotus) juga mempunyai banyak manfaat kesihatan. Termasuk “menghangatkan” rahim dan untuk melegakan kesakitan.

Nota: Disahkan halal.

Minuman Sarang Burung Kinohimitsu dengan Snow Lotus dan Madu
  • Saiz Per Botol: 75ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung (28%), Teratai Salju, Madu, Larutan Gula Batu
  • Harga: ~RM88.20 (12 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM7.35

6. Minuman Sarang Burung BRAND’S Bebas Gula

Satu produk yang sangat jelas bagi orang yang amat menitikberatkan mengenai pengambilan gula:

Namun begitu, sebaliknya BRAND’S Bird’s Nest Sugar Free menggunakan pemanis tiruan (seperti xylitol). Oleh itu, minuman ini mempunyai rasa yang sama seperti minuman sarang burung yang lain.

Minuman Sarang Burung Bebas Gula BRAND'S

Di sebalik teksturnya yang licin/halus, ia mengandungi kandungan cebisan sarang burung yang agak banyak – cukup membuatkan pembeli untuk membelinya lagi!

Dan untuk setakat ini, ini merupakan salah satu antara minuman sarang burung yang bebas gula yang terdapat di pasaran! Selain daripada Minuman NH Bird’s Nest dengan Aloe Vera & Ginseng.

Selain itu, sekiranya anda berharap untuk bahan tambahan seperti ginseng atau wolfberi, anda tidak akan menemuinya di dalam minuman ini!

Nota: Produk ini disahkan halal.

  • Saiz Per Botol: 70g
  • Bahan Utama: Sarang Burung, Sorbitol, Xylitol, Penstabil
  • Harga: ~RM79 (6 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM13.16

7. Kinohimitsu Bird’s Nest With American Ginseng

Ulasan bagi Kinohimitsu Bird’s Nest Original secara umumnya adalah positif. Walaupun ia hanya mempunyai 18% sarang burung per botol. Harganya berpatutan.

Bertentangan dengan namanya, produk ini tidak sama sekali hanya mengandungi bahan tersebut sahaja. Kerana ia juga mempunyai ginseng dan cendawan putih dimana anda juga boleh melihatnya di dalam setiap botol!

Kinohimitsu Bird's Nest With American Ginseng

Sudah tentu, ini menyebabkan teksturnya agak pekat. Lebih pekat berbanding minuman sarang burung lain yang terdapat di dalam pasaran! Dan ianya tidak mudah untuk membezakan sarang burung daripada cendawan putih.

Minuman ini sendiri mempunyai rasa yang sedap dan tidak terlalu manis. Kanak-kanak mungkin sukakannya. Cecair ini mungkin kelihatan sedikit kuning tetapi ia bukan bahan pewarna tiruan.

Sekiranya anda inginkan kelainan daripada minuman sarang burung anda yang biasa, minuman ini mempunyai rasa yang agak berbeza daripada jenama sarang burung yang lain!

  • Saiz Per Botol: 75ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung (18%), Ginseng Amerika, Cendawan Putih, Gula Batu
  • Harga: ~RM37.50 (6 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM6.25

8. Kinohimitsu Bird’s Nest with Red Dates & Wolfberries

Untuk pilihan lain minuman sarang burung yang bebas gula:

Kinohimitsu Bird’s Nest with Red Dates & Wolfberries benar-benar tidak manis tetapi tetap sedap. Sebaliknya, rasa manis datang daripada kurma merah dan wolfberry.

Kinohimitsu Bird's Nest with Red Dates & Wolfberries

Perisa kurma merah akan terasa lebih kuat berbanding wolfberry. Jadi sila beri perhatian mengenai perkara tersebut jika anda tidak gemarkan rasa kurma merah.

Mungkin ianya adalah kesan plasebo tetapi seorang pengguna menyatakan bahawa kulitnya ternyata menjadi kurang kering selepas mengambil minuman ini selama satu minggu!

Pada pendapat kami, ia terasa lebih sedap jika diambil ketika ia sejuk (atau hangat)!

Pengguna lain mendapati ia meningkatkan tahap tenaga mereka atau membantu mengurangkan kesakitan ketika menstruasi.

Satu-satunya perkara yang pengguna tidak yakin ialah mengenai kandungan sarang burung di dalamnya. Iaitu kelihatan sedikit untuk 28% seperti yang dipaparkan pada label! Walaupun tekstur minuman ini lebih pekat berbanding jenama lain.

Ianya juga sukar untuk benar-benar memastikan berapa banyak sarang burung di dalam setiap botol kerana adanya rumpai laut di dalamnya tetapi rasa sarang burung memang pasti ada!

  • Saiz Per Botol: 180ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung (28%), Wolfberry, Kurma Merah, Rumpai Laut
  • Harga: ~RM46.50 (6 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM7.75

9. NH Bird’s Nest Drink with Aloe Vera & Ginseng

Tidak seperti BRAND’S Bird’s Nest Sugar Free, NH Bird’s Nest Drink with Aloe Vera & Ginseng mempunyai bahan tambahan!

NH Bird’s Nest Drink with Aloe Vera & Ginseng

Dari segi rasa, pengguna mendapati ia sedap dan juga halus! Kuantiti per botol juga adalah lebih banyak berbanding apa yang disediakan oleh jenama lain untuk mencukupkan kuantiti sarang burung yang kurang (2%)!

Anda boleh mencuba minuman sarang burung ini dahulu jika anda tidak pernah minum sarang burung sebelum ini! Atau jika anda ingin minum sarang burung tetapi tidak gemarkan rasanya!

  • Saiz Per Botol: 180ml
  • Bahan Utama: Sarang Burung (2%), Ginseng, Aloe Vera, Cendawan Putih, Gula Batu
  • Harga: ~RM39.80 (6 Botol)
  • Harga Per Botol: ~RM6.63

Bagaimana Memilih Sarang Burung

1. Gred Sarang Burung

Selain daripada kuantiti, kepekatan dan warna boleh meningkatkan harga produk sarang burung di Malaysia!

Sebagai contoh, sarang burung merah dan emas adalah lebih mahal berbanding yang berwarna putih! Disebabkan kandungan mineral yang lebih tinggi!

Nota: Pewarnaan merah bukan datang daripada darah burung.

2. Langkah Berjaga-jaga Dengan Sarang Burung

Seperti mana-mana minuman kolagen atau suplemen probiotik, terdapat penghasil produk yang melabel-palsu produk mereka. Malah terdapat juga produk tiruan!

Jadi, sentiasa dapatkan sarang burung anda daripada sumber yang dipercayai!

2.1. Sijil Pengesahan

Atau yang telah disahkan oleh pihak-ketiga rasmi Malaysia seperti:

  • GMP (Kementerian Kesihatan Bagi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan)
  • HACCP (Analisis Mudarat Dan Titik Kritikal)
  • VHM (Pemeriksaan Dan Akreditasi Veterinar)

2.2. Mengenalpasti Produk Sarang Burung Tiruan

Terdapat cara untuk mengenalpasti produk tiruan (sarang burung kering) daripada yang sebenar:

  • Sarang burung yang asli amat mudah untuk dipecah-pecahkan (ia akan berderai menjadi serbuk berbanding menjadi ketulan besar)
  • Kepingan sarang tidak seharusnya kelihatan sama. Atau amat putih. Sarang burung yang sebenar adalah agak lutsinar.
  • Sarang burung yang mentah berbau sedikit hanyir. Sarang burung yang berkualiti sedikit berbau seperti putih telur.
  • Jika anda merendamnya di dalam air selama beberapa jam, ia sepatutnya tidak berubah warna.

Dan berikut adalah cara bagaimana anda boleh membezakan antara gred tinggi dan rendah (sarang burung kering):

  • 90% – Bebenang lebih tebal dengan pemprosesan yang minima: Lebih berperisa
  • 50% – Gred kedua
  • 10% – Gred Ketiga

Gred dua terakhir mempunyai tekstur yang lebih rapuh disebabkan kandungan serat yang lebih rendah.

3. Bahan Tidak Perlu (Minuman Sarang Burung Yang Siap Dipek)

Tambahan lagi, produk sarang burung (terutamanya di dalam botol) mungkin mempunyai perisa atau gula tambahan.

Walapun ia senang untuk diminum, sesiapa yang menitikberatkan mengenai pengambilan gula seharusnya merebus sup sarang burung mereka sendiri daripada asas!

Nota: Anda perlu merendam sarang burung semalaman sebelum merebusnya!

4. Dos Sukatan – Berapa Banyak Adalah Cukup?

Seperti mengambil multivitamin, terdapat hanya kuantiti tertentu yang boleh diserap oleh badan anda.

Untuk sarang burung, mana-mana yang melebihi 1.5g hingga 2g setiap hari adalah dikira berlebihan. Walaubagaimanapun, itu ialah untuk sarang burung kering.

Dalam bentuk cecair, ia bersamaan dengan 60-80ml sup sarang burung. Dimana ia adalah sebab mengapa kebanyakan minuman sarang burung di Malaysia dipaketkan dalam botol 70 atau 75ml.

5. Tarikh Luput

Yang terakhir, jangan lupa untuk beri perhatian pada tarikh luputnya!

Kesimpulan

Apabila bercakap mengenai yang manakah minuman sarang burung terbaik di Malaysia 2022, Kinohimitsu adalah pilihan tepat bagi nilai untuk wang! Dengan kandungan sarang burung yang tinggi per botol dan harga yang berpatutan.

Tetapi anda mungkin ingin mencuba produk lain sehingga anda menemui produk yang anda gemarkan rasanya, Atau anda boleh cuba untuk membuat sup sarang burung daripada asas!