Ingin membeli sebuah peti sejuk terbaik di Malaysia? Tiada peti sejuk yang mampu memuatkan semua keinginan anda!
Namun, kami telah menyenaraikan peti sejuk terbaik di Malaysia untuk membantu anda! Serta panduan yang lengkap tentang bagaimana untuk mengetahui jenis peti sejuk yang sesuai dengan gaya hidup anda!
Tidak cukup dengan hanya melihat kepada jenama peti sejuk dan harga peti sejuk terbaik di Malaysia! Dan pada kebiasaannya, model asas sudah memadai untuk memastikan stok makanan basah anda sentiasa segar!
Senarai Kandungan:
- 9 Peti Sejuk Terbaik Malaysia
- Jenis-Jenis Atau Gaya Peti Sejuk
- Bagaimana Caranya Untuk Memilih Peti Sejuk Terbaik Di Malaysia
9 Peti Sejuk Terbaik Malaysia 2023
Kami akan mempermudahnya dengan 9 buah peti sejuk dengan harga berpatutan yang berfungsi dengan baik! Malah sangat efisien dengan Energy Star rating antara 4 dan ke atas!
- Peti Sejuk 2 Pintu Bajet Terbaik – Toshiba GR-B22MP 203L
- Peti Sejuk 2 Pintu Tahap Pertengahan Terbaik – SHARP SJ286MSS 280L
- Peti Sejuk 2 Pintu Premium Terbaik – Panasonic NR-BX421 422L
- Peti Sejuk Pintu Sebelah Menyebelah Berkapasiti Besar Terbaik – LG GC-B257JQYL 694L
- Peti Sejuk Pintu Perancis Terbaik – Samsung RF48A4000B4/ME 511L
- Peti Sejuk Pintar Terbaik – Samsung RS62T5F01B4/ME 660L
- Peti Sejuk Terbaik Secara Keseluruhan – Hitachi R-W720P7M 540L
- Peti Sejuk Pintu Sebelah Menyebelah Terbaik – Toshiba GR-RS682WE-PMY 591L
1. Peti Sejuk Side By Side LG GC-B257JQYL – Peti Sejuk Pintu Sebelah Menyebelah Berkapasiti Besar Terbaik
LG GC-B257JQYL adalah pilihan kami bagi peti sejuk pintu sebelah menyebelah terbaik. Peti sejuk dengan pintu sebelah menyebelah adalah pilihan terbaik untuk penampilan moden.
Perkara paling menonjol yang ada pada LG GC-B257JQYL ialah kapasitinya yang besar, dengan isipadu 655L. LG GC-B257JQYL juga merupakan peti sejuk berkapasiti paling besar dalam senarai kami.
Maka sekiranya saiz dan ruangan storan penting buat anda, anda patut mempertimbangkan LG GC-B257JQYL.
Sebuah lagi fitur hebat pada LG GC-B257JQYL ialah kompresor Penyongsang Pintar. Ini membantu untuk mengawal penggunaan tenaga peti sejuk seterusnya akan mengurangkan bil elektrik.
Terdapat juga beberapa bolong (vent) udara terbina untuk menyejukkan peti sejuk (Multi Air Flow). Hal ini meratakan pembahagian aliran udara untuk membantu dalam meningkatkan kecekapan tenaga.
LG GC-B257JQYL menggunakan agen penyejuk R600A dan mempunyai sokongan Diagnosis Pintar LG untuk mengenal pasti masalah yang berlaku pada peti sejuk dengan mudah. Ia merupakan ciri yang bagus untuk penyelenggaraan mudah.
Jika dibandingkan dengan model berharga serupa, iaitu Samsung RS62R5031SL/ME, LG GC-B257KQYL mempunyai kapasiti lebih besar 665L, sokongan Diagnosis Pintar, dan juga jauh lebih ‘dalam’. Anda boleh meletakkan lebih banyak benda ke dalamnya.
Apa-apapun, keistimewaan LG GC-B257JQYL adalah pada saiznya. Kapasitinya yang gergasi sememangnya sesuai untuk keluarga besar. Kekurangan terbesarnya adalah harga yang boleh mencapai RM~4000. Tetapi jika anda mampu memilikinya, ia merupakan pilihan yang bagus.
- Jenis: Side by side
- Kapasiti: 694 L
- Dimensi: 913 x 735 x 1790 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: –
- Tahap tenaga: –
- Jenis Kompresor: Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 10 tahun
- Jaminan: 1 tahun (secara umumnya)
- Harga: ~RM3,299
Kelebihan
- Kapasiti Besar
- Cekap tenaga (Penyongsang Pintar dan aliran udara Berbilang untuk penyejukan sekata)
- Sokongan Diagnosis Pintar
Kekurangan
- Mahal
- Mungkin susah untuk dibersihkan
2. Peti Sejuk Pintu Perancis Samsung RF48A4000B4/ME – Peti Sejuk Pintu Perancis Terbaik
Samsung RF48A4000B4/ME adalah peti sejuk pintu Perancis terbaik di Malaysia untuk 2023. Ia hadir dengan reka bentuk inovatif dengan 4 pintu berasingan. Masing-masing dengan bahagian dan rak tersendiri.
Disebabkan ini adalah peti sejuk pintu Perancis, Samsung RF48A4000B4/ME mempunyai tempat beku di bawah dan peti sejuk di atas. Tembat bekunya dipisahkan kepada dua pintu yang bagus untuk penyusunan dan pemisahan antara daging dan makanan beku lain.
Zon Segarnya mempunyai dua bahagian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, serta mempunyai pengedap khas. Ia boleh melaraskan tahap kelembapan secara automatik bagi memastikan kelembapan yang betul. Hal ini membolehkan untuk buah dan sayuran kekal lebih lama.
Samsung menggunakan teknologi Penyejukan Berkembar Plus yang membenarkan anda mengawal suhu peti sejuk dan tempat beku secara berasingan.
Disebabkan kedua-duanya mempunyai penyejukan dan bolong berasingan, bahan mentah dan bauan tidak akan bercampur. Di samping itu, terdapat penyahbau untuk mengekalkan kesegaran bau peti sejuk ini.
Selain itu, Samsung RF48A4000B4/ME mempunyai kapasiti 511L yang mencukupi. Ia sememangnya cukup bagi isi rumah yang besar.
Motor Penyongsang Digital yang ada pada Samsung RF48A4000B4/ME membuatkannya cekap tenaga dan juga kurang berbunyi dan bergegar. Ia juga menggunakan agen penyejuk R-600A.
Jika dibandingkan dengan peti sejuk pintu Perancis lain, iaitu Haier HRF-IG525AM(GB), Samsung RF48A4000B4/ME mempunyai fitur tambahan seperti Penyejukan Berkembar Plus, Penyejukan/Pembekuan Berkuasa untuk penyejukan pantas, dan pembuat ais yang boleh digerakkan.
Ciri-ciri ini sememangnya diperlukan untuk memudahkan kerja dan menjamin kesegaran. Pembuat ais yang boleh digerakkan bermaksud anda boleh mengubahnya sekiranya anda perlu lebih ruang.
Selepas mengambil kira semua perkara, Samsung RF48A4000B4/ME merupakan pilihan yang lebih baik berbanding Haier HRF-IG525AM(GB) jika dibandingkan pada fitur-fitur yang ditawarkan.
- Jenis: French Door
- Kapasiti: 511 L
- Dimensi: 833 x 740 x 1793 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: –
- Tahap tenaga: –
- Jenis Kompresor: Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 10 tahun
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM3,500
Kelebihan
- Reka bentuk menarik & anggun
- Penyejukan peti sejuk/tempat beku berasingan
- Bahagian yang banyak membantu dalam mengasingkan makanan dan tampak tersusun
- Cekap tenaga dan senyap (menggunakan penyongsang digital)
- Pembuat ais boleh gerak yang berguna untuk menambah ruang simpanan
- Hadir dengan penyahbau terbina
Kekurangan
- Kapasiti sepatutnya boleh besar lagi
- Mahal
3. Peti Sejuk 2 Pintu Panasonic NR-BX421 Tempat Beku Bawah – Peti Sejuk 2 Pintu Premium Terbaik
Panasonic NR-BX421 merupakan pilihan kami bagi kategori peti sejuk 2 pintu premium terbaik. Ia mempunyai fitur cemerlang dengan reka bentuk menarik, minimalis dan premium.
Peti sejuk ini mempunyai kapasiti yang cukup (422L) yang lebih besar berbanding kebanyakan peti sejuk 2 pintu lain. Panasonic NR-BX421 memuatkan tempat beku bawah yang besar dengan isipadu 136L.
Anda boleh menyimpan banyak benda di dalam tempat beku bawahnya. Makanan juga mudah diatur dengan kehadiran rak dan bahagian terbina. Namun, membongkok untuk mengambil barang daripada tempat beku agak susah terutamanya jika barang itu berat.
Tetapi jika ini tidak menjadi masalah buat anda, ruang simpanan yang besar pada tempat beku bawah amat berbaloi untuk didapatkan.
Dibandingkan dengan Panasonic NR-TX461CPKM, NR-BX421 mempunyai kapasiti keseluruhan dan tempat beku bawah yang lebih besar, serta pembekuan Prime Fresh+.
Prime Fresh+ membekukan makanan pada -3° Celsiustanpa memerlukan penyahbekuan atau menyebabkan “freezer burn” (kerosakan pada makanan yang disebabkan oleh penyejuk beku).
Tambahan pula NR-BX421 mempunyai penampilan yang lebih menarik dengan rupa bentuk moden berbanding reka bentuk tradisional pada NR-TX461CPKM. Tempat beku bawah dan ruang tambahan adalah bonus.
NR-BX421 berharga sedikit mahal berbanding NR-TX461CPKM tetapi fitur tambahan dan reka bentuknya membuatkan NR-BX421 lebih baik untuk dibeli.
Selain itu, Panasonic NR-BX421 mempunyai Kompresor Penyongsang dan memuatkan ECONAVI AI untuk penjimatan tenaga yang lebih. ECONAVI menggunakan 4 penderia terbina untuk menentukan suhu, cahaya, dan sama ada pintu terbuka untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Ia mempunyai penilaian Tenaga 4 Bintang dan menggunakan agen penyejuk R600a.
Namun Panasonic NR-BX421 dengan reka bentuk kaca minimalis dan fitur tambahan ini sememangnya lebih mahal berbanding peti sejuk lain. Kebiasaannya peti sejuk dalam julat harga ini mempunyai pintu sebelah menyebelah ataupun pintu Perancis.
Apa-apapun sekiranya anda memerlukan peti sejuk premium yang tidak memakan terlalu banyak ruang, Panasonic NR-BX421 merupakan pilihan terbaik.
- Jenis: 2 Pintu Tempat Beku Bawah
- Kapasiti: 422 L
- Dimensi: 686 x 695 x 1680 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: 399 kWh/yr
- Tahap tenaga: 4 Star
- Jenis Kompresor: Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 12 tahun
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM3,000
Kelebihan
- Penampilan moden & premium
- Cekap tenaga (ECONAVI AI & penyongsang)
- Kapasiti besar 422L
- Teknologi pembekuan pintar (Pembekuan Prime Fresh+)
- Susunan tempat beku bawah (kapasiti lebih besar)
Kekurangan
- Sedikit mahal
- Tempat beku bawah mungkin menjadi masalah bagi mereka yang mempunyai masalah belakang atau lutut
4. Peti Sejuk Pintu Sebelah Menyebelah Samsung RS62T5F01B4/ME dengan Family Hub – Peti Sejuk Pintar Terbaik
Samsung RS62T5F01B4/ME merupakan peti sejuk Pintar terbaik di Malaysia kerana ciri pintar uniknya yang dikenali sebagai Family Hub. Family Hub ialah Skrin FHD 21.5 inci di pintu peti sejuk.
Dengan sambungan internet, anda boleh menggunakannya seperti tablet besar. Anda juga mempunyai akses kepada kalendar, YouTube, muzik, buku nota, resipi & pelan makanan, dll. Anda boleh menyertakan senarai beli-belah, peringatan dan merekod tarikh luput. Ia juga mempunyai sokongan kawalan suara.
Kamera terbina membolehkan anda melihat (View Inside) apa yang ada di dalam peti sejuk pada skrin ataupun Telefon Pintar anda. Walaupun ia cuma memaparkan rak kedua & ketiga sahaja, ia tetap amat berguna.
Samsung RS62T5F01B4/ME mempunyai jumlah saiz gergasi 636L dan teknologi SpaceMax. Ini membolehkan ruang simpanan yang lebih besar tanpa membuatkan luarannya tampak besar.
Terdapat 5 rak setiap pintu, 4 bahagian laci, 7 rak kaca, dan pembuat kiub ais.
Samsung RS62T5F01B4/ME mempunyai Penyongsang Digital untuk penggunaan tenaga yang rendah, serta menggunakan agen penyejuk R600a.
Dibandingkan dengan peti sejuk berharga dan bersaiz serupa (jumlah kapasiti 636L berbanding 674L), iaitu LG GC-X257CSES, Samsung RS62T5FO1B4/ME mempunyai kelebihan kerana mempunyai Family Hub.
Samsung RS62T5FO1B4/ME mempunyai bolong udara berganda pada kedua-dua sisi peti sejuk untuk penyejukan sekata. Manakala LG GX-X257CSES hanya mempunyai bolong di bahagian atas peti sejuk.
LG GX-X257CSES mempunyai Pintu InstaView, tetapi ia tidak secanggih Family Hub yang ada pada RS62T5FO1B4/ME. Pintu InstaView ialah sebuah tingkap (anda boleh menetapkannya supaya menjadi halimunan ataupun tidak), manakala Family Hub ialah sebuah peranti Pintar.
Disebabkan kehadiran Family Hub, Samsung RS62T5FO1B4/ME lebih berbaloi untuk wang pada hemat kami.
Namun, ia tidak mempunyai penuang air seperti LG GC-X257CSES.
Semua fitur yang Samsung RS62T5FO1B4/ME tawarkan sememangnya sangat baik. Reka bentuk moden, Family Hub, dan dalaman luas sememangnya sesuai untuk keluarga besar. Kekurangannya adalah harga premium yang anda perlu bayar untuk mendapatkannya.
Untuk maklumat lanjut, lihat video di pautan berikut
- Jenis: Side by Side
- Kapasiti: 660 L
- Dimensi: 912 x 716 x 1780 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: –
- Tahap tenaga: –
- Jenis Kompresor: Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 10 tahun
- Jaminan: 2 tahun
- Harga: ~RM7,000
Kelebihan
- Reka bentuk moden
- Peti sejuk dengan tablet terbina (Paparan Pintar Family Hub)
- Kapasiti yang cukup untuk kebanyakan isi rumah
- Cekap tenaga (Penyejukan Sekata dan Kompresor Penyongsang Digital)
Kekurangan
- Sangat mahal
- Kapasiti sepatutnya boleh besar lagi pada harga ini
- Tiada penuang air
5. Peti Sejuk Tempat Beku Atas 2 Pintu Toshiba GR-B22MP – Peti Sejuk 2 Pintu Bajet Terbaik
Disebabkan Toshiba GR-B22MP berfungsi dengan baik pada harga bawah RM1,000, ia merupakan pilihan kami bagi peti sejuk 2 pintu bajet terbaik.
Toshiba GR-B22MP mempunyai jumlah kapasiti sederhana 180L yang sesuai untuk isi rumah kecil ataupun sebagai peti sejuk kedua. Ia mempunyai 3 kaca terbaja dan kotak crisper 12L untuk menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Walaupun Toshiba GR-B22MP dilihat seperti kekurangan kapasiti, tetapi pada harga yang rendah, ia masih merupakan peti sejuk yang dikira sebagai besar.
Dibandingkan dengan peti sejuk berharga dan bersaiz serupa (jumlah kapasiti 180L berbanding 197L) iaitu Elba ULTIMO ER-G2521, Toshiba GR-B22MP mempunyai Penyahbau Bio AG+. Di samping menghilangkan bau makanan yang kuat, ia juga membantu supaya makanan tahan segar lebih lama dan bebas pencemar.
Toshiba GR-B22MP mempunyai kualiti binaan yang lebih baik daripada ELBA ULTIMO ER-G2521. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai pilihan warna (Perak, Hitam Urban, dan Biru Urban).
Namun, Toshiba GR-B22MP tidak mempunyai fitur-fitur terbaharu yang hebat. Ia tidak mempunyai motor penyongsang, teknologi penyejukan canggih, ataupun penderia tambahan. Tetapi ia merupakan peti sejuk yang ringkas, direka dengan baik, dan menarik serta mempunyai fungsi-fungsi penting pada harga mampu milik.
Maka jika anda inginkan peti sejuk (dengan penilaian 4 Bintang Cekap Tenaga) sebagai peti sejuk utama ataupun kedua anda, Toshiba GR-B22MP adalah pilihan yang bagus.
Model | Kompresor | Penggunaan Tenaga (kWj) | Kapasiti Bersih (L) | Jenis Rak | Pembuat Ais | Harga (RM) |
---|---|---|---|---|---|---|
Toshiba GR-B22MP | Bukan Penyongsang | 352 | 180 | Kaca Terbaja | Dulang | ~RM900 |
Elba ULTIMO ER-G2521 | Bukan Penyongsang | 345.2 | 197 | Kaca Terbaja | Pemusing | ~RM900 |
- Jenis: Tempat Beku Atas 2 Pintu
- Kapasiti: 203 L
- Dimensi: 545 x 623 x 1285 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: 352 kWh/yr
- Tahap tenaga: 4 Star
- Jenis Kompresor: Bukan Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 12 tahun
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM900
Kelebihan
- Harga sangat mampu milik
- Penilaian 4 Bintang Tenaga
- Mengekalkan kesegaran peti sejuk dan makanan (Penyahbau Bio AG+)
- Pelbagai pilihan warna
Kekurangan
- Tidak besar sangat
- Tidak menggunakan motor penyongsang
6. Peti Sejuk Tempat Beku Atas 2 Pintu SHARP SJ286MSS – Peti Sejuk 2 Pintu Tahap Pertengahan Terbaik
Sharp SJ286MSS merupakan pilihan kami untuk peti sejuk 2 pintu tahap pertengahan terbaik kerana fitur ringkasnya dengan kapasiti yang lebih besar daripada kebiasaan.
Sharp SJ286MSS mempunyai jumlah kapasiti 280L. Ruang simpanan ini cukup untuk keluarga dan sememangnya besar jika anda tinggal bersendirian.
Peti sejuk ini mempunyai Ruang Segar 2-hala, 2 rak, dulang telur, tempat simpanan sayur, dan 3 rak poket pintu.
Pada bahagian atas peti sejuk ini terletaknya Ruang Segar 2-hala. Ia berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan yang telah dimasak. Apabila anda menyimpan makanan di sini, ia menghalang bau barang mentah lain yang ada di dalam peti sejuk.
Sharp SJ286MSS tidak mempunyai keistimewaan dalam segmen reka bentuk. Hal ini tidaklah menghairankan kerana harganya. Ia mempunyai reka bentuk konvensional berwarna perak.
Namun, Sharp SJ286MSS ialah sebuah peti sejuk dengan 5 Bintang Cekap Tenaga. Ia menggunakan agen penyejuk R-600a dan Teknologi Penyongsang J-Tech. Ini mengurangkan penggunaan tenaga dan menghasilkan operasi yang lebih senyap. Terdapat juga Mod Eko.
Sebuah lagi fungsi menarik ialah Penyahbau Nano AG CU. Ia membantu menghilangkan bauan daripada makanan yang berbau kuat, membuatkan makanan lain kekal segar. Ia juga membantu untuk mengurangkan pembiakan bakteria dengan pengoksidaan dan pemecahan molekul.
Dibandingkan dengan peti sejuk berharga serupa iaitu Toshiba GR-A28MS, Sharp SJ286MSS mempunyai kapasiti storan yang lebih kurang sama. Kedua-dua peti sejuk tampak serupa tetapi Sharp SJ286MSS mempunyai fitur Mod Eko.
Nota: Sharp SJ285MSS adalah RM100 atau RM200 lebih murah daripada Sharp SJ286MSS atau Toshiba GR-A28MS tetapi tidak mempunyai penyongsang dan mempunyai penilaian Bintang Tenaga yang lebih rendah. Sharp SJ285MSS juga menggunakan agen penyejuk R-134a ketimbang R-600a yang lebih baru.
Disebabkan penggunaan tenaga pada Sharp SJ286MSS lebih rendah daripada Toshiba GR-A28MSS (312 berbanding 333 kWh), kami menyarankan anda untuk mendapatkan Sharp SJ286MSS berbanding Toshiba GR-A28MS.
Model | Kompresor | Penggunaan Tenaga (kWj) | Kapasiti Bersih (L) | Jenis Rak | Pembuat Ais | Harga (RM) |
---|---|---|---|---|---|---|
Sharp SJ285MSS | Bukan Penyongsang | 452 | 224 | Plastik | Jenis Pusing | RM1,079 |
Sharp SJ286MSS | Penyongsang | 312 | 224 | Plastik | Jenis Pusing | RM1,279 |
Toshiba GR-A28MS | Penyongsang | 333 | 233 | Plastik | Dulang Ais | RM1,150 |
Toshiba GR-A28MU | Penyongsang | 333 | 233 | Kaca Terbaja | Jenis Pusing | RM1,250 |
Toshiba GR-B31MU | Penyongsang | 319 | 253 | Kaca Terbaja | Jenis Pusing | RM1,350 |
Secara amnya, Sharp SJ286MSS merupakan sebuah peti sejuk yang ringkas tanpa reka bentuk menarik (tetapi mempunyai motor penyongsang) yang jimat tenaga. Kami amat menyarankannya bagi mereka yang mempunyai bajet bawah RM1,500.
- Jenis: Tempat Beku Atas 2 Pintu
- Kapasiti: 280 L
- Dimensi: 545 x 588 x 1560 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: 312 kWh/yr
- Tahap tenaga: 5 Star
- Jenis Kompresor: Penyongsang
- Jaminan Kompresor: 10 tahun
- Jaminan: 1 tahun
- Harga: ~RM1,279
Kelebihan
- Harga berpatutan
- Penilaian 5 Bintang Tenaga (juga motor penyongsang)
- Banyak bahagian untuk penyusunan mudah
- Ukuran kompak
Kekurangan
- Tiada fitur istimewa (cth., Sistem Penyejukan Segenap Penjuru)
- Jenis rak plastik
7. Toshiba GR-A28MS 280L Inverter 2 Door Refrigerator
Model Toshiba’s GR-A28MS ini menyediakan ruang khas berkapasiti 12L hanya untuk sayur-sayuran!
Sempurna untuk penghuni rumah yang mengutamakan kesihatan!
Juga terdapat sistem penyahbau Ag+ Bio untuk membuang bau tidak diingini.
Juga, selalunya anda tidak boleh menyusun sendiri rak penyimpanan di dalam pintu peti sejuk. Tetapi anda boleh berbuat demikian dengan peti sejuk ini!
Selain itu, ruangan pembeku (61L) mempunyai 2 tingkat boleh laras dengan satu rak tempered glass. Tempat bekas ais juga boleh dialih.
Dan untuk ruangan penyejuk, terdapat 5 rak boleh laras dengan 2 rak tempered glass.
Yang terakhir, model dari jenama Toshiba ini juga mempunyai waranti yang panjang untuk kompressor! 2 tahun lebih lama berbanding peti sejuk Electrolux ETB2302H-A 210L Inverter Top Mount Refrigerator yang mempunyai harga yang sama.
- Sesuai untuk: 2-3 orang
- Jenis: Top Freezer
- Kapasiti: 280 L
- Dimensi: 545 x 623 x 1545 mm (L x P x T)
- Penggunaan Tenaga: n / a
- Tahap Kecekapan Tenaga: 5 Bintang
- Waranti Kompresor: 12 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM1,000-1,400
Kelebihan:
- Penjimatan tenaga 5 bintang (teknologi pembalik/inverter)
- Jaminan 12 tahun untuk kompresor
- Tingkat yang boleh diubah dan disusun sendiri
- Kapasiti yang besar bagi harga tersebut
- Bahagian penyimpanan sayuran yang lebih besar
Keburukan:
- Tidak mempunyai lampu di ruang pembeku. Dan lampu di ruangan penyejuk tidak begitu terang.
8. Hitachi R-W720P7M 540L Inverter 4 Door Refrigerator
Satu lagi model peti sejuk dari Hitachi, model R-W720P7M 540L ini boleh menyimpan stok makanan dengan banyak! Yang mana freezer mengambil ¼ daripada jumlah keseluruhan kapasiti peti sejuk tersebut (144L).
Peti sejuk ini mempunyai 4 pintu – 2 pintu khusus untuk penyejuk freezer dan chiller. Yang mungkin memerlukan masa untuk anda membiasakan diri. Dan seperti model R-V420P8M 375L yang lebih kecil, R-W720P7M mempunyai teknologi dua bilah kipas dan inverter.
Peti sejuk ini kelihatan berteknologi tinggi dan mewah dengan dispenser airnya, panel lampu LED dan paparan skrin sesentuh di bahagian depan! Model terkini mempunyai pilihan untuk Pembekuan Pantas (Quick Freezing)!
Video promosi:
Beralih kepada bahagian ‘Fresh Select’ di dalam ruangan penyejuk, terdapat ‘Select Lever’ yang membolehkan anda untuk mengubahsuai suhu di dalamnya untuk bertukar antara mod sayuran atau produk tenusu/daging!
Jadi, dengan adanya mod sayuran, anda pada dasarnya akan mendapat 2 bahagian untuk sayuran (termasuk laci untuk hasil utama di bawah)!
Kebiasaannya, anda tidak akan memerlukan ruang penyimpanan dengan adanya peti sejuk yang sangat besar ini! Hanya pastikan anda mempunyai ruang untuk meletaknya (dan bajet)!
Nota: Dispenser air hanya akan menyejukkan air dan bukannya menggantikan fungsi penapis air! Ini bermakna anda masih perlu menuangkan air minuman kedalamnya.
- Sesuai untuk: 5-6 orang
- Jenis: French Door
- Kapasiti: 540 L
- Dimensi: 855 x 737 x 1835 mm (L x P x T)
- Penggunaan Tenaga: n / a
- Tahap Tenaga: 5 Bintang
- Waranti Kompressr: 10 tahun
- Waranti: 1 tahun
- Harga: ~RM3,000-4,600
Kelebihan:
- Penjimatan tenaga 5 bintang (teknologi penyejukan kipas berganda dan pembalik/inverter)
- Anda boleh mengalihkan keseluruhan unit bekas ais untuk mengubah suai kapasiti ruangan pembeku
- Mempunyai penggera pintu
- Rekaan gaya-premium yang menarik
- Ruang dalaman yang luas
- Mempunyai dispenser air
- Rak pintu direka untuk menampung minuman dan botol bersaiz besar
- Operasi yang senyap
Keburukan:
- Memerlukan ruang yang lebih luas untuk pembersihan pintu (kedua-dua kiri dan kanan)
9. Toshiba GR-RS682WE-PMY 591L Side by side Inverter Refrigerator
Sudah tentu, kami perlu untuk menyebut mengenai peti sejuk yang cantik oleh Toshiba ini, bagi orang yang berminat dengan peti sejuk jenis side by side dengan teknologi pembalik berganda @ dual inverter (untuk menjimatkan tenaga)!
Ianya tidak mengejutkan bahawa peti sejuk ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising – kompresor yang kurang berbunyi amat membantu!
Jika dibandingkan antara peti sejuk Toshiba GR-RS682WE-PMY 591L dan the Hisense RS686N4AWU, pintu peti sejuk ini mempunyai lebih banyak bahagian. Terdapat 5 pada setiap pintu!
Walaupun 2 bahagian bawah tidak begitu luas.
Di ruangan luar pintu, anda akan mendapati Panel Kawalan Pintar (dengan Quick Cool) dan dispenser air sejuk.
Dan seperti Hisense RS686N4AWU, the Toshiba GR-RS682WE-PMY 591L juga mempunyai rak minuman krom (chrome) untuk menyimpan minuman! Dan ‘Vacation Mode’ (Mod Percutian). Menyerupai ‘Holiday Mode’ pada peti ais Hisense RS686N4AWU.
Anda juga boleh menetapkan peti sejuk dalam mod ‘Child Lock’.
Peti Sejuk ini sesuai untuk ahli rumah yang mencari peti sejuk 600L yang mengutamakan cara organisasinya (cara penyusunan)!
- Sesuai untuk: 6-7 orang
- Jenis: Side by side
- Kapasiti: 591 L
- Dimensi: 745 x 895 x 1788 mm (W x D x H)
- Penggunaan Tenaga: n/a (tidak dinyatakan)
- Tahap tenaga: 4 Bintang
- Jaminan Kompresor: 12 tahun
- Jaminan: 1 tahun (secara umumnya)
- Harga: ~RM3,299
Kelebihan:
- Pembalik Berganda (Dual Inverter) menjimatkan tenaga dan tidak bising (≤43dB)
- Bentuk rekaan yang cantik
- Mempunyai dispenser air
- Jaminan kompresor yang lama
- Kapasiti makanan yang luas/besar
- Bekas ais yang besar (3 baris berbanding 2)
- Rak-rak mempunyai penutup untuk mengelakkan sebarang tumpahan merebak ke tempat lain (untuk memudahkan proses pembersihan)
Keburukan:
- Penilaian tenaga 4 bintang
- Tempat bekas ais adalah tetap (tidak boleh diubah)
Jenis-Jenis Atau Gaya Peti Sejuk
Pertama, fikirkan betul-betul yang anda mahukan dari sebuah peti sejuk:
- Adakah anda kerap memasak?
- Pertimbangkan penggunaan harian anda – apa yang anda simpan? Minuman bersaiz tinggi? Kebanyakannya buah-buahan dan sayuran?
- Dan adakah anda lebih kerap menggunakan ruang freezer ataupun chiller?
Faktor-faktor ini akan membantu anda menentukan jenis peti sejuk yang sesuai untuk rumah anda!
Terdapat banyak jenis peti sejuk yang lain tetapi kami hanya akan bercakap mengenai peti ais yang anda boleh dapati dengan mudah di Malaysia:
1. Top Freezer Refrigerator
Kebanyakan peti ais yang akan temui di Malaysia ialah daripada jenis ini. Ruangan pembeku yang lebih kecil berada di bahagian atas. Dan ruangan penyejuk yang lebih luas adalah di bahagian separuh bawah.
Peti Sejuk jenis ini biasanya adalah model asas tanpa gajet tambahan seperti dispenser air atau ais.
Kelebihan:
- Biasanya lebih murah dan mampu milik
- Saiznya kompak
Kekurangan:
- Makanan sejuk beku tidak dapat disimpan dengan banyak
2. Bottom Freezer Refrigerator
Peti sejuk jenis ini memiliki jenis reka bentuk yang berlawanan dari jenis peti sejuk sebelum ini. Dengan ruangan pembeku berada di di bawah. Seperti namanya.
Kelebihan:
- Ruang sejuk beku peti sejuk jenis ini mungkin lebih besar daripada model klasik peti sejuk jenis top freezer
- Memudahkan orang yang rendah untuk menyimpan makanan sejuk beku yang berat
- Memudahkan orang yang lebih tinggi untuk mengambil makanan segar ketika paras mata mereka berada di paras chiller
Kekurangan:
- Perlu membengkok untuk mengambil makanan sejuk beku
- Biasanya lebih mahal daripada model top freezer
3. Side By Side Fridge
Daripada namanya, anda sendiri dapat tahu bahawa reka bentuk model jenis ini mempunyai freezer di satu sisi dan chiller di bahagian lain. Jadi kedua-dua sisi mempunyai pintu yang agak sempit.
Kelebihan:
- Pilihan penyimpanan konsep menegak untuk freezer dan chiller
- Saiz pintu lebih kecil. maka anda hanya memerlukan sedikit ruang untuk membukanya
- Bahagian freezer biasanya mempunyai dispenser ais
Kekurangan:
- Storan simpanan yang sempit – berkemungkinan tidak dapat menyimpan hidangan yang besar ke dalamnya!
- Harganya mungkin dua kali ganda daripada peti sejuk jenis top freezer
- Kurang jimat tenaga
4. French Door Fridge
Ini ialah hibrid dimana peti ruangan pembekunya berada di atas atau di bawah. Mempunyai dua pintu berbanding kebiasaannya hanya satu. Ia juga selalunya mempunyai ciri-ciri moden tambahan.
Kelebihan:
- Nampak mewah
- Anda hanya perlu membuka salah satu pintu sahaja (iaitu separuh dari peti sejuk) dan bukannya membuka keseluruhan peti sejuk tersebut untuk mengambil sesuatu.
Kekurangan:
- Mahal
- Rasa sedikit membebankan apabila anda harus memasukkan sesuatu yang besar ke dalam chiller (dengan kedua-dua pintu terbuka)
Bagaimana Caranya Untuk Memilih Peti Sejuk Terbaik Di Malaysia
Jangan abaikan bahagian ini!
Lagipun, berkemungkinan peti sejuk tersebut akan bersama dengan anda bertahun-tahun lamanya! Berkemungkinan juga sehingga keluarga anda membesar!
Anda patut juga mempertimbangkan saiz lif jika anda tinggal di pangsapuri/rumah pangsa.
1. Adakah Peti Sejuk Muat dengan Dapur Anda?
Buat kiraan ruang yang diperuntukkan untuk peti sejuk di dapur anda sebelum anda membelinya! Jangan lupa untuk mengambil kira ruang bukaan pintu dan kedalaman peti sejuk tersebut!
Malahan keluasan pintu rumah (dan ruang pejalan di dalam rumah) yang perlu dilalui oleh peti sejuk tersebut semasa memasuki rumah anda hingga ke dapur anda!
2. Penyimpanan Dan Kapasiti
Berapa banyak makanan yang perlu anda simpan? Adakah anda benar-benar memerlukan sebuah peti sejuk bersaiz besar? Saiz biasanya melambangkan harga!
Keluarga yang terdiri daripada 4 sehingga 5 orang mungkin akan selesa dengan peti sejuk bersaiz 350-500L
Lihatlah senarai peti sejuk mini di Malaysia ini sekiranya anda memerlukan sebuah peti sejuk berkapasiti di bawah 200L!
3. Keupayaan Penjimatan Tenaga
Tiada siapa yang inginkan sebuah peti sejuk yang menaikkan bil elektrik mereka dengan ketara!
Untuk mengetahui samada sesebuah peti sejuk mempunyai pengoptimuman penjimatan tenaga atau tidak, cari penilaian Energy Star! Ia biasanya adalah satu pelekat besar di bahagian depan peti sejuk.
4. Waranti
Peti sejuk anda seharusnya mempunyai waranti untuk perlindungan motor.
5. Ciri-Ciri Tambahan Yang Mungkin Anda Suka
- Kawalan suhu
- Dispenser air dan ais
- Door-in-door – Ciri hebat yang anda tidak akan dapat lihat dalam kebanyakan peti sejuk! Di sinilah pintu mempunyai pintu lain yang lebih kecil yang membawa ke tempat penyimpanan sejuk yang terpisah dari ruangan peti sejuk yang lain!
- Rak yang dapat disesuaikan
- Kawalan kelembapan
- Pembersih udara – Ya, kadang-kala peti sejuk didatangkan khas dengan pembersih udara untuk mengurangkan pencemaran dan memastikan udaranya segar
- Makluman – peti sejuk akan berbunyi untuk memberitahu anda yang peti sejuk tersebut sudah terlalu lama dibuka
Kesimpulan
Sekiranya anda tidak dapat menentukan peti sejuk terbaik di Malaysia untuk rumah dan gaya hidup anda, panduan ini akan berguna!
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara memilih peti sejuk dan jenis-jenis peti sejuk yang ada di pasaran! Untuk membantu anda memulakannya, kami juga telah menyenaraikan peti ais yang sesuai untuk kegunaan keluarga! Lihat cadangan-cadangan yang kami syorkan di atas!
Bacaan lanjut:
- 15 Vacuum Cleaner Terbaik Di Malaysia
- 15 Kipas Angin Berdiri Murah & Terbaik Di Malaysia
- 11 Mesin Basuh Terbaik Malaysia
- 11 Dapur Gas Terbaik Di Malaysia
- 9 Hood Dapur Terbaik Malaysia