You are currently viewing 13 Syampu Terbaik Untuk Rambut Gugur Di Malaysia 2022 (Mengurangkan Keguguran Rambut)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Fahami apa yang menyebabkan rambut anda gugur adalah kunci untuk temui shampoo terbaik untuk rambut gugur di Malaysia tahun 2022!

Lihat pembahagian rambut gugur dan apakah penyebabnya. Dan juga lihat satu persatu bahan-bahan atau abaikan!

Jangan lupa untuk lihat senarai kami untuk syampu rambut gugur terbaik di Malaysia di bawah!

Senarai Kandungan:

Apakah Penyebab Rambut Gugur?

Jikalau anda masih tertanya-tanya:

Rambut gugur sebanyak seratus helai (Mana-mana kuantiti antara 50 hingga 100 menurut healthline.com) setiap hari adalah sangat normal.

Bagaimanapun, lebih daripada jumlah itu, ia mungkin akan menyebabkan botak. Dan ia mungkin berlaku disebabkan oleh banyak faktor!

  • Tekanan
  • Keturunan
  • Rawatan perubatan (cth. kimoterapi)
  • Hormon-hormon (cth. Selepas kehamilan, umur, dsb)
  • Emosi atau trauma fizikal
  • Pengayaan rambut yang berlebihan atau melampau (anda terlalu kerap guna pengering rambut )
  • Keadaan perubatan tertentu (cth. gout, diabetes, dsb)
  • Penurunan berat badan yang melampau
  • Kerap menggaru (cth. Kulit kepala gatal, kelemumur, dsb)
  • Merokok (terutama jika anda lelaki)

Rambut gugur boleh jadi sementara atau kekal. Sebagai contoh, jika botak sebelum usia ada berlaku dalam keluarga anda, biasanya ia tidak boleh diubah.

Adakah Syampu Rambut Gugur Berkesan?

Malangnya, syampu rambut gugur tidak pasti berjaya untuk dapatkan rambut anda semula atau untuk menghalang botak sebelum usia!

Cara yang lebih baik adalah dengan menilai apakah yang menyebabkan rambut anda gugur! Kerana, jenis keguguran rambut adalah penting menurut Dr. Jerry Shapiro, ahli dermatologi bagi keguguran rambut.

Jadi, walaupun anda mahu mempercayai dengan apa yang anda lihat pada beberapa iklan:

Sesetengah syarikat hanya mahukan duit cepat dengan mengambil kesempatan diatas penderitaan ini.

Namun ada juga syarikat yang menggunakan produk tulen, seperti yang anda boleh lihat dalam senarai kami di bawah!

Hanya kekalkan harapan yang realistik tentang syampu rambut gugur iaitu:

  • Jumlah folikel-folikel rambut pada kepala anda tidak akan bertambah
  • Satu botol sudah memadai untuk melihat hasil
  • Anda tidak boleh kembalikan rambut pada bahagian botak (cth. Bahagian yang tidak lagi mempunyai rambut)
  • Selalu biarkan syampu pada kulit kepala anda sekurang-kurangnya beberapa minit sebelum membilasnya

Apa Yang Syampu Rambut Gugur Boleh Lakukan?

  • Menguatkan rambut dan folikel rambut anda supaya ia tidak mudah gugur
  • Menebalkan helaian rambut individu
  • Membaiki aliran darah pada kulit kepala anda (berharap untuk merangsang pertumbuhan)
  • Membersihkan folikel-folikel rambut anda daripada kotoran, sebum berlebihan dan produk rambut yang melekat pada kulit kepala yang akan menghalang pertumbuhan rambut baru
  • Merawat kulit kepala yang gatal
  • Menawarkan pengawalan minyak

Bahan-bahan Utama Dalam Syampu Rambut Gugur

Ianya sentiasa merupakan satu bonus untuk menemui syampu untuk keguguran rambut (atau tonik rambut) yang disertai dengan vitamin untuk merawat keguguran rambut. Juga, bahan-bahan khusus seperti berikut:

1. Ketoconazole

Ketoconazole bertindak dengan membaiki kepadatan rambut dan merawat kulit kepala daripada kelemumur dan pityriasis fungus.

Sesetengah syampu anti kelemumur terbaik mempunyai bahan ini sebagai bahan aktif mereka!

2. Kafein

Kafein menghalang pengeluaran folikel rambut yang terbantut disebabkan oleh peningkatan testosteron.

Nota: Anda tidak akan mendapat kesan yang sama dengan hanya minum kopi!

3. Biotin

Biotin menguatkan rambut anda dan ianya penting untuk folikel-folikel rambut sihat!

Dan nampaknya terdapat hubungan secara langsung antara wanita yang mengalami keguguran rambut dengan kekurangan biotin.

4. Saw Palmetto

Tumbuhan beri yang nampak biasa-biasa ini membantu untuk mengawal pengeluaran testosteron dengan produk, DHT. Dimana ia berkaitan dengan rambut gugur.

Sumber: www.healthline.com

Bagaimana Untuk Memilih Syampu Rambut Gugur Yang Terbaik

1. Tentukan Jenis Rambut Dan Kulit Kepala Anda:

Hampir sama seperti memilih serum rambut atau syampu terbaik di Malaysia, jenis rambut dan kulit kepala anda sangat penting!

Kulit kepala yang berminyak akan memberi reaksi negatif pada syampu yang mempunyai kandungan pelembap yang sangat tinggi! Manakala, kulit kepala yang kering dan berwarna perlukan lebih hidrasi!

  • Rambut Berminyak– Cari: syampu dengan pH seimbang
  • Rambut Normal – Cari: syampu sederhana dan normal
  • Rambut Kering– Cari: syampu melembapkan

2. Periksa Bahan-bahan Pada Label

Ini sangat penting kerana banyak syampu yang biasa ditemui sebenarnya merengsakan kulit kepala anda!

Ia bukan sahaja menyingkirkan kotoran, malah juga protein-protein dan minyak-minyak semulajadi pada rambut anda!

Bahan alternatif semula jadi adalah jauh lebih lembut pada kulit kepala walaupun ia tidak begitu berbuih.

3. Elakkan Syampu Dengan Bahan-Bahan Ini

Secara umumnya, anda seharusnya cuba untuk elak menggunakan syampu yang mempunyai bahan utama seperti berikut:

  • Sulfate (sodium lauryl sulfate, myreth sulfate, dan ammonium lauryl sulfate)
  • Alkohol
  • Pewarna tiruan
  • Pengawet (paraben)
  • Pewangi tiruan (Phthalates, Propylene Glycol)

13 Shampoo Terbaik Untuk Rambut Gugur Di Malaysia 2022

Syampu Yang Disyorkan Untuk Melawan Keguguran Rambut

  • Terbaik untuk mengawal minyak – Alpecin Caffeine Shampoo C1, Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp, atau The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo
  • Terbaik untuk keguguran rambut disebabkan kekurangan biotin/selepas-bersalin/menopause – Pura D’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo
  • Terbaik untuk rambut rosak – Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen And Restore Shampoo
  • Terbaik untuk rambut nipis – MARO 3D Volume Up Shampoo or Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo
  • Terbaik dari segi harga – HELLSE Ginger Hair Shampoos
  • Syampu anti rambut gugur farmasi terbaik – Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo
  • Terbaik untuk kulit kepala kering – Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo
  • Terbaik untuk kulit kepala berminyak – KLORANE Quinine Shampoo 400ml Anti Hair Fall

Nota: Produk Tajaan

1. SMIB [스미브] Anti Hair Loss Shampoo 500ML

Selepas bertahun-tahun penyelidikan di Korea, Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] membentangkan satu kejayaan menggunakan kalsium karang sebagai bahan utama untuk mengekalkan kulit kepala yang sihat dalam bentuk Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브].

SMIB Premium Starter Kits - Anti Hair Loss Coral Calcium Shampoo, Treatment, Essence, Plasma Scalp Massager

Kalsium diperlukan* untuk fungsi penghalang kulit dan kalsium karang adalah kalsium berkualiti tinggi yang diambil daripada karang (bukan karang hidup).

Penyelidikan meluas oleh SMIB [스미브] telah menunjukkan bahawa ia sebagai alternatif yang lebih baik daripada suplemen kalsium biasa yang mempunyai keterlarutan air yang rendah.

Sumber* = https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5929942/

Bersama-sama dengan pengurut kulit kepala ber-pemegang dengan teknologi plasma mereka, SMIB [스미브] telah melakukan ujian yang ketat untuk membuktikan bahawa kalsium karang dan teknologi plasma adalahberkesan secara konsisten untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala.

Dengan itu, ia menghalang rambut rosak yang akhirnya berpotensi menyebabkan keguguran rambut. Dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dengan mengekalkan penghalang kulit yang melindungi kulit kepala anda (dan seterusnya rambut).

Menggunakan syampu juga akan membantu masalah biasa yang berkaitan dengan kulit kepala yang tidak sihat – seperti sebum berlebihan, kelemumur, kegatalan berterusan, rambut pecah, rambut gugur yang berlebihan, dsb.

Lebih-lebih lagi, syampu anti keguguran rambut ini diuji untuk bersifat hipoalergenik dan tidak mempunyai silikon atau bahan berbahaya (23** secara tepatnya) seperti isobutyl paraben, butyl paraben atau methonal dalam formulanya.

Bau syampu itu menyenangkan dan juga terasa sangat menyegarkan ketika menggunakan syampu ini.

Sebagai bonus tambahan yang tidak dijangka, selain membersihkan kulit kepala anda dan mengurangkan sebum dan minyak berlebihan, Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] juga bagus untuk menghilangkan pembentukan sisa produk rambut.

Secara keseluruhannya, ramai yang mendapati harga Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] berbaloi kerana ia membantu dengan keguguran rambut dan berkesan pada kulit kepala yang berminyak dan juga gatal.

Untuk hasil yang optimum (kulit kepala yang lebih baik dan rambut sihat secara keseluruhan), dapatkan syampu dalam satu set (SMIB [스미브] Set Rawatan Pertumbuhan Semula Rambut) bersama-sama dengan rawatan, Plasma Scalp Massager dan esen (Set Premium Anti Rambut Gugur SMiB).

  • Saiz Tersedia: 500ml
  • Bahan Utama: Kalsium Karang, Zink Pyrithione, Panthenol, Asid Salisilik dan 11 ekstrak kompleks marin
  • Harga: Semak Harga

Kelebihan:

  • Berkesan dalam mengurangkan rambut gugur
  • Bagus juga sebagai syampu penjernih (clarifying shampoo)
  • Berbau harum
  • Rasa selepas-pudina yang melegakan kegatalan
  • Saiz sampel tersedia
  • Menawarkan pengawalan minyak
  • Tanpa alkohol atau silikon
  • Diuji sebagai hipoalergenik
  • Diuji sebagai bebas daripada 23 bahan** berbahaya

**Plumbum, Nikel, Arsenik, Merkuri, Antimoni, Kadmium, Dioksana, Formaldehid, Isopropilparaben, Propil Paraben, Butyl Paraben, Methyl Paraben, Isobutyl Paraben, Kulat, Coliform, Echile Paraben, P-Hydroxybenzoic, Acid, Triclosan, CMIT, MIT, Bakteria

Kekurangan:

  • Mahal

2. Alpecin Caffeine Shampoo C1

Ianya amat sayang bahawa produk ini mengandungi SLS, tetapi Alpecin Caffeine Shampoo C1 menjadikan rambut anda bersinar dan lebih lebat! Memberikan anda penampilan yang lebih lengkap!

Pengguna menyatakan telah melihat keguguran rambut yang kurang walaupun hanya selepas seminggu penggunaan! Dan ditambah pula dengan tanda-tanda pertumbuhan rambut! Untuk hasil terbaik, biarkan syampu di atas kulit kepala anda untuk beberapa minit sebelum membilasnya!

Yang paling penting – ia berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut tetapi boleh menyebabkan masalah lain (contohnya kelemumur)! Jadi kami berpendapat bahawa ia sesuai untuk kulit kepala berminyak memandangkan ia boleh agak mengeringkan!

Alpecin Caffeine Shampoo C1
  • Saiz Tersedia: 250ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Gugur
  • Bahan-bahan Utama: Kafein, Protein Gandum Terhidrolisis, Asid Sitrik
  • Harga: RM28

Kelebihan:

  • Bau harum (wangian maskulin)
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Sensasi yang menyegarkan
  • Mencuci dengan bersih (berbuih banyak)

Keburukan:

  • Bagi sesetengah pengguna, ia boleh mengambil masa sehingga 8 bulan untuk mula melihat pertumbuhan rambut.
  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

3. Pura d’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo

Terbaik untuk keguguran rambut disebabkan kekurangan biotin/selepas-bersalin/menopause

Kebiasaannya, syampu bebas daripada SLS dan semulajadi adalah lebih mahal. Pura d’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo juga tidak terkecuali!

Anda akan selalu melihat produk ini pada senarai syampu terbaik untuk rambut gugur!

Tetapi Womenshealthmag menyenaraikan produk ini sebagai syampu yang bagus untuk masalah keguguran rambut! Kerana ia mengurangkan masalah rambut putus! Dengan 5000+ ulasan hebat di Amazon untuk menyokong kenyataan itu!

Dan daripada apa yang kami boleh katakan, kebanyakan pengguna melihat hasil positif (kurang rambut gugur) setelah beberapa botol digunakan atau beberapa bulan penggunaan! Cubalah produk ini jika anda mengesyaki masalah keguguran rambut anda disebabkan kekurangan biotin!

Nota: Ia mengambil masa sehingga 3 bulan untuk anda melihat hasilnya!

Syampu Anti Penipisan Rambut Pura d'or Original Gold Label
  • Saiz Tersedia: 473ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Gugur
  • Bahan-bahan Utama: Biotin, Netel, Biji Labu, Minyak Biji Jintan Hitam, Minyak Argan, Minyak Cedarwood Bark, Minyak Daun Pokok Teh, Minyak Daun Rosemary, Aloe Vera, Ekstrak Buah, Ekstrak Akar He Shou Wu, Ekstrak Daun Teh Hijau
  • Harga: RM209.9

Kelebihan:

  • Hipoalergenik, vegan, bebas daripada gluten dan tiada ujikaji ke atas haiwan
  • Tanpa paraben
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Tidak memberatkan rambut anda
  • Berbau seperti-herba, seakan-akan bau ginseng
  • Sebahagian pengguna melaporkan mengalami pertumbuhan semula rambut

Keburukan:

  • Mahal

4. Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo

Syampu anti rambut gugur farmasi terbaik

Diformulasikan tanpa penggunaan parabens, sulfates, phthalates, pewarna tambahan, pengawet berbahaya, GMO (bahan diubahsuai genetik):

Syampu semulajadi ini tidak menyucikan (clarifying) kulit kepala dan rambut, seperti syampu lain yang terdapat dalam senarai ini yang membuatkannya sesuai utuk kulit kepala lebih kering atau kulit sensitif.

Dan daripada pengalaman kami, anda perlu menggunakannya dengan lebih banyak untuk mencuci kulit kepala yang berminyak tetapi keguguran rambut menampakkan kekurangan selepas beberapa bulan! Dan dengan penggunaan harian, terdapat tanda-tanda kecil kelemumur.

Tanpa mempedulikan samada anda mempunyai kulit kepala yang kering atau berminyak, Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo dari Amerika adalah salah satu syampu terbaik untuk rambut gugur yang anda boleh dapatkan dari farmasi di Malaysia! Ia tidak begitu mahal juga.

Nota: Juga terdapat perapi dalam rangkaian yang sama.

Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo
  • Saiz Tersedia: 355ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Nipis
  • Bahan-bahan Utama: Biotin-B Complex, Kafein, Ekstrak Daun Pudina, Minyak Daun Rosemary, Ekstrak Buah Saw Palmetto, Ekstrak Bunga Kamomil, Jus Daun Aloe Vera, Ekstrak Horsetail, Minyak Biji Kukui, Ekstrak Daun Teh Hijau, Minyak Buah Zaitun, Minyak Biji Jojoba, Ekstrak Bunga Marigold, Vitamin B5, Minyak Pudina, Vitamin B3
  • Harga: RM41.9

Kelebihan:

  • Bahan-bahan organik yang disahkan
  • Vegan, tanpa gluten, warna selamat
  • Tanpa paraben, sulfat, phthalates, pewarna tambahan, bahan pengawet pedih, GMO, dsb
  • Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur
  • Berbau dan terasa seperti pudina yang segar
  • Sedikit sebanyak menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Tidak mengeringkan

Keburukan:

  • Mahal

5. Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp

Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp dari Korea ini mengandungi beberapa bahan (asid salisilik, asid sitrik dan menthol) yang mungkin akan memburukkan lagi pada kulit kepala yang sensitif:

Bagaimanapun, bahan-bahan tersebut dapat mengawal pengeluaran minyak. Ramai di kalangan pengguna menyatakan mereka melihat rambut gugur berkurangan dalam masa seminggu penggunaan!

Salah satu daripada bahan utamanya adalah air sipres yang diambil daripada spesies pokok spesifik yang terdapat di Jeju. Air sipres mengandungi phytoncide yang merupakan agen anti bakteria!

Kami tidak boleh mengesyorkannya dengan cukup sekiranya anda mudah tertarik pada produk berbau wangi! Dan jika masalah utama anda adalah hanya kulit kepala berminyak!

Syampu Anti Rambut Gugur Untuk Kulit Kepala Berminyak Grafen Hinoki
  • Saiz Tersedia: 300ml, 500ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Nipis Dengan Kulit Kepala Berminyak
  • Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Niasinamida, Ekstrak Morus Alba Bark, Asid Salisilik, Asid Sitrik, Panthenol, Ekstrak Akar Ginseng
  • Harga: ~RM69

Kelebihan:

  • Bebas daripada Paraben, alkohol, silikone
  • Berbau sangat wangi (aroma bunga tetapi tidak kewanitaan) tanpa berbau terlalu kuat
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Rasa menyejukkan
  • Berbuih banyak dan mencuci dengan bersih
  • Sesuai dengan kulit kepala iaitu mempunyai pH 5.5
  • Bekas dispenser pam yang mudah

Keburukan:

  • Mengandungi SLS dan boleh mengeringkan
  • Tidak berbau seperti Hinoki

6. Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo

Terbaik untuk kulit kepala kering

Walaupun kami tidak berpuas hati bahawa bahan pewangi terdapat dalam senarai bahan Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo:

Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo

Ia tidak berbau busuk sama sekali. Dan anda akan memperolehi rasa pudina yang menyenangkan pada kulit kepala anda apabila anda menggunakannya.

Formula ini mengandungi biotin dan banyak ekstrak tumbuhan berkaitan pudina semulajadi serta peptida untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

Terdapat juga bahan penenang seperti teh hijau dan ekstrak centella.

Tambahan lagi, ia berkesan untuk mengurangkan rambut gugur bagi ramai pengguna. Ada juga yang melihat tanda-tanda pertumbuhan rambut.

Selain itu, ia tidak mengeringkan kulit kepala atau rambut jadi anda harus benar-benar cuba menggunakan Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo jika anda sedang mengalami keguguran rambut yang kerap dan mempunyai kulit kepala yang kering.

Tidak rugi kerana harganya juga berpatutan!

  • Saiz Tersedia: 285ml
  • Sesuai Untuk: Mengurangkan Rambut Gugur
  • Bahan Utama: Mentol, Asid salisilik, Panthenol, Biotin, Butilena Glikol, Ekstrak Daun Peppermint, Ekstrak Spearmint, Pelbagai Peptida,
  • Harga: ~RM35

Kelebihan:

  • Mengurangkan rambut gugur
  • Bau menyenangkan
  • Tidak mengeringkan kulit kepala atau rambut
  • Harga berpatutan
  • Rasa mentol yang menyegarkan

Kekurangan:

  • Formula mengandungi asid salisilik dan pewangi (boleh merengsakan kulit sensitif)

7. Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo

Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo memberikan hasil agak signifikan dan cepat (sepantas 2 minggu).

Formula mengandungi ceramides untuk meleraikan kusut, menguatkan dan menyinarkan rambut anda.

Semakin rambut menjadi lebat, ia menambah helaian  rambut yang bercirikan nipis dan halus selepas beberapa cucian. Namun begitu, untuk perubahan jangka masa panjang , hanya beberapa pengguna sahaja yang mengalami pertumbuhan rambut baru.

Itulah sebabnya kami hanya mencadangkan produk ini sebagai penyelesaian pantas untuk memberikan rambut anda tambil lebih lebat dalam jangka masa yang singkat!

Nota: Ceramides berkesan untuk rambut yang dirawat dengan bahan kimia (e.g. rambut berwarna, rambut dilunturkan, rambut kerinting, dsb).

Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo
  • Saiz Tersedia: 250ml
  • Sesuai Untuk: Rambut Nipis Yang Ketara
  • Bahan-bahan Utama: Asid Hialuronik, Gluco Peptide, Ceramides, Protein Gandum Terhidrolisis, Asid Sitrik
  • Harga: RM99

Kelebihan:

  • Lebih murah berbanding dengan pilihan-pilihan lain dalam senarai ini
  • Menambah kelebatan rambut pada rambut nipis dan normal
  • Lembut pada rambut berwarna
  • Haruman yang menyenangkan dan kekal pada rambut
  • Anda juga tidak perlu menggunakannya dengan banyak untuk setiap kali

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi
  • Sodium laureth sulfate adalah salah satu daripada bahan utama (tidak bagus untuk rambut anda untuk jangka masa panjang)

8. MARO 3D Volume Up Shampoo

Terbaik untuk rambut nipis

MARO 3D Volume Up Shampoo mendakwa yang syampu mereka mampu meningkatkan kelebatan rambut anda sehingga 1.5 kali ganda! Syampu Jepun ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ia membersihkan pori-pori anda dengan sempurna, menyeimbangkan kulit kepala anda (cth. tidak terlalu kering atau berminyak) dan mencerahkan rambut daripada akarnya. Terdapat juga protein soya terhidrolisis, whey dan glutamic acid untuk menguatkan rambut anda!

Hasil boleh dilihat selepas beberapa cucian, dan dimana rambut yang nipis sudahpun kelihatan lebih tebal dan lebih beralun! Rambut juga terasa lebih lembut selepas itu!

Jika anda seorang yang gemar menggayakan rambut anda, anda mungkin akan menyukai tekstur yang produk ini akan berikan pada anda!

Syampu 3D Volume Up MARO
  • Saiz Tersedia: 460ml
  • Sesuai Untuk: Lelaki, Kulit Kepala Kering & Normal Dengan Rambut Menipis
  • Bahan-bahan Utama: Ekstrak Bunga / Daun / Batang Epilobium Angustifolium, Protein Kedelai Hidrolisis, Whey, Asid Glutamin, Ekstrak Royal Jelly, Ekstrak Tembakau Soybesn, Ekstrak Lily Blackberry, Ekstrak Archangelica, Ekstrak Buah Zizyplus Jujuba, Ekstrak Artemisia Absinthium
  • Harga: RM96.5

Kelebihan:

  • Tanpa Silikone
  • Berbau wangi yang uniseks (neutral -tidak berbau kelelakian atau kewanitaan)
  • Berbuih banyak
  • Terdapat kacang soya terhidrolisis, gandum dan asid glutamik untuk menguatkan rambut anda!
  • Rasa pudina
  • Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur

Keburukan:

  • Tidak bebas-SLS atau bebas-alkohol (ia boleh mengeringkan dan terlalu kasar untuk rambut yang diwarnakan)
  • Mempunyai pewangi (boleh merengsakan kulit sensitif)

9. Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen and Restore Shampoo

Terbaik untuk rambut rosak

Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen and Restore Shampoo bergantung pada bahan-bahan semulajadi seperti minyak kastor untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga untuk menghalang rambut anda daripada terbelah dua!

Hati-hati ketika memicit syampu ini kerana ia mempunyai tekstur yang sangat cair.

Biasanya, selepas sebulan penggunaan, anda mungkin mendapati bahawa rambut yang lebih lembut, lebih bersinar dan lebih tebal yang lebih mudah diurus!

Formula lebih kaya yang terkandung dalam syampu ini membuatkannya ideal untuk rambut yang kering, rosak, atau yang telah dirawat dengan bahan kimia. Atau rambut jenis keriting secara semulajadi.

Dan tidak seperti MARO 3D Volume Up Shampoo, anda tidak perlu risau dengan Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen and Restore Shampoo yang tidak akan mengganggu warna pewarna rambut anda!

Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen and Restore Shampoo
  • Saiz Tersedia: 384ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Rambut
  • Bahan-bahan Utama: Protein Nasi Terhidrolisis, Panthenol, Shea Butter, Minyak Biji Kastor, Ekstrak Daun Pudina, Minyak Buah Mauritia Flexuosa, Keratin Terhidrolisis, Tocopherol, Jus Daun Aloe Barbadensis, Cuka, Ekstrak Yis, Niacin, Ekstrak Bunga Klover, Caprylhydroxamic Acid, Caprylyl Glycol, Karamel
  • Harga: RM98

Kelebihan:

  • Bahan-bahan organik yang diiktiraf (mentega sayur)
  • Tanpa sulfate, paraben, minyak mineral, propylene glycol, phthalates, petrolatum, dsb
  • Anda tidak akan perlukannya banyak untuk mencuci rambut anda
  • Berbuih banyak walaupun bebas SLS (ia menggunakan sodium lauroyl lactylate)
  • Tidak memberi kesan kepada warna pewarna rambut
  • Bau lembut seperti vanila
  • Sangat menghidratkan (baik untuk rambut yang rosak/rambut yang terdedah dengan bahan kimia)

Keburukan:

  • Tiada kesan yang dapat dilihat bagi pertumbuhan rambut bagi kebanyakan pengguna
  • Mempunyai pewangi (daripada campuran minyak pati)

10. HELLSE Ginger Hair Shampoo

Terbaik dari segi harga

Halia mempunyai pelbagai khasiat untuk rambut dan kulit kepala anda – aliran darah yang baik (cth. pertumbuhan rambut), antiseptik semulajadi (membasmi kelemumur), hidrasi, dsb.

Jadi, jika anda ingin mencuba syampu halia, boleh dapatkannya pada harga bawah RM10!

Anda patut menjangkankan untuk melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Sebahagian ulasan mengatakan telah mengalami keguguran rambut yang kurang. Dan rambut lebih lembut yang kurang rapuh! Malah anda mungkin akan nampak pertumbuhan anak rambut!

Dengan kesabaran, ini adalah syampu untuk keguguran rambut yang amat berbaloi untuk dimiliki jika anda tidak sanggup berbelanja banyak hanya untuk sebotol syampu anti rambut gugur!

Syampu Rambut Halia HELLSE
  • Saiz Tersedia: 200ml
  • Sesuai Untuk: Rambut gugur, Kelemumur
  • Bahan-bahan Utama: Jus Halia (Halia Liar Segar), Minyak Kelapa, Protein Gandum Terhidrolosis, Air Ternyahion, Keratin Terhidrolosis
  • Harga: ~RM13.9

Kelebihan:

  • Selamat untuk ibu mengandung
  • Bebas daripada paraben dan sulfate
  • Melembutkan rambut
  • Mengurangkan rambut gugur

Keburukan:

  • Sesetengah orang tidak menyukai bauan ini
  • Mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil (minima 1 bulan)

11. KLORANE Quinine Shampoo 400ml Anti Hair Fall

Terbaik untuk kulit kepala berminyak

Jika kulit kepala berminyak adalah masalah utama anda, syampu Quinine KLORANE Shampoo akan memperbaikinya. Syampu anti rambut gugur ini juga berbau harum dan berbunga. Walaupun begitu, sesetengah pengguna merasakan bahawa bau itu hanya tahap boleh diterima.

KLORANE Shampoo With Quinine And Organic Edelweiss For Thinning Hair

Terdapat rambut gugur yang kurang dengan syampu ini tetapi penggunaan biasa boleh mengambil masa yang lama untuk memastikannya berkesan (cth., 3 atau 4 botol). Sesetengah pengguna juga melihat permulaan pertumbuhan rambut.

Dan walaupun formula mengandungi SLS, ia tidak banyak berbuih dan tidak kering seperti yang anda akan jangkakan.

Walaupun begitu, kami masih akan mencadangkan syampu Quinine KLARANE Shampoo untuk kulit kepala yang mudah berminyak berbanding kulit kepala yang kering.

Anda mungkin tidak perlu mencuci rambut anda dengan kerap kerana ia mempunyai kawalan minyak yang sangat baik. Sebagai bonus, kulit kepala anda juga akan berasa kurang gatal.

  • Saiz Tersedia: 400ml
  • Sesuai Untuk: Kulit kepala berminyak dan gatal
  • Bahan Utama: Biotin, Ekstrak Cinchona Calisaya Bark Panthenol
  • Harga: ~RM47

Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan dan saiz yang ekonomi
  • Menghilangkan gatal-gatal
  • Bagus dalam mengawal minyak berlebihan
  • Kesan penjernihan (clarifying) yang memuaskan
  • Tidak membuatkan kotoran/sisa produk terkumpul pada rambut
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Berbau wangi

Kekurangan:

  • Bukan bebas-sulfat walaupun label tertulis sebaliknya –  ia mengandungi SLS yang boleh mengeringkan rambut
  • Tidak begitu berbuih
  • Tekstur yang cair
  • Sesetengah pengguna mendapati baunya terlalu kuat (seperti pewangi)
  • Ia terasa pedih jika termasuk ke dalam mata
  • Mengandungi alkohol, pewarna sintetik dan bahan pewangi

12. The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo

The Olive Tree ialah sebuah syarikat Malaysia dengan produk-produk vegannya diperbuat di Australia daripada bahan berasaskan-tumbuhan yang berkualiti! Salah satu produk paling-laris mereka ialah Rosemary & Mint Shampoo!

Disebalik harganya yang mahal, anda hanya memerlukan jumlah yang sedikit untuk menghasilkan buih yang mencukupi bagi memastikan minyak berlebihan sentiasa terkawal!

Dengan itu, ianya sedikit mengeringkan kecuali anda sememangnya mempunyai kulit kepala berminyak pada asalnya.

Dan seperti syampu anti rambut gugur yang lain, pengalaman keguguran rambut adalah berbeza untuk seseorang berbanding seseorang yang lain. Sebahagian pengguna melihat pengurangan yang banyak untuk keguguran rambut mereka selepas menggunakan syampu ini.

Jika anda mempunyai kulit kepala yang berminyak dan anda sedang mencari syampu organik di Malaysia untuk kegunaan jangka masa panjang, inilah produknya!

Nota: Wanita hamil harus menggunakan produk ini dengan berhati-hati kerana ia mengandungi minyak pati rosemary dan pudina. Dimana kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan kontraksi rahim.

Syampu Rosemary & Mint The Olive Tree
  • Saiz Tersedia: 500ml
  • Sesuai Untuk: Rambut Nipis Dengan Kulit Kepala Tidak Kering, Gatal & Berkeping-keping
  • Bahan-bahan Utama: Jus Daun Aloe Vera, Protein Gandum Terhidrolisis, Minyak Buah Zaitun, Minyak Daun Rosemary, Minyak Kulit Lemon, Minyak Pudina, Minyak Kamomil, Ekstrak Thyme, Ekstrak Daun Zaitun, Ekstrak Daun Rosemary, Ekstrak Bunga Lavender, Pro Vitamin B5, Keratin, Keratin Terhidrolisis, Asid Sitrik, Minyak Biji Macadamia
  • Harga: RM92.9

Kelebihan:

  • Tanpa minyak kelapa sawit, paraben, SLS & SLES, petrokimia yang merengsa, pewangi atau pewarna sintetik, bebas daripada silikone
  • Mengawal minyak supaya rambut tampil lebih bermaya (kurang kusam)
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Berbau wangi (bau pudina lembut)
  • Rasa menyejukkan

Keburukan:

  • Mahal
  • Mengeringkan untuk jenis kulit yang tidak berminyak
  • Rambut dan kulit kepala mungkin memerlukan masa sebulan untuk serasi dengan formulanya

Produk Yang Ditaja:

13. Syampu Lavoo Protein Essence

Syampu Lavoo Protein Essence merupakan produk keluaran Malaysia yang bebas daripada SLS.

Malah, surfaktan utama yang digunakan di dalam syampu ini adalah SLES. Ia lebih lembut untuk menggantikan SLS. Dan surfaktan tersebut daripada minyak kelapa!

Apakah bahan-bahan unik di dalam formula ini?

Bamboo Sap, sumber semulajadi silika, bersama dengan ekstrak akar teratai supaya rambut anda lebih bermaya dan beralun. Malah, terdapat juga bahan-bahan seperti ekstrak lili, minyak argan dan minyak avokado untuk merapikan rambut anda!

Nota: Produk ini telah dimaklumkan kepada www.npra.gov.my, walaupun ia belum lagi diiktiraf secara rasmi.

Syampu Lavoo Protein Essence
  • Saiz Tersedia: 400ml
  • Sesuai Untuk: Rambut Nipis Dengan Kulit Kepala Yang Berminyak, Gatal & Kulit Kepala Berkeping
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Avokado, Minyak Argan, Ekstrak Bunga Nelumbo Nucifera, Ekstrak Bambusa Vulgaris, Minyak Argania Spinosa, Minyak Kastor Oil
  • Harga: ~RM80

Kebaikan:

  • Tanpa Paraben
  • Mengawal minyak dengan baik
  • Rambut gugur berkurangan (cth: rambut kurang rapuh)
  • Kulit kepala kurang gatal (mungkin melihat kelemumur berkurangan)

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi

Semak Laman Web Mereka

Kesimpulan

Syampu terbaik untuk keguguran rambut di Malaysia cenderung untuk mempunyai harga yang mahal. Terutamanya jika anda mencari yang formula bebas-SLS!

Namun begitu, kami berpendapat menumpukan perhatian pada punca keguguran rambut anda adalah lebih penting! Pastikan anda melihat cadangan-cadangan yang disyorkan (di bahagian atas) mengenai pelbagai punca yang berbeza bagi keguguran rambut.

Bacaan lanjut: