Tidak perlu lagi menggaru atau kepingan-kepingan hodoh dengan shampoo terbaik untuk kelemumur di Malaysia 2020!
Walaupun kelemumur adalah masalah biasa, ia sangat memalukan jika seseorang perasan pada rambut berminyak dan ribut salji peribadi anda!
Oleh itu, melihat-lihat dengan cepat di farmasi akan mendedahkan beberapa jenama dengan syampu anti kelemumur mereka. Jika anda ingin mengetahui perbezaan antara mereka, lihat senarai di bawah untuk ulasan! Dan tip-tip!
Bagaimana Untuk Memilih Syampu Kelemumur Terbaik
Berita Terkini! Setiap orang mempunyai yis pada kulit kepala mereka. Apabila kulit kepala anda gatal dan berkeping-keping, ini merupakan reaksi kepada yis itu!
Syampu yang diformulasi khusus untuk keadaan ini akan membantu kulit kepala anda bebas daripada kelemumur!
Pengeluaran sebum yang berlebihan juga merupakan penyebab lain kepada kelemumur. Jadi, syampu kelemumur yang berkesan harus mengurangkan yis atau sebum pada kulit kepala anda!
1. Apa Yang Perlu Dilihat Dalam Syampu Kelemumur
Bahan-bahan anti kelemumur:
- Tar batu arang
- Asid salisiklik
- Selenium sulfide
- Ciclopirox
- Pyrithione zinc or Zinc pyrithione
- Ketoconazole
2. Ketahui Jenis Rambut Anda
Syampu kelemumur kadang-kadang boleh mengeringkan. Jadi, jika anda memilik rambut rosak, berwarna, kasar atau kerinting:
Syampu terbaik untuk anda harus mengandungi sesetengah bahan-bahan melembapkan juga! Seperti minyak kelapa, minyak argan atau mentega sayur.
Rambut mudah kusut?
Dapatkan syampu kelemumur dengan 1% ZPT (Zinc pyrithione) sebagai bahan aktif. Syampu ini juga sesuai untuk lelaki yang mempunyai masalah kelemumur!
Untuk rambut yang berwarna, elakkan syampu dengan tar batu arang kerana ia boleh melunturkan warna rambut baru anda!
Manakala jenis rambut berminyak harus mengelakkan syampu anti kelemumur yang mengandungi selenium sulfide. Ia akan menyebabkan rambut anda lebih berminyak!
3. Basuh Rambut Anda Dengan Betul
- Aplikasi syampu pada kulit kepala anda yang lembap
- Tidak perlu aplikasikan pada rambut anda!
- Dan biarkan syampu pada kepala anda untuk 5 minit.
- Sebelum membilasnya.
Anda mungkin juga mahu gunakan serum rambut untuk melindungi rambut anda sebelum menggunakan pengering rambut!
4. Berapa Kali Anda Harus Basuh Rambut?
Ia bergantung kepada keterukan kelemumur anda, dua kali dalam seminggu atau selang sehari mampu menghilangkan kepingan-kepingan tersebut!
15 Shampoo Terbaik Untuk Kelemumur Di Malaysia 2020
1. Petal Fresh Hair Rescue Anti-Dandruff Shampoo
Kebetulan juga, ia merupakan salah satu syampu terbaik untuk keguguran rambut di Malaysia:
Petal Fresh Hair Rescue Anti-Dandruff Shampoo mengandungi camphor dan menthol yang melegakan kulit kepala anda. Ia tidak begitu mahal walaupun produk ini dari US Bio Creative Labs® di California!
- Saiz: 355ml
- Bahan-bahan anti kelemumur: 1% Zinc Pyrithione
- Bahan-bahan Utama: Minyak Daun Rosemary, Panthenol, Vitamin B, Ekstrak Buah Timun, Ekstrak Bunga Matricaria, Minyak Buah Zaitun, Kafein, Ekstrak Daun Pudina, Minyak Biji Jojoba, Ekstrak Daun Teh Hijau
- Harga: ~RM20
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, sulfat, alkohol, silikone
- Bau yang menyenangkan
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Formula yang mengandungi minyak daun rosemary dan menthol mungkin akan memberi iritasi kepada kulit kepala yang sensitif.
Jika masalah keguguran rambut adalah keutamaan anda, cuba tonik rambut terbaik di Malaysia!
2. Sebamed Anti-Dandruff Shampoo
Untuk pengunaan harian, Sebamed Anti-Dandruff Shampoo mungkin terlalu mengeringkan. Bagaimanapun, jika anda hanya gunakannya beberapa kali dalam seminggu, perlahan-lahan kelemumur itu akan berkurangan atau hilang!
Ia mengandungi piroctone olamine untuk menyingkirkan pityrosporum ovale. Iaitu jenis yis yang menyebabkan kelemumur!
- Saiz: 200ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Piroctone Olamine
- Bahan-bahan Utama: Asid Sitrik, Asid Laktik
- Harga: ~RM27.9
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, alkohol, silikone
- Bau yang lembut dan menyenangkan
Keburukan:
- Mengandungi sulfat (SLS)
- Mengandungi pewangi
3. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo
Himalaya Anti-Dandruff Shampoo mengandungi pewangi bunga yang lembut. Dan ia akan mengawal dan menjaga pengeluaran kelemumur yang kurang teruk.
Ia juga bebas daripada SLS! Jadi anda tidak akan melihat buih yang banyak dengan produk ini!
- Saiz: 400ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Minyak Teh Hijau, Holy Basil
- Bahan-bahan Utama: Soapberry, Bibhitika, Rusmari, Chanaka, Kayaputi
- Harga: ~RM27
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, silikone
Keburukan:
- Mendakwa ia dapat mengembangkan rambut, tetapi realitinya ia tidak berkesan sama sekali
4. Neutrogena T/Sal Shampoo Scalp Build-Up Control
Neutrogena T/Sal Shampoo Scalp Build-Up Control dengan asid salisilik sebagai bahan aktifnya, mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala anda. Berhati-hati kerana bahan yang sama juga boleh memburukkan lagi kulit kepala yang sensitif!
Jika anda mempunyai scalp psoriasis, ini mungkin memberi kesan juga! Sila berbincang dengan ahli dermatologi anda terlebih dahulu!
- Saiz: 133ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: 3% Asid Salisilik
- Bahan-bahan Utama: Asid Salisilik, Hexylene Glycol
- Harga: ~RM65
Kebaikan:
- Membersihkan kelemumur (sepantas 2 cucian)
- Bebas daripada warna tambahan, bahan pengawet dan pewangi
- Bebas daripada paraben, alkohol, silikone
Keburukan:
- Mengandungi sulfat
5. Dr’s Formula Anti-Oily & Anti-Dandruff Shampoo
Daripada jenama Taiwan, Naruko:
Dr’s Formula Anti-Oil & Anti-Dandruff Shampoo diformulasikan untuk membasmi pertumbuhan fungus (pityrosporum ovale in particular).
Dengan oleanolic acid untuk mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit kepala anda!
- Saiz: 580g
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Piroctone Olamine & Climbazole
- Bahan-bahan Utama: Asid Oleanolic, Enantia Chlorantha, Poria, Bunga Reed, Ocean Jujube, Skullcap
- Harga: ~RM40
Kebaikan:
- Bebas daripada parabens dan silikone
- Tiada pewarna tiruan
- Menyegarkan (mempunyai menthol)
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Menthol dan asid sitrik tidak sesuai untuk kulit yang sensitif
6. Head & Shoulders Supreme Moisture With Argan Crème Anti-Dandruff Shampoo
Salah satu syampu anti kelemumur terbaik dan mudah didapatkan di Malaysia:
Head & Shoulders Supreme Moisture With Argan Crème Anti-Dandruff Shampoo adalah cepat bertindak (hasil dapat dilihat sekurang-kurang 2 basuhan) pada kulit kepala yang mudah berkelemumur!
- Saiz: 480ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Zinc Pyrithione
- Bahan-bahan Utama: Asid Sitrik, Minyak Argania Spinosa Kernel, Serbuk Mutiara
- Harga: ~RM27
Kebaikan:
- Berbau harum
- Meninggalkkan rambut bersinar, bersih dan lembut
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Mempunyai silikone dan alkohol
7. Sunsilk Anti Dandruff Shampoo
Jika anda inginkan syampu yang mampu menghapuskan kelemumur dengan harga yang murah:
SLS mungkin bahan utama di dalam Sunsilk Anti Dandruff Shampoo, tetapi sukar untuk menafikan tarikan harganya yang murah!
- Saiz: 650ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Zinc Pyrithione
- Bahan-bahan Utama: Asid Sitrik, Minyak Biji Bunga Matahari, Tocopheryl Acetate, Jus Limau
- Harga: ~RM20
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, alkohol
- Harga berpatutan
Keburukan:
- Mengandungi pewangi
- Mengandungi SLS
- Mempunyai silikone
8. Nizoral Anti-Dandruff Shampoo
Nizoral Anti-Dandruff Shampoo mengandungi 2% ketoconazole sebagai bahan-bahan anti fungus yang aktif. Dimana ia terbukti kurang memberikan iritiasi pada kulit sensitif berbanding dengan syampu selenium sulfide.
Perhatian bahawa produk ini tidak sesuai untuk mereka yang dibawah umur 12 tahun.
- Saiz: 60ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Ketoconazole
- Bahan-bahan Utama :Asid Kelapa, Sodium Hydroxide, Hydrochloric Acid
- Harga: ~RM89
Kebaikan:
- Bebas daripada paraben, alkohol, silikone, pewangi
Keburukan:
- Mengandungi SLS
- Mahal
9. Stiefel Stiprox 1.5% Intensive Anti-Dandruff Shampoo
Gunakan Stiefel Stiprox 1.5% Intensive Anti-Dandruff Shampoo dua kali dalam seminggu atau bila perlu. Untuk merawat kulit kepala seborrhoeic dermatitis atau kelemumur!
Stiefal dibawah farmaseutikal gergasi, GlaxoSmithKline Laboratory.
- Saiz: 100ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: 1.5%, Ciclopirox olamine
- Bahan-bahan Utama: Asid Sitrik, Gliserin
- Harga: ~RM63
Kebaikan:
- Paraben-free, silicone free
Keburukan:
- Contains SLS
- Contains fragrance
10. Legitime Deep Cleansing Shampoo
Diformulasikan untuk kulit kepala yang berminyak, Legitime Deep Cleansing Shampoo dari Korea mengandungi minyak teh hijau untuk mengawal minyak. Dan 3 bahan-bahan anti kelemumur!
Biarpun demikian, ini merupakan syampu kelemumur lembut untuk kegunaan harian!
- Saiz: 300ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Zinc Pyrithione, Climbazole, Triclosan
- Bahan-bahan Utama: Minyak Teh Hijau, Plum Muda Asap, Beras Hitam, Hizikia Fusiforme, Bijan, Auricularia Auricula-Judae, Rapeseed, Kekacang Pine, Lonicera Japonica
- Harga: ~RM80
Kebaikan:
- Berbau harum
- Menghidrat dengan secukupnya
Keburukan:
- Tindakan perlahan untuk menghalang kelemumur
11. Kerasys Anti Dandruff & Sebum Control Shampoo
Untuk kuantiti yang anda dapat, Kerasys Anti Dandruff & Sebum Control Shampoo sangat berbaloi dengan harga!
Menthol dan ekstrak pudina meninggalkan rasa sejuk. Dan memberikan sedikit kelegaan pada kulit kepala anda!
- Saiz: 600g
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Climbazole, Sodium Salicylate
- Bahan-bahan Utama: Asid Sitrik, Menthol, Protein Gandum Terhidrolisis, Gliserin, Allantoin, Ekstrak Pudina, Ekstrak Terumbu Karang Hitam
- Harga: ~RM31
Kebaikan:
- Mengawal pengeluaran minyak sehingga 2 - 3 hari
- Merawat kelemumur
- Bau tahan lama
- Sesetengah orang menyukai haruman ini
Keburukan:
- Hanya terdapat satu saiz sahaja
- Mengandungi SLS, paraben, silikone, cocamide MEA
- Mengandungi pewangi (bau yang kuat)
- Boleh mengeringkan
12. Selsun Blue Pro X Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo
Kulit jenis sensitif harus dapatkan produk ini:
Selsun Blue Pro X Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo dari Amerika mengandungi selenium sulfide, menthol and asid sitrik untuk mengawal minyak dan menjaga daripada berkelemumur! Walaupun dengan hanya 1 cucian!
- Saiz: 200ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Selenium Sulfide
- Bahan-bahan Utama: Ekstrak Madu, Butylene Glycol, Gliserin, Asid Sitrik, Menthol
- Harga: ~RM28
Kebaikan:
- Tanpa Alkohol
- Rasa sejuk
Keburukan:
- Mengandungi paraben, sulfat, silikone
- Mengandungi pewangi
- Mahal
13. Kerastase Specifique Bain Anti-Pelliculaire Anti-Dandruff Solution Shampoo
Kerastase Specifique Bain Anti-Pelliculaire Anti-Dandruff Solution Shampoo adalah formula tanpa silikone dengan zync pyrithione dan asid salisilik untuk melawan yis Malassezia.
- Saiz: 250ml, 1000ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Zync Pyrithione
- Bahan-bahan Utama: Asid Salisilik, Gliserin, Asid Sitrik,
- Harga: ~RM100, RM250
Kebaikan:
- Bebas daripada silikone, paraben
- Merapikan rambut (guar hydroxypropyltrimonium chloride)
- Bau harum
Keburukan:
- Mengandungi sulfat, cocamide MEA dan SLS
- Mengandungi pewangi, linalool, Methylisothiazolinone dan asid sitrik (bukan untuk kulit sensitif)
- Tiada pam pendispens
14. J.R. Liggett’s Jojoba & Peppermint Hair Shampoo Bar
Disebabkan anda masih lagi dalam pasaran untuk syampu baru, kenapa tidak cuba bar syampu? Ia merupakan pilihan tanpa plastik yang tidak menyumbang kepada pembaziran tanah timbus!
J.R. Liggett’s Jojoba & Peppermint Hair Shampoo Bar mengawal minyak dan berbuih dengan baik walaupun tanpa SLS. Dan ia tidak akan melunturkan rambut yang diwarnakan!
- Saiz: 1 bar tahan~ 2 bulan (pastikan kering selepas guna)
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Minyak Jojoba Dan Minyak Pudina
- Bahan-bahan Utama: Minyak Zaitun, Minyak Kelapa, Minyak Kastor
- Harga: ~RM37
Kebaikan:
- Vegan
- Bahan-bahan semulajadi
- Menanggalkan pertumbuhan sebum semulajadi pada folikel rambut (minyak jojoba)
- Tanpa bahan pengawet
- Melegakan kulit kepala yang gatal
- Bau lembut yang baik
- Rasa pudina
Keburukan:
- Mempunyai potensi untuk menggumpul pada rambut – perlukan syampu penjernih ataupun soda penaik/sekali-sekala bilas rambut dengan cuka
Terdapat lebih banyak pilihan tanpa SLS jika anda lihat syampu semulajadi di Malaysia!
15. ZENOTRI Scalp Care Shampoo For Dandruff
Di import dari Korea dan diperakui oleh Kementerian Keselamatan Dadah dan Makanan Korea (KFDA):
ZENOTRI Scalp Care Shampoo For Dandruff menggandakan penyelesaian untuk mengelakkan keguguran rambut dengan menghalang DHT (Dihydrotestosterone)!
- Saiz: 300ml
- Bahan-bahan Anti Kelemumur: Zinc Pyrithione
- Bahan-bahan Utama: Niasinamida, Biotin, Dex Panthenol, Gliserin, Minyak Daun Teh Hijau, Asid Sitrik, Minyak Jojoba, Ekstrak Biji Kacang Soya, Ekstrak Daun Aloe
- Harga: ~RM129
Kebaikan:
- Bebas daripada silikone, paraben, alkohol
- Sesuai untuk merawat seborrheic dermatitis
Keburukan:
- Mengandungi sulfat, SLS, cocamide DEA
- Bukan untuk kulit yang sensitif
Kesimpulan
Sama seperti produk-produk penjagaan diri yang lain, shampoo terbaik untuk kelemumur di Malaysia adalah bebas daripada SLS. Dengan bahan-bahan semulajadi yang lembut pada kulit kepala dan rambut! Seperti item 1, 3 dan 14.
Bagaimanapun, jika mempunyai kelemumur yang teruk dan kulit kepala gatal, cuba item 4, 8 dan 12!