You are currently viewing 11 Krim Pemutih Wajah Terbaik Di Malaysia 2022: Bagaimana Untuk Memilih Produk Betul Untuk Muka & Kulit

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Selain amalkan kehidupan sihat dan diet, anda juga boleh dapatkan kulit bersih dan berseri dengan krim pemutih wajah terbaik di Malaysia 2022!

Tetapi pastikan jangkaan anda realistik! Produk-produk pemutih tidak akan memutihkan kulit anda secara drastik. Jika ia berlaku, kemungkinan mereka menggunakan bahan kimia yang kuat dan tidak baik untuk anda dalam jangka masa panjang.

Untuk memberi idea apa yang anda perlu cari, mulakan dengan membaca ulasan krim-krim pencerah muka terbaik yang anda boleh beli di Malaysia!

Senarai Kandungan:

Bagaimana Untuk Memilih Krim Pemutih Terbaik?

Disebabkan anda akan menggunakan krim pemutih setiap hari, anda harus cari krim yang dapat melembapkan wajah anda.

Dan dapat membantu menyelesaikan penyakit kulit yang anda hidapi.

Jika anda mahu merawat penyakit khusus yang anda hidapi (cth melasma):

Atau anda sangat disarankan untuk berjumpa dengan ahli dermatologi jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif. Mereka boleh memberikan anda nasihat profesional.

1. Jenis Kulit

Peraturan sama seperti memilih toner atau pembasuh muka yang sesuai dengan jenis kulit anda:

Tetapi kami akan memberi penerangan spesifik tentang produk pemutih kulit dalam pos ini!

1.1. Mudah Berjerawat

Kulit yang mudah-berjerawat akan mendapat manfaat daripada bahan astringen semulajadi. Jika produk itu mempunyai samada asid salisilik atau asid azelaik, ia bagus juga!

Atau agen penggelupasan seperti AHAs dan BHAs yang biasa terdapat di dalam krim rawatan jerawat terbaik di Malaysia.

Menyebut mengenai agen penggelupasan:

Sekiranya anda mempunyai tompokan kering yang degil pada kulit iaitu berwarna lebih gelap berbanding kulit anda yang lain, anda boleh mencuba skrub badan pemutih!

1.2. Sensitif

Jika kulit anda sensitif, lebih baik jika anda tidak menggunakan krim pemutih.

Tetapi jika anda ingin mencubanya, anda mesti cuba produk itu terlebih dahulu dan sapu pada mana-mana bahagian badan anda yang lain secara berhati-hati (pergelangan tangan sebelah dalam).

Sebelum memasukkan produk tersebut sebagai salah satu langkah dalam rutin penjagaan kulit anda!

2. Baca Bahan-bahan Sebelum Membeli

Kulit sihat seharusnya menjadi keutamaan berbanding dengan warna kulit anda.

Banyak syarikat memgambil kesempatan ke atas mereka yang mahu memutihkan kulit. Sebenarnya, memakai produk mereka tidak baik untuk kulit anda!

Oleh itu, sebelum membeli mana-mana krim pemutih wajah, pertimbangkan dahulu jenis kulit anda dan periksa label bahan-bahan dengan teliti.

2.1. Bahan-Bahan Yang Perlu Di Cari

Terdapat sebatian berasaskan tumbuhan yang boleh mencerahkan kulit anda tanpa merosakkan atau meninggalkan kesan sampingan.

Seperti akar likuoris, mulberi, asid kojik, dll.

Bahan-bahan lain yang biasanya ok termasuk:

  • Antioksidan semulajadi seperti ekstrak teh hijau
  • Vitamin C (untuk meningkatkan pengeluaran kolagen) – walaupun tidak sepekat seperti serum vitamin C di Malaysia!
  • Vitamin E (untuk menyahaktifkan radikal-radikal bebas)
  • Pelembap semulajadi (cth minyak kelapa, minyak rose hip atau minyak zaitun)
  • Bahan-bahan menanggalkan sel-sel mati secara semulajadi – Alpha Hydroxy Acids (AHAs) atau gula, garam, oat, dsb

2.2. Bahan-bahan Yang Perlu Dielakkan

Jus lemon – Walaupun ia merupakan pencerah kulit (atau rambut) semulajadi, jus lemon sangat mengeringkan dan hanya sesuai untuk kulit jenis berminyak!

Hidrokuinon – Elakkan produk yang menggunakan bahan ini. Ia hanya berkesan mencerahkan kulit anda untuk sementara waktu sahaja. Sesetengah negara telah mengharamkan krim yang tidak-dipreskripsi yang mengandungi hidrokuinon memandangkan ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang sangat teruk jika salah digunakan. Seperti menggelapkan kulit atau merosakkan tekstur kulit anda!

Pewangi tiruan – Harum, tetapi tidak mempunyai fungsi untuk kulit anda. Dan ia boleh menyebabkan iritasi teruk pada kulit yang sensitif.

Alkohol – Mengeringkan tetapi sukar untuk dielakkan dalam kebanyakan produk kecantikan!

3. Perhatian Ketika Menggunakan Krim Pemutih

Uji produk dengan menggunakan kuantiti sedikit terlebih dahulu. Sama ada di sebelah dalam pergelangan tangan ataupun siku.

Kedua, jangan tinggalkan pemakaian pelindung matahari jika anda sentiasa menggunakan krim pemutih secara kerap!

Krim pemutih akan mengurangkan melanin pada kulit anda secara perlahan-lahan.

Disebabkan melanin melindungi kulit anda daripada sinar UV, anda perlukan sunscreen terbaik untuk melindungi kulit anda daripada rosak!

PS: Jangan lupa untuk menanggalkan pelindung matahari anda pada penghujung hari anda dengan menggunakan oil cleanser yang terbaik!

11 Krim Pemutih Wajah Terbaik di Malaysia 2022

  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Kulit Kering – Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream
  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Parut Jerawat dan Pigmentasi – The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Face Whitening Serum
  • Krim Pemutih Dengan Perlindungan Matahari Terbaik – Clinelle WhitenUp Brightening Day Cream SPF20
  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Merawat Jerawat – Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask
  • Krim Pemutih Untuk Menenangkan Terbaik – Clinique Even Better Brighter Milky Lotion
  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Bawah Solekan – LOccitaine Reine Blanche Whitening Rich Cream
  • Krim Pemutih/ Krim Malam Terbaik (Bagus Untuk Jenis Kulit Kering) – Hada Labo Premium Whitening Water Cream
  • Krim Pemutih Terbaik Dengan Kesan Kecerahan Segera – DR.JART+ V7 Toning Light whitening cream
  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Melasma – Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
  • Krim Pemutih Terbaik Untuk Kulit Kering Ke Kombinasi – L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream

1. Clinique Even Better Brighter Milky Lotion

Krim Pemutih Untuk Menenangkan Terbaik

Clinique Even Better Brighter Milky Lotion mempunyai tekstur amat ringan yang menyerap dengan mudah ke dalam kulit. Menjadikannya lembut dan lembap. Teksturnya seperti gel yang licin.

Ekstrak scutellaria baicalensis, merupakan antioksidan semulajadi dengan sifat-sifat anti keradangan merupakan salah satu bahan utama dalam produk ini. Bersama dengan bahan penenang-kulit yang lain seperti ekstrak timun dan ekstrak teh hijau.

Terdapat juga asid sitrik (vitamin C) untuk mencerahkan pigmentasi kulit!

Jika anda bernasib baik, anda mungkin perasan kesan pencerahan hanya selepas dua minggu penggunaan. Tetapi tidak semua orang memperolehi kesan yang secepat itu!

Dan walaupun kesan penghingdratan mungkin mencukupi bagi sesetengah orang, orang yang mempunyai kulit terlebih kering mungkin memerlukan bantuan tambahan daripada pelembap lain yang berasingan.

Gunakan losyen Clinique’s Even Better Brighter Milky dua kali sehari, selepas losyen pati dalam rangkaian produk yang sama.

Losyen Cllinique Even Better Brighter Milky Lotion tidak dapat disangkal lagi, adalah merupakan krim pemutih paling mahal di Malaysia tetapi ia mempunyai banyak bahan semulajadi yang bermanfaat untuk tujuan menenangkan kulit, anti-penuaan, selain daripada mencerahkan kulit.

Clinique Even Better Brighter Losyen Susu
  • Saiz: 100ml
  • Sesuai Untuk: Normal, Kusam
  • Pelindungan Matahari: n/a
  • Bahan Utama: Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis, Minyak Avokado, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Buah Timun
  • Harga: ~RM235

Kebaikan:

  • Tanpa pewangi
  • Mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi – untuk menenangkan, menanggalkan sel-sel mati, melembapkan dan mencerahkan kulit!
  • Tekstur ringan yang selesa

Keburukan:

  • Tidak cukup melembap (untuk kulit jenis kering)
  • Tiada perlindungan matahari
  • Mahal
  • Silikon adalah salah satu daripada bahan kandungan utama (iaitu dimethicone)

2. Clinelle WhitenUp Brightening Day Cream SPF20

Krim Pemutih Dengan Perlindungan Matahari Terbaik

Apa yang paling menawan hati para pengguna ialah ciri teksturnya:

Iaitu ringan dan tidak meninggalkan sisa yang melekit atau berminyak.

Krim pemutih daripada Clinelle untuk kegunaan siang kerana ia mengandungi SPF 20 (zink oxida). Kepada kami, ciri perlindungan daripada matahari adalah satu bonus besar sekiranya anda gemarkan produk yang mempunyai pelbagai kegunaan!

Selain daripada ini, formulanya mempunyai vitamin C (sodium ascorbyl phosphate) berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menggalakkan pengeluaran kolagen.

Ekstrak Bunga Daisy juga membantu untuk mencerahkan kulit! Terdapat juga minyak kulit citrus lemon yang tidak sesuai untuk kulit sensitif (iaitu mungkin menyebabkan kulit merengsa).

Jenama ini menjanjikan bahawa krim pemutih ini boleh menghalang pembentukan garisan halus dan kedutan. Pengguna mengakui bahawa produk ini telah mencerahkan dan mengimbangkan tona kulit mereka.

Krim Clinelle WhitenUp Brightening Day Cream SPF20 adalah pilihan yang berbaloi untuk orang yang sedang mencari krim pemutih di Malaysia yang mengandungi perlindungan matahari.

Nota: Serum dalam rangkaian sama juga tersedia.

Clinelle WhitenUp Brightening Krim Siang SPF20
  • Saiz: 40ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: SPF20
  • Bahan Utama: Ekstrak Nasi, Ekstrak Bunga Daisy, Serbuk Jus Daun Aloe Barbadensis, Minyak Buah Bergamot, Minyak Lavandula Hybrida (Lavandin), Minyak Kulit Lemon, Minyak Kulit Oren, Minyak Palmarosa, Minyak Daun Tangerin
  • Harga: RM63

Kebaikan:

  • Tanpa pewangi
  • Tekstur Berkrim
  • Tiada Rasa Melekit
  • Membekalkan perlindungan daripada matahari

Keburukan:

  • Sukar untuk keluarkan krim

Versi krim malam (Tiada Pewangi, Bebas Alkohol):

Clinelle WhitenUp Brightening Night CreamSemak Harga

3. L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream

Krim Pemutih Terbaik Untuk Kulit Kering Ke Kombinasi

Ia mungkin mengejutkan anda bahawa krim pemutih L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream mempunyai sedikit warna ungu. Bekas kaca tersebut memberikan rasa premium.

Krim Malam L'Oreal Paris Aura Perfect

Tidak seperti krim L’Oreal Paris Aura Perfect Day Cream, krim L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream tidak mempunyai perlindungan SPF. Tetapi kedua-dua krim ini berkongsi bahan asas yang sama.

Selepas air, bahan kedua di dalam formula krim L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream adalah silikon yang meruap (cyclohexasiloxane) yang bertanggungjawab ke atas tekstur krim yang amat selesa ini dan rasa-selepas yang tidak berminyak.

Nota: Dengan meruap, ia bermakna krim tersebut tidak kekal pada kulit (iaitu tersejat)

Dari segi senarai bahan kandungan yang selebihnya:

Terdapat emolien seperti isopropyl lauroyl sarcosinate dan pemekat/ penstabil seperti ammonium polyacryloyldimethyl taurate (ke-4 dalam senarai). Tidak terdapat maklumat terperinci mengenai bahan seterusnya tetapi ia juga terdapat pada produk L’Oreal, La Roche dan Kiehl’s yang lain.

Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, anda benar-benar harus melakukan ujian tompokan dahulu memandangkan formula tersebut juga mempunyai pewangi dan bahan berisiko yang lain termasuk linalool.

Krim pemutih L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream meresap dengan pantas pada kulit dengan sensasi pendingin. Tekstur krim tidak melekit mahupun berminyak.

Dan perkara paling bagus mengenai krim ini adalah betapa terasa selesanya ia pada kulit. Sebagai bonus, ia mempunyai aroma yang harum dan agak melembapkan (gliserin ialah bahan ketiga dalam senarai kandungan).

Oleh itu, L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream lebih sesuai untuk orang yang mempunyai kulit jenis lebih kering (kulit kering ke kombinasi) berbanding dengan kulit jenis berminyak.

Sekiranya anda merupakan penggemar produk L’Oreal yang lain, anda mungkin akan menggemari krim L’Oreal Paris Aura Perfect Night Cream walaupun ia tidak akan menghilangkan semua pigmentasi dan parut jerawat dalam masa semalaman (begitu juga dengan krim lain, bukan?)

  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Kering Ke Kombinasi
  • Perlindungan Matahari: tiada maklumat
  • Bahan Utama: Air, Cyclohexasiloxane, Gliserin, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Isopropyl Lauroyl Sarcosinate
  • Harga: ~RM35

Kelebihan:

  • Tekstur ringan yang selesa
  • Berbau wangi
  • Harga mampu-milik
  • Melembapkan
  • Pembungkusan terasa mewah dan bergaya

Kekurangan:

  • Terlalu melembapkan untuk kulit berminyak
  • Mengandungi bahan pewarna, pewangi dan limonina sitrunelol (boleh merengsakan kulit sensitif)
  • Terdapat asid stearik di dalam senarai kandungan (komedogenik)

4. Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream

Krim Pemutih Terbaik Untuk Kulit Kering

Bagus untuk kulit jenis kering, Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream sangat menghidratkan kulit. Selain itu, ia juga bebas daripada minyak mineral dan paraben!

Himalaya Clear Complexion Krim Siang Pemutih

Krim pemutih ini berfungsi seperti krim BB! Ia menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah secara semulajadi dan tanpa menyebabkan wajah anda terlampau putih melepak, iaitu yang selalu menjadi ciri kelemahan bagi produk pemutih yang lain.

Tambahan lagi, krim pemutih ini yang mesra-poket (mudah dibawa kemana-mana), membekalkan perlindungan UV yang mencukupi (ia mengandungi pelindung matahari, titanium dioxide), mengimbangkan tona kulit yang tidak sekata, dan berbau wangi!

Walaupun ia boleh dikatakan kurang berminyak:

Jika anda mempunyai mempunyai kulit terlebih minyak atau mudah-berjerawat krim ini mungkin akan menyebabkan mereka lebih banyak berpeluh dan berjerawat.

Tambahan lagi, mereka yang mempunyai kulit sensitif mungkin akan mengalami kulit yang merengsa, kemerahan, dan melecet terbakar. Jadi sila lakukan dahulu ujian tampalan sebelum menggunakan krim ini!

Nota: Kemasan lembap. (Dewy finish)

  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: n/a
  • Bahan Utama: Licorice, White Dammer
  • Harga: RM39

Kebaikan:

  • Licorice sebagai bahan pencerah semulajadi
  • Anti oksida (white dammer)
  • Membekalkan perlindungan UV
  • Mudah untuk dibawa kemana-mana
  • Berwarna tetapi kelihatan semulajadi

Keburukan:

  • Bau yang pelik
  • Parut / hiperpigmentasi mengambil masa 5-6 bulan untuk pudar
  • Tekstur berminyak yang berat
  • Tidak sesuai untuk kulit berminyak atau mudah-berjerawat

5. Laneige Radian-C Brightening Cream

Laneige Radian-C Brightening Cream menyerap dengan baik, menghantar dos melasolv, vitamin C dan E secukupnya ke dalam kulit anda untuk mencerahkan cela.

Terdapat bau yang lembut dan menyenangkan yang digemari oleh ramai pengguna.

Krim Pemutih Wajah Laneige Radian-C

Selain itu, ia memberikan sedikit kilauan pada kulit. Anda boleh gunakan dua kali sehari. Sebagai pelembap siang dan malam.

Jenama tersebut melabelkan produk ini sebagai ‘lembut pada kulit’. Tetapi para pengkritik amat tidak bersetuju:

Beberapa pengguna telah mengalami sensasi terbakar, kulit merengsa, kulit melecur dan meradang dalam masa beberapa jam selepas menggunakan krim ini. Dan puncanya ialah kandungan asid askorbik yang tinggi!

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, mungkin lebih baik jika anda memilih produk lain.

Secara umum, ia nampaknya pilihan produk yang lebih sesuai untuk kulit jenis terlebih berminyak, kombinasi dan normal. Kerana, krim ini tidak menghidratkan seperti yang dinyatakan. Dengan itu, orang yang mempunyai kulit kering mungkin memerlukan pelembap tambahan daripada produk lain.

Sesetengah pengguna telah mendapati kulit muka mereka lebih cerah dan tompokan gelap yang semakin kurang jelas selepas penggunaan jangka masa panjang! Walaupun begitu, harganya mungkin membuatkan anda berfikir dua kali.

  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: SPF36
  • Bahan Utama: 8.5% Vitamin C derivative Ethyl Ascorbyl Acid (EAE), Melasolv™ dan Vitamin E
  • Harga: RM210

Kebaikan:

  • SPF tinggi (cth tidak perlu sapu dengan kerap)
  • Didatangkan dengan spatula
  • Haruman sitrus ringan
  • Tiada rasa melekit

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi
  • Mahal
  • Boleh menyebabkan sensasi terbakar, kulit merengsa, melecur atau kulit menggelupas
  • Tidak cukup melembapkan untuk kulit kering
  • Tiada perlindungan matahari

6. Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask

Krim Pemutih Terbaik Untuk Merawat Jerawat

Dipenuhi dengan antioksidan dan bahan pencerah (cth: arbutin, asid arkobik, vitamin E, Japanese knotweed dan lain-lain)

Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask juga menghidratkan kulit anda dengan gliserin, panthenol dan butilena glikol!

Para pengguna tidak berhenti bercakap mengenai aroma sitrus yang menyenangkan dan tekstur tidak-melekit yang ringan. Tambahan lagi, ia menyerap sepenuhnya ke dalam kulit. Oleh itu, tidak perlu bimbang mengenai kotoran yang mungkin melekat di bantal!

Dan seperti krim pemutih lain di Malaysia, kesan pencerahan dan menghilangkan parut yang terdapat padanya hanya boleh dilihat dengan penggunaan yang konsisten dan jangka masa panjang.

Bagi kebanyakan pengguna, lingkungan manfaat termasuklah:

Mengawal pembentukan jerawat, menghalang terjadinya lingkaran gelap bawah mata, mengembalikan kelembapan yang hilang dan menghaluskan tesktur kulit.

Namun begitu, sesetengah pengguna mendapati bahawa krim Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask tidak begitu memutihkan atau menghidratkan kulit mereka.

Nota: Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, sila gunakan krim ini dalam kuantiti sedikit dahulu memandangkan sesetengah pengguna mengalami reaksi alahan (seperti kulit menjadi merah, pedih, gatal-gatal atau muka membengkak) selepas menggunakannya!

Kesimpulannya, orang yang mempunyai masalah jerawat (tanpa mengira jika jenis kulit anda ialah berminyak atau kering) boleh mencuba krim Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask sebagai krim pemutih yang juga akan merawat masalah jerawat dan membekalkan hidrasi.

Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask
  • Saiz: 60g
  • Sesuai Untuk: Kulit normal ke berminyak
  • Pelindung Matahari: Tiada
  • Bahan Utama: Ekstrak (Sitron) Goheung Yuja 70%, Niacinamide 5%, Arbutin, Glutathione, Panthenol, Madecassoside, Adenosin, Minyak Kupasan (Citron) Yuja, Vitamin C, Vitamin E
  • Harga: ~RM40

Kelebihan:

  • Diformulasikan tanpa alkohol
  • Bau yang sedap (aroma sitrus)
  • Tekstur ringan (krim berair)
  • Serap dengan baik
  • Pigmentasi semakin cerah (hasilnya boleh dilihat antara 2 minggu hingga 3 bulan)
  • Sedikit sudah mencukupi
  • Harga berpatutan

Kekurangan:

  • Bau yang kuat
  • Tidak cukup menghidratkan bagi kulit yang sangat kering

7. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Face Whitening Serum

Krim Pemutih Terbaik Untuk Parut Jerawat dan Pigmentasi

Terdapat 10 peratus niacinamide tulen (Vitamin B3) dalam The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Face Whitening Serum.

Pengunaan setiap hari produk ini (sekurang-kurangnya 2 minggu) akan mengurangkan tanda parut, titik-titik hitam dan pori-pori besar.

Ia meratakan tona kulit anda, merawat dan menghalang pembentukan jerawat dan mengurangkan tompok matahari (pigmentasi) dan kedutan di samping memberikan kawalan minyak.

Kelemahannya ialah pada permulaan, kulit anda mungkin akan mengalami fasa pembersihan: (mungkin jerawat kecil akan muncul bertujuan untuk membuang sel kulit mati). Malangnya, sesetengah pengguna terpaksa memberhentikan penggunaan produk ini kerana mereka mengalami jerawat sistik dan pembentukan jerawat yang sangat teruk ketika fasa pembersihan.

Dan sama seperti kebanyakan produk pemutih, ia boleh membuatkan kulit sensitif menjadi lebih teruk dan merangsang kulit menjadi gatal-gatal, kemerahan, dan keradangan. Jadi, kulit jenis sensitif lebih baik untuk tidak menggunakan krim pemutih ini!

Oleh itu, walaupun Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Face Whitening Serum mungkin menjadi pilihan utama anda untuk tujuan parut jerawat dan pigmentasi, sila pertimbangkan dengan berhati-hati bahawa adakah kesan sampingan (iaitu pembentukan jerawat) yang mungkin akan berlaku adalah berbaloi untuknya.

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Serum Pemutih Muka
  • Saiz: 30ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: n/a
  • Bahan Utama: Niacinamide (Vitamin B3), Zinc PCA, Tamarindus Indica Seed Gum
  • Harga: RM35.99

Kebaikan:

  • Tanpa parabens
  • Tanpa Pewangi
  • Bagus untuk kulit jenis mudah berjerawat atau berminyak
  • Senang menyerap
  • Boleh membantu mengawal masalah jerawat
  • Boleh meminimakan saiz liang pori yang besar

Keburukan:

  • Rasa terbakar pada kulit yang rosak
  • Tidak sesuai untuk kulit yang mudah mendapat alahan
  • Fasa pembersihan (pembuangan sel kulit mati) adalah biasa

8. LOccitane Reine Blanche Whitening Rich Cream

Krim Pemutih Terbaik Untuk Bawah Solekan

Ini krim pemutih lembut lain yang anda boleh gunakan pada waktu pagi dan malam untuk mencerahkan parut-parut jerawat dan sekatakan tona kulit anda secara perlahan.

Walaupun ia tidak berfungsi baik sebagai krim pencerah untuk anda, ia masih lagi pelembap wajah terbaik dengan aroma bunga-bungaannya yang harum!

Produk lembut dan ringan ini sebati dan menyerap sepenuhnya ke dalam kulit dan boleh digunakan dibawah lapisan solekan.

Disebabkan ia mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan fungsi melembapkan yang menakjubkan, ia merupakan produk yang bagus untuk digunakan bersama bagi kegunaan harian!

Dengan penggunaan yang kerap, sesetengah pengguna merasakan kulit mereka lebih bersinar dan lebih cerah, dengan bintik gelap dan tompokan matahari yang semakin berkurangan. Kulit mereka juga terasa lembut dan licin seperti baldu serta sehalus sutera selepas menggunakan krim ini.

Dan oleh itu, krim pemutih ini akan menarik minat kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan mempunyai bintik hitam.

Namun begitu, terdapat beberapa ulasan negatif mendedahkan bahawa produk ini samada telah menggelapkan kulit atau langsung tidak berkesan untuk mencerahkannya.

Tambahan lagi, beberapa pengguna menyatakan ia mempunyai kesan menghidratkan yang sederhana. Jadi, jika anda mempunyai kulit-sangat kering, anda mungkin perlu untuk menambah produk ini dengan pelembap lain.

Walaupun ianya mudah untuk digunakan dan serasi elok di bawah solekan, krim LOccitaine Reine Blanche Whitening Rich Cream sememangnya agak mahal untuk kesan tanpa manfaat yang serta-merta, selain hanya hidrasi.

Jadi anda mungkin ingin mencuba krim pemutih yang lain sebelum anda mencuba krim LOccitaine Reine Blanche Whitening Rich Cream.

LOccitane Reine Blanche Krim Pemutih
  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: n/a
  • Bahan Utama: Ekstrak Bunga Spiraea Ulmaria, Ekstrak Akar Morus Alba
  • Harga: RM270

Kebaikan:

  • Haruman bunga yang menyenangkan
  • Tidak berasa berat pada kulit
  • Kesan menghidratkan yang bagus
  • Boleh dipakai di bawah solekan

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi
  • Mahal
  • Tiada SPF bagi tujuan perlindungan matahari

9. Hada Labo Premium Whitening Water Cream

Krim Pemutih/ Krim Malam Terbaik (Bagus Untuk Jenis Kulit Kering)

Arbutin (berasal dari tumbuhan bearberry) merupakan agen pencerahan. Dan ia berfungsi dengan menghalang tyrosinase daripada mengeluarkan melanin (cth titik-titik hitam).

Selain itu terdapat juga bahan sangat berguna dalam Hada Labo Premium Whitening Water Cream iaitu asid hialuronik untuk sifat-sifat melembapkan!

Dan itulah ciri paling menonjol bagi krim pemutih ini:

Pengguna memuji sifat menghidratkan yang sangat tinggi, lebih daripada fungsinya dari segi memutihkan kulit. Tetapi ia tetap berkesan memutihkan dan mencerahkan kulit untuk segelintir yang bertuah kerana ia berkesan.

Terdapat pendapat yang bertentangan mengenai apakah jenis kulit yang paling sesuai dengan produk ini:

Segelintir pengguna yang mempunyai kulit berminyak menyatakan produk ini menyerap sepenuhnya ke dalam kulit dan meninggalkan sisa yang sangat tidak ketara.

Namun begitu, sekumpulan pengguna yang lain menyatakan bahawa krim ini terlampau padat dan berat bagi orang yang mempunyai kulit berminyak. Dan ini telah menyebabkan pembentukan jerawat atau menjadikan jerawat semakin teruk!

Anda mungkin juga ingin mengambil perhatian bahawa krim pemutih ini akan menghasilkan kilaun yang kelihatan berminyak selepas digunakan.

Jadi jika anda mempunyai kulit berminyak tetapi mahu mencuba produk ini, anda perlu menggunakannya sedikit sahaja kerana ia sudah mencukupi!

Sebaliknya, orang yang mempunyai kulit yang lebih kering (yang sentiasa perlu menggunakan kelembapan tambahan) akan menikmati krim Hada Labo Premium Whitening Water Crem yang ringan tetapi melembapkan ini.

Hada Labo Krim Air Pemutih Premium
  • Saiz: 50g
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Pelindungan Matahari: n/a
  • Bahan Utama: Tranexamic Acid, Vitamin E&C, Arbutin, Minyak Biji Meadowfoam, Mentega Sayur, Hydrolyzed Hyaluronic Acid
  • Harga: RM73.2

Kebaikan:

  • Bebas daripada pewangi, warna, minyak mineral dan alkohol
  • Ringan tetapi cukup lembap untuk dijadikan krim malam
  • Memudarkan parut-parut jerawat (arbutin, tranexamic acid dan vitamin C)
  • Anti-keradangan (tranexamic acid)
  • Boleh digunakan sebagai asas solekan

Keburukan:

  • Mungkin terlalu melekit untuk kulit jenis berminyak
  • Tiada perlindungan matahari (lebih sesuai digunakan sebagai masker tidur@sleeping mask)

10. DR.JART+ V7 Toning Light

Krim Pemutih Terbaik Dengan Kesan Kecerahan Segera

Krim pemutih DR.JART+ V7 Toning Light berbau wangi (aroma sitrus) dan datang dengan aplikator plastik yang jernih dimana ia bagus untuk menghalang terjadinya pendedahan bakteria daripada jari anda ke dalam bekas krim.

Dr. Jart V7 Toning Light Cream

Nota: Salah satu bahan kandungan utama ialah natrium askorbil fosfat – vitamin C yang dalam bentuk larut-air dan antioksida yang bagus

Teksturnya pekat tetapi ia mengering dengan pantas dan oleh sebab ia mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan lapisan putih pada kulit yang bertona lebih gelap, cuba untuk menggosoknya dengan cepat untuk mengelak garisan putih daripada kelihatan pada garisan lipatan di muka anda.

Nota: Titanium dioksida ada terdapat di dalam formula – ini yang menyebabkan lapisan putih

Walaupun mempunyai tekstur yang pekat, ia tidak memberikan perlindungan penuh seperti-sahap noda (concealer). Tetapi yang bagusnya, ia tidak terasa melekit atau berminyak pada kulit.

Ia juga berfungsi sebagai asas untuk solekan memandangkan ia hanya meninggalkan sedikit kilauan pada wajah.

Untuk kulit jenis lebih kering, krim pemutih DR.JART+ V7 Toning Light tidak cukup menghidratkan dan juga akan menjadi lebih sukar untuk memakainya.

Sekiranya anda menggemari kesan kecerahan serta-merta daripada lapisan putih yang ringan dan mempunyai kulit yang tidak terlalu kering:

Krim pemutih DR.JART+ V7 Toning Light adalah krim yang amat bagus dengan bahan anti-penuaan (seperti niasinamida, vitamin dan vitamin E, dll) daripada jenama Korea yang bereputasi baik.

  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Kusam
  • Perlindungan Matahari: tiada maklumat
  • Bahan Utama: Niasinamida, Natrium Askorbil Fosfat, Tocopheryl Asetat, Ubikuinon, Ekstrak Akar Manis
  • Harga: ~RM90

Kelebihan:

  • Berbau wangi (aroma ringan)
  • Tidak melekit/berminyak
  • Agak bagus untuk dijadikan sebagai asas solekan
  • Kesan pencerahan serta-merta (daripada lapisan putih)
  • Kemasan akhir yang matte
  • Tidak perlu menggunakannya dengan banyak
  • Dengan bahan anti-penuaan

Kekurangan:

  • Meninggalkan lapisan putih untuk tona kulit yang lebih gelap (seperti lapisan putih pada garisan lipatan muka)
  • Tidak cukup melembapkan untuk kulit jenis terlalu kering
  • Sukar untuk sebati dengan rata
  • Tidak murah

11. Eucerin Spotless Brightening Booster Serum

Krim Pemutih Terbaik Untuk Melasma

Walaupun ianya bukanlah sejenis krim, kami perlu untuk menyebut mengenai Eucerin Spotless Brightening Booster Serum kerana bahan yang amat menarik yang terkandung di dalamnya – thiamidol.

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum

Anda mungkin tidak pernah dengar mengenai thiamidol tetapi ia adalah alternatif baru untuk penggunaan hidrokuinon bagi tujuan mencerahkan dan mengurangkan tanda-tanda melasma.

Kajian* menunjukkan bahawa penggunaan thiamidol secara kerap dan konsisten (sehingga selama 12 minggu) ada menunjukkan kesan positif dalam memperbaiki penampakan pigmentasi.

Sodium hyauronate (asid hyaluronik) juga tedapat dalam formula dan ia sentiasa bagus untuk kulit. Seperti butilina glikol dan gliserin dimana merupakan bahan paling utama dalam senarai kandungan.

Serum tersebut tidak berminyak mahupun melekit dan menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Ia benar-benar seperti tidak memakai apa-apa. Dan jika anda menggunakannya dengan krim malam, ia juga sesuai dengan kulit jenis yang lebih kering.

Jadi jika anda secara spesifiknya sedang ingin mencerahkan parut pada wajah anda, serum Eucerin Spotless Brightening Booster Serum seharusnya dapat mencerahkan sebahagian parut hitam, atau sekurang-kurangnya menyinarkan kulit anda.

Anda perlu menjangkakan keputusan yang realistik dan anda mungkin akan terkejut dan kagum dengan serum Eucerin Spotless Brightening Booster Serum.

Namun begitu, kami benar-benar berharap agar ia tidak mengandungi pewangi jadi jika anda mempunyai kulit yang sensitif, sila teruskan penggunaan serum secara sedikit demi sedikit.

*Kajian (sebahagian daripada kajian ini secara jelas ditaja oleh syarikat-syarikat yang ternyata mewujudkan percanggahan kepentingan):

  1. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/ics.12626
  2. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022202X1930137X
  • Saiz: 30ml
  • Sesuai Untuk: Kulit yang mempunyai melasma
  • Perlindungan Matahari: Sedikit dengan adanya octocrylene, tetapi anda tetap perlu menggunakan pelindung matahari
  • Bahan Utama: Air, Alkohol ternyahasli, Butilina Glikol, Gliserin, Octocrylene, Sodium Hyaluronate, Vitamin E
  • Harga: ~RM130

Kelebihan:

  • Tidak terasa melekit atau berminyak pada kulit
  • Meresap dengan baik
  • Mencerahkan sebahagian pigmentasi
  • Mencerahkan kulit
  • Berbau semulajadi (bukan tidak menyenangkan)

Kekurangan:

  • Mengandungi pewangi dan asid sitrik (boleh merengsakan kulit sensitif)
  • Tidak berkesan untuk semua jenis hiperpigmentasi
  • Kesan selalunya tidak sepantas 2 minggu seperti yang didakwa
  • Tidak murah

Bagaimana Krim Pemutih Berfungsi?

Pertama sekali, terdapat enzim dinamakan Tyrosinase yang mengeluarkan melanin. Melanin ialah bahan yang memberikan anda warna kulit anda.

Mempunyai melanin yang terlalu banyak di kawasan tumpuan menyebabkan hiperpigmentasi (seperti tanda penuaan).

Krim pencerah menghalang enzim-enzim ini. Kemudiannya, ia akan mengurangkan kesan hiperpigmentasi pada kulit anda!

PS: Anda boleh menggunakan krim pemutih bersama-sama dengan minuman kolagen terbaik untuk kulit!

Adakah Terdapat Sebarang Kesan Sampingan?

Sesetengah krim pemutih menggunakan bahan kimia yang amat kasar untuk memutihkan kulit anda. Masalahnya ialah ia boleh mendatangkan bahaya kepada kulit anda setelah penggunaan jangka masa panjang.

Kesan sampingan daripada proses pencerahan kulit termasuklah:

  • Mengurangkan pengeluaran kolagen
  • Kulit menipis
  • Kadar sensitiviti yang tinggi terhadap cahaya dimana ia boleh menyebabkan kanser kulit
  • Jerawat bertambah buruk
  • Kanser kulit (terutamanya produk yang mengandungi hidrokuinon)

Kawasan di sekitar mata anda lebih sensitif berbanding dengan kawasan lain pada wajah anda! Oleh itu, anda boleh laburkan duit untuk gunakan krim mata yang bagus!

Kesimpulan

Mencerahkan parut-parut jerawat, titik-titik hitam, kusam dan banyak lagi dengan krim pemutih wajah terbaik di Malaysia!

Bantu diri anda untuk kekal dengan satu produk yang bebas hidrokuinon! Senarai produk-produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi (kebanyakan vitamin C) untuk mencerahkan kulit anda!

Bacaan lanjut: