You are currently viewing 15 Pelembap Wajah Terbaik Di Malaysia 2022 – Untuk Menghidratkan Kulit (Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit)

BestBuyGet disokong oleh pembaca. Kami mungkin mendapat komisen dari pautan dalam artikel ini tanpa kos tambahan kepada anda. Ketahui lebih lanjut.

Legakan kulit kering dengan pelembap muka terbaik di Malaysia tahun 2022! Kulit lembap menjadikan anda kelihatan lebih muda dan rasa lebih selesa!

Bergantung kepada keperluan kulit anda, anda mungkin dapat menemui pelembap kedai farmasi yang cukup melembapkan atau anda mungkin memerlukan pelembap yang berasaskan air berbanding berasaskan minyak.

Walau apapun, berikut merupakan beberapa pelembap wajah menghidratkan yang terkenal untuk kulit jenis kering, berminyak dan kombinasi.

Senarai Kandungan:

Bagaimana Pelembap Wajah Berfungsi?

Pertama sekali, pelembap wajah yang bagus akan mengunci kelembapan pada kulit anda. Ia sama seperti pelembap bibir pada kulit dan bukannya pada bibir anda!

Fungsi lainnya adalah memberi kelembapan dari dalam kulit anda ke lapisan kulit yang paling atas.

Selain itu terdapat juga pelembap wajah yang membuang sel-sel mati. Atau pelindung matahari!

Cara Untuk Memilih Pelembap Wajah Yang Sesuai

Pelembap wajah wajib ada dalam mana-mana rutin kecantikan asas bersame dengan pencuci muka dan sunblock yang bagus!

Dan pelembap selalunya adalah langkah terakhir dalam urutan rutin penjagaan kulit waktu malam anda!

PS: Jika anda menggunakan serum vitamin C yang terbaik di Malaysia, sapukan serum tersebut sebelum menggunakan pelembap wajah dan pelindung matahari.

Anda amat memerlukan pelembap muka jika anda:

  • Berkerja di dalam persekitaran yang berhawa dingin
  • Selalu berenang
  • Berusia 30 tahun ke atas
  • Mempunyai kulit kering yang semulajadi

Langkah 1: Mengenalpasti Jenis Kulit Anda

Ini adalah amat penting! Jika anda menggunakan pelembap yang mengandungi kandungan kelembapan terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan pembentukan jerawat!

Kulit anda mungkin salah satu daripada jenis kulit berikut:

  • Kulit Berminyak – kulit lembap secara semulajadi; kulit kelihatan bersinar dan pori-pori muka kelihatan jelas.
  • Kulit Kering -Kulit kelihatan berbonjol-bonjol atau menggelupas, mungkin disebabkan gatal
  • Kulit Kombinasi – Kawasan Zon-T Berminyak (dahi, hidung dan dagu) dan pipi yang kering.
  • Kulit Sensitif – Kulit mudah merengsa (cth: gatal, kemerahan, bersisik dsb) dengan kebanyakan produk ataupun faktor luaran (cth makanan ataupun alergen persekitaran)
  • Kulit Mudah Berjerawat – Selalu mengalami keadaan jerawat tumbuh dengan banyak dan jerawat batu.

Jika kulit anda tidak termasuk dalam mana-mana kategori tadi, bermakna anda mempunyai kulit yang normal! Kulit normal jarang mengalami masalah-masalah – kami sangat mencemburui anda!

Dalam kes itu, anda selamat menggunakan pelembap wajah ringan yang tidak berminyak!

Saranan mengikut jenis kulit:

Jenis KulitBahan Yang BagusBahan Tidak BagusNota
BerminyakAsid Hialuronik,
Gliserin,
Asid Salicylic
Minyak Pati,
Minyak Mineral,
Jeli Petroleum ,
Lemak Koko,
Silikon (E.G. Dimethicone),
Minyak Kelapa,
Lanolin

Elakkan bahan komedogenik; losyen bebas minyak yang mengawal sebum adalah terbaik

KeringMentega Sayur,
Minyak Jojoba,
Minyak Kelapa,
Lanolin,
Asid Hialuronik,
Gliserin,
Dimethicone
Asid Salicylic,
Asid Glycolic,
Kaffein,
Retinoid,
Alkohol
Krim dan losyen pekat adalah paling berkesan; sebaiknya, jika boleh elakkan bahan yang mempunyai pewangi juga.
KombinasiN/AN/AGunakan pelembap wajah ringan yang bebas minyak. Dan/atau pakai pelembap wajah tebal pada bahagian muka anda yang kering.
SensitifAloe Vera,
Timun,
Bunga kamomil,
Mentega Sayur,
Ekstrak Calendula,
Oat
Mana-mana Pewangi,
Alkohol,
Parabens,
Penggelupas,
Sodium Lauryl Sulfates,
Pelindung Matahari Kimia,
Minyak Pati,
Asid Sitrik
Bahan yang minimal dan semulajadi; cari pelembap wajah yang tidak berbau dan pelembap wajah yang tidak mendatangkan alahan dengan ramuan yang menenangkan kulit.
Mudah BerjerawatAlpha Hydroxy Acid (AHA),
Beta Hydroxy Acid (BHA),
Witch Hazel,
Tea Tree Oil,
Salicylic Acid

Minyak Pati,
Minyak Mineral,
Silikon,
Minyak Kelapa,
Lanolin

Sama dengan kulit berminyak dan lebih baik jika mempunyai bahan yang bersifat anti radang.

Langkah 2: Memeriksa Bahan-bahan

Ia bukanlah perkara luar biasa jika melihat bahan-bahan dalam toner muka, krim pemutih muka dan krim mata adalah sama!

Dan anda tidak perlu rasa terbeban dengan label bahan kandungan yang panjang. Anda perlu ambil perhatian 5 bahan-bahan ini terlebih dahulu!

Berikut merupakan bahan yang biasa ditemui (selain air):

Untuk mengunci kelembapan:

  • Petrolatum
  • dimethicone
  • lanolin
  • minyak mineral

Untuk memberi penghidratan:

  • Asid Hialuronik
  • Gliserin
  • Propilena glikol

Untuk membuang sel-sel kulit mati:

  • AHA (alpha hydroxy acid)

For anti-penuaan:

  • Retinol
  • Niacinamide (vitamin B3)
  • Linoleic acid
  • Peptides

Dan ini merupakan bahan-bahan yang anda jarang lihat:

Ceramides

Lapisan pelindung kulit anda terdiri daripada 50% kandungan ceramides (atau lipids). Lapisan pelindung ini akan memastikan kulit anda sentiasa lembap.

Dan ia berfungsi sebagai perlindungan kulit anda daripada elemen-elemen luaran seperti debu dan pencemaran.

Apabila anda tidak mempunyai keseimbangan ceramida yang betul, ia akan menyebabkan kulit anda berasa kering (“tegang”). Untuk kes yang serius, ia akan menyebabkan kulit menggelupas, gatal dan kemerahan.

Bercakap mengenai rasa tegang:

Bertukar kepada produk cleansing oil yang bagus mungkin merupakan pilihan yang lebih baik jika anda mempunyai kulit yang kering!

Nota: Anda akan kehilangan ceramides apabila semakin meningkat usia. Ataupun jika terlalu terdedah dengan sinaran matahari!

Langkah 3: Jenis-jenis Pelembap Muka

Pelembap wajah boleh terbahagi kepada 3 jenis bergantung kepada kepekatannya. Pilih mengikut jenis kulit anda!

Jika anda bercadang untuk membeli pelembap wajah berbeza untuk kegunaan siang dan malam, pilih pelembap yang lebih pekat untuk kegunaan pada waktu malam!

Losyen:

Losyen mempunyai tekstur ringan disebabkan oleh kandungan air yang tinggi. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.

Krim:

Krim lebih pekat berbanding dengan losyen memberi lebih banyak penghidratan. Oleh itu, ia sesuai untuk kulit normal atau kombinasi!

Salap:

Kulit jenis sensitif atau kering perlukan bantuan salap untuk mengunci kelembapan yang sangat bernilai!

15 Pelembap Muka Terbaik Di Malaysia 2022

  • Terbaik Untuk Kulit Normal – THE INKEY LIST Bakuchiol Moisturizer
  • Terbaik Untuk Kulit Kering Malaysia – CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30
  • Terbaik Untuk Kulit Kombinasi – Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly
  • Terbaik Untuk Kulit Berminyak & Mudah Berjerawat (Kawalan Minyak) – IUNIK Centella Calming Gel Cream
  • Terbaik Untuk Merawat Kulit Berjerawat – Origins Original Skin™ Matte Moisturizer With Willowherb
  • Terbaik Untuk Kulit Sensitif – REMDII Intensive Moisturizing Cream
  • Pelembap Muka Bajet Terbaik – Simple Hydrating Light Moisturizer

Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Normal

1. THE INKEY LIST Bakuchiol Moisturizer

Pelembap yang lembut yang diimport daripada UK ini mempunyai bahan berkualiti tinggibakuchiol! PIlihan alternatif semulajadi untuk retinol untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin!

THE INKEY LIST Bakuchiol Moisturizer adalah serupa dengan Biossance Phyto-Retinol Serum, tetapi dengan harga yang lebih murah!

Dan walaupun ia tidak begitu melembapkan dengan bagus, tetapi ia tidak akan merengsakan kulit atau menyebabkan kulit anda menjadi lebih berminyak atau lebih kering!

THE INKEY LIST Bakuchiol Moisturizer sangat bagus sebagai pelembap yang lembut untuk kulit jenis normal, kombinasi dan berminyak yang juga bersifat sensitif.

Namun begitu, kesan anti-penuaan sangat perlahan dan mungkin tidak dapat dilihat dengan jelas bagi sesetengah pengguna!

THE INKEY LIST Bakuchiol Moisturizer
  • Saiz: 30ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan-bahan Utama: Minyak Biji Plukenetia Volubilis (Minyak Sacha Inchi), Bakuchiol, Vitamin E, Phytic Acid
  • Harga: ~RM50

Kelebihan:

  • Bebas alkohol, bebas sulfat, bebas paraben, bebas silikon, dan bebas wangian
  • Tekstur losyen ringan (konsisten cair)
  • Dengan kandungan glycerin, minyak omega-3-packed sacha inchi, squalane dan vitamin E untuk menghidratkan kulit anda
  • Mempunyai penilaian 95% untuk Keselamatan Bahan (SkinCarisma)
  • Tidak mempunyai bau yang kuat (ia berbau seperti herba, sama seperti pelembap Bobbi Brown)
  • Memperbaiki tona kulit secara beransur-ansur
  • Cukup menghidratkan untuk kulit kombinasi
  • Tidak berminyak

Keburukan:

  • Tidak cukup untuk menghidratkan kulit yang kering
  • Tidak menenangkan atau menyembuhkan kulit yang mudah berjerawat
  • Pembungkusan dalam tiub menjadikannya tidak mudah untuk digunakan

2. Mamonde Rose Water Gel Cream

Mamonde’s Rose Water Gel Cream, produk dari Korea Selatan juga mengandungi bahan-bahan penghidratan seperti butylene glycol, glycerin atau sodium hyaluronate!

Berhati-hati kerana ia mempunyai wangian bunga ros yang kuat! Walaupun aromanaya yang digemari oleh kebanyakan pengguna, tetapi terdapat juga pengguna lain yang mendapatinya terlalu kuat! Dan ia juga akan memudar selepas beberapa ketika.

Selain itu, Mamonde Rose Water Gel Cream mempunyai tekstur gel yang cair dan mempunyai kualiti penyerapan yang bagus, ia menghidratkan secara sederhana.

Dan jika anda tidak kisah dengan baunya, Mamonde Rose Water Gel Cream adalah pelembap yang bagus untuk kulit jenis normal, kombinasi dan malahan kulit yang berminyak juga.

Satu-satu keburukan terbesarnya ialah mengenai penambahan pewangi mawar tiruan ke dalamnya dan kewujudan beberapa bahan komedogenik (seperti asid stearik)!

Krim Gel Air Mamonde Rose
  • Saiz: 80ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  • Bahan Utama: Sodium Hyaluronate, Ekstrak Bunga Ros
  • Harga: ~RM99

Kelebihan:

  • Bebas alkohol, bebas sulfat, bebas paraben
  • Tidak perlu menggunakannya dengan banyak
  • Kulit tidak terasa atau kelihatan melekit atau berminyak
  • Boleh juga berfungsi sebagai primer
  • Gel cair yang konsisten
  • Mempunyai penilaian 91% untuk keselamatan bahan (SkinCarisma)

Keburukan:

  • Mengandungi asid stearik (komedogenik) dan silikon
  • Boleh menjadi melekit ketika 10 minit pertama selepas digunakan
  • Wangian yang kuat akan memudar

Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering

3. The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA

The Ordinary, jenama dari Kanada tampil dengan pelembap Natural Moisturising Factors + HA dengan bahan-bahan yang berisiko rendah. Seperti ceramide dan bahan seakan kulit yang lain (glycerin, asid linoleik, dan asid hyaluronik)!

Penghidratan yang dibekalkan adalah kekal lama! Dan jika ia bersesuaian dengan kulit anda, ia menyerap dengan pantas! Untuk kulit jenis kering yang sederhana, The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA moisturizer memberi kelembapan yang mencukupi tanpa terasa berat!

Namun begitu, anda mungkin seharusnya tidak menggunakan pelembap The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau mudah-berjerawat kerana ia mengandungi beberapa bahan komedogenik.

The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA 100ml
  • Saiz: 30ml, 100ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Multiple Amino Acids, Fatty Acids, Triglycerides, Urea, Ceramides, Phospholipids, Glycerin, Saccharides, Sodium PCA, Hyaluronic Acid, Vitamin E, Allantoin
  • Harga: ~RM48, ~RM88

Kelebihan:

  • Bebas alkohol, bebas sulfat, bebas paraben, dan bebas wangian
  • Asas mekap yang sempurna
  • Berfungsi sebagai asas yang licin untuk solekan
  • Mempunyai tekstur yang pekat dan berkrim dengan vitamin E tulen (tocopherol)
  • Mempunyai penilaian 96% untuk Keselamatan Bahan di SkinCarisma
  • Tidak bergumpal di bawah solekan atau pelindung matahari (membentuk sapuan yang rata)
  • Tidak berminyak

Keburukan:

  • Mengandungi asid sitrik (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
  • Tidak sesuai untuk kulit berminyak (mempunyai bahan-bahan menyumbatkan pori – alkohol cetyl)
  • Tidak mudah untuk mengeluarkan produk terakhir

4. CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30

Seperti namanya, pelembap wajah daripada CeraVe ini mempunyai SPF (zink oksida yang juga merupakan anti-keradangan)!Dan Ia tidak terasa seperti pelindung matahari yang biasa anda gunakan, walaupun ia mempunyai bau sepertinya!

Pengguna yang sentiasa mengejar masa amat menggemari ciri dwi fungsi daripada pelembap wajah CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30. Mempunyai nilai setinggi 4.5/5 di Amazon daripada lebih 30,000 penilaian untuk pelembap ini!

Kulit anda akan mendapat kelembapan daripada gliserin dan asid hyaluronik dengan ceramide untuk mengekalkan kelembapan.

Secara keseluruhannya, pelembap muka ini adalah pilihan yang baik untuk pelembap harian (dengan SPF) yang sesuai dengan kulit kering dan sensitif. Walau bagaimanapun, untuk kulit yang amat kering, anda mungkin memerlukan penyapuan semula untuk setiap 2 jam.

Sebaliknya, pelembap CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30 adalah terlalu berminyak untuk kulit jenis berminyak.

CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30
  • Saiz: 88ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  • Bahan Utama: Ceramide 1, Ceramide 6 II, Ceramide 3, Hyaluronic Acid, Niacinamide, Zinc Oxide
  • Harga: ~RM105

Kelebihan:

  • Bebas Minyak
  • Tidak menyumbatkan pori
  • Telah Melalui Ujian Alergi
  • Tanpa Pewangi
  • Niacinamide untuk mencerahkan kulit
  • Mengering dengan menghasilkan kemasan matte
  • Menghasilkan lapisan yang sempurna di bawah solekan

Keburukan:

  • Tidak selamat untuk sawar (mengandungi ortocrylene dan homosalate)
  • Mengambil sedikit masa untuk menyerap
  • Jika ia tidak menyerap dengan sepenuhnya, akan terdapat lapisan tidak rata dan sedikit tompokan putih
  • Terasa bergris untuk kulit jenis berminyak

5. Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Lotion

Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Lotion mempunyai sifat-sifat anti penuaan melalui bahan-bahannya iaitu beta-carotene, vitamin A (retynyl palmitate) dan E (tocopheryl acetate)!

Pengguna menyatakan pelembap muka ini boleh berfungsi sebagai asas solekan! Ia mempunyai tekstur berkrim tetapi tidak terasa berat.

Kemasan akhir yang terhasil tidak sepenuhnya matte. Tetapi ia tetap menjadikan kulit kelihatan bersinar dan lembap.

Kesimpulannya, Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Lotion adalah penjagaan kulit dan primer dalam satu produk!

Kandungannya cukup tinggi untuk dijadikan sebagai krim malam jika anda mempunyai kulit kombinasi.

Walaupun label dan penerangan produk:

Kami berpendapat Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Lotion adalah lebih sesuai untuk kulit yang kering daripada kulit berminyak atau jenis kulit mudah-berjerawat memandangkan ia mempunyai mentega shea (butter shea) dimana ia merupakan bahan komedogenik.

Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Lotion
  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kombinasi, Kering, Normal
  • Bahan Utama: Mentega Sayur Dengan Vitamin B, C Dan E
  • Harga: ~RM248

Kelebihan:

  • Bebas phthalate, bebas sulfat, bebas paraben, bebas gluten, dan bebas alkohol
  • Vegan
  • Bau harum (sitrus)
  • Manakala bahan glycol, squalane, sodium hyaluronate dan minyak sayuran berfungsi untuk melembapkan kulit anda
  • Mudah digunakan
  • Tidak perlu digunakan dengan banyak
  • Tidak terasa melekit atau berat pada kulit
  • Pembungkusan yang cantik
  • Menggandakan keupayaan asas mekap jenis serbuk

Keburukan:

  • Mempunyai bahan-bahan komedogenik (cth mentega sayur)
  • Mahal

6. Fresh Rose Deep Hydration Face Cream

Jika anda sukakan haruman bunga ros:

Minyak bunga ros Damascena yang terdapat dalam pelembap ringan ini juga berfungsi sebagai anti-oksidan! Formula penghidratan ini mengandungi timun, gliserin butylene glycol, dan sodium hyaluronate!

Bukan sekadar terasa selesa pada kulit, pengguna juga mendapati bahawa kulit mereka terasa lebih lembut dan anjal pada keesokan hari! Penilaian untuk produk ini di Sephora ialah 4.5 daripada 600+ ulasan!

Tekstur Fresh Rose Deep Hydration Face Cream yang pekat adalah sesuai untuk digunakan sebagai krim malam, dan untuk kulit jenis normal dan kombinasi. Ataupun digunakan sebagai pelembap untuk kulit jenis kering!

Namun begitu, ianya sukar untuk mengabaikan hakikat bahawa pelembap Mamonde Rose Water Gel Cream adalah ternyata lebih murah berbanding pelembap Fresh Rose Deep Hydration Face Cream (hampir satu kali  ganda harganya).

Ianya sesuatu yang patut anda fikirkan jika anda hanya sekadar mencari pelembap muka ringan yang mempunyai haruman ros.

Fresh Rose Deep Hydration Face Cream
  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  • Bahan Utama: Air Mawar, Minyak Bunga Ros, Ekstrak Daun Angelica, Hyaluronic Acid, Cucumber Fruit Extract And Vitamin E
  • Harga: ~RM200

Kelebihan:

  • Bebas alkohol, bebas paraben dan bebas sulfat
  • Mempunyai bahan anti penuaan yang lain (e.g. ekstrak angelica keiskei, tocopheryl acetate)
  • Mempunyai penilaian 86% untuk Keselamatan Bahan di SkinCarisma
  • Menyerap dengan baik
  • Kulit yang berkuping menjadi lembap
  • Berbau seperti bunga mawar
  • Tekstur yang berkrim dan pekat tidak melekit dan tidak berminyak
  • Satu bekas bertahan selama ~3 bulan
  • Kekal dan bercampur elok di bawah solekan

Keburukan:

  • Mempunyai pewangi
  • Mempunyai bahan komedogenik (isostearil isostearat)

Kami mempunyai lebih banyak cadangan untuk kulit kering di bahagian kulit sensitif! Jangan lupa untuk lihatnya!

Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Produk Tajaan:

7. SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion

Sangat bersusu dan ringan bagi konsisten, SK II R.N.A Power Airy Milky Lotion tidak berminyak juga!

Dimana ia menjadikannya pelembap waktu siang yang amat selesa untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak! Untuk jenis kulit kering, pelembap ini tentunya dapat mengunci kelembapan dan menjadikan kulit terasa sentiasa terhidrat.

Secara umumnya, kulit akan kelihatan licin juga. Dan terasa lebih lembut dengan penggunaan harian!

SK II R.N.A.POWER Airy Milky Lotion
  • Saiz: 50g, 80g
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Kompleks RNArchitect, Ekstrak Chlorella, Air, Gliserin, PITERA™, Niacinaminde, Protein Soya Terhidrolisis
  • Harga: ~RM420 (50g), ~RM630 (80g)

Kelebihan:

  • Berfungsi sebagai primer di bawah solekan selain pelembap
  • Wangian yang menyenangkan
  • Tidak melekit selepas digunakan
  • Menyerap dengan baik
  • Mencerahkan kulit dari dalaman
  • Mengandungi bahan penghidratan yang kuat

Keburukan:

  • Bukan bebas wangian atau pewarna

8. Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly

Terdapat 4 bahan-bahan dalam Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly yang bagus bagus untuk penghidratan – seperti timun, butylene glycol, asid hialuronik dan gliserin!

Dan terdapat kafein di dalam pelembap ini sebagai anti-oksidan!

Pelembap Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly ini mempunyai penilaian 93% untuk keselamatan bahan di SkinCarisma. Maksudnya jenis kulit sensitif boleh mencubanya.

Kita mengesyorkan untuk menggunakannya ketika waktu siang memandangkan ia selesa untuk dipakai pada persekitaran yang lembap!

Paling penting, Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly sesuai untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak sekiranya kulit anda tidak mempunyai sebarang masalah.

Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly
  • Saiz: 125ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan-bahan Utama: Kek Benih Bunga Matahari, Ekstrak Barli Dan Ekstrak Buah Timun, Asid Hialuronik, Kafein
  • Harga: ~RM149

Kelebihan:

  • Bebas minyak, bebas alkohol, bebas wangian, bebas silikon dan tanpa paraben
  • Tanpa phthalates (phthalates berkait dengan gangguan endokrin)
  • Tiada kandungan minyak pati
  • Menghasilkan lapisan yang sempurna di bawah solekan
  • Satu botol bertahan selama berbulan-bulan
  • Tidak mempunyai sebarang bau
  • Mempunyai tekstur yang ringan seperti gel

Keburukan:

  • Mengandungi asid sitrik (tidak sesuai untuk kulit sensitif)
  • Tidak begitu melembapkan
  • Terasa sedikit melekit ketika menggunakannya (akan menghilang kemudian)

9. Simple Hydrating Light Moisturizer

Pelembap Simple’s Hydrating Light ini mengandungi pelindungan sinaran UV daripada bahan titanium dioxide dan 2 bahan utama untuk anti penuaan seperti vitamin E dan asid laktik. Asid laktik juga boleh menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif.

Pelembap ini memang seperti namanya berdasarkan apa yang telah kami kumpulkan daripada 100+ ulasan yang hampir keseluruhannya positif (penilaian 4.3) di shespeaks.com!

Ia terasa ringan tetapi cukup menghidratkan, dan tidak berminyak. Ia juga melembapkan tanpa menyebabkan kulit kelihatan berkilat (berminyak)!

Simple Hydrating Light Moisturizer adalah sesuai dengan kulit jenis kombinasi sebagai pelembap siang dengan kandungan SPF.

Ia juga berbaloi untuk menyedari bahawa pelembap Simple Hydrating Light Moisturizer adalah alternatif yang jauh lebih murah untuk menggantikan pelembap CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion Broad Spectrum SPF 30 jika anda sedang mencari pelembap dengan SPF!

Tetapi agak mengecewakan kerana ia mengandungi paraben dan silicon! Walaupun begitu, kami amat hargai bahawa tidak terdapat wangian di dalam pelembap ini.

Simple Hydrating Light Moisturizer
  • Saiz: 125ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit (Termasuk Kulit Sensitif)
  • Bahan Utama: Pro-Vitamin B5, Vitamin E, Glycerin, Borage Seed Oil, Allantoin, Lactic Acid
  • Harga: ~RM21.8

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi pewangi tiruan atau warna
  • Tanpa alkohol
  • Bahan-bahan pelembap yang selamat (Panthenol dan Gliserin)
  • Allantoin untuk melegakan kulit
  • Tidak mempunyai rasa melekit
  • Dengan agen pencerahan, alpha-bisabolol
  • Tidak meninggalkan tompokan putih
  • Boleh digunakan di bawah solekan
  • Tekstur yang ringan
  • Tidak mempunyai bau

Keburukan:

  • Mengandungi paraben

10. Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion

Terdapat bahan antioksidan di dalam pelembap ini. Termasuk halia, kunyit, pegaga, vitamin E, dll. Dan cendawan Reishi bertindak untuk melawan kegatalan pada kulit dan juga sebagai anti-oksidan.

Menurut beberapa ulasan di Sephora, Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion menghidratkan kulit tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan atau menjadikannya lebih berminyak.

Sebaliknya, ia ternyata dapat melegakan kulit dan mengurangkan kemerahan! Oleh itu pelembap Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion mungkin sempurna untuk anda jika anda mempunyai kulit yang mudah berjerawat.

Walau bagaimanapun, pelembap Origins Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb sebenarnya mungkin lebih baik untuk kulit mudah berjerawat berbanding pelembap Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion (lihat ulasan penuh yang seterusnya).

Nota: Goncang sebelum guna.

Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion cukup menghidratkan untuk kulit kombinasi dengan butylene glycol, sodium hyaluronate dan glycerin dalam formula.

Tetapi, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, sila berhati-hati dengan kandungan komponen sitrus dan minyak lavender di dalam pelembap ini.

Origins Dr. Andrew Weil For Origins Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion
  • Saiz: 100ml, 200ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  • Bahan Utama: Reishi, Chaga Tertapai & Cendawan Coprinus, Sodium Hyaluronate, Vitamin E
  • Harga: ~RM99, ~RM168

Kelebihan:

  • Bebas alkohol, bebas silikon, bebas sulfat, dan bebas paraben
  • Mengurangkan kemerahan
  • Aroma herba yang menyenangkan
  • Tidak terasa bergris atau berminyak selepas digunakan
  • Tidak membuatkan jerawat makin teruk
  • Meresap dengan pantas ke dalam kulit

Keburukan:

  • Mempunyai wangian
  • Produk yang kadang-kadang berkesan dan kadang-kadang tidak bagi kulit jenis kering dan berminyak

Pelembap Wajah Terbaik Untuk Kulit Berminyak/Kulit Berjerawat

11. Origins Original Skin™ Matte Moisturizer With Willowherb

Ia mengandungi minyak daun eucalyptus, salicylic acid, ekstrak akar scutellaria baicalensis dan minyak kulit lemon yang juga merawat kulit mudah berjerawat:

Origins Original Skin™ Matte Moisturizer dengan Willowherb ini merupakan pelembap wajah ringan yang sempurna untuk jenis kulit kombinasi dan berminyak dengan jerawat.

Ia cukup selesa dan ringan untuk kegunaan siang. Tambahan pula, pengguna yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak juga menggemari produk ini yang menjadikan kulit kelihatan (dan kekal) matte!

Sebagai bonus tambahan, pelembap Origins Original Skin™ Matte Moisturizer With Willowherb mempunyai bau yang harum dan juga terdapat perlindungan UV, memandangkan formulanya mengandungi titanium dioksida. Walaupun ia bukan merupakan faktor pelaris utama bagi pelembap muka ini.

Satu sebab yang mungkin menyebabkan anda berfikir banyak kali untuk mendapatkan pelembap Origins Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb ini adalah harganya. Ia tidak murah.

Kulit jenis sensitif mungkin perlu elak dari menggunakan pelembap Origins Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb ini memandangkan minyak kulit limau, minyak daun eucalyptus, asid salisilik, dll adalah merupakan bahan yang mungkin perengsa.

Origins Original Skin™ Matte Moisturizer With Willowherb
  • Saiz: 30ml, 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Normal, Kering, Berminyak, Kombinasi
  • Bahan Utama: Willowherb, Salicylic Acid, Minyak Bunga Rosa Damascena, Kafein, Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Buah Timun, Ekstrak Laminaria Saccharina
  • Harga: ~RM92, ~RM142

Kelebihan:

  • Tanpa sulfate, tanpa paraben
  • Sedikit pelindungan sinar UV daripada titanium dioxide
  • Dengan bahan antioksidan (seperti minyak bunga rosa damascene, kafein, vitamin E)
  • Bau menyenangkan
  • Mengurangkan minyak pada wajah
  • Ringan
  • Mudah digunakan
  • Tidak perlu digunakan dengan banyak
  • Mengawal minyak sehingga selama 3-6 jam
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Juga boleh digunakan sebagai primer solekan

Keburukan:

  • Mengandungi alkohol (ternyahasli), silicon dan pewangi (tidak sesuai untuk kulit sensitif!)
  • Bukan semua orang menggemari aroma herba
  • Mahal

12. iUNIK Centella Calming Gel Cream

iUNIK Centella Calming Gel Cream dari Korea Selatan mempunyai kombinasi bahan-bahan semulajadi yang menenangkan, menghidratkan dan menyembuhkan! Seperti ekstrak akar licorice, cair daun centella asiatic dan air daun pokok teh!

Walaubagaimanapun, pelembap ini secara khususnya tidak melembapkan (tidak cukup menghidratkan untuk kulit jenis kering):

PPengguna kulit berminyak dan mudah berjerawat biasanya hanya mempunyai ulasan yang bagus mengenai iUNIK Centella Calming Gel Cream ini! Ia membantu untuk melegakan/mengurangkan pembentukan jerawat dan pada masa yang sama membekalkan penghidratan!

Oleh itu, iUNIK Centella Calming Gel Cream adalah sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak yang mudah berjerawat dan itu memerlukan kawalan minyak.

Krim Gel Menenangkan IUNIK Centella
  • Saiz: 60ml
  • Sesuai Untuk: Semua Jenis Kulit
  • Bahan Utama: Air Daun Centella Asiatic, Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh) Air Daun, Butylene Glycol, Air, Niacinamide, Phenyl Trimethicone, Sodium Hyaluronate, dsb
  • Harga: ~RM40

Kelebihan:

  • Tidak Melekit
  • Mengurangkan Kemerahan
  • Selamat untuk jerawat pasir
  • Haruman lembut
  • Tekstur gel
  • Mengeringkan minyak
  • Boleh digunakan sebelum solekan
  • Mempunyai penilaian 91% untuk Keselamatan Bahan di SkinCarisma
  • Mempunyai penilaian 96.8% untuk kepuasan pelanggan di YesStyle (~3.5K ulasan)
  • Menyerap dengan mudah
  • Mengawal minyak dengan baik

Keburukan:

  • Tidak bebas daripada silikon
  • Tidak cukup untuk menghidrat kulit yang kering

Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Sensitif

13. CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator

Pelembap ringan (CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator) daripada CLINIQUE ini menggantikan pelembap sebelum ini; CLINIQUE Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator.

Tekstur gel yang terdapat pada pelembap CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator mungkin terlalu ringan untuk jenis kulit yang terlalu kering tetapi:

Orang yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan berminyak mendapati bahawa pelembap ini membuatkan wajah mereka terasa segar dan lembap sepanjang hari, terutamanya dalam persekitaran yang berhawa-dingin!

Tambahan lagi, pelembap baharu CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator malah lebih menghidratkan berbanding produk terdahulu, iaitu CLINIQUE Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator.

Dan seperti pelembap CLINIQUE Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator yang sebelum ini, pelembap CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator yang baharu juga boleh dijadikan asas solekan yang bagus.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sederhana kering (sedikit menggelupas kerana kekeringan) atau kulit berminyak, bahan butylene glycol yang ada di dalam pelembap CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator juga akan membantu. Yang paling bagus ialah, ia tidak meninggalkan rasa melekit, malahan membuatkan kulit anda lembut dan licin.

Malahan orang yang mempunyai kulit sensitif juga boleh menggunakan pelembap ini memandangkan ia adalah bebas pewangi dan bebas alkohol. Ramai pengguna yang berkulit sensitif juga melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan produk ini.

Dengan demikian, sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar dan mempunyai kulit berminyak, kering, sensitif atau kombinasi:

Pelembap CLINIQUE Moisture Surge 100H 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator  adalah pelembap harian bebas-pewangi dan bebas-alkohol yang bagus jika anda sentiasa berada di dalam persekitaran yang berhawa-dingin.

Clinique Moisture Surge 100-Hour Auto-Replenishing Hydrator Gel Cream
  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Berminyak, Ternyahhidrat (kering), Sensitif dan Kombinasi
  • Bahan Utama: Aloe Bioferment + HA Complex, Vitamin C dan E, Ekstrak Daun Teh Hijau, Ekstrak Lady’s Thistle, Ekstrak Kulit Birch, Kafein
  • Harga: ~RM188

Kelebihan:

  • Diuji alahan
  • 100% bebas pewangi, bebas-alkohol, bebas-minyak dan bebas-paraben
  • Berfungsi sebagai primer
  • Menyerap dengan baik tanpa meninggalkan sisa
  • Tidak terasa melekit
  • Kelembapan yang kekal lama walau di dalam persekitaran berhawa dingin

Keburukan:

  • Tidak cukup menghidratkan untuk kulit yang terlampau kering
  • Mahal

14. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

Dipasarkan untuk orang yang mempunyai kulit normal dan berminyak, pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream adalah pelembap yang mudah menyerap dan ringan.

Malangnya untuk orang yang mempunyai kulit berminyak, pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini tidak begitu membantu dalam kawalan minyak (tidak menghilangkan atau menghalang terjadinya minyak pada wajah seperti yang diiklankan oleh produk) dan ia boleh meninggalkan rasa melekit pada wajah anda.

Oleh itu, sudah tentu kami tidak mengesyorkan pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream untuk orang yang mempunyai kulit yang terlalu berminyak.

Namun begitu, jika anda mempunyai kulit sederhana berminyak atau kulit kombinasi, kami mengesyorkan pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini. Ia mengawal minyak sehingga ke suatu tahap dan tidak mempunyai sebarang bahan yang berbahaya.

Tetapi walaupun senarai bahan kandungannya tidak perlu dibimbangkan, terdapat beberapa isu pembentukan jerawat akibat daripada penggunaan pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini. Ianya adalah sesuatu yang harus diambil perhatian oleh orang yang mempunyai kulit sensitif.

Tambahan lagi, oleh kerana pelembap Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream tidak murah, anda mungkin ingin mencuba dahulu pelembap yang lain.

Atau mencuba dahulu yang bersaiz sampel supaya anda boleh menguji kesesuaian pelembap ini dengan kulit anda sebelum anda membeli pelembap yang bersaiz besar.

Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream
  • Saiz: 50ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Berminyak, Kombinasi & Normal
  • Bahan Utama: Asid Salisilik, Gliserin
  • Harga: ~RM136

Kelebihan:

  • Diuji alahan
  • 100% bebas pewangi, bebas-alkohol bebas-minyak dan bebas-paraben
  • Tekstur krim gel yang menyenangkan
  • Berbau harum
  • Senarai bahan kandungan minima yang mengandungi gliserin sebagai bahan kandungan kedua selepas air (gliserin adalah bahan mesra-kulit dan bahan pelembap yang bagus)
  • Cukup menghidratkan untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak.

Kekurangan:

  • Tidak sesuai untuk kulit yang terlampau berminyak atau kulit sensitif
  • Kawalan minyak yang lemah
  • Meninggalkan rasa melekit di muka
  • Mahal
  • Tidak bebas-kekejaman (ada menjalankan ujian terhadap haiwan)

15. REMDII Intensive Moisturizing Cream

Para pengkaji UPM (Professor & PhD) tampil dengan teknologi terpaten iaitu REMDII Sensitive cream. Kini, mereka mempunyai banyak produk tetapi produk kali ini merupakan formula yang mengubah kehidupan asal. Ia dicipta untuk penghidap ekzema, termasuklah bayi!

Saya secara peribadi menggunakan pelembap ini untuk mengawal simptom penyakit perioral dermatitis saya. Penggunaan berulang kali adalah perlu sepanjang hari. Tetapi kelegaan adalah pantas dan kelembapannya bertahan lebih lama berbanding pelembap lain yang telah saya cuba.

Oleh itu, kami sangat mengesyorkannya untuk orang yang mempunyai kulit sensitif dengan masalah seperti-ekzema. Untuk waktu malam, gunakan versi Ultra Sensitive iaitu dengan kandungan kelembapan lebih tinggi (serta lebih mahal) iaitu asas minyak sayuran berbanding asas minyak mineral.

Kemaskini (2022): Saya telah bertukar kepada versi Ultra Sensitif dimana ia mengandungi asas mentega shea (shea butter), berbanding asas petroleum. Kelembapannya kekal jauh lebih lama jadi akhirnya saya menggunakan produk yang lebih sedikit dalam jangka masa panjang walaupun pelembap Remdii Ultra Sensitive Intensive Barrier Repair Cream berharga lebih mahal berbanding REMDII Intensive Moisturizing Cream (sebanyak lebih 30sen/ml).

Krim Pelembap Intensif REMDII
  • Saiz: 28ml, 50ml, 112ml, 250ml
  • Sesuai Untuk: Kulit Sensitif (Tidak Sesuai Untuk Kulit Berminyak)
  • Bahan Utama: Termasuklah Tocotrienols, Tocopherols, Carotenoids Dan Vitamin C
  • Harga: RM30, RM50, RM85, RM147

Kelebihan:

  • Tanpa steroid, tanpa paraben, tanpa Pewangi
  • Juga Mengandungi Bahan-bahan semulajadi (cth Vitamin E, Karotin)
  • Pembungkusan yang bersih
  • Harga yang berpatutan
  • 1 botol boleh bertahan selama sebulan dengan penggunaan kerap
  • Ia mempunyai aroma ringan yang semulajadi yang tidak melekat/tertinggal
  • Terasa ringan pada kulit
  • Melegakan kulit yang kering dan gatal-gatal (rasa ketat pada muka akan menghilang)

Keburukan:

  • Sedikit mahal
  • Tidak mudah untuk mendapat produk terakhir
  • Mungkin kandungan kelembapannya terlampau tinggi untuk kulit jenis berminyak (berasaskan minyak mineral)

Kesimpulan

Untuk menggambarkan kepelbagaian jenis kulit, pelembap wajah dibuat berlainan. Oleh itu, sangat penting untuk mencari pelembap wajah terbaik mengikut jenis kulit anda!

Jika anda mempunyai jenis kulit berminyak, anda tidak memerlukan kelembapan sama seperti mereka yang mempunyai kulit yang kering! Dan kulit jenis berminyak boleh bertoleransi dengan bahan-bahan tertentu (seperti bahan pencerah dan bahan penggelupas kulit) dengan lebih baik asalkan bahan tersebut bukan komedogenik.

Bacaan lanjut: